Anda di halaman 1dari 9

SMK ROSLI DHOBY,JALAN DESHON,96000,SIBU

KERTAS CADANGAN

SEJARAH 940/4

TEMA 1 : SEJARAH PERUBATAN DAN KESIHATAN

TAJUK: SEJARAH UPACARA BELIAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL KAUM

IBAN DI RUMAH JULAU,PASAI SIONG,SIBU DARI TAHUN 1995 HINGGA TAHUN

2010

NAMA: ROSALINDA ANAK EFFENDI

NOMBOR KAD PENGENALAN: 030105-13-0248

NOMBOR PUSAT: SS3113

NOMBOR ANGKA GILIRAN: 1079


Pengenalan

Upacara belian merupakan satu upacara dan adat yang dilestarikan oleh kebanyakkan

etnik Iban di Sarawak dan ianya mungkin berbeza mengikut penempatan mereka. Walau

bagaimana pun,tujuan utama upacara belian ini diadakan adalah sama iaitu untuk mengubati

pesakit yang didatangi mimpi buruk,sakit sebayan (merindui orang yang telah mati),sakit antu

(hantu roh),sakit dikacau hantu syaitan sebayan,sakit beserara (perpisahan antara manusia) serta

pelbagai lagi penyakit yang sukar untuk diubati oleh kaedah perubatan moden. Upacara belian

ini merupakan satu upacara tradisi yang diamalkan di dalam ilmu perubatan tradisional etnik

Iban di Rumah Julau,Pasai Siong yang berada di kawasan Sibu,Sarawak. Dalam upacara

belian,masyarakat Iban di Rumah Julau,Pasai Siong lazimnya menggunakan Manang (bomoh)

untuk mengubati si pesakit. Jika penyakit tersebut didapati sukar untuk Manang (bomoh) ubati

secara seorang,maka dia akan dibantu oleh Manang (bomoh) yang kedua. Namun,sekiranya

seorang Manang (bomoh) yang sama kerap melakukan upacara belian,Manang (bomoh) tersebut

akan menghadapi masalah kesihatan,iaitu Sarat Menawa (penuh dengan tenaga negatif). Upacara

belian ini juga mempunyai beberapa pantang larang yang harus dipatuhi agar upacara ini

berjalan dengan jayanya. Secara tradisinya,upacara belian mempunyai tiga bahagian penting

sebelum kemuncak upacara. Dengan ini,upacara belian ini masih diamalkan oleh segelintir

masyarakat Iban di Rumah Julau,Pasai Siong yang terletak di kawasan Sibu.


Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji sejarah upacara belian dari

tahun 1995 sehingga tahun 2010 yang kini masih diamalkan oleh sesetengah penduduk Iban di

rumah panjang yang diketuai oleh Tuan Julau sebagai ketua kampung di Pasai

Siong,Sibu,Sarawak.

Selain itu,kajian ini juga untuk mengenalpasti perkembangan proses upacara belian

dalam perubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Iban di Rumah Julau,Pasai Siong

yang berada di kawasan Sibu,Sarawak dari tahun 1995 sehingga tahun 2010.

Di samping itu,kajian ini juga untuk mengkaji cara pengamalan dan perkembangan

peralatan yang digunakan semasa upacara belian dijalankan dalam bidang perubatan dalam

kalangan masyarakat Iban di Rumah Julau,Pasai Siong dari tahun 1995 sehingga tahun 2010.

Permasalahan Kajian

Kajian ini dijalakan adalah untuk merungkai apakah sejarah upacara belian yang kini

masih diamalkan oelh penduduk di Rumah Julau,Pasai Siong dalam bidang perubatan di daerah

Sibu dari tahun 1995 sehingga tahun 2010.

Seterusnya,kajian ini juga untuk memahami apakah proses-proses upacara belian semasa

ia sedang dijalankan dalam bidang perubatan tradisional kaum Iban di kalangan penduduk di

Rumah Julau,Pasai Siong di daerah Sibu dari tahun 1995 hseingga tahun 2010.
Selanjutnya,permasalahan kajian ini ingin mengkaji bagaimanakah cara-cara pengamalan

upacara belian dalam perubatan tradisional penduduk Rumah Julau di Pasai Siong di daerah Sibu

dari tahun 1995 sehingga tahun 2010.

Skop Kajian

Kajian ini akan memfokuskan kepada tiga bahagian iaitu tempoh kajian,kawasan kajian

dan juga aspek yang bakal dikaji. Dari segi tempoh kajian,kajian ini meliputi tempoh masa dari

tahun 1995 sehingga tahun 2010. Tempoh kajian ini dipilih dalam masa 15 tahun kerana banyak

sejarah mengenai upacara belian yang berlaku di rumah panjang Rumah Julau,Pasai Siong dalam

tempoh tersebut.

Dari segi kawasan kajian pula,kajian ini memfokuskan di rumah panjang Rumah

Julau,Pasai Siong di daerah Sibu,Sarawak. Kawasan kajian ini dipilih kerana segelintir daripada

penduduk di kawasan ini masih mengamalkan upacara belian dalam perubatan. Oleh itu,perkara

ini akan memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat di kawasan ini.

Manakala dari segi aspek yang dikaji pula,kajian ini telah menumpukan kepada upacara

belian yang diamalkan oleh penghuni di rumah panjang pimpinan Tuan Julau yang bertempat di

Pasai Siong daerah Sibu kerana upacara belian ini masih diamalkan oleh sesetengah

penduduknya.
Sorotan Kajian Lepas

Berdasarkan penulisan Prof. Clifford Sether dan Robert Menua Saleh dalam buku mereka

yang berjudul “Pelian” telah memperihalkan tentang maksud “Pelian” dan upacara belian dalam

kalangan kaum Iban di Sarawak. Buku yang dicetak oleh The Tun Jugah Foundation telah

membuktikan bahawa upacara belian ini telah diamalkan dalam bidang perubatan tradisional

kaum Iban sejak zaman nenek moyang lagi.

Seterusnya,dalam penulisan artikel “Menjaya Raja Manang” yang ditulis oleh Jantan

Umbat pula telah menceritakan satu kisah di mana satu pasangan suami isteri yang merawat

penyakit misteri dengan menjalankan upacara belian . keberkesanan upacara belian dalam

mengubati penyakit yang tidak boleh dirawat menggunakan perubatan moden dapat dilihat

melalui artikel ini. Upacara belian mula dipandang sebagai satu adat perubatan tradisional yang

unik dan menarik serta masih diamalkan sehingga kini.

Di samping itu,melalui penulisan buku berjudul “Pengawa Manang” yang ditulis oleh

Jenang Ensiring bersama Team Ruai Kitai telah mengulas tentang peranan-peranan Manang

(Bomoh) dalam mengetuai upacara belian dalam kaum Iban. Sekiranya dari pandangan

rohaniah,upacara belian ini merupakan satu upacara yang mistik. Setiap upacara belian ini

dipercayai bahawa Manang (Bomoh) akan berkomunikasi dan berhubung dengan makhluk halus.
Kaedah Kajian

Bagi melaksanakan kajian ini,pengkaji menggunakan 3 kaedah untuk mendapatkan

maklumat. Pengkaji akan menggunakan kaedah kepustakaan iaitu dengan mencari bahan-bahan

kajian seperti buku dan kajian ilmiah yang berkaitan.

Selain itu,pengkaji akan melakukan penyelidikan melalui internet atau website. Pengkaji

akan mencari maklumat di website yang berkaitan dengan tajuk kajian.

Selanjutnya,pengkaji akan menemu ramah penduduk Rumah Julau,Pasai Siong sebagai

orang sumber dengan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan persoalan kajian.

Soalan-soalan telah dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini. Maklumat yang

diperoleh akan dicatat.

Pembahagian Struktur Esei

Secara keseluruhannya,kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian

pengenalan,isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan,pengkaji akan menjelaskan latar

belakang Rumah Julau,Pasai Siong di daerah Sibu. Pengkaji turut akan memperkenalkan upacara

belian dalam perubatan tradisional kaum Iban.

Pada bahagian isi pula,pengkaji akan menjelaskan mengenai apakah sejarah upacara

belian yang diamalkan dalam perubatan tradisional kaum Iban dari tahun 1995 sehingga tahun

2010. Seterusnya,pengkaji akan menghuraikan tentang perkembangan peralatan yang digunakan

dan cara-cara pengamalan upacara belian dalam perubatan tradisional kaum Iban di Rumah

Julau,Pasai Siong,Sibu. Selanjutnya,pengkaji juga akan menghuraikan apakah perkembangan


proses upacara belian yang dijalankan oleh masyarakat Iban di Rumah Julau,Pasai Siong di

daerah Sibu dari tahun 1995 sehingga tahun 2010.

Di bahagian kesimpulan pula,pengkaji akan merumuskan hasil kajian. Pengkaji akan

menyatakan pendapat mengenai upacara belian dalam perubatan tradisional masyarakat Iban di

Rumah Julau,Pasai Siong,Sibu.

Penutup

Konklusinya,dengan adanya kajian seperti ini,pengkaji dapat mengetahui lebih lanjut mengenai

sejarah upacara belian dalam perubatan tradisional kaum Iban di Rumah Julau,Pasai Siong di

daerah Sibu. Pengkaji juga dapat menghuraikan semua proses dan cara upacara belian semasa

dijalankan. Pengkaji juga berharap melalui kajian yang dilakukan,segala persoalan yang berlegar

di minda pengkaji mengenai upacara belian dapat dijawab.


Bibliografi

Sumber Primer

Temubual

I. Nama : En.Julau Anak Mat

Umur : 56 Tahun

Jantina : Lelaki

Jawatan : Ketua Kampung

II. Nama : En.Philip Anak Edward Alang

Umur : 41 Tahun

Jantina : Lelaki

Jawatan : Penduduk rumah panjang

III. Nama : Warren Gerrard Anak Asak

Umur : 19 Tahun

Jantina : Lelaki

Jawatan : Penduduk rumah panjang


Sumber Sekunder

Buku

Janang Ensiring dan Team Ruai Kitai. Pengawa Manang. Kuching : The Tun Jugah

Foundation,2015.

Prof. Clifford Sether dan Robert Menua Saleh. Pelian .Kuching : The Tun Jugah

Foundation,2015.

Artikel

Collin Anak Duncan. Adat Bebelian Dalam Perubatan Tradisional Etnik Iban. Sebuyau : Borneo

Oracle Page,2016.

Jantan Umbat. Menjaya Raja Manang. Kuching : Borneo Oracle Page,2016.

Anda mungkin juga menyukai