Anda di halaman 1dari 10

QSE 60104

REKA BENTUK KURIKULUM PENDIDIKAN


SAINS SUKAN

TUGASAN 3:
PELAKSANAAN, PENILAIAN, PENYEDIAAN
PELAPORAN DAN PEMBENTANGAN REKA
BENTUK KURIKULUM PROGRAM
FUTURISTIK/INOVASI

KUMPULAN : A

BIL NAMA NO.MATRIK


S
1. MUHAMMAD AIZAT FARHAN BIN M20211002365
ZAKARIA

NAMA PENSYARAH: DR. ROZAIREEN BIN MUSZALI

1
KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 TAJUK PROGRAM / PROGRAM TITLE 3

2.0 TARIKH / DATE 3

3.0 KUMPULAN SASARAN/TARGET GROUP 3

4.0 LAPORAN PROGRAM/PROGRAM REPORT 3

4.1 Sebelum/Before 3

4.2 Semasa/ During Program 4

4.3 Selepas / After 4

5.0 ANALISIS S.W.O.T 5-8

5.1 STRENGTH (KEKUATAN) 5

5.2 WEAKNESS (KELEMAHAN) 6

5.3 OPPORTUNITIES (PELUANG) 6

5.4 THREAD (ANCAMAN) 7-8

6.0 PENUTUP/CONCLUSION 8

7.0 LAMPIRAN 9 - 10

2
i. 1.0 TAJUK PROGRAM/PROGRAM TITLE:

PENGUBAHSUAIAN RAKET UNTUK KANAK KANAK

2.0 TARIKH/DATE: 4/1/2022

3.0 KUMPULAN SASARAN/TARGET GROUP: kanak kanak yang berumur 5 hingga 9


tahun

4.0 LAPORAN PROGRAM/PROGRAM REPORT:

4.1 Sebelum/Before:

 Persediaan bahan / Preparation of materials :

 Menyediakan peralatan seperti Raket yang diubah suai, gelanggang


badminton, bulu tangkis.

 Persediaan Peserta Program (hebahan dan makluman) / Preparation of


Program Participant (announcements and notifications):

 Bagi persediaan perserta adalah dengan makluman kepada ibubapa untuk


mengunakan kanak-kanak yang berumur 5 hingga 9 tahun di akademi
badminton sendirian berhad.

 Persediaan Aktiviti / Preparation of Activity:

 Bagi persediaan aktiviti pula adalah, dengan mengikuti operasi standard


SOP yang diperintahkan oleh kerajaan dengan menjaga penjarakan sosial,
memakai pelitup separuh muka semasa tidak melakukan sebarang aktiviti

3
dan juga sentiasa memakai hand sanitaizer dan juga sentiasa membasuh
tangan selepas melakukan aktiviti yang melibatkan sentuhan peralatan.

4.2 SEMASA/ DURING PROGRAM:

 Taklimat Program / Program Briefing

 Kanak-kanak ditunjukan dahulu demonstrasi bagaimana melakukan


aktivitinya. Selain itu kanak-kanak ditunjuk ajar untuk melakukan
kemahiran pukulan servis forehand rendah, forehand tinggi dan backhand
(servis flik)

 Perjalanan Program Dari Awal Hingga Akhir (kelancaran program, masalah


dsbnya) / Program Journey from beginning to end (program smoothness,
problems etc)

 Kanak-kanak melakukan servis forehand rendah, forehand tinggi dan


backhand dengan 1 kemahiran servis sebanyak 10 kali percubaan,Ini
bermakna kanak-kanak melakukan servis sebanyak 40 kali
pukulan.Kemahiran yang pertama adalah kemahiran pukulan forehand
rendah , kemahiran yang kedua kemahiran servis forehand tinggi dan yang
ketiga adalah kemahiran sevis backhand. Masalah yang dihadapi semasa
melakukan aktiviti tersebut adalah kanak-kanak tidak mengetahui diantara
servis forehand rendah dan servis forehand tinggi. Kanak-kanak
melakukan forehand tinggi disebabkan fizikal kanak-kanak yang tidak kuat
memukul bola hingga ke belakang gelanggang badminton.

 Penilaian / Evaluation

 Kanak-kanak dapat menguasai kesemua kemahiran servis.

4
4.3 SELEPAS/AFTER:

 Menilai Penilaian Dari Kacamata Peserta / Assessing the assessment from the
participants’ perspectives

 Kanak-kanak dapat melakukan kemahiran dengan lebih baik kerana


raketnya yang diubah suai yang membolehkaan kanak-kanak
menggunakannya.

 Menilai Penilaian Dari Kacamata Penganjur / Asessing ratings from the


organisers perspective

 Penilaian daripada penganjur kanak-kanak dapat berlatih dengan baik


dengan menggunakan inovasi raket yang diubah suaikan bagi
memudahkan kanaka-kanak dapat melakukan dengan baik dan cemerlang

 Rumusan Keseluruhan Perjalanan Program. (konten, aktiviti, penilaian,


hasil dsbnya) / Summary of the overall program journey. (Content, activities,
ratings, results etc)

 Dapat membantu kanak-kanak dalam proses pemindahan pembelajaran


kemahiran dengan lebih berkesan berbanding penggunaan raket piawai
dalam sesi pembelajaran kemahiran. Malah, prestasi kemahiran kanak-
kanak dalam pukulan hadapan juga dapat diperbaiki dan dipertingkatkan
melalui penggunaan raket badminton yang diubahsuai.

5
5.0 ANALISIS S.W.O.T

5.1 STRENGTH (KEKUATAN):

Hasil latihan menunjukkan kanak-kanak memiliki prestasi kemahiran


pukulan servis yang lebih baik dengan raket yang diubahsuai. Hasil menunjukkan
prestasi kemahiran pukulan servis kanak-kanak meningkat apabila menggunakan
raket yang diubahsuai. Lakuan pukulan kanak-kanak menjadi mudah apabila
menggunakan raket yang diubahsuai dan memberikan kelebihan kepada mereka
untuk mengawal pergerakan pukulan. Penggunaan raket yang diubahsuai telah
mengurangkan kekangan tugas kepada kanak-kanak terhadap kemahiran pukulan
hadapan. Saiz raket yang pendek dan ringan telah membantu kanak-kanak untuk
melakukan pukulan tanpa menggunakan banyak daya dan tenaga yang diperlukan
berbanding penggunaan raket piawai. Perkara ini telah memudahkan kanak-kanak
untuk mengawal pukulan dan mensasarkan bulu tangkis ke arah zon sasaran yang
lebih dekat dengan jaring. Malah penggunaan raket yang diubahsuai juga telah
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencipta corak pergerakan yang
lebih matang dan sesuai mengikut kehendak fizikal mereka.

Selain itu, kanak-kanak yang berlatih menggunakan raket badminton


yang diubahsuai juga telah menunjukkan prestasi kemahiran pukulan yang lebih
baik. Hasil menunjukkan bahawa proses pemindahan pembelajaran kanak-kanak
bagi berlaku dengan lebih efisien dan berkesan semasa latihan. Pengurangan
beban kanak-kanak melalui pengecilan saiz raket telah membantu kanak-kanak
untuk memberikan sepenuh perhatian terhadap petunjuk dan pemboleh ubah
utama yang membawa kepada lakuan kemahiran yang tepat, sekali gus
memudahkan mereka untuk mengawal corak pergerakan dan memperbaiki
kemahiran servis yang dilakukan.

6
5.2 WEAKNESS (KELEMAHAN):

Kelemahan merupakan ciri-ciri yang terdapat pada tiga kategori


tersebut iaitu organisma, tugas dan persekitaran di mana kekangan menggalakkan
penghasilan kemahiran untuk berlaku dan pada yang sama dan turut membataskan
penghasilan kemahiran tersebut daripada berlaku. Kekangan organisma
menerangkan tentang ciri-ciri individu atau pelaku, termasuklah ciri fizikal (berat
badan dan ketinggian) dan ciri psikologikal (emosi, kongnitif dan motivasi).

5.3 OPPORTUNITIES (PELUANG):

Pengubahsuai atau mengurangkan salah satu kategori kekangan,


sebagai contoh mengubahsuai saiz raket daripada saiz raket biasa yang sedia ada
kepada saiz raket yang lebih kecil, mampu memberi manfaat kepada kanak-kanak
untuk memperoleh kemahiran dalam sukan dengan lebih efektif. Pengubahsuaian
peralatan sukan merupakan salah satu kaedah yang terbaik untuk memperbaiki
prestasi kemahiran kanak-kanak dalam sukan. Kaedah ini dapat memberikan
kelebihan kepada kanak-kanak dalam memperbaiki teknik dan meningkatkan
ketepatan hasil lakuan apabila menggunakan peralatan yang diubahsuai.
Pengubahsuaian peralatan sukan dilihat mampu menyediakan kanak-kanak dengan
kemahiran yang mencukupi di mana kaedah ini dapat membenarkan kanak-kanak
untuk mencari pelbagai jalan penyelesaian terhadap tugasan atau aksi yang
diterima. Perkara ini sekali gus memudahkan proses pembelajaran kemahiran
untuk berlaku kepada kanak-kanak

5.4 THREAD (ANCAMAN):

7
Ancaman tugas merupakan kekangan yang dikenakan terhadap tugas
atau aksi yang ingin dilakukan seperti saiz raket yang digunakan, peraturan atau
prosedur permainan yang ditetapkan bagi mengekang matlamat tugasan.
Manakala kekangan persekitaran menerangkan tentang faktor luaran yang
mempengaruhi individu untuk menghasilkan kemahiran (contoh; kawasan
permainan yang digunakan seperti saiz gelanggang atau padang permainan).

6.0 PENUTUP/CONCLUSION

Secara kesimpulannya,menunjukkan bahawa penggunaan raket badminton yang


diubahsuai telah berjaya meningkatkan prestasi pukulan hadapan kanak-kanak berumur 5
hingga 9 tahun. Penggunaan raket yang diubahsuai telah dapat membantu kanak-kanak dalam
proses pemindahan pembelajaran kemahiran dengan lebih berkesan berbanding penggunaan
raket piawai dalam sesi pembelajaran kemahiran. Malah, prestasi kemahiran kanak-kanak
dalam pukulan hadapan juga dapat diperbaiki dan dipertingkatkan melalui penggunaan raket
badminton yang diubahsuai.

8
7.0 LAMPIRAN

Gambar semasa menunjukan demonstrasi kemahiran

9
Gambar peserta melakukan kemahiran pukulan servis

Gambar bersama peserta


10

Anda mungkin juga menyukai