Anda di halaman 1dari 13

BAB 1

PENGERTIAN & HIKMAH

PENSYARIATAN WASIAT

1.1 PENDAHULUAN

Wasiat ialah suatu sistem yang sudah lama wujud. Misalnya, dalam kalangan orang Rom,
ketua bagi sesebuah keluarga mempunyai kuasa yang mutlak untuk mentadbir atau mengurus
wasiat. Tidak ada sebarang batasan yang mengehadkan kuasanya. Bukan setakat itu sahaja,
malah dia boleh membuat wasiat untuk orang lain, dan menafikan hak anak- anaknya sebagai
ahli waris.

Dalam kalangan orang Arab Jahiliyah pula, mereka membuat wasiat untuk orang asing
sebagai kebanggaan dan kemegahan. Tetapi sebaliknya, mereka membiarkan sanak saudara
mereka berada dalam kemiskinan dan kesusahan.

Apabila Islam datang, keadaan ini telah diperbetulkan dengan meletakkan wasiat atas asas
hak dan keadilan. Sebelum system pusaka disyariatkan, Islam memastikan supaya orang yang
berharta, berwasiat untuk ibu bapa dan sanak saudara. Jadi, pada peringkat permulaan semua
harta wajib diwasiatkan untuk ibu bapa dan sanak saudara berdasarkan firman Allah S.W.T. :

‫ْن َوااْل َ ْق َر ِبي َْن‬


ِ ‫ص َّي ُة ل ِْل َوالِ َدي‬
ِ ‫ك َخ ْي رً ا ْال َو‬ ُ ‫ض َر اَ َحدَ ُك ُم ْال َم ْو‬
َ ‫ت ِانْ َت َر‬ َ ‫ِب َع َل ْي ُك ْم ا َِذا َح‬
َ ‫ُكت‬
ۗ ‫ِب ْال َمعْ ر ُْوفِ ۖ َح ًّقا َع َلى ْال ُم َّت ِقي َْن‬
Maksudnya:

“Diwajibkan atas kamu, apabila maut hendak menjemput seseorang di antara kamu, jika dia
meninggalkan harta, berwasiat untuk kedua orang tua dan karib kerabat dengan cara yang
baik, (sebagai) kewajiban bagi orang-orang yang bertakwa”
(Surah Al-Baqarah: ayat 180)

Dalam ayat lain pula, firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Maidah, ayat 106:

‫ت ِحي َْن ْال َوصِ َّي ِة ْاث ٰن ِن َذ َوا َع ْد ٍل‬ َ ‫ٰ ٓيا َ ُّي َها الَّ ِذي َْن ٰا َم ُن ْوا َش َهادَ ةُ َب ْي ِن ُك ْم ِا َذا َح‬
ُ ‫ض َر اَ َحدَ ُك ُم ْال َم ْو‬
ِ ۗ ‫صا َب ْت ُك ْم مُّصِ ْي َب ُة ْال َم ْو‬
 ‫ت‬ َ َ ‫ض َفا‬ِ ْ‫ض َر ْب ُت ْم فِى ااْل َر‬ َ ‫ِّم ْن ُك ْم اَ ْو ٰا َخ ٰر ِن ِمنْ َغي ِْر ُك ْم ِانْ اَ ْن ُت ْم‬

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang (di antara) kamu menghadapi
kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua
orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan (agama) dengan kamu. Jika
kamu dalam perjalanan di bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian.”

Ada juga hadis-hadis yang menggalakkan seseorang itu berwasiat. Dalam sebuah hadis,
Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

: ‫ ق ال رس ول هللا ﷺ‬: ‫روى البخارى والمسلم عن ابن عمر رضي هللا عنه ق ال‬
‫ ي بيت ليل تين إال ووص يته مكتوب ة‬, ‫ما حق ام رىء مس لم ل ه ش يء يوص ى في ه‬
‫ ما مرت على ليلة منذ سمعت رسول هللا ﷺ يقول ذل ك إال‬: ‫ قال ابن عمر‬. ‫عنده‬
. ‫وعندي وصيتي‬

Maksudnya:

"Telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Umar R.A, dia berkata: Telah
bersabda Rasulullah S.A.W. 'Tiada hak (tidak patut) bagi seorang Muslim yang mempunyai
sesuatu yang boleh diwasiatkan sesudah bermalam selama dua malam, melainkan wasiatnya
itu tertulis di sisinya, Ibnu Umar berkata: Tidak berlalu bagiku satu malam pun sejak aku
mendengar Rasulullah S.A.W. mengucapkan hadis itu, kecuali wasiatku selalu berada di
sisiku.”

Selain itu, diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Jabir R.A, Rasulullah S.A.W. telah
bersabda:

, ‫ من م ات على وص ية‬: ‫ ق ال رس ول هللا ﷺ‬: ‫وروى ابن ماجه عن ج ابر ق ال‬


. ‫ ومات مغفورا له‬, ‫ ومات على تقى وشهادة‬, ‫مات على سبيل وسنة‬

Maksudnya:

"Diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Jabir, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah
S.A.W.: "Barangsiapa yang mati dalam keadaan berwasiat, maka dia telah mati di jalan
Allah dan Sunnah, mati dalam keadaan takwa dan syahid, dan mati dalam keadaan
diampuni dosanya'."

Menurut amalan para sahabat pula, mereka sering mewasiatkan sebahagian harta mereka
kerana ingin mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

Abdul Razzak, dalam kitabnya Al-Musannaf, telah meriwayatkan dengan sanad yang sahih
bahawa Anas R.A berkata, yang bermaksud:

"Para sahabat menulis di awal wasiat mereka: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Pengasih. Ini adalah wasiat fulan bin fulan bahawa dia bersaksi tiada tuhan melainkan
Allah dan tiada sekutu bagi-NYA. Dia juga bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan
Rasul-NYA. Dia juga bersaksi bahawa hari akhirat pasti akan datang dan Allah akan
membangkitkan manusia dari kubur. Dia mewasiatkan ahli keluarganya yang masih tinggal
agar takutkan Allah dan Rasul-NYA sekiranya mereka orang-orang yanq beriman. Para
sahabat mewasiatkan ahli keluarga mereka sebagaimana wasiat Nabi Ibrahim dan Nabi
Yaakub kepada keturunan mereka, iaitu sesungguhnya Allah S.W.T. telah memilih Islam
sebagai agama kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan islam."
Ini juga adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 132:

ْ َ ‫ص ى ِب َه ٓا ِا ْب ٰرهٖ ُم َب ِن ْي ِه َو َيعْ قُ ْو ۗبُ ٰي َبنِيَّ اِنَّ هّٰللا‬


‫اص َط ٰفى َل ُك ُم ال ِّدي َْن َفاَل َت ُم ْو ُتنَّ ِااَّل‬ ّ ٰ ‫َو َو‬
ۗ ‫َواَ ْن ُت ْم مُّسْ لِم ُْو َن‬

Maksudnya:

“Dan Ibrahim mewasiatkan (ucapan) itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yakub.
“Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu, maka
janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim.”

Pada permulaan Islam, hokum mewasiatkan dengan seluruh harta untuk kedua-dua ibu bapa
dan kaum kerabat adalah wajib berdasarkan firman Allah dalam Surah Al Baqarah, ayat
180:

‫ْن َوااْل َ ْق َر ِبي َْن‬


ِ ‫ص َّي ُة ل ِْل َوالِ َدي‬
ِ ‫ك َخ ْي رً ا ْال َو‬ ُ ‫ض َر اَ َحدَ ُك ُم ْال َم ْو‬
َ ‫ت ِانْ َت َر‬ َ ‫ِب َع َل ْي ُك ْم ا َِذا َح‬
َ ‫ُكت‬
ۗ ‫ِب ْال َمعْ ر ُْوفِ ۖ َح ًّقا َع َلى ْال ُم َّت ِقي َْن‬
Maksudnya:

“Diwajibkan atas kamu, apabila maut hendak menjemput seseorang di antara kamu, jika dia
meninggalkan harta, berwasiat untuk kedua orang tua dan karib kerabat dengan cara yang
baik, (sebagai) kewajiban bagi orang-orang yang bertakwa”

Tetapi kemudiannya, mengikut pandangan jumhur, kewajipan tersebut telah dimansuhkan


oleh ayat Al-Mawarith, ayat yang menetapkan bahagian-bahagian mereka masing-masing
daripada harta tersebut.
Majority fuqaha’ berpendapat, kewajipan berwasiat kepada ibu bapa dan kaum kerabat
sebagaimana dalam ayat 190 Surah Al-Baqarah dimansuhkan oleh ayat 11, Surah An-Nisa’:

‫هّٰللا‬
ِ ‫ْن ۚ َف ِانْ ُكنَّ ن َِس ۤا ًء َف ْو َق ْاث َن َتي‬
َّ‫ْن َف َلهُن‬ ِ ‫ي ُْوصِ ْي ُك ُم ُ ف ِْٓي اَ ْواَل ِد ُك ْم ل َِّلذ َك ِر م ِْث ُل َح ِّظ ااْل ُ ْن َث َيي‬
‫الس ُدسُ ِممَّا‬ ُّ ‫ت َواحِدَ ًة َف َل َها ال ِّنصْ فُ ۗ َواِل َ َب َو ْي ِه لِ ُك ِّل َوا ِح ٍد ِّم ْن ُه َم ا‬ ْ ‫ك ۚ َو ِانْ َكا َن‬ َ ‫ُثلُ َثا َما َت َر‬
ٌ‫ان َل ٗ ٓه ا ِْخ َوة‬َ ‫ث ۚ َف ِانْ َك‬ ُ ُ‫الثل‬ُّ ‫ان َل ٗه َو َل ٌد ۚ َف ِانْ لَّ ْم َي ُكنْ لَّ ٗه َو َل ٌد وَّ َو ِر َث ٗ ٓه اَ َب ٰوهُ َفاِل ُ ِّم ِه‬
َ ‫ك ِانْ َك‬ َ ‫َت َر‬
ٍ ‫َفاِل ُ ِّم ِه ال ُّس ُدسُ ِم ۢنْ َبعْ ِد َوصِ َّي ٍة ي ُّْوصِ يْ ِب َهٓا اَ ْو َدي‬
‫ْن ۗ ٰا َب ۤاُؤ ُك ْم َواَ ْب َن ۤاُؤ ُك ۚ ْم اَل َت ْدر ُْو َن اَ ُّي ُه ْم‬
‫هّٰللا‬ ‫هّٰللا‬
‫ان َعلِ ْيمًا َح ِك ْيمًا‬ َ ‫ْض ًة م َِّن ِ ۗ اِنَّ َ َك‬ َ ‫اَ ْق َربُ َل ُك ْم َن ْفعًا ۗ َف ِري‬

Maksudnya:

“Allah mensyariatkan (mewajibkan) kepadamu tentang (pembagian warisan untuk) anak-


anakmu, (yaitu) bagian seorang anak laki-laki sama dengan bagian dua orang anak
perempuan. Dan jika anak itu semuanya perempuan yang jumlahnya lebih dari dua, maka
bagian mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan. Jika dia (anak perempuan) itu
seorang saja, maka dia memperoleh setengah (harta yang ditinggalkan). Dan untuk kedua
ibu-bapak, bagian masing-masing seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika dia (yang
meninggal) mempunyai anak. Jika dia (yang meninggal) tidak mempunyai anak dan dia
diwarisi oleh kedua ibu-bapaknya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga. Jika dia (yang
meninggal) mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-
pembagian tersebut di atas) setelah (dipenuhi) wasiat yang dibuatnya atau (dan setelah
dibayar) utangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa
di antara mereka yang lebih banyak manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan Allah.
Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha bijaksana.”

Setelah turun ayat-ayat Surah Al-Nisa' yang mensyariatkan sistem pusaka, maka sistem
wasiat yang disyariatkan sebelum ini diikatkan (perlaksanaannya) dengan dua syarat:
Pertama; tidak berlaku wasiat bagi ahli waris, melainkan mendapat kebenaran ahli-
ahli waris yang lain. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi Muhammad S.A. W. dalam khutbah
Haji Wida':

‫إن هللا قد أعطى كل ذي حق حقه فال وصية لوارث‬


Maksudnya:

"Sesungguhnya, Allah S.W.T, telah memberikan kepada setiap orang yang berhak akan
haknya, maka tiada wasiat bagi ahli waris.”

Ibu dan bapa ditentukan hak-hak mereka daripada harta peninggalan si mati; dan wasiat
adalah sunat untuk selain ahli waris.

Kedua; mengehadkan kadar wasiat dengan satu pertiga berdasarkan hadith Nabi
Muhammad S.A.W di mana Baginda berkata kepada Sa'ad bin Abi Wagas yang ingin
mewasiatkan dua pertiga ataupun separuh daripada hartanya, memandangkan tidak ada yang
akan mewarisi hartanya selain seorang anak perempuannya. Sabda Rasulullah:

‫الثلث والثلث كثير إنك أن تذر ورثتك أغنياء خير من أن تدعهم عالة يتكففون‬
‫الناس‬
Maksudnya:

"(Bolehlah berwasiat) Satu pertiga dan sedangkan satu pertiga itu pun sudah banyak,
sesungguhnya engkau tinggalkan ahli waris engkau dalam keadaan kaya adalah lebih baik
daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan kemiskinan yang meminta-minta kepada
orang ramai."

Adapun lebihan daripada satu pertiga adalah menjadi hak ahli-ahli wars, tidak boleh
digunakan melainkan dengan persetujuan dan keredaan mereka.
1.2 PENGERTIAN WASIAT

Dari segi bahasa, wasiat berasal daripada lafaz wassa (‫ ) وصی‬yang bermaksud menyambung,
menyampaikan, memberikan, menjanjikan hak pemilikan harta selepas kematian.

Wasiat ialah isa'. Dari segi bahasa, wasiat digunakan untuk makna suatu perjanjian yang
diserahkan kepada seseorang untuk melaksanakan suatu urusan, sama ada ketika orang yang
membuat wasiat masih hidup atau selepas kematiannya.

Misalnya, dikatakan, "Aku wasiatkan baginya atau kepadanya" memberi erti bahawa "Aku
menjadikannya sebagai wasi (pemegang amanah) untuk dia melaksanakan atas orang
yang selepasnya. " Dan, inilah pengertian yang masyhur untuk kalimah al-wisayah.

Perkataan ini juga digunakan untuk maksud menjadikan suatu harta untuk orang lain.
Umpamanya, dikatakan "Aku wasiatkan sesuatu" atau "Aku wasiatkan". Kata-kata ini
membawa erti "Aku menjadikannya untuknya". Perkataan wasaya adalah kata jamak dan
mufradnya ialah wasiyyah bermakna melputi wasiat dengan harta dan wasiat pemegangan
amnaah.

Al-Sheikh Shamsuddin Muhammad bin Ahmad al. Syarbini al-Khatib, meningeal dunia pada
tahun 977 Hijriyah, di dalam kitabnya Mughni al-Muhta jilid Ketiga mukasurat 39; memberi
erti wasiat sebagai:

‫وشرعا تبرع بحق مضاف ولو تقديرا لما بعد الموت‬


Maksudnya:

"Wasiat dari segi syara' bererti memberi hak milik secara percuma kepada penerimanya oleh
seseorang dengan dikaitkan sesudah meninggal dunia pemberi hak milik itu (pemberian
berkenaan berkuatkuasa setelah pemberinya sudah meninggal dunia).

Wasiat Mengikut Para Fuqaha’

Wasiat mengikut pendapat para fuqaha' bermakna:

"Pemberian milik yang berkuatkuasa selepas matinya orang yang memberi, dan pemberian
itu adalah dalam bentuk sukarela samada yang dimiliki itu dalam bentuk barangan ataupun
perkhidmatan (manfaat)".

Di dalam Mu'jam Al-Mustolahat wa Al-Alfaz Al- Fighiyyah oleh Dr. Mahmud Abd.
Rahman b. Abd Muni'm, Jilid 3, Halaman 473, Cetakan Dar Al- Fadhilah, wasiat
berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu ( ‫يه‬BB‫ئ أص‬BB‫يت الش‬BB‫)وص‬. la membawa maksud
"Apabila aku menyambungkannya" dan dimaksudkan kepada perbuatan orang yang membuat
wasiat dan juga kepada barang apa yang diwasiatkan seperti harta atau selain harta dari
janjinya atau selainnya.

Menurut ulama' mutaakhirin, Dr. Wahbah Al-Zuhailidi dalam Kitab Al-Figh Al-Islami
wa adillatuhu, (versi Arab) di dalam Bab 4, al-Wasoya, Jilid 10, cetakan 1425H/2005M,
halaman 7440, ada menyebut, wasiat sebagai al-'Iso' iaitu "berjanji kepada pihak lain
untuk melaksanakan sesuatu perbuatan yang diarahkan, samada pada masa hidupnya
atau selepas kematiannya" dan makna ini lebih masyhur digunakan dalam bab al-wisoyah.
Wasiat juga digunakan dengan makna "menjadikan harta kepada pihak lain". Dikatakan
‫يت‬BB‫ذا او اوص‬BB‫يت بك‬BB‫ وص‬dengan makna "saya menjadikan barang itu untuknya." Manakala
mengikut istilah fuqaha' pula, wasiat ialah:
‫ سواء أكان الملك عينا أم منفعة‬, ‫تمليك مضاف الى ما بعد الموت بطريق التبرع‬

Maksudnya:

"Pemilikan yang dikaitkan dengan sesudah meninggal dunia pemberi hakmilik itu
(pemberian berkenaan berkuatkuasa setelah pemberinya sudah meninggal dunia) dengan
cara sumbangan, samada barang yang diberi milik itu adalah a'in atau manfaat."

Menurut pendapat Abdul Karim Zaidan di dalam Kitab Al- Mufassal fi Ahkamil Mariah
wal Baitil Muslim Juzuk 10 mukasurat 381, bermaksud:

''Wasiat ialah memberi milk kepada seseorang secara sukarela dilaksanakan selepas kematian
orang yang memberi samada berupa benda atau manfaatnya"

Manakala di dalam Kitab I'aanat at-Talibin Juzuk 3 mukasurat 343, menyatakan dengan
maksud:

"Wasiat ialah pemberian sukarela oleh seseorang kepada seseorang yang lain terhadap
haknya dan dilaksanakan setelah kematian orang yang berwasiat itu".

Menurut pengertian yang lain, wasiat ialah harta peninggalan dan pengeluaran yang
dilaksanakan sesudah seseorang yang berwasiat meninggal dunia sebagai satu sumbangan
dan tabarru'
Menurut istilah yang lain pula, wasiat ialah harta peninggalan yang tertentu atau pihak yang
disukainya yang akan diserahkan harta tersebut setelah kematiannya.

Wasiat Dari Segi Istilah

Dari segi istilah pula, para fugaha' telah memberikan takrif yang berbeza-beza seperti berikut:

1. Imam Syafie mentakrifkan wasiat sebagai pemberian suatu hak yang boleh
dilaksanakan (berkuatkuasa) selepas berlakunya kematian orang yang membuat
wasiat samada dengan menggunakan perkataan atau sebaliknya.

2. Imam Hanbali mentakrifkan wasiat sebagai satu perintah supaya menguruskan


sesuatu setelah berlakunya kematian.

3. Imam Hanafi mentakrifkan wasiat sebagai pemilikan yang terjadi setelah


berlakunya kematian dengan cara sumbangan.

4. Imam Malik pula mentakrifkan wasiat sebagai suatu akad yang memastikan
haknya sekadar 1/3 daripada jumlah semua harta orang yang membuat wasiat
dan lazimnya wasiat itu akan terlaksana setelah berlakunya kematian pewasiat.

Imam Muhammad Abu Zahrah ketika mengulas mengenai takrif wasiat menyatakan
bahawa terdapat beberapa kekurangan yang jelas terhadap definisi wasiat yang telah
dinyatakan di atas. lanya tidak meliputi perkara-perkara berkaitan menggugurkan hak seperti
melepaskan hutang, begitu juga ia tidak meliputi sebahagian wasiat seperti berwasiat supaya
membahagikan harta pusaka kepada waris-waris, berwasiat supaya menunaikan segala
kewajipan ke atasnya, berwasiat supaya menggugurkan segala hutang yang dipinjam
daripadanya dan sebagainya.

Beliau berpendapat, takrif yang lebih tepat adalah sebagaimana yang telah digubal dalam
Undang-Undang Wasiat Mesir 1946, dalam perkara yang pertama; iaitu "menguruskan
sesuatu peninggalan yang berkuatkuasa setelah berlaku kematian" Takrif in meliputi
semua jenis wasiat samada wasiat wajib atau sunat dan ia juga merangkumi semua bentuk
peninggalan si mati samada berbentuk harta atau selainnya kerana lafaz "menguruskan" itu
meliputi semuanya.

Di bawah Seksyen 2(1), Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999, wasiat
ditakrifkan sebagai "iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas
hartanya atau manjaat untuk atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum
syarak selepas dia mati".

Oleh itu, secara keseluruhannya, takrif wasiat dapat dirumuskan sebagai pemberian harta,
hak atau manfaat oleh seseorang kepada seseorang semasa hayatnya tapa apa-apa
balasan dan berkuatkuasa selepas kematiannya. Wasiat itu hendaklah bukan kepada
ahli warisnya dan tidal melebihi kadar 1/3 daripada keseluruhan hartanya.
1.3 HIKMAH PENSYARIATAN WASIAT

Pensyariatan wasiat ini mempunyai hikmat yang banyak, di antaranya, sebagaimana


difirmankan oleh Allah S.WT. dalam Surah Al-Imran, ayat 14, salah satu sifat manusia
adalah kecintaan kepada harta.

ِ ‫ت م َِن ال ِّن َس ۤا ِء َو ْال َب ِني َْن َو ْال َق َن اطِ ي ِْر ْال ُم َق ْن َط َر ِة م َِن ال َّذ َه‬
‫ب‬ ِ ‫الش َه ٰو‬ َّ ُّ‫اس حُب‬ ِ ‫ُزي َِّن لِل َّن‬
ٗ‫ك َم َت ا ُع ْال َح ٰي و ِة ال ُّد ْن َيا َۗوهّٰللا ُ عِ ْن دَه‬
َ ِ‫ث ۗ ٰذل‬
ِ ْ‫ض ِة َو ْال َخي ِْل ْال ُم َس َّو َم ِة َوااْل َ ْن َع ِام َو ْال َح ر‬َّ ‫َو ْال ِف‬
ِ ‫حُسْ نُ ْال َم ٰا‬
‫ب‬

Maksudnya:

"Telah dihiasi bagi (pandangan) manusia kecintaan kepada perkara-perkara yang disukai,
iaitu isteri, anak- anak, harta yang banyak daripada emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak
dan ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah sebaik-baik tempat kembali"

Kecintaan ini telah menyebabkan mereka merasa berat untuk berbuat kebaikan dengan jalan
menderma tau mensedekahkan sebahagian daripada hartanya, sehingga sampailah sat di mana
mereka merasa bahawa ajal mereka telah dekat. Maka dengan pensyariatan wasiat ini, Allah
S.W.T. telah memberikan kesempatan kepada mereka untuk berbuat kebaikan yang selama
ini diabaikan atau untuk menambahkan kebaikannya yang masih dirasakan kurang.

Dengan pensyariatan wasiat ini juga, Allah S. W.T. telah memberian kesempatan kepada
orang yang berharta untuk memberikan sebahagian hartanya kepada orang- orang yang
dicintai, yang bukan daripada ahli warisnya.

Untuk melindungi ahli waris daripada terhalang bagi mendapatkan sebahagian harta yang
ditinggalkan dengan sebab wasiat yang menghabiskan harta atau sebahagiannya, maka Allah
S.W.T telah menetapkan kadar wasiat tidak boleh melebihi 1/3 daripada baki harta selepas
dibayarkan hutang-hutang, pembiayaan pengurusan jenazah dan lain-lainnya, kecuali apabila
dipersetujui oleh ahli waris itu sendiri.

Untuk mencegah timbulnya perasaan iri hati dan saling mendengki di antara ahli waris, maka
dilarang berwasiat bagi ahli waris dan lain-lainnya.

Anda mungkin juga menyukai