Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS- Kempen Galakan Membaca

Pelancaran NILAM

 
1.Yang Berbahagia, En. Manaf bin md Daud, Guru Besar SKKB,

En.Rosli bin Shaari, Penolong Kanan Pentadbiran, 

Pn. Faridah Azizan,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, 

Tuan Hj Karim bin Omar, Penolong Kanan Kokurikulum 

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para
pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.


Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

2.Majlis bermakna di pagi nan berbahagia ini, kita mulakan dengan munajat doa
memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Al-fadzil Ustaz Ahmad
Jaafar bin …… bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.

Terimakasih al Fadzil Ustaz . Moga majlis nan berlansung diberkati oleh yang
Maha Esa.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi,


Tuhan yang Maga Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya serta
kehendakNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan,
dianugerahkan kesihatan, disempurnakan kewarasan akal, didorong dan digerakkan
minda dan deria rasa untuk kita sama-sama berkumpul di Dataran Perhimpunan
bagi merasmikan Program Pelancaran Program NILAM bersempena Kempen
Galakan Membaca’

3.Memulakan majlis, satu penghayatan bersama...

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu
Negeri Kedah dan sekolah.
*****

Kalungan bunga, terima kasih buat semua.


Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi,

Puteri Bongsu cantik terperi


Minum air tampak berkaca
Demi jaya ilmu dicari
Nadi ilmu amalan membaca

4.Seterusnya majlis mempersilan adik Sayyidah Nafishah binti Mohamad Nahar ke


pentas untuk gimik pelancaran.
Dipersilakan

Tahniah kepada ajk gimik pelancaran. Semoga ianya menjadi sumber inspirasi
kepada murid-merid untuk berjaya di masa akan datang.

Melilit rotan di dahan ara


Di celah angsana mekar sekata
Ucapan Aluan pembuka bicara
Tuan Guru Besar bermadah kata /bingkisan ucapan sepatah kata

5.Seterusnya, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang


Berbahagia, En.Manaf bin Md Daud, untuk menyampaikan bingkisan ucapan
sekaligus merasmikan Program Pelancaran NILAM bersempena dengan Kempen
Galakkan Membaca 2019.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang


tidak terhingga kepada yang Berbahagia En. Manaf bin Md Daud.

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Pelancaran kempen membaca selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

6.1 Seterusnya, majlis mempersilakan kumpulan koir Pusat Sumber Sekolah ,


untuk mendendangkan dua buah lagu; Membaca Gaya Wawasan.
Dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan Koir
6.2

6.3

6.4

6.5

Majlis kita sampai dipenghujungnya, Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik
bertemu nokhtah, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu
dipenghujung ini untuk menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
memastikan majlis permai pada pagi nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan
jayanya.

Membawa dulang beralas sutera


Berisi hadiah buat pemenang
Ilmu dijulang semangat membara
Amalan membaca hatipun senang

Cincin suasa tersemat di tangan


Hiasan tersohor dato Bahaman
Ilmu dijulang demi kejayaan
Amalan Membaca gaya wawasan

Pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan barisan AJK Pelancaran Program


NILAM untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Guru Besar untuk ke Kiosk
NILAM bagi upacara memotong riben sebagai simbolik perasmian Kiosk NILAM.
Majlis mempersilakan.
Sekian, Wassalamualakum wbt

Makluman kepada para pelajar: para pelajar boleh melawat ke kiosk Nilam.

Anda mungkin juga menyukai