Anda di halaman 1dari 25

Menjawab Ustaz Iqbal Isu Saidina Umar Menyoal Malaikat

Oleh: Tim Sidang Kalam

[Bacaan Panjang, Siapkan Kopi Dulu]

15 Kali Iqbal Zain Gagal Teruk dalam Memahami Nas dan Asas Takhrij

Berikutan kekeliruan yang diakibatkan oleh komen Ustaz Iqbal Zain (UIZ)
mengenai malaikat Munkar dan Nakir yang kononnya disoal oleh saidina
Umar bin al-Khattab, Sidang Kalam ingin membuat sedikit komentar.

Sebelum itu kami dapati UIZ gagal memahami masalah dalam 15 tempat,
ringkasnya;

1. Ustaz Iqbal Zain salah sangka bahawa al-Muhibb at-Tabari


meriwayatkan kisah Umar menyoal Munkar Nakir dalam kitab ar-
Riyadh an-Nadhirah

2. Ustaz Iqbal Zain mengabaikan ulasan lanjutan oleh al-Muhibb at-


Tabari sendiri mengenai kisah tersebut

3. Ustaz Iqbal Zain gopoh dalam menyangka semua nukilan al-Muhibb


at-Tabari dalam ar-Riyadh an-Nadhirah mempunyai sanad dan
berstatus Maqbul

4. Ustaz Iqbal Zain tidak memahami kisah Umar dan membuat


kesimpulan yang jauh tersasar

5. Ustaz Iqbal Zain tidak menyedari kontradiksi dalam kisah Umar


dengan riwayat lain

1
6. Ustaz Iqbal Zain bertaqlid buta terhadap riwayat terpencil dan
menganggapnya pendapat Ulama Muktabar

7. Ustaz Iqbal Zain sendiri tidak mengetahui status kisah Umar di sisi
ulama yang menyebutnya dalam kitab-kitab mereka

8. Ustaz Iqbal Zain secara tidak sengaja telah menjatuhkan kredibiliti


para Muhaddithin apabila menerima sebuah kisah yang terpencil,
kabur dan bercanggah

9. Ustaz Iqbal Zain menguatkan kisah yang tiada sanad dengan hadith
Sahih yang tidak wujud

10. Ustaz Iqbal Zain menyangka hadith yang tiada sanad boleh menjadi
Hujah

11. Ustaz Iqbal Zain bermudahan-mudahan menerima hadith yang tiada


sanad, dan berkeras jika ada yang menolaknya

12. Ustaz Iqbal Zain bertaqlid buta dengan nukilan al-Muhibb at-Tabari
atas dasar beliau Thiqah

13. Ustaz Iqbal Zain salah faham dan gagal memahami interaksi ulama
dengan kisah Umar seperti al-Qurtubi, Abu Nu’aim, as-Suyuti, Ibn
Hajar al-Asqlani, dan Zakaria Kandahlawi…dan membuat dakwan
berlebihan mengenai mereka

14. Ustaz Iqbal Zain malas membuat rujukan silang hingga tidak
menyedari bahawa kisah tersebut tidak pernah wujud dalam Musnad
Umar yang ditulis sekian ramai ulama hadith

15. Ustaz Iqbal Zain mempunyai sikap Hatib Layl, dan dinasihatkan agar
berguru semula agar kesilapan-kesilapan ini tidak berulang lagi

2
HURAIAN LANJUT

1. Ustaz Iqbal Zain Salah Sangka Bahawa Al-Muhibb At-Tabari


Meriwayatkan Kisah Umar Menyoal Munkar Nakir Dalam Kitab Ar-
Riyadh An-Nadhirah

Pada awalnya UIZ menulis bahawa kisah Umar menyoal Munkar Nakir itu
diriwayatkan oleh seorang ulama Salaf iaitu al-Imam at-Tabari (wafat 310
H) walhal jika beliau membaca betul-betul kulit buku ar-Riyadh an-Nadhirah
pasti beliau sedar bahawa penulisnya adalah Muhibbuddin at-Tabari aka
al-Muhibb at-Tabari, wafat pada penghujung abad ke-7 hijriyah iaitu 694 H.
Jarak masa antara al-Imam at-Tabari penulis tafsir Jami’ al-Bayan dan al-
Muhibb at-Tabari adalah sebanyak 385 tahun!

Ini menunjukkan sikap tergopoh-gapah pada diri beliau yang sering kami
jumpai. Dengan mengaitkannya dengan “ulama Salaf” beliau berharap agar
kisah tersebut dianggap lebih kuat dan mudah diterima pembaca.

Padahal sama ada ia diriwayatkan oleh ulama Salaf atau Khalaf, bukanlah
kayu ukur yang jitu sama sekali. Ramai pemalsu hadith hidup di zaman
Salaf, dan di zaman Khalaf, lebih ramai lagi.

Tetapi yang lebih parah apabila beliau mengatakan,

“Sesungguhnya bahagian hadith Sayyidina Umar menyoal malaikat telah


DIRIWAYATKAN oleh seorang Ulama bernama Imam Muhibb al-Din al-
Tabari yang mana beliau MERIWAYATKANNYA dalam kitab berjudul al-
Riyad al-Nadirah fi Manaqib al-‘Asharah.”

Dua kali dia sebut Riwayat. Walhal al-Muhibb at-Tabari sesekali tidak
meriwayatkan kisah tersebut, sebaliknya beliau hanya menyebutnya
sahaja. Hatta seorang beginner dalam pengajian hadith akan dapat
mengecam perbezaan antara ‫ روى‬dan ‫ ذكر‬yang mana kalimah yang

3
pertama menunjukkan sesuatu matan dinukil dengan sanad penuh,
manakala yang kedua sekadar nukilan sekunder – tanpa sanad.

Menyebut “kisah ini diriwayatkan oleh al-Muhibb at-Tabari dalam ar-Riyadh


an-Nadhirah” samalah seperti orang yang menyebut “lafaz ini diriwayatkan
oleh an-Nawawi dalam Arba’in dan Riyadh as-Salihin”…terlalu noob untuk
sosok hebat seperti UIZ.

Ini satu kepelikan bagi seorang agamawan yang belajar hadith tinggi-tinggi
dan rajin menulis mengenai hadith, bahkan selalu menyenaraikan nama
guru-guru di pelbagai pusat pengajian, apabila perkara sebegini basic pun
beliau tak faham.

2. Ustaz Iqbal Zain Mengabaikan Ulasan Lanjut Oleh Al-Muhibb At-


Tabari Sendiri Mengenai Kisah Tersebut

Kemusykilan bertambah apabila UIZ semacam sengaja meninggalkan


komentar penulis kitab ar-Riyadh an-Nadhirah (yang beliau jadikan sebagai
riwayat sandaran utama);

‫خرجه عبد الواحد بن محمد بن علي المقدسي في كتابه التبصير‬

‫ يا رسول هللا‬: ‫ وقال عمر‬: ‫وخرج الحافظ أبو عبد هللا القاسم الثقفي عن جابر من أوله ٱلى ذكر السؤال وقال‬
‫ ولم يذكر ما بعده‬. ‫ إذا أكفيكهما‬: ‫ قال‬. ‫ على حالك‬: ‫أية حال أنا يومئذ ؟ قال‬

‫وخرج سعيد بن منصور معناه ولفظه ؛ حدثنا إسماعيل بن إبراهيم أنا محمد بن علوان بن علقمة قال حدثني‬
‫ صوتهما مثل الرعد‬، ‫ كيف بك إذا جاءك منكر ونكير يسأالنك‬: ‫ قال رسول هللا لعمر‬: ‫أصحابنا قالوا‬
‫ يا رسول هللا أنبعث‬: ‫القاصف وأبصارهما مثل البرق الخاطف يطآن في أشعارهما ويبحثان بأنيابهما ؟ فقال‬
‫ إذا أكفيكهما‬: ‫ فقال‬. ‫ نعم إن شاء هللا تعالى‬: ‫على ما متنا عليه ؟ قال‬

Ini menunjukkan yang al-Muhibb at-Tabari memberi beberapa petunjuk


terkait kisah Umar menyoal Munkar Nakir yang UIZ canang-canangkan itu.

4
Pertama, matan hadith Nabi disertai kisah Umar menyoal malaikat
diriwayatkan oleh seorang ulama bernama ‘Abdul Wahid bin Muhammad
bin Ali al-Maqdisi yang wafat pada tahun 486 hijriyah. Menurut al-Muhibb
at-Tabari, beliau meriwayatkannya dalam sebuah kitab berjudul at-Tabsir.

Adakah UIZ menyemak sumber primer yang disebut oleh al-Muhibb at-
Tabari ini? Sudah pasti beliau tidak menyemak – dan mungkin sebab itulah
UIZ tidak menyebut sepatah pun mengenai komentar al-Muhibb at-Tabari.

Kami yakin beliau tidak menyemak kerana kitab at-Tabsir ini tidak dijumpai
pada zaman ini, bahkan kami tidak menjumpai judul at-Tabsir dalam
senarai karya-karya ‘Abdul Wahid al-Maqdisi. Rujuk Siyar A’lam an-Nubala’
oleh adz-Dzahabi, al-Maqsad al-Arsyad oleh Ibn Muflih, at-Taj al-Mukallal
oleh Muhammad Siddiq Khan, dan al-A’lam oleh az-Zirikli.

Rujukan kepada sumber moden seperti Kasyf az-Zunun oleh Haji Khalifah,
dan Mu'jam al-Muallifin oleh Umar Ridha Kahalah juga tidak menunjukkan
wujudnya kitab at-Tabsir karya 'Abdul Wahid al-Maqdisi.

Sebaliknya beliau mempunyai sebuah kitab dalam Usul Fiqh berjudul at-
Tabsirah (sudah ditahqiq dan dicetak) dan hadith Nabi disertai kisah Umar
menyoal malaikat ini juga tidak wujud dalam kitab berkenaan.

Kesilapan al-Muhibb at-Tabari ketika melakukan Takhrij dalam kitabnya ar-


Riyadh ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Hatta muhaqqiq kitab ar-
Riyadh an-Nadhirah sendiri yang bernama asy-Syaikh Dr Isa bin Abdillah
al-Himyari, menyedari betapa kitab tersebut mengandungi kesilapan takhrij
dan metod nukilan yang tidak konsisten.

Jika UIZ rajinkan diri membaca muqaddimah al-Muhibb at-Tabari sendiri,


pasti dia sedar bahawa al-Muhibb at-Tabari tidak menyenaraikan kitab at-
Tabsir dalam senarai rujukan!

Lebih menarik, Dr Isa al-Himyari tidak memasukkan judul at-Tabsir karya


‘Abdul Wahid al-Maqdisi (yang menjadi sumber kisah Umar menyoal
5
malaikat) dalam mana-mana senarai Mawarid atau sumber rujukan al-
Muhibb dalam kitab tersebut – baik yang dijumpai dan yang tidak dijumpai!
Rujuk cetakan Dar al-Gharb al-Islami tahun 1996.

Kedua, al-Muhibb at-Tabari membawa riwayat al-Qasim bin al-Fadhl ath-


Thaqafi (wafat 489 H) namun beliau memberi ingatan bahawa riwayat ini
tidak mengandungi kisah Umar menyoal malaikat – ‫ ولم يذكر ما بعده‬maka ini
merupakan satu isyarat penting mengenai keabsahan kisah tersebut. Rujuk
al-Arba’in karya ath-Thaqafi.

Lebih daripada itu, al-Muhibb at-Tabari membawakan riwayat Sa’id bin


Mansur yang lebih senior (wafat 227 H) dengan sanad penuh namun sekali
lagi, beliau memberi ingatan bahawa riwayat Sa’id terhenti pada kata-kata
Umar – ‫ إذا أكفيكهما‬justeru al-Muhibb memberi petunjuk betapa ziyadah
melibatkan Umar menyoal Munkar Nakir itu amat syadz sekali, berlawanan
dengan riwayat-riwayat yang lebih awal, mantap dan masyhur.

Jadi apakah mesej yang al-Muhibb at-Tabari cuba bawa dengan;

➢ Tidak menyenaraikan at-Tabsir sebagai sumber rujukan di


muqaddimah kitab
➢ Mendahulukan riwayat ‫ بفيه الحجر‬yang lebih kuat (walaupun tak sampai
darjat sahih) dan tidak mengandungi kisah Umar menyoal malaikat
➢ Kemudian membawakan riwayat lain yang bersambung dengan kisah
Umar
➢ Lalu mengakhirinya dengan tanbih bahawa terdapat riwayat lain yang
tidak menyebut kisah tersebut

UIZ tak dapat baca lagi ke makna semua ni? Jelas di situ pengarang kitab
memberi isyarat keraguan mengenai kisah tersebut.

Ketiga, kitab-kitab seperti at-Tabsir, al-Arba’in ath-Thaqafiyah, apatah lagi


ar-Riyadh an-Nadhirah, bukanlah kitab yang sesuai dijadikan sumber
takhrij riwayat. At-Tabsir karya ‘Abdul Wahid al-Maqdisi dikarang pada
kurun ke-5 hijriyah, al-Arba’in ath-Thaqafiyah juga dikarang pada kurun ke-
6
5 hijriyah, manakala ar-Riyadh an-Nadhirah pula karya seorang ulama
pada kurun ke-7 hijrah. Ini jauh melepas era Tadwin yang berakhir pada
kurun ke-3 hijriyah. Apatah lagi kitab ar-Riyadh an-Nadhirah yang dijadikan
sumber utama itu tidak ditulis dalam format musnad/bersanad seperti kitab-
kitab hadith lain. Menjadikannya sebagai sumber takhrij untuk kisah
tersebut merupakan suatu alamat kejahilan UIZ mengenai asas takhrij
riwayat. Bahkan dengan menyebut ar-Riyadh an-Nadhirah sebagai sumber
takhrij, membuka lebih banyak ruang syak wasangka mengenai keabsahan
riwayat tersebut.

Pengabaian yang dilakukan UIZ tidak sewajarnya dilakukan apatah lagi bila
berbicara mengenai perkara ganjil yang tiba-tiba riwayatnya terpacul dalam
kitab bukan musnad pada kurun ke-7 hijriyah – mengikut takhrij UIZ sendiri.

Kesimpulannya, al-Muhibb at-Tabari tidak pernah meriwayatkan kisah


tersebut – sekadar menyebutnya saja – dan beliau membawa 2 riwayat
tambahan yang tidak mengandungi kisah tersebut sebagai isyarat bahawa
kisah tersebut merupakan khabar yang syadz, barangkali berpunca
daripada sebuah kitab misteri berjudul at-Tabsir yang dikatakan karya
‘Abdul Wahid al-Maqdisi.

3. Ustaz Iqbal Zain Gopoh Dalam Menyangka Semua Nukilan Al-


Muhibb At-Tabari Dalam Ar-Riyadh An-Nadhirah Mempunyai Sanad
Dan Berstatus Maqbul

UIZ mendakwa,

“Pada bahagian muqaddimah kitabnya ini, Imam al-Tabari sendiri


menjelaskan bahawa SEMUA RIWAYAT yang termuat di dalamnya adalah
BERSANAD dari sumber yang terpercaya yang beliau sendiri menerima
periwayatannya. Ini menunjukkan penilaian Imam al-Tabari terhadap hadith
tersebut adalah MAQBUL disisi beliau untuk genre manaqib yang sedang
beliau tulis.”

7
Ini pemerhatian yang kurang cermat dan gopoh. Yang dimaksudkan oleh
al-Muhibb at-Tabari ialah;

‫ وأكثرها‬، ‫ والمأخوذ عنها من مؤلف كبير أو جزء صغير‬، ‫وها أنا مثبت أسماء األصول المخرج منها‬
‫ وإنما لم نسندها للمعنى الذي أشرنا إليه‬... ‫ بل كلها إال ما تركت الخط بالحمرة عليه‬، ‫مروي لنا‬

Yakni yang dimaksudkan ialah beliau mempunyai sanad kitab-kitab yang


beliau rujuk, bukannya semua kitab-kitab tersebut isi kandungannya
bersanad.

Jika UIZ rajin sedikit membaca judul-judul kitab yang dirujuk oleh al-Muhibb
at-Tabari, pasti dia akan sedar bahawa banyak kitab-kitab yang
kandungannya tidak bersanad seperti Sifat as-Safwah oleh Ibn al-Jauzi, al-
Jam’ baina as-Sahihain oleh al-Humaidi, al-Masabih oleh al-Baghawi,
Syarh al-Musykil oleh Ibn al-Jauzi, Nihayah al-Gharib oleh Ibn al-Athir dan
lain-lain.

Kegopohan UIZ untuk mengatakan “semua riwayat yang termuat di


dalamnya adalah bersanad dari sumber yang terpercaya” hanyalah
sekadar untuk menutup lompong yang ada pada sebahagian riwayat dalam
ar-Riyadh an-Nadhirah, termasuklah kisah Umar menyoal Munkar Nakir.

Al-Muhibb at-Tabari selaku ahli hadith pasti mengerti, jika beliau


mendakwa demikian (semua riwayat yang termuat di dalam kitab-kitab
rujukan adalah bersanad), ia menjadi suatu dakwaan yang jauh dari realiti,
dan suatu cubaan Tadlis yang rapuh dan gagal. Beliau sekadar ingin
mengatakan semua kitab-kitab ini, beliau mempunyai sanad periwayatan
yang sampai kepada penulisnya. Itu saja.

Again, tolong bezakan sanad riwayat dalam kitab, dengan sanad


periwayatan kitab itu sendiri. Dua perkara berlainan. Harap UIZ ambil
maklum.

8
Kemudian pada sisi kemaqbulan riwayat-riwayat dalam kitab ar-Riyadh an-
Nadhirah, UIZ sekali lagi tergesa-gesa membuat kesimpulan simplistik dan
idiotik bahawa,

“Ini menunjukkan penilaian Imam al-Tabari terhadap hadith tersebut adalah


MAQBUL disisi beliau untuk genre manaqib yang sedang beliau tulis.”

Sedangkan dalam kes Umar menyoal Munkar Nakir, al-Muhibb at-Tabari


sendiri memberi ta’qib yang memberi isyarat jelas bahawa kisah tersebut
bercanggah dengan pelbagai riwayat lain. Bahkan beliau menyebut judul
sebuah kitab hadith abad ke-5 hijriyah sebagai sumber takhrij utama.
Pengkaji hadith akan dapat membaca isyarat yang beliau tinggalkan,
apatah lagi sememangnya manhaj beliau dalam kitab ar-Riyadh adalah
tidak menyebut status hadith secara am.

Di sini UIZ didapati berperangai seperti seorang siswa tahun 1 yang


langsung tidak memberi perhatian dalam kelas untuk subjek Takhrij. Hanya
kelihatan ingin copy-paste dan publish di FB selaju mungkin.

4. Ustaz Iqbal Zain Tidak Memahami Kisah Umar Dan Membuat


Kesimpulan Yang Jauh Tersasar

Seperti yang UIZ sendiri terjemahkan, kisahnya seperti berikut;

“Baginda SAW bersabda: "Demi Zat yang mengutus aku dengan


kebenaran sebagai Nabi, Jibril telah memberitahuku bahawa mereka akan
datang kepadamu dan kamu akan berkata: “Tuhanku adalah Allah, lalu
siapakah Tuhan kalian? Dan Muhammad adalah Nabiku, siapakah Nabi
kalian? Dan Islam adalah agamaku, maka apakah agama kalian?”. Kedua-
dua Malaikat berkata, “Sungguh hairan, kami tak tahu sama ada kami yang
sebenarnya diutus kepada kamu atau adakah kamu yang diutus kepada
kami?!”

9
Jika diperhatikan lebih teliti, matan kisah yang palsu ini mengithbatkan
bahawa saidina Umar sebenarnya tidak terlepas daripada soalan Munkar
Nakir, bahkan beliau selaku seorang mu’min pasti akan menjawab soalan-
soalan tersebut dengan cemerlang.

Ini dapat dilihat pada lafaz riwayat yang sama;

‫يسأالن الرجل عن ربه وعن نبيه وعن دينه‬

Lalu dijawab oleh Umar; ‫ فسأكفيكهما يا رسول هللا‬yakni Umar tetap akan
menjawab soalan Munkar Nakir.

Jelas, kisah ini mendatangkan cerita tambahan yang menyatakan saidina


Umar menyoal 2 malaikat tersebut setelah beliau sendiri menjawab soalan
tersebut. UIZ sendiri menterjemahkan;

“Tuhanku adalah Allah, lalu siapakah Tuhan kalian? Dan Muhammad


adalah Nabiku, siapakah Nabi kalian? Dan Islam adalah agamaku, maka
apakah agama kalian?”.

Kalimah “Tuhanku adalah Allah… Muhammad adalah Nabiku… Islam


adalah agamaku” semuanya merupakan jawapan standard kepada soalan
standard malaikat Munkar Nakir yang telah maklum oleh semua; “Siapa
tuhanmu…siapa nabimu…apa agamamu.”

Bahkan malaikat yang disoal itu pun bukannya menjawab satu persatu
soalan saidina Umar – mengikut kisah palsu ini – sebaliknya sekadar
berkata;

“Sungguh hairan, kami tak tahu sama ada kami yang sebenarnya diutus
kepada kamu atau adakah kamu yang diutus kepada kami?!".

Ini berbeza dengan komen UIZ sendiri;

10
“…BUKAN SEMUA manusia disoal oleh malaikat kerana ada manusia
yang menyoal malaikat.”

Ini memberi gambaran ada manusia yang tidak disoal langsung bahkan
menjadi penyoal kepada malaikat, dan malaikat pula yang menjawab.
Walhal lafaz kisah Umar yang dijaja oleh UIZ itu sendiri bercanggah
dengan kesimpulan dalam komen UIZ.

UIZ perlu cari dan gali riwayat palsu yang lain untuk buktikan malaikat
Munkar Nakir langsung tidak menyoal Umar, malah menjawab soalan
saidina Umar. Boleh ke?

Ini agar riwayat tersebut selari dengan komen UIZ sendiri,

“bukan semua manusia disoal oleh malaikat…”

5. Ustaz Iqbal Zain Tidak Menyedari Kontradiksi Dalam Kisah Umar


Dengan Riwayat Lain

Mengulas mengenai riwayat pertama yang disebut oleh al-Muhibb at-


Tabari, UIZ berkata,

“Dalam bahasa Arab, maksud “Akan terisi dalam mulutnya dengan batu”
(‫ )بفيه الحجر‬adalah kinayah kepada seseorang yang akan memberi
kenyataan yang akan MENYENYAPKAN ATAU MENDIAMKAN SI
PENYOAL.”

Di sini saja kita sudah boleh nampak betapa kisah palsu Umar menyoal
Munkar Nakir bercanggah dengan hadith yang lebih baik di atas – riwayat
Ahmad dalam Musnad, Ibn Hibban dalam Sahihnya, dan lain-lain.

Kisah palsu tersebut menyatakan 2 malaikat yang disoal oleh Umar


tidaklah senyap, terdiam atau tergamam dengan soalan beliau, sebaliknya
mereka melahirkan rasa takjub - ‫ وا عجباه‬disusuli pertanyaan;
11
“…kami tak tahu sama ada kami yang sebenarnya diutus kepada kamu
atau adakah kamu yang diutus kepada kami?!”

Jadi apakah pendirian UIZ dalam hal tanaqudh atau kontradiksi ini? Satu
sumber kata malaikat terdiam umpama mulutnya penuh batu, satu lagi kata
malaikat takjub dan bertanya-tanya?

Terlalu obvious, UIZ tidak menguasai hujah yang dia bawa sendiri. Asalkan
nukil, asalkan jawab, asalkan komen. Biarlah bercanggah asalkan diri
sendiri puas hati. Selagi boleh. Takalluf hingga habis huruf.

6. Ustaz Iqbal Zain Bertaqlid Buta Terhadap Riwayat Terpencil Dan


Menganggapnya Pendapat Ulama Muktabar

Jika UIZ beranggapan dia boleh menumpang dan bertenggek pada kitab
ar-Riyadh an-Nadhirah karya al-Muhibb at-Tabari (bukan at-Tabari zaman
salaf tu yea…saja ingatkan takut lupa macam UIZ) maka anggapan beliau
meleset sama sekali.

Al-Muhibb at-Tabari meninggalkan isyarat yang cukup dan padu mengenai


kisah Umar menyoal malaikat. Setelah menyebut (bukan meriwayatkan
yea) riwayat yang disertai kisah Umar tersebut, beliau membawakan
riwayat-riwayat lain untuk perbandingan, dan riwayat-riwayat tersebut tidak
mengandungi kisah yang pelik itu.

UIZ selaku graduan daurah hadith tidak seharusnya bertaqlid buta kepada
kitab-kitab sebegini, jika beliau betul-betul memanfaatkan silibus hadith
semasa di pengajian tinggi, pasti beliau akan melakukan rujukan silang dan
perbandingan dengan sumber-sumber lain.

Adakah UIZ terlalu cuai untuk menyedari yang dialog Rasulullah dan
saidina Umar mengenai Munkar Nakir itu banyak diriwayatkan – secara
mursal dan marfu’ - dalam sumber-sumber yang lebih awal daripada kitab
12
ar-Riyad an-Nadhirah, dan semuanya tidak menyebut kisah Umar menyoal
malaikat barang sepatah huruf pun?

Kami mempersilakan UIZ agar menyemak sumber-sumber di bawah;

➢ Al-Musannaf oleh Abdul Razzaq (wafat 211 H)


➢ Al-Qubur oleh Ibn Abi ad-Dunya (wafat 280 H)
➢ Al-Ba’th oleh Ibn Abi Dawud (wafat 275 H)
➢ Asy-Syari’ah oleh al-Ajurri (wafat 360 H)
➢ Ithbat ‘Adzab al-Qabr & al-I’tiqad oleh al-Baihaqi (wafat 458 H)
➢ Dan banyak lagi

Adakah UIZ gagal untuk mengerti betapa lafaz dalam kitab ar-Riyadh an-
Nadhirah - yang dikarang pada kurun ke-7 hijriyah - bercanggah dengan
sekian banyak riwayat yang telah mantap sejak abad ke-3 hijriyah (rujuk
senarai ringkas di atas), dan ini suatu qarinah bahawa terdapat unsur palsu
dan rekaan pada lafaz yang ada dalam ar-Riyadh an-Nadhirah itu sendiri?
Malah pengarangnya al-Muhib at-Tabari tidak terkecuali memberi isyarat
yang sama?

Ini bukan soal ulama keluar dari kocek sendiri atau ulama reka hadith
sesuka hati, sebaliknya soal integiriti dan disiplin apabila berhadapan
dengan karya ulama yang tak pernah menganggap diri dan karya mereka
maksum dan tidak boleh dikritik.

UIZ yang belajar hadith sepatutnya tidak mengajukan falasi kebudak-


budakan ini;

“…menggambarkan seolah-olah para Ulama Muktabar bawa KELUAR


DARI KOCEK beliau sendiri secara SESUKA HATI untuk memasukkan
bahagian tersebut dalam kitab mereka.”

Telah jelas bahawa isunya Satu lawan Ramai. Syadz lawan Masyhur.
Boleh saja situasi ini terhasil akibat kesilapan (honest mistake) dan bukan
penipuan sesiapa. UIZ tak perlu berdrama keterlaluan.
13
Hatta ulama yang menukil pun, menukil dengan amanah dan ingatan
bahawa kisah Umar menyoal malaikat itu dikesan dalam satu sumber saja
iaitu kitab at-Tabsir karya ‘Abdul Wahid al-Maqdisi – yang kewujudannya
tidak dapat dikesan baik secara fizikal atau nukilan sekunder, dalam isu
selain kisah Umar ini.

Sepatutnya UIZ bertanya,

“Adakah para muhaddithin sejak abad ke-3 hingga ke-7 hijriyah semuanya
cuai dan gagal meriwayatkan dialog Rasulullah dengan saidina Umar
mengenai Munkar Nakir secara lengkap, hingga mengakibatkan kisah
Umar menyoal malaikat itu pupus dan hilang berkurun-kurun lamanya, dan
hanya muncul pada abad ke-5 hijriah (yakni dalam at-Tabsir, kalau kitab ini
wujud) kemudian hilang dan muncul kembali pada abad ke-7 hijriah (dalam
ar-Riyadh an-Nadhirah oleh al-Muhibb at-Tabari)?!”

“Mengapa dalam sebanyak-banyak kitab hadith, sanad lengkap kisah ini


hanya wujud dalam kitab at-Tabsir yang dikarang pada abad ke-5 hijriyah,
dan sudah tidak wujud lagi pada hari ini?

Adakah kisah Umar ini umpama biskut Chipsmore? Now you see it, now
you don’t??

7. Ustaz Iqbal Zain Sendiri Tidak Mengetahui Status Kisah Umar Di


Sisi Ulama Yang Menyebutnya Dalam Kitab-Kitab Mereka

UIZ juga memberi komen,

“Adakah UND menyangka bahawa Ulama Muktabar tidak mengetahui


mengenai STATUS hadith tersebut…?”

Soalannya, adakah UIZ pula tahu status hadith tersebut di sisi mereka?

14
Jumhur muhaddithin meriwayatkan dialog Rasulullah dengan saidina Umar
tanpa kisah Umar menyoal malaikat. Untuk mengabsahkan kisah tersebut,
UIZ cuba berbentengkan kitab ar-Riyadh an-Nadhirah karya al-Muhibb at-
Tabari…manakala al-Muhibb at-Tabari pula bersandarkan kitab at-Tabsir
karya ‘Abdul Wahid al-Maqdisi (yang pupus/belum dijumpai/memang tak
wujud).

Adakah berbekalkan satu nama penulis yang hidup pada abad ke-5 hijriah,
UIZ dengan sewenang-wenang ingin menisbahkan riwayat tersebut kepada
“Ulama Muktabar” ??

Bolehkah UIZ menunjukkan apakah status kisah tersebut di sisi al-Muhibb


at-Tabari dan ‘Abdul Wahid al-Maqdisi?

Bahkan adakah UIZ tahu apa status kisah tersebut di sisi ulama yang
menyebutnya dalam kitab-kitab mereka seperti al-Qurtubi dan as-Suyuti?

Adakah mereka mensahihkan, menghasankan, mendhaifkan, atau


bagaimana?

8. Ustaz Iqbal Zain Secara Tidak Sengaja Telah Menjatuhkan


Kredibiliti Para Muhaddithin Apabila Menerima Sebuah Kisah Yang
Terpencil, Kabur Dan Bercanggah

UIZ bertanya,

“…adakah UND menyangka bahawa Ulama Muktabar sengaja ingin


mereka-reka penambahan tanpa ada sandaran yang mana hal itu dapat
menjatuhkan KREDIBILITI mereka sebagai Muhaddithin?!”

Padahal UIZ yang menjatuhkan kredibiliti para Muhaddithin hingga


tergamak membakulsampahkan segala usul dan kaedah yang disusun
untuk menyaring hadith.

15
Muhaddithin tidak akan sesekali berpuas hati dengan sekadar satu dua
nukilan kabur yang berkualiti rendah. Usahlah kerana satu dakwaan
bahawa ada riwayat dalam kitab at-Tabsir oleh ‘Abdul Wahid al-
Maqdisi…UIZ ingin mengenepikan riwayat-riwayat yang lebih kuat, dan
wujud di hadapan mata?

Lebih mudah untuk mengatakan seorang ‘Abdul Wahid al-Maqdisi pada


abad ke-5 hijriyah tersilap, dan Jumhur Muhaddithin sejak abad era Tadwin
betul.

Kalau UIZ betul-betul ikuti daurah hadith di madrasah dulu…pasti UIZ akan
teringat huraian para syuyukh mengenai hadith Dhaif yang diriwayatkan
dalam kitab-kitab hadith. Antara tujuan hadith Dhaif diriwayatkan ialah ‫لبيان‬
‫ علله‬yakni agar pembaca mengetahui punca kedhaifannya – sama ada pada
sanad atau matan. Kita tak boleh hentam keromo dan buat kesimpulan
separuh masak bahawa semua hadith yang dijumpai dalam kitab boleh
diamalkan.

Jika demikian sudah syaratnya untuk hadith Dhaif, apatah lagi yang Palsu.

Namun gaya pemahaman UIZ nampaknya terlalu amatur hingga tidak


dapat menerima hakikat bahawa tidak semestinya sesuatu hadith
diriwayatkan oleh ulama, maka mereka dianggap menerima, mensahihkan
dan menjadikannya hujah.

Jika UIZ baca dari awal sampai akhir kitab ar-Riyadh an-Nadhirah yang
beliau canangkan itu, pasti dia jumpa banyak hadith Palsu. Adakah kita
kena telan bulat-bulat hadith Palsu semata-mata kerana al-Muhibb at-
Tabari seorang?

9. Ustaz Iqbal Zain Menguatkan Kisah Yang Tiada Sanad Dengan


Hadith Sahih Yang Tidak Wujud

UIZ sambil lewa bertanya,


16
“Adakah para Ulama Muktabar tidak mengetahui ada riwayat yang SAHIH
yang kefahamannya menyokong kepada riwayat Sayyidina Umar menyoal
malaikat?”

Kalau ada riwayat yang Sahih, sudah pasti UIZ tak kelapaq menyebut-
nyebut kisah dalam kitab ar-Riyadh an-Nadhirah itu. Kalau ada, bawakan
saja.

Kalau betul ada riwayat yang sahih, bawakan sanad, matan dan hukum
muhaddith ke atasnya. Kalau betul sahih, al-Muhibb at-Tabari tak perlu
sebut percanggahan kisah tersebut dengan riwayat-riwayat lain seperti
riwayat Sa’id bin Mansur.

Riwayat yang diterima (tak semestinya sahih) menyebut jelas bahawa


saidina Umar akan mengharungi soalan Munkar Nakir dengan jayanya.
Setakat itu saja.

Cerita menyoal Munkar Nakir ni dah masuk bab lain. Melainkan UIZ
beri’tiqad wujudnya hadith Nabi yang sahih tapi sanadnya sudah hilang di
dunia ini. Kalau tahap macam tu…kami minta diri dulu lah.

10. Ustaz Iqbal Zain Menyangka Hadith Yang Tiada Sanad Boleh
Menjadi Hujah

Kalau UIZ berkeyakinan bahawa hadith Nabi (marfu’) yang tiada sanad dan
muncul di zaman terkemudian itu boleh diterima selagi tiada ulama yang
kritik…maka mudahlah kerja pemalsu hadith pada hari ini.

Mereka hanya perlu cipta satu hadith marfu’ yang Palsu dan dakwa ia
Sahih kerana pada tahun 2022 ini dan tunggu…hingga muncul pakar
hadith yang mengkritik. Selagi tiada yang mengkritik, anggap saja Sahih.

17
Lebih enak kalau yang mengerjakan hadith Palsu itu golongan yang
memakai jubah, rida’, dan na’al.

Contoh terdekat bila seorang ustaz di Pantai Timur mendakwa wujudnya


hadith umur Rasulullah berpuluh ribu tahun “diriwayatkan oleh al-Bukhari”
seperti yang beliau screenshot daripada kitab Sirah Halabiyah.

Atau seperti seorang pensyarah universiti yang menukil athar palsu saidina
Ali yang mengkafirkan kelompok Mujassimah, dengan dalil sebuah kitab
Najm al-Muhtadi, rupa-rupanya ia adalah riwayat dalam kitab Ibadiyyah.

Atau sebuah jabatan mufti yang menukilkan qaul Ja’far as-Sadiq mengenai
keharusan zikir Ah Ah sebagai nama Allah, walaupun sabit ia riwayat dusta
dari kitab-kitab Syiah.

Atau sebuah artikel di sebuah jurnal akademik yang cuba menyokong


hadith Palsu – kuntu kanzan makhfiyan – dengan alasan dangkal ia disebut
dalam Futuhat Makkiyah.

Atau atau atau dan banyak lagi.

Kalau sebuah hadith Nabi wujud tanpa sanad, ia dengan sendirinya


tertolak. Tak perlu muhaddith untuk menyatakan ia Palsu atau apa. Bila
bicara mengenai Nabi, no sanad, no talk.

Kalau tak, semua orang boleh dakwa semua benda. Runtuh agama.

Jadi bagaimana seorang yang mengaji hadith seperti UIZ boleh


mengatakan;

“…tiada siapa yang pernah mengkritik para Ulama Muktabar tersebut


kerana menjadikan hadith yang tiada sanad sebagai hujah dalam hal-ehwal
kubur.”

18
Seolah-olah di sisi UIZ, hadith yang tiada sanad masih boleh diterima
sebagai Hujah dalam hal ehwal kubur. Tahukah beliau makna Hujah yang
sebenarnya?

Adakah UIZ yakin bahawa para ulama yang menyebut kisah Umar
menyoal malaikat dalam kitab-kitab mereka itu, mereka menyebutnya
sebagai Hujah?

Hatta qaul dan amalan Sahabat Nabi yang diriwayatkan dengan sanad
lengkap pun para ulama berselisih pendapat; adakah ia menjadi Hujah
atau tidak. Inikan pula kisah picisan dengan sanad Chipsmore – kejap ada,
kejap takda.

11. Ustaz Iqbal Zain Bermudahan-Mudahan Menerima Hadith Yang


Tiada Sanad, Dan Berkeras Jika Ada Yang Menolaknya

Komen UIZ;

“Untuk mengatakan riwayat ini tertolak, Ustaz juga perlu membuktikan dari
mana-mana KITAB MUKTABAR Ahli Sunnah wal Jama’ah yang
menyatakan bahawa fakta yang diketengahkan oleh Imam al-Tabari ini”

Pertama, sekali lagi, al-Muhibb tidak meriwayatkan kisah tersebut, beliau


sekadar menyebut atau menukil secara sekunder saja.

Kedua, UIZ tidak sedar bahawa al-Muhibb at-Tabari sendiri telah memberi
isyarat mengenai kebatilan kisah Umar menyoal malaikat dalam kitabnya
ar-Riyadh an-Nadhirah. Rujuk poin 1 dan 2.

Ketiga, kisah itu dengan sendirinya tertolak melihatkan percanggahan


lafaznya dengan riwayat-riwayat yang lebih mantap dan masyhur. Rujuk
poin 6.

19
Keempat, hadith-hadith Palsu sentiasa muncul dari zaman ke zaman, jika
ia diriwayatkan dengan sanad, maka kajian pakar diperlukan. Namun jika ia
tiba-tiba muncul tanpa asal usul, tanpa sanad dan rujukan primer, bahkan
bercanggah pula dengan riwayat-riwayat yang lebih kuat dan masyhur,
usahlah ragu-ragu dengan kepalsuannya. Sedangkan hadith yang
bersanad dan diriwayatkan pada era Tadwin pun boleh kantoi statusnya
Palsu, apatah lagi hadith yang sanadnya hilang/kabur/tak diketahui, dan
muncul hanya pada abad-abad terkemudian. Tak perlu jadi sebegitu naif
untuk beragama.

Dengan sebab itu amat dikesalkan sikap taqlid buta dan naif oleh UIZ yang
menulis;

“UND perlu membawa kalam Ulama Muktabar yang MEMBANTAH riwayat


Sayyidina Umar menyoal malaikat dan yang menyatakan bahawa ia adalah
suatu pendustaan terhadap manaqib Sayyidina Umar.”

Jika UIZ mempunyai amanah ilmiah, dia perlu menyoal dirinya kenapa dia
tidak mengenengahkan ulasan al-Muhib at-Tabari, dan mendiamkan diri
pula?

Yakni UIZ amat bertoleransi untuk menerima hadith-hadith yang tiada


sanad, namun bersikap keras jika ada orang yang menolaknya, seolah-
olah sikap menerima hadith-hadith sebegitu menjadi pegangan jumhur
pula. Tiada ahli hadith yang mempunyai sikap begini.

UIZ perlu membuktikan bahawa menjadi konsensus Muhaddithin zaman


berzaman untuk menerima sebarang hadith yang tidak bersanad dan
muncul di kurun mutakhir.

12. Ustaz Iqbal Zain Bertaqlid Buta Dengan Nukilan Al-Muhibb At-
Tabari Atas Dasar Beliau Thiqah, Dibandingkan Dengan UND

20
Fair enough. Tapi adakah seorang al-Muhibb at-Tabari lebih thiqah
daripada ‘Abdul Razzaq as-San’ani, Ibn Abi ad-Dunya, Ibn Abi Dawud, al-
Ajurri, al-Baihaqi dan lain-lain?

Cuba tanya mana-mana ilmuan hadith yang anda kenal, adakah mereka
meletakkan kitab ar-Riyadh an-Nadhirah setaraf dengan Musannaf ‘Abdul
Razzaq, contohnya? Sungguh jauh panggang dari api. Kalau tuan bukan
jauhari, manakan dapat mengenal manikam.

Dengan thiqahnya al-Muhibb at-Tabari pun masih tidak menjamin


kesahihan dan kemaqbulan riwayat-riwayat beliau. Hatta pelajar beginner
pun tahu yang perawi yang Thiqah tidak semestinya sunyi dari kesilapan.
Ramai perawi Thiqah yang mengalami Wahm dan Ikhtilat, kalau UIZ masih
ingat lah masa belajar dulu.

Adakah UIZ menyangka rijal kurun ke-7 hijriyah seperti al-Muhibb dithiqah
dan didhaifkan menurut neraca yang sama di era Tadwin? Pada kurun-
kurun mutakhir, status Thiqah telah menurun kualitinya, menurut adz-
Dzahabi, status Thiqah di sisi Mutaakhhirin bermakna seseorang yang sah
Sama’ dan Riwayatnya saja, meskipun hafalannya buruk dan jahil. Ciri ini
mudah dicapai oleh ramai orang hari ini. Ini berbeza sama sekali dengan
kualiti Thiqah yang difahami oleh Aimmah Nuqqad Mutaqaddimin.

Nas al-Imam adz-Dzahabi seperti tertera;

‫فمن هذا الوقت بل وقبله صار الحفّاظ يطلقون هذه اللفظة على الشيخ الذي سماعه صحيح بقراءة متقن‬ ِ
‫ وإنّما الثقة في عرف أئمة النقد كانت تقع على العدل في نفسه‬، ‫وإثبات عدل وترخصوا في تسميته بالثقة‬
‫ وله فهم ومعرفة بالفن فتوسع المتأخرون‬، ‫ الضابط لما نقل‬، ‫المتقن لما حمله‬

Rujuk Siyar A’lam an-Nubala’.

Untuk menilai kualiti kerja al-Muhibb at-Tabari dalam ar-Riyadh an-


Nadhirah, dicadangkan UIZ baca muqaddimah tahqiq oleh Dr al-Himyari.
Membaca biar sampai habis, jangan skip sana sini.

21
13. Ustaz Iqbal Zain Salah Faham Dan Gagal Memahami Interaksi
Ulama Dengan Kisah Umar Seperti Al-Qurtubi, Abu Nu’aim, As-Suyuti,
Ibn Hajar Al-Asqlani, Dan Zakaria Kandahlawi…Dan Membuat Dakwan
Berlebihan Mengenai Mereka

Seterusnya UIZ cuba menutup hujahan beliau dengan lambakan nama-


nama ulama yang beliau rasakan boleh dijadikan sebagai penguat, seraya
berkata,

“Ramai para Muhaddithin muktabar seperti Imam al-Qurtubi dalam al-


Tadhkirah, Imam Abu Nu’aym dalam al-Hilyah, Imam al-Suyuti al-Hawi li al-
Fatawi dan Imam Ibnu Hajar al-Asqlani dalam al-Matalib al-‘Aliyyah,
Mawlana Zakaria Kandahlawi dalam Hayat al-Sahabah yang meriwayatkan
hadith Sayyidina Umar menyoal malaikat tanpa sebarang penafian dan
penolakan dari mereka.”

Episod gelojoh dan gagal faham berulang lagi nampaknya. Biar kita kupas
satu-satu dan lihat betulkah dakwaan kebabom di atas.

Al-Qurtubi meriwayatkannya dalam at-Tazkirah – SALAH, al-Qurtubi tidak


meriwayatkannya sama sekali, melainkan menyebut tanpa sanad.

Abu Nu’aim meriwayatkannya dalam Hilyah al-Awliya’ – SALAH, Abu


Nu’aim tidak meriwayatkan kisah saidina Umar menyoal Munkar Nakir
dalam al-Hilyah.

As-Suyuti meriwayatkannya dalam al-Hawi lil Fatawi – SALAH, as-Suyuti


hanya menukil sebuah hadith Nabi yang bersumberkan Syarh al-Jazuli ke
atas Risalah Abi Zaid al-Qairawani. Guess what, hadith ini juga dinukil oleh
as-Suyuti dan al-Jazuli tanpa sanad. Bahkan lafaznya juga mempunyai
beberapa tambahan yang tidak wujud pada sumber lain. Al-Jazuli dan as-
Suyuti masing-masing hidup pada kurun ke-9 hijriyah, jauh meninggalkan
al-Muhibb at-Tabari dan ‘Abdul Wahid al-Maqdisi. Tiada faedah jika
digunakan sebagai penguat.
22
Ibn Hajar al-‘Asqalani meriwayatkannya dalam al-Matalib al-‘Aliyah –
SALAH, sebaliknya beliau hanya menyebut dialog Rasulullah dengan Umar
tanpa kisah menyoal Munkar Nakir. Bahkan Ibn Hajar menghukum isnad
hadith ini sebagai Dhaif Jiddan dalam al-Matalib al-‘Aliyah.

Zakariya al-Kandahlawi meriwayatkannya dalam Hayat as-Sahabah –


SALAH, Zakariya al-Kandahlawi dalam Hayat as-Sahabah hanya sekadar
menukil daripada kitab ar-Riyadh an-Nadhirah dan tidak meriwayatkan
kisah tersebut.

Para pembaca yang budiman boleh menilai sendiri mengenai dakwaan UIZ
dan hakikat sebenarnya.

14. Ustaz Iqbal Zain Malas Membuat Rujukan Silang Hingga Tidak
Menyedari Bahawa Kisah Tersebut Tidak Pernah Wujud Dalam
Musnad Umar Yang Ditulis Sekian Ramai Ulama Hadith

UIZ juga boleh membuat semakan dengan membandingkan kisah Umar


menyoal malaikat itu dengan kitab-kitab hadith musnad yang
mengumpulkan riwayat-riwayat saidina Umar secara eksklusif seperti yang
dikarang oleh sekian ramai Muhaddithin Muktabar seperti;

➢ Musnad Umar bin al-Khattab oleh Ahmad bin Hanbal (dalam


Musnadnya)
➢ Musnad Umar bin al-Khattab oleh Ya’qub bin Syaibah
➢ Musnad Umar bin al-Khattab oleh An-Najjad
➢ Musnad Umar bin al-Khattab oleh al-Humaidi (dalam Musnadnya)
➢ Musnad Umar bin al-Khattab oleh at-Tabarani (dalam al-Mu’jam al-
Kabir)
➢ Musnad Umar bin al-Khattab oleh al-Bazzar (dalam Musnadnya)
➢ Musnad Umar bin al-Khattab oleh Abu Dawud at-Tayalisi (dalam
Musnadnya)

23
➢ Musnad Umar bin al-Khattab oleh Abu Ya’la al-Mausili (dalam
Musnadnya)
➢ Musnad Umar bin al-Khattab oleh Ibn Jarir at-Tabari (dalam Tahdzib
al-Athar)
➢ Dan banyak lagi

Kitab-kitab ini mengumpulkan segala riwayat yang mempunyai kaitan


dengan saidina Umar dan bertaraf primer. Ia mengandungi riwayat-riwayat
yang Sahih dan sebaliknya.

Kesemuanya tidak mengandungi kisah Umar yang dibincangkan.

Jadi bagaimana sebuah kisah hebat dan sensasi mengenai Rasulullah


mengkhabarkan bahawa saidina Umar bin al-Khattab akan menyoal
Munkar Nakir yang UIZ angkat sebagai Hujah, terlepas dari pemerhatian
sekian ramai Muhaddithin Muktabar yang mengkaji hadith-hadith dan
riwayat yang berkaitan dengan saidina Umar sendiri?

15. Ustaz Iqbal Zain Mempunyai Sikap Hatib Layl, Dan Dinasihatkan
Agar Berguru Semula Agar Kesilapan-Kesilapan Ini Tidak Berulang
Lagi

Sidang Kalam mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan nasihat


ikhlas buat akhi Iqbal Zain;

➢ Perbaiki kefahaman dalam mustalah dan takhrij


➢ Jangan terlalu ghairah menulis jika kefahaman belum mantap
➢ Mulakan kajian tanpa sebarang kesimpulan awal
➢ Sentiasa semak asal-usul tiap nukilan yang dijumpai
➢ Jangan malas untuk melakukan rujukan silang
➢ Terima hakikat bahawa fakta lebih diutamakan berbanding nama
➢ Kesilapan yang sedikit dapat dimaafkan, namun jika berterusan ia
jadi tohmahan

24
➢ Buanglah perangai “Asal Ada Dalam Kitab” yang semakin menjadi-
jadi
➢ Penuntut ilmu tidak seharusnya bersikap seperti Hatib Layl (pencari
kayu di malam hari) yang tidak sedar adakah kayu yang
dipikulnya…atau ular berbisa
➢ Hayati sabda Rasulullah yang Sahih: Seseorang dianggap pendusta
bila dia menceritakan segala apa yang didengarinya. Riwayat
Muslim.

Sekian, terima kasih.

Tim Sidang Kalam

25

Anda mungkin juga menyukai