Anda di halaman 1dari 30

RIS

SEMEST

KOD & NAMA K


PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/15

SBA30
Biodiversiti dan Adaptasi

Tugasan Mini Projek

Kepelbagaian dan adapatasi organisma Alam Fungi, Plantae dan Animalia.

KUMPULAN
UPSI01

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NESLI BIN KATAN D20121061432 017-3233550

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. FATIMAH BIN MOHAMED


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
2.0 LOKASI KAJIAN
3.0 ALAM FUNGI
3.1 Zygomycetes
3.11 Kulat Roti
3.12 Cendawan Lingzhi
4.0 ALAM PLANTAE
4.1 Lumut
4.11 Lumut Jati
4.2 Paku Pakis
4.21 Paku Langsuyar
4.22 Pucuk Paku
4.3 Gimnosperma
4.31 Paku Haji
4.4 Angiosperma (Dikotiledon)
4.41 Pokok Rhu
4.42 Pokok Getah
4.43 Betik
4.5 Angiosperma (Monokotiledon)
4.51 Kelapa
4.52 Buluh
5.0 ALAM ANIMALIA
5.1 Haiwan Invetebrata
5.11 Cacing Tanah
5.12 Siput Babi
5.13 Ketam Bunga
5.14 Rama-rama
5.2 Haiwan Vetebrata
5.21 Kura-kura
5.22 Ayam Kampung
5.23 Ikan Pecah Periuk
6.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Projek mini ini dijalankan untuk melihat kepelbagaian organisma atau benda hidup di
suatu kawasan atau habitat, kemudiannya cuba untuk mengenalpasti taksonomi hidupan
tertentu tersebut yang terdapat di dalam suatu kawasan atau habitat. Taksonomi merupakan
cadang ilmu sistematik, iaitu taksonomi bermaksud pengecaman, huraian ciri dan penamaan
berdasarkan kepada sistem tatanama binomial. Sistem penamaan binomial diperkenalkan
oleh Linnaeus. Sistem ini menggunakan dua nama, nama awal menerangkan genus
manakala nama hujung menerangkan ciri atau epitet organisma (spesies). Nama genus
dimulakan dengan huruf besar dan nama epitet spesies dimualkan huruf kecil, nama mesti
digariskan atau dicondongkan, contoh Oryza sativa, atau Oryza sativa ( nama binomial Padi).
Setiap organisma yang dikaji dalam suatu habitat akan dikelaskan ke dalam Domain,
Alam, Famili hingga ke varieti atau sub-spesies. Contohnya hieraki haiwan kucing ,
Domain - Eukarya
Alam - Animalia
Filum - Kordata
Kelas - Mamalia
Order - Karnivora
Famili - Felidae
Genus - Felis
Spesies - Felis catus
Nama tempatan – Kucing
Amalan menggunakan sistem pengelasan binomial telah menjadi peraturan yang sah di
bawah Law of Nomenclature. Ia bertujuan untuk mengelaskan suatu hidupan hanya
menggunakan satu nama saintifik khas yang boleh dirujuk oleh semua pihak dan
mengelakkan kekeliruan kerana terdapat pelbagai nama tempatan yang digunakan mengikut
tempat.
Selain pengecaman tatanama, hidupan tersebut juga akan dikaji tentang adaptasi
mereka terhadap persekitaran. Bagaimana hidupan ini meneruskan kehidupan dipelbagai
keadaan bagi mengekalkan generasi mereka. Adaptasi bermaksud sifat yang dimiliki oleh
organisma yang membolehkan mereka untuk menyesuaikan diri di suatu kawasan. Ia mungkin
melibatkan adaptasi morfologi, adaptasi fisiologi dan adaptasi lakuan. Untuk tugasan ini, saya
akan mengkaji 18 spesies makroskopik (boleh dilihat dengan mata kasar) mewakili dari Alam
Fungi, Plantae dan Animalia. Setiap hidupan yang dikaji akan diberikan hieraki dari Alam
hingga ke spesies beserta nama tempatan. Turut dihuraikan adalah ciri morfologi , ciri unik
dan adaptasi untuk kemandiran spesies tersebut.
2.0 LOKASI KAJIAN

Kajian lapangan tugasan ini telah di sekitar kawasan Petaling Jaya. Lokasi pertama
ialah timjauan di sekitar kawasan SK (L) Bukit Bintang 2, Petaling Jaya. Oleh kerana sekolah
ini telah ditubuhkan pada tahun 1957, kebanyakkan pokok dan tumbuhan di kawasan ini telah
mencapai saiz yang besar dan tinggi serta mencapai umur lebih 50 tahun. Selain itu, kawasan
kajian lapangan juga dijalankan di kawasan Taman Rekreasi Taman Jaya, Petaling Jaya.
Taman Rekreasi ini terletak di Seksyen 10 dan ia sentiasa menjadi kunjungan untuk yang
suka beriadah, berjoging dan bersukan. Taman ini mempunyai pelbagai tumbuhan dan
hidupan kecil, terdapat sebuah tasik yang mempunyai pelbagai hidupan akuatik. Tinjauan ke
Pasar Besar Jalan Othman dilakukan untuk melihat spesimen hidupan laut dikaitkan dengan
tugasan mini. Lawatan ke Taman Arnab Broga untuk melihat haiwan vetebrata, terdapat
pelbagai haiwan di situ seperti arnab, kambing, rusa, kura-kura dan beberapa jenis burung.
Secara umumnya, lokasi kajian lapangan bagi tugasan mini projek dilakukan di sekitar
kawasan Petaling Jaya iaitu ;
a) Sekitar kawasan SK (L) Bukit Bintang 2
b) Sekitar Taman Rekreasi Taman Jaya.
c) Pasar Utama Jalan Othman, Petaling Jaya.
d) Taman Arnab Broga, Semenyih.
3.0 ALAM FUNGI
3.1 Zygomycetes
3.11 Kulat Roti / Mukor

Hieraki Pengelasan
Alam : Fungi
Filum : Zygomycota
Kelas : Zygomycetes
Order : Mucorales
Famili : Mucoraceae
Genus : Rhizopus
Spesis : Rhizopus stolonifer
Nama tempatan : Kulat Roti

Ciri Morfologi dan Adaptasi


Ia merupakan kulat yang kecil tetapi masih bolkeh dilihat dengan mata kasar, biasanya
terdapat di roti dan permukaan buah-buahan. Pada peringkat awal ia berwarna kuning
kehijauan dan meudian menjadi warna kehitaman ( rajah 1.1). Kulat roti boleh membiak
secara seksual dan aseksual. Pembiakan seksual, zygosporangium terbentuk.
Zygosporangium ini merupakan struktur yang kasar, berdinding tebal dan ia boleh bertahan
dalam keadan persekitaran yang teruk.
Adapatsi, kulat roti ia zygosporangium mudah tersebar, apabila ia jatuh dipermukaan sesuai ia
akan bercambah dan menjalar pada permukaan serta menyusuk masuk untuk mendapatkan
nutrien. Ia akan cepat merebak ke seluruh permukaan jika persekitaran sesuai iaitu pada
keadaan lembap dan panas.

Rajah 1..0 : Kulat roti merebak di permukaan roti.


Rajah 1.1: Tompok hitam merupakan pertumbuhan kulat roti.

3.12 Cendawan Lingzhi


Hieraki Pengelasan

Alam : Fungi
Filum : Basidiocota
Kelas : Agaricomy
Order : Polyporales
Famili : Ganodermataceace
Genus : Ganoderma
Spesis : Ganoderma lucidum
Nama tempatan : Cendawan Lingzhi

Ciri Morfologi dan Adaptasi


Cendawan ini mempunyai basidiokarp yang besar, tidak berbatang dan berbentuk
seperti kipas, tebal dan keras. Memiliki dua dinding, spora dikenali sebagai basidiospora. Ia
berwarna jingga kecoklatan. Ia hidup di kayu yang reput, dan menyebabkan masalah pada
tanaman kelapa sawit. Pokok kelapa sawit yang telah dijangkiti akan menyebabkan pokok
kelapa sawit itu mati (rajah 1.2). Kepentingan Cendawan Linghzi ia digunakan sebagai dalam
perubatan herba masyarakat cina.
Adapatasi, fungi ini dapat bercambah dan membiak dengan baik jika terdapat
persekitaran yang panas dan lembap. Miselium akan menjalar ke dalam hos untuk menyerap
nutrien. Spora fungi ini akan tidak aktif apabila cuaca tidak sesuai disebut kedormanan, ia
akan tumbuh dan bercambah apabila menjumpai permukaan dan persekitaran yang sesuai.
Rajah 1.2 : Ganoderma tumbuh di pangkal pokok kelapa sawit.

Rajah 1.3 : Permukaan bawah Ganoderma yang mempunyai basidiospora.


4.0 ALAM PLANTAE (TUMBUHAN)
4.1 Lumut
4.11 Lumut Jati
Hieraki Pengelasan

Alam : Tumbuhan
Filum : Bryphyta
Kelas : Sphagnopsida
Order : Sphagnales
Famili : Sphagnaceae
Genus : Sphagnum
Spesis : Sphagnum isocladus
Nama tempatan : Lumut Jati, Lumut Daun

Cir Morfologi dan Adaptasi


Lumut jati tumbuh di tepi longkang (rajah 2.0), bawah pokok dan tempat yang lembap
dan berkeupayaan untuk menyimpan air. Ia mempunyai talus berdaun dan berkapsul di
hujung. Talus daun bersimetri radial, gametofit sentiasa berdaun, daun tidak berlobus dan
disusun secara spiral. Sporofit terdiri seta dan kapsul, spora terbentu di dalam kapsul. Apabila
spora telah matang dan dilindungi kaliptera, kaliptera akan tertanggal. Perubahan kelembapan
akan menyebabkan operkulum terbuka mendedahkan gigi peristom yang berfungsi melontar
keluar spora.
Adaptasi lumut, ia tumbuh di kawasan lembap dan berair disebabkan spora akan
disebarkan melalui air. Lumut berkeupayaan seperti span ia boleh menyimpan air. Pembiakan
juga berlaku ketika adanya air, ia akan memudahkan sel sperma bergflagela berenang ke sel
telur.

Rajah 2.0 : Lumut Jati tumbuh di tepi longkang.


4.2 Paku Pakis
4.21 Paku Langsuyar
Hieraki Pengelasan

Alam : Tumbuhan
Filum : Pteridophyta
Kelas : Ptreidopdisa
Order : Polypodiales
Famili : Aspleniaceae
Genus : Asplenium
Spesis : Asplenium nidus Linn.
Nama tempatan : Paku Langsuyar

Ciri Morfologi dan Adaptasi


Paku Langsuyar epifit mudah ditemui di kawasan tanah rendah, ia sering digunakan
sebagai pokok hiasan kerana bentuknya yang cantik (rajah 2.1). Batangnya merupalan rizom
yang tegap pendek, mengeluarkan banyak akar bertujuan memegang kuat pada hos atau
pokok tumpangannya. Fron tersusun dalam bentuk karangan dan kedudukan setiap fron
adalah rapat. Ia berguna untuk menampung daun kering yang gugur terjatuh ke dalamnya
melalui proses pereputan, humus terhasil akan digunakan untuk pertumbuhan paku pakis
tersebut.
Adaptasi, spora paku pakis ini terletak di dalam sorus yang memanjang di atas vena
sisi di permukaan bawah daun. Paku Langsuyar adalah jenis memanjat ia akan tumbuh tinggi
di dahan-dahan pokok bertujuan mendapatkan cahaya matahari dan nutrien daripada rumah
tumpangnya.

Rajah 2.1 : Paku Langsuyar ditanam sebagai pokok hiasan di sekolah


Rajah 2.2 : Paku Langsuyar tumbuh di dahan pokok.

4.22 Pucuk Paku

Hieraki Pengelasan
Alam : Tumbuhan
Filum : Pteridophyta
Kelas : Ptreidopdisa
Order : Polypodiales
Famili : Athyriaceae
Genus : Athyrium
Spesis : Athyrium esculentum
Nama tempatan : Pucuk Paku.

Ciri Morfologi dan Adapatasi


Pucuk paku hidup di kawasan rendah, terbuka atau sedikit terlindung, terutama di tepi
sungai dan kawasan lembap (rajah 2.3). Tumbuhan ini biasa digunakan sebagai sayuran dan
biasa dijual di pasar. Pucuk paku mempunyai batang yang tegak tumbuh hingga mencapai 2
meter tingginya. stil banyak dan berwarna hijau berkilat menyokong pelepah dan fron. Forn
majmuk bipinatn anak daun berbentuk lanseolat. Soros terdapat di tepi vena sisi dan tidak
dilindungi oleh indisium.
Adapatsi, rizom tumbuhan ini menjalar jauh dan tumbuh secara berkumpulan pada
satu kawasan bertujuan meningkatkan lagi kemandiran spesis tersebut. Fiddleheat, pucuk
bergulung disebabkan oleh vernasi sirsinat bertujuan untuk melindungi bahagian hujung fron
muda yang masih lembut.
Rajah 2.3 : Pucuk paku tumbuh di kawasan belukar.

Rajah 2.4 : Pucuk paku merupakan sayur hidangan yang digemari.


4.3 Gimnosperma

4.31 Pakis Haji


Alam : Tumbuhan
Filum : Cycadophyta
Kelas : Cycadipsida
Order : Cycadales
Famili : Cycadaceace
Genus : Cycas
Spesis : Cycas circinalis
Nama tempatan : Pucuk Paku.

Ciri Morfologi dan Adapatasi


Tumbuhan ini hidup dikawasan berpasir dan berbatu, ia selalu dijadikan sebagai pokok
hiasan. Pokok bebrbatang besar, tinggi boleh mncapai 3-4 meter. Batang berwarna perang
kehitaman dan mempunyai parut pelepah yang bersisik. Pelepah terdiri daripada anak-anak
daun yang berbentuk lurus, keras dan tersusun seperti daun kelapa.
Adaptasi, di bahagian tengah terdapat kon jantan ( strobilus), individu betina terdapat
gumpalan megasporofil tanpa kon. Individu betina mengandungi biji benih (rajah 3.1) dan kon
jantan mengandungi debunga. Cycad adalah dioecious organ pembiakan jantan dan betina
berada pada pokok yang berasingan. Buahnya berwarna hijau dan akan bertukar menjadi
warna perang apabila masak. Daun yang lurus, keras dan berlilin bertujuan untuk mengawal
kehilangan air daripada pokok apabila persekitaran menjadi terlalu panas.

Rajah 3.0 : Pokok Cycas circinalis ditanam sebagai pokok hiasan


Rajah 3.1 : Biji benih pokok Cycad.

4.4 Angiosperma ( Dikotiledon )


4.41 Pokok Rhu
Hieraki Pengelasan

Alam : Tumbuhan
Filum : Magnoliophyta
Kelas : Magnolopsida
Order : Fagaales
Famili : Casuaarinaceae
Genus : Casuarina
Spesis : Casuarina equisetifolia
Nama tempatan : Pokok Rhu

Ciri Morfologi dan Adaptasi


Pokok Rhu ialah sejenis pokok menoesius, mempunyai bunga jantan dan bunga betina
pada pokok yang sama. Habitat asalnya adalah di sepanjang kawasan persisiran pantai, ia
boleh mencapaui tinggi sehingga 35 meter. Pada permulaan silara berbentuk kon tetapi
menjadi terbuka apabila telah membesar, daunya bersegmen dan halus. Biji benih terdapat
dalam kon yang berbentuk bujur bulat.
Adaptasi, Pokok Rhu mempunyai batang yang kuat, tegap dan keras supaya dapat
menahan angin yang kuat bertiup dari laut (rajah 4.0). Selain itu, daunnya yang bersegmen
dan halus juga turut membantu untuk mengurangkan rintangan angin yang kuat bagi
mengelakkan pokok tersebut tumbang. Pokok mempunyai banir yang kuat menyokong pokok
Rhu ketika angin yang kuat.
Rajah 4.0 : Batang pokok Rhu kuat dan tegap.

Rajah 4.1 : Daun berbentuk jarum dan bentuk biji benihnya .


4.42 Pokok Getah

Hieraki Pengelasan
Alam : Tumbuhan
Filum : Magnoliophyta
Kelas : Magnolopsida
Order : Malpighiales
Famili : Euphorbiaceae
Genus : Hevea
Spesis : Hevea brasiliensis
Nama tempatan : Pokok Getah

Ciri Morfologi dan Adaptasi


Pokok getah berasal dari Negara Brazil. Tanaman ini boleh hidup dengan subur di
kawasan taburan hujan 180-250 cm setahun, tanah jenis lom. Ia adalah pokok saka boleh
mencapai tinggi hingga 18 meter. Kulit kayu licin berwarna kelabu dan mengandungi latex
berwarna putih keras (rajah 4.2) apabila didedahkan kepada udara. Daun licin berwarna hijau
terdapat tiga daun pada satu tangkai. Buahnya keras dengan tiga biji yang besar di dalam
bekas yang keras.
Adaptasi, Pokok getah akan mengalami daun luruh pada cuaca yang kering, ia
bertujuan untuk mengurangkan kadar kehilangan air oleh pokok. Pembiakan biji yang telah
matang akan meletup dan melentingkan biji jauh dari induk tujuan kemandiran spesisnya, biji
yang jatuh di permukaan tanah akan tumbuh pokok anak yang baru.

Rajah 4.2 : Batang pokok getah mengeluarkan latex putih dan bentuk daunnya.
Rajah 4.3 : Pokok getah ditanam bagi memenuhi industri pembuatan berasaskan getah.

4.43 Betik

Hieraki Pengelasan
Alam : Tumbuhan
Filum : Magnoliophyta / Angiosperma
Kelas : Magnolopsida
Order : Brassicales
Famili : Caricaceae
Genus : Carica
Spesis : Carica papaya L..
Nama tempatan : Betik

Ciri Morfologi dan Adaptasi


Pokok Betik adalah jenis herba dikotiledon, ia boleh mencapai tinggi 8-10 meter.
Batang tunggal, tengahnya berongga, kulitnya terdapat bekas parut dari pelepah daun. daun
majmuk , besar, susunan berpilin, tangkai daun panjang berongga, daun seperti jari tangan
dan urat daun jelas kelihatan. Dari segi pembiakan terdapat tiga jenis pokok betik iaitu pokok
betina yang mengelurakan bunga, pokok jantan yang mengeluarkan bunga jantan dan pokok
hermafrodit mempunyai bunga betina dan jantan (rajah 4.5). Buah betik jenis lembut
berbentuk bulat bujur, tidak bermusim. pokok betik mudah dibiakkan dengan bijinya.
Adaptasi, daun bersaiz besar untuk meningkatkan luas permukaan daun bagi proses
fotosintesis. Daun dan batang diliputi lilin bertujuan untuk mengurangkan kadar kehilangan air
ketika cuaca terlampau panas. Buah betik muda bergetah, melekit bertujuan melindunginya
dari haiwan perosak. Buah berwarna terang kekuningan bagi menarik haiwan memakannya
selepas buah tersebut telah masak, biji kecil bersaiz kecil untuk memudahkan penyebaran biji
benih oleh haiwan yang memakannya.

Rajah 4.4 : Daun pokok betik yang bersaiz besar.

Rajah 4.5 : Bunga pokok Betik


4.5 Angiosperma ( Monokotiledon )
4.51 Pokok Kelapa
Alam : Tumbuhan
Filum : Magnoliophyta / Angiosperma
Kelas : Liliopsida
Order : Arecales
Famili : Arecaceae
Genus : Cocos
Spesis : Cocos nucifera L..
Nama tempatan : Kelapa, Nyiur

Ciri Morfologi dan Adaptasi


Pokok ini hidup subur di kawasan pantai berpasir. Kelapa ialah sejenis tumbuhan
monokot yang tumbuh tegak tanpa cabang. Daun terdapat dihujung batang membentuk silara.
terdapat 25-35 daun terbuka pada pokok yang matang yang diatur secara berlingkar. Daun
atau pelepah jeins majmuk peripinat. Bunga kecil yang terdapat pada jambak besar disebut
mayang. Buah berserabut, buah matang berwarna coklat. Terdapat tiga bahagian pada buah,
mesokarpa (sabut), endokarpa (tempurung) dan endosperma (isi). Embrio terdapat di
bahagian pangkal endosperma.
Adaptasi, Pokok kelapa mempunyai batang pokok yang kuat dan fleksibel ini dapat
mengurangkan pokok tumbang apabila ditiup angin yang kuat. Pembiakan, buah yang matang
akan jatuh ke tanah, setengahnya akan terapung dibawa oleh air dan bercambah di tempat
lain bagi memastikan kemandiran spesisnya. Daun berbentuk halus akan membantu
mengurangkan rintangan dengan angin ketika cuaca angin bertiup dengan kencang,
memastikan pokok akan sentiasa tegak. Buah kelapa mempunyai sabut yang tebal bagi
melindungi embrio dimakan oleh haiwan yang memakannya (rajah 4.7)

Rajah 4.6 : Pokok Kelapa di tanam sebagai pokok hiasan.


Rajah 4.7 : Buah Kelapa mempunyai sabut yang tebal bertujuan melindungi dari haiwan.

4.52 Buluh
Alam : Tumbuhan
Filum : Magnoliophyta / Angiosperma
Kelas : Liliopsida
Order : Poales
Famili : Poaceace
Genus : Gigantochloa
Spesis : Gigantochloa ligulata
Nama tempatan : Buluh Tumpat

Ciri Morfologi dan Adaptasi


Buluh ialah tumbuhan monokot yang banyak ditemui dihutan Malaysia. Ia memerlukan
cahaya matahari yang banyak, persekitaran lembap dan boleh hidup dipelbagai jenis tanah.
Tumbuhan monokot ini hidup berumpun dengan anak disebut rebung yang banyak dan kuat.
Daunnya panjang dan berurat selari, berbentuk lurus, berbulu halus, tajam serta melentuk.
panjangnya lebih kurang 10-20 cm. Buluh mempunyai batang tumbuh tegak ke atas,
berongga, fleksibel dan kuat serta boleh mencapai 15-20 meter tinggi. Permukaan batang
diliputi bulu halus yang boleh menyebabkan kegatalan pada permukaan kulit.
Adaptasi, pokok buluh tumbuh dalam rumpun yang sama (rajah 4.8), ia mempunyai
bilangan anak yang banyak bertujuan utnuk memastikan kemandiran spesisnya. Daun dan
permukaan batang terdapat bulu halus akan menyebabkan kegatalan kepada kulit hidupan
yang menyentuhnya, ini akan dapat melindungi pokok ini daripada haiwan yang cuba untuk
merosakannya. Batang yang fleksibel dan kuat akan membantu pokok bertahan ketika angin
bertiup kencang. Selain itu akarnya berserabut dan panjang bertujuan unrtuk menyerap air
dengan lebih berkesan.
Rajah 4.8 : Buluh hidup secara berumpun

Rajah 4.9 : Bentuk daun buluh tajam, kecil dan mempunyai bulu halus.
5.0 ALAM ANIMALIA (HAIWAN)

5.1 Haiwan Invertebrata


5.11 Cacing Tanah
Alam : Haiwan
Filum : Annelida
Kelas : Ochligocheata
Order : Opisthopora
Famili : Lumbricidae
Genus : Lumbricus
Spesis : Lumbricus terrestris
Nama tempatan : Cacing Tanah

Ciri Morfologi dan Adaptasi


Cacing ialah haiwan tidak bertulang belakang (invetebrata), ia mempunyai tubuh
berbentuk cincin, dibahagikan kepada septum. Setiap septum mempunyai strukutr yang sama
dengan septum lain seperti sistem saraf, salur darah, tisu otot dan organ perkumuhan pada
setiap segmen (rajah 5.0). Jumlah segmen dimiliki sekitar 90-195. Cacing tanah yang
bukaan vas deferentianya terletak di segmen selepas testis. ia selalunya besar dan membiak
secara seksual. Pembiakan, alpabila klitelium membengkak tempat mengeluarkan kokon
berisi telur. Adaptasi, Cacing memilih tempat yang lembap dan redup untuk membiak
dengan baik. Tempat yang penuh dengan sisa daun yang membentuk humus menjadikan ia
habitat paling sesuai. Induk cacing akan menghasilkan dan mengeluarkan telur dengan
bilangan yang banyak bagi meningkatkan lagi peratus anak cacing yang hidup selepas telur
menetas nanti membantu kemandiran spesisnya.

Rajah 5.0 : Badan cacing tanah mempunyai segmen.


5.12 Siput Babi
Alam : Haiwan
Filum : Moluska
Kelas : Gastropoda
Order : Archeogastroda
Famili : Architectonidae
Genus : Achatina
Spesis : Achatina fulica
Nama tempatan : Siput Babi

Ciri Morfologi dan Adaptasi


Siput babi merupakan hidupan daratan, ia bernafas menggunakan kulit yang lembap.
Ia mempunyai cengkerang yang besar dan padat berbentuk piramid dengan spiral. Lingkaran
cengkerang mempunyai arah putaran ke kanan. Berjalan dengan menukar pengecutan badan
bergilir-gilir dengan menjangkau pada kelajuan perlahan. Pembiakan, Siput Babi merupakan
haiwan hemafrodit ia mempunyai organ pembiakan jantan dan betina pada individu yang
sama.
Adaptasi, Ia menghasilkan telur yang banyak dan menyembunyikannya di celah batu,
bertujuan supaya telur selamat daripada pemangsa dan memastikan peratusan anaknya yang
hidup adalah tinggi. Selain itu, Siput babi akan menyembunyikan badannya dalam cengkerang
jika terdapat ancaman bahaya serangan daripada musuh (rajah 5.1).

Rajah 5.1 : Siput Babi menyembunyikan badan di dalam cengkerang apabila dalam bahaya.
Rajah 5.2 : Habitat Siput Babi di kawasan lembap dan redup.

5.13 Ketam Bunga


Alam : Haiwan
Filum : Antropoda
Kelas : Crustecea
Order : Decapoda
Famili : Portunidae
Genus : Portunus
Spesis : Portunus pelagicus
Nama tempatan : Ketam Bunga,

Ciri Morfologi dan Adaptasi


Ketam bunga banyak ditemui di perairan lautan Hindi, Pasifik hingga ke Selatan Asia.
Ketam jantan berwarna biru dengan bintik putih, mempunyai sepit tangan (cheliped) lebih
besar. Ketam betina berwarna hijau gelap keperangan saiz lebih besar hingga 20 cm. Ketam
bunga hidup hidup derngan merayap dipermukaan pasir dan lumpur, kadang - kadang
bersembunyi di lubang dalam pasir dan lumpur ketika air surut. Ketam ini boleh berenang
dengan baik kerana terdapat sepasang kaki bawah leper sebagai pengayuh. Badan diliputi
cengkerang yang keras dan tajam (rajah 5.3) .
Adaptasi, pada waktu air surut Ketam Bunga akan bersembunyi di bawah pasir dan
lumpur untuk menggelakkan diri daripada haiwan pemangsa. Badan bercengkerang yang
keras, sepit yang tajam dan besar ia digunakan untuk melindungi daripada musuh dan juga
menangkap haiwan kecil sebagai makanannya. Induk betina akan menjaga telurnya, ia
disimpan dalam bekas dan melekatkan bekas berisi telur di badannya hingga ia menetas
Rajah 5.3 : Ketam Bunga mempunyai sepit tangan yang kuat dan tajam.

5.14 Rama - Rama


Alam : Haiwan
Filum : Antropoda
Kelas : Insecta
Order : Lepidoptera
Famili : Papilionidae
Genus : Papilio
Spesis : Papilio machoan
Nama tempatan : Rama-Rama

Ciri Morfologi dan Adaptasi


Rama-rama ialah serangga tergolong dalam order Lepidoptera, ia berbeza dengan
kupu-kupu dimana saiz rama-rama lebih kecil dan mempunyai sesungut berbulu. Pada masa
berehat ia akan merentangkan sayapnya, ia mempunyai 3 pasang kaki. Badan mempunyai
tiga bahagian iaitu kepala, torak dan abdomen. Mempunyai sepasang sayap warna lebih
sekata dan sepasang mata kompund. Induk betina akan bertelur di tempat tersembunyi
seperti melekatkan telur di celah daun. Terdapat empat peringkat kitar hidup rama-rama iaitu
telur, beluncas, pupa dan rama-rama dewasa. Terdapat juga spesis rama-rama yang migrasi
dari satu tempat ke tempat yang lain apabila persekitaran berubah.
Adaptasi, Rama-rama dapat terbang dengan pantas , mempunyai sesungut berfungsi
sebagai radar, ia sangat peka pada serangan musuh apabila diancam bahaya akan terbang
dan bersembunyi di tempat terlindung dari musuh. Selain itu telur disembunyikan dicelah daun
bagi mengelakkan ia di makan oleh haiwan lain bagi memastikan kemandiran spesisnya.
Terdapat juga rama-rama yang migrasi ke tempat lain apabila persekitaran setempat tidak
sesuai, mencari tempat baru yang lebih baik mengikut musim bunga berkembang di mana ia
menjadi sumber makanan utama rama-rama (rajah 5.4).

Rajah 5.4 : Rama-rama sedang menyedut nektar dari bunga.


5.2 Haiwan Vetebrata
5.21 Kura-kura
Alam : Haiwan
Filum : Chordata
Kelas : Reptilia
Order : Testudines
Famili : Geoemydidae
Genus : Siebenrockiella
Spesis : Siebenrockiella crassicollis
Nama tempatan : Kura-kura

Ciri Morfologi dan Adaptasi


Kura-kura ialah haiwan bertulang belakang dan tergolong dalam kelas reptilia.
Badannya dilindungi oleh cengkerang yang keras yang terbentuk dari rusuk mereka. Haiwan
ini mempunyai 2 pasang kakai untuk bergerak secara merangkak. Pembiakan ,Induk betina
akan bertelur di sarang yang mereka buat. Ia akan menhasilkan telur dalam bilangan yang
banyak.
Adaptasi, Badan kura-kura diliputi oleh cengkerang yang keras, fungsinya ialah untuk
menyembunyikan badan kedalam cengkerang apabila diserang oleh musuh (rajah 5.5). Selain
itu, telur akan disembunyikan di sarang yang tersembunyi, ada yang ditanam di dalam
kawasan berpasir di tepi sungai bagi mengelakkan ia dimakan oleh haiwan lain. Bertelur
dengan banyak bagi meningkatkan peluang anak kura-kura untuk hidup, Ini adalah untuk
memastikan kemandiran spesisnya.

Rajah 5.5 : Badan kura-kura terdiri dari cengkerang yang keras.


Rajah 5.6 : Kura-kura akan menyembunyikan diri di dalam cengkerang apabila berada dalam
keadaan bahaya.

5.22 Ayam Kampung


Alam : Haiwan
Filum : Chordata
Kelas : Aves
Order : Galiformes
Famili : Phasianidae
Genus : Gallus
Spesis : Gallus gallus
Nama tempatan : Ayam Kampung

Ciri Morfologi dan Adaptasi


Ayam merupakan dalam kumpulan burung yang biasa diternak untuk mendapatkan
telur dan dagingnya. Ayam merupakan haiwan maserba, ia makan apa sahaja dari pada
bijian, serangga dan haiwan kecil. Ia tidak boleh terbang jauh, mempunyai sepasang kepak
terdiri daripada buluh pelepah, badan diliputi oleh bulu dan terdapat sepasang kaki untuk
berjalan. Bernafas mengunakan paru-paru, mata terletak disisi oleh itu ayam mempunyai
pengelihatan yang besar. pembiakan, Ayam betina akan bertelur, menjaga telur hingga
menetas. Ayam juga akan menjaga dan memberi makanan kepada anaknya hingga ia besar.
Adaptasi, ayam kampung sangat garang ia akan menyerang dan mempertahankan
anaknya jika diserang oleh haiwan lain. Ia juga akan menjaga dan mengeram telur hingga ia
menetas. Ayam jantan dewasa mempunyai struktur tajam di belakang kaki dikenali taji (rajah
5.7) digunakan untuk menyerang dan mencederakan musuhnya. Ayam menjaga anaknya
untuk memastikan kemandiran spesisnya.

Rajah 5.7 : Ayam Kampung jantan mempunyai taji di kaki..

5.23 Ikan Pecah Periuk


Alam : Haiwan
Filum : Chordata
Kelas : Actinopterygii
Order : Perciformes
Famili : Lobotidae
Genus : Lobotes
Spesis : Lobores surinamensis
Nama tempatan : Ikan Pecah Periuk, Tripletail
Ciri Morfologi dan Adaptasi
Ikan Pecah Periuk merupakan ikan yang hidup di laut dalam, biasa ditemui di kawasan
perairan tropika dan subtropika. Beratnya boleh mencapai 18 kg dan panjang 90 cm, ikan
dewasa akan hidup secara bersendirian. Ia mempunyai sirip untuk berenang, sisik berwarna
gelap tidak sekata bertompok. Ikan Pecah Periuk juga dikenali sebagai ’tripletail’ kerana
terdapat tiga sirip di ’dorsal’, ’caudal’ dan ’anal’. Semasa kecil ikan ini akan berada di
permukaan laut, hidup di bawah timbunan sampah dan pokok nipah yang terapung sebagai
habitatnya.
Adaptasi, Ikan Pecah Periuk akan hidup di bawah timbunan sampah yang terapung di
laut. Ia dijadikan sebagai tempat persembunyian jika di serang oleh ikan pemangsa lain.
Selain itu warna sisik ikan ini yang tidak sekata gelap bertompok (rajah 5.8) akan
menjadikannya sebagai penyamaran seakan sampah yang terapung di tengah laut, ini dapat
menyembunyikan ikan ini dari haiwan pemangsa yang lain terutama ikan lebih besar.
Penyamaran ini juga digunakan untuk oleh ikan ini untuk menyerang hendap ikan kecil lain
dan dijadikan sebagai makanan.

Rajah 5.8 : Spesimen Ikan Pecah Periuk yang berjaya dipancing di perairan Pulau Pangkor.
6.0 RUJUKAN

Abdul Aziz Bidin, (1986). Paku Pakis Di Sekeliling Kita. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
Chia Lok Thye, Jacqueline & Nalini B, (2013). Biology STPM Third Term. Oxford Fajar Sdn.
Bhd, Shah Alam.
Gerrit J. Keizer, (2007). The Complete Encyclopedia Od Mushrooms. Rebo Publishers.,
Enkhuizen, Netherlands.
Jan Toman & Jiri Felix, (2000). A Field Guide In Colour To Plants and Animals. Publishing
House. Prague, Czech Repulic.
Khairuddin Hj. Kamaruddin, (1999). Tumbuhan Tempatan Malaysia Kaitannya Dengan Nama
Tempat. Dewan Bahasa dan Pustaka,. Kuala Lumpur.
Maurice Burton & Robert Burton, (2002), The Encyclopedia of Animals. Sirverdale Books.
Lancaster, London.
Rukayah Aman, (2002). Ulam dan Sayuran Tempatan Semenanjung Malaysia. Dewan
Bahasa dan Pustaka,. Kuala Lumpur.
UPSI (2013). Biodiversiti dan Adaptasi ( Modul PJJ). Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjong Malim.

Internet:
http://www.wikipedia.org/
http://theplantencyclopedia.org/wiki/Main_Page
http://www.wildanimalsonline.com/
http://global.britannica.com/EBchecked/topic/222357/fungus

Anda mungkin juga menyukai