Anda di halaman 1dari 11

MENINGKATKAN KEBERKESANAN KEMAHIRAN MEMBILANG

NOMBOR 1 HINGGA 10 DALAM KALANGAN MURID TAHUN SATU DENGAN


MENGGUNAKAN ‘NUMERAL BOTTLE’.

Oleh,
Thinatayaalan a/l Muniandy
g-85199172@moe-dl.edu.my

Vesvan a/l Veerappan


g-05199173@moe-dl.edu.my

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ulu Sepetang


34010 Taiping, Perak

ABSTRAK
Seramai 7 orang murid Tahun 1 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ulu Sepetang, Taiping,
Perak terlibat dalam inovasi ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, temu
bual serta ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat menguasai kemahiran
membilang nombor 1 hingga 10 kerana mereka sukar mengingat nombor dan tidak boleh
menulis nombor dalam turutan menaik dengan betul. Perancangan tindakan difokuskan untuk
meningkatkan kemahiran membilang nombor 1 hingga 10 kepada murid tersebut. Murid telah
didedahkan dengan penggunaan NUMERAL BOTTLE selama 2 minggu. Inovasi ini bertujuan
meninjau keberkesanan pembelajaran matematik untuk meningkatkan kemahiran membilang
nombor 1 hingga 10 dalam kalangan murid Tahun 1 dengan menggunakan NUMERAL
BOTTLE (Botol Numerasi). Keputusan ujian pos adalah lebih baik berbanding ujian pra.
Inovasi ini memberi sumbangan dan penyelesaian masalah dalam bentuk strategi pengajaran
yang berkesan kepada guru Tahun 1 untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran membilang
nombor 1 hingga 10 melalui kaedah belajar sambil bermain menggunakan ‘NUMERAL
BOTTLE’. Apabila kami meneliti ujian tersebut kami berasa hairan bahawa semua murid telah
berjaya membilang mengikut nombor 1 hingga 10. Cadangan inovasi kumpulan kami seterusnya
ialah Meningkatkan Kemahiran Operasi Tambah dalam lingkungan 10.
ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka surat

1. Objektif 1

2. Proses kajian 1-4

3. Manual Operasi 4-5

4. Hasil kajian 6-7

5. Perbincangan dan Keputusan 8

6. Sebar Luas 8

7. Rujukan / Bibliografi 9

i
1.0 OBJEKTIF

1.1 Objektif Am

Pada akhir inovasi ini , murid akan dapat meningkatkan kemahiran membilang nombor 1
hingga 10 dengan menggunakan ’NUMERAL BOTTLE’.

1.2 Objektif Khusus

Pada akhir inovasi ini,

a) Murid dapat menyebut nombor 1 hingga 10 secara menaik.


b) Murid dapat membilang mengikut nombor 1 hingga 10 secara menaik.
c) Murid meletakkan nombor perkataan mengikut bilangan telur yang ada dalam
“NUMERAL BOTTLE”dengan betul.
d) Murid dapat menulis nombor 1 hingga 10 mengikut turutan menaik dengan betul.
e) Memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran guru.

2.0 PROSES KAJIAN

2.1 TINJAUAN MASALAH

Untuk mendapatkan maklumat awal mengenai permasalahan yang dikaji, kami telah
membuat tinjauan melalui ujian temu bual, pemerhatian dan ujian pra.

2.1.1 Pemerhatian

Kami telah membuat pemerhatian terhadap semua murid di dalam kelas Tahun1.
Apabila kami mengutarakan soalan berkaitan nombor 1 hingga 10. Semua murid
tidak dapat menjawab soalan ini. Melalui pemerhatian, sasaran telah
menunjukkan bahawa 7 orang murid tidak boleh mengingat nombor secara
turutan menaik dengan betul. Mereka juga tidak boleh mengenal dan menulis
semula nombor yang disebut dengan betul dalam numerasi dan juga perkataan.

1
2.1.2 Temu Bual
Melalui sesi temu bual bersama-sama ibu bapa murid tersebut, guru telah
mengajukan beberapa soalan berkaitan masalah yang dihadapi murid. Daripada
temu bual tersebut didapati murid menghadapi masalah tidak berminat terhadap
mata pelajaran matematik, berasa bosan dan mudah jemu serta tiada tumpuan
terhadap pelajaran tersebut. Daripada temu bual tersebut juga didapati terdapat
persamaan tingkahlaku murid semasa berada di dalam kelas dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Daripada temu bual ini, jelaslah bahawa murid
tersebut belum menguasai kemahiran membilang nombor berdasarkan susunan
dan turutan dengan betul.

2.1.3 Ujian Pra


Satu ujian pra telah dijalankan untuk kami menguji tahap sebenar pencapaian
murid dalam kemahiran membilang nombor 1 hingga 10. Tujuan ujian ini adalah
untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Kami telah memperkenalkan
‘NUMERAL BOTTLE’ dan dua minggu selepas itu kami telah memberikan ujian
pos dengan mencatat bilangan nombor yang telah dikuasai. Ujian ini telah kami
jalankan sebelum dan selepas sesi rawatan atau bimbingan bermula.

2.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

2.2.1 Pemerhatian
Kami telah melakukan pemerhatian sepanjang pembelajaran dan pengajaran di
dalam kelas dan kami dapati 7 orang murid Tahun1 tidak memberikan tumpuan
semasa mengajar. Apabila kami mengajukan soalan murid A dan C tidak
berkeyakinan menjawab soalan yang diajukan. Murid B menjawab soalan dengan
yakin tetapi kerap salah. Melalui latihan yang saya berikan juga ketiga-tiga orang
murid kerap salah menjawab soalan yang diberi.

Jadual 1: Analisis Pemerhatian


Yakin menjawab Melakukan
Tumpuan semasa guru
Murid Soalan yang kesilapan dalam
mengajar
diberikan latihan
A / / X
B / X X
C / / X
D / / X
E / X X
F / / X
G / X X
Jadual 1, menunjukkan ketujuh-tujuh murid melakukan kesilapan dalam latihan
yang diberi.

2
2.2.2 Temu Bual

Hasil dapatan daripada temu bual bersama-sama ibu bapa murid tersebut,
kami dapati murid sukar mengenali nombor dan tidak tahu kedudukan nombor
mengikut turutan, mereka juga tidak berminat terhadap bentuk soalan turutan
menaik. Mereka juga kerap salah menjawab soalan dan salah menulis jawapan
dalam latihan yang diberikan.

Jadual 2: Analisis temu bual

Jawapan Tidak berminat Kerap salah Kerap salah


Ibu murid Soalan nombor menjawab menulis
turutan menaik soalan jawapan
secara lisan
A / / X
B / X X
C / / X
D / / X
E / X X
F / / X
G / / X

Jadual 2, menunjukkan ibubapa murid menyatakan anak mereka kerap salah


menulis jawapan.

2.2.3 Ujian Pra

Berikut análisis tiga aktiviti semasa pembelajaran dan pengajaran


dijalankan. Ketujuh-tujuh murid tersebut hanya betul menyebut 2 hingga 3
nombor sahaja yang betul berbanding 10 nombor yang ditunjukkan. Murid A,C,E
dan F hanya berjaya menjawab 4, murid B dan G hanya berjaya menjawab 5
manakala murid D hanya berjaya menjawab 3 jawapan yang betul daripada 22
soalan yang diberi.

3
Jadual 3 : Analisis Ujian Pra

Menulis turutan
Murid Sebut nombor betul
nombor menaik
A 2/10 4/22
B 2/10 5/22
C 3/10 4/22
D 2/10 3/22
E 2/10 4/22
F 3/10 4/22
G 2/10 5/22

3.0 MANUAL OPERASI

Setelah analisis tinjauan dijalankan, kami akan memperkenalkan kaedah terbaru iaitu
menggunakan ‘NUMERAL BOTTLE’. Terdapat 2 aktiviti yang kami jalankan dan
murid perlu lakukan iaitu:

Aktiviti 1 :
Masukkan bilangan telur dalam NUMERAL BOTTLE dan menyebut nombor mengikut
turutan Menaik.

Aktiviti 2 :
Meletakkan nombor perkataan mengikut bilangan telur yang ada dalam NUMERAL
BOTTLE dengan betul.

Nombor numerasi

Nombor
Perkataan

Telur warna-warni

NUMERAL BOTTLE

4
PELAKSANAAN AKTIVITI
Aktiviti 1 :
Masukkan bilangan telur dalam NUMERAL BOTTLE dan menyebut nombor mengikut
turutan Menaik.

Aktiviti 2 :
Meletakkan nombor perkataan mengikut bilangan telur yang ada dalam NUMERAL BOTTLE
dengan betul.

5
4.0 HASIL KAJIAN

Secara keseluruhan kami dapati NUMERAL BOTTLE’ ini telah memberi impak yang besar
kepada murid Tahun 1 dalam menguasai kemahiran membilang nombor 1 hingga 10. Kami
berasa amat bersyukur kerana telah diberikan idea oleh Tuhan untuk menyelesaikan masalah ini.

4.1 Perbandingan pemerhatian sebelum dan selepas tindakan.

Jadual 4 :Analisis Pemerhatian Sebelum Dan Selepas Tindakan.

Murid Sebelum Tindakan Selepas Tindakan


Tumpuan Yakin Melakukan Tumpuan Yakin Melakukan
semasa menjawab kesilapan semasa menjawab kesilapan
guru Soalan dalam guru Soalan dalam
mengajar yang latihan mengajar yang latihan
diberikan diberikan
A / / X / / /
B / X X / / /
C / / X / / /
D / / X / / /
E / X X / / /
F / / X / / /
G / X X / / /

Jadual 4 jelas menunjukkan, selepas inovasi dijalankan ketujuh-tujuh orang murid telah memberi
tumpuan dan yakin menjawab soalan yang diberikan kepada mereka. Ketujuh-tujuh murid ini
juga tidak melakukan kesilapan dalam latihan.

6
4.2 Perbandingan analisis temu bual sebelum dan selepas tindakan.

Jadual 5 :Analisis Temu bual Sebelum Dan Selepas Tindakan

Murid Sebelum tindakan Selepas tindakan


Tidak Berminat Yakin Kerap salah Berminat Yakin Kerap salah
Soalan nombor menjawab menulis Soalan nombor menjawab menulis
turutan menaik Soalan yang jawapan turutan menaik Soalan yang jawapan
diberikan diberikan
A / / X / / /
B / X X / / /
C / / X / / /
D / / X / / /
E / X X / / /
F / / X / / /
G / / X / / /

Jadual 5, menunjukkan temubual bersama-sama ibu bapa murid tentang perubahan yang dilihat
melalui minat murid terhadap nombor, berkeyakinan menjawab soalan dan kekerapan kesilapan
semasa anak murid membuat latihan di rumah.

4.3 Perbandingan ujian Pra dan Ujian Pos.


Jadual 6 :Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos
Murid Ujian Pra Ujian Pos

Sebut nombor Melengkapkan turutan Sebut nombor Melengkapkan turutan


betul Nombor menaik betul nombor menaik

A 2/10 4/22 10/10 22/22


B 2/10 5/22 10/10 22/22
C 3/10 4/22 9/10 22/22
D 2/10 3/22 9/10 22/22
E 2/10 4/22 10/10 22/22
F 3/10 4/22 10/10 22/22
G 2/10 5/22 10/10 22/22

Jadual 6 menunjukkan murid C dan D, telah menguasai kemahiran menyebut nombor dengan 9/10 betul
dan melengkapkan nombor secara turutan menaik dengan jawapan yang betul 22/22.

7
5.0 PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN

Untuk inovasi yang seterusnya, kami akan memberikan tumpuan terhadap Meningkatkan
Kemahiran Operasi Tambah Dalam Lingkungan 10. Inovasi tersebut kami pilih kerana
berkaitan dengan fokus pengajaran dalam DSKP Operasi Nombor dan pelbagai fungsi
’NUMERAL BOTTLE’ yang sedia ada. Murid Tahun 1 yang masih kecil ini memerlukan
bimbingan dan pemerhatian yang khusus terutama dalam opersi tambah kerana mereka perlu
memahami konsep tambah dengan lebih jelas.

6.0 SEBAR LUAS

Kami telah menyebar luas inovasi ini dalam kalangan guru di sekolah kami untuk mendapatkan
pandangan mereka terhadap inovasi kami. Kebanyakan guru memberi pandangan yang positif
serta memberi kerjasama bagi meningkatkan kecemerlangan murid dalam akademik terutamanya
dalam mata pelajaran Matematik.

8
RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

1. Classroom Mathematics Inventory for Grades K-6: An Information Assessment


Guillaume, Andrea, M. (2005) Pearson Education Inc.

2. Curriculum Based Measurement Warehouse - Intervention Central


http://www.interventioncentral.org/htmdocs/interventions/cbmwarehouse.php

3. Assessment Name: Developmental Math Assessment


Publisher: Development Math Group
Links for more information:
http://www.developmentalmathgroup.com/products/developmental-math-assessment

4. National Center on Student Progress Monitoring


http://www.rti4success.org/progressMonitoringTools

5. How to Assess While You Teach Math: Formative Assessment Practices and
Lessons,
Grades K–2 (A Multimedia Professional Learning Resource) - Grades K-2 (Book)
Islas. (2011). Math Solutions. ISBN: 9781935099178

6. INFORMative Assessment: Formative Assessment to Improve MATH


ACHIEVEMENT - Grades K-6 (Book)
Joyner and Muri. (2011). Math Solutions. ISBN: 9781935099192

7. Using Classroom Assessment to Improve Student Learning: Math Problems Aligned


with NCTM and Common Core State Standards – Middle School (Book)
Collins. (2011). NCTM. ISBN: 9780873536608

Anda mungkin juga menyukai