Anda di halaman 1dari 7

SURAT KIRIMAN RASMI

Panduan
1. Surat rasmi biasanya ditulis untuk tujuan rasmi, contohnya :

       a) surat permohonan

       b) surat pesanan barang

       c) surat jemputan

       d) surat aduan

       e) surat perniagaan

       f) surat rayuan

2. Bahasa yang digunakan hendaklah jelas, tepat, dan ringkas dengan ejaan serta
tanda baca yang betul.

3. Pengunaan kiasan tidak digalakkan dalam penulisan surat rasmi.

4. Surat rasmi mempunyai suatu format khusus yang mesti diikut.

5. Format surat rasmi itu adalah seperti berikut :

~ Alamat pengirim - ditulis di sudut atas sebelah kiri surat. Pastikan bahawa

tanda koma (,) dan tanda noktah (.) dibubuh.



  ~ Garis panjang melintang - dibuat selepas menulis alamat pengirim.

~ Nama, jawatan, dan alamat penerima - ditulis di bawah garis melintang, sejajar

dengan alamat pengirim. Baris akhir alamat penerima perlu digarisi.



~ Tarikh - ditulis di sebelah kanan surat, iaitu sebaris dengan baris akhir alamat

penerima. Nama bulan mesti ditulis dengan huruf besar dan diakhiri dengan

tanda noktah (.).



~ Panggilan hormat penerima - misalnya Tuan, datuk, datin, Tan Sri, Yang

Berhormat, dan Yang Amat Berhormat - ditulis di bawah alamat penerima.

~ Letak tanda koma selepas panggilan hormat penerima.



~ Perkara - ditulis di tepi dan hendaklah digarisi. Gunakan huruf besar pada

setiap awal kata. Anda tidak perlu membubuh tanda noktah pada akhir kata-

kata tersebut.

~ Perenggan - perenggan pertama dan terakhir dimulakan di tepi surat dan tidak

perlu ditulis nombor. Perenggan kedua dan seterusnya diberikan nombor dan

permulaan ayat dijarakkan dari nombor.



~ Pengakuan penulis - ditulis selepas perenggan terakhir dan perlu dilangkaui

dua atau tiga baris kosong, Bubuhlah tanda koma selepas kata-kata

pengakuan pengirim.

~ Tanda tangan - ditulis di sudut kiri bahagian bawah surat, iaitu selepas

pengakuan penulis.

~ Nama pengirim - ditulis sepenuhnya dengan huruf besar di dalam kurungan.
~ ~ Jika perlu tulis nama jawatan, kelab, dan sebagainya.

Format

surat rasmi

Alamat Pengirim - ditulis di sebelah kiri hadapan

atas surat


Nama dan Garis Panjang Melintang - dibuat di bawah alamat
Alamat Penerima …………………………… pengirim
- ditulis di bawah ……………………………
garis melintang, ……………………………
baris akhir alamat …………………………… Tarikh - ditulis di sebelah kanan
diletakakan garis surat, sebaris dengan baris
akhir alamat penerima
……………………………
Pangggilan
……………………………
Hormat
……………………………

 …………………………… …………………
Penerima - ditulis

di bawah alamat
penerima dan
……… ,
diletakkan koma(,)
di hujungnya
……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….
Perkara - ditulis ……………………………………………………………………………….
selepas panggilan ……………………………………………………………………………….
hormat penerima
2. …………………………………………………………………..……
dan digarisi. Huruf ……………………………………………………………………………….
besar digunakan ……………………………………………………………………………….
pada setip awal ……………………………………………………………………………….
kata dan tiada
noktah (.) 3. …………………………………………………………………………
dihujungnya ……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….
Isi-Isi - ……………………………………………………………………………….
perenggan ……………………………………………………………………………….
pertama dan akhir ……………………………………………………………………………….
tidak diletakkan
nombor dan
ditulis dari tepi
Sekian,

surat. Hanya
perenggan kedua Yang benar,
Pengakuan dan Tanda Tangan Pengirim -
dan seterusnya ditulis di Bahagian kiri bawah surat
ditulis nombor
dan ditulis jarak
…………………..……
sedikit daripada
( )
nombor
…………………………. Nama dan Jawatan - nama ditulis selepas
………………………… tanda tangan dengan huruf besar sepenuhnya
………………………… dan ddiletakkan kurungan

 Contoh surat rasmi

Jawatankuasa Taman Sri Pinang,


28300 Triang Pahang Darul Makmur.

Yang diPertua,
Majlis Daerah Temerloh,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur. 29 NOVEMBER 2019

Tuan,

KEROSAKAN DI TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Saya mewakili penduduk Taman Sri Pinang. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk
membuat aduan tentang kerosakan di taman permainan tempat kami tinggal.

2. Untuk makluman tuan, kerosakan berlaku pada alat-alat permainan seperti


buaian, jongkang-jongket, papan gelonsor, dan bangku. Keadaan ini menyebabkan
kanak-kanak tidak dapat bermain di taman itu. Ibu bapa pula tidak membenarkan anak-
anak mereka bermain di situ kerana bimbang akan keselamatan mereka.

3. Saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya
seberapa segera yang mungkin. Kami penduduk di taman ini sedia membantu sekiranya
diperlukan.

Atas kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan, saya ucapkan terima kasih. Sekian.

Yang benar,

............................
(HAFIZ BIN SAID)
Pengerusi,
Jawatankuasa Taman Sri Pinang.

Latihan menulis surat rasmi 1

Anda tidak dapat hadir ke sekolah bermula esok. Tulis sepucuk surat kepada guru kelas anda
untuk memaklumkan tentang perkara itu. Tulis surat tersebut selengkapnya. Panjang
karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Latihan menulis surat rasmi 2

Permainan di taman permainan kawasan perumahan anda banyak yang telah rosak dan
membahayakan pengguna terutamanya kanak-kanak. Sebagai wakil penduduk , anda berasa
bertanggungjawab menulis sepucuk surat kepada pihak berkenaan untuk melaporkan hal
tersebut. Tulis surat tersebut selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah lebih
daripada 180 patah perkataan.

Anda mungkin juga menyukai