Anda di halaman 1dari 4

Kemahiran mendengar dan bertutur

Tahap 1 Tahap sangat terhad.


 Memberi respon yang sangat terhad terhadap soalan,
suruhan, pesanan dan permintaan.
 Belum dapat menyampaikan maklumat dan idea dalam
bentuk ayat lengkap.
Tahap 2 Tahap terhad.
 Memberi respon yang terhad terhadap soalan, suruhan,
pesanan dan permintaan.
 Dapat menyampaikan maklumat dan idea dalam bentuk
ayat ringkas yang boleh difahami tetapi dengan
kesalahan susunan subjek dan predikat.
Tahap 3 Tahap Memuaskan.
 Memberi respon yang memuaskan terhadap soalan,
suruhan, pesanan dan permintaan.
 Dapat menyampaikan maklumat dan idea dalam bentuk
ayat tunggal/ majmuk dengan kesalahan.
Tahap 4 Tahap Kukuh
 Memberi respon yang kukuh terhadap soalan, suruhan,
pesanan dan permintaan.
 Dapat menyampaikan maklumat dan idea dalam bentuk
ayat tunggal/ majmuk dengan sedikit kesalahan.
Tahap 5 Tahap terperinci
 Memberi respon yang terperici terhadap soalan, suruhan,
pesanan dan permintaan.
 Dapat menyampaikan maklumat dan idea dalam bentuk
ayat tunggal/ majmuk dengan huraian/ alasan yang
munasabah.
Tahap 6 Tahap sangat terperinci, konsisten, dan menjadi model
teladan.
 Memberi respon yang sangat terperinci, konsisten
terhadap soalan, suruhan, pesanan dan permintaan.
 Dapat menjadi model teladan/ “guru kecil” kepada murid
yang lemah.
Kemahiran Membaca
Tahap 1 Tahap sangat terhad.
 Dapat mengenal semua huruf (huruf besar dan kecil)
 Dapat membaca dan memahami perkataan tunggal.
Tahap 2 Tahap terhad.
 Dapat membaca dan memahami ayat ringkas dengan
bimbingan guru.
Tahap 3 Tahap Memuaskan.
 Dapat membaca dan memahami ayat tunggal/ majmuk
dengan bimbingan guru.
Tahap 4 Tahap Kukuh
 Dapat membaca dan memahami ayat tunggal/ majmuk
tanpa bimbingan guru.
Tahap 5 Tahap terperinci
 Dapat membaca dan memahami perenggan tanpa
bimbingan guru.
Tahap 6 Tahap sangat terperinci, konsisten, dan menjadi model
teladan.
 Dapat membaca dan memahami petikan tanpa bimbingan
guru.
Kemahiran Menulis
Tahap 1 Tahap sangat terhad.
 Dapat menyalin perkataan/ ayat dengan banyak
kesalahan ejaan dan tanda baca.
 Belum dapat menulis huruf mengikut garisan yang
diberikan.
Tahap 2 Tahap terhad.
 Dapat menyalin perkataan/ ayat dengan sedikit kesalahan
ejaan dan tanda baca.
 Dapat membina frasa dan menjawab soalan
pemahaman dengan bimbingan guru.
Tahap 3 Tahap Memuaskan.
 Dapat menyalin ayat tanpa kesalahan ejaan dan tanda
baca.
 Dapat membina ayat dan menjawab soalan pemahaman
dengan bimbingan guru.
Tahap 4 Tahap Kukuh
 Dapat menyalin petikan dengan sedikit kesalahan ejaan
dan tanda baca.
 Dapat membina ayat dan menjawab soalan pemahaman
tanpa bimbingan guru dengan sedikit kesalahan ejaan,
tanda baca dan struktur ayat.
Tahap 5 Tahap terperinci
 Dapat menyalin petikan dengan tanpa kesalahan ejaan
dan tanda baca.
 Dapat membina ayat majmuk dan menjawab soalan
pemahaman dalam ayat yang lengkap tanpa bimbingan
guru dengan sedikit kesalahan ejaan, tanda baca dan
struktur ayat.
Tahap 6 Tahap sangat terperinci, konsisten, dan menjadi model
teladan.
 Dapat menyalin petikan dengan tanpa kesalahan ejaan dan
tanda baca dengan cepat.
 Dapat membina ayat majmuk/ petikan pendek dan
menjawab soalan pemahaman dalam ayat yang lengkap
tanpa bimbingan guru dengan tepat.

Anda mungkin juga menyukai