Anda di halaman 1dari 15

AIL3018

SEJARAH DAN KETAMADUNAN ISLAM


JABATAN SEJARAH

SOALAN 10:
ANALISIS FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN
EMPAYAR MOGHUL DI INDIA
PADA ZAMAN PEMERINTAHAN MAHARAJA
AKBAR.
Nama: Nor Shakila Binti Abdullah (AIL190030 / 17202934/1)
Hari dan Masa Kuliah: Isnin dan Rabu, Jam 12- 1 petang
Hari dan Masa Tutor: Rabu, Jam 3-4 petang

Nama Pensyarah: Dr. Arba’iyah Binti Mohd Noor

1
1.0 PENDAHULUAN

Setelah Dinasti Lodi mengalami kejatuhan ketamadunannya, bermulalah episod

kemunculan kerajaan Islam yang bertapak di India. Kerajaan Islam terbesar yang pernah wujud di

India ini dikenali sebagai Empayar Moghul. Sekitar abad ke-16, Empayar Moghul atau nama

lainnya, Mughal telah diasaskan oleh Zahiruddin Muhammad Babur dengan gelaran Padshah iaitu

maharaja.1 Babur juga dikatakan mempunyai pertalian darah dengan bangsa Monggol dan Turki.

Ibunya, merupakan seseorang yang mewarisi keturunan Genghis Khan.2 Maka, tidak hairan

sekiranya Empayar Moghul digelar sebagai empayar Islam yang kuat kerana salasilah keturunan

pemimpinnya juga datang dari bangsa yang suka berperang. Antara pemimpin lain yang begitu

terkenal ketika mentadbir Empayar Moghul ini telah dikenali sebagai Humayun, Akbar, Jahangir

dan Aurangzeb. Namun begitu, Empayar Moghul ini juga dikenali sebagai zaman keemasan Islam

di India terutamanya di bawah pemerintahan Maharaja Akbar.

Hal ini dikatakan demikian kerana kehebatan kerajaan Islam di India dikatakan setanding

dengan kehebatan Tamadun Islam di Andalus, Era Abbasiyah dan zaman kesultanan Turki

Uthmaniyyah. Jika ingin menelusuri kejayaan empayar ini dengan lebih mendalam, antara

pemimpin yang membangkitkan bait-bait kegemilangan dan keemasan empayar ini merupakan

Babur, Humayun, Jahangir, Maharaja Akbar, Shah Jahan dan Aurangzeb. Tambahan, para sarjana

bersepakat mengatakan bahawa Maharaja Akbar merupakan maharaja yang mendorong kepada

kemuncak kejayaan Tamadun Islam di India. Siapakah Maharaja Akbar? Nama sebenar Maharaja

Akbar ialah Muhammad. Baginda mempunyai beberapa gelaran seperti Abu al-Fath, Jalal al-Din

dan Akbar. Gelaran Akbar itu sendiri membawa maksud yang hebat atau agung. Baginda

1
Azharudin Mohamed Dali, Sejarah Islam di India, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014, hlm. 170.
2
An Advanced History of Muslim Rule in Indo-Pakistan, https://www.worldcat.org/title/advanced-history-of-
muslim-rule-in-indo-pakistan/oclc/583078135 (Tarikh diakses pada 20 Disember 2020)

2
dilahirkan pada 15 Oktober 1542 dan merupakan anak pemerintah kedua Empayar Moghul iaitu

Nasir al-Din Humayun.

Setelah Humayun wafat pada 24 Januari 1556, Akbar telah menaiki takhta bagi Empayar

Moghul seawal usia 14 tahun. Apakah sebenarnya strategi mahupun faktor yang dilakukan oleh

Maharaja Akbar sehingga kejayaan baginda dicatatkan dalam lembaran sejarah

Islam? Kemampuan besar Maharaja Akbar dalam meluaskan wilayahnya ke seluruh India

merupakan antara justifikasi kejayaan Maharaja Akbar sebagai pemerintah Empayar Moghul yang

tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemerintah sebelumnya. Dalam menunaikan hasrat

Maharaja Akbar untuk memastikan Empayar Moghul menjadi kuasa dominan dalam semua aspek,

baginda telah melaksanakan pelbagai strategi dan pembaharuan untuk mencapai matlamatnya.

Antara pembaharuan yang dapat dilihat adalah seperti aspek pentadbiran dan pemerintahan,

ketenteraan, ekonomi, agama dan kepercayaan dan kesenian dan kesusasteraan di India.

3
2.0 ISI-ISI

2.1 PENGUKUHAN PENTADBIRAN EMPAYAR MOGHUL DI BAWAH

PEMERINTAHAN MAHARAJA AKBAR

Antara faktor kejayaan yang dibawa oleh Maharaja Akbar ke dalam Empayar Moghul

adalah melalui pengukuhan institusi pemerintahan dan pentadbiran di peringkat pusat. Pada

asalnya, kedudukan tertinggi dalam Empayar Moghul dimonopoli oleh institusi kesultanan lalu

baginda menubuhkan kabinet yang dibarisi jemaah menteri yang terdiri daripada empat jabatan

utama seperti jabatan kewangan atau dipanggil sebagai Wazir al-Diwan, jabatan ketenteraan

(Mir Bakhshi), jabatan bekalan (Mir Saman), dan jabatan agama dan kehakiman (Mir Sadr).3

Jabatan kewangan merupakan antara jabatan yang terpenting dalam kalangan semua jabatan.

Jabatan ini merupakan badan yang akan menjadi penasihat kepada Sultan dalam segala

tindakan. Selain itu, jabatan ini juga menguruskan kewangan seperti perbendaharaan dan hasil

pendapatan negara.

Di bawah jabatan kewangan ini, terdapat enam pecahan skop pengurusan yang akan

menguruskan kewangan dari aspek yang berbeza. Contohnya, pengurusan kewangan tentera

dikenali sebagai Diwan Fawjih, pengurusan kewangan tanah diraja dan lain-lain. Setiap jabatan

yang menguruskan pentadbiran Empayar Moghul mempunyai ketua-ketua jabatan yang akan

mengawas dan mengawal ketat setiap perjalanan pentadbiran di jabatan masing-masing supaya

segala birokrasi dan pentadbiran berjalan dengan licin dan sistematik. Konsep pengurusan

sebegini dijalankan agar para menteri dapat mengekang isu penyelewengan duit, kecuaian dan

sikap sambalewa dalam menguruskan pentadbiran negara.

3
Jagran Josh, Mughal Administration: Key Features & Structure, https://www.jagranjosh.com/general-
knowledge/mughal-administration-key-features-structure-1445427511-1 (Tarikh diakses pada 22 Disember 2020)

4
Bukan itu sahaja, Maharaja Akbar juga turut menetapkan peranan gabenor sebagai jawatan

tertinggi di peringkat wilayah Gabenor merupakan ketua pentadbir dan juga ketua pentadbiran

ketenteraan bagi setiap wilayah. Di India, Maharaja Akbar telah membahagikan Empayar

Moghul kepada 12 wilayah lalu meningkat kepada 15 wilayah sekitar tahun 1580. Fungsi

gbenor ini turut dibantu oleh pembantu pegawai yang bernama Bhakti. Pembantu pegawai ini

berperanan dalam membantu gabenor menguruskan wilayah. Walau bagaimananpun, wujud

juga pertelingkahan antara gabenor dan para pegawai agar tiada pemerintah yang

menyalahgunakan kuasa mereka dalam mentadbir wilayah.

5
2.2 PEMBAHARUAN ASPEK KETENTERAAN YANG MEMBAWA

KECEMERLANGAN EMPAYAR MOGHUL

Selain daripada aspek pemerintahan, Maharaja Akbar juga telah melakukan

pembaharuan dalam aspek ketenteraan. Sistem ketenteraan Empayar Moghul telah

dipengaruhi dan diadaptasi melalui sistem ketenteraan Mongol. Malah, Maharaja Akbar

juga telah memperkenalkan sebuah sistem baharu yang dikenali sebagai Sistem

Mansabdari.

“The mansabdar held and office of rank and profit and as such as to supply a number of

troops for the military service of the state”.4

Sistem Mansabdari ini merupakan sebuah sistem yang mampu menghapuskan elemen

pemerintahan secara aristokrasi yang menjadi asas pemerintahan Empayar Moghul

sebelum ini. Perkataan mansab bermaksud kedudukan atau kelas pangkat. Maka, dalam

Empayar Moghul, mansab atau kelas pangkat ini dianggap sebagai perbezaan pangkat

seseorang pegawai tentera.

Terdapat tiga kedudukan tertinggi dalam mengetuai pasukan ketenteraan. Satu

pasukan ketenteraan mempunyai kuantiti seramai 10 ribu orang tentera. Setiap pegawai

tentera dikehendaki untuk mengawal selia setiap pasukan tentera dengan mengetengahkan

ilmu-ilmu ketenteraan seperti latihan ketenteraan dan pengendalian senjata. Setiap tentera

juga akan diberikan gaji bulanan di bawah pemerintahan Maharaja Akbar mengikut

pangkat seseorang anggota tentera. Apa yang menarik, pegawai tentera ini terdiri daripada

pelbagai bangsa seperti Rajput, Turki, India Muslim dan Afghanistan. Menteri yang akan

4
Nilakanta Sastri, Advanced History of India, Madras, https://www.goodreads.com/book/show/18416103-an-
advanced-history-of-india (Tarikh diakses pada 26 Disember 2020)

6
mewakili unit ketenteraan di peringkat pusat pula dikenali sebagai jabatan ketenteraan atau

nama lainnya, Mir Bakhshi.

Dengan adanya sistem ini, sudah tentu memperlihatkan peranan Maharaja Akbar

yang ingin membuka peluang kepada rakyat bukan Islam untuk membekalkan kekuatan

ketenteraan pada setiap masa atau pada waktu tertentu sekiranya diperlukan. Apabila

tenteran Moghul disertai pelbagai bangsa, hal ini menunjukkan bahawa

“Indians are fighting surely under the same banner”.5

Kelicikan dan kebijaksanaan Maharaja Akbar dalam menggabungkan pelbagai latar

belakang tentera yang berbeza sudah tentu dapat menyerap pelbagai formasi tentera yang

berbeza demi melahirkan kekuatan tentera yang ampuh. Pelaksanaan strategi yang

dilakukan oleh Maharaja Akbar ini dinamakan sebagai Kesatuan Moghul yang menyatukan

pelbagai bangsa dalam angkatan ketenteraan.

5
The Rise of Indian Military Power: Evolution of an Indian Strategic Culture,
https://books.google.com.my/books?id=FEG6DQAAQBAJ&pg=PT103&lpg=PT103&dq=indians+are+fighting+un
der+the+same+banner+akbar&source=bl&ots=hz_9AJXSNu&sig=ACfU3U2OzzLDkBh2ykKJAVre28BW7b4eTQ
&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwiVnuLV4pzuAhW0yTgGHT3IDQcQ6AEwEHoECBIQAg#v=onepage&q=indians
%20are%20fighting%20under%20the%20same%20banner%20akbar&f=false (Tarikh diakses pada 23 Disember
2020)

7
2.3 PENYATUAN AGAMA MENJADI FAKTOR EMPAYAR MOGHUL CEMERLANG

DI BAWAH PEMERINTAHAN MAHARAJA AKBAR

Walau bagaimanapun, Maharaja Akbar telah melaksanakan beberapa perubahan

dalam aspek agama dan kepercayaan di India. Maharaja Akbar amat berminat dalam

mempelajari pelbagai ilmu agama selain Islam. Antaranya seperti agama Hindu,

Kristian, Buddha, Yahudi dan Zoroaster. Perlu diketahui bahawa sejak kecil, Maharaja

Akbar telah dididik dengan ajaran Islam liberal oleh Mir Abdul Latif, guru baginda.

Minat yang dimiliki baginda telah mendorong kepada jemputa setiap para ulama dari

agama yang berbeza untuk hadir ke ‘The House of Worship’ di istana baginda bagi

mengadakan sesi perdebatan agama.6 Maharaja Akbar juga turut mengadakan

perbincangan bersama para ulama untuk memastikan Empayar Moghul sentiasa aman

dan damai dari aspek pentadbiran, masyarakat dan kedaulatan empayarnya.

Hasil perbincangan ahli agama yang diadakan telah memberikan idea baharu

kepada Maharaja Akbar untuk mencipta sebuah agama baharu. Agama baharu yang

diwujudkan itu bernama Din Ilahi atau Tauhid-i-llahi yang juga dikenali sebagai ‘The

Religion of God’. Din Ilahi merupakan sebuah agama campuran yang mencampurkan

elemen-elemen keagamaan dari agama yang berlainan (agama pluralisme). Perkara

mendapat sambutan yang baik daripada pengikutnya kecuali penganut yang beragama

Islam. Malah, ada yang berpendapat bahawa pembawakan Maharaja Akbar terhadap

ajaran agama baharu ini lebih cenderung untuk dilihat sebagai sebuah order atau sistem

etik. Antara asbab rasional untuk Maharaja Akbar mengetengahkan ajaran Di Illahi ini

6
Saifullah Bhutto, Abdul Rehman Kaloi, Hameedullah Bhutto, Shaikh Ahmad Sirhindi’s Role of Refuting the Bid’at:
The Case of Akbar’s Din-I Ilahi,
https://www.researchgate.net/publication/342918797_SHAIKH_AHMAD_SIRHINDI'S_ROLE_OF_REFUTING_
THE_BID'AT_THE_CASE_OF_AKBAR'S_DIN-I_ILAHI (Diakses pada 30 Disember 2020)

8
untuk menyatukan rakyat Empayar Moghul yang terdiri daripada pelbagai latar bangsa

supaya dapat mewujudkan kemakmuran dan keharmonian dalam kehidupan seharian.

Tindakan Maharaja Akbar ini sedikit sebanyak telah membenarkan rakyatnya

untuk mempamerkan kepelbagaian budaya dan adat resam untuk dipraktikkan secara

terbuka rentetan sikap Maharaja Akbar yang meraikan kepelbagaian fahaman dan

kepercayaan di empayar tersebut. Walau bagaimanapun, Maharaja Akbar tidak

memaksa rakyatnya untuk menganut ajaran agama tersebut kerana baginda turut

berpegang kepada konsep toleransi universal dalam melahirkan kepercayaan terhadap

unsur keagamaan. Oleh itu, Maharaja Akbar sangat berperanan dalam memastikan

faktor keagamaan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan Empayar

Moghul yang sentiasa berpadu.

9
2.4 KERANCAKAN EKONOMI EMPAYAR MOGHUL

Seterusnya, Maharaja Akbar telah mempergiat sektor ekonomi Empayar Moghul.

Baginda telah melaksanakan penghapusan terhadap sistem percukaian sepanjang

baginda memerintah. Baginda berpendapat bahawa sistem percukaian merupakan

sebuah bentuk bebanan kepada rakyatnya. Di samping perlu untuk bekerja keras bagi

menyara diri, sudah tentu cukai akan membawa penderitaan dalam kehidupan

rakyatnya. Oleh itu, segala cukai contohnya seperti cukai jualan tanah, cukai jualan

ternakan, cukai pasara dan cukai pembelian tanah telahpun dimansuhkan. Bagi

golongan bukan Islam yang menetap di bawah Empayar Moghul, cukai jizyah (cukai

yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang tunduk di bawah pemerintahan

bercorak Islam) dan cukai upacara keagamaan telahpun dihentikan.7

Perkara ini telah memcetus kehormatan orang bukan Islam kepada Maharaja Akbar

kerana telah mempermudah urusan mereka hari-harian. Tindakan ini juga dianggap

sebagai tindakan penyelamat kepada kaum Hindu kerana tiada lagi kewujudan

diskriminasi bangsa di bawah pemerintahan Maharaja Akbar.

Bukan itu sahaja, baginda turut menjalankan aktiviti perdagangan yang aktif.

Maharaja Akbar telah melaksanakan polisi perdagangan luar yang terbuka. Kedatangan

pedagang luar sangat menguntungkan ekonomi Empayar Moghul kerana pelbagai

barangan boleh diperoleh dari Asia Tenggara seperti rempah-ratus, tembikar dan besi

dari Eropah. Dasar perdagangan bebas yang dilaksanakan oleh Akbar telah

meningkatkan bilangan kedatangan pedagang negeri ke India. Contohnya, Portugis

7
C. Satish, Jizyah and the State in India during the 17 th Century,
https://www.jstor.org/stable/3596130?seq=1#metadata_info_tab_contents (Diakses pada 30 Disember 2020)

10
telah membina kilang di Calcutta, India sekitar tahun 1500 sekali gus membawa

tanaman-tanaman baharu ke India seperti cili dan tembakau.

Selain itu, kepelbagaian tanaman komersial seperti kapas telahpun menjadi sektor

pengeluar industri utama di India. Kain kapas digunakan oleh rakyat Moghul untuk

dijadikan sebagai fabrik pakaian terutamanya bagi golongan aristokrat dan para

pedagang sama ada di Benua Asia mahupun di Eropah.8 Antara lokasi pembinaan

kilang kapas yang terkenal sepanjang pendirian Empayar Moghul adalah seperti di

Pantai Koromandel, Jaupur dan Gujerat. Malah, bandar Bengal dan Gujerat telah

menjadi bandar lautan tekstil yang diperbuat daripada kapas, sutera dan kain satin.

Kecemerlangan Maharaja Akbar dalam merancakkan sektor ekonomi negara telah

menjadikan Empayar Moghul sebagai sebuah empayar yang berjaya bersaing dengan

tamadun-tamadun yang ada pada ketika itu.

8
R.C. Majumdar, An Advance History of India, https://www.goodreads.com/book/show/15998938-an-advanced-
history-of-india (Diakses pada 2 Januari 2020)

11
2.5 PEMBAHARUAN ASPEK KESUSASTERAAN DAN KESENIAN YANG

DIBAWA OLEH MAHARAJA AKBAR KE DALAM EMPAYAR MOGHUL

Faktor kejayaan Empayar Moghul mennjadi lebih jelas apabila disingkap melalui

aspek kesusasteraan dan kesenian Empayar Moghul. Maharaja Akbar merupakan

seseorang yang amat mencintai ilmu walaupun pada asalnya, baginda merupakan

seorang yang buta huruf dan hanya mampu mengupah orang seperti para ulama untuk

membacakan bahan ilmiah. Kecintaan Maharaja Akbar terhadap ilmu membawa

kepada kecenderungan baginda untuk mewujudkan dan memperbanyakkan

perpustakaan di seluruh Empayar Moghul. Antara perpustakaan yang pernah dibina

adalah seperti Perpustakaan Fatehpur Sikri yang eksklusifnya hanya untuk pembaca

wanita dan beberapa lagi perpustakaan yang dibina di Kashmir, Assam dan Pattan di

Gujerat.9

Setiap kakitangan perpustakaan juga diarahkan untuk menyusun buku secara

sistematik sehinggakan mereka mampu menyusun 24 ribu buah buku di dalam

perpustakaan pada satu-satu masa. Cara pengurusan dan pengasingan buku telah

dilakukan dengam kaedah mengasingkannya mengikut kategori seperti astronomi,

muzik, teologi dan undang-undang. Maharaja Akbar juga turut menggalakkan kerja-

kerja pentafsiran buku dilakukan daripada bahasa asing kepada Bahasa Urdhu. Kerja-

kerja pentafsiran bahasa ini telah menggalakkan ramai rakyat Empayar Moghul untuk

terlibat dalam dunia perilmuan. Antara buku yang berjaya diafsir adalah seperti Jama’at

Tawarikh, sebuah buku berbahasa Turki-Mongol dan Khalil wa Dimnah iaitu sebuah

syair Parsi yang ditafsirkan kepada Bahasa Urdhu.

9
Akbar, Mimir Ensiklopedia Melayu, https://mimirbook.com/ms/b78151ab9e8 (Diakses pada 14 Januari 2020)

12
Sebuah lagi buku yang popular berjaya diterjemahkan berjudul Hamzanamah.

Hamzanamah merupakan buku pertama yang berjaya diilustrasikan oleh Maharaja

Akbar walaupun dalam bentuk lakaran dan gambar rajah. Melalui aktiviti pentafsiran

\ini, sudah tentu Maharaja Akbar menggalakkan rakyatnya untuk lebih menghargai dan

melakukan pembacaan dengan lebih banyak supaya dapat dijadikan sebagai hobi rakyat

yang bermoral.

Bagi aspek kesenian pula, Maharaja Akbar telah membina sebuah kubu yang

terkenal dan masih lagi gagah berdiri sehingga ke hari ini. Nama kubu tersebut dikenali

sebagai Agra Fort atau nama lainnya ialah Kubu Merah Agra. Kubu ini merupakan

hasil idea dan turut dibina oleh Maharaja Akbar. Ketua kepada projek pembinaan ini

ialah Kashim Khan iaitu Ketua Pegawai Pemerintah Akbar dan Gabenor Kabul.10 Di

dalam Kubu Agra tersebut, terdapat sejumlah bangunan yang dibina seperti istana dan

lanskap taman. Istana tersebut pula memaparkan gabungan penampilan gaya seni bina

Asia Tengah dan Hindu. Fungsi Agra Fort ini merupakan sebuah sistem pertahanan

kukuh bagi ketenteraan Empayar Moghul dan rekaannya adalah berbentuk kubah.

Pembinaan monumen Moghul ini telah memakan masa selama lapan tahun.11

Gaya seni bina yang ditonjolkan oleh Maharaja Akbar telah memaparkan kehebatan

Empayar Moghul dalam menerapkan unsur kebudayaan yang pelbagai memandangkan

empayar ini juga memiliki masyarakat berbangsa majmuk. Oleh itu, tidak hairanlah

mengapa Empayar Moghul menjadi sangat aktif dalam dunia pentafsiran dan

pembinaan ketika berada di bawah pemerintahan Maharaja Akbar.

10
Rashidah Ibrahim, Monumen Peradaban Islam Mughal, My Metro,
https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2017/06/234668/monumen-peradaban-islam-mughal (Diakses pada 14
Januari 2020)
11
Ibid.

13
3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa Maharaja Akbar merupakan pemerintah

Agung yang mampu memerintah sebuah kerajaan Islam, Empayar Moghul dengan begitu

cemerlang. Walaupun baginda telah mengimplementasikan corak pemerintahan yang bersifat

liberal dan sekularisme melalui pengasingan politik dan agama dalam pentadbiran, strategi ini

telah menimbulkan elemen kesatuan empayar India yang pelbagai latar belakang untuk terus

bersatu di bawah pemerintahannya. Pembaharuan-pembaharuan yang dibawa oleh Maharaja

Akbar juga telah membawa kepada kemuncak Tamadun Islam yang hebat di India sekali gus

menandakan bahawa Akbar merupakan seorang pemerintah yang begitu berpengaruh.

Kehebatan baginda dalam mengatur kepimpinan Empayar Moghul juga telah menjadi titik-

tolak bagi para sarjana untuk menggelar Maharaja Akbar sebagai ‘Akbar The Great’ dalam

lipatan sejarah dunia.

14
RUJUKAN

Azharudin Mohamed Dali, Sejarah Islam di India, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014.
Akbar, Mimir Ensiklopedia Melayu, https://mimirbook.com/ms/b78151ab9e8
An Advanced History of Muslim Rule in Indo-Pakistan, https://www.worldcat.org/title/advanced-history-of-
muslim-rule-in-indo-pakistan/oclc/583078135
C. Satish, Jizyah and the State in India during the 17 th Century,
https://www.jstor.org/stable/3596130?seq=1#metadata_info_tab_contents
Jagran Josh, Mughal Administration: Key Features & Structure, https://www.jagranjosh.com/general-
knowledge/mughal-administration-key-features-structure-1445427511-1
Nilakanta Sastri, Advanced History of India, Madras,
https://www.goodreads.com/book/show/18416103-an-advanced-history-of-india
Rashidah Ibrahim, Monumen Peradaban Islam Mughal, My Metro,
https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2017/06/234668/monumen-peradaban-islam-mughal
R.C. Majumdar, An Advance History of India,
https://www.goodreads.com/book/show/15998938-an-advanced-history-of-india
Saifullah Bhutto, Abdul Rehman Kaloi, Hameedullah Bhutto, Shaikh Ahmad Sirhindi’s Role of Refuting the
Bid’at: The Case of Akbar’s Din-I Ilahi,
https://www.researchgate.net/publication/342918797_SHAIKH_AHMAD_SIRHINDI'S_ROLE_OF_REF
UTING_THE_BID'AT_THE_CASE_OF_AKBAR'S_DIN-I_ILAHI
The Rise of Indian Military Power: Evolution of an Indian Strategic Culture,
https://books.google.com.my/books?id=FEG6DQAAQBAJ&pg=PT103&lpg=PT103&dq=indians+are+fig
hting+under+the+same+banner+akbar&source=bl&ots=hz_9AJXSNu&sig=ACfU3U2OzzLDkBh2ykKJA
Vre28BW7b4eTQ&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwiVnuLV4pzuAhW0yTgGHT3IDQcQ6AEwEHoECBIQ
Ag#v=onepage&q=indians%20are%20fighting%20under%20the%20same%20banner%20akbar&f=false

15

Anda mungkin juga menyukai