Anda di halaman 1dari 6

Pertandingan Mewarna dan Melukis 2018

KERTAS KERJA
Pertandingan Mewarna
dan
Melukis Komik
2018

Disediakan oleh:

Ahli Jawatankuasa
Pertandingan Mewarna dan Melukis

Anjuran Bersama :
Panitia Seni Visual & Kelab Kesenian
Pertandingan Mewarna dan Melukis 2018

Tajuk : Pertandingan Mewarna dan Melukis Komik 2018


Pengelola :
Tarikh :
Tempat :

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dibangunkan untuk tujuan mendapatkan persetujuan daripada
pentadbir sekolah untuk mengadakan Pertandingan Mewarna dan Melukis
Komik di peringkat sekolah.

2.0 PENDAHULUAN
Pertandingan mewarna dan melukis komik merupakan satu kalendar aktiviti
sekolah. Aktiviti yang diadakan pada setiap tahun ini dapat membangkitkan
minat murid mengambil bahagian untuk menonjolkan kebakatan sendiri. 5
hasil lukisan yang terbaik bagi setiap darjah akan dipilih .Peserta-peserta
yang mana hasil lukisan mereka yang dipilih akan diberi hadiah sebagai
galakan. Mereka juga akan dicadangkan nama ke pertandingan peringkat
daerah, peringkat negeri mahupun peringkat kebangsaan.

3.0 RASIONAL
Pertandingan mewarna dan melukis komik diadakan adalah bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta daya kreativiti
murid-murid. Selain itu, ianya adalah untuk mendedahkan murid-murid
dengan bidang kerjaya yang dapat diceburi oleh mereka berdasarkan
kemahiran dan kreativiti mereka dalam usaha menghasilkan karya seni.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan daya kreatif dan inovasi murid-murid.
4.2 Mewujudkan proses pembangunan sahsiah dan peribadi yang
mantap dalam kalangan murid-murid.
4.3 Memupuk minat dan mencungkil bakat baharu murid dalam bidang
seni visual.
4.4 Memberi ruang dan peluang kepada murid mengekspresikan
kebolehan diri melalui aktiviti seni.
4.5 Melibatkan murid dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti
kesenggangan yang berfaedah.
Pertandingan Mewarna dan Melukis 2018

5.0 SASARAN
Semua murid
5.1 Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
Tahun Bilangan Murid (orang)
Tahun 1 119
Tahun 2 120
Tahun 3 129
Jumlah 368

5.2 Pertandingan Melukis Komik (Tahap 2)


Tahun Bilangan Murid (orang)
Tahun 4 124
Tahun 5 107
Tahun 6 111
Jumlah 342

6.0 TEMPAT
Bilik darjah masing-masing

7.0 TARIKH / HARI / MASA


7.1 Pertandingan Mewarna
30 Ogos 2018 / Khamis / 7.30pg - 9.30pg

7.2 Pertandingan Melukis Komik


30 Ogos 2018 / Khamis / 7.30pg – 10.00pg
Pertandingan Mewarna dan Melukis 2018

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN


Jumlah
Peruntukan Perbelanjaan Butiran (RM)
Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
RM4.30 x 15 unit
(Pingat untuk Johan, Naib Johan, 64.50
Tempat Ketiga dan dua Saguhati bagi
setiap Tahun, iaitu Tahun 1-3
BKK Piala
Pertandingan Melukis Komik (Tahap 2)
RM4.30 x 15 unit
(Pingat untuk Johan, Naib Johan, 64.50
Tempat Ketiga dan dua Saguhati bagi
setiap Tahun, iaitu Tahun 4-6

9.0 JAWATANKUASA INDUK


Penasihat :
Pengerusi :
Timbalan Pengerusi :
Penyelaras :
AJK :

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Penasihat :
Pengerusi :
Timbalan Pengerusi :
Setiausaha :
Juruacara :
AJK Hadiah :
AJK Peralatan :
Jurugambar :
Pertandingan Mewarna dan Melukis 2018

Panel Hakim : 1.
Tahun 1
2.
1.
Tahun 2
2.
1.
Tahun 3
2.
1.
Tahun 4
2.
1.
Tahun 5
2.
1.
Tahun 6
2.

11.0 STRATEGI PELAKSANAAN


Bil Tarikh Aktiviti Tindakan Catatan
Perbincangan bersama GPK Membuat draf kertas
1. 1/8/18 Penyelaras
tentang Pertandingan Melukis kerja program
Menyerahkan kertas kerja untuk Membaiki kertas
2. 6/8/18 Setiausaha
diedit kerja
Menyerahkan kertas kerja untuk
3. 8/8/18 Penyelaras Lulus / Tidak lulus
kelulusan Penasihat
Mesyuarat bersama Pengagihan tugas
4. 9/8/18 Penyelaras
Jawatankuasa Pelaksana kepada AJK
5. 15/8/18 Menyediakan kertas lukisan AJK Lancar / Tidak
Pelaksanaan Program Semua guru
6. 30/8/18 Lancar / Tidak
yang terlibat
Pemilihan tiga karya yang terbaik
dari setiap kelas dan menyerah Semua guru
7. 3/9/18 Lancar / Tidak
kepada panel hakim yang seni
berkenaan
Panel hakim membuat pemilihan Barisan
8. 5/9/18 Lancar / Tidak
terhadap karya yang terbaik panel hakim
Menyerah keputusan
Barisan
9. 7/9/18 pertandingan muktamad kepada Lancar / Tidak
panel hakim
Cik Saw Chin Theng
10. 9 Penyampaian Hadiah
10/9/18 AJK Lancar / Tidak
/
Pertandingan Mewarna dan Melukis 2018

12.0 PENUTUP
Adalah diharapkan di akhir program ini, para peserta diharapkan dapat
dipupuk nilai-nilai murni serta amalan sikap positif secara berterusan melalui
penglibatan secara aktif dalam aktiviti seni. Selain itu, pengetahuan dan
kemahiran yang diperoleh diharap mampu memberi input yang berguna
kepada murid-murid dan seterusnya menzahirkan murid yang berbudaya,
imaginatif, kreatif, berfikiran kritis, berpengetahuan serta peka terhadap ciri-
ciri estetika melalui pelbagai aktiviti seni. Ia juga mampu menyemarakan rasa
cinta murid terhadap aktiviti seni visual. Di samping menimba pengalaman,
program ini juga mampu mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan
guru-guru. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amat diperlukan
untuk menjayakan hasrat murni melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.

Disediakan oleh,

_________________

Penyelaras
Pertandingan Mewarna dan Melukis Komik
SJK (C) Yuk Chyun

Disemak oleh,

________________
( )
GPK Kokurikulum

Diluluskan oleh,

________________
( )
Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai