Anda di halaman 1dari 25

1.

0 Pengenalan

Penilaian impak alam sekitar (EIA) adalah satu kaedah yang dibentuk bagi mengenal
pasti dan meramal kesan negatif serta positif sesebuah projek pembangunan yang akan
dijalankan terhadap persekitaran, kesihatan manusia, sosial dan ekonomi.

EIA mula diperkenalkan pertama kalinya secara formal di Amerika Syarikat pada tahun
1969. Semenjak itu, EIA mula berkembang ke serata negara. Dasar EIA telah diformulakan oleh
Natural Enviroment Policy Act (NEPA). Oleh itu, EIA secara keseluruhannya telah menjadi polisi
alam sekitar. Sejak terbentuknya enakmen yang telah diperkenalkan oleh NEPA, sistem EIA
telah mula digunakan di kebanyakan negara. EIA mula diadaptasi oleh negara-negara yang
pesat membangun seperti Kanada (1973), Austaralia dan New Zealand (1974). Selepas itu,
pada tahun 1975, German Barat turut melaksanakan sistem EIA. Perancis pula pada tahun
1976 dan Jepun 1981. Pada tahun 1996 dianggarkan lebih kurang 100 buah negara telah
mempunyai sistem EIA yang lengkap. Pada dasarnya, EIA telah menjadi semakin berkesan dan
matang dalam perlaksanaannya ekoran daripada pelbagai kajian dan penyelidikan yang telah
dijalankan oleh negara-negara maju. Kajian dan penyelidikan dijalankan bertujuan untuk
memastikan sistem EIA yang diguna pakai mampu memastikan pembangunan persekitaran
mencapai keseimbangan yang optimum.

Melihat kepada situasi di Malaysia pula, Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) mula
dirumuskan prosedurnya secara terperinci setelah tiga tahun Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
(AKAS) diluluskan. Pada tahun 1979 satu draf buku panduan EIA telah diterbitkan. Sekitar
bulan April 1985 pula AKAS telah dipinda dengan memasukkan keperluan EIA di bawah
Seksyen 34A. 19 aktiviti telah dikuatkuasakan dibawah prosedur EIA.

Menurut AKAS, EIA mestilah mengandungi satu penilaian mengenai kesan kepada alam
sekeliling yang akan atau mungkin berlaku apabila sesuatu aktiviti itu dijalankan. Di samping itu,
langkah cadangan untuk pencegahan, pengurangan dan pengawalan kesan yang merugikan
dan membahayakan alam sekitar perlu terkandung dalam EIA.

2.0 Perkembangan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)


1
EIA dilihat sesuatu yang sangat penting dalam memastikan keadaan alam sekeliling
sentiasa terjamin walaupun berlaku perkembangn pesat di dalam sektor pembangunan
mahupun perindustrian. Dengan ini, EIA menjadi satu alat untuk mengawal kualiti alam sekitar
dan seterusnya memastikan keadaan alam sekitar tidak terganggu dengan pembangunan dan
aktiviti manusia. Penyediaan EIA mula dititikberatkan apabila kita mula didedahkan dengan
impak yang sangat membimbangkan daripada kesan pembangunan yang kian maju dewasa ini.
Oleh itu, penyediaan EIA ini adalah satu langkah yang wajar bagi mengawal aktiviti manusia
yang sentiasa mengejar kekayaan tanpa mengambil kira kesannya terhadap masyarakat dan
alam sekeliling seperti berlakunya pencemaran daripada aktiviti perindustrian. Selain itu,
dengan adanya EIA juga, maka sesuatu permasalahan dapat ditangani dengan cekap. Hal ini
berikutan, EIA membantu pihak-pihak pemaju dalam mengenalpasti masalah dan seterusnya
merancang tindakan wajar bagi mengatasi masalah tersebut secara bersepadu dan seimbang
iaitu dengan mengambil kira peraturan-peraturan alam sekeliling.

EIA ini mula diperkenalkan untuk pertama kalinya secara formal di Amerika Syarikat
pada tahun 1969. Sejak daripada itulah EIA mula berkembang dan diterima di negara-negara
lain kerana kepentingannya yang sangat besar kepada alam sekitar. Dasar EIA telah
diformasikan oleh Natural Environment Policy Act (NEPA), dan daripada itulah ia telah menjadi
satu model yang nampaknya sangat penting kerana ia secara keseluruhannya telah menjadi
polisi alam sekitar. Sejak terbentuknya enakmen yang telah diperkenalkan oleh NEPA, sistem
EIA telah mula dibentuk di kebanyakan negara. EIA mula diadaptasi oleh negara-negara yang
pesat membangun seperti Kanada pada tahun 1973, diikuti pula oleh Australia dan New
Zealand pada tahun 1974. Seterusnya, ia turut diikuti oleh German Barat pada tahun 1975 dan
Perancis pada tahun 1976. Negara Jepun pula telah mengadaptasi EIA pada tahun 1981, diikuti
dengan Netherland pada tahun 1986. Menyedari akan pentingnya EIA kepada kualiti alam bagi
sesebuah negara, maka pelbagai kajian serta penyelidikan telah dilaksanakan oleh negara-
negara maju bagi memastikan pembangunan persekitaran mencapai keseimbangan yang
optimum. Disebabkan hal ini, EIA nampaknya telah menjadi semakin berkesan dan matang
dalam perlaksanaannya. Menurut kajian, pada tahun 1996 lebih dari seratus buah negara telah
mempunyai sistem EIA yang lengkap.

Kepesatan dunia dalam menggunakan EIA sebagai pensyaratan untuk meluluskan


sesuatu projek pembangunan turut mempengaruhi negara kita. Bagi Malaysia, EIA bukanlah
sesuatu yang baru kerana ia telah diperkenalkan sejak tahun 1997. Untuk memastikan keadaan
EIA di Malaysia dapat dijalankan dengan sempurna, maka satu panel yang dikenali sebagai ‘ad
2
hoc’ telah ditubuhkan bagi mengkaji dan memperakukan sistem EIA ini. Pihak kerajaan telah
menerima prosedur EIA ini pada tahun 1978. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah
mengenakan syarat iaitu perlunya penyediaan satu garis panduan untuk melaksanakan EIA.
Oleh itu, dengan menggunakan bantuan pakar iaitu John o’ Brian melalui Regan Colombo, satu
garis panduan telah diluluskan oleh Majlis Kualiti Alam Sekeliling pada tahun 1979 (Jabatan
Alam Sekitar 1987). Selain itu, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS) adalah Akta
Persekutuan yang bertepatan dalam melindungi, memelihara, dan mengawal segala bentuk
pertambahan pencemaran terhadap persekitaran (Jabatan Alam Sekitar 1987). Pada lewat
tahun 1984, set perundangan ini telah diperkenalkan serta dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam
Sekitar di Malaysia. Perintah Kualiti Alam Sekeliling ( Aktiviti yang ditetapkan) (Penilaian Kesan
ke atas Alam Sekeliling) 1987 telah dikuatkuasakan pada 1 April 1988 bagi semua 13 negeri di
Malaysia.

3.0 Proses EIA di Malaysia

Pada tahun 1995, kesemua 13 pejabat Jabatan Alam Sekitar negeri telah melaksanakan
proses pengagihan kerja-kerja menyemak dan meluluskan EIA. Walau bagaimanapun, proses
yang melibatkan lebih daripada satu negeri akan menjalani pemprosesan laporan terperinci EIA
di Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar (Jabatan Alam Sekitar 1995). Jabatan Alam Sekitar
merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk memberi kelulusan atau menolak laporan
EIA. Bagi menyediakan maklumat dan nasihat dalam proses penyediaan laporan EIA, pihak
yang terlibat bukanlah hanya Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar sahaja , malah turut
melibatkan ramai pihak iaitu pencadang projek, jururunding EIA, pihak berkuasa EIA, agensi-
agensi lain yang berkaitan, pemeriksa laporan EIA, pihak berkuasa meluluskan cadangan
projek, orang awam serta pihak-pihak lain yang berkepentingan (Abdullah Mohamad Said,
2000).

EIA tidak lagi menjadi satu keperluan mandatori daripada segi perundangan mulai tahun
1979. Dalam tempoh tersebut juga, terdapat 32 projek pembangunan yang melaksanakan
prosedur EIA. Antaranya adalah pemaju Gas Asli di Bintulu dan projek Fasa 1 Seksyen
Janakuasa Kemajuan di Terengganu. Selain itu, dalam jangka masa 5 tahun, terdapat banyak
lagi projek-projek lain yang menyusul. Projek-projek ini adalah projek yang dilihat memberikan
kesan yang begitu ketara terhadap alam sekitar. Antara projek yang dimaksudkan termasuklah
projek dalam kategori tenaga petroleum dan gas, industri utama, infrastruktur, pelancongan dan
tebus guna tanah.

3
EIA adalah sesuatu yang sangat penting untuk menjamin keseimbangan kualiti alam
sekeliling dengan pembangunan yang berlaku. Oleh itu perlaksanaan EIA adalah suatu perkara
yang perlu diambil berat oleh kerajaan dan setiap pemaju. Namun, dapat dilihat terdapat
sesetengah pemaju yang bersikap dingin terhadap pelaksanaan EIA secara sukarela. Hal ini
mungkin disebabkan proses EIA memerlukan prosedur yang agak rumit untuk dijalankan.
Dalam hal ini, para pemaju sepatutnya bersikap bertanggungjawab terhadap alam dan
masyarakat sekeliling. Mereka tidak boleh mengamalkan sikap ‘lepas tangan’ dalam
melaksanakan sesuatu projek pembangunan sedangkan mereka sudah mendapat keuntungan
yang besar dari satu-satu projek. Disebabkan hal ini, kerajaan telah meminda Akta Kualiti Alam
sekeliling 1974. Daripada pindaan yang telah dibuat, maka pada tahun 1985, akta ini telah
memperuntukkan subseksyen 34A bagi mewajibkan kajian EIA dilaksanakan terhadap projek
pembangunan yang telah ditetapkan.

Seterusnya, pada tahun 1987, pihak kerajaan telah mengeluarkan satu perintah Kualiti
Alam Sekitar (aktiviti yang telah ditetapkan) penilaian kesan Alam sekitar 1987, yang telah
berkuatkuasa pada 1 April 1988. Kemudian, sebanyak 14 jenis aktiviti telah dimasukkan dalam
keperluan untuk dikemukakan dalam laporan EIA . Selain itu, bagi mempertingkatkan lagi kualiti
EIA, pindaan juga turut dilaksanakan pada tahun 1996. Pindaan yang dibuat pada tahun 1996
ini adalah lebih tertumpu kepada pengurusan dan kawalan produk serta bahan buangan
berbahaya yang lebih mementingkan keadaan mesra alam. Dengan adanya kaedah buangan
yang bersifat mesra alam ini, kualiti alam sekeliling dilihat lebih terjamin dan seterusnya mampu
memberikan keseimbangan biodiversiti terhadap masyarakat sekeliling. Di Malaysia, terdapat
tiga peringkat prosedur EIA yang telah dikuatkuasakan iaitu penilaian awal, penilaian terperinci
dan laporan semakan.

4
Penilaian awal adalah bertujuan untuk memilih projek yang akan dijalankan daripada
beberapa alternatif yang tersedia. Selain itu, penilaian awal ini bertujuan untuk mengenalpasti
dan seterusnya menggabungkannya ke dalam perancangan projek. Di dalam penilaian ini juga,
segala langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang dijangka akan memberi impak negatif
kepada alam sekitar akan diambil kira. Kesan-kesan residu iaitu kesan negatif yang masih
berlaku walaupun langkah-langkah pencegahan dan kawalan telah dilakukan akan dikenalpasti
dan diambil tindakan. Penilaian ini akan dilakukan pada awal perancangan sesuatu projek.
Kakitangan Jabatan Alam Sekitar akan mengulas laporan penilaian yang disediakan pada
peringkat ini. Seterusnya cadangan akan dibuat kepada pihak berkuasa untuk membuat
keputusan mengenai kelulusan projek tersebut.

5
Seterusnya laporan EIA akan dinilai pula di peringkat penilaian terperinci. Penilaian
terperinci adalah peringkat di mana penilaian ini hanya melibatkan projek-projek yang telah
dikenalpasti sahaja. Biasanya projek yang dikenalpasti tersebut akan melalui laporan penilaian
awal terlebih dahulu. Peringkat ini juga melibatkan projek-projek yang meninggalkan kesan-
kesan ketara ke atas alam sekitar. Oleh itu, kajian yang lebih mendalam harus dilakukan. Kajian
terperinci ini juga harus diteruskan pada perigkat kajian kemungkinan di mana laporannya akan
dikemukakan untuk kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar. Selepas daripada itu,
barulah kelulusan muktamad dibuat oleh pihak yang meluluskn projek. Selain itu juga, kajian
terperinci EIA akan dibuat berdasarkan bidang rujukan yang telah disemak oleh panel pengulas
‘ad hoc’. Panel ini akan dilantik dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar
yang kemudiannya akan menyemak laporan EIA tersebut. ( Jabatan ALam Sekitar 1994, 1995).

6
Sebelum sesuatu projek diluluskan, ia perlu melalui satu lagi peringkat bagi prosedur
EIA iaitu laporan semakan EIA. Laporan awal Semakan bagi sesuatu projek akan dibuat oleh
Jabatan Alam Sekitar dan untuk laporan terperinci pula semakan akan dibuat oleh panel
pengulas ‘ad hoc’. Keputusan muktamad kepada projek yang akan dijalankan akan diluluskan
oleh pihak berkuasa setelah meneliti segala ulasan mengenai laporan yang telah dikemukakan.
Selain itu, prosedur EIA di Malaysia juga adalah direka bentuk mengikut konsep perancangan
projek bersepadu di mana setiap perancangan projek perlu mengambil kira aspek teknikal dan
ekonomi yang dijalankan. Hal ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan projek tersebut dengan
aspek alam sekitar.

7
4.0 Keperluan EIA

Bagi memastikan keadaan negara berada pada tahap kestabilan alam yang seimbang
iaitu sentiasa terpelihara daripada sebarang pencemaran atau bencana alam yang berpunca
daripada pembangunan yang tidak terkawal, maka penguatkuasaan EIA dilihat suatu langkah
yang wajar. EIA dilihat sebagai satu alat yang mampu mengawal sebarang perkara negatif yang
mampu membahayakan kesihatan alam dan masyarakat keseluruhannya. Oleh itu, pihak
kerajaan telah memperuntukkan penyediaan EIA di bawah seksyen 34A, Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974. Di bawah peruntukan ini, setiap pemaju yang ingin menjalankan sesuatu projek
hendaklah menyediakan laporan EIA terlebih dahulu sebelum dikemukakan kepada Ketua
Pengarah Jabatan Alam Sekitar untuk pertimbangan yang sewajarnya bagi memperolehi
kelulusan sebelum apa-apa projek diteruskan (Jabatan Alam Sekitar 1995,2000). Dengan ini,
segala impak negatif daripada sesuatu projek dapat dikenalpasti dan seterusnya pihak yang
berkenaan boleh melakukan tindakan pencegahan.

Selain itu, di bawah peruntukan seksyen 34A juga, kerajaan telah mewajibkan laporan
EIA yang akan dihantar kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar hendaklah selaras
dengan panduan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar (Jabatan Alam Sekitar 1995, 2000). Dalam
memastikan keselarasan tersebut, pihak Jabatan Alam Sekitar telah menerbitkan sebuah buku
yang berjudul A Handbook Of Environment Impact Assessment Guidelines. Buku ini adalah satu
garis panduan umum bagi penilaian kesan alam sekitar untuk semua aktiviti pembangunan.
Dengan terhasilnya buku ini, maka tidak ada alasan bagi para pemaju untuk tidak menyediakan
laporan EIA dengan lengkap dan terperinci. Setiap format penulisan dan segala maklumat yang
perlu disediakan hendaklah seperti garis panduan yang terdapat di dalam buku tersebut. Selain
itu, bagi memastikan kemantapan lagi prosedur EIA, Jabatan Alam Sekitar telah menyediakan
garis panduan yang lebih khusus bagi aktiviti yang ditetapkan semenjak tahun 1992.

Dalam menyediakan laporan EIA ini juga, penglibatan orang awam adalah sesuatu yang
penting. Walaupun pada laporan awal penglibatan orang awam tidak diwajibkan, namun bagi
laporan terperinci, penglibatan orang awam adalah diwajibkan. Penglibatan orang awam ini
mampu untuk menyediakan maklumat kepada para pemaju bagi membuat penilaian tentang
impak signifikan dan tidak signifikan terhadap sesuatu projek. Selain itu juga, bagi menyediakan
laporan projek pada awalnya, kebanyakan perunding EIA akan melantik pencadang projek
untuk melaksanakan tugas tersebut. Walau bagaimanapun, cara ini dilihat tidak sistematik
apabila setiap perunding boleh melantik sesiapa sahaja yang mereka kehendaki. Oleh itu, sejak

8
tahun 1994, hanya perunding EIA yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar sahaja yang
dibenarkan untuk melakukan penilaian kesan alam sekitar (Jabatan Alam Sekitar 1996). Hal ini
dibuat adalah bertujuan untuk memperbaiki lagi kualiti di dalam laporan EIA. Sejumlah 313
perunding individu dan 80 firma perunding EIA telah diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan
Alam Sekitar sejak skim pendaftaran diperkenalkan pada tahun 1991 sehingga 2003 (Jabatan
Alam Sekitar 2004).

5.0 Kandungan Laporan EIA

Melalui prosedur EIA, dapat dilihat bahawa kandungan laporan penilaian awal dan
laporan penilaian terperinci adalah hampir sama. Walau bagaimanapun, di dalam laporan
terperinci hanya melibatkan projek yang telah dikenalpasti mempunyai impak ketara ke atas
alam sekitar daripada laporan awal. Oleh itu, kajian yang lebih mendalam harus dilakukan
kepada projek-projek yang telah dikenalpasti tersebut.

Di dalam setiap laporan yang disediakan, akan terdapat bahagian tajuk, pencadang
projek, gambaran projek dan sebagainya. Pada bahagian pilihan projek misalnya, kandungan
yang perlu ada pada bahagian ini adalah pada dasar pilihan projek, perlu diberi ciri-ciri
ekonomi, teknikal dan persekitaran yang boleh dimanfaatkan atau tidak serta akan dibincang
dan dinilai. Pada bahagian gambaran tentang persekitaran sedia ada pula hendaklah
berdasarkan garis panduan EIA. Bahagian ini akan menjelaskan tentang persekitaran sama ada
dari sudut fiziko-kimia, biologi, dan sosio-ekonomi. Bahagian ini juga akan ditunjukkan dalam
bentuk kualitatif dan kuantitatif.

Jadual 1: Format ringkasan laporan EIA awal dan terperinci

Laporan awal EIA Laporan EIA terperinci


 Pendahuluan  Pendahuluan
 Tajuk projek  Tajuk projek
 Pencadang projek  Pencadang projek
 Kenyataan keperluan  Kenyataan keperluan
 Gambaran projek  Gambaran projek
 Pilihan-pilihan projek  Pilihan-pilihan projek
 Gambaran tentang persekitaran sedia  Gambaran tentang persekitaran sedia
ada ada
 Impak ketara yang mungkin  Hasil penilaian awal
 Langkah-langkah penebatan  Penilaian impak terperinci
 Impak residu  Langkah-langkah penebatan
 Ringkasan  Impak residu
9
 Sumber data, perunding dan  Penilaian semula impak
 Ringkasan
penglibatan orang awam
 Rujukan  Sumber data, perunding dan
penglibatan orang awam
 Rujukan
Sumber : Jabatan Alam Sekitar 2000

Bagi setiap penyediaan laporan EIA, kesan yang berkemungkinan besar akan berlaku
hendaklah digambarkan dengan jelas. Selain itu, pertimbangan juga perlu diberikan ke atas
impak kumulatif gabungan (synergistic) dan kesan persekitaran yang bertentang (antagonistic)
(Jabatan Alam Sekitar 1995). Pada bahagian laporan penilaian terperinci, dua peringkat
keadaan di mana, apabila penilaian awal yang telah disiapkan menunjukkan bahawa projek
yang dicadangkan memberikan kesan signifikan terhadap impak alam sekitar atau apabila
penilaian awal tidak dapat mengenal pasti dengan jelas alam sekitar yang berkemungkinan
sehingga memerlukan kajian lebih terperinci dan impak residu yang dijangka terjadi.

Selain itu, langkah penebatan hanya perlu dibuat seandainya impak yang telah
digambarkan adalah signifikan. Langkah penebatan ini bertujuan untuk meminimumkan atau
menyingkirkan impak yang signifikan tersebut. Impak residu di sini bermakna impak
persekitaran yang masih ada selepas langkah-langkah penebatan telah dilaksanakan. Impak
residu ini seharusnya diberikan perhatian daripada pihak pemaju yang akan menjalankan
sesuatu projek. Pihak pemaju seharusnya lebih peka terhadap masalah ini dan harus membuat
perbincangan dalam penilaian awal. Impak residu yang dikenalpasti akan menentukan sama
ada Bidang Rujukan serta satu kajian terperinci patut dibuat atau tidak untuk setiap impak
residu yang mungkin terjadi.

6.0 Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)

Penyediaan laporan EIA adalah penting dalam mengenalpasti isu-isu alam sekitar yang
diramalkan berpotensi akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar apabila sesuatu
pembangunan hendak dilaksanakan. Laporan EIA ini juga akan mencadangkan langkah-
langkah kawalan dan tebatan yang berkesan bagi meminimumkan impak ke atas alam sekitar
akibat sesuatu aktiviti yang akan dijalankan. Penyediaan Laporan EIA ini adalah merupakan
satu keperluan di bawah seksyen 34A, Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi aktiviti-aktiviti yang
tersenarai di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang ditetapkan) (Penilaian Kesan
Kepada Alam Sekeliling) 1987. Kelulusan EIA yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar
adalah merupakan input berkaitan kesan kepada Alam Sekitar akibat dari pelaksanaan projek
10
untuk dimaklumkan kepada pihak yang meluluskan projek seperti Pihak Berkuasa Tempatan
dan Kerajaan Negeri bagi membolehkan pertimbangan yang terbaik dibuat dalam proses
membuat keputusan terhadap sesuatu cadangan projek pembangunan.

Laporan EIA yang disediakan juga dapat membantu pihak pemaju untuk mengambilkira
keperluan-keperluan penting pemuliharaan alam sekitar dari aspek pemantauan dan kawalan
pencemaran alam sekitar untuk dilaksanakan serta mengambilkira kos yang diperlukan untuk
menyediakan keperluan-keperluan alam sekitar yang telah dikenalpasti di peringkat awal
perancangan pelaksanaan projek tersebut. Sebahagian besar Laporan EIA yang diterima
adalah berkaitan dengan aktiviti pemerolehan kembali buangan terjadual, perumahan,
pembalakan keretapi, perlombongan, perindustrian, infrastruktur, loji rawatan air dan pembinaan
bandar baru.

Walaupun kebanyakan projek telah diluluskan dalam penyediaan Laporan EIA, didapati
bahawa masih ada lagi projek yang gagal mematuhi syarat-syarat kelulusan EIA yang telah
ditetapkan. Keadaan ini akan menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar di mana pihak
pemaju gagal mematuhi syarat-syarat EIA yang disenaraikan. Sepertimana yang diketahui,
penekanan dalam EIA merangkumi kepada kebaikan dan keburukan daripada sesuatu projek
tersebut. Ia meliputi kesan kepada alam sekitar, masyarakat setempat serta pihak pemaju itu
sendiri. Disebabkan hal inilah, laporan EIA perlu sentiasa dipantau supaya projek yang
dilaksanakan tidak memberi kesan yang tidak baik kepada alam sekitar dan kehidupan
sekitarnya.

Selain itu juga, siasatan akan dijalankan oleh unit EIA Jabatan Alam Sekitar (JAS)
terhadap projek-projek yang akan dijalankan ataupun masih dalam proses setiap masa bagi
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Dalam proses pemeriksaan tempat projek
pula, Jabatan Alam Sekitar turut menyertai program pemeriksaan tapak-tapak projek dengan
pelbagai agensi teknikal yang berkenaan. Agensi teknikal antaranya seperti Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), Kumpulan IKRAM Berhad (IKRAM),
Lembaga Perumahan dan Hartanah serta agensi yang berkaitan dengan bergantung kepada
sesuatu projek yang akan dilaksanakan.

Terdapat pelbagai isu penguatkuasaan yang timbul akibat kurang tindakan pemantauan
oleh Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar terhadap keperluan Laporan EIA dalam
membangunkan sesuatu projek. Ekoran daripada itu, banyak kesan buruk yang berlaku ke atas
persekitaran sehingga mengakibatkan banyak nyawa yang terkorban serta kemusnahan harta
11
benda. Secara amnya, perkara yang dititikberatkan berkaitan dengan mengukuhkan
pelaksanaan EIA, peraturan-peraturan, penguatkuasaan dan mengawal segala aktiviti
pembangunan yang boleh merosakkan sumber semulajadi (Urban et al., 1977)

7.0 Projek yang menyediakan Laporan EIA

a) Projek Perumahan di Kawasan Lereng Bukit

Projek perumahan di kawasan lereng bukit ini dikesan di negeri Selangor yang
dilaksanakan dan melibatkan penguatkuasaan Laporan EIA. Jaafar dan Ismail (1998) telah
mendefiniskan EIA sebagai :

“Suatu aktiviti atau proses yang direka untuk mengenalpasti serta meramalkan
kesan ke atas persekitaran biogeofizikal dan kesihatan manusia serta cadangan
kesejahteraan perundangan, dasar, program, prosedur operasi dan dapat
mentafsir serta menyampaikan maklumat mengenai impak”.

Hal ini membuktikan bahawa EIA merupakan satu alat pengurusan persekitaran yang
mampu menjadikan kawasan projek perumahan lereng bukit diurus secara lestari tanpa
memberi kesan yang buruk ke atas persekitaran. Dalam isu ini, ia dikaitkan dengan kejadian
bangunan runtuh iaitu Highland Tower di Ampang Selangor pada tahun 1993 yang telah
mengejutkan semua pihak yang terlibat dalam perancangan, kelulusan dan pembinaan
pembangunan di kawasan bukit. Perkara ini telah memberi kesedaran tentang betapa
pentingnya kawalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan alam semulajadi (Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, 1997). Disebabkan hal ini, penguatkuasaan
dalam menyediakan Laporan EIA itu dititikberatkan dan dijadikan iktibar supaya perkara
sedemikian tidak akan berulang lagi. Dalam menyediakan Laporan EIA tersebut, didapati
terdapat pelbagai pengawasan dan pengawalan daripada semua pihak yang terlibat. Antaranya
seperti Kerajaan Negeri, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan
Saliran Negeri bertindak sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam memberikan kelulusan
kepada sesuatu projek yang melibatkan projek perumahan di lereng bukit.

Bahkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor ketika itu turut
menyemak semula Garis Panduan Perancangan Pembangunan di kawasan bukit pada tahun
1997 bagi mengambil kira garis panduan berkenaan yang telah disediakan oleh jabatan-jabatan
yang berkaitan serta menyelaraskan garis panduan perancangan yang disemak semula supaya
selari dengan perkembangan semasa dan dapat mengikut keperluan semua pihak yang terlibat
12
bagi pembangunan di kawasan lereng dan berbukit. Beberapa perkara turut diberi penekanan
dalam menentukan kawasan berbukit iaitu melalui kecerunan bukit tersebut. Kawasan bercerun
di bawah 15 darjah adalah kawasan berisiko rendah dan sederhana, manakala kawasan
bercerun melebihi 15 darjah adalah berisiko tinggi (Jabatan Mineral dan Geosains, 2002).

Namun, didapati bahawa penguatkuasaan EIA yang longgar oleh pihak Jabatan Alam
Sekitar ke atas pihak pemaju adalah salah satu penyumbang kepada berlakunya masalah
sedemikian. Menurut Sentian dan Mohd Tuah (2001), kebanyakan projek perumahan di
Malaysia dibina sebelum mendapat kelulusan Laporan EIA terlebih dahulu. Bahkan walaupun
Laporan EIA telah dihantar kepada Pengarah Kualiti Alam Sekeliling bagi tujuan kelulusan
laporan, tetapi pihak pemaju sudah memulakan pembangunan atau pembangunan yang hampir
siap sepenuhnya. Ini membuktikan bahawa pihak pemaju bertindak berani melanggar peraturan
dan garis panduan pembinaan perumahan bahkan menunjukkan kurangnya pemantauan pihak
JAS sehingga projek perumahan ini telah berada di fasa akhir pembinaannya. Hal ini
disebabkan kerana kelemahan pengawalan dan penguatkuasaan pihak berwajib mengenai
penyediaan dan kelulusan yang diberikan dalam Laporan EIA tersebut.

Disebabkan masalah inilah, pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku. Seharusnya pihak
berwajib sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa supaya sesuatu projek yang
ingin dilaksanakan dapat mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam Laporan EIA.
Kelulusan EIA dalam sesuatu projek itu tidak akan bermakna sekiranya tiada pemantauan atau
pengawalan secara berterusan oleh pihak yang bertanggungjawab.

b) Projek Kuari

Satu projek kuari di negeri Selangor telah ditinjau dan Laporan EIA mengenainya yang
diberikan kepada Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2009 dinilai. Penguatkuasaan terhadap
operasi kuari ini diteruskan bersama Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG) bagi memastikan
arahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dipatuhi. Arahan itu menetapkan supaya semua
kuari yang beroperasi di Selangor menyediakan sistem kawalan pencemaran yang berkesan,
antaranya memastikan sistem konveyer dibuat secara tertutup dan habuk daripada kawasan
‘stockpile’ dikawal menggunakan semburan air yang dipatuhi.

Didapati daripada 30 buah kuari yang beroperasi di Selangor hanya 80 peratus sahaja
telah dilengkapi dengan alat kawalan habuk sepenuhnya manakala 18 peratus lagi masih
berusaha untuk melengkapi alat kawalan habuk. Masalah utama yang dihadapi oleh kuari-kuari

13
yang sedang beroperasi adalah kedudukannya yang terlalu berhampiran dengan kawasan
perumahan. Antara perkara-perkara yang menjadi pemasalahan kepada penduduk berkenaan
projek kuari ialah :

i. Pencemaran habuk dari aktiviti letupan, penghancuran (crushing), stock pile dan
pengakutan bahan batuan.
ii. Bunyi dan gegaran dari aktiviti kuari khususnya aktiviti letupan.
iii. Kerosakan harta benda seperti keretakan struktur rumah dari letupan
iv. Keselamatan pengguna jalan raya akibat dari pergerakan lori-lori yang
membawa bahan batuan dan aduan bau yang terhasil daripada operasi ‘premix
plant’ yang berada di tapak kuari.

Perintah Kualiti Alam Sekeliling iaitu aktiviti yang ditetapkan dalam Penilaian Kesan Alam
Sekeliling, 1987 (pindaan) 2000 dalam Perkara 14 menjelaskan mengenai projek Kuari. Dalam
projek Kuari dicadangkan penguarian agregat, batu kapur, silika, kuarzit, batu pasir, marmar
dan batu bangunan untuk hiasan yang termasuk dalam lingkungan 3 kilometer dari kawasan
kediaman, perniagaan atau perindustrian yang sedia wujud atau mana-mana kawasan yang
berkenaan dengannya telah ada diberikan lesen, permit atau kelulusan bagi pemaju kediaman,
perniagaan, perniagaan atau perindustrian. Di sini kita dapat lihat bahawa penguatkuasaan
undang-undang mengenai alam sekitar dititikberatkan dalam pembinaan Projek Kuari ini. Hal ini
dilakukan supaya garis panduan dapat diberikan kepada pemaju untuk menitikberatkan
penjagaan alam sekitar disamping hidupan lain. Disebabkan hal ini, Laporan EIA itu perlu bagi
memacu kelancaran sesuatu projek dilaksanakan tanpa mempunyai sebarang masalah kelak.

c) Projek Tapak Pelupusan Sisa Pepejal

Projek Tapak Pelupusan Sisa Pepejal di negeri Selangor ini dilaksanakan pada tahun
2009 dan diselia oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Didapati terdapat pelbagai masalah yang
timbul sepanjang tapak pelupusan ini beroperasi. Antaranya ialah seperti yang berikut.

i. Masalah ruang tapak pelupusan sisa pepejal yang terhad dan penjanaan
sampah sarap yang sangat tinggi menyebabkan jangka hayat atau keupayaan
tapak untuk menampung sisa pepejal menjadi lebih singkat.
ii. Pelaksanaan pengurusan sisa pepejal yang kurang baik di mana sisa pepejal
yang diterima tidak dikambus dengan tanah pada hari yang sama menyebabkan
14
timbul masalah pencemaran bau terutamanya bagi tapak pelupusan yang
terletak berhampiran dengan kawasan kediaman.
iii. Tapak pelupusan tidak mempunyai kemudahan pengolahan air larut resap dan
masalah pencemaran air larut resap (leachate) yang tidak dirawat menyebabkan
berlakunya pengaliran air larut resap secara terus memasuki sistem sungai
berhampiran.

Dalam isu ini, didapati bahawa projek ini banyak mendatangkan kesan kepada alam sekitar
dan perlu diambil perhatian oleh pihak berwajib. Pemantauan serta pencegahan perlu dilakukan
supaya projek ini tidak akan menganggu kualiti kehidupan serta alam sekitar kelak.

d) Projek Sumber Air Bawah Tanah

Selaras dengan pembangunan dan kemajuan negara, pelbagai projek baru dijalankan bagi
memastikan negara mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Justeru, satu
kawasan seluas 2 712 km² di Batang Padang, Perak telah dicadangkan oleh pihak Sime Darby
Berhad untuk dijalankan projek pengekstrakan air bawah tanah. Projek ini bertujuan untuk
membekalkan air mentah ke kawasan Lembah Klang. Di dalam Seksyen 34 A Akta Kualiti Alam
Sekitar 1974, bilangan 19 (b), menyatakan bahawa pembangunan pengeluaran air bawah tanah
untuk kegunaan industri, pertanian atau pembekalan air yang melebihi 4.5 MLD dikehendaki
menyediakan kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). Hal ini bagi memastikan projek yang
dijalankan tidak menjejaskan alam sekitar.

Walau bagaimanapun, laporan yang disediakan ini telah dipertikaikan oleh Gabungan
Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Air
dan Tenaga Malaysia (WECAM). Antara perkara-perkara yang dipertikaikan ialah:

i. Tiada model simulasi untuk mendapat kadar aliran masuk untuk suatu jangkamasa
panjang.
ii. Faktor-faktor untuk menjamin kadar aliran masuk melebihi kadar pengekstrakan tidak
dinyatakan. Sebarang pembangunan atau perubahan yang berlaku di kawasan aliran
masuk akan memberi impak langsung kepada kadar aliran air.
iii. Kesemua laporan EIA perlu mengenalpasti lokasi spesifik untuk projek yang
dicadangkan. Malangnya, tiada lokasi spesifik dinyatakan dalam laporan EIA projek ini.
iv. Penganggaran terhadap perubahan paras air tidak dinyatakan.

15
Di samping itu, laporan EIA bagi projek ini turut dipersoalkan kerana kajian ini seolah-olah
hanya bertujuan untuk mendapat kelulusan secara “blanket approval” tanpa menjalankan
penyelidikan terperinci.

Secara keseluruhannya, pihak FOMCA dan WECAM telah menyediakan satu laporan
bantahan yang menyenaraikan beberapa inisiatif bagi membatalkan atau sekurang-kurangnya
menangguhkan projek pembangunan sumber air bawah tanah di Batang Padang ini. Laporan
tersebut telah dihantar kepada pihak kerajaan untuk diteliti secara terperinci. Oleh itu, haruslah
diingatkan bahawa kerajaan, industri dan rakyat adalah bertanggungjawab ke atas alam sekitar.
Proses untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berwajib haruslah dijalankan mengikut
prosedur-prosedur yang ditetapkan. Pembangunan secara tidak terancang adalah punca utama
yang mengganggu kestabilan alam sekitar dan hal ini perlulah dielakkan daripada terjadi.

e) Projek Cadangan Meninggikan Empangan Timah Tasoh, Perlis

Empangan Timah Tasoh berfungsi sebagai kawasan tebatan banjir, membekalkan air
kepada kawasan pertanian dan sebagai sumber bekalan air kepada penduduk di sekitar negeri
Perlis. Selepas pembukaan empangan ini, didapati bahawa aliran masuk ke dalam empangan
adalah lebih tinggi berbanding anggaran asal. Oleh itu, operasi empangan terpaksa
melepaskan air dengan lebih kerap. Ini menyebabkan kerapnya berlaku banjir di kawasan hilir
empangan seperti di Kangar. Bagi mengatasi masalah ini, kerja penambahbaikan sungai
termasuk pembinaan terusan Kangar, Flood Bypass telah dilaksanakan. Namun, keberkesanan
sistem ini masih diragui kerana masalah banjir masih juga berlaku.

Keperluan untuk meninggikan empangan Timah Tasoh adalah selaras dengan


penambahan isipadu takungan air yang diperlukan bagi menampung permintaan bekalan air
untuk kegunaan domestik, industri dan pengairan di negeri Perlis dan juga kawasan utara
Semenanjung Malaysia. Kajian sumber air negara (2000-2050) mengesyorkan projek
meninggikan empangan Timah Tasoh Fasa II disiapkan pada tahun 2009. Pembinaan terusan
ini akan membekalkan air yang mencukupi kepada kawasan pertanian terutamanya untuk
tanaman padi iaitu sebanyak dua kali setahun.

Penyediaan laporan EIA projek ini turut menyatakan kesan peninggian empangan Timah
Tasoh kepada alam sekeliling dan langkah-langkah tebatan. Antaranya ialah punca pencemaran
yang berpotensi untuk memberikan kesan sementara kepada kualiti air semasa fasa pembinaan
disebabkan pembinaan struktur sedia ada dan struktur baru. Oleh itu, sistem pengudaraan dan

16
kawalan hakisan serta mendapan yang baik akan dilaksanakan untuk mengurangkan kadar
penguraian dan enapan semasa aliran perlahan.

Selain itu, kawasan yang terdedah kepada banjir seperti bandar Kangar akan terjejas
teruk sekiranya banjir berlaku. Oleh itu, strategi pengurusan banjir sama ada struktur atau
bukan struktur akan dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah sedia ada dan kesan
daripadanya. Amaran awal banjir, pengurusan banjir dan langkah pengawalan bukan struktur
juga telah dicadangkan di dalam kajian Pelan Induk Tebatan Banjir yang dilaksanakan oleh JPS
akan diberikan penekanan.

Kajian penilaian sosio-ekonomi turut dijalankan bagi menyediakan maklumat berkenaan


kesan positif dan negatif yang mungkin dihadapi. Antara kesan positif termasuklah
penambahbaikan dua jalan kampung dan jalan utama, penambahan peluang pekerjaan dan
mengurangkan kebarangkalian berlakunya banjir. Walau bagaimanapun, kesan negatifnya pula
adalah perlunya penempatan semula penduduk tempatan yang diambil tanahnya, ancaman
terhadap mata pencarian penduduk setempat dan tambahan bahan pencemaran serta risikonya
kepada populasi penduduk. Untuk memastikan keselamatan penduduk sekitar diurus dengan
baik, komunikasi berterusan secara dua hala adalah perlu untuk memahami kehendak sosial,
keperluan dan isu-isu masyarakat.

Berdasarkan hasil penilaian laporan EIA, didapati bahawa pelaksanaan projek ini
memberi banyak faedah tanpa memberi kesan yang tidak terkawal atau buruk kepada alam
sekitar. Langkah-langkah tebatan dan kawalan yang sesuai serta program pemantauan seperti
mana yang disyorkan dalam laporan EIA ini haruslah dilaksanakan dengan cekap bagi
mengurangkan kesan kepada alam sekitar. Namun, aspek penting yang harus diberi perhatian
ialah EIA ini mestilah mendapat kelulusan JAS terlebih dahulu.

f) Operasi Pengorekan untuk Penambakan Tanah

Projek pembangunan yang melibatkan penambakan tanah merupakan suatu kerja


menambak tanah di kawasan air cetek sepanjang persisiran pantai yang bertujuan
menyediakan satu kawasan baru bagi tujuan industri, pengangkutan, perumahan atau
pembangunan rekreasi. Bagi sesuatu projek penambakan tanah, pihak-pihak yang terbabit
seperti pemaju, kontraktor dan konsultan hendaklah mengetahui cara dan panduan yang perlu
diikuti dalam menjalankan EIA. Kelulusan kajian EIA adalah penting untuk diperolehi sebelum
sesuatu projek dijalankan.

17
Pembangunan projek penambakan pantai adalah subjek kepada EIA di bawah EIA
order, 1987 dan perkara yang berkaitan di bawah jadual Prescribed Activities dan melibatkan
lain-lain Undang-Undang Malaysia yang berkaitan pengawalan zon pantai dan pembangunan
yang berkaitan. Panduan EIA bagi projek Penambakan Pantai oleh Kementerian Alam sekitar
(1987) mendefinisikan persekitaran pantai sebagai gabungan empat unit lanskap iaitu zon laut,
zon antara air pasang dan air surut, zon tepi pantai dan zon backshore iaitu terletak di daratan
dan berada dalam lingkungan satu kilometer dari persisiran pantai.

Bagi mencapai objektif kajian EIA, pertimbangan kejuruteraan, reka bentuk sementara
dan infrastruktur adalah penting, terutama dalam penilaian asas persekitaran. Pertimbangan
kejuruteraan dapat mengurangkan keperluan mereka bentuk semula jika tidak membatalkan
kesemuanya sekali dan pertimbangan infrastruktur dalam lingkungan mudah diperolehi dalam
kawasan penambakan adalah diperlukan sebelum kerja pembangunan dijalankan.

Panduan-panduan yang berkaitan projek penambakan tanah memainkan peranan yang


penting dalam menyediakan maklumat untuk menyelaraskan kajian-kajian yang perlu
dilaksanakan sebelum sesuatu kelulusan diberikan oleh jabatan yang berkaitan untuk
memulakan projek. Oleh itu, konsep dan kehendak projek dapat diimplementasikan dengan
lebih teratur. Maklumat yang dikeluarkan oleh pihak pencadang projek hendaklah mematuhi
garis minima yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

8.0 Isu Sampingan

8.1 Isu-isu penguatkuasaan keperluan Laporan EIA

a) Ketidakpatuhan

Paddock (2006) menyatakan tidak patuh sebagai ingkar atau melanggar sesuatu
yang telah menjadi ketetapan dalam peraturan, akta atau perintah yang diwartakan.
Manakala menurut INECE (2009), ketidakpatuhan bermaksud melanggar undang-undang
yang telah ditetapkan dalam penguatkuasaan persekitaran yang mana setiap
pelanggaran wajar dikenakan tindakan undang-undang, sekiranya ia adalah pelanggaran
atau kesalahan buat kali pertama maka amaran atau denda akan dikenakan, dan jika
kesalahan adalah pengulangan maka hukuman yang lebih berat akan dikenakan
bertepatan dengan setiap kesalahan tersebut. Terdapat segelintir pemaju yang tidak patuh

18
akan arahan yang diberikan. Sebagai contoh, pemaju tidak mematuhi perkara yang
diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Selain itu juga, pemaju juga
bertindak acuh tidak acuh dalam menyediakan Laporan EIA. Mereka beranggapan
bahawa kelulusan Laporan EIA adalah salah satu syarat untuk mendapatkan kelulusan
pihak kerajaan untuk melaksanakan sesuatu projek namun mereka tidak memahami
konsep sebenar yang ditekankan dalam EIA tersebut.

b) Penguatkuasaan

Menurut Swanson (2009), penguatkuasaan bermaksud lingkungan tindakan dan


prosedur yang diambil oleh pihak negeri yang berhak atau kompeten bagi memastikan
agensi atau sesuatu organisasi atau orang perseorangan itu yang berpotensi melakukan
kesalahan tanpa mematuhi undang-undang persekitaran, atau melanggar perjanjian
perlaksanaan persekitaran di mana segala kegagalan ini akan dibawa atau kembali
kepada pematuhan atau akan dihukum melalui mahkhamah sivil, pentadbiran serta
diambil tindakan untuk dipenjarakan. Dalam isu ini, ia dikaitkan dengan kesalahan
undang-undang. Antaranya seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Selain itu, akta-akta
lain adalah mengikut kepada kriteria sesuatu projek tersebut. Terdapat Akta Pemuliharaan
Tanah 1960, Akta Kerja-kerja Saliran 1965, Akta Perancangan Bandar dan Desa,
Enakmen Perlombongan, Perintah Kualiti Alam Sekitar 1987 (Penilaian Kesan Alam
Sekitar-Aktiviti yang dijalankan), Akta Kerja-kerja Saliran 1954 dan sebagainya.

Melalui EIA dan Perundangan, Seksyen 34A(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta
127) pada pindaan 1985 telah mengariskan setiap kesalahan akan didenda tidak melebihi
RM 100,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

c) Sikap pemaju

Terdapat segelintir pihak pemaju yang bersikap sambil lewa atau kurang prihatin
terhadap alam sekitar selepas mendapat kelulusan Laporan EIA kerana telah
menganggap prosedur tersebut hanyalah di atas kertas semata-mata. Menurut Rasip
(2006), pihak pemaju menganggap perkara tersebut adalah remeh bahkan menjalankan
pembangunan secara tidak terkawal dan terancang serta mengabaikan ciri-ciri
keselamatan. Selain itu, terdapat segelintir pihak pemaju melakukan penipuan butiran
maklumat dalam laporan awal yang dihantar kepada PBT bagi mendapatkan kelulusan
tapak dan sekaligus terkecuali dalam menyediakan Laporan EIA (Mahmud, 2008).

19
d) Campurtangan politik

Terdapat spesikulasi yang mengatakan bahawa berlaku campurtangan politik bagi


mendapat kelulusan Laporan EIA ini melibatkan sesetengah pihak yang ingin mengambil
kesempatan dalam pembangunan projek perumahan (Mahmud, 2005). Seharusnya
dalam memberikan kelulusan kepada sesuatu projek, penelitian serta ketelusan perlulah
dititikberatkan. Sekiranya sesebuah projek itu tidak mendapat kelulusan EIA, maka sudah
tentulah projek tersebut tertangguh pembinaannya. Ini akan memberi kesan kepada
pelaburan yang telah diberi untuk mendapat keuntungan dari projek tersebut. Maka, akan
terdapat sikap sesetengah pihak pemaju yang meminta campurtangan politik bagi
mempercepatkan penyelesaian kepada pemasalahan ini.

8.2 Permasalah melibatkan penilaian EIA dari sudut Jabatan Alam Sekitar dan Pemaju

8.2.1 Jabatan Alam Sekitar dan Pelaksanaan EIA

Satu kajian telah dijalinkan bagi mengkaji masalah yang timbul dalam
perlaksanaan EIA dari sudut pandangan JAS. Pertama, JAS mengalami kesukaran
apabila pihak pemaju lewat mengemukakan laporan EIA. Terdapat sesetengah pemaju
yang mengemukakan laporan EIA tidak mengikut masa yang telah ditetapkan.
Kebanyakan daripada mereka mempunyai pengaruh kuat dalam politik. Kelewatan ini
memberikan tekanan kepada pihak JAS kerana perlu menyemak serta mebuat penilaian
dalam tempoh masa yang pendek. Tekanan semakin bertambah apabila laporan
tersebut perlu dinilai segera kerana projek sudah ingin dimulakan oleh pemaju. Hal ini
kemudiannya menyebabkan JAS tidak dapat menilai laporan tersebut secara
menyeluruh dan lengkap. Secara tidak langsung, perkara ini telah menjejaskan mutu
sebenar pemeriksaan EIA dan memberi kesan kepada alam sekitar apabila projek siap
dilaksanakan.

Selain itu, masalah yang sering dihadapi oleh JAS adalah laporan EIA yang
dihantar oleh pemaju adalah tidak lengkap. Laporan yang dihantar hanya meliputi
perkara-perkara asas mengenai kesan projek terhadap alam sekitar tetapi tidak
diterangkan dengan terperinci cara atau sebab kesan tersebut boleh berlaku. Di
samping itu, langkah penebatan bagi kesan alam sekitar juga adalah terhad dan kadang
kala tidak releven.

20
JAS juga berhadapan dengan masalah kekurangan kakitangan. Masalah
kekurangan kakitangan menyebabkan sesetengah projek yang sepatutnya memerlukan
pemeriksaan rapi tidak dapat dijalankan meskipun masa yang agak lama diperuntukkan.
Faktor kekurangan ini juga menimbulkan rungutan dalam kalangan pemaju kerana
laporan yang dikemukakan tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan.

Seterusnya, penglibatan agensi-agensi kerajaan lain yang agak lewat


memberikan respon tentang laporan EIA juga menimbulkan masalah. Sebelum sesuatu
laporan itu dikembalikan kepada pemaju, pihak JAS akan meminta nasihat dan saranan
daripada agensi-agensi tertentu. Terutamanya projek yang memerlukan pemeriksaan
rapi. Antara agensi-agensi terlibat adalah Jabatan Geologi, Jabatan Parit dan Saliran,
Pejabat Tanah. Agensi-agensi ini dianggap penting dalam mengawal alam sekitar.
Masalah timbul apabila terdapat agensi yang mengambil masa yang lama untuk
memberikan nasihat terhadap laporan EIA.

Di samping itu, terdapat juga masalah pemaju tidak mematuhi syarat kelulusan.
Setelah sesuatu laporan EIA siap dijalankan pemeriksaan dan diserahkan kepada
pemaju terdapat beberapa syarat kelulusan yang perlu dipatuhi. Pada kebiasaanya,
pada peringkat permulaan pemaju berjanji akan mengikut segala syarat kelulusan yang
telah diberikan oleh JAS namun begitu secara realitinya segala syarat itu dilanggar
kerana beranggapan bahawa pihak JAS tidak akan menjalankan pemeriksaan.
Meskipun pihak JAS menyedari masalah ini tetapi langkah-langkah pencegahan tidak
dapat dilakukan kerana ketidakmampuan JAS menjalankan pemeriksaan berkala ke
tapak projek.

8.2.2 Pemaju dan laporan EIA

Selain masalah-masalah yang dinyatakan oleh pihak JAS terdapat juga


beberapa masalah yang dihadapi oleh pihak pemaju apabila berhadapan dengan EIA.
Pertama, pelaksanaan EIA memerlukan kos yang tinggi untuk dijalankan. Kebanyakan
pihak pemaju beranggapan bahawa kos bayaran Fees Perkhidmatan Laporan EIA yang
dikenakan oleh pihak jurutera adalah tinggi. Perbandingan dilakukan dengan bayaran
fees bagi penyediaan EIA di negara-negara lain seperti Thailand dan Indonesia.
Perbandingan tersebut mendapati bayaran di Malaysia adalah 3 kali ganda lebih tinggi
berbanding negara-negara tersebut. Selain itu, di Malaysia kadar bayaran berbeza
mengikut tempat meskipun projek pembangunan yang dijalankan adalah sama. Pemaju
21
juga tidak berpuas hati kerana bayaran fees yang tinggi tidak menjanjikan kelulusan
laporan EIA. Kebiasaanya ketidaklulusan berlaku kerana pemaju tidak mematuhi garis
panduan dan kehendak terperinci yang dikehendaki oleh Jabatan Alam Sekitar. Oleh itu,
pemaju perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk melantik jurutera bagi menyediakan
laporan EIA.

Kedua, pemaju juga mendapati bahawa keperluan laporan EIA dalam


menjalankan pembangunan menyebabkan sesuatu projek lambat dilaksanakan. Hal ini
dikatakan demikian kerana penyediaan dan penyemakan laporan EIA memakan masa
yang panjang sedangkan kerja-kerja pembangunan perlu dilaksanakan dengan
sesegera yang mungkin. Penyediaan laporan EIA memakan masa yang lama kerana
perlu dilakukan dengan teliti dan menepati syarat dan garis panduan yang disediakan
oleh Jabatan Alam Sekitar. Akibat daripada tempoh masa yang lama dalam
memperolehi kelulusan EIA adalah pihak pembeli bangunan memberikan tanggapan
tidak baik terhadap pemaju. Perkara ini berlaku sedemikian kerana apabila sesuatu
cadangan projek pembangunan diperkenalkan, kerja-kerja pemasaran telah dimulakan.
Oleh itu, kerja pembinaan seharusnya selaras dengan jangkaan fasa pembangunan.
Kelewatan ini memberikan kesan seperti tanggapan kurang baik dikalangan pembeli,
menjejaskan harga pasaran unit-unit yang bakal dibina, meningkatkan kos bayaran
faedah pinjaman bank atau institusi kewangan kerana aliran masuk kewangan projek
daripada pembeli berkurangan dan meningkatkan kos-kos pembinaan.

Seterusnya, pihak pemaju juga merasakan bahawa terlalu banyak perkara yang
ditekankan dalam menyediakan laporan EIA. Garis panduan diberikan oleh Jabatan
Alam Sekitar kepada pemaju dalam menyediakan laporan EIA. Oleh itu, laporan EIA
yang disediakan perlu mengikut garis panduan berkenaan supaya kelulusan segera
dapat diperolehi. Namun begitu, pemaju beranggapan bahawa garis panduan tersebut
agak rumit dan memakan masa yang lama untuk disiapkan. Antara perkara yang
ditekankan dalam laporan EIA adalah senarai matrik penilaian kesan alam sekitar.
Senarai ini memfokuskan kepada segala keadaan dalam aktiviti projek. Bermula
daripada kerja-kerja peringkat pembinaan, kerja-kerja operasi dan penyelengaraan
hingga ke projek lanjutan. Selain itu, penekanan juga diberikan terhadap senarai
penilaian kesan alam sekitar. Senarai ini pula melibatkan perkara-perkara berhubung
dengan tanah, air permukaan, atmosfera, habitat, estetik, keselamatan dan seterusnya
berhubung dengan ekonomi. Penilaian kesan alam sekitar ini melibatkan pelbagai
22
penekanan dan kadang kala berada di luar bidang pengetahuan jurutera yang membuat
laporan EIA. Penekanan yang terlalu banyak juga memakan masa yang lama dalam
menyediakan Laporan EIA. Selain itu, syarat-syarat kelulusan yang ditetapkan juga agak
rumit. Apabila sesebuah laporan EIA diluluskan, terdapat beberapa syarat kelulusan
yang perlu dipatuhi oleh pihak pemaju bagi memastikan projek dapat dijalankan. Walau
bagaimanapun, kadang kala syarat yang diberikan rumit dan sukar untuk dipatuhi.
Lazimnya, syarat-syarat adalah merangkumi konsep perlaksanaan, kawalan kerja tanah,
kawalan hakisan tanah, kawalan kualiti udara, perlupusan buangan, kawalan bunyi
bising hingga pentadbiran dan pengurusan. Syarat-syarat kelulusan yang ketat
ditetapkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar dilihat baik untuk menjaga kelestarian alam
sekitar dan penduduk sekeliling namun agak rumit untuk dilaksanakan oleh pemaju
kerana melambatkan proses pembangunan.

Pemaju juga menghadapi masalah apabila Pihak Jabatan Alam Sekitar


memerlukan laporan EIA dalam kadar segera. Tindakan pihak Jabatan Alam Sekitar
yang menghendaki laporan EIA disediakan dalam tempoh yang singkat menyukarkan
pihak pemaju atas dua sebab. Pertama, pihak pemaju terlebih dahulu perlu melantik
jurutera yang benar-benar mahir dalam menyediakan EIA suapaya laporan yang
disediakan memenuhi garis panduan yang disediakan JAS. Masa yang panjang perlu
diambil untuk melantik jurutera yang betul-betul layak. Kedua, daripada sudut jurutera
pula, masa yang panjang diambil untuk memastikan laporan yang diberikan adalah
tepat, terperinci dan mengikut garis panduan yang disediakan. Hal ini penting kerana,
jika laporan tidak lengkap dan terperinci berkemungkinan besar kelulusan projek sukar
diperoleh. Rentetan daripada itu, pelbagai kesan perlu ditanggung oleh pihak pemaju
termasuk perlu menyediakan semula laporan EIA.

9.0 Rumusan

Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) penting dalam menjaga kelestarian alam
sekeliling. Walaupun terdapat beberapa kekurangan dalam perlaksanaannya, penambaikan
telah dijalankan bagi memastikan laporan EIA ini berkualiti dan dapat dipercayai. Akan tetapi,
semua pihak harus bertanggungjawab dalam melaksanakan laporan EIA dengan jujur dan
amanah. Kepincangan dalam membuat laporan ini mampu memberi impak negatif dalam
jangka masa panjang. Hal ini dapat dilihat apabila terjadinya masalah dalam beberapa projek
pembangunan yang telah mendapat kelulusan setelah laporan EIA diserahkan kepada Jabatan

23
Alam Sekitar. Kepincangan ini bukan sahaja menyebabkan kemusnahan harta benda, bahkan
alam sekitar dan nyawa manusia turut melayang. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab
menyediakan laporan EIA ini perlulah mengambil sikap serius dan jujur dalam menjalankannya.

Selain itu, laporan EIA turut mengambil kira pandangan masyarakat tentang sesuatu
projek. Hal ini jelas menunjukkan keprihatian pihak berwajib mengenai kebajikan masyarakat.
Masyarakat setempat merupakan golongan pertama yang akan menerima impak daripada
sesuatu projek yang dijalankan. Atas sebab ini, pandangan mereka tidak wajar diketepikan.
Kesedaran dalam diri masyarakat perlu dititikberatkan dalam menyuarakan pandangan mereka.
Pihak yang berkenaan juga harus menerangkan kebaikan dan keburukan sesuatu projek yang
mahu dijalankan di sesuatu kawasan. Penerangan yang jelas dapat membuka mata dan minda
masyarakat untuk menerima pembangunan yang dijalankan. Tambahan pula, laporan EIA turut
mengandungi cadangan bagi mengatasi masalah yang akan berlaku akibat pembangunan.

Pihak pemaju pula, haruslah menghindari sikap mementingkan keuntungan sehingga


mengabaikan alam sekitar. Alam ini merupakan sumber rezeki sekiranya kita tahu
menghargainya. Setiap prosedur yang digariskan perlu dipatuhi. Walaupun rumit, prosedur ini
penting bagi memastikan laporan yang disediakan mampu mengatasi masalah pembangunan
justeru pembangunan lestari dapat diamalkan. Dengan menjaga alam sekitar, kita bukan sahaja
dapat menikmati hidup yang lebih sihat dan aman malah generasi akan datang juga dapat
menikmatinya secara bersama.

10.0 Rujukan

Brian D. Clarck (1984). Perspective on Environmental Impact Assessment. Lancaster:


R.Reidal Publishing

FOMCA, WECAM dan Forum Air Malaysia (2009). Laporan Kajian bagi Projek
Pembangunan Sumber Air Bawah Tanah di Batang Padang, Perak Darul Ridzuan:
Satu Peringatan kepada Malaysia

Jabatan Pembangunan Alam Sekitar (2002). Ordinan Impak Alam Persekitaran

(1994). Evironmental Impact Assesment (EIA) Procedur And Requirments in Malaysia.


Department of Enviroment, Malaysia.

Mohd Razali Agus, Yahaya Ibrahim (2003). Penilaian Dampak Sosial. Utusan Publication
& Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
24
Madya Herawati Bte Ahmad (Jun 2012). Isu-Isu Penguatkuasaan Terhadap Penilaian
Kesan Ke Atas Alam Sekeliling (EIA) Bagi Projek Perumahan Di Kawasan
Lereng Bukit, Kajian Kes Negeri Selangor Darul. Fakulti Pengurusan Teknologi &
Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Laporan kajian bagi projek pembangunan sumber air bawah tanah di Batang Padang,
Perak. Diambil di http://www.fomca.org.my/v2/images/stories/pdf/210809_bm.pdf

Laporan tahunan Jabatan Alam Sekitar (2009). Penilaian Alam Sekitar. Diambil di
http://www.doe.gov.my/portal/wp-content/uploads/2010/11/BAB3.pdf

25

Anda mungkin juga menyukai