Anda di halaman 1dari 2

BAHASA MELAYU

TINGKATAN 3 22/03/2021

KERANGKA PENULISAN
(KARANGAN FAKTA)

Soalan:
Penularan wabak penyakit berjangkit seperti H1N1 dan terkini Koronavirus (COVID-
19) telah mengemparkan dunia.
Huraikan Langkah-langkah yang boleh diambil oleh semua pihak dalam menangani
wabak ini.

Pendahuluan:

Tema: Penularan penyakit berjangkit


- dunia telah digemparkan dengan penularan virus
penyakit berjangkit iaitu Koronavirus (Covid-19) yang bermula di
China.
(Menerangkan situasi semasa tentang tema)

- tersebar ke seluruh dunia termasuk Malaysia.


(rangsangan untuk tema)

- apakah langkah-langkah yang wajar dilakukan oleh semua pihak dalam


menangani wabak ini?
(ayat tanya  Mesti ada tanda ? kerana menggunakan kata tanya)

Isi-isi:
ISI 1: MENJAGA KEBERSIHAN DIRI

Contoh : kerap mencuci tangan menggunakan sabun atau pensanitasi tangan acap
kali pergi ke tandas.

huraian 1: (mengapa tindakan ini penting) penting untuk mengelakkan virus


daripada terus merebak kepada orang lain.

huraian 2: (kesan jika cara ini berjaya) kita dapat menghindarkan diri daripada
dijangkiti virus dan bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan diri.

* kosa kata menarik : acap kali (setiap kali)


BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3 22/03/2021

ISI 2: MEMBUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN

contoh : perlu terus ke klinik kesihatan yang berdekatan apabila


menunjukkan simptom seperti batuk, demam dan sesak nafas yang
merupakan gejala-gejala awal seseorang itu dijangkiti wabak Covid-19.

huraian 1: (bagaimana pemeriksaan kesihatan dapat merawat penyakit berjangkit)


membantu kita mencari jalan dan rawatan yang sesuai bak kata peribahasa
mencegah lebih baik daripada mengubati.

huraian 2: (kesan jika pemeriksaan kesihatan dibuat awal)


dapat mengawal penyakit yang berjangkit ini dari peringkat awal bagi
mengelakkannya bertambah teruk.

* kosa kata menarik : simptom (tanda awal)

ISI 3: MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MENGUNJUNGI TEMPAT TUMPUAN RAMAI

contoh : tidak mengunjungi kawasan tumpuan ramai seperti pasar raya, pasar awam
dan sebagainya.

huraian 1: (kenapa pentingnya mengelakkan diri daripada mengunjungi tempat


tumpuan ramai)
untuk mengelakkan virus ini merebak dengan cepat dan mudah iaitu
dengan melalui batuk dan selsema.

huraian 2: (kesan mengelakkan diri daripada mengunjungi tempat tumpuan


ramai)
kesihatan masyarakat sekeliling kita dapat dilindungi terutamanya bagi
golongan kanak-kanak dan warga emas.

* kosa kata menarik : warga emas (orang tua)

Penutup:

Kesimpulan:
- terdapat pelbagai cara yang boleh dipraktikkan untuk mengawal serangan
penularan wabak ini.
Tindakan:
- semua pihak harus mematuhi prosedur yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa
Harapan:
- kita mampu memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19 dan menjalani
kehidupan dalam keadaan yang sejahtera

Anda mungkin juga menyukai