Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SERI GELUGOR Kod Sekolah: TBA2055

1. Nama Guru NIK HUSNI ADILAH BINTI NIK HASHIM

2. Judul THE HUMAN’S COMPLEX 3. Bidang: PSIKOLOGI

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis
Secara keseluruhan buku ini menceritakan perihal bagaimana cara manusia berfikir baik dari
segi pemikiran baik mahupun buruk. Buku ini akan membawa kita menyelami logik di sebalik
minda dan kelakuan manusia melalui eksperimen-eksperimen yang telah dijalankan oleh saintis
dan pakar psikologi. Kandungan buku ini dapat membuka minda saya dan menjadi asbab untuk
saya bermuhasabah diri untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.

Banyak kajian, debat dan perbincangan mengenainya telah mula dijalankan sejak dari zaman
purba lagi. Antara catatan terawal mengenai psikologi manusia adalah pada tahun 387 SM
apabila ahli falsafah terkenal yakni Plato, mengusulkan pendapat beliau dengan mengatakan
bahawa otak merupakan lokasi atau tempat di mana proses minda berjalan, manakala pada
tahun 335 SM, Aristotle mendakwa proses tersebut berlaku di dalam jantung manusia.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Dalam buku ini ada banyak istilah-istilah psikologi manusia yang menarik minat saya. Antaranya
ialah seperti Mathematical Anxiety, Bystander Effect, Transgressive Intimacy, Unrealistic
Optimism, dan sebagainya.

Dalam tajuk ke-6 Mengapa Seseorang Tidak Menghulurkan Bantuan Ketika Ada Ramai Orang,
ada menceritakan kisah seorang perempuan muda mati dibunuh di kawasan kejiranan tetapi tiada
siapa yang membuat laporan polis sehinggalah meninggal dunia barulah ada yang membuat
laporan polis dan memanggil ambulans. Pada ketika itu terdapat 37-38 orang yang berada
dikawasan tersebut dan menyaksikan peristiwa pembunuhan itu. Namun tiada seorang pun yang
membuat apa-apa tindakan. 10 minit kemudian barulah ada yang memanggil ambulans tetapi
pada waktu itu sudahpun terlambat.

Peristiwa ini dipanggil Bystander Effect oleh ahli psikologi. Ianya berlaku apabila berlakunya
diffusion of responsibility (kesan penyebaran tanggungjawab). Apabila terdapat ramai orang-
orang disekeliling, ramai yang akan menganggap ada yang akan menolong mangsa. Tetapi pada
hakikatnya tiada siapapun yang datang menolong. Rasa tanggungjawab untuk menolong mangsa
berkurangan kerana masing-masing mngharapkan orang lain untuk bertanggungjawab.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Terdapat banyak tajuk yang boleh dikaitkan dengan proses PDPC. Salah satunya ialah tajuk 1:
Kesan Tekanan Kelompok Terhadap Penilaian Individu. Tentu kita semua pernah mengalami
situasi tidak tetap pendirian apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Situasi yang saya
dapat kaitkan ialah situasi dalam kelas semasa sesi bersoal jawab dengan murid. Saya
bertanyakan jawapan samada A, B atau C, kemudian 5 daripada 20 orang murid memilih jawapan
A. Kemudian 20 orang murid lagi memilih jawapan B. Jawapan B telah menjadi jawapan majoriti
dalam kelas. 5 orang murid yang memilih A tadi akan jadi teragak-agak untuk menukar jawapan
kepada B. Kadangkala kita sangka majoriti itu bermaksud betul dan benar. Peristiwa ini
dinamakan tekanan kelompok.

Tajuk lain yang boleh dikaitkan ialah tajuk ke-19 iaitu Mengapa Kita Lemah Matematik? Maryam
Mirzakhani ialah wanita pertama yang memenangi anugerah Fields Medal iaitu pingat
penganugerahan tertinggi dalam bidang matematik, setaraf dengan Nobel Prize. Pada zaman
persekolahan Mirzakhani tidak dapat menjawab soalan matematik sehinggakan gurunya
mengatakan bahawa dia tiada bakat dalam bidang matematik. Hal ini telah memusnahkan
keyakinannya terhadap matematik. Tetapi pada tahun kemudiannya, guru matematiknya
ditukarkan. Guru tersebut sering mendorongnya sehinggalah dia dapat menunjukkan bakatnya
dalam matematik. Situasi ini dinamakan Mathematical Anxiety atau Mathemaphobia.

Sebagai guru, saya banyak memerhatikan sikap murid semasa didalam kelas. Kebanyakan murid
akan merasa takut dan risau untuk menjawab soalan matematik seterusnya langsung tidak
menjawab atau salah menjawab soalan yang ringkas terutamanya murid kelas belakang. Saya
yakin, bukannya mereka tidak tahu, tetapi mereka mengalami mathematical anxiety telah
menyebabkan mereka takut dan melakukan kesilapan kecil semasa menjawab soalan. Setelah
saya sedar, saya akan cuba mengubah pendekatan/ cara pengajaran matematik saya didalam
kelas agar keresahan mereka hilang semasa kelas saya. Saya akan cuba banyakkan memberi
dorongan dan peneguhan positif kepada mereka.

Seterusnya tajuk Adakah Mereka Faham Apa Yang Kita Faham? Dalam buku ini ada menyebut
Curse of Knowledge iaitu sumpahan pengetahuan yang berlaku apabila berlakunya
miscommunication semasa menyampaikan pengajaran. Agak sukar bagi kita untuk mengajar
murid yang tidak mempunyai apa-apa pengetahuan asas tentang topik yang kita ajar. Antara cara
yang diusulkan untuk melepaskan diri daripada sumpahan ini ialah :-
1. Menggunakan kata tanya sebagai fokus untuk mendapatkan jawapan yang baik.
2. Menggunakan kata kunci
3. Menerangkan definisi untuk istilah-istilah yang digunakan
4. Menerangkan dalam bentuk penceritaan
5. Menggunakan gambarajah
6. Elakkan mengguna pengulangan
7. Hafalan tidak digalakkan. Memahami adalah cara yang terbaik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai