Anda di halaman 1dari 21

i

SISTEM PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS :


KAEDAH NUMBERING BAGI MURID TAHUN SATU SEKOLAH RENDAH

UNAISAH BINTI BERAHIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai


memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) Dengan Kepujian

Fakulti Pendidikan Teknikal


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

MEI 2011

ii

PENGHARGAAN

Alhamdulillahi rabbil alamin. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah


SWT kerana dengan kurniaNYA, maka dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini
dengan jayanya.
Di kesempatan ini, saya ingin menujukan sekalung penghargaan yang ikhlas
kepada pensyarah saya, PM. Ahmad Bin Esa. Beliau telah banyak memberi nasihat dan
pengajaran sepanjang perlaksanaan projek ini dijalankan. Kebanyakkan hasil projek
yang saya perolehi adalah berdasarkan tunjuk ajar beliau.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Besar saya, Pn. Normi Binti Jantan
dan pihak sekolah yang banyak membantu sepanjang saya melaksanakan kajian ini.
Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada suami, ibu
dan bapa yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan saya dan motivasi yang mereka
berikan dari semasa ke semasa . Tidak dilupakan kepada rakan seperjuangan khususnya,
Pn. Haslinda Binti Maszalan dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak yang
turut membantu saya dalam pembangunan projek ini.
Akhir sekali kepada para pembaca, semoga dengan pembacaan projek ini, anda
mendapat manfaat darinya dan dapat disampaikan kepada orang lain. Mana yang baik itu
datangnya dari Allah dan perkara yang kurang itu datangnya dari saya sendiri sebagai
hambaNya yang daif. Wallahualam bissawab.

iii

ABSTRAK

Kementerian Pendidikan telah melaksanakan beberapa program penting antaranya


ialah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Program ini dilancarkan untuk semua
sekolah kerajaan. Idea pembangunan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks : kaedan
numbering bagi murid tahun satu sekolah rendah ini adalah merujuk kepada
permasalahan murid tahun satu dalam menguruskan buku teks SPBT di kelas
masing-masing. Murid tahun satu sekolah rendah menghadapi masalah mengenal
buku teks mereka kerana buku teks SPBT biasanya dibalut dengan plastik lutsinar
dan sama dengan buku teks rakan sekelas. Dengan mengandaikan semua murid tahun
satu masih tidak tahu membaca, keadaan ini amat menyukarkan guru kelas untuk
membantu mereka mencari buku mereka. Guru kelas perlu melihat nama murid di
data peminjam di kulit buku setiap kali buku teks tersebut tertukar pemilik.
Pembangunan sistem SPBT ini juga bertujuan untuk membantu guru-guru
terutamanya guru SPBT dan guru kelas dalam memantau keselamatan buku teks
seperti kehilangan dan kerosakan. Selain itu, dapat membantu pihak ibu bapa /
penjaga khasnya dalam mengurangkan kos penggantian buku teks SPBT yang hilang.
Kajian ini dilakukan di Unit Skim Pinjaman Buku Teks di Sekolah Kebangsaan
Serkam Darat, Merlimau Melaka menggunakan sistem pemantauan buku teks SPBT
tahun satu dengan menggunakan kaedah numbering yang ditampal pada kulit buku
teks SPBT.

iv

KANDUNGAN

TAJUK

PENGHARGAAN

ii

ABSTRAK

iii

KANDUNGAN

iv

PENGENALAN

LATAR BELAKANG MASALAH

PERNYATAAN MASALAH

OBJEKTIF KAJIAN

PERSOALAN KAJIAN

SKOP KAJIAN

BATASAN KAJIAN

KEPENTINGAN KAJIAN

DEFINISI DAN ISTILAH OPERASIONAL

CARTA ORGANISASI

METODOLOGI

13

TINDAKAN

13

HASIL TINDAKAN

14

PERBINCANGAN

15

KESIMPULAN

15

CADANGAN

17

PENUTUP

17

RUJUKAN

18

LAMPIRAN

20

BAB 1

PENGENALAN
1.1

Pengenalan Projek

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merupakan satu program pinjaman buku teks
kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
Program ini mula dilaksanakan pada tahun 1975 dan terhad kepada murid yang ibu
bapa atau penjaga mereka warganegara Malaysia sahaja. Pada tahun 1983, program
ini diperluas ke sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar di bawah Jabatan
Agama Islam Negeri (JAIN).
Skim Pinjaman Buku Teks bermatlamat memastikan semua murid
warganegara Malaysia di sekolah-sekolah kerajaan serta Sekolah Menengah Agama
Rakyat menikmati pendidikan percuma melalui faedah Skim Pinjaman Buku Teks.
Skim Pinjaman Buku Teks bertujuan meringankan beban kewangan yang ditanggung
oleh ibu bapa atau penjaga dan seterusnya memastikan murid warganegara Malaysia
menerima buku teks SPBT pada minggu pertama sesi baru persekolahan bermula.
Pada 7 September 2007, Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia

dalam

perbentangan budget 2008 telah mengumumkan perluasan pemberian buku teks


SPBT kepada semua murid warganegara Malaysia tanpa mengira pendapatan isi
rumah dan bilangan anak. Dasar kelayakan SPBT seratus peratus ini berkuat kuasa di
semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah menengah agama
rakyat mulai 1 Januari 2008.
Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan
dasar desentralisasi bagi memastikan pengurusan dan perlaksanaan buku teks di
bawah SPBT berjalan lancar dan efisien. Melalui dasar desentralisasi ini, Jabatan
Pelajaran Negeri diperturunkan kuasa oleh BBT untuk melaksanakan tugas berkaitan
pemesanan dan pembayaran buku teks SPBT. Penurunan kuasa untuk melaksanakan

vi

tugas-tugas berkenaan bertujuan supaya pemesanan buku teks SPBT di sekolah


menjadi lebih tepat dan realistik.
Bagi melaksanakan pengurusan SPBT yang cekap dan efisien, Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) adalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam tugastugas pengawasan dan penyeliaan terhadap pengurusan dan perlaksanaan SPBT di
peringkat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah. Pengurusan dan perlaksanaan
SPBT memerlukan persefahaman dan kerjasama yang erat di semua peringkat
pengurusan iaitu BBT, JPN, PPD dan sekolah. Setiap peringkat pengurusan
hendaklah memainkan peranan masing-masing secara efisien selaras dengan tugas
dan tanggungjawab yang ditetapkan.
Sekolah berperanan mengurus dan melaksanakan SPBT seperti yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengurusan dan perlaksanaan
SPBT peringkat sekolah melibatkan Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru
Penyelaras SPBT, Guru Kelas, murid dan ibu bapa / penjaga.
Guru Penyelaras SPBT berperanan penting dalam pengurusan SPBT di
sekolah. Oleh itu, Guru Penyelaras SPBT ini dilantik khas oleh pihak sekolah bagi
mengurus dan melaksanakan program SPBT di sekolah. Secara umumnya, tugas dan
tanggungjawab Guru Penyelaras SPBT adalah meliputi tugas pengurusan am,
penentuan keperluan Buku Teks SPBT berdasarkan enrolmen, menerima dan
menyemak buku teks dari penerbit atau pengedar, menyelaras pengagihan dan
pemulangan Buku Teks SPBT, mengurus Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) dan
membantu Guru penolong Kanan Kokurikulum menubuhkan dan membimbing
perlaksanaan aktiviti Kelab SPBT sekolah
Dalam perlaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah,
kesedaran dalam kalangan murid untuk menghargai bantuan yang diberikan kepada
mereka adalah amat penting. Mereka seharusnya dipupuk dengan rasa kesedaran atas
sumbangan yang disediakan oleh kerajaan dalam pendidikan mereka. Oleh itu, murid
perlu memainkan peranan mereka dengan tugas dan tanggungjawab terhadap buku
teks seperti menghargai sumbangan kerajaan, bertanggungjawab dan sayang akan
buku teks SPBT dengan cara menjaga kebersihan dan keselamatan buku teks,
memulangkan buku teks yang dipinjam pada masa yang ditetapkan, menggantikan

vii

buku teks SPBT yang dihilangkan / dirosakkan, membalut buku teks dengan
pembalut yang sesuai, membaik pulih buku teks yang koyak atau rosak, memastikan
buku teks tidak diconteng, ditulis, dikoyak atau digunting dan memastikan semua
buku teks SPBT dibawa pulang pada setiap hari selepas sesi persekolahan berakhir.

1.2

Latar Belakang Masalah

Dasar kerajaan memperluaskan pinjaman buku teks kepada semua murid


warganegara di sekolah seluruh negara sememangnya memberikan cabaran kepada
guru SPBT. Jumlah pesanan dan bilangan buku semakin meningkat dan perlu
ditangani dengan cara yang sistematik dan berhemah agar keselamatan buku-buku
teks terjamin dan tidak berlaku pembaziran. Tugas dan tanggungjawab guru
penyelaras SPBT amat berat bagi memastikan segala tugasan berjalan dengan lancar.
Idea pembangunan pemantauan buku teks SPBT tahun satu sekolah rendah ini adalah
merujuk kepada permasalahan dalam sistem pengurusan pinjaman buku teks sekolah
pada masa kini.
Permasalahan utama adalah permasalahan yang dihadapi oleh murid tahun satu.
Sistem sedia ada menggunakan sistem barkod dan sistem nombor perolehan sebagai
rujukan murid menyukarkan mereka mengenalpasti buku teks SPBT masing-masing.
Sistem sedia ada lebih sesuai digunakan kepada murid yang mahir mengingat nombor
dan yang mahir membaca. Masalah tersebut menyebabkan berlakunya kesukaran murid
dalam mencari buku teks mereka apabila berlaku kehilangan atau kecurian.
Selain itu, guru penyelaras SPBT dan guru tingkatan akan menggunakan sistem
barkod dan sistem nombor perolehan untuk mengagihkan dan mengutip semula buku
teks SPBT dari murid. Proses pengagihan dan pengutipan semula buku teks teks
melambatkan kerja guru SPBT dan guru kelas kerana sistem asal sukar mendapat
bantuan dari murid tahun satu.
Permasalahan lain adalah akan berlaku masalah seperti murid yang kehilangan buku
teks akan mencuri buku murid lain menyebabkan ibu bapa terpaksa mengganti buku teks

viii

tersebut walaupun sepatutnya murid lain yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas


kehilangan buku teks tersebut.

1.3

Pernyataan Masalah

Dasar Kelayakan Seratus Peratus melalui pembentangan Belanjawan 2008 telah


mengumumkan perluasan pemberian buku teks SPBT kepada semua murid
warganegara Malaysia. Pengumuman itu di sambut baik oleh semua ibu bapa /
penjaga kerana dapat mengurangkan perbelanjaan persekolahan anak mereka.
Namun begitu, skim pinjaman buku teks (SPBT) menghadapi masalah iaitu murid
Tahun Satu sering kehilangan atau buku teks dicuri oleh murid lain. Pelbagai kaedah
telah dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut seperti penggunaan barkod dan
penggunaan nombor perolehan pada buku teks. Namun, kaedah tersebut dianggap
sukar dilaksanakan terhadap murid tahun satu yang hampir keseluruhannya belum
tahun menulis, membaca atau mengingat nombor perolehan dan barkod. Untuk
menyelesaikan permasalahan tersebut, satu sistem perekodan menggunakan kaedah
numbering buku teks SPBT telah diwujudkan. Sistem yang mudah dan simple ini
mampu mengajak murid-murid tahun satu sayang akan buku teks mereka, seterusnya
menjadikan mereka seorang yang bertanggungjawab dalam menjaga harta benda
milik kerajaan. Secara tidak langsung penggunaan buku teks boleh digunakan
semaksimum yang mungkin.

1.4

Objektif kajian

Dalam mencapai matlamat untuk membangunkan sistem ini, beberapa objektif telah
dikenalpasti dan difahami supaya spesifikasi yang diperlukan dapat dipenuhi. Berikut
telah digariskan beberapa objektif yang ingin dicapai di dalam pembangunan projek ini:
i. Untuk membangunkan sebuah sistem atau kaedah tertentu yang mampu memantau
buku teks SPBT di kalangan murid tahun satu.

ix

ii. Untuk membangunkan sebuah sistem atau kaedah yang dapat membantu proses
pengagihan dan pengutipan semula buku teks SPBT tahun satu dengan mudah tanpa
bantuan murid supaya dapat mengesan kehilangan dan kecurian buku teks SPBT.

1.5 Persoalan Kajian


Dalam kajian ini, pengkaji telah mengemukakan beberapa persoalan untuk dijawab
iaitu :
i)

Sejauhmanakah tahap kesedaran murid mengenai kepentingan menjaga dan

seterusnya bertanggungjawab ke atas buku teks SPBT yang dipinjam ?


ii) Setakat manakah pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) iaitu Guru
Penyelaras SPBT berperanan memastikan buku teks sentiasa berada dalam keadaan
yang sempurna ketika dipinjam oleh murid.
iii) Adakah terdapat hubungkait di antara kesedaran murid mengenai kepentingan
menjaga buku teks SPBT dengan peranan yang dimainkan Guru Penyelaras SPBT.

1.6

Skop Kajian

Kajian ini hanya difokuskan kepada murid tahun Satu Aktif, Satu Kreatif dan Satu
Inovatif di Sekolah Kebangsaan Serkam Darat. Dalam kajian ini hanya satu elemen
peranan murid sahaja yang difokuskan iaitu bertanggungjawab dan sayang akan
buku teks SPBT dengan cara menjaga kebersihan dan keselamatan buku teks.

1.7

Batasan Kajian

Kajian ini tertakluk kepada batasan berikut:


a.

Sampel kajian adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar tahun satu dan

murid-murid tahun 1. Tanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan yang


diukur adalah pada ketika soal selidik itu diedarkan.
b.

Soal selidik yang diedarkan menghadkan subjek memilih jawapan yang telah

disediakan. Ini mungkin akan mengekang subjek daripada memberi jawapan yang
lebih terperinci.

1.8

Kepentingan Kajian

Terdapat beberapa kepentingan dalam kajian ini iaitu :


i. Pengurusan dan pemantauan buku teks SPBT murid tahun satu dapat dilaksanakan
dengan lebih bersistematik supaya tidak berlaku kehilangan dan kecurian.
ii. Menambahkan kelancaran dan keberkesanan proses pengagihan dan pengumpulan
semula buku teks tahun satu.
iii. Guru-guru kelas dapat menjimatkan masa dalam menguruskan pengagihan dan
pengumpulan buku teks dan maklumat seperti maklumat buku teks yang hilang atau
rosak dan maklumat denda boleh dilaksanakan dengan segera.

xi

DEFINISI DAN ISTILAH OPERASIONAL

Sistem bermaksud proses mengorganisasikan satu set idea, teori atau apa yang perlu
dilakukan. Manakala pengurusan adalah satu proses sosial dibentuk, disusun untuk

menwujudkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah


organisasi untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat.
Buku Teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan
sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku teks
juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di
negara kita buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun
Negara,

Masyarakat

Penyayang

dan

Wawasan

2020.

Terdapat pelbagai definisi lain berkaitan buku teks seperti :


UNESCO
A textbook is a book which an exposition of generally accepted principles in one
subject, intended primarily as a basis for instruction in classroom or pupil-bookteacher situation.
Cambridge International Dictionary of English
A book that contains detailed information about a subject for people who are
studying that subject.
Altbach (1987)
Textbooks are in a way, an illustration of national will and of national policy in many
countries.
Gopinathan (1983)
Buku teks ialah alat yang digunakan secara meluas dalam bilik darjah walaupun
terdapat pelbagai alat bahan bantu mengajar yang canggih dalam era teknologi

xii

maklumat pada masa ini.


Dent (1955)
Buku teks ialah alat perniagaan yang penting dan sukar diganti dengan alat lain.
Buku teks ditulis berdasarkan kehendak Kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP)
dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif,
organisasi kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan
Pelajaran pula menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun
persekolahan. Penulisan buku teks juga dikehendaki menepati keperluan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menekanakan matlamat pendidikan demi memastikan
perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.
Kaedah numbering ialah merupakan satu sistem meletakkan tanda atau
simbol kepada buku teks SPBT supaya mudah dikenali oleh murid-murid dan
seterusnya menjadi satu tanda agar buku teks tersebut tidak mudah tertukar, hilang
atau dicuri.

xiii

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi Skim Pinjaman Buku Teks

Pengerusi
Pn. Normi binti Jantan
Guru Besar SK Serkam Darat

Naib Pengerusi 1
Pn. Fadhilan binti Embi
GPK 1

Naib Pengerusi 2
En. Omar bin Ismail
GPK HEM

Naib Pengerusi 3
En. Saufi bin Yusof
GPK HEM

Penyelaras SPBT
Pn. Unaisah binti Berahim

Setiausaha
Cik Salfarina binti Abu Bakar

Ahli Jawatankuasa
Guru Kelas

Tahun 1 Aktif
Pn. Suhaida binti
Hamzah

Tahun 1 Kreatif
En. Suhaimi bin Siri

Tahun 1 Inovatif
Pn. Fairos binti Ariffin

xiv

CARTA ALIRAN KERJA AGIHAN BUKU TEKS KEPADA MURID

NOVEMBER JANUARI

TAKLIMAT UNIT SPBT GURU HEM/GURU


SPBT BERSAMA GURU KELAS

UNIT SPBT MENYERAHKAN FAIL SPBT


KEPADA GURU KELAS

MURID MENANDATANGANI BORANG SPBT


G DIIKUTI DENGAN GURU KELAS.

GURU KELAS/GURU SPBT MENENTUKAN


JUMLAH BUKU YANG PATUT DITERIMA
OLEH MURID

GURU KELAS BERSAMA MURID


MENGAMBIL BUKU TEKS UNTUK
DIAGIHKAN KEPADA MURID

GURU KELAS MEMASTIKAN PELAJAR


MENANDA TANGANI BORANG SPBT G
ATAU REKOD PINJAMAN

GURU KELAS MENANDATANGANI


BORANG SPBT G SEBELUM
MENYERAHKAN DI BOSS

TAMAT

xv

CARTA ALIRAN KERJA KUTIPAN BUKU TEKS DARIPADA MURID

OKTOBER NOVEMBER

TAKLIMAT UNIT SPBT GURU HEM/GURU


SPBT BERSAMA GURU KELAS

UNIT SPBT MENYERAHKAN FAIL SPBT G


KEPADA GURU KELAS DAN JADUAL
KUTIPAN

GURU KELAS MENYELESAIKAN KUTIPAN


BUKU TEKS

PELAJAR MENANDATANGANI BORANG


SPBT G DIIKUTI DENGAN GURU KELAS

GURU KELAS MENGARAHKAN MURID


MENYUSUN /MENGIKAT MENGIKUT
JUDUL

GURU KELAS MENCATATKAN NAMA


MURID YANG TIDAK HANTAR BUKU/
HILANG/ROSAK

GURU KELAS MENGIRINGI MURID


MENGHANTAR BUKU KE BOSS DAN
MENYERAHKAN KEMBALI FAIL SPBT G
UNTUK DIFAILKAN.

GURU SPBT MENGEMASKINI BUKU STOK

xvi

Carta Alir Pinjaman Buku Teks

Menerima Borang BMM


Menyelaras percetakan Borang
BMM

Lengkapkan
semua
dokumen yang
diperlukan

Mengedarkan
Borang
BMM
kepada pelajar untuk tindakan
waris.
Mengutip borang yang telah
dilengkap isi oleh waris pelajar
Menyemak Borang BMM dan
dokumen sokongan yang diserta
dan menyediakan cadangan
senarai pelajar yang layak.
Lengkap

Tidak

Mesyuarat
untuk
meluluskan
pelajar yang layak Pinjaman
SPBT
Hantar surat kepada
waris
memaklumkan sama ada anakanak mereka layak menerima.
Sediakan rumusan enrolmen dan
kelayakan
pelajar
mengikut
tingkatan.
Mengisi Borang Keperluan Buku
Teks Borang Komputer BTBTR
190 dan buku stok.
PK(HEM)
menyemak
BTBTR 190

Borang

xvii

Pengetua
menyemak borangborang
tersebut
dan
menandatanganinya.
Borang-borang
dihantar
Bahagian Buku Teks, JPNS

ke

Metodologi
Metodologi merupakan suatu teknik yang berorientasikan proses yang digunakan untuk
memodelkan sesuatu aktiviti di dalam suatu sistem.
Pemodelan bagi metodologi ini menggunakan gambar rajah berstruktur yang
menerangkan proses, input, output dan fail yang diperlukan bagi perjalanan sesuatu
urusan. Pemodelan sesuatu proses menggunakan Gambar Rajah Aliran yang
menggambarkan proses, input, output dan fail.
Menerima borang SMM
Menerima senarai nama mengikut abjad
Bagi setiap darjah
Simpan
rekod

Menyediakan set-set buku teks mengikut


Keperluan setiap darjah
Mengagihkan set-set buku teks kepada murid
Berdasarkan nombor
Buku teks akan dikutip semula di hujung tempoh
persekolahan

Carta Alir Pinjaman Buku Teks Dengan Kod Set Buku

Tindakan
Dalam sistem pemantauan pinjaman buku teks tahun satu, murid akan diberikan set-set
buku teks yang dilabelkan dengan kertas stiker yang mempunyai nombor berdasarkan

xviii

pendaftaran masuk kelas. Set-set buku tersebut meliputi buku bagi semua subjek yang
dilabelkan dengan kod-kod yang sama. Pendaftaran ketika memasuki kelas biasanya
menggunakan sistem abjad. Contohnya murid bernama Ahmad diletakkan sebagai murid
pertama kelas satu Aktif. Kod set buku yang akan diperolehinya ialah A01. Jika murid
kelas yang sama diletakkan di nombor dua, set buku yang akan diperolehinya tertera kod
A02. Begitulah seterusnya kepada murid ketiga dan murid-murid yang lain.
Bagi kelas tahun satu yang kedua, murid yang pertama akan menerima set buku
yang mempunyai kod B01, murid kedua menerima set buku berkod B02 hinggalah
murid yang ke 30 akan menerima set buku B30.
Kelas 1 Aktif

Bil
1
2
3

Nama

Kod Buku
A01
A02
A03

Nama

Kod Buku
B01
B02
B03

Nama

Kod Buku
C01
C02
C03

Ahmad
Bakar
Chong

Kelas 1 Kreatif

Bil
1
2
3

Ali
Bala
Faizal

Kelas 1 Inovatif

Bil
1
2
3

Aminah
Hassan
Zulhelmi

Hasil Tindakan
Dengan pengenalan kaedah numbering bagi buku teks tahun 1,
Tahun

Penggantian Buku Teks

Kehilangan Buku Teks

2009
2010

(murid)
15
8

( murid)
21
9

xix

Perbincangan
Kaedah numbering Skim Pinjaman Buku Teks tahun satu sekolah rendah merupakan
Sistem Pengurusan Pinjaman Buku Teks yang berfungsi untuk memantau keselamatan
buku teks dari risiko kehilangan dan kecurian. Sistem ini bertujuan untuk membantu
guru-guru terutamanya guru penyelaras SPBT dan guru kelas dalam memastikan
peminjam iaitu murid tahun satu dapat memastikan buku teks dalam keadaan terkawal.
Penggunaan kaedah numbering ini didapati berkesan berdasarkan data bilangan buku
yang hilang atau dicuri semakin berkurangan setiap tahun. Malahan melalui pemerhatian
dan temubual dengan guru kelas dan murid tahun satu, kajian mendapati mereka lebih
mudah menggunakan kaedah numbering bagi mengenalpasti buku teks mereka. Guru
kelas pula melahirkan perasaan puashati kerana tugas mereka menjadi lebih mudah
kerana dapat mengumpul semula buku teks tanpa masalah. Ini seterusnya mengurangkan
kerja-kerja pengkeranian seperti merekod nama murid yang kehilangan buku teks,
melaporkan kehilangan kepada ibu bapa penjaga bagi tujuan penggantian dan mengutip
denda bagi penggantian buku teks.
Oleh yang demikian, di dalam bab ini akan menerangkan mengenai kelebihankelebihan yang terdapat di dalam kaedah numbering yang dibangunkan. Disamping itu
juga terdapat juga kelemahan-kelemahan yang boleh dibaiki serta kekangan-kekangan di
dalam perlaksanaan kaedah numbering ini.

Kesimpulan
Setelah sistem pemantauan kaedah numbering buku teks ini dilaksanakan, pelbagai
maklum balas yang diterima dari pihak pengguna. Kaedah numbering ini didapati
berkesan malahan dihasilkan menggunakan kos yang murah dan mudah dilaksanakan
dimana-mana sekolah rendah kerana tidak melibatkan kaedah atau perkakasan yang
rumit. Berikut disenaraikan beberapa kelebihan dan kelemahan kaedah numbering
skim pinjaman buku teks tahun satu :
Kelebihan Sistem

xx

Berikut adalah kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam sistem pemantauan ini:


i. Pengurusan dan pemantauan buku teks SPBT murid tahun satu dapat dilaksanakan
dengan lebih bersistematik supaya tidak berlaku kehilangan dan kecurian.
ii. Menambahkan kelancaran dan keberkesanan proses pengagihan dan pengumpulan
semula buku teks tahun satu.
iii. Guru-guru kelas dapat menjimatkan masa dalam menguruskan pengagihan dan
pengumpulan buku teks dan maklumat seperti maklumat buku teks yang hilang atau
rosak dan maklumat denda boleh dilaksanakan dengan segera.

Kelemahan Sistem
Terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah :
i. Proses pelabelan memakan masa yang lama terutamanya jika berlaku perubahan
sukatan pelajaran menyebabkan buku teks yang baru akan diedarkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia.
ii. Sistem ini berkait rapat dengan Sistem Maklumat Murid dan sistem pendaftaran murid
tahun satu. Kebiasaanya guru kelas tidak dapat menyediakan senarai nama murid yang
lengkap pada minggu pertama persekolahan disebabkan pada masa tersebut masih
berlaku perpindahan masuk atau keluar kelas. Ini berbeza dengan dasar BBT yang
mahukan murid mendapat buku teks pada minggu pertama persekolahan.

xxi

Cadangan

Terdapat beberapa cadangan dikemukakan oleh para pengguna Sistem Pengurusan


Pinjaman Buku Teks Sekolah. Antara cadangan penambahbaikan terhadap sistem adalah
seperti berikut:
i. Proses pelabelan set-set buku teks SPBT dilakukan bersama-sama AJK Skim Pinjaman
Buku Teks SPBT. Label kod yang rosak perlu diganti dengan segera sebelum set-set
tersebut diedarkan kepada murid.
ii. Untuk memudahkan set-set tersebut dapat diedarkan dengan mudah kepada murid
tahun satu tahun yang berikutnya, murid tidak perlu mengasingkan set-set buku teks
mengikut judul buku tetapi murid dikehendaki mengikat mengikut set-set yang diterima.
Jika berlaku kehilangan buku teks dalam set tersebut, buku tersebut akan digantikan
dengan stok buku yang belum dilabelkan dan dilabel mengikut kod buku yang hilang.

PENUTUP
Berdasarkan objektif yang telah dibincangkan di dalam bab satu, hampir kesemua
objektif berjaya dicapai. Antara objektif yang terdapat di dalam Sistem Pengurusan
Pinjaman Buku Teks Sekolah adalah, untuk membangunkan sebuah sistem yang dapat
memantau buku teks SPBT supaya sentiasa selamat dari berlakunya kehilangan dan
kecurian oleh murid lain. Selain itu, objektif yang terdapat di dalam sistem ini adalah
untuk membangunkan sebuah sistem yang dapat membantu proses pengagihan dan
pengutipan semula buku teks SPBT tahun satu dengan mudah tanpa bantuan murid
supaya dapat mengesan kehilangan dan kecurian buku teks SPBT.

Anda mungkin juga menyukai