Anda di halaman 1dari 17

EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ

2009

1
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
2009

PERTANDINGAN AZAN

1.0 Pengenalan

Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam untuk menyatakan
masuknya waktu sembahyang fardhu dan menyeru orang-orang Islam supaya
berkumpul untuk mengerjakannya. Azan adalah dua perkara sunat dilakukan
sebelum melakukan mana-mana sembahyang fardhu. Azan disunatkan ketika
hendak mendirikan sembahyang sama ada sembahyang tunai atau qadha’.
Hukum azan adalah sunat mu’akkadah `ala al-kifayah bagi sesuatu kumpulan. Ini
bermakna tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua
ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan sunat `aini atau dengan
kata lain pahala sunat diperolehi apabila seseorang itu melakukannya.

Azan terbahagi kepada 2 segi bahasa iaitu

a) “al-i`lam” (pemberitahuan) dapat dilihat di dalam Al-Qur’an sebagaimana


firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Pemberitahuan daripada Allah dan RasulNya kepada sekalian


manusia.”
(Surah at-Taubah: 3)

b) “an-nida” (seruan) dapat dilihat di dalam Al-Qur’an sebagaimana firman


Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji…”

(Surah al-Haj: 27)

2
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
2009
2.0 Syarat-syarat Penyertaan Petandingan Azan

2.1 Penyertaan adalah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.


2.2 Penyertaan adalah kepada peserta yang berumur bawah 16 tahun
sahaja.
2.3 Dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00 sahaja untuk seorang.
2.4 Hendaklah dengan bahasa Arab, dan hendaklah diperdengarkan dengan
tertib dan muwalat.
2.5 Masa yang diberikan adalah antara 5 - 7 minit sahaja.
2.6 Pakaian hendaklah bersesuaian dengan pertandingan.
2.7 Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak
dua kali bagi setiap lafaz kecuali takbir pada awal azan disebut sebanyak

empat kali dan lafaz kalimah tawhid hanya sekali sahaja.

2.10 Lafaz tersebut adalah seperti berikut:

3.0 Penghakiman

Penghakiman dibuat dari segi :

a) Sebutan ayat = 40 markah

b) Tarannum = 40 markah

c) Tajwid (panjang dan pendek harakat) = 20 markah

3
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
2009
4.0 Hadiah

Tempat pertama : Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00


Sijil Penyertaan

Tempat Kedua : Piala Iringan & Wang Tunai RM 250.00


Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga : Piala Iringan & Wang Tunai RM 150.00


Sijil Penyertaan

Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja.

5.0 Lain-lain

5.1 Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan


ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak boleh dituntut kepada pihak
penganjur.

5.1 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan


boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan,
Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Sila hubungi :

• En. Hasan Abdullah = 03-80264352


• Cik Syazana = 03-80264476

4
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
2009

5
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
2009

PERTANDINGAN MARHABAN

1.0 Pengenalan

Seni marhaban atau dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai ucapan “Selamat
Datang“ satu cabang seni warisan dan khazanah Islam di Nusantara. Seni
marhaban ini, yang pada awalnya diperkenalkan oleh para pendakwah dan
mubaligh Islam, diperkenalkan sebagai salah satu cara dan metod untuk mereka
berdakwah dan menarik perhatian masyarakat pada masa itu. Ternyata cara
yang diperkenalkan oleh mereka ini telah berjaya untuk menarik perhatian
penduduk Tanah Melayu dan sejak itu Islam pesat berkembang di rantau ini.
Marhaban adalah ungkapan syair-syair Arab yang diwarisi sejak penghijrahan
Rasullullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah. Berbeza daripada marhaban, kalimah
selawat adalah ucapan ’taufiqi’ yang diajarkan oleh Allah Taala. Seiring dengan
pengaruh syair Arab yang begitu berpengaruh di kalangan masyarakat Arab,
ucapan ini telah berevolusi dengan penambahan-penambahan pujian terhadap
Baginda Rasulullah s.a.w. dan melahirkan kesyukuran terhadap Allah Taala. Di
Malaysia, seni marhaban ini sering diucapkan ketika sambutan Maulidur Rasul
s.a.w., majlis-majlis perkahwinan, ketika menyambut kelahiran cahaya mata dan
majlis-majlis kesyukuran serta khatam Al-Quran. Ia mengandungi puji-pujian
kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan sifat-sifatnya yang terpuji dan mulia
serta melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah Taala.

6
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
2009
2.0 Syarat-syarat Penyertaan

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan untuk pertandingan Marhaban. Syarat


berikut menjadi garis panduan untuk para peserta yang menyertai pertandingan
ini adalah seperti berikut ;

i. Ahli kumpulan hendaklah warganegara Malaysia sahaja.


ii. Ahli kumpulan hendaklah mengandungi tidak lebih daripada 10 orang
termasuk vokalis dan pemuzik (jika ada). Ahli kumpulan tidak boleh
bercampur anggota antara lelaki dan perempuan.
iii. Penyertaan boleh terdiri dari wakil badan kerajaan, agensi swasta,
sekolah, universiti, persatuan, kumpulan persendirian dan sebagainya.
Wakil bagi organisasi boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
iv. Yuran penyertaan adalah RM 30.00 bagi setiap kumpulan.
v. Perbelanjaan dan segala kos yang berkaitan bagi tujuan ini adalah
tanggungjawab masing-masing.
vi. Pakaian peserta hendaklah yang menutup aurat, bersopan dan
bersesuaian dengan nilai-nilai Islam.

3.0 Lagu, Muzik dan Persembahan

3.1 Untuk lagu marhaban, bacaan rawi tidak diperlukan. Masa yang
diperuntukkan adalah 8 minit. Tiada had umur untuk peserta marhaban.
3.2 Persembahan diwajibkan menampilkan persembahan yang menarik dan
menepati kesopanan ketimuran.

7
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
2009
4.0 Penghakiman
Penghakiman akan diadili jawatankuasa penghakiman yang berkuasa
memberikan keputusan muktamad. Penghakiman berdasarkan pada :

i. Vokal = (40 Markah)


ii. Nahu/Lahjan = (20 Markah)
iii. Persembahan = (20 Markah)
iv. Keterampilan = (20 Markah)

4.0 Hadiah

Tempat pertama : Piala Iringan & Wang Tunai RM 1,000.00


Sijil Penyertaan

Tempat Kedua : Piala Iringan & Wang Tunai RM 750.00


Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga : Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00


Sijil Penyertaan

Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja.

5.0 Lain-lain

6.0 Syarat-syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang
akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi
mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberikan keadilan kepada
semua pihak.
6.1 Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan
ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak boleh dituntut kepada pihak
penganjur.
6.2 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan
boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan,
Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Sila hubungi :
• En. Hasan Abdullah = 03-80264352
• Cik Syazana = 03-80264476

8
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
2009

9
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
2009

PERTANDINGAN KOMPANG

1.0 Pengenalan Mengenai Asal Usul Kompang

Kompang merupakan salah satu warisan Melayu yang dikatakan berasal dari
Negara Arab dan dikenalpasti dibawa ke Malaysia semasa Zaman Kesultanan
Melayu Melaka pada kurun ke-14 oleh pedagang-pedagang India-Muslim.
Kompang biasanya dimainkan oleh masyarakat Melayu untuk perarakan
pengantin dalam sesuatu majlis perkahwinan, perarakan tetamu kehormat dalam
sesuatu majlis rasmi, majlis marhaban, majlis berkhatan, perasmian sesuatu
program atau acara yang melibatkan ”gimik” dan boleh juga digunakan oleh
kelab penyokong untuk memeriahkan acara sukan seperti kelab bolasepak,
kumpulan orkestra, nasyid dan kumpulan-kumpulan muzik Melayu yang lain.

2.0 Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Kompang.

2.1 Peserta

2.1.1 Ahli kumpulan hendaklah warganegara Malaysia sahaja.


2.1.2 Setiap pasukan bebas menentukan bilangan lelaki dan perempuan.
2.1.3 Setiap pasukan mestilah mempunyai ahli di antara 12 - 16 orang.
2.1.4 Hanya kompang sahaja yang dibenarkan dan hendaklah
disediakan oleh pasukan masing-masing.

2.2 Tema, Lagu & Persembahan

2.2.1 Setiap kumpulan WAJIB menyampaikan dua buah lagu.


2.2.2 Masa persembahan adalah diantara 10 - 12 minit.
2.2.3 Markah akan dikira berdasarkan 5 minit untuk pukulan rawi (tanpa
lagu) dan 5 minit untuk pukulan kreatif (serta lagu).
2.2.4 Bendera HIJAU akan diangkat oleh penjaga masa bagi
menunjukkan persembahan dan masa bermula.
2.2.5 Bendera KUNING akan diangkat oleh penjaga masa menunjukkan
masa 10 minit telah berlalu.
2.2.6 Bendera MERAH akan diangkat menunjukkan masa telah tamat
(12 minit) dan peserta dikehendaki menamatkan persembahan
mereka.
2.2.7 Markah tidak akan dikira setelah masa tamat.

10
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
2009
2.3 Fokus Pemarkahan

2.3.1 Pemarkahan adalah dibahagikan seperti berikut:


a. Pukulan 40 %
b. Lagu/Selawat 30 %
c. Kreativiti 20 %
d. Disiplin/ Pakaian 5%
e. Masa 5%

Jumlah 100 %

3.0 Penghakiman

3.1 Para juri terdiri daripada golongan profesional dan mereka yang arif dalam
bidang kompang.
3.2 Tiga orang atau juri/hakim akan mengadili pertandingan ini dan dibantu
oleh seorang penjaga masa.
3.3 Segala keputusan juri adalah muktamad.
3.4 Sebarang bantahan berhubung keputusan pertandingan hendaklah dirujuk
kepada Ketua Juri berserta bayaran sebanyak RM 100.00. Wang tidak
akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.

4.0 Hadiah

Tempat pertama : Piala Iringan & Wang Tunai RM 1,000.00


Sijil Penyertaan

Tempat Kedua : Piala Iringan & Wang Tunai RM 750.00


Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga : Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00


Sijil Penyertaan

Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja

11
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
2009
5.0 Lain-lain

5.1 Semua persembahan hendaklah dimainkan secara langsung (‘LIVE’)


tanpa mikrofon.
5.2 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dibatalkan
penyertaannya.
5.3 Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan
ini adalah dibawah tanggungjawab sendiri dan tidak dibenarkan membuat
sebarang tuntutan.
5.4 Segala perbelanjaan pakaian dan persediaan termasuk peralatan adalah
dibawah tanggungan pasukan masing-masing.
5.5 Yuran penyertaan sebanyak RM 20.00 untuk setiap pasukan.
5.6 Syarat-syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang
akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi
mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberikan keadilan kepada
semua pihak yang terlibat
5.7 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan
boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan,
Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Sila hubungi :

• En. Hasan Abdullah = 03-80263184


• Cik. Syazana = 03-80264476

12
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
2009

13
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
2009

PERTANDINGAN NASYID

1.0 Pengenalan

Permulaan nasyid didendangkan di tanah Arab khususnya di tanah Syam, dalam


bentuk rakaman kaset, adalah pada sekitar akhir 1960-an. Pada ketika ini, hanya
terdapat munsyid-munsyid secara solo, yang biasanya bernasyid di majlis-majlis
tertentu seperti hari kebesaran Islam, dan majlis-majlis perkahwinan. Munsyid
pertama yang dikesan sekitar akhir tahun 1960-an sehingga ke tahun 70-an,
adalah beberapa orang antaranya Abu Mazen (bukan Mahmoud Abbas
ya!), Abul Jud atau nama penuhnya Muhammad Munzir Sarmini. Kedua-dua
mereka dari Syria, yang banyak mendendangkan nasyid-nasyid sufi diiringi
kompang atau duff yang biasa.

2.0 Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Nasyid.

2.1 Ahli kumpulan hendaklah warganegara Malaysia sahaja.


2.2 Syarat-syarat dan peraturan Pertandingan Nasyid Terbuka MPSJ
diwujudkan sebagai garis panduan dalam membuat pemilihan peserta,
menjalankan pertandingan dan menentukan pemenang melalui proses
pengadilan yang tersusun dan adil.
2.3 Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 30.00 untuk satu kumpulan.
2.4 Setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi daripada 6-8 orang ahli.
2.5 Sesuatu kumpulan dianggap tidak layak menyertai pertandingan ini
sekiranya mana-mana ahli kumpulannya terdiri daripada penyanyi
professional. (Penyanyi professional ialah mereka yang telah membuat
album sama ada dalam bentuk piring hitam, kaset, atau cakera padat baik
secara solo mahupun berkumpulan).

2.6 Setiap persembahan hendaklah secara ‘live’ / langsung dan bagi


kumpulan yang menggunakan kaedah ‘Minus One’ hendaklah diserahkan
kepada pihak penganjur 2 hari sebelum pertandingan.

2.7 Setiap kumpulan dikehendaki menyertakan lirik lagu semasa menghantar


borang peryertaan dan lirik lagu hendaklah berunsurkan nilai – nilai Islam.

2.8 Pakaian bagi peserta lelaki hendaklah bersopan dan sesuai dengan
kehendak nilai-nilai Islam manakala wanita adalah baju kurung.

14
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
2009
3.0 Lagu

3.1 Setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan satu lagu sahaja samada


lagu tradisional atau lagu moden. Lagu-lagu yang dimaksudkan adalah :

a) Lagu Tradisional
- berunsurkan Bayati, Nahwan, Sikah, Ras, Sobah dan Hijjaz.

b) Lagu Moden
- berunsurkan selain dari lagu tradisional tidak termasuk rentak Rock,
Heavy Metal, Jazz dan Rap.

3.2 Setiap kumpulan nasyid hendaklah mempersembahkan 1 buah lagu


nasyid dan hendaklah disampaikan dalam masa tidak lebih dari 6 minit.

3.3 Lirik lagu hendaklah berunsur nilai-nilai murni Islam yang bertujuan untuk
memupuk semangat dakwah Islamiah, semangat patriotik dan kehidupan
sejahtera, membenteras gejala-gejala sosial, meningkatkan nilai-nilai
kemanusiaan sejagat dan seumpamanya.

3.4 Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan lirik lagu.

4.0 Peralatan Muzik

Alat – alat muzik untuk Nasyid adalah :

a) Yenkee (Gendang Turki)


b) Kompang
c) Bonggo
d) Tamborin
e) Marakas
f) Congga
g) Rebana
h) Shaker

15
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
2009
5.0 Penghakiman

5.1 Penghakiman akan diadili oleh sebuah panel hakim yang akan dilantik
oleh penganjur dan keputusan adalah muktamad. Penghakiman
berdasarkan pada aspek-aspek berikut :
i. Vokal - 40 markah
ii. Persembahan - 30 markah
iii. Pakaian - 15 markah
iv. Penyampaian - 15 markah

5.2 Pakaian peserta hendaklah bersopan sesuai dengan nilai-nilai Islam.


Manakala pakaian bagi peserta wanita adalah baju kurung.

6.0 Hadiah

Tempat pertama : Piala Iringan & Wang Tunai RM 1,500.00


Sijil Penyertaan

Tempat Kedua : Piala Iringan & Wang Tunai RM 750.00


Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga : Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00


Sijil Penyertaan

Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja

7.0 Lain-lain

7.1 Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan


ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak boleh dituntut kepada pihak
penganjur.
7.2 Semua peraturan wajib dipatuhi.
7.3 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan
boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan,
Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Sila hubungi :

• En. Hasan Abdullah = 03-80264352


• Cik Syazana = 03-80264476

16
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
2009

17

Anda mungkin juga menyukai