Anda di halaman 1dari 4

Pembangunan kapasiti, keupayaan, kebolehan dan kredibiliti guru melalui rasa

kepercayaan yang tinggi terhadap guru.

Selaras dengan usaha penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran di


sekolah, cabaran lain yang dihadapi oleh pemimpin di sesebuah sekolah adalah usaha
kekal bagi melakukan penambahbaikan prestasi akademik secara berterusan di
sekolahnya. Penambahbaikan secara berterusan bagi meningkatkan prestasi akademik
pelajar memerlukan faktor dalaman yang kukuh terutamanya usaha bagi mendapatkan
komitmen tinggi daripada para guru bagi menentukan sama ada sesebuah sekolah itu
berstatus sekolah berkesan atau sekolah yang lemah.

Untuk menjayakan prinsip ini, kualiti guru merupakan salah satu kunci utama
dalam menentukan pencapaian pelajar dan ini merupakan salah satu aspek utama
dalam penambahbaikan kualiti pendidikan di sekolah (Peter Trabert Goff et al, 2012).
Usaha ini akan dapat dicapai melalui meningkatkan motivasi dan daya semangat guru-
guru dalam usaha menyediakan guru-guru berkualiti dengan pelbagai cara
termasuklah program-program pembangunan kapasiti supaya mereka mampu
menerima dan mengamalkan pelbagai inovasi terkini dalam bidang pendidikan.

Pengamalan kepimpinan transformasional yang berkesan memerlukan


kolaborasi guru besar dengan guru-gurunya, selain daripada mengukuhkan
tanggungjawab mereka serta tidak banyak menyekat tugas-tugas mereka proses ini
mewujudkan satu suasana kemesraan diantara kepimpinan sekolah dan juga guru.
Lantas perkara ini akan mewujudkan satu hubungan kepercayaan diantara mereka.

Pengukuhan hubungan ini membolehkan sesuatu proses pelaksanaan tugas


berjalan tanpa pemantauan secara menyeluruh oleh kepimpinan sekolah. Selain itu,
kajian yang dilakukan mendapati bahawa kepimpinan transformasional di sekolah
mampu memainkan peranannya sebagai pemacu perubahan (driver for change) di
sesebuah sekolah. Guru yang bermotivasi tinggi akan mampu memberi sumbangan
terhadap kejayaan sesebuah sekolah dalam memberi nilai tambah terhadap
kecemerlangan pelajarnya.

Selain itu, melalui pemupukan keyakinan dan motivasi oleh kepimpinan sekolah,
guru-guru juga secara tidak langsung akan merasa terpangil untuk meningkatkan
keupayaan dan kemampuan kerja mereka tanpa disuruh atau dipaksa. Perkara ini
sering kali dilihat di dalam persekitaran kerja yang kurang kondusif dan motivasi, guru
sukar memberikan kerjasama dan memerlukan paksaan untuk mengikuti sebarang
kursus peningkatan diri. Malah situasi berdolak dalik dan membuat alasan juga turut
terjadi. Sekaligus, hal ini menyebabkan guru-guru sekolah tersebut ketinggalan dari
sudut kemahiran-kemahiran baru.

Struktur sistem sekolah yang berbentuk organik dan mempunyai lapisan kepemimpinan
bagi setiap unit di sekolah.

Mustafa Celikten (2001) pula menyatakan bahawa kepimpinan instruksional


perlu dikongsi oleh guru besar dengan pihak-pihak lain sama ada di luar atau di dalam
sekolah. Dalam hal ini, komitmen guru-guru bagi pencapaian matlamat sekolah
mengehendaki guru-guru percaya bahawa matlamat adalah sesuatu yang penting dan
mereka berkemampuan untuk mencapainya (Locke & Latham, 1990).

Sehubungan itu, guru besar hendaklah berkemampuan menyelaras dan


memotivasikan guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolahnya dalam usaha untuk
mencapai matlamat organisasi serta mewujudkan sekolah berkesan (Inandu & Ozkan,
2006). Selain itu, dalam usaha bagi menambah keberkesanan kepimpinan ini, guru
besar memerlukan bantuan daripada orang lain bagi membaiki kelemahan
kepimpinannya, gaya dan keadaannya. Disinilah kepentingan pengorganisasian dan
penstrukturan memainkan peranan dalam memastikan kelancaran proses pentadbiran.
Cheng- Yong Tan (2012) pula berpendapat bahawa dalam usaha untuk
menurunkan kuasa kepada guru yang dianggap sebagai guru yang berkemahiran dan
profesional dalam abad ke -21, adalah tidak mencukupi bagi pemimpin sekolah dan
guru-guru mempelajari tentang pedagogi dan mengaplikasikannya dengan penuh
kesabaran di bilik darjah. Guru besar hendaklah juga sentiasa bekerjasama dengan
guru-gurunya bagi menyokong pencapaian tinggi semua pelajar dan sentiasa kelihatan
di mana-mana sahaja di kawasan sekolah, pada semua peristiwa di sekolah dan kerap
melakukan lawatan singkat ke bilik-bilik darjah. Perkara ini bertujuan untuk memastikan
setiap lapisan struktur sekolah menjalankan tanggungjawab dan tugas secara
konsisten.

Untuk memastikan perkara ini suatu amalan yang releven dan tidak menyekat
perkembangan kemajuan sekolah, seorang pemimpin yang bijak perlu memahami
bahawa setiap komuniti sekolah mempunyai konteksnya sendiri yang unik di keadaan
kerja yang berbeza berlaku. Para guru besar hendaklah berusaha supaya mereka perlu
menjadi lebih fleksibel dan sentiasa boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai
persekitaran tempat kerja bagi menyokong pembelajaran pelajar-pelajar dan guru-guru.
Selain itu, para guru besar dan guru hendaklah memahami prasyarat-prasyarat yang
menyumbang kepada kesejahteraan kakitangan di tempat kerja.

Hanya setelah perkara ini difahami dan diamalkan oleh guru besar, barulah
konsep lapisan kepimpinan boleh dijalankan tanpa berlakunya percangahan dan
perselisihan. Situasi percangahan yang berlaku akibat pertindahan dalam bidang kuasa
dan senioriti perlulah dititikberatkan dalam proses perancangan organisasi sekolah.
Kadang kala, akibat ketidakpekaan guru besar yang memandang remeh aspek ini
dalam pengorganisasian membuatkan sesuatu situasi seperti pertelagahan dalam
kalangan guru yang sepatutnya dapat dielakan berlaku.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk guru besar sebagai pemimpin
pentadbiran mewujudkan suasana yang merangsang perkembangan amalan
organisasi. Antara peranan yang boleh dilaksanakan ialah dengan mewujudkan sikap
keterbukaan dan memotivasikan guru-guru lain untuk turut sama terlibat dalam aktiviti
yang dijalankan. Guru sebagai orang bawahan sudah semestinya merasa adalah satu
keperluan untuk dirinya mengikuti teladan dan sikap positif yang ditunjukan oleh guru
besar. Akhir sekali, guru besar hendaklah sedar tentang pentingnya hubungan baik
antara pemimpin sekolah dengan guru-guru. Hubungan baik adalah sangat penting dan
merupakan salah satu prasyarat dalam usaha mewujudkan persekitaran sekolah
produktif dan hubungan manusia yang positif di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai