Anda di halaman 1dari 3

รหัสวิชา 11-3034-104 การใช้ ภาษามลายูในชีวิตประจาวัน

Malay for Daily Life

TEKS

Ini rumah saya. Rumah saya rumah batu. Saya dan kawan saya masuk. lni bilik
makan, bilik tidur, bilik dapur, bilik mandi dan tandas.

Bilik ini bilik saya. Bilik saya kecil. Dinding bilik saya kuning. Ini meja dan
kerusi. Kami duduk.

Itu apa? Itu bilik makan. Bilik makan kami besar. Itu meja makan dan kerusi.
Kami nampak jam dinding dan TV. Jam dinding itu elok. TV kami lama. Saya, datuk
dan nenek saya tengok TV.

Ini bilik dapur. Ini meja dapur. Meja dapur ini putih. Ini kerusi emak saya.
Emak saya duduk.

Apa itu? Itu pinggan. Itu betik, ciku, mangga, pisang. Kami makan. Saya
makan ciku dan mangga. Kawan saya makan betik dan pisang. Emak makan nasi.
Adik dan abang saya makan roti dan minum teh sedap.

1
รหัสวิชา 11-3034-104 การใช้ ภาษามลายูในชีวิตประจาวัน
Malay for Daily Life

TEKS

Ahmad tinggal di ibunegara Malaysia. Ahmad ada kawan. Namanya Ali.


Ayah dan emak Ali tinggal di kampung. Kampungnya jauh dari Kuala Lumpur.
Adik-beradiknya tinggal dengan ibu bapanya. Mereka murid sekolah. Ahmad dan
Ali adalah pelajar universiti. Universiti ini dekat dengan rumah Ahmad.

Ayah Ahmad guru di sekolah bandar. Nama ayahnya Pak Saleh. Hari ini Ali
datang ke rumah Ahmad dengan kereta. Ahmad keluar dari rumah dengan bapanya.
Mereka pergi ke kedai kopi dekat. Di sana ramai orang. Ahmad suka minum kopi-o
panas dan bapa Ahmad suka minum teh-o sejuk. Ali minum kopi. Mereka duduk dan
cakap.

Dari kedai kopi mereka pergi ke pantai laut. Di dekat laut ada pokok-pokok
tinggi. Ahmad masuk ke dalam air. Laut dekat rumahnya cetek. Ahmad suka mandi
dalam laut. Di pantainya boleh nampak penyu. Pak Saleh suka pergi ke hutan. Di
negara Malaysia banyak hutan.

2
รหัสวิชา 11-3034-104 การใช้ ภาษามลายูในชีวิตประจาวัน
Malay for Daily Life

TEKS

Nama budak ini Ahmad. Dia muda. Dia murid sekolah. Keluarga Ahmad kecil.
Bapa dia tua. Siapa nama bapa dia? Nama bapanya Saleh bin Daud. Dia kerja apa?
Dia doktor. Nama emaknya Suhaila binti Yunus. Dia kerja apa? Dia guru sekolah.
Ahmad juga ada abang dan adik.

Ahmad adalah orang Malaysia. Keluarganya tinggal di ibunegara Malaysia.


Apa nama ibunegara Malaysia? Nama ibunegara Malaysia adalah Kuala Lumpur.

Di mana abangnya? Abangnya pergi ke Rusia. Dia tinggal di sana. Dia pelajar
Universiti Moscow. Di Universiti itu ada ramai mahasiswa dari banyak negara. Abang
saya ada ramai kawan di Moscow. Hartono datang ke Moscow dari bandar Jakarta.
Dia adalah orang Indonesia. Aleksey Ivanov datang ke Moscow dari kampung.
Aleksey ialah orang Rusia.

Di manakah tinggal adik-beradik Ahmad? Mereka tinggal di Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai