Anda di halaman 1dari 3

MAKLUMAT TENTANG PENGURUSAN BILIK SUMBER/ APD

BIODATA
Nama: Nurul Aini Bt Abdul Rahim
Umur:30 tahun
Pendidikan:
Jawatan: 1. Guru Perpustakaan dan Media
2.Penolong Penyelaras Sukan dan Permainan
3. Guru Penasihat Kelab Pelaburan Bijak
4. Guru Penasihat Kelab Bola Tampar
5. Ketua Panitia Perdagangan dan Perniagaan

PENGURUSAN BILIK SUMBER/APD


1. Menguruskan Pinjaman Buku Secara Manual Melalui Kad.
-Murid SMK Sanglang menggunakan sistem secara manual dalam sesi peminjaman buku.
Tempoh masa yang diberikan adalah selama seminggu. Setiap kad boleh diperbaharui untuk
seminggu yang seterusnya.
-Murid SMK Sanglang memberikan sambutan yang memuaskan walaupun penglibatan mereka
tidak terlalu banyak.

2. Membuat Pengelasan Buku


-SMK Sanglang menggunakan sistem pengelasan “dewey” bagi membuat pengelasan buku yang
terdapat di sekolah. Terdapat kod-kod yang tertentu dalam setiap rak-rak yang telah ditetapkan.

3. Rekod Perolehan Buku


-Setiap buku haruslah direkod terlebih dahulu sebelum dipinjamkan kepada murid. Bagi rak
“redspot”, murid tidak dibenarkan meminjam buku daripada rak ini. Buku di rak ini terdiri
daripada kamus, Al-Quran dan sebagainya.
4. Program Nilam
-Perbezaan program nilam adalah berbeza dari tahun sebelumnya. Terdapat sistem baharu yang
telah diperkenalkan di mana jumlah buku yang dipinjam oleh murid dibahagi mengikut bintang
berbanding sebelumnya yang menggunakan sistem pingat. Jumlah bintang dikira dari satu
sehingga lima bintang. Bentuk buku nilam juga berbeza dari sebelumnya. Satu bintang meliputi
beratus-ratus buku. Pencapaian murid dalam Nilam pada tahun 2016 bagi Tingkatan 1 adalah
sebanyak 2107 buku dan seramai 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Manakala bagi Tingkatan 3
pula terdiri daripada 4096 buah buku yang mmeliputi 8 orang yang memenangi pingat gangsa.
Manakala, bagi penglibatan murid Tingkatan 5 pula adalah sebanyak 4145 buah dengan 16 orang
gangsa. Terdapat guru yang bertugas dalam bilik media dan bilik SAL. Setiap bahagian bilik
akan diperiksa oleh Pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan sekurang-kurangnya sebanyak 3
kali setahun.

5. Pengawas Perpustakaan
-Biasanya pengawas perpustakaan akan turut menjalankan tugas di bilik media, bilik komputer
dan di bilik SAL mengikut jadual yang telah ditetapkan. Terdapat seramai 25 orang pengawas
yang dipilih berdasarkan perjanjian di mana mengikut keinginan mereka sendiri untuk dilantik
tetapi mereka perlu menjalankan sesi temuduga. Antara kriteria yang perlu dimiliki oleh
pengawas perpustakaan seperti rajin, komited terhadap tugas mereka serta berkemahuan.
Biasanya pengawas akan menguruskan hal-hal berkaitan peminjaman serta pemulangan buku.
Mereka juga ditugaskan dalam menyusun buku di rak serta memastikan perpustakaan berada
dalam keadaan yang baik dan bersih.

6. Pembelian Buku
Biasanya pembelian buku akan diberikan oleh pihak pentadbiran sekolah masing-masing. Pada
tahun ini peruntukan yang diperuntukkan kepada perpustakaan adalah sebanyak RM4467.20.
Buku biasanya diperolehi melalui pembelian sendiri melalui dana yang telah diberikan. Selain
itu, terdapat juga pemberian daripada pihak yang terlibat seperti Perpustakaan Negara, UNIMAP,
guru serta ibu dan bapa.

7. Program yang Dilaksanakan


Antara program yang dilaksanakan di sekolah adalah Kem Kepimpinan Pengawas Perpustakaan,
Bekerjasama dengan Panitia Bahasa bagi bulan bahasa. Selain itu terdapat juga Program
Khidmat Bakul bergerak di mana program ini melibatkan guru yang terlibat dalam menggantikan
kelas yang membawa buku keluar dari perpustakaan dengan menggunakan bakul yang telah
disediakan.
CABARAN MENGURUSKAN PERPUSTAKAAN
1. Kurang pengalaman dalam menguruskan perpustakaan
-Kebanyakan guru yang menguruskan perpustakaan akan menggalas tugas ini dengan begitu
lama sebelum menggantikan guru yang baru. Sekiranya pertama kali posting biasanya masih lagi
memerlukan pengalaman yang banyak.

2. Ingin menerapkan minat mmebaca dalam kalangan murid sekolah.


- Biasanya murid di seklah luar bandar kurang membaca terutamanya orang Melayu. Oleh itu,
bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan murid melalui perana perpustakaan sekolah
sahaja amatlah mencabar.

3. Kewangan
-Biasanya jumlah peruntukan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada perpustakaan adalah
tidak mencukupi. Bagi menghasilkan perpustakaan yang selesa dan kondusif kepada semua
murid dan guru amat mencabar kerana masalah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai