Anda di halaman 1dari 22

SURYATI BT.

UDAI
701016135770002

KERTAS KERJA
PROGRAM CEDAR
SEKOLAH KEBANGSAAN GITA, KUCHING
2009

1.0. PENGENALAN

Pendidikan pencegahan dadah, AIDS dan rokok adalah merupakan satu perkara penting
yang harus dimulakan sejak sekolah lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada
rebungnya. Memandangkan gejala sosial yang membimbangkan kian berleluasa dikalangan
pelajar sekolah, maka satu pendekatan yang rasional harus diambil untuk membendung gejala itu
daripada menular ke akar umbi. Salah satu cara ialah dengan mendidik para pelajar melalui
kegiatan ceramah, motivasi, pameran dan sebagainya.
Atas rasa kesedaran itulah, Jawatankuasa Program 3K dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) Sekolah Kebangsaan Gita, merancang untuk mengadakan Program CEDAR sebagai
platform untuk para pelajar dan penduduk setempat mengembangkan pengetahuan mereka
mengenai dadah, AIDS dan rokok.
Program Cegah Dadah, AIDS dan Rokok (CEDAR) merupakan satu program yang
dirancang serta dirangka berdasarkan gabungan tiga program asal penglibatan komuniti iaitu
PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja), Anti Merokok dan Bebas Dadah yang
telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Program Bersepadu
Sekolah Sihat (PBSS) sejak tahun 1996 bagi menggantikan Rancangan Kesihatan Sekolah
(RKS).
Program Cegah Dadah, AIDS dan Rokok (CEDAR) adalah program yang dirancang
dengan mantap bagi menarik minat dan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang
bahaya serta menanamkan budaya membenci dadah, AIDS dan rokok di kalangan murid-murid.
Ini merupakan antara langkah pencegahan yang terbaik bagi menyahut seruan kerajaan supaya
membenci dadah, AIDS dan rokok kerana telah terbukti memusnahkan pemuda-pemudi harapan
negara pada hari ini. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah, AIDS dan rokok amat penting
memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah,

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 1
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

AIDS dan rokok yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana ini di
peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat.
Program Cegah Dadah, AIDS dan Rokok (CEDAR) diharapkan dapat membantu pelajar
di samping menjalani gaya hidup sihat. Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-
murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap
penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang
mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus
memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

2.0. TUJUAN

Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu
pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja. Hal ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar
dan di pinggiran bandar, malah disekolah luar bandar.Telah kita ketahui antara punca utama
penglibatan remaja dalam gejala sosial ini adalah kerana dadah, rokok dan seterusnya
menyumbang kepada AIDS. Rokok, dadah dan AIDS berhubungkait antara satu sama lain. Hasil
kajian Kementerian Kesihatan Malaysia didapati 99% penagih dadah adalah bermula sebagai
penghisap rokok dan majoriti pesakit AIDS di Malaysia terdiri daripada golongan penagih
dadah.
Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnya memberi
perhatian, kasih sayang dan bimbingan kepada anak-anak mereka. Sekolah pula perlu
mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif
melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah, intervensi, latihan guru dan penglibatan
ibubapa. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi
membantu kerajaan terutamanya Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan PEMADAM dalam
melaksanakan program-program seperti pencegahan dadah, rokok dan AIDS di kawasan mereka.
Oleh itu dicadangkan Program CEDAR, yang menggabungkan PROSTAR (Program
Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja), program Anti Merokok dan program Bebas Dadah tanpa
mengetepikan matlamat asal setiap program tersebut.

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 2
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

3.0. RASIONAL

Program CEDAR di Sekolah Kebangsaan Gita amat sesuai dijalankan kerana lokasi
sekolah berada di dalam kawasan berisiko tinggi dadah yang menyumbang kepada AIDS,
fenomena hari ini menunjukkan bahawa tidak ada kampung bebas dari dadah, trend pengedar
dadah masa kini menggunakan pelajar sekolah sebagai penjual atau pengedar dadah secara kecil-
kecilan dan banyak kajian menunjukkan ramai murid dan pelajar sekolah merokok dan terlibat
dengan penyalahgunaan dadah.
Program CEDAR mengutamakan pendidikan pencegahan dalam usaha memerangi najis
dadah, AIDS dan bahaya rokok serta memberi penekanan kepada usaha mewujudkan satu
keadaan yang dapat melindungi anggota masyarakat daripada gejala sosial yang melanda negara
pada masa ini. Pendidikan pencegahan di peringkat Awalan (Primary Prevention) adalah strategi
menyeluruh serta strategi jangka panjang bertujuan melindungi seseorang dari terlibat dengan
penggunaan dadah, AIDS dan bahaya rokok. Ia memberi kefahaman, kesedaran dan membentuk
pemikiran generasi muda supaya membenci dadah, membina dan memupuk sikap serta nilai-nilai
positif di kalangan kanak-kanak melalui sistem pendidikan formal dan tidak formal – didikan
dan asuhan yang diberi oleh ibu bapa dan masyarakat.
Justeru program ini dirasakan sangat penting apatah lagi ia dilaksanakan melalui
permuafakatan bersama dengan pelbagai agensi bagi menjadikan sekolah sentiasa dalam suasana
kondusif dan selesa kepada semua warganya. Ini selaras dengan saranan yang digariskan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia :
"An effective school health programme… can be one of the most cost effective investments a
nation can make to simultaneously improve education and health"
(WHO Director-General, April 2000)

4.0. MATLAMAT

Matlamat program adalah memberi peluang kepada para pelajar serta penduduk setempat
bagi mencambahkan ilmu pengetahuan mengenai najis dadah, AIDS dan bahaya rokok serta
menanam budaya membencinya dan dengan secara tidak langsung murid-murid dan penduduk
setempat sedar bahawa dadah, AIDS dan rokok akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 3
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

membahayakan keselamatan masyarakat. Disamping itu, program CEDAR diharap dapat


mewujudkan sikap bertanggungjawab dan rasa sayang terhadap diri sendiri, keluarga,
masyarakat, bangsa dan negara.

5.0. OBJEKTIF

Objektif program adalah seperti berikut:

5.1. Memberi kesedaran kepada kumpulan sasar akan pentingnya memerangi


penyalahgunaan dadah, bahaya rokok dan ancaman AIDS sebagai tanggungjawab
individu dan masyarakat.
5.2. Memberi kefahaman kepada kumpulan sasar akan bahaya dadah, AIDS
dan rokok terhadap warga dan negara sejak dahulu,kini dan akan datang.
5.3. Memupuk semangat bencikan dadah, AIDS dan rokok yang berterusan di
kalangan kumpulan sasar agar menjadi insan yang cemerlang dalam pelbagai segi.
5.4. Meningkatkan kerjasama pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan
kakitangan sekolah terhadap ancaman dan bahaya dadah, rokok dan AIDS.
5.5. Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina
ketahanan dan jatidiri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental
dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala
sosial.
5.6. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi
dengan masyarakat sekolah dan luar sekolah bagi mencapai matlamat bersama.

6.0. ORGANISASI

6.1. Cadangan organisasi

JAWATANKUASA PROGRAM CEDAR 2009


SK GITA, KUCHING

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 4
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Anjuran
JAWATANKUASA 3K SK GITA
Dengan kerjasama
PANITIA PJK SK GITA
PIBG SK GITA

JAWATANKUASA INDUK PENGELOLA

PENASIHAT : En. Mohamad @ Zaaba bin Bujang


(Guru Besar SK Gita)
PENOLONG PENASIHAT : En. Mohd. Said bin Hj. Golong
(YDP PIBG SK Gita)
PENGERUSI : En. Mazi bin Julai
(Guru Penolong Kanan HEM)
SETIAUSAHA : Pn. Suryati binti Udai
(Guru Penyelaras Program 3K)
BENDAHARI : Pn. Hasanah binti Baki
AHLI-AHLI : En. Mahidin bin Lihi
En. Maji bin Julai
En. Muan bin Hj. Suadi
Puan Nooraslinda bin Mohd. Nor
JAWATANKUASA KERJA
Jawatankuasa Pameran/Ceramah : En. Wan Shukeran bin Wan Masri (Ketua)
Cik Fatimah binti Abdullah
Cik Haliza binti Sophian
Jawatankuasa Pelancaran /Penutupan : En. Mahidin bin Lihi (Ketua)
En. Saini bin Bujang
En. Muan bin Hj. Suadi
Jawatankuasa Pertandingan : En. John ak. Anchang (Ketua).
En. Amin bin Peli dan semua guru kelas

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 5
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Jawatankuasa Protokol/Sambutan/Jemputan :
Pn. Dyg. Hamidah binti Abg. Sarbini (Ketua)
En. Hosin bin Hj. Ayub
Puan Zaleha binti Wahap
Jawatankuasa Minuman dan Jamuan : Puan Salina binti Suut (Ketua)
En. Ali bin Mat
Ustazah Nurul Ashiqin binti Mohd. Yaakub
Jawatankuasa Buku Program : En. Mohd. Zamri bin Zakaria (Ketua)
En. Sabri bin Julai
Jawatankuasa Seranta dan Publisiti : Ustaz Adnan bin Muzafar (Ketua)
En. Sariee bin Saidon
Jawatankuasa Siaraya dan Juruacara : Puan Anizah bin Abdul Wahab (Ketua)
Puan Juliana Suria Lang
Jawatankuasa Persiapan dan Perhiasan Pentas :
En. Hussein bin Haji Ayub (Ketua)
En. Wan Hazmi bin Wan Abdul Rahman
Semua staf lelaki SK Gita dan Exco PIBG.
Jawatankuasa Senamrobik dan Sukaneka : En. Zaidi bin Hanafi (Ketua)
Cik Khairunisa binti Nasir
EXCO PIBG
Jawatankuasa Disiplin, Kebersihan, Keselamatan dan Kecemasan :
Puan Zaharah binti Sameon (Ketua)
En. Hassan bin Khushairi
En. Jamali bin Ahmad
Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata : Puan Noorashikin bin Ibrahim (Ketua)
Puan Nela binti Talip
Exco PIBG
Jawatankuasa Tayangan Video : En. Hasim bin Seli (Ketua)
En. Suhaili bin Hj. Poli

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 6
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

6.2. Bidang tugas Jawatankuasa Program CEDAR

Bil. Jawatankuasa Bidang Tugas


1. Pengerusi  Menjalankan mesyuarat.
 Menentukan setiap jawatankusaa berjalan dengan lancer.
 Ketua dalam semua pengedalian dan aktiviti.
 Bertanggungjawab ke atas semua kelancaran prpgram.
2. Setiausaha  Menyelaras semua urusan berhubung dengan program.
 Menyelaras semua program dan aktiviti.
 Membantu semua tugas-tugas jawatakuasa kerja.
 Menyedia dan menyimpan data-data dan rekod-rekod.
 Menjalankan tugas-tugas am dari masa ke semasa.
3. Bendahari  Menyelaras dan menguruskan penerimaan dan perbelanjaan.
 Menyediakan rekod dan penyata kira-kira.
4. Pameran dan  Menyediakan pelan tapak pameran.
ceramah  Memasang sempadan-sempadan pameran.
 Menyediakan dan memasang papan tanda di tempat-tempat
tertentu.
 Menentukan kemudahan elektrik, peralatan siaraya, kerusi
dan meja semasa pameran.
 Menyediakan kanopi untuk pameran
 Menghubungi mana-mana agensi luar untuk mendapatkan
bantuan semasa program.
5. Pertandingan  Merancang dan mengelolakan aktiviti pertandingan.
 Menyedia dan menentukan peralatan aktiviti
 Memilih dan menyediakan tapak untuk aktiviti.
 Menyediakan petugas dan hakim untuk aktiviti.
 Bertanggungjawab di atas kelancaran semua aktiviti
pertandingan.

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 7
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

6. Minuman dan  Membuat anggaran jumlah minuman dan jamuan yang


jamuan diperlukan.
 Menentukan tempat, sistem, peraturan dan menu makan /
minum / jamuan.
 Menyedia dan mengendalikan makan minum jemputan,
pegawai, dan ibu bapa murid.
 Menyediakan tenaga pembantu untuk kerja-kerja
pengendalian.
7. Seranta dan  Menyediakan brosur mudah dan ringkas.
publisiti  Membuat tempahan dan memasang banner.
 Rakaman dan fotografi.
8. Pelancaran dan  Menyediakan persiapan perasmian dan penutupan.
penutupan  Menyelaras upacara perasmian dan penutupan.
 Membuat latihan dan raptai upacara perasmian.
9. Siaraya dan  Menyedia dan memasang PA system di tapak program.
juruacara  Menyediakan pembesar suara di tapak program.
 Menyediakan petugas dan juruteknik.
 Memastikan kelancaran aktiviti.
10. Disiplin,  Bertanggungjawab di atas disiplin murid.
kebersihan,  Mengeluarkan peraturan dan menguatkuasakan peraturan
keselamatan dan sepanjang program.
kecemasan  Menghubungi pihak polis bagi membantu kawalan dan
keselamatan.
 Memberi rawatan kecemasan
11. Buku program  Mendapatkan semua maklumat yang berkaitan dengan
pertandingan.
 Menyediakan, menerbitkan dan mengedarkan buku
program.

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 8
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

 Mendapatkan penajaan.
 Membuat anggaran perbelanjaan.
12. Hadiah dan  Menempah hadiah / cenderamata untuk peserta / pasukan /
cenderamata pegawai / tetamu.
 Mendapatkan penajaan.
 Menyusun aturan pemberian hadiah.
 Menyenaraikan, mengenal pasti dan menjemput penyampai
hadiah.
 Membuat anggaran perbelanjaan.
13. Protokol,  Mengenal pasti tetamu yang akan dijemput dalam majlis
sambutan dan dan program.
jemputan  Menulis dan menghantar surat / kad jemputan.
 Menyediakan tempat duduk.
 Mengalu-alukan kehadiran jemputan.
 Memberi panduan arah dan tempat duduk kepada jemputan.
 Menyediakan roset dan buku program khas kepada
jemputan utama.
 Memaklumkan tetamu untuk penyampaian hadiah kepada
Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata.
14. Senamrobik dan  Mengendali aktiviti senamrobik
sukaneka  Menyediakan borang-borang penyertaan peserta sukaneka.
 Mengumpul, merekod, dan mengeluarkan keputusan rasmi
sukaneka.
 Menyediakan gelanggang, peralatan dan perkara berkaitan.
 Menyediakan pengadil, penjaga masa dan pencatat
(pegawai) bagi setiap aturcara sukaneka.

Rajah 1: Bidang tugas Jawatankuasa Program CEDAR

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 9
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

7.0. CADANGAN PROGRAM

7.1. Program Yang Akan Dijalankan

7.1.1. Pameran
Pameran mengenai jenis-jenis dadah seperti ganja, heroin, candu dan lain-lain lagi
serta alat-alat yang digunakan oleh penagih seperti jarum suntikan. Di pamer juga
kandungan bahan di dalam rokok, kesan bahaya akibat merokok dan sebagainya. Selain
itu, ada juga pameran mengenai hukuman yang akan dikenakan bagi pesalah pengedar
dadah atau penagih dadah seperti sebat dan penjara.
7.1.2. Ceramah
Ceramah-ceramah mengenai dadah, rokok dan AIDS juga dijalankan serta
disampaikan oleh penceramah jemputan khas iaitu pegawai perubatan dari Hospital
Umum Sarawak dan pegawai dari PEMADAM Sarawak.
7.1.3. Pertandingan Kuiz
Kuiz akan dijalankan pada hujung program untuk menilai sejauh mana murid-
murid memahami tentang dadah, rokok dan AIDS serta ancamannya kepada individu
dan masyarakat.
7.1.4. Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
Pertandingan melukis poster dijalankan di bilik kelas dengan diawasi oleh guru-
guru kelas masing-masing.
7.1.5. Pertandingan Mewarna Tahap 1
Pertandingan mewarna dijalankan di bilik kelas dengan diawasi oleh guru kelas
masing-masing.
7.1.6. Pertandingan Mengarang Esei Tahap 2
Pertandingan mengarang esei dijalankan di bilik kelas dengan diawasi oleh guru
kelas masing-masing.
7.1.7. Pertandingan Silang Kata Tahap 1
Pertandingan silang kata dijalankan di bilik kelas dengan diawasi oleh guru kelas
masing-masing.
7.1.8. Tayangan video mengenai bencana dadah, rokok dan AIDS.

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 10
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

7.1.9. Senamrobik dimulakan di sebelah pagi bagi menyediakan fizikal dan mental
pelajar sebelum aktiviti bermula.
7.1.10. Sukaneka untuk guru-guru, ibu bapa dan penduduk setempat bagi mengeratkan
perhubungan dan semangat kerjasama antara satu sama lain.
7.1.11. Program 5 minit setiap pagi dengan menyanyikan lagu rasmi “Negaraku” dan
lagu “Ibu Pertiwiku”, lagu “SK Gita”, lagu “Dadah Durjana” dan bacaan doa.
7.2. Kumpulan Sasaran
Semua murid-murid Sekolah Kebangsaan Gita, Kuching , warga sekolah, ibu
bapa dan penduduk setempat.
7.3. Tempoh Program
Program akan dijalankan selama lima hari iaitu 1 September 2009 hingga 5
September 2009.
7.4. Tenaga Pengajar
i) Penceramah dari PEMADAM
ii) Pasukan dari AADK Sarawak
iii) Doktor pegawai perubatan
7.5. Tempat Program Dijalankan
Program ini akan dijalankan di Dewan Sekolah Kebangsaan Gita, Kuching dan
bilik kelas.

8.0. PERLAKSANAAN PROGRAM CEDAR

8.1. Strategi perlaksanaan dan aktiviti-aktiviti yang dirancang:-

Bil Aktiviti Tarikh Guru Penyelaras Sasaran

1. Mesyuarat Jawatankuasa Induk 03.08.2009 GPK HEM Semua AJK


Pengelola

2. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja 10.08.2009 Puan Suryati binti Udai Semua AJK

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 11
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

3. Penyediaan brosur / banner / 19.08.2009 Ustaz Adnan bin Warga sekolah


bahan penerbitan Muzafar dan ibu bapa

4. Majlis Pelancaran Program 01.09.2009 En. Mahidin bin Lihi Warga sekolah
CEDAR dan ibu bapa

5. Aktiviti sepanjang program:

i) Tayangan Video 01.09.2009 En. Hasim bin Seli Semua murid


ii) Program 5 minit 02.09.2009 Semua guru Setiap pagi
hingga
05.09.2009

iii) Pertandingan Mengarang 03.09.2009 En. John ak. Anchang Tahap 2


Esei Tahap 2
iv) Pertandingan Silang Kata 03.09.2009 En. John ak. Anchang Tahap 1
Tahap 1
v) Pameran 02.09.2009 En. Wan Shukeran bin Warga sekolah
dan Wan Masri dan ibu bapa
03.09.2009
vi) Senamrobik 02.09.2009 En. Zaidi bin Hanafi Warga sekolah
hingga dan ibu bapa
04.09.2009

vi) Pertandingan Melukis 02.09.2009 En. John ak. Anchang Tahap 2


Poster Tahap 2

vii) Pertandingan Mewarna 02.09.2009 En. John ak. Anchang Tahap 1


Tahap 1

viii) Sukaneka 04.09.2009 En. Zaidi bin Hanafi Semua murid


ix) Pertandingan Kuiz 04.09.2009 En. John ak. Anchang Tahap 1 & 2

6. Penyampaian hadiah & Majlis 05.09.2009 Puan Noorashikin bin Warga sekolah
Penutupan Program CEDAR Ibrahim dan ibu bapa
En. Mahidin bin Lihi murid

Rajah 2: Strategi perlaksanaan dan aktiviti Program CEDAR

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 12
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

8.2. Aturcara Program CEDAR

Tarikh Masa Aktiviti Catatan

01.09.2009 07.30 am i. Guru dan murid berkumpul Semua Warga


(ISNIN) hingga ii. Ketibaan jemputan dan ibu bapa murid SKGITA, EXCO
01.00 pm iii. Majlis Pelancaran Program CEDAR PIBG dan
 Nyanyian Lagu “Negaraku” ibubapa murid
 Nyanyian Lagu Sekolah
 Bacaan Doa Selamat
 Ucapan Alu-aluan oleh Guru
Besar
 Ucapan Perasmian Program
CEDAR oleh YDP PIBG SK
Gita
 Persembahan Nyanyian Lagu
“Dadah Durjana” oleh Koir
Sekolah SK Gita
 Sketsa “Merokok
Membahayakan Kesihatan” oleh
murid Tahap 2
 Program 5 Minit
 Tayangan Video Dadah, AIDS
dan Rokok Musuh Negara
 Jamuan
iv. Taklimat aktiviti sepanjang
Murid Tahap 1 &
Minggu
Tahap 2
v. Edaran tajuk & syarat-syarat

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 13
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

pertandingan mengarang esei Murid Tahap 2


vi. Edaran tajuk & syarat-syarat
pertandingan melukis poster Murid Tahap 2
vii. Bersurai

02.09.2009 7.30 am  Program 5 minit Semua warga SK


(SELASA) hingga  Senamrobik GITA dan ibu
12.30 pm  Ceramah Dadah oleh En. George bapa murid

Sukumaran, Ketua Pasukan


PEMADAM Sarawak
 Pameran Dadah oleh AADK Sarawak
 Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
 Pertandingan Mewarna Tahap 1
 Makan tengahari
 Bersurai

03.09.2009 7.30 am  Program 5 minit Semua warga SK


(RABU) hingga  Senamrobik Gita dan ibu bapa
12.30 pm  Ceramah Bahaya Merokok oleh Dr. murid

Hassan bin Syukri, Pegawai Kesihatan


Hospital Umum Sarawak
 Pameran Bahaya Merokok oleh Unit
Perkhidmatan Awam, Hospital Umum
Sarawak
 Pertandingan Mengarang Esei Tahap 2
 Pertandingan Silang Kata Tahap 1
 Makan tengahari dan bersurai

04.09.2009 7.30 am  Program 5 minit Semua warga SK


hingga  Senamrobik Gita dan ibu bapa

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 14
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

(KHAMIS) 12.30 pm  Pertandingan Kuiz Dadah, AIDS dan murid


Rokok Tahap 1 dan Tahap 2
 Sukaneka
 Makan tengahari
 Bersurai

05.09.2009 7.30 am i. Program 5 minit Semua warga SK


(JUMAAT) hingga ii. Majlis Penutupan Program CEDAR Gita dan ibu bapa
11.30 am  Murid berkumpul murid
 Ketibaan para jemputan
 Ketibaan Yang Berbahagia
YB Hj. Daud bin Abdul
Rahman, ADUN N6 Tupong.
 Nyanyian Lagu Negaraku
 Nyanyian Lagu Sekolah
 Bacaan Doa Selamat
 Ucapan Alu-aluan Guru
Besar SK Gita
 Ucapan Alu-aluan YDP
PIBG SK Gita
 Ucapan Penutupan Rasmi
dan amanat oleh Yang
Berbahagia YB Daud bin
Abdul Rahman, ADUN N6
Tupong
 Penyampaian hadiah dan
cenderamata
 Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku
iii. Jamuan

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 15
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

iv. Bersurai

Rajah 3: Aturcara Program CEDAR


9.0. PERALATAN

Peralatan yang digunakan sepanjang program tersebut adalah seperti berikut:

Bil. Item Kuantiti

1. LCD projektor 1

2. LCD skrin 1

3. Mikrofon 4

4. Pembesar suara 4

5 Laptop 1

6. Kamera digital 1

7. Sofa 2 set

8. Meja 2 set

9. Kerusi plastik 300 buah

10. Kanopi 4 buah

11. Kipas angin 6 buah

Rajah 4: Peralatan untuk Program CEDAR

9.0. BELANJAWAN
9.1. Percetakan

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 16
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

 Kertas lukisan poster = RM 400.00


 Kertas edaran pertandingan = RM 40.00
 Cetakan bahan pertandingan mewarna = RM 20.00
 Cetakan soalan kuiz dan silangkata = RM 30.00
 Brosur Program CEDAR = RM 300.00
 Banner Program CEDAR = RM 260.00
_______________
JUMLAH RM 1050.00
_______________

9.2. Hadiah dan cenderamata


 Pertandingan mengarang esei Tahap 2
Tempat 1 : RM 10.00 X 3 = RM 30.00
Tempat 2 : RM 7.00 X 3 = RM 21.00
Tempat 3 : RM 4.00 X 3 = RM 12.00
 Pertandingan silangkata Tahap 1
Tempat 1 : RM 10.00 X 3 = RM 30.00
Tempat 2 : RM 7.00 X 3 = RM 21.00
Tempat 3 : RM 4.00 X 3 = RM 12.00
 Pertandingan melukis poster Tahap 2
Tempat 1 : RM 10.00 X 3 = RM 30.00
Tempat 2 : RM 7.00 X 3 = RM 21.00
Tempat 3 : RM 4.00 X 3 = RM 12.00

 Pertandingan mewarna Tahap 1


Tempat 1 : RM 10.00 X 3 = RM 30.00
Tempat 2 : RM 7.00 X 3 = RM 21.00
Tempat 3 : RM 4.00 X 3 = RM 12.00
 Pertandingan kuiz Tahap 1
Tempat 1 : RM 10.00 X 3 = RM 30.00

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 17
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Tempat 2 : RM 7.00 X 3 = RM 21.00


Tempat 3 : RM 4.00 X 3 = RM 12.00

 Pertandingan kuiz Tahap 2


Tempat 1 : RM 10.00 X 3 = RM 30.00
Tempat 2 : RM 7.00 X 3 = RM 21.00
Tempat 3 : RM 4.00 X 3 = RM 12.00
 Sukaneka
Hamper tempat 1 : RM 25.00 X 5 = RM 125.00
Hamper tempat 2 : RM 20.00 X 5 = RM 100.00
Hamper tempat 3 : RM 15.00 X 5 = RM 75.00
_______________
JUMLAH RM 678.00
_______________

9.3. Jamuan
 Jamuan Majlis Pelancaran dan Penutupan = RM 1500.00

 Makan tengahari untuk para jemputan = RM 450.00


 Air mineral botol untuk para jemputan = RM 144.00
 Kuih-muih untuk para jemputan = RM 200.00
 Jamuan Majlis Penutupan = RM 2000.00
___________________
JUMLAH RM 4294.00
___________________
9.4. Jumlah perbelanjaan

Bil. PERBELANJAAN JUMLAH


1. Percetakan RM 1050.00
2. Hadiah dan hamper RM 678.00
3. Jamuan RM 4294.00
JUMLAH RM 6022.00

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 18
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Rajah 5: Anggaran perbelanjaan Program CEDAR

9.5. Sumber Kewangan

Bil. SUMBER KEWANGAN JUMLAH


1. Sumbangan PIBG SK Gita RM 3500.00
2. Sumbangan dari pihak swasta RM 1500.00
3. Sumbangan hamper dari guru-guru RM 300.00
4. Derma individu RM 722.00
JUMLAH RM 6022.00

Rajah 6: Sumber kewangan untuk Program CEDAR

11.0. PENUTUP
Selaras dengan aspirasi negara dalam membangunkan modal insan maka dicadangkan
Program CEDAR (Program Cegah Dadah, AIDS dan rokok). Aktiviti yang dirancang sepanjang
Program CEDAR bertujuan memberi pengetahuan, kefahaman, penghayatan dan kemahiran
pendidikan pencegahan dadah, rokok dan bahaya AIDS. Oleh itu, warga sekolah SK Gita dan
PIBG SK Gita, bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak yang
bertanggungjawab dalam membanteras dadah dengan pengisian program berbentuk ceramah
oleh Pegawai dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kuching dan Jabatan
Kesihatan Sarawak, dan pameran tentang rokok, dadah serta AIDS oleh Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK) Cawangan Kuching. Sepanjang program, disediakan pengisian aktiviti
yang dirancang untuk memberi kesedaran kepada murid mengenai bahaya dadah, rokok dan
AIDS. Menyedari akan pentingnya melahirkan generasi muda Malaysia yang merupakan aset
utama negara dalam mencungkil dan menyuburkan bakat murid pelbagai aktiviti dijalankan
antaranya aktiviti seni jauhi dadah seperti pertandingan mewarna dan melukis poster,
pertandingan silang kata, pertandingan kuiz, ceramah, pameran, menulis esei, tayangan video,

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 19
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

dan program 5 minit. Aktiviti sukan jauhi dadah juga turut diadakan contohnya senamrobik dan
sukaneka bagi membina jati diri pelajar.
Lantaran menyedari akan kepentingan melaksanakan program bagi melahirkan murid
yang berpengetahuan serta berkemahiran dalam menolak anasir ancaman dadah, rokok, AIDS
dan gejala sosial yang semakin menular, Jawatankuasa 3K dan PIBG SK Gita, Kuching,
berharap adalah menjadi tanggunjawab semua pihak termasuk guru, ibubapa serta masayarakat
setempat untuk menyemai nilai murni di kalangan generasi muda yang menjadi nadi kelestarian
bangsa, bak kata pepatah “Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.” dan sesungguhnya “
Mencegah itu lebih baik daripada mengubati”.
Diharapkan aktiviti Program CEDAR ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat
mencapai objektif yang diingini untuk kepentingan masa depan pelajar-pelajar. Adalah
diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang
baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah, rokok dan
AIDS. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat
sepenuhnya kepada murid-murid khususnya, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat
umumnya.

‘MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH, ROKOK DAN AIDS’

Disediakan oleh, Tarikh: 1 Julai 2009

……………………………..........…
(PN SURYATI BINTI UDAI)
Guru Penyelaras Program 3K,
SK Gita, Petra Jaya, Kuching.

Disemak oleh, Tarikh:

…………………………………........
(EN MAZI BIN JULAI)
Guru Penolong Kanan HEM SK Gita

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 20
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Disahkan oleh, Tarikh:

………………………………………...
(EN MOHAMAD @ ZAABA BIN BUJANG)
Guru Besar
SK Gita, Kuching.

BIBLIOGRAFI

Aktiviti Pendidikan. Dipetik dari http://www.prostar.gov.my/Aktiviti_Pendidikan_BM.htm pada


10 Oktober 2009.

Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.2006. Buku Panduan Pelaksanaan Kelab


Pencegahan Jenayah (KPJ). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya. 2008. Sekolah Bebas Dadah 2012:
Kit Pengajaran dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR).
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

HINDAR. Dipetik dari http://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/hindar.asp pada 10 Oktober


2009.

Kementerian Kesihatan Malaysia & Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999 . Modul Latihan:

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 21
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Program Bersepadu Sekolah Sihat.Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah Kementerian


Pelajaran Malaysia.

Kempen anti rokok . Dipetik dari


http://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/kempen_antirokok.asp pada 10 Oktober 2009.

Norazhan Che Lan. 2009. Program Bersepadu Sekolah Sihat. Kuala Lumpur: Universiti Terbuka
Malaysia.

LAMPIRAN

1. Booklet Program CEDAR


2. Surat memohon kebenaran mengadakan Program CEDAR
3. Surat jemputan perasmian Program CEDAR
4. Surat jemputan penutupan Program CEDAR
5. Surat perlantikan hakim pertandingan mengarang esei dan silang kata Program CEDAR
6. Surat perlantikan hakim pertandingan mewarna dan melukis poster Program CEDAR
7. Surat perlantikan hakim pertandingan kuiz Program CEDAR
8. Surat perlantikan hakim pertandingan sukaneka Program CEDAR
9. Surat memohon sumbangan kewangan Program CEDAR

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 22

Anda mungkin juga menyukai