Anda di halaman 1dari 5

Kitaran Ekonomi : 9R untuk Banteras Masalah Tapak Pelupusan yang Tidak Memenuhi Piawai

Pada tahun 2020, terdapat sebanyak 148 tapak pelupusan di seluruh Malaysia, hanya 14 tapak
pelupusan yang bertaraf sanitari. Sanitari itu bukan merujuk kepada sampah sanitari seperti tuala
wanita terpakai atau lampin bayi. Sebelum itu, 114 telah ditutup kerana sudah penuh kapasitinya.
Setiap hari, purata 30,000,000 kg sampah yang rakyat Malaysia hasilkan dan dihantar ke tapak
pelupusan, antaranya kurang daripada 5% yang boleh dikitar semula. Setiap rakyat Malaysia pula
dianggarkan membuang sebanyak 1.64kg sampah setiap hari berbanding anggaran sedunia 1.2kg
setiap orang. Menurut SW Corp, kos pengurusan sampah tahunan Malaysia mencecah RM2 billion.
(Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/574909/rakyat-malaysia-hasil-37890-
tan-sisa-setiap-hari)

Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/732770/14-juta-tan-sampah-pada-2022

Di Selangor sahaja, keluasan lapan tapak pelupusan di negeri tersebut sudah mencecah 1,247
ekar dengan purata sampah yang dibuang sebanyak 7,060,000 kg setiap hari daripada 32.7 juta
penduduk Selangor. (Sumber : http://dewan.selangor.gov.my/question/tapak-pelupusan-sampah-di-
selangor) Secara umumnya, Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari adalah tempat pembuangan
sampah yang dilengkapi sistem pengumpulan gas metana dan air larut resap, loji rawatan air larut
resap dan penutupan liner.

Bagaimana pula dengan 148 tapak pelupusan lain yang tidak bertaraf sanitari? Kesemua tapak
pelupusan ini tiada sistem untuk memerangkap dan mengumpul gas metana. Untuk tapak pelupusan
bertaraf sanitari di Malaysia, walaupun mempunyai lapisan liner, apabila berlaku hujan lebat dan
cecair lebihan tidak sempat disedut, tetap akan melimpah keluar dan mencemari tanah dan saliran air.
Maka keadaan menjadi lebih teruklah dengn tapak pelupusan yang biasa tanpa kelengkapan seperti
taraf sanitari.

Sumber : http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56670/1/FK%202015%2038IR.pdf

Cara yang terbaik untuk mengurangkan sisa atau sampah di rumah sebelum dibuang ke tapak
pelupusan adalah dengan adanya pusat pemprosesan komuniti di setiap mukim atau bandar. Pusat
pemprosesan ini hendaklah mengamalkan 9R supaya setiap jenis sampah boleh diurus dengan baik
dan warga setempat juga dapat memperluas ilmu untuk mengurus dan mengurangkan sampah di
rumah. Bayangkan sekiranya setiap isi rumah dapat berbuat demikian, sampah dapat dikurangkan
secara mendadak dan hal ini juga menyumbang kepada kitaran ekonomi Malaysia yang seimbang.

Sebelum kita ungkaikan langkah-langkah dalam 9R, kini kebanyakan negara masih
mengamalkan ekonomi sehaluan dan 3R. Dengan kitaran ekonomi yang seimbang, pelbagai sumber
dan produk boleh dikembalikan kepada rantai pengilangan untuk pemprosesan yang berterusan
sehingga bahan mentahnya merosot dari segi kualiti dan bahan yang baru perlu ditambah.
Throw away society Better but still not ideal Closed loop

Sumber : http://cocreatesa.nl/news/the-transition-to-the-circular-economy-and-why-it-bodes-well-for-south-africa/

Saban hari kita mendengar Amalan 3R, Reduce, Reuse, Recycle : Mengurangkan, Mengguna
Semula dan Mengitar Semula, kemudian Amalan 5R, Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recycle :
Menolak, Mengurangkan, Mengguna Semula, Mengitar Semula dan Mengubah kepada bentuk tenaga.
Dengan kadar pembuangan sampah yang tinggi, terbukti penguatkuasaan dan tahap kesedaran
terhadap amalan ini amat lemah. Jikalau negara kita ingin mencapai 9R sedangkan kita masih
terkapai-kapai mempelajari amalan 5R, kita hendaklah lebih berusaha lagi dan saling bekerjasama.

Amalan 9R merangkumi Refuse-Menolak, Rethink-Mempertimbang semula, Reduce-


Mengurangkan, Reuse-Mengguna Semula, Repair-Membaiki, Refurbish-Membaik pulih,
Remanufacture-Memperbuat semula, Repurpose-Mengguna semula dalam bentuk yang lain, Recycle-
Mengitar semula, Recover-Mengubah kepada bentuk tenaga. Terdapat sepuluh sebenarnya kerana
langkah Refuse, Menolak diambil kira sebagai 01. Sekiranya terdapat pusat pemprosesan berteknologi
rendah di setiap mukim berbentuk Decentralised, maklumat dapat disebarkan dengan lebih berkesan
dan kesedaran lebih ramai penduduk dapat dipertingkatkan.

Pusat pemprosesan ini akan memainkan peranan sebagai pengantara kontraktor pembersihan
majlis perbandaran dan penduduk, pengumpulan sampah kitar semula dan pusat menyebar maklumat
yang berkaitan dengan pengurusan sampah. Contoh kemudahan yang boleh didapati di pusat sebegini
adalah pengasingan barang kitar semula, pengumpulan minyak masak terpakai, bengkel membaik
pulih alatan elektrik, pertukangan atau jahitan dan kebun komuniti untuk penduduk membawa sisa
makanan untuk dijadikan baja. Dengan hampir setiap jenis barangan yang dapat dibaik pulih atau
dipergunakan sepenuhnya, maka jumlah sampah yang dihantar ke tapak pelupusan akan berkurang.

Selain daripada bertumpu kepada isu alam sekitar, hab ini juga boleh memperkasa golongan
yang hilang pekerjaan, golongan gelandangan dan warga emas dengan menggaji mereka sebagai
pekerja atau penyelia di pusat pemprosesan tersebut. Selain daripada mendapat pekerjaan, mereka
juga boleh belajar kemahiran yang berguna kepada masa depan sendiri dan alam sekitar. Dengan ini,
kehidupan mereka akan menjadi lebih senang dan hidup mereka lebih bermakna.

Di samping itu, pusat pemprosesan ini boleh menjadi tempat untuk menganjurkan jamuan
penghargaan untuk pekerja-pekerja pembersihan yang menjalankan kerja mereka untuk mengutip
sampah dan membersihkan pekarangan taman-taman perumahan kita. Dengan adanya hubungan yang
baik, pekerja akan menjalankan tugas mereka dengan lebih gigih tanpa keluh dan pada masa yang
sama, penduduk juga akan lebih berusaha mengasingkan sisa di punca untuk mengurangkan sampah
di tapak pelupusan. Akhirnya pengurusan sampah di Malaysia akan menjadi lebih berkesan dan
peruntukan perbelanjaan kerajaan dapat dimanfaatkan untuk pembangunan sosial yang lebih penting.
#MOJOKitabySM, #SuaraMasyarakat, #CommunityVoices, #sustainability #kelestarian
#hargaisumber #sikapsederhana #cintaialamsekitar #pencemaran #kejuruteraanbalikan
#segregasi #asingandisumber #MalaysiaTrashyTalk #GenerasiPeduliSampah
#SampahKitaTanggungjawabKita #9R #CircularEconomy #kitaranekonomi #kemampanan
#biarsampahsatukanMalaysia

Kandungan MOJO ini dihasilkan dengan sokongan kewangan European Union. Kandungannya
adalah tanggungjawab penulis sepenuhnya, dan tidak semestinya menggambarkan pandangan
European Union, Internews, atau SOLS 247 atau NGOhub.

Anda mungkin juga menyukai