Anda di halaman 1dari 28

Hujahan Balas #2

19 Kepincangan Ustaz Iqbal Zain Yang


Agak Menyedihkan
SK mengambil peluang untuk berkongsi 19 poin yang menerangkan
betapa pincangnya UIZ dalam membicarakan isu kisah saidina ‘Umar
menyoal malaikat, yang telah sampai ke tahap agak menyedihkan.

Meskipun isu ini kelihatan kecil di mata sebahagian orang, SK sedaya


upaya berusaha untuk berkongsi fakta dan maklumat sahih kerana ia
bukan sekadar isu sebuah kisah di dalam sebuah buku. Ini lebih dari itu.

Permasalahan ini menyingkap lompong besar yang ada pada sebahagian


ustaz yang cuai dalam menukil maklumat hingga mengakibatkan salah
faham dan kesesatan jika tidak dibendung. Ia mempunyai kaitan dengan;

➢ Kelemahan dalam memahami asas-asas ilmu Hadith


➢ Kepincangan apabila membuat nukilan hadith atau riwayat
➢ Sikap taqlid buta yang benar-benar membutakan penuntut ilmu
➢ Sikap sambil lewa dalam mengithbatkan kata-kata Rasulullah
➢ Tidak gentar bermain dengan hadith Palsu atas dasar sangka baik

SK mungkin tidak mampu mengubah tabiat UIZ. Tapi kami berdoa agar
para pembaca sekalian dapat mengambil iktibar daripada apa yang kami
sampaikan.

Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Di sini kami lampirkan 19 kepincangan UIZ dalam memahami nas dan


asas Takhrij, lanjutan daripada respon beliau pada 16 Julai 2022;

1. Ustaz Iqbal Zain Masih Gagal Faham Fungsi ‫ روى‬Dan ‫ذكر‬


2. Ustaz Iqbal Zain Gagal Faham Manhaj al-Imam an-Nawawi
dalam Al-Azkar
3. Ustaz Iqbal Zain Memakan Dirinya Sendiri Apabila Merujuk
Kitab at-Tabsirah

1
4. Ustaz Iqbal Membawa Takrif Hadith Dhaif Yang Ganjil Dan
Ajaib
5. Ustaz Iqbal Zain Gagal Membawa Nama Seorang Pun Ulama
Yang Menghukum Kisah Tersebut Sebagai Dhaif Maqbul
6. Ustaz Iqbal Zain Melampaui Had Tasahul Dalam Penulisan
Manaqib
7. Ustaz Iqbal Zain Salah Sangka Bahawa Kitab-kitab
Maudhu'at Meliputi Semua Hadith Palsu
8. Ustaz Iqbal Zain Dibungkam Oleh al-Hafiz al-'Ala'i dan al-
Hafiz Ibn Salah
9. Ustaz Iqbal Zain Terpaksa Menelan Banyak Hadith Palsu
10. Ustaz Iqbal Zain Berdolak-dalik Antara Hujah dan Bukan
11. Ustaz Iqbal Zain Masih Gagal Memahami Nas Yang
Dipetiknya Sendiri
12. Ustaz Iqbal Zain Gagal Memahami Takrif Hadith Palsu
13. Ustaz Iqbal Zain Lawan Ustaz Iqbal Zain
14. Ustaz Iqbal Zain Gagal Faham Kisah Yazid Bin Harun
15. Ustaz Iqbal Zain Obses Dengan Kisah Yang Tidak Bersanad
16. Ustaz Iqbal Zain Terbelit Antara Riwayah & Dirayah
17. Ustaz Iqbal Zain Mengatakan Kisah Umar Ada Tanda
Kedhaifan Tanpa Memperincikannya
18. Ustaz Iqbal Zain Dan Taktik “Ini Bukan Akidah”
19. Ustaz Iqbal Zain Menolak Tahqiq Dr Isa al-Himyari Tanpa
Sebab Ilmiah

2
1. Ustaz Iqbal Zain Masih Gagal Faham Fungsi ‫ روى‬Dan ‫ذكر‬

Dalam kegigihan menutup salah faham mengenai fungsi ‫ روى‬dan ‫ذكر‬, UIZ
mungkin cepat-cepat mengGoogle perbezaan antara dua kalimat tersebut
dan terjumpa satu jawapan di lamanweb IslamQA yang memberi contoh
berikut;

‫ منها‬، ‫فتطلق ويراد بها عدة معان‬: ‫أما ذكره فالن‬


‫أول ما‬: ‫ ومثاله ما ذكره الهيثمي في المجمع عند تخريجه لحديث‬، ‫أن تأتي بمعنى "روى "وهذا قليل‬
‫يحاسب به العبد صالته‬
‫ وقد ذكره اإلمام أحمد في ترجمة رجل‬،‫روى النسائي عن يحيى بن يعمر عن أبي هريرة مثل هذا‬: ‫قال‬
‫انتهى‬. ‫غير أبي هريرة ورجاله رجال الصحيح‬
‫رواه بسنده‬: ‫ومقصوده بـ ذكره اإلمام أحمد‬

Sama sebijik dengan contoh yang UIZ beri tu. Lantas dia membuat
kesimpulan begini;

“TSK tidak terbiasa secara isti’ab dengan gaya penulisan para


Muhaddithin. Kalimah ‫ ذكر‬dan ‫ روى‬walaupun boleh didefinisikan secara
berbeza dan berasingan namun kedua-dua kalimah tersebut turut
sentiasa digunakan secara berselang seli dengan MAKSUD YANG SAMA
bahkan makna ‫ روى‬adalah LEBIH UMUM.”

Eh. Sudahlah salah, dituduhnya SK pula tak biasa dengan gaya


Muhadithin.

Maksud yang diberikan oleh lamanweb IslamQA tersebut berlawanan


dengan kefahaman UIZ. Dalam jawapan tersebut, dinyatakan bahawa
kalimah ‫ روى‬dan ‫ أخرج‬dan ‫خرج‬
ّ merujuk pada apa-apa periwayatan secara
bersanad; termasuklah praktis ‫ عزو‬iaitu mencari sumber asal yang
bersanad terhadap sesuatu riwayat.

Manakala kalimah ‫ ذكر‬pula ada banyak makna; Pertama: seerti dengan


‫( روى‬yakni merujuk riwayat yang bersanad) namun penggunaan sebegini
nadir. Kedua: dinukil tanpa sanad.

Bermakna kadang-kadang ‫ ذكر‬boleh membawa makna ‫ روى‬namun ‫روى‬


takkan sesekali membawa makna ‫ ذكر‬yakni tanpa sanad.

Macam mana UIZ buat kesimpulan bahawa fungsi dua kalimah ini,
3
“…turut sentiasa digunakan secara berselang seli dengan MAKSUD
YANG SAMA”

Bahkan lebih kesian bila UIZ menulis,

“…bahkan makna ‫ روى‬adalah lebih umum”

Adoi. Ini hasil pembacaan compang-camping lagi gelojoh. Kalau UIZ rujuk
balik lamanweb IslamQA tersebut, dinyatakan;

‫ فيقال رواه‬، ‫ فإن رواه فالن تطلق على الراوي نفسه‬، ‫قولهم رواه فالن أعم من قولهم أخرجه فالن‬
‫ ونحو‬، ‫ أو رواه فالن وخالف فيه فالنا‬، ‫ أو رواه الزهري مرسال‬، ‫سعيد بن المسيب عن أبي هريرة‬
‫ذلك‬
‫ ورواه أحمد‬، ‫ فيقال رواه البخاري في صحيحه‬، ‫وتطلق أيضا على رواية العالم الحديث في مصنفه‬
‫في مسنده ورواه ابن السني في عمل اليوم والليلة ونحو ذلك‬
‫ بهذا المعنى يساوي‬، ‫ وهذا المصطلح‬، ‫أما أخرجه فالن فتطلق على من روى الحديث في مصنفه‬
‫ ول فرق بينهما‬، ‫مصطلح رواه فالن بالمعنى الثاني المتقدم‬

Yakni bila sebut ‫ رواه فالن‬ia boleh membawa maksud periwayatan


seseorang tokoh secara umum seperti riwayat Sa’id bin al-Musayyib
daripada Abu Hurairah, atau membawa maksud periwayatan seseorang
ahli hadith dalam kitab karangannya yang bersanad seperti riwayat al-
Bukhari dalam as-Sahih.

Namun lafaz ‫ أخرجه فالن‬hanya digunakan apabila merujuk kepada


periwayatan seseorang ahli hadith dalam kitab karangannya yang
bersanad seperti riwayat al-Bukhari dalam as-Sahih.

Tak boleh guna ‫ أخرجه فالن‬untuk merujuk periwayatan Sa’id bin al-Musayyib
daripada Abu Hurairah, kerana Sa’id tidak meriwayatkannya dalam satu
kitab khusus.

UIZ terbaca saja ‫ قولهم رواه فالن أعم‬terus meloncat membuat kesimpulan
bahawa ‫ روى‬dan ‫ ذكر‬mempunyai makna yang interchangeable bahkan “
‫ روى‬lebih umum” walhal artikel tersebut berbincang antara ‫ روى‬dan ‫أخرج‬
saja.

UIZ hanya melihat ‫ قولهم رواه فالن أعم‬dan matanya terus ke bawah membaca
perihal ‫ ذكر‬tanpa membaca ayat pertama itu hingga habis, ‫أعم من قولهم أخرجه‬
4
‫ فالن‬namun seperti yang telah SK beritahu, ini memang sifat beliau yang
dikenali. Laju tak bertempat, gopoh tapi pandai membuat gaya.

Kami benar-benar simpati jika UIZ menghadapi apa-apa masalah


membaca. Kami berdoa dengan ikhlas agar Allah menyembuhkan UIZ
daripada penyakit ini.

Boleh search IslamQA dengan tajuk:

‫أخرجه فالن ورواه و ذكره عند المحدثين‬: ‫الفرق بين قولهم‬

2. Ustaz Iqbal Zain Gagal Faham Manhaj al-Imam an-Nawawi


dalam Al-Azkar

Lebih memeranjatkan bila UIZ membawa contoh kalimah ‫ روينا‬dalam kitab


al-Azkar karya al-Imam an-Nawawi sebagai backup terhadap salah faham
beliau dalam poin 1.

UIZ dengan selamba menyimpulkan,

“TSK telah terlepas pandang bahawa Imam al-Nawawi dalam al-Azkar,


kebanyakan hadith di dalamnya, beliau tulis ‫ روينا‬yang boleh dibaca
dengan dua cara iaitu "KAMI TELAH MERIWAYATKAN” (‫)ر َو ْينَا‬َ dan “telah
diriwayatkan kepada kami” (‫)ر ِّو ْينَا‬
ُ . perkara ini adalah asas dalam
pengajian hadith, sepatutnya pihak TSK tidak sepatutnya terluput dari hal
yang basic seperti ini.”

Yakni UIZ meyakini bahawa bila an-Nawawi menyebut ‫ روينا‬dalam al-


Azkar, bermakna an-Nawawi meriwayatkannya dalam al-Azkar, walaupun
tanpa sanad.

La haula wala quwwata illa billah.

Kalau UIZ benar-benar baca dan buka al-Azkar dan baca dari
muqaddimah, di situ UIZ dengan mudah dapat menjumpai fungsi ‫روينا‬
dalam al-Azkar.

Tak payah jauh, UIZ boleh rujuk hadith no.1 dalam al-Azkar, an-Nawawi
berkata;
5
‫ من دعا‬- ‫وقد روينا في صحيح مسلم رحمه للا عن أبي هريرة عن رسول للا صلى للا عليه وسلم‬
‫إلى هدى كان له األجر مثل أجور من تبعه الخ‬

Jelas di situ an-Nawawi menyebut ‫ روينا في صحيح مسلم‬bermakna beliau


meriwayatkan hadith tersebut daripada Sahih Muslim, bukan dalam al-
Azkar!

Beliau menggunakan lafaz sedemikian kerana sememangnya beliau


mempunyai sanad kitab yang bersambung kepada penulisnya iaitu al-
Imam Muslim.

Tiada sesiapa menyebut an-Nawawi meriwayatkan hadith Abu Hurairah


dalam al-Azkar. Mungkin ini tanda UIZ tak pernah bertalaqqi kitab al-
Azkar ini secara riwayah dan dirayah? Adakah mana-mana guru beliau
yang mengajar takhrij “diriwayatkan oleh an-Nawawi dalam al-Azkar” ?
Jujur, kami kesian.

3. Ustaz Iqbal Zain Memakan Dirinya Sendiri Apabila Merujuk


Kitab at-Tabsirah

Tambah memeningkan, bila UIZ tanpa segan silu menjadikan kitab at-
Tabsirah karya ‘Abdul Wahid al-Maqdisi sebagai sumber asal hadith ini.
Itu pun selepas diketengahkan oleh SK dalam tulisan sebelum ini. UIZ
semacam gembira kerana beliau menjumpai hadith itu dalam kitab
tersebut.

UIZ pun menulis,

“TSK telah membuat kesalahan kerana menyangka bahawa hadith


Sayyidina Umar tidak wujud dalam kitab tersebut sedangkan hadith
tersebut memang wujud dalam kitab itu dalam “Fasl Fi Anna al-Mawt
Haqq”.

SK tidak membuat sebarang kesalahan. Yang salah ialah al-Muhibb at-


Tabari dalam ar-Riyadh an-Nadhirah, yang UIZ jadikan sumber rujukan
awal.

Lihat komentar Al-Muhibb at-Tabari sendiri;


6
‫خرجه عبد الواحد بن محمد بن علي المقدسي في كتابه التبصير‬

Bermakna, hadith ini diriwayatkan dengan sanad oleh ‘Abdul Wahid al-
Maqdisi dalam kitab at-Tabsir. Ini maklumat yang dikemukakan oleh al-
Muhibb sendiri.

UIZ pula bersorak sorai dengan nukilan ‘Abdul Wahid al-Maqdisi dalam
at-Tabsirah yang tidak mempunyai sanad!

‘Abdul Wahid al-Maqdisi dalam at-Tabsirah mengatakan,

‫ لقد أخبرني‬، ‫والذي بعثني بالحق نبيا‬... ‫ودليل ثاني ما روي عن النبي أنه قال إذا وضع الرجل‬
‫ فيقةلن‬، ‫ محمد نبيي فمن نبيكما‬، ‫جبريل على أنهما يأتيانك فيسألنك فتقول للا ربي فمن ربكما‬
‫واعجبا ما ندري نحن أرسلنا إليك أم أنت أرسلت إلينا‬

SK tak dapat membantu kalau UIZ tak dapat memahami maksud ‫ روي‬atau
Ruwiya di sini. Hatta ‘Abdul Wahid al-Maqdisi menyebut hadith ini tanpa
sanad, namun al-Muhibb at-Tabari mengatakan ‫خرجه عبد الواحد بن محمد بن‬
‫ علي المقدسي‬yakni dengan sanad!

Bahkan al-Muhibb at-Tabari menyebut takhrij kedua;

‫وخرج الحافظ أبو عبد للا القاسم الثقفي عن جابر من أوله إلى ذكر السؤال‬

Dan riwayat tersebut (tanpa kisah Umar) dijumpai bersanad dalam kitab
Abu al-Qasim athThaqafi berjudul al-Arba’in. Inilah maksud ‫ خرج‬atau
Kharraja kalau UIZ nak tahu. Kalau tak faham boleh Google lebih lagi.

Bila UIZ dengan penuh teruja menjadikan at-Tabsirah sebagai sumber


asal riwayat, maka dengan tidak langsung dia telah melakukan 2 perkara;

➢ Menuduh al-Muhibb at-Tabari silap dalam jenis riwayat


➢ Menuduh al-Muhibb at-Tabari silap dalam nama kitab

Maka at-Tabsirah tidak lain merupakan sebuah sumber sekunder yang


menjadi rujukan bagi satu lagi rujukan sekunder. Ini bukan takhrij
namanya UIZ…sanadnya masih ghaib entah di mana.

7
Tambahan pula, kecuaian al-Muhibb at-Tabari dalam takhrij riwayat ini
turut dikritik oleh al-Imam Abu Hayyan yang mengulas mengenai kitab al-
‘Awali karya al-Muhibb, yang berkisar mengenai tabiat beliau yang sering
cuai apabila menukil hadith;

‫ وهو إسقاط رجل من اإلسناد حتى صار له‬،‫إنه وقع له وهم فاحش في القسم األول وهو التساعي‬
‫الحديث تساعيا في ظنه وله تآليف حسنة في فنون من العلم إل إنه وقع له في بعض كتبه الحديثية‬
‫شيء ل يستحسن وهو أنه ضمنها أحاديث ضعيفة وموضوعة في فضائل األعمال وفضائل الصحابة‬
‫من غير تنبيه على ذلك ول ذكر إسنادها ليعلم منه حالها وغاية ما صنع أن يقول أخرجه فالن‬
‫ويسمي الطبراني مثال أو غيره من مؤلفي الكتب التي أخرج منها الحديث المشار إليه وكان من حقه‬
‫أن يخرج الحديث بسنده في الكتاب الذي أخرجه منه ليسلم ذلك من النتقاد‬

Rujuk al-‘Iqd ath-Thamin oleh al-Fasi, an-Nujum az-Zahirah serta al-


Manhal as-Safi oleh Ibn Tughri Bardi.

Perhatikan bagaimana Abu Hayyan al-Andalusi turut mencerap dapatan


yang sama serta mengkritik sisi-sisi al-Muhibb at-Tabari yang turut dikritik
oleh SK dan juga muhaqqiq Dr Isa al-Himyari, iaitu

➢ Memasukkan hadith Dhaif dan Palsu


➢ Termasuk dalam bab Fadhail A’mal dan Manaqib Sahabat
➢ Tanpa mengulas mengenai kedhaifan dan kepalsuannya
➢ Tanpa menukil sanadnya, sekurangnya sanad dalam kitab rujukan

Bahkan Dr al-Himyari bersetuju bahawa isu-isu yang dikritik oleh al-Imam


Abu Hayyan dalam kitab al-‘Awali ini juga wujud dalam kitab ar-Riyadh
an-Nadhirah jika seseorang melakukan kajian ilmiah terhadapnya.

Jadi SK bukanlah yang pertama mengkritik, jika UIZ meluaskan


pembacaan beliau akan sedar bahawa kritikan kami ini berdiri atas dasar
ilmu bukan sentimen atau emosi. Para aimmah klasik seperti Abu Hayyan,
dan pengkaji moden seperti Dr al-Himyari telah membuat kesimpulan dan
kritikan yang sama, jauh lebih awal dari SK.

Adapun UIZ hanya berbekalkan emosi beliau yang menganggap al-


Muhibb at-Tabari itu Thiqah dan tidak salah sama sekali. Ini bukan sikap
pengkaji. Ini hanya suatu kemalasan yang dipacu oleh sikap gopoh dan
terburu-buru.

8
Kemudian, adakah UIZ benar-benar telah meneliti kitab at-Tabsirah ini,
sebelum dia membuat kenyataan berikut;

“Tambahan pula Imam Abd al-Wahid al-Maqdisi (w.486H) adalah murid


kepada Muhaddithin yang hebat iaitu Imam Abu Uthman al-Sabuni dan
Imam Abu Ya’la al-Mawsili yang mana mereka AMAT DEKAT DENGAN
ZAMAN SALAF. Lebih-lebih lagi kesemua mereka adalah ULAMA
MAZHAB HANBALI yang seluruh hidup mereka berada dalam lingkungan
ilmu hadith di mana ilmu hadith adalah sangat dititik beratkan oleh
mereka.”

Sekali lagi, UIZ dengan pemikiran simplistiknya mengatakan penerimaan


‘Abdul Wahid al-Maqdisi terhadap hadith tersebut boleh diterima semata-
mata kerana mereka hidup dekat dengan zaman Salaf dan mereka ni
bermazhab Hanbali/Ahli Hadith…semudah itu.

Yakni asalkan hidup dekat dengan zaman Salaf dan bermazhab Hanbali,
pasti mereka dianggap Ahli Hadith, dan kalau mereka menyebut suatu
hadith yang tiada sanad, secara automatik hadith itu naik menjadi Dhaif
yang Maqbul.

Ya salam.

Kami mengesyorkan UIZ baca sampai habis kitab at-Tabsirah tu sebelum


buat kesimpulan melulu. Agak letih melayan perangai orang yang suka
jalan menonong ni.

‘Abdul Wahid al-Maqdisi meriwayatkan sejumlah hadith Palsu dalam at-


Tabsirah;

Hadith Nabi - “Kalamullah diturunkan dari langit, bukan makhluk, dari


Allah ia bermula, dan kepadaNya ia kembali.”

Hadith Nabi - “Sesiapa yang mengatakan al-Quran makhluk maka ia kafir


terlaknat.”

Hadith Nabi – “Wahai ‘Uthman, huruf Alif termasuk Nama Allah iaitu al-
Bari, huurf Ta’ merupakan Nama Allah iaitu al-Mutakabbir, huruf Tha’
merupakan Nama Allah iaitu al-Warith, huruf Jim merupakan Nama Allah

9
iaitu al-Jalil, huruf Ha’ merupakan Nama Allah iaitu al-Halim, dan huruf
Kha’ merupakan Nama Allah iaitu al-Khaliq.”

Hadith Nabi – “Huruf Alif merupakan ala’ Allah, huruf Ba’ merupakan
bahjah Allah, huruf Jim merupakan jamal Allah, huruf Dal merupakan din
Allah, dan Hawz merupakan huruf Ha’ iaitu hawiyah, dan huruf Wau
merupakan wail kepada sesiapa yang di dalamnya.

Hadith Nabi – “Manusia terbaik selepas aku ialah Abu Bakar, kemudian
‘Umar, kemudian ‘Uthman, kemudian ‘Ali.” [Nota: jadi mengapa para
Sahabat bersusah payah memilih khalifah menurut turutan tersebut, kalau
ada hadith Nabi yang lengkap sebegini?]

Dan banyak lagi.

Dan…adakah UIZ sedar bahawa ‘Abdul Wahid al-Maqdisi dalam at-


Tabsirah banyak menghina golongan Asyaerah dan menyifatkan mereka
dengan kejahilan dan kesesatan?

Bahkan dalam permasalah azab kubur, ‘Abdul Wahid al-Maqdisi


memfitnah Asya’erah bahawa mereka berkeyakinan orang yang diazab di
dalam kubur tidak merasa sakit!

Lihat kata beliau,

‫وأن ضغطة القبر حق وأن عذاب القبر حق ونعيمه حق وأن العبد إذا عذب في قبره يألم بذلك وأنكرت‬
‫المعتزلة ذلك يعني عذاب القبر ونعيمه وقالت األشعرية يعذب ول يألم‬

Bukan sahaja ‘Abdul Wahid al-Maqdisi bermasalah dalam menukil kata-


kata Nabi, beliau juga bermasalah dalam menukil kata-kata manusia!

Adakah ini kualiti rujukan yang ingin diangkat oleh UIZ sebagai sumber
primer?

Jika benar UIZ seorang Asy’ari, adakah segala hadith Palsu dan kata-kata
tohmahan terhadap golongan Asya’erah yang dilontarkan oleh ‘Abdul
Wahid al-Maqdisi ini juga Maqbul?

Lain kali jangan tergopoh gapah wahai UIZ, kalau nak puji, biarlah
berpada-pada. Adakah seorang yang amat hebat dalam hadith akan
10
meriwayatkan hadith-hadith Palsu tersebut dan melakukan fitnah kepada
orang yang tidak semazhab?

Allahul musta’an.

4. Ustaz Iqbal Membawa Takrif Hadith Dhaif Yang Ganjil Dan Ajaib

UIZ tanpa sedar juga telah membawa takrif hadith Dhaif bertaraf Maqbul
yang ganjil, ajaib dan separa lucu, iaitu;

Mana-mana hadith Nabi yang tidak mempunyai sanad namun dinukil oleh
beberapa ulama dalam kitab mereka.

Tatbiqnya pada kisah Umar menyoal malaikat, di mana Nabi memberitahu


Umar bahawa Jibril datang menceritakan bahawa Umar akan disoal oleh
Munkar Nakir, dan Umar seusai menjawab akan menyoal pula dua
malaikat tersebut hingga mereka terkagum-kagum.

Tiada sanad whatsoever, namun dinukil oleh beberapa ulama yang


berjauhan zaman mereka; ‘Abdul Wahid al-Maqdisi (486 H), kemudian al-
Qurtubi (671 H), kemudian al-Muhibb at-Tabari (694 H), kemudian as-
Suyuti (911 H).

Tiba-tiba puffff jadi Dhaif Maqbul.

Jadi untuk menaikkan status hadith yang tidak bersanad, Cuma perlu
perbanyakkan orang yang menyebutnya…lama-lama jadilah ia Dhaif
yang Maqbul.

Jika terjumpa kaedah ajaib ini dalam mana-mana kitab mustalah, mohon
kongsikan dengan kami. Teringin nak talaqqi kaedah yang sungguh
“daqiq” ini.

Sungguh benar kata ulama, apabila orang yang tiada keahlian berbicara
dalam satu bidang, dia akan datang membawa benda-benda ajaib.

5. Ustaz Iqbal Zain Gagal Membawa Nama Seorang Pun Ulama


Yang Menghukum Kisah Tersebut Sebagai Dhaif Maqbul
11
Sepanjang tulisan UIZ itu pun, dia gagal membawa satu kenyataan yang
sarih daripada mana-mana ulama hatta yang menukilnya dalam kitab
mereka, bahawa ia hadith Dhaif yang Maqbul.

Kerana selama ini UIZ pun sekadar menghidangkan kepada kita bahawa
status Dhaif Maqbul itu hanya atas sangkaan dia semata-mata, yang
secara simplistik merumuskan bahawa “bila ulama menukilnya, mesti at
least Dhaif Maqbul”.

Ini juga salah satu kaedah ajaib yang beliau canang-canang tanpa sedar.
Dia sibuk meminta nama ulama yang menghukum Palsu, namun dia juga
tidak ada nama sesiapa yang menghukumnya Dhaif Maqbul.

Sebenarnya yang menukil tanpa komentar pun tidaklah ramai mana.


Hanya ‘Abdul Wahid al-Maqdisi, al-Qurtubi sahib at-Tazkirah dan as-
Suyuti.

Al-Muhibb at-Tabari menukil dengan komentar yang menunjukkan


keraguan terhadap kisah tersebut.

Dan tiga nama itu pun menukil tanpa menyebut apa-apa, namun UIZ ingin
memaksa kita agar meyakini mereka menghukumnya Dhaif Maqbul.
Hebat…boleh tahu status hadith Dhaif Maqbul tanpa sepatah urat sanad.
Hebat.

Bahkan UIZ mendakwa Ibn Hajar al-‘Asqalani menukil kisah Umar


tersebut tanpa sebarang penafian dalam al-Matalib al-‘Aliyah, walhal Ibn
Hajar langsung tidak menyebut apa-apa mengenai kisah tersebut, bahkan
menghukum sanad hadith ‫ أكفيكهما‬dengan Dhaif Jiddan.

UIZ pernah juga menjual nama Abu Nua’im al-Asbahani kononnya beliau
meriwayatkan kisah tersebut dalam Hilyah al-Awliya’ namun nyata ia
dakwaan dusta.

Taktik camouflage sebegini mungkin menjadi kepada orang-orang jahil.


Alhamdulillah atas nikmat ilmu.

12
6. Ustaz Iqbal Zain Melampaui Had Tasahul Dalam Penulisan
Manaqib

UIZ juga kerap kali menjaja kalimat Manaqib bila mempertahankan


pendapatnya. Katanya,

“Tidakkah TSK dapat membaca isyarat yang ditinggalkan oleh Imam al-
Tabari ini bahawa kitab ini ditulis di atas genre MANAQIB. Jika ada hadith
da’if di dalamnya, beliau sangat arif tentang kemakbulan hadith tersebut
untuk genre yang sedang beliau tulis.”

Padahal para Muhaddithin telah siap menulis mengenai Manaqib Sahabat


Nabi sejak era Tadwin lagi. Jauh sebelum al-Muhib at-Tabari dan kitabnya
ar-Riyadh. Bahkan ia tradisi yang terus disambung oleh Ahli Hadith di
kurun mutakhir.

Kisah Umar ini tidak dijumpai langsung dalam kitab-kitab Manaqib dan
Fadha’il Sahabah yang dikarang oleh ulama zaman berzaman;

➢ Fadha’il as-Sahabah oleh Ahmad bin Hanbal


➢ Fadha’il as-Sahabah oleh an-Nasa’i
➢ Fadha’il as-Sahabah oleh ad-Daraqutni
➢ Ma’rifah as-Sahabah oleh Abu Nu’aim al-Asbahani
➢ Al-‘Awasim min al-Qawasim
➢ Minhaj al-Qasidin fi Fadhl al-Khulafa’ ar-Rasyidin oleh Ibn Qudamah
al-Maqdisi
➢ A’lam an-Nasr al-Mubin oleh Ibn Dihyah al-Kalbi
➢ An-Nahy ‘an Sabb al-Ashab oleh Adh-Dhiya’ al-Maqdisi
➢ Al-Anba’ al-Mustatabah oleh Hibatullah al-Qafati
➢ Mahdh as-Sawab fi Fadha’il Umar bin al-Khattab oleh Ibn al-
Mubarrid
➢ Ilqam al-Hajar oleh as-Suyuti
➢ Al-Ghurar fi Fadha’il ‘Umar oleh as-Suyuti
➢ As-Sawa’iq al-Muhriqah oleh Ibn Hajar al-Haitami
➢ Durr as-Sahabah oleh asy-Syaukani
➢ Dan banyak lagi

Itu belum masuk kitab-kitab tarajim (biografi) para Sahabat Nabi seperti
al-Isabah fi Tamyiz as-Sahabah oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Isti’ab fi

13
Asma’ al-Ashab oleh Ibn ‘Abdil Barr, Usdul Ghabah oleh Ibn al-Athir, dan
Siyar A’lam an-Nubala’. Yillek.

Tiba-tiba ada sebuah kitab Manaqib yang bertafarrud dalam menukil kisah
Umar menyoal Munkar Nakir di abad ke-7 hijriyah tanpa sanad, dan kisah
ini pula yang nak dicanang seluruh alam.

Hatta as-Suyuti pun tidak dapat menyelamatkan UIZ kali ini, apabila
dalam dua karya beliau mengenai manaqib Umar, beliau langsung tidak
menyebut kisah menyoal malaikat ini. Ilqam al-Hajar ditulis mengenai
fadha’il Abu Bakar dan Umar, manakala al-Ghurar ditulis khas mengenai
manaqib ‘Umar, namun sepatah pun as-Suyuti tidak menyentuh
mengenai “karamah” Umar menyoal Munkar Nakir di dalam kubur.
Padahal beliau ada menyebutnya dalam al-Hawi.

Nah apa rasanya UIZ bila as-Suyuti yang dijaja sana sini rupanya tidak
menerima kisah ini dalam bab Fadhilat dan Manaqib Umar dalam dua
kitab beliau? UIZ ok ke tu? Ada rasa pedih sikit ke kat hati?

Jadi kesimpulan separuh masak UIZ bahawa kisah ini termasuk dalam
bab Manaqib tertolak apabila tiada ulama Salaf dan Khalaf yang menukil
kisah ini dalam karya manaqib mereka kecuali seorang yang bernama al-
Muhibb at-Tabari di abad ke-7 hijriah…yang sejurus selepas menyebut
kisah tersebut, beliau memberi isyarat tentang status kisah tersebut yang
meragukan. Demikianlah betapa tidak masyhur dan tidak dikenali kisah
tersebut.

Sedang kisah itu al-Qurtubi dalam at-Tazkirah, dan as-Suyuti dalam al-
Hawi, kedua-dua kitab ini bukanlah kitab manaqib pun, melainkan UIZ
insist untuk mendakwa sedemikian.

7. Ustaz Iqbal Zain Salah Sangka Bahawa Kitab-kitab Maudhu'at


Meliputi Semua Hadith Palsu

Ahli hadith yang menulis kitab-kitab Maudhu’at tidak pernah menjamin


bahawa mereka telah jumpa semua hadith Palsu dan berjaya mengecam
kepalsuannya. Tidak menghairankan langsung apabila kisah saidina
Umar menyoal malaikat tidak dimasukkan dalam mana-mana kitab
Maudhu’at memandangkan ia langsung tidak popular.
14
Lihatlah sepanjang 1,000 tahun ini (bak kata UIZ), sejak zaman ‘Abdul
Wahid al-Maqdisi hingga kini, mereka yang menukilnya boleh dikira
dengan sebelah jari.

Lihatlah sepanjang 1,000 tahun ini, sanad kisah ini tidak pernah dijumpai.

Sudahlah tak bersanad, tak popular pulak tu, tak laku dalam kitab-kitab
Manaqib ‘Umar, tak masyhur dalam kitab-kitab Musnad ‘Umar, tak juga
dalam kitab-kitab Tarajim ‘Umar, maka bila tak masuk dalam kitab-kitab
Maudhu’at, ia bukan satu isu.

UIZ boleh kaji manhaj para Muhaddithin yang menulis kitab-kitab


Maudhu’at dan lihat betapa hadith-hadith Palsu yang mereka tangani
merupakan yang tersebar dalam kalangan masyarakat umum atau ‫ما اشتهر‬
‫ على األلسنة‬sama ada termaktub dalam buku-buku atau yang meniti di bibir
orang.

Kisah Umar menyoal Munkar Nakir ini clearly langsung tidak memenuhi
ciri tersebut.

8. Ustaz Iqbal Zain Dibungkam Oleh al-Hafiz al-'Ala'i dan al-Hafiz


Ibn Salah

Sedikit kekaguman timbul apabila UIZ menukil kata-kata al-Hafiz al-‘Ala’i


dan al-Hafiz al-‘Iraqi namun ia segera padam apabila kami dapati kata-
kata dua ulama besar ini yang cuba dijadikan hujah ke atas kami, rupanya
memakan diri UIZ kembali.

UIZ menukil al-Hafiz al-‘Ala’i,

“…penilaian terhadap sesebuah hadith bukan sekadar riwayatnya lemah


lalu ditolak begitu sahaja kerana ia tidak boleh dilakukan kecuali meninjau
dengan penuh ketelitian yang sangat mendalam dan sempurna dari sudut
matan setelah mengumpulkan seluruh jalur SANAD yang berkaitan
dengannya”

Terang-terangan al-Hafiz al-‘Ala’i menyebut peri penting menghimpun


semua jalur sanad atau ‫ جمع الطرق‬walhal kisah ini hatta sanad yang palsu
15
pun tidak wujud baginya! Amat lucu sekali bila UIZ dengan gaya konfiden
berani menukil kata-kata yang membungkam dirinya sendiri, adakah ini
satu lagi simptom kegopohan dan kegagalan faham yang semakin
membarah? Bagaimana UIZ boleh kata kisah Umar itu Dhaif Maqbul
sedangkan ia gagal melepasi peringkat pertama kajian hadith iaitu
himpunan sanad-sanad yang ada?

Lebih teruk daripada itu, UIZ tanpa segan silu menukil pula kata-kata al-
Hafiz Ibn as-Salah,

“Untuk menilai ḍaʻīf dan ṣaḥīḥ hadith pada zaman sekarang adalah
sesuatu yang tidak mungkin berlaku”

Namun UIZ berani menjadi individu pertama di dunia yang menghukum


kisah itu sebagai Dhaif Maqbul tanpa sanad! UIZ sendiri menyanggahi
kata-kata Ibn as-Salah apabila dia secara bersendirian mendahului ‘Abdul
Wahid al-Maqdisi, al-Muhibb at-Tabari, al-Qurtubi dan as-Suyuti dalam
menghukum status kisah tersebut, yang meskipun mereka nukil namun
tiada yang menyatakan ia Dhaif Maqbul.

Aneh, seribu kali aneh. Kronik sungguh penyakit UIZ bila membaca nas
dan qaul ulama. Moga segera sembuh.

9. Ustaz Iqbal Zain Terpaksa Menelan Banyak Hadith Palsu

Mengikut kaedah UIZ, apa-apa riwayat yang dinukil oleh ulama hukumnya
boleh diterima, disebarkan dan dianggap sebagai – sekurang-kurangnya
– Dhaif Maqbul. Ini berdasarkan Thiqah terhadap para ulama tersebut.
Yakni mereka dan karya mereka tidak boleh dikritik atas dasar mereka
ulama Muktabar.

Sekali dengar memang rasa OK. Tapi bila kita cuba apply kaedah ini,
natijahnya amat buruk sekali.

Kerana jika UIZ membaca ar-Riyadh an-Nadhirah oleh al-Muhibb at-


Tabari, at-Tabsirah karya ‘Abdul Wahid al-Maqdisi, at-Tazkirah karya al-
Qurtubi, terdapat banyak hadith-hadith Palsu bahkan hadith yang tidak
dijumpai dalam mana-mana sumber muktabar.

16
Ini seolah-olah satu kempen oleh UIZ untuk mengajak umat bertaqlid buta
tanpa sebarang kajian lanjut dan berpada dengan kemasyhuran ulama
apabila menukil sesuatu maklumat.

UIZ boleh merujuk mana-mana naskhah bertahqiq bagi kitab at-Tabsirah,


ar-Riyadh an-Nadhirah, dan at-Tazkirah dan lihat betapa banyaknya para
muhaqqiq memberi komentar,

‫لم أعثر عليه بهذا اللفظ‬

Bermakna “Aku tidak menemui sumber hadith ini, dengan lafaz sebegini”
bahkan kadang-kadang muhaqqiq atas dasar sangka baik terpaksa
menampilkan riwayat lain yang sama makna dengan hadith-hadith yang
tidak bersumber ini.

Situasi ini sama untuk ketiga-tiga kitab yang UIZ julang sebagai sumber
kisah Umar. (Melainkan UIZ mahu buktikan sebaliknya dan jadi muhaqqiq
kepada tiga kitab tersebut.)

Sudahlah kisahnya tidak bersanad, tidak popular, tidak laku, bila ia dinukil,
ia dinukil dalam kitab-kitab yang bermasalah dari segi riwayat. Begitulah
rendahnya kualiti sumber nukilan UIZ berkaitan kisah Umar tersebut.

10. Ustaz Iqbal Zain Berdolak-dalik Antara Hujah dan Bukan

Dalam respon terbaru UIZ, dia membuat U Turn yang paling besar dalam
isu Kehujahan kisah Umar. Perhatikan petikan kata-kata beliau,

“…tiada siapa yang mempertikaikan tindakan Imam al-Qurtubi


meriwayatkannya dalam bab Soalan Kubur dan tiada siapa yang pernah
mengkritik Imam al-Qurtubi kerana menjadikan hadith yang tiada sanad
sebagai HUJAH dalam hal-ehwal kubur”

Mula-mula UIZ dakwa al-Qurtubi jadikan kisah yang tiada sanad itu hujah
dalam hal ehwal kubur, tapi kemudian UIZ seolah-olah buat penafian yang
dia setuju kisah itu dijadikan hjah untuk hal ehwal kubur. Adakah UIZ tiba-
tiba ingin mempertikaikan al-Qurtubi pula? Atau ini suatu kebingungan
normal di sisi beliau?

17
“Malangnya TSK berulang-ulang kali menyebutkan seolah-olah saya ingin
angkat hadith ini sebagai HUJAH untuk alam kubur.”

Bahkan tiba-tiba UIZ menyebut mengenai Istidlal dan Isti’nas,

“Kecelaruan ilmiah terjadi apabila tidak dapat membezakan antara


ISTI'NAS dan ISTIDLAL.”

Baik, jika kisah Umar menyoal malaikat ini suddenly dinukil sekadar untuk
Isti’nas, maka di manakah nukilan yang dijadikan untuk Istidlal?

Bukankah UIZ pernah berkata,

“Adakah para Ulama Muktabar tidak mengetahui ada RIWAYAT YANG


SAHIH yang kefahamannya menyokong kepada riwayat Sayyidina Umar
menyoal malaikat?”

Yang sampai ke hari ini kita masih ternanti-nanti apakah dia hadith Sahih
yang menyokong kisah Umar menyoal malaikat itu.

UIZ boleh baca tulisannya sendiri bertarikh 6 Julai 2022, bertajuk;


“Adakah Riwayat Sayyidina Umar Menyoal Malaikat Tertolak? Suatu
Pencerahan”; dan tanya pada dirinya adakah dia menukil kisah Umar
dalam ar-Riyadh an-Nadhirah dan at-Tazkirah itu dengan nada Istidlal
atau Isti’nas, dan adakah beliau menyebut the so called hadith Sahih yang
menjadi penyokong kisah tersebut.

11. Ustaz Iqbal Zain Masih Gagal Memahami Nas Yang Dipetiknya
Sendiri

Selanjutnya UIZ menukil hadith-hadith mengenai para murabitin/syuhada’


mendapat keamanan daripada fitnah kubur, termasuklah soalan Munkar
Nakir.

Ini tiada siapa yang menafikan. Dan apa pula kaitannya.

Isu yang menjadi kritikan ialah kisah Umar MENYOAL malaikat. Baca
tajuk kami.

18
Adakah murabitin/syuhada’ yang aman daripada azab kubur itu pun
menyoal malaikat seperti dalam kisah Umar?

Letih macam ni. Kenapa UIZ ni suka mengada-adakan kaitan yang tiada?

Komen awal UIZ,

“…bukan semua manusia disoal oleh malaikat kerana ada manusia yang
menyoal malaikat.”

Soalan SK berkaitan “ada manusia yang menyoal malaikat.” Yakni ada


manusia yang menyoal Munkar Nakir “siapa tuhanmu, siapa nabimu, apa
agamamu”.

UIZ yang menulis bahawa adanya manusia yang tidak disoal malaikat
KERANA mereka yang menyoal malaikat. Bukan kerana mereka
merupakan murabitin/syuhada’.

Murabitin/syuhada’ tidak diriwayatkan mereka menyoal malaikat di kubur.


Jadi apa kaitannya dengan kisah Umar menyoal Munkar Nakir yang UIZ
sebut tu?

Jadi beginilah game UIZ yang berpusing-pusing di dalam semak, wahai


pembaca budiman. Harapannya agar kita lemas dalam lambakan nama
dan fakta yang tiada kena mengena. Bila dah lemas, kita pun iyakan saja.

12. Ustaz Iqbal Zain Gagal Memahami Takrif Hadith Palsu

Selaku seorang yang dipanggil Maulana oleh sebilangan masyarakat, UIZ


perlu memperkemas dirinya dengan ilmu Riwayah dan Dirayah yang
cukup, bukan sibuk mempertikai sanad, ijazah dan dirayah orang lain.

Jika beliau tidak dapat menerima hakikat bahawa setiap hadith yang tidak
bersanad itu hukumnya Palsu, maka beliau wajib membelek semula
silibus Mustalah Hadith sewaktu mengaji dulu.

Jika hadith yang selama 1,000 tahun tak dijumpai sanadnya itu bukan
Palsu, maka apa hukumnya? Cuba habaq sat.

19
UIZ seolah-olah cuba mengelak dari membincangkan tentang status
hadith yang tidak wujud dalam kitab-kitab hadith bertaraf primer yang
dikarang dalam era Tadwin.

Mana mungkin personaliti dengan jolokan Maulana terlepas pandang


kata-kata para Muhaddithin mengenai status orang yang membawa
hadith yang tidak diriwayatkan dalam kitab-kitab hadith primer;

Al-Baihaqi seperti dinukil oleh Ibn as-Solah dalam Muqaddimah berkata,

‫فمن جاء اليوم بحديث ل يوجد عند جميعهم لم نقبله منه‬

“Jika ada sesiapa yang datang pada hari ini dengan hadith yang tidak
wujud dalam riwayat para aimmah (secara bersanad), maka kami tidak
akan menerimanya.”

Perhatikan bahawa al-Baihaqi hidup sezaman dengan ‘Abdul Wahid al-


Maqdisi dan kata-kata beliau “pada hari ini” dan “kami tidak menerimanya”
boleh menunjukkan penolakan beliau terhadap hadith-hadith tidak
bersanad yang dinukil oleh al-Maqdisi dalam at-Tabsirah, termasuklah
kisah Umar itu.

Ibn al-Jauzi pula berkata,

‫ فاعلم‬،‫ أو يناقض األصول‬،‫ أو يخالف المنقول‬،‫إذا رأيت الحديث يباين المعقول‬: ‫ما أحسن قول القائل‬
‫أنه موضوع‬

“Alangkah bagus orang yang berkata: jika engkau jumpa hadith yang
menyalahi akal, atau menyanggahi nas, atau bertentangan dengan usul,
maka sedarlah bahawa ia hadith palsu.”

As-Suyuti dalam Tadrib ar-Rawi mengulas kata-kata Ibn al-Jauzi,

‫ومعنى مناقضته لألصول أن يكون خارجا عن دواوين اإلسالم من المسانيد والكتب المشهورة‬

Maksud “bertentangan dengan usul” ialah hadith itu tidak diriwayatkan


dalam kitab-kitab besar Islam yang bersanad serta masyhur.”

Manakala asy-Syaikh ‘Abdul Fattah Abu Ghuddah dalam muqaddimah


tahqiq kitab al-Masnu’ berkata,
20
‫ فال قيمة له ول يلتفت إليه إذ العتماد في نقل كالم سيدنا رسول للا‬، ‫وإذا كان الحديث ل إسناد له‬
‫إلينا إنما هو على اإلسناد الصحيح الثابت إو ما يقع موقعه وما ليس كذلك فال قيمة له‬

“Apabila hadith itu tidak bersanad, maka ia tidak mempunya apa-apa nilai
bahkan tidak perlu dipedulikan langsung, kerana sandaran kita dalam
menukil kalam saidina Rasulullah kepada kita ialah isnad yang sahih dan
thabit atau yang menghampirinya. Jika tidak, maka hadith itu tidak bernilai
apa-apa.”

Asy-Syaikh ‘Abdul Fattah Abu Ghuddah tidak bertapis-tapis lagi dan terus
menghukum hadith-hadith yang tidak bersanad – seperti kisah Umar
menyoal malaikat – sebagai hadith yang tiada nilai dan tak patut
dipedulikan.

Inilah yang dilakukan oleh SK tapi ditentang oleh UIZ.

Lihatlah wahai UIZ yang alim…lihatlah manhaj ulama Muhaddithin zaman


berzaman mengenai disiplin menukil hadith. Betapa jauhnya UIZ dengan
manhaj Muhaddithin yang dia laung-laungkan.

Ikutilah pendapat Jumhur dan jauhi perkara-perkara Syadz di sisi


segelintir orang. Bukalah mata dan minda, dan jauhi taqlid buta.

Lihat bagaimana para aimmah meletakkan nilai besar terhadap apa-apa


yang berkaitan dengan Rasulullah – khususnya hadith-hadith baginda –
hingga mereka akan berusaha sedaya upada mendapatkannya dari
sumber yang berkualiti tinggi. Bukan simply kata “penulis ini Thiqah pada
saya”.

Lihat betapa seruan dan teguran SK terhadap UIZ itu amat bertepatan
dengan manhaj Ahli Hadith dahulu dan sekarang. UIZ sebaliknya bermain
dengan terma Manaqib, Isti’nas, Thiqah dan macam-macam lagi smoke
screen yang tidak ada kaitan.

Dengan sebab itulah SK menyeru UIZ agar kembali mendalami asas


Takhrij dan belajar memahami nas dengan betul kerana frankly speaking,
you need it badly.

21
13. Ustaz Iqbal Zain Lawan Ustaz Iqbal Zain

Kita lihat bagaimana teruk tanaqudh atau kontradiksi UIZ berkaitan isu
Umar menyoal Munkar Nakir;

Mulanya dia kata, “…bukan semua manusia disoal oleh malaikat kerana
ada manusia yang menyoal malaikat.”

Komen ini menimbulkan tanda tanya ramai orang kerana – sebagaimana


yang tertera di atas – UIZ mendakwa ada manusia yang langsung tidak
disoal, bahkan mereka pula yang menyoal Munkar Nakir; “siapa tuhanmu,
siapa nabimu, apa agamamu”.

Kemudian dia membawakan kisah Umar dalam ar-Riyadh an-Nadhirah


dan memberi ulasan, “tindakan Sayyidina Umar menyoal malaikat adalah
merupakan kelebihan Sayyidina Umar yang menunjukkan kekuatan iman
dan keteguhan persiapan jiwa beliau.”

Walhal dalam kisah itu juga menunjukkan sebenarnya saidina Umar tidak
terlepas dari soalan Munkar Nakir, hanyasanya beliau membalas mereka
dengan soalan yang sama. Jadi ini kontradiksi yang jelas nyata, khusus
pada bahagian “bukan semua manusia disoal” kerana Umar juga tidak
terkecuali daripada disoal, mengikut kisah itu.

Bahagian selanjutnya ialah “ada manusia yang menyoal malaikat” dan


dalil UIZ masih lagi kisah yang sama. Bahagian ini dinukil sebagai hadith
Marfu’ bahawa Nabi bersabda yang Jibril memberitakan…hingga akhir
kisah. Inilah pertikaian yang dibawa oleh ramai orang termasuk SK.

Setelah dikritik, UIZ memetik pula hadith Umar dipanggil syahid, dan
hadith orang yang mati berjihad/murabit/syahid akan diberi aman dari
azab kubur termasuk soalan Munkar Nakir,

“Dan tidakkah pihak TSK menyedari bahawa Sayyidina Umar adalah


seorang yang meninggal syahid dan malaikat Munkar dan Nakir TIDAK
MENYOAL orang yang meninggal syahid?”

Eh, tak jadi soal pulak. Mana satu ni? Kejap menyoal, kejap tak menyoal?
Umpama si muzabzib membawa khabar mudhtarib.

22
Mulanya UIZ jaja hadith dalam ar-Riyadh an-Nadhirah yang sebut dua
malaikat menyoal Umar lalu Umar menjawab dan menyoal mereka
semula.

Kemudian UIZ cakap malaikat tidak menyoal Umar sebab Umar mati
syahid.

Jadi mana satu ni wahai UIZ yang bijak bestari? Umar disoal atau tidak
disoal?

Ini salah satu perkara normal bagi orang yang dah biasa gaya UIZ.
Berpusing dan berputar dan berlegar selagi boleh.

14. Ustaz Iqbal Zain Gagal Faham Kisah Yazid Bin Harun

UIZ tidak ketinggalan memetik kisah Yazid bin Harun sebagai maklumat
tambahan dan sokongan kepada situasi menyoal malaikat yang
dibincangkan.

Namun sekali lagi UIZ tidak sedar bahawa lafaz kisah tersebut – yang
merupakan riwayat mimpi – menunjukkan Yazid bin Harun sebenarnya
didatangi oleh Munkar dan Nakir dan tidak terlepas dari disoal oleh
mereka berdua. Cuma Yazid bin Harun memberi jawapan yang luar biasa
dan malaikat menerimanya lalu beredar.

Jadi kisah ini tidak selari pun dengan komen UIZ,

“…bukan semua manusia disoal oleh malaikat kerana ada manusia yang
menyoal malaikat.”

Dan kami tak pasti…ini Isti’nas atau Istidlal daripada pihak UIZ?

15. Ustaz Iqbal Zain Obses Dengan Kisah Yang Tidak Bersanad

Obsesi UIZ dalam menukil kisah-kisah ganjil dan tidak bersanad ini amat
ketara apabila beliau turut menukil kisah mimpi saidina ‘Abdullah bin
Umar yang bermimpi menemui ayahnya,

23
“Abdullah telah bermimpi berjumpa ayahnya dan bertanya keadaan beliau
setelah masuk ke dalam kubur. Sayyidina Umar mengatakan bahawa
beliau telah menyoal kembali malaikat yang datang kepadanya”

UIZ mengulang perangai yang sama dengan menukil dan beristi’nas /


beristidlal (mana satu?) dengan kisah mengenai Sahabat Nabi yang tidak
mempunyai sumber rujukan primer. Ia sekadar dinukil oleh as-Suyuti
daripada al-Jazuli sebagaimana dalam al-Hawi.

Kami cuma ingin bertanya…mengapa? Mengapa bawa masalah baru


melibatkan mimpi ‘Abdullah bin ‘Umar padahal masalah pada kisah
‘Umar sendiri belum selesai?

Kita bukannya menafikan mimpi sebagai Mubasyyirat, namun kita ingin


tahu adakah apakah sumber penceritaan mimpi itu atau ia sesuatu yang
diada-adakan?

Atau sememangnya UIZ is UIZ. Tak peduli apa, sauk saja semua.

16. Ustaz Iqbal Zain Terbelit Antara Riwayah & Dirayah

UIZ juga membangkitkan isu Riwayah dan Dirayah dalam respon beliau.
Beliau cuba mencadangkan bahawa walaupun sesuatu fakta bermasalah
dari segi Riwayah, ia mungkin diterima dari segi Dirayah.

Namun bak kata asy-Syaikh ‘Abdul Fattah Abu Ghuddah, hadith yang tak
bersanad itu tidak berguna langsung dan tidak sepatutnya diberi
perhatian, walaupun untuk sekadar Dirayah, seperti yang UIZ lakukan
sekarang.

Kalau UIZ hidup di zaman al-Baihaqi, dan menyebarkan hadith bahawa


Nabi memberitahu Umar bahawa Jibril turun dan menceritakan Umar
akan menyoal balas Munkar Nakir di dalam kubur tanpa sanad, nescaya
al-Baihaqi akan membuang riwayat tersebut dan berkata ‫لم نقبله منه‬
wal’iyazubillah.

Kalau kisah itu layak dijadikan sumber Dirayah, contohnya, nyatakan


nama ulama yang beristinbat daripadanya bahawa antara karamah
saidina Umar ialah menyoal Munkar dan Nakir. Simple question.
24
17. Ustaz Iqbal Zain Mengatakan Kisah Umar Ada Tanda Kedhaifan
Tanpa Memperincikannya

UIZ berkata,

“…sedangkan saya telah nyatakan sejak awal pada posting yang lalu
bahawa terdapat tanda KEDA’IFAN pada hadith ini”

Oh really. Tak jumpa pulak. Jika tak keberatan, boleh UIZ kongsikan
apakah tanda Kedha’ifan yang ada pada hadith ini?

Adakah rawi yang lemah atau kazzab, atau sanadnya munqati’, atau
berlaku tadlis syuyukh, atau matannya maqlub, atau ada lafaz yang
munkar, atau ziyadahnya daripada rawi yang muttaham?

Bercakap biar sedikit tapi berisi. Jangan mendakwa-dakwi tanpa bukti.

18. Ustaz Iqbal Zain Dan Taktik “Ini Bukan Akidah”

Antara kebiasaan UIZ apabila menerima kritikan orang lain ialah


mendakwa “apa yang saya cakap bukan Akidah, boleh terima dan boleh
tolak”. Aw kama qal.

Ini satu taktik yang berbaur escapism setelah beliau terkantoi atau
dikantoikan oleh orang lain.

Baca komen UIZ sendiri,

“Contohnya hal makhluk pertama diciptakan, walaupun ia adalah perkara


ghaib namun ia tidak dimasukkan dalam bab Aqidah sehingga wajib
diimani dan jatuh kufur jika tidak beriktiqad dengannya. Sedangkan para
Muhaddithin menggolongkan bab ciptaan pertama dalam bab Tarikh
BUKAN AQIDAH.”

Taktik “bukan Akidah” menjadi lesen beliau menyebarkan apa jua ajaran
dan maklumat yang beliau inginkan. Contohnya kes Nur Muhammad
sebagai ciptaan pertama yang dia sebut itulah.
25
Atau kes UIZ mendakwa Nabi Muhammad diciptakan daripada cahaya
dan tiada bayang.

Atau kes UIZ menyokong tafsir Qul Huwa Muhammad dalam surah al-
Ikhlas.

Bila dikritik dan ditegur, modalnya hanya “ini bukan Akidah” dan dia terus
degil melakukan kesilapan. Begitu mudah dia cabot lari yea.

Ini serupa dengan orang yang mendakwa Nabi Adam turun di Gunung
Jerai, Saidina Uthman sampai ke Kedah, berat pedang Nabi 900kg.. lalu
dilapik dengan alasan “ini bukan aqidah”. Yakni boleh cakap apa sahaja,
just make sure di hujung tu sebut “tapi ini bukan aqidah”..

Sekiranya kita terima penghujahan atau taktik ini…banyaklah ajaran


sesat boleh memanfaatkan taktik ini dan menyelamatkan diri sekiranya
terdapat siasatan ke atas mereka. Harapnya peminat dan pengikut UIZ
sedar akan hal ini.

19. Ustaz Iqbal Zain Menolak Tahqiq Dr Isa al-Himyari Tanpa Sebab
Ilmiah

Akhir sekali, UIZ yang amat alim dalam ilmu Hadith enggan menerima
dapatan tahqiq dan komentar asy-Syaikh Dr Isa al-Himyari, seorang pakar
hadith dan muhaqqiq kitab ar-Riyadh an-Nadhirah karya al-Muhibb at-
Tabari terkait isu kesilapan takhrij dan metod nukilan yang tidak konsisten
dalam kitab tersebut.

Kata UIZ,

“Adakah TSK terlupa atau sengaja pejam mata bahawa pentahqiq


tersebut adalah orang yang sama yang telah melakukan kesilapan yang
dahsyat terhadap Hadith Jabir melalui kitabnya al-Juz’u al-Mafqud min al-
Juz’I al-Awwal min al-Musannaf li ‘Abd al-Razzaq (tanpa saya mengurangi
sedikit pun kehormatan terhadap beliau). Maka sudah tentu saya memilih
penilaian Imam al-Tabari berbanding Dr. Isa al-Himyari.”

26
Di sini nampak jelas belang UIZ. Beliau tidak membaca betapa sebelum
Dr al-Himyari, al-Imam Abu Hayyan al-Andalusi terlebih dahulu mengkritik
kelemahan al-Muhibb at-Tabari dalam bab Takhrij.

Tahukah UIZ bahawa tahqiq Dr al-Himyari terhadap ar-Riyadh an-


Nadhirah (Manaqib Abu Bakr) itu merupakan tesis MA beliau di Algeria
pada tahun 1993? Adakah UIZ meragui Ijazah Sarjana Dr al-Himyari
semata-mata kerana UIZ degil mahu mempertahankan sebuah kisah
Palsu?

Dan tahukah UIZ, pada tahun 2019, beliau selesai mentahqiq


keseluruhan kitab ar-Riyadh an-Nadhirah dan ia sekarang telah dicetak?

Maka ini menjadikan Dr al-Himyari sebagai pakar utama dunia berkaitan


kitab ar-Riyadh an-Nadhirah, dan kajian beliau berlangsung sejak beliau
menjadi pelajar MA di Algeria hingga tahun 2019.

Bagaimana UIZ boleh degil dan mengenepikan dengan mudah kajian


puluhan tahun seorang ilmuan hadith yang bertaraf Profesor atas alasan
“kesilapan yang dahsyat” berkaitan Juz Mafqud Musannaf ‘Abdul Razzaq.

Pernahkah UIZ membelek Juz Mafqud itu? Ia hanya sebuah kitab kecil
yang mengandungi sedikit hadith saja, nipis dan kecil.

Adakah kerana satu kesilapan dalam tahqiq sebuah risalah kecil yang
berlainan, mengakibatkan UIZ secara semberono membuang kajian
seorang pakar bidang sehebat Dr al-Himyari mengenai kitab ar-Riyadh
an-Nadhirah? Tambahan pula, Dr al-Himyari juga banyak menghasilkan
karya ilmiah yang tidak mendapat apa-apa kritikan?

Jelas di sini sikap ‘Inad dan Mukabarah pada diri UIZ yang tidak
menyedari bahawa hubungan dia dengan kitab ar-Riyadh an-Nadhirah itu
sekadar acuh tak acuh, bacaan tebuk-tebuk dan taqlid buta. Bahkan
diragui adakah UIZ bertalaqqi mengaji kitab tersebut dengan mana-mana
guru secara bersanad.

Manakala hubungan Dr al-Himyari dengan kitab ar-Riyadh itu hubungan


ilmu dan mulazamah, bersandarkan kaedah Ahli Hadith, disanggah
dengan kejujuran dan amanah ilmiyah, yang berterusan berpuluh tahun,

27
hingga beliau mampu menghabiskan tahqiq keseluruhan kitab itu yang
berjumlah 11 jilid.

Bahkan untuk Isti’nas, kami menyebut bahawa Dr al-Himyari sendiri


dikurniakan mimpi berjumpa al-Muhibb at-Tabari dengan berkat tahqiq
beliau terhadap kitab tersebut. Ini disebut sendiri oleh beliau dalam
muqaddimah tahqiq.

Bandingkan kualiti sebegini hebat dengan seorang Iqbal Zain yang penuh
musykilah.

Anda nilailah sendiri. Kami tidak memaksa sesiapa. Cuma ambil masa
dan renungkan segala bukti yang ada. Anda suka nasihat yang pedih
berbisa, atau kata dusta yang semerbak baunya.

Akhir kata, kami ucap terima kasih kepada semua pembaca dan
Assalamualaikum.

Tim Sidang Kalam.

28

Anda mungkin juga menyukai