Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim .

Terima Kasih Cikgu Nihayah bt Shahadan , selaku moderator


kita pagi .

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam


Pasir Gudang Teguh Bitara dan Salam 20 Ramadhan kepada
semua yang beragama Islam.

Yang dihormati Puan Rohaidah binti Yon, Guru Ikon Bahasa


dan Budaya kebangsaan tahun 2020 selaku pembicara kita
bagi Webinar Pengkarya Muda Daerah Pasir Gudang.

Yang berusaha Cikgu Rizalisma bin Abd Hashim, selaku


Pengerusi Majlis Guru Perpustakaan dan Media Daerah Pasir
Gudang.

Barisan AJK Majlis Guru Perpustakaan dan Media Daerah


Pasir Gudang.

Yang dihormati barisan pengetua, guru guru penolong kanan


sekolah – sekolah daerah Pasir Gudang

Serta yang dikasihi barisan Guru perpustakaan dan Media


sekolah daerah Pasir Gudang.

Tidak dilupakan semua guru dan peserta murid Pengkarya


Muda Daerah pasir Gudang serta semua yang menyertai
Webinar Pengkarya Muda pada pagi ini.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih


kepada JK program atas kesempatan dan ruang untuk saya
menitipkan sedikit ucapan dalam Webinar Pengkarya Muda
Daerah Pasir Gudang pada pagi ini
Sebagaimana yang kita semua ketahui juga, pembangunan 
dan kemajuan sesuatu bangsa ialah penguasaan
ilmu  pengetahuan  dan pembinaan  budaya ilmu  
yang cemerlang.

Bagaimana kita menjana pengetahuan dan menguasai ilmu


yang begitu banyak. Jawapannya adalah melalui pembacaan
dan penulisan. Dengan membaca kita dapat menjana
pemikiran yang kritis dan kreatif dan melalui penulisan kita dapat
mengembangkan lagi bidang penguasaan ilmu yang dapat
memangkin kemajuan bangsa dan negara. 

Penulisan kreatif merupakan bidang ilmu yang sentiasa


berkembang dari masa ke masa, sesuai dengan perubahan
pemikiran manusia, teknologi dan gaya kreativiti manusia.

Tanpa kita sedar, ramai sebenarnya dalam kalangan murid


kita yang mempunayai minat yang endalam dalam bidang
penulisan. Mungkin atas faktor murid ini suka untuk
menterjemahkan imaginasi mereka dalam bentuk penulisan.
Bukan la introvert ye, tapi mungkin dengan meluahkan
perasaan dalam bentuk penulisan ianya lebih puas boleh
boleh dibaca berulang2 ulang kali.
Saya percaya murid sekolah menengah pasti suka menulis
diari dan jurnal harian..ni salah satu bentuk penulisan cuma
belum digarap dalam Bahasa yang baik dan penulisan
berbentuk ilmiah.

Apapun perubahan yang berlaku dalam bidang penulisan


kreatif, sama ada dari segi teori dan amali hanya golongan
penulis yang cekal, beriltizam dan serius sahaja yang akan
kekal dalam penglibatan mereka sebagai penulis.
Profesor Dr Talib Samat , Pensyarah kanan fakul ti Bahasa
dan kesusasteraan melayu menjelaskan bahawa sebahagian
penulis akan hilang bagai buih-buih di laut kerana mereka
menulis sekadar untuk lulus peperiksaan atau sekadar
mengisi masa lapang mereka sahaja.

Ertinya mereka tiada matlamat dan tujuan sebenar mereka


menulis. Hal inilah yang perlu diperbetulkan terlebih dahulu
sekiranya mereka betul-betul jujur atau ikhlas dalam
berkarya.

Melengkapkan diri sebagai seorang penulis tentunya tidak


sempurna selagi tiada berdisiplin dalam melakukan kerja
menulis. Tanpa disiplin yang baik barangkali kerja-kerja
dilakukan sering tergendala dan jauh daripada sempurna.
Oleh yang demikian, kerja menulis memerlukan disiplin diri
yang baik supaya dapat menyiapkan kerja sebagaimana yang
diharapkan dan kerja itu memuaskan diri sendiri dan orang
lain.

Penulisan kreatif merupakan satu bidang yang boleh


dijadikan kerjaya sepenuh masa yang menguntungkan dan
membantu kedudukan ekonomi bagi mereka yang benar-
benar serius.

Peranan besar ibubapa juga tidak boleh dinafikan,


memandangkan peruntukkan masa yang lebih panjang anak2
dirumah , perlu terus diisi dgn aktiviti berfaedah yang
menjurus kepada memotivasikan anak2 terus membaca dan
berkarya mengikut tahap anak2 selain menyambut program2
yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah.

Pembacaan dan pengkaryaan saling berkait rapat dan


dapat mempertingkatkan kecerdasan emosi EQ) dan tahap
kecerdasan intelektual atau IQ) seseorang. Kedua-dua unsur
kecerdasan ini amat penting bagi membolehkan seseorang
itu menguasai pelbagai keadaan dan merebut peluang yang
ada bagi pembangunan diri.

Sebagai kesimpulan perkembangan semasa ekonomi


global menunjukkan penulisan kreatif mampu dijadikan
sebagai penjana minda dan salah satu sumber pendapatan.

Bengkel-bengkel penulisan yang dijalankan dapat


membimbing dan mengenal pasti murid yang berpotensi
dalam penulisan yang diharap akan lahir sebagai pemikir
bagi menghasilkan karya yang bersifat membangunkan
intelektual dan sahsiah.

Semoga anda semua, bakal penulis berbakat yang


menyertai Webinar Pengkarya muda pada pagi ini dapat
memanfaat setiap peluang dan perkongsian daripada
pembicara kita , Puan Rohaida semaksimum mungkin.

Saya doakan juga anda semua Berjaya menghasilkan karya


yang terbaik dalam Pertandingan Pengkarya Muda Johor
tahun 2022.

Sekian, terima kasih.  Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai