Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SRI MAULANA, PEKAN Kod Sekolah: CBA 5014

1. Nama Guru NURUL HUDA BINTI ABD RANI


MENJADI GURU PENDIDIKAN KHAS
2. Judul 3. Bidang: PENDIDIKAN

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

Buku ini memberi panduan kepada semua guru yang terlibat dengan Murid Berkeperluan Khas
(MBK) bagi menjana semangat yang lebih kuat, berinovasi, produktif serta berhemah tinggi dalam
melaksanakan tanggungjawab dalam bidang pendidikan khas yang mencabar dalam bahagian
pertama. Selain itu, pada bahagian kedua buku ini mengupas kriteria-kriteria yang perlu ada pada
seorang guru pendidikan khas seperti sabar, berilmu pengetahuan, bersedia menghadapi
cabaran dan teguran, berminat dan tidak putus asa serta bangga menjadi guru pendidikan khas.
Manakala bahagian ketiga pula membawa pembaca menyelami pelbagai tugas dan
tanggungjawab guru pendidikan khas ketika bersama-sama MBK dalam usaha memberi peluang
dan kualiti hidup yag sempurna kepada mereka agar potensi dan bakat MBK dapat dicungkil
secara optimum selaras dengan kepelbagaian keupayaan MBK itu sendiri. Bahagian terakhir
dalam buku ini pula menggarap ilmu pengetahuan berkaitan hubungan dengan ibu bapa di mana
guru boleh mengadakan perbincangan dengan ibu bapa untuk mengumpulkan maklumat
berkenaan MBK itu dan berkongsi aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa di rumah agar
matlamat yang ingin dicapai oleh guru pendidikan khas dan ibu bapa bergerak seiring.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Nilai dan pengetahuan yang saya peroleh dari pembacaan buku ini adalah berkaitan peranan
guru pendidikan khas ketika berhadapan dengan MBK yang mempunyai pelbagai kategori
keupayaan. Nilai yang paling saya suka dalam buku ini ialah nilai kerja berpasukan di mana guru
pendidikan khas perlu bekerja secara satu pasukan bersama-sama warga sekolah (pentadbir
sekolah dan guru arus perdana khususnya) dalam usaha memberikan peluang pendidikan yang
sama rata samada murid tersebut Murid Berkeperluan Khas (MBK ) atau murid arus perdana di
mana matlamatnya adalah satu iaitu bagi menghasilkan murid yang berdaya saing dengan bakat
optimum yang dimiliki selari dengan kemampuan murid yang terdiri dari kepelbagaian keupayaan
ini.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu ada pada guru pendidikan
khas dalam usaha merealisasikan matlamat KPM untuk meyediakan peluang pendidikan yang
sama rata kepada semua murid tanpa mengira keupayaan mereka. Selain itu saya juga dapat
memanfaatkan ilmu yang dikongsi berkaitan penyediaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
yang perlu disediakan untuk setiap MBK secara khusus merujuk pada matlamat yang ingin
dicapai untuk individu tersebut.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NURUL HUDA BINTI ABD RANI )

Anda mungkin juga menyukai