Pentaksiran Bilik Darjah
Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD)
1. Apakah PBD?
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan,
kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai
pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.
PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata
pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid
dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid
dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.
Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah
rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.
i. Pemerhatian
ii. Penulisan
iii. Lisan
Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan
Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.
i. Pengetua/Guru Besar
ii. Penolong Kanan Pentadbiran
iii. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
iv. Penolong Kanan KoKurikulum
v. Penolong Kanan Petang
vi. Penolong Kanan Pendidikan Khas
vii. Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
viii. Ketua Panitia
ix. Guru Cemerlang
x. Jurulatih Utama
xi. Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar/JK PBS
Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan digunakan pada tahun 2020, Tahun
5 pada tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022.