Anda di halaman 1dari 48

PENGHASILAN SOS BERASASKAN SAYURAN

BROKOLI UNTUK KEGUNAAN PENAMBAH


RASA BAGI PENDUDUK KAMPUNG
KANCHONG TENGAH

Oleh

HIDAYATUL SOFEA BINTI MOHD FAUZAN

Laporan Projek Yang Dikemukakan Kepada Kolej Vokasional Sultan


Abdul Samad Bagi Memenuhi Sebahagian Daripada Keperluan
Diploma Seni Kulinari

PROGRAM SENI KULINARI


2022

i
PENGAKUAN PENULIS

“Dengan ini saya akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri dan dibuat
berdasarkan undang-undang yang termaktub di bawah peraturan Kolej
Vokasional. Ia adalah asli berpandukan daripada kajian yang telah dilakukan oleh
saya. Projek ini masih belum dihasilkan oleh mana-mana pihak atau institusi untuk
mana-mana diploma atau kelayakan.

Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan oleh saya melanggar
mana-mana syarat yang tertera di atas, segala hasil kerja saya akan di gagalkan
dan didapati sebagai tidak melengkapkan diploma dan bersetuju untuk dikenakan
sebarang tindakan undang-undang di bawah peraturan Kolej Vokasional.”

Nama Penulis : …………………………..........….


Tandatangan : .....................................................
No Kad Pengenalan : .....................................................

Program : …………………………….............
Nama Kolej : …………………………….............
Tajuk Projek : ……………………………............
Tarikh : ……………………………............

Penyelia Projek : ……………………..........………...


Tandatangan : ....................................................

i
PERAKUAN PENYELIA PROJEK (PP)

“Saya dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan ini dan segala
yang terkandung di dalama dalah benar. Projek ini adalah memadai dari segi
skop dan kualiti serta telah memenuhi segala syarat dan undang-undang di
bawah peraturan Kolej Vokasional bagi tujuan penganugerahan Diploma Seni
Kulinari dan Diploma Kemahiran Malaysia.”

Tandatangan : ……………………………………….
Nama : ……………………………………….
No. Kad Pengenalan : ……………………………………….
Tarikh : ……………………………………….

PERAKUAN PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)

“ Saya mengaku telah membaca Laporan Projek ini dan pada pandangan saya,
laporan ini adalah mencukupi dan memenuhi skop dan kualiti bagi tujuan
penganugerahan Persijilan Kemahiran Malaysia.”

Tandatangan : ……………………………………….
Nama : ……………………………………….
No. Kad Pengenalan : ……………………………………….
Tarikh : ……………………………………….

iii
PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada Penyelia


Projek saya, Pn.Nor Aza Binti Alwi yang telah banyak memberi bimbingan dan
nasihat kepada saya untuk menyiapkan projek ini dengan penuh kesabaran.

Tidak lupa juga kepada seluruh keluarga yang banyak memberi sokongan dan
dorongan yang kuat sepanjang kajian ini dijalankan. Kepada semua rakan-rakan
seperjuangan yang secara langsung atau tidak dalam memberikan idea-idea dan
cadangan. Segala tunjuk ajar, nasihat dan panduan tidak akan saya lupakan.

Semoga kajian yang telah dijalankan ini mendapat keberkatan dari Tuhan.

Sekian

iv
ABSTRAK

Tajuk kajian yang dijalankan ialah penghasilan sos berasaskan brokoli untuk
kegunaan penambah rasa bagi penduduk Kampung Kanchong Tengah.
Permasalahan ini diambil dari pernyataan masalah yang dikumpulkan oleh pengkaji
iaitu pembaziran bahan makanan, kurang produk sayuran dipasaran dan
peningkatan masalah kesihatan dalam masyarakat. Maka fokus kajian ini adalah
untuk menangani masalah tersebut dengan cara menggurangkan pembaziran
makanan di Malaysia, mengeluarkan lebih banyak produk berasaskan sayuran
dipasaran serta menggalakkan pemakanan sihat dalam kalangan masyarakat.
Analisis soal selidik telah dilakukan untuk menjawab persoalan pengkaji dan
seramai 30 orang responden dari kalangan penduduk Kampung Kanchong Tengah
dipilih untuk menjawab borang soal selidik tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah
kuantitatif. Berdasarkan hasil dapatan dari analisis tersebut menunjukkan sebanyak
63.3 % responden berpendapat bahawa produk broccoli sauce boleh dikembangkan
dan dipasarkan di pasaran. Dan sebanyak 70 % responden bersetuju tentang
pempaziran yang meningkat setiap tahun. Seterusnya, sebanyak 43.3 % responden
mengetahui khasiat brokoli dan bersetuju bahawa brokoli dapat dijadikan produk
makanan sihat. Beradasakan hasil dapatan kajian yang dilaksanakan , dapat
dirumuskan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pengkaji iaitu membaiki
tekstur dan warna produk. Penambahbaikan lain adalah dengan menambahbaik
dari segi rasa yang bersesuaian dengan cita rasa masyarakat.

v
ABSTRACT

The title of the study is the production of broccoli-based sauce for the use of flavor
enhancers for the villagers of Kampung Kanchong Tengah. This problem is derived
from the statement of problems collected by researchers such as waste of food
stuffs, lack of vegetable products in the market and increased health problems in
society. Hence, the focus of this study is to address the problem by reducing food
wastage in Malaysia, producing more vegetable-based products in the market and
promoting healthy eating among the community. A survey analysis was carried out
to answer the questions of the researchers and 30 respondents from the residents
of Kampung Kanchong Tengah were selected to answer the questionnaire. The
study uses quantitative methods. Based on the findings from the analysis, 63.3% of
respondents were of the opinion that broccoli sauce products can be developed and
marketed in the market. And as many as 70% of respondents agreed on increased
waste every year. Next, 43.3% of the respondents knew the nourishment of broccoli
and agreed that broccoli can be used as a healthy food product. In accordance with
the findings of the study, it can be formulated improvements that the researchers
need to make, which is to improve the texture and color of the product. Another
improvement is to improve the taste that suits the tastes of the community.

vi
ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA M/S

Muka Dalam Laporan Projek I

Pengakuan Penulis II

Perakuan Penyelia Projek (PP) III

Perakuan Pegawai Pengesahan Luar (PPL) IV

Penghargaan V

Abstrak VI-VII

Isi Kandungan IX

Senarai Jadual X

Senarai Rajah XI

Singkatan Perkataan XII

1 Pengenalan

1.1 Pengenalan 1 -2

1.2 Pernyataan Masalah 2-3

1.3 Objektif 3

1.4 Tujuan Projek 3-4

1.5 Skop Projek 4

2 Kajian Literatur

2.1 Nutrisi dan khasiat brokoli 5

2.2 Kebaikkan brokoli 5-6

2.3 Proses pembuatan sos penambah rasa 6

2.4 Pengurangan pembaziran bahan makanan 7

3 Metodologi

vii
3.1 Pengenalan 8

3.2 Reka Bentuk Kajian 8

3.3 Pembangunan Produk 9

3.3.1 Proses Pelaksanaan Projek 9

3.3.2 Resepi Standard 9 - 11

3.3.3 Peralatan Yang Digunakan 12-13

3.3.4 Proses Penghasilan Patty Brokoli 14 -15

3.4 Lokasi Kajian 15

3.5 Populasi Kajian 16

3.6 Sampel Kajian 16

3.7 Instrumen Kajian 16 -17

3.8 Prosedur Pengumpulan Data 17

3.9 Prosedur Analisis Data 18

3.10 Rumusan 19

4 Dapatan Kajian dan Analisis

4.1 Pengenalan 20

4.2 Latar Belakang Responden 20

4.2.1 Analisis Jantina Responden 21

4.2.2 Analisis Umur Responden 21 - 22

4.2.3 Analisis Bangsa Responden 22 - 23

4.3 Hasil Analisis Kajian 23

4.3.1 Pengeluaran produk berasaskan sayuran 23- 24

Di Pasaran

4.3.2 Produk dapat mengurangkan pembaziran bahan 25

Makanan

4.3.3 Menggalakkan Pemakanan Yang Sihat Di Kalangan 26

Masyarakat

4.4 Kesimpulan 27

viii
5 Perbincangan,Implikasi,Sumbangan Cadangan

dan Kesimpulan

5.1 Pengenalan 28

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 28 -29

5.2.1 Mengetahui tahap pendedahan dalam 30

Penghasilan sos Brokoli

5.2.2 Mengetahui tahap pendedahan 30 - 31

Pembaziran Bahan Makanan

5.2.3 Pendedahan tentang makanan sihat dalam 31

Kalangan Masyarakat

5.3 Implikasi dan Sumbangan Kajian 31

5.3.1 Implikasi 31

5.3.2 Sumbangan Kajian 32 - 33

5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 33

5.5 Kesimpulan 34

Rujukan 35 - 36

Lampiran 37- 38

viii
SENARAI JADUAL

Bil Tajuk M/S

1 Jadual 3.3.1 : Proses Pelaksanaan Projek 9

2 Jadual 3.3.2 : Resepi Standard 9 - 11

3 Jadual 3.3.3 : Senarai Peralatan Yang Digunakan 12 - 13

4 Jadual 3.3.4 : Proses penghasilan Broccoli Sauce 14- 15

5 Jadual 3.6.1 : Menunjukkan Nilai Skala Likert 17

6 Jadual 3.8.1 : Menunjukkan Interprestasi Skor Peratusan 18

7 Jadual 4.2.1 : Analisis Jantina Responden 21

8 Jadual 4.2.2 : Analisis Umur Responden 21- 22

9 Jadual 4.2.3 : Analisis Bangsa Responden 22- 23

10 Jadual 4.3.1 : Analisis Pengeluaran produk berasaskan 23- 24

Brokoli

11 Jadual 4.3.2 : Analisis Bagi pengurangan sisa bahan 25

Makanan

12 Jadual 4.3.3 : Analisis Bagi Pengggalakkan pemakanan 26

Sihat Dalam kalangan masyarakat

viii
SENARAI RAJAH

Bil Tajuk M/S

1 Rajah 4.2.1 : Carta Pai Analisis Jantina Responden 21

2 Rajah 4.2.2 : Carta Pai Analisis Umur Responden 22- 23

3 Rajah 4.2.3 : Carta Pai Analisis Bangsa Responden 23- 24


SENARAI SINGKATAN PERKATAAN

Bil SINGKATAN MAKSUD

1 FELDA Federal Land

Development Authority

2 G gram

3 MSG monosodium glutamate


BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Seperti kita tahu brokoli adalah sejenis bunga yang boleh dimakan sama ada
bunganya atau batangnya.Nama lain brokoli adalah Brassica oleracea italica,
berasal dari Mediterranean.Brokoli dalam bahasa English adalah broccoli ,yang
diambil daripada perkataan Itali iaitu Brokolo. Brokoli pertama yg dituai untuk
kegunaan komersial adalah di Amerika Syarikat dan di tanam di Brooklyn, New
York pada awal tahun 1920.

Banyak cara yang kita boleh tentukan semasa membelinya.Sangatlah penting


semasa memilih brokoli, jangan pilih yang berair kerana ia akan menyebabkan
brokoli cepat membusuk.seterusnya,lihat pada bunganya jika berwarna hijau pekat
dan bunganya masih lagi padat dan segar itu adalah brokoli yang sihat.Selain itu,
,brokoli yang sihat mempunyai batang yang masih keras. Brokoli mempunyai
kebaikan iaitu mengurangkan obesiti dan meningkatkan perlindungan kulit terhadap
kerosakan akibat sinaran ultra ungu.

Mengapa produk berasaskan brokoli ini dihasilkan? ini kerana penjimatan masa
yang akan terhasil ketika penyediaannya, seperti contoh sos brokoli yang
dikeluarkan oleh pengkaji , cara penyediaannya hanya dengan dicicah dengan
makanan lain.Ianya amatlah mudah dan menjimatkan masa dan seterusnya
menyelerakan untuk dimakan .Semua produk yang diciptakan atau dihasilkan
mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri kekurangan produk ini ialah warna
produk yang dihasilkan mungkin kurang menarik perhatian kepada kanak-kanak
,tetapi kekurangan ini dapat diatasi dengan menggunakan packaging yang sesuai
dan menarik minat pengguna.Khasiat yang terdapat dalam brokoli
adalah,mempunyai kadar lutein yang tinggi yang akan memberi kebaikan kepada
mata seseorang, Sementara vitamin A sangat penting untuk menjaga retina
mata.khasiat lain dalam brokoli ialah mampu menurunkan berat badan seseorang ,
ini kerana brokoli mempunyai kandungan serat yang tinggi .

1
Sayuran ini kaya dengan antioksidan seperti vitamin C dan E,polifenol,karotenoid
dan juga flavonoid .Brokoli diperakui kepentingan Dan kebaikannya terhadap
badan.Brokoli penting kerana dapat memainkan peranan penting untuk melawan
penyakit kronik yang berpunca daripada masalah kardiovaskular dan
karsinogenik,kanser payudara dan kanser prostat.dan terlalu banyak lagi.
Kebaikannya juga dapat merendahkan kolestrol ,merawat kulit membantu
penghadaman dan banyak lagi.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Oleh kerana ramai kanak-kanak tidak meminati brokoli,banyak pembaziran yang


terjadi.Ini kerana rupa brokoli yang berwarna hijau dan nampak kurang
menyelerakan kepada kanak-kanak.kebiasaan mereka akan mengabaikan sayuran
itu dan membuangnya begitu sahaja.Ini menyebabkan pembaziran yang tidak
diingini terjadi.Laporan daripada M.star.com.my (2016), pembaziran makanan Di
Malaysia Sangat Tinggi.Statistik menunjukkan bahawa jumlah sisa makanan yang
dibuang di Malaysia amatlah mengejutkan: setiap hari, kira-kira 3,000 tan metrik
sisa makanan yang pada asasnya tidak disentuh dan masih boleh dimakan telah
dibuang oleh isi rumah dan jumlah itu adalah mencukupi untuk memberi makan dua
juta orang yang kelaparan.

Selain itu,kurang produk makanan ringan berasaskan sayuran di


pasaran.kekurangan makanan yang berasaskan sayuran di pasaran ini amat
membimbangkan terutama sekali ibu bapa yang menginginkan anak-anak mereka
sihat.Sesetengah kanak-kanak tidak akan makan dan akan menolak sekeras-
kerasnya untuk memakan sayuran jadi produk sayuran boleh membantu ibu bapa
menambah nutrisi sayuran kepada kanak-kanak tanpa bimbang.Dalam artikel Berita
harian(2020)

beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang
memaklumkan, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 yang
menunjukkan 94.9 peratus orang dewasa dan kanak-kanak di negara ini tidak
mengambil jumlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan, iaitu lima

2
hidangan setiap hari.

Seterusnya,oleh peningkatan masalah kesihatan dalam masyarakat.Brokoli


mempunyai banyak khasiat tapi ramai yang tidak tahu akan khasiat dan
kebaikannya .Akibat tidak menyukai dan menolak untuk makan sayuran
peningkatan masalh kesihatan meningkat dan membimbangkan.Masyarakat hanya
akan sedar apabila sudah sakit.kita sering juga mendengar produk makanan yang
berasaskan sayuran seperti perila goreng,mi berasaskan sawi dan lain-lain.Tetapi
kita jarang mendengar produk sayuran yang berasaskan brokoli.Ini kerana brokoli
kurang diminati oleh pelbagai golongan peringkat umur.Mungkin kerana rupanya
atau mungkin juga kerana rasanya yang sedikit pahit.Artikel daripada
healthfoodfor.com tahun (2021),Brokoli adalah salah satu sayuran yang tidak
mempunyai pangkalan penggemar yang besar. Kerana rasa dan penampilan yang
berbeza, ramai orang (kebanyakan kanak-kanak) tidak suka memilikinya di atas
pinggan mereka. Walau bagaimanapun, apa yang mereka tidak menyedari bahawa
sayur sayuran ini adalah sumber nutrisi dan mempunyai banyak manfaat
kesihatan.Hasil daripada kajian yang telah dikaji dan diselidiki menunjukkan
terdapat pelbagai masalah yang melibatkan bukan penggemar brokoli, penggemar
penambah perisa dan pembaziran yang berlaku.Maka pengkaji telah mencipta satu
resepi iaitu produk Broccoli Sauce .Sos ini menyihatkan dan dan berkhasiat.

1.3 OBJEKTIF

1. Mengeluarkan lebih banyak produk sayuran di pasaran.

2. Menggurangkan pembaziran bahan makanan

3. Menggalakkan pemakanan sihat dalam masyarakat

1.4 TUJUAN PROJEK

Untuk mendedahkan kepada masyarakat dengan sayuran dan mengetahui


kebaikannya terhadap badan.Artikel ini diambil daripada berita harian
(2018),menyatakan sayuran mempunyai banyak kebaikan dan tinggi khasiatnya
kepada kita.Sayuran juga dapat membantu badan daripada penyakit berbahaya dan
kronik.sayuran juga dapat meningkatkan daya tahan diri.

3
Seterusnya ialah untuk menggalakkan masyarakat untuk mengambil hidangan
sihat dan mengurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat.Sayuran menjadi
perkara pertama yang ditolak oleh kebanyakan masyarak semasa makan lebih -
lebih lagi kanak- kanak.Dalam artikel mstar (2020),sudah tidak dinafikan lagi
sayuran tidak disukai ramai. Oleh itu, dengan produk Broccoli Sauce ini , sekurang-
kurangnya dapat menrik perharian ramai golongan untuk mencuba dan menikmati
sayuran lebih -lebih lagi brokoli.

Seterusnya,adalah untuk memvariasikan makanan yang sihat berasaskan


brokoli supaya ramai mendapat kebaikan daripada sayuran.seperti dalam artikel di
astro awani, banyak dalam pasaran adalah produk yang berasaskan buah-buahan
dan jarang sekali menggunakan produk sayuran seperti brokoli.Jadi dengan inisiatif
ini,produk ini akan menjadi buah mulut dalam masyarakat kerana produk yang
belum pernah ada dipasaran telah dicipta untuk memenuhi permintaan masyarakat
yang menginginkan kesihatan yang baik.

1.5 SKOP PROJEK

Skop projek penghasilan Broccoli Sauce ini adalah terhad seramai 30 orang
penduduk di Kampung Kanchong Tengah yang umurnya semua terdiri daripada 17-
60 tahun.Mereka telah disoal selidik untuk memperkenalkan produk lain yang
berasaskan brokoli ini. Mereka tidak menafikan tentang khasiat brokoli yang
sememangnya baik untuk badan. Hasil pengumpulan data telah dibuat dan
dikumpul untuk mendapatkan sumber maklumat yang sahih .

4
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 nutrisi dan khasiat brokoli

 manfaat brokoli

Brokoli dapat mencegah badan daripada kanser kerana zat dn nutrisi yang
terkandung di dalamnya. Ia juga dapat mencegah dari kerosakan kulit
kerana terkandung vitamin c yang juga dapat membantu dalam
pertumbuhan tulang. Serat dalam brokoli juga dapat membantu dalam
proses pemcernaan. Seterusnya, brokoli juga dapat melindungi kesihatan
jantung kerana terkandung serat, kalium dan antioksidan.

 keperluan nutrisi dalam badan

Di Dalam sayuran terdapat sejenis kandungan nutrisi dinamakan fitokimia


yang dinyatakan oleh myheath (2015) , brokoli mengandungi klorofil dan
flavonoid yang dapat mengurangkan risiko sakit jantung,stroke dan darah
tinggi dan dapat meningkatkan daya tahan diri.

2.2 kebaikan brokoli

 kebaikan dan khasiat brokoli

Pernyataan harian metro (2021) mengatakan brokoli dianggap makanan


yang terbaik kerana mempunyai gizi yang dapat dimanfaatkan oleh
tubuh.Banyak khasiat brokoli antaranya ialah rendah kalori, bebas lemak
tepu dan tinggi kalium.Jadi brokoli mempunyai banyak khasiat yang kita
tidak tahu kewujudannya dan baik untuk badan.

5
 cara penyimpanan sayuran

Chiller atau peti sejuk adalah tempat untuk menyimpan sayuran. Menurut
butterkicapteam (2018) mengatakan untuk memastikan sayuran bertahan
lama dan elok untuk dimakan suhu peti sejuk haruslah antara 0-4℃. Dan
untuk peti sejuk beku adalah 18 ℃ ataupun kebawah.Ini untuk menidurkan
bakteria pada bahan tersebut dan amat penting untuk tidak membasuh
sayuran sebelum disimpan.

2.3 proses pembuatan sos penambah rasa

 Fungsi sos

Sos adalah sesuatu yang menentukan kehebatan seorang chef itu


sendiri.sos yang baik perlulah mempunyai tekstur yang lembut,berperisa dan
sesuai untuk disajikan bersama makanan itu sendiri.Sos sepatutnya tidak
boleh terlalu kuat rasanya hingga menutupi rasa makanan itu sendiri. Ini
dinyatakan oleh mohd salehuddin mohd zahari pada buku culinary art 1
terbitan 3 (2018).

 cara pembuatan sos penambah rasa

Dalam pembuatan sos brokoli ini bahan utamanya adalah brokoli.menurut


Rozdan Mazalan (2018), mengatakan penambah rasa amat berbahaya dan
tinggi kalori kadar garam monosodium glutamate (MSG), lemak, minyak
yang tinggi.Dalam pembuatan sos brokoli ini tidak menggunakan pengawet
makanan melainkan menggunakan penambah rasa asli.Penambah rasa
yang ditambah adalah garam,gula,cuka dan sedikit bahan pemekat.Jadinya
rasa asli brokoli itu tidak akan terjejas.

6
2.4 pengurangan pembaziran bahan makanan

 pembaziran bahan makanan di Malaysia

Menurut harian metro (2021) sebanyak 16,650 tan sisa makan telah dibuang
setiap hari.Dalam kajian yang dibuat Azrian sobrian mengatakan sisa di
rumah menyumbang 38 peratus lebih banyak berbanding pasar basah yang
menyumbang sebanyak 24 peratus.Beliau juga menyatakan bahawa 1
keluarga membuang 1kg setiap hari dan mengatakan masalah ini harus
ditangani dengan segera dan perlu dipandang serius oleh semua
pihak.Artikel ini diperkatakan di harian metro (2019)

 kesan dan kebaikan pengurangan pembaziran makanan

untuk mengurangkan pembazirab adalah dengan pandai menguruskan


bahan belian semasa ,sebelum dan selepas masak atau makan.Petikan itu
telah diperkatan oleh sinar harian (2021), yang mengatakan pembaziran
sering berlaku semasa bulan ramadhan ga mengatakan kesan
pengurangan pembaziran dapat mengurangkan peruntukan kerajaan untuk
melupuskan sisa pepejal makanan

7
BAB 3

METOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Metodologi adalah analisis teori dan sistematik yang digunakan dalam bidang
pengajian.Dalam bab 3 ini,pengkaji akan membincangkan kaedah Metodologi bagi
sesuatu projek dengan sistematik.Dalam bab ini Metodologi penyelidikan
merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk,mengumpul,menganalisis data yang
boleh menjadi bukti untuk menyokong lebih sesuatu kajian.Metodologi
menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab produk dan kaedah
dibuat dan digunakan.Tujuan metodologi pula adalah untuk membantu untuk
memahami dengan lebih terperinci tentang kaedah dengan kajian lepas.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data yang dikumpul
berdasarkan perancangan yang khusus dan sistematik terhadap sesuatu konsep
pembentukan rangkaian hubungan antara pemboleh ubah yang terlibat dalam kajian
(kerlinger 1970).Dalam penyediaan produk “sos brokoli” ini,metodologi kajian yang
digunakan adalah kaedah kuantitatif.Pengkaji menggunakan borang soal selidik
bagi mengumpulkan data responden dengan lebih relevan dalam kajian
ini.Keputusan kajian daripada data-data yang dianalisis akan mendapatkan
kesimpulan kajian.

8
3.3 PEMBANGUNAN PRODUK

3.3.1 proses pelaksanaan projek.

Tujuan “sos brokoli” ini dihasilkan untuk memvariasikan makanan berasaskan


sayuran di pasaran.selain itu untuk menggalakkan lebih ramai makan makanan
yang berkhasiat.dengan adanya produk “sos brokoli” ini maka lebih ramai mendapat

kebaikan,khasiat dan kepentingan sayuran.Oleh itu penyelidik membuat


perancangan pembangunan produk secara sistematik untuk mencapai objektif yang
telah dinyatakan.

3.3.2 RESEPI STANDARD

Resepi standard adalah satu resepi yang bertulis yang menjelaskan tentang
langkah dan bahan dalam membuat sesuatu hidangan.Resepi juga digunakan
dalam bidang perubatan.Dalam menggunakan standard resepi,sesiapa yang
menggunakannya perlu menyukat bahan dan mengikut prosedur pembuatannya
dengan tepat kerana standard resepi merupakan resepi yang standard yang telah
diolah sehingga mendapat sukatan dan prosedur yang tepat dan boleh digunakan

9
dan boleh diikuti sesiapa sahaja.Biasanya standard resepi digunakan di restoran -
restoran dan hotel.

SOS BROKOLI

Masa penyediaan : Jumlah porsi : Yield

Bil Bahan Kuantiti Kos seunit Jumlah kos (RM)

1 Brokoli 1 bunga RM 3.50 RM 3.50

2 Tepung jagung 4 sb RM 3.00 -

3 Cili 2 tangkai RM 3/g RM 3

4 Garam - - -

5 Gula - - -

6 Lada 4 tsp RM 5.80 -

Jumlah RM 6.50

Cara penyediaan : Peralatan yang


digunakan:

1. Potongkan brokoli kepada potongan kecil dan basuh sehingga


bersih. 1. Stainless steal

2. Panaskan air dan celurkan brokoli tidak terlalu lama. Angkat dan 2. Bowl
rendamkan kedalam air sejuk.
3. Blender
3. Kisar halus brokoli tadi dan tapiskan.masak air perahan tadi
kedalam stock pot dan biarkan mendidih. 4. Chef knife

4. Masukkan perasa seperti garam, lada, gula dan cili.perasakan 5. Chopping


mengikut cita rasa. Biarkan sebentar. board

5. Ambil campuran tepung jagung dan sedikit air dan masukkan 6. Spatula
kedalam rebusan tadi. Biarkan rebusan pekat sehingga menjadi
kepekatan sos yang diingini. 7. Penapis

8. Measuring cup
6. Biarkan sejuk dan masukkan kedalam botol dan simpan kedalam
chiller. 9. Measuring
spoon

10
3.3.3 peralatan yang digunakan

Bil Peralatan Kegunaan

1 ● Untuk mengisar bahan dan


menghaluskan bahan

blender

2 ● Untuk memasak makanan yang


berasaskan air atau liquid

Saucepan

3 ● Digunakan untuk meletakkan


bahan basah ataupun kering

Stainless steel bowl

4 ● Digunakan Untuk menyukat bahan

11
Measuring spoon

5 ● Digunakan untuk menyukat bahan

Measuring cup

6 ● Digunakan untuk mengelas bahan


yang hendak dipotong

7 ● Digunakan untuk memotong bahan

knife

8 ● Digunakan untuk mengacau dan


mengadun

12
spatula

9 ● Digunakan untuk menyimpan


bahan

3.3.4 proses penghasilan sos brokoli

Bil Gambar Cara penyediaan

1 ● Sediakan bahan,basuh dan


potong bahan yang digunakan

2 ● Masukkan brokoli kedalam


pengisar dan kisarkan

13
3 ● Ini adalah selepas brokoli
dikisar.selepas dikisar
peraskan air brokoli .

4 ● Masakkan diatas saucepan


dan letakkan perasa .
Kemudian letakkan bancuhan
tepung jagung dan kacaukan
sehingga sedikit likat

5 ● Wrapkan dan letakkan di peti


sejuk.

● Sos brokoli yang sudah siap

3.4 LOKASI KAJIAN

Kawasan kajian amat penting dalam membuat kajian ini.Kajian ini dijalankan
kepada penduduk Kampung Kanchong Tengah.Kawasan ini terletak di
Banting,selangor.Lokasi yang dipilih pengkaji kerana tempat ini berdekatan dengan
tempat pengkaji dan memudahkan pengkaji untuk mencari responden.Pemilihan
responden sesuai dan dapat membantu penyelidik dan menjawab soalan daripada
responden

14
3.5 POPULASI KAJIAN

Menurut Shahremie Teja (2016) populasi atau sekumpulan individu yang yang
dikenalpasti yang disasarkan oleh pengkaji untuk mewakili sesebuah
kajian.Pemilihan yang dilakukan perlulah mempunyai sifat yang sama dengan
populasi dan penyelidikan.Populasi kajian terdiri daripada Penduduk Kampung
Kanchong Tengah.

3.6 SAMPEL KAJIAN

Sampel kajian Terdiri daripada 30 orang Penduduk dari Kampung kanchong


Tengah.Responden yang dipilih mempunyai pelbagai aspek seperti tidak menyukai
sayuran dan yang tidak menyukai sayuran. Responden yang dipilih mempunyai had
umur 17 - 60 tahun.

3.7 INSTRUMEN KAJIAN

Dalam kajian ini,instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik.Soal


selidik digunakan kerana ianya memudahkan pengkaji untuk menyelidik dan
mendapat maklum balas daripada responden.Responden diberikan masa untuk
yang mencukupi untuk menjawab soal selidik .Soal selidik yang dilakukan adalah
dengan tidak bersemuka,ianya menjadi kelebihan untuk responden untuk menjawab
tanpa memberikan tekanan kepada responden.

Kelebihan borang soal selidik ini adalah kerana kosnya yang rendah dan tidak
perlu berhabis duit untuk melakukan instrumen yang lain.Seterusnya,kos membuat
borang soal selidik adalah lebih murah dan mudah.Borang soal selidik ini
mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian pertama adalah maklumat peribadi dan
latar belakang responden.Bahagian 2 adalah untuk mendapatkan maklumat
persoalan kajian penghasilan produk “sos brokoli” ini,dan seterusnya bahagian 3

15
adalah tentang gambaran menyeluruh tentang “sos brokoli” ini.Dalam setiap soalan
mengandungi 5 soalan dan jumlah keseluruhannya adalah 10 soalan.Setiap soalan
akan diberikan skala likert yang nilainya 1 hingga 5 untuk ditanda.Responden
dikehendaki untuk memilih satu jawapan sahaja.

Nilai bagi skala likert yang digunakan adalah seperti berikut:

1 Sangat tidak setuju

2 Tidak setuju

3 Kurang setuju

4 setuju

5 Sangat setuju

3.8 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Langkah -langkah yang dibuat untuk pengumpulan data adalah dengan


memastikan untuk membuat salinan borang soal selidik kepada
responden.Seterusnya memberikan responden untuk merasa dan menilai produk
yang dihasilkan iaitu broccoli sauce ini.Borang soal selidik yang telah dijawab di
kumpul dan disimpan untuk dijadikan rujukan dalam penilaian produk broccoli sauce
untuk memperbaiki lagi produk.

3.9 PROSEDUR ANALISIS DATA

Data kuantiti yang diberikan dalam soal selidik akan disemak dan diteliti untuk
memastikan semua item dijawab oleh responden.Ini untuk mengelakkan daripada
melakukan kesalahan dalam penandaan ,kerana jika ada soalan yang tidak

16
terjawab oleh responden ianya akan mengakibatkan kekeliruan dan kesalah
fahaman kepada penyelidik semasa menyemak.Borang soal selidik akan dianalisis
dan disemak untuk mendapatkan hasil dan gambaran menyeluruh tentang produk
broccoli sauce .

Data yang dianalisis akan memaparkan peratusan tinggi dan rendah.Maklumat


yang telah dianalisis akan dipaparkan dalam bentuk jadual untuk memudahkan
penyelidik.

INTERPRETASI SKOR PERATUSAN SKOR PERATUSAN

TINGGI 30-100

RENDAH 1-29

3.10 RUMUSAN

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pendedahan terhadap produk inovasi


broccoli sauce dalam kalangan Penduduk Kampung Kanchong tengah.Kajian yang
telah dilakukan juga adalah untuk memberi peluang kepada responden iaitu
Penduduk Kampung Kanchong Tengah untuk merasai produk yang telah dihasilkan
menggunakan sayuran brokoli.

intisarinya ,kajian yang telah dilakukan dalam membuka minda responden


tentang kebaikan dan khasiat brokoli ini kerana banyak golongan yang tidak
menyukai brokoli.Dalam borang soal selidik yang dianalisis pelbagai komen dan
reaksi telah diterima ,ini akan menjadi sumber dan panduan untuk menambah baik
kualiti produk. kepada produk seterusnya menjadi titik mula kepada penyelidik.

17
BAB 4

DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS

4.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan hasil dapatan yang telah
diperolehi setalah borang soal selidik diedarkan kepada responden. Pengkaji
memilih data kuantitif bagi responden memberi maklumbalas terhadap produk iaitu
broccoli sauce Data kuantitif yang diaksudkan ialah borang soal selidik. Sebelum
memulakan penulisan untuk bab ini, pengkaji telah mengedarkan borang soal
selidik kepada responden beliau iaitu penduduk Kampung Kanchong Tengah.
Seramai 30 responden telah dipilih dari pelbagai jantina dan umur.

Bab ini melaporkan dapatan kajian berdasarkan keputusan ujian dan respon
yang diberikan responden pada soalselidik yang diberikan. Semua keputusan dan
respon yang diperolehi di bentangkan dalam bentuk jadual iatu carta pai. Hasil
dapatan kajian yang dikemukakan dalam bab ini adalah untuk menghuraikan
jawapan kepada persoalan pengkaji tentang produk yang dihasilkan iaitu broccoli
sauce . Untuk menjawab persoalan kajian tersebut, pengkaji telah menggunakan
statistik deskriptif bagi menjawab soalan kajian 1 dan 2 untuk menjelaskan latar
belakang responden, soal selidik berkenaan dengan minat responden terhadap dan
pendapat untuk mengeluarkan produk broccoli sauce iini dipasaran. Analisa data
dari borang soal selidik dilakukan melalui proses taburan frekuensi iaitu untuk
menjawab kekerapan dan peratus. Bagi menjawab soalan kajian.

4.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN

Rajah 1 hingga 3 akan membentangkan laporan maklumat tentang latar belakang


responden yang dipilih oleh pengkaji. Responden iaitu seramai 30 orang penduduk
Kampung Kanchong Tengah yang telah diklasifikasikan mengikut umur dan jantina.
Setiap item adalam dalam bentuk peratusan.

18
4.2.1 ANALISIS JANTINA RESPONDEN

Dapatan hasil kajian menunjukkan 30 responden, seramai 46.7% ataupun seramai


14 orang terdiri daripada perempuan. Manakala selebihnya iaitu 53.3% ataupun
seramai 16 orang pula terdiri daripada responden lelaki. Maklumat dapat ditafsir
dengan lebih jelas pada jadual 4.2.1 dan rajah 4.2.1 yang enunjukkan latar belakang
responden mengikut jantina lelaki dan perempuan.

Jantina Peratusan Nilai

Perempuan 46.7% 14

Lelaki 53.3% 16

Rajah 4.2.1

19
4.2.2 ANALISIS UMUR RESPONDEN

Jadual 4.2.2 dan rajah 4.2.2 memaparkan analisis umur responden yang telah
dilakukan pengkaji. Sebanyak 33.33% iaitu sebanyak 10orang responden yang
beruur lingkungan 31- 60 tahun dan selebihnya 66.7% iaitu seramai 20 orang yang
berumur dalam lingkungan 17- 30 tahun. Ini menunjukkan jumlah responden yang
diambil adalah daripada lingkungan remaja dan warga tua. Objektif mengapa
pengkaji mengambil responden dalam lingkungan tersebut adalah untuk
memberitahu bahawa produk sauce broccoli ini sesuai untuk semua peringkat umur.

umur Peratusan Nilai

17- 30 33.3% 20

31 - 60 66.7% 10

Rajah 4.2.2

20
4.2.3 ANALISIS BANGSA RESPONDEN

Jadual 4.2.3 dan rajah 4.2.3 memaparkan analisis bangsa responden yang
dilakukan pengkaji. Oleh kerana peratusan penduduk Kampung Kanchong Tengah
adalah melayu dan tiada bangsa yang lain, jadi peratusan bangsa adalah 100 %
melayu.

Bangsa Peratusan Nilai

Melayu 100% 30

Cina 0% 0

India 0% 0

Lain-lain 0% 0

Rajah 4.2.3

21
4.3 HASIL ANALISIS KAJIAN

4.3.1 PENGELUARAN PRODUK SAYURAN BERASASKAN BROKOLI


DIPASARAN

Jadual dan rajah 5 menujukkan hasil kajian yang berkaitan dengan penghasilan
produk sos brokoli dengan lima item yang telah disoal oleh pengkaji kepada
responden . Hasil dapatan telah diperoleh oleh pengkaji melalui analisis skor
berdasarkan skala 1-sangat tidak setuju, 2- tidak setuju, 3-kurang setuju, 4-setuju,
5-sangat setuju.

BIL Item SKALA

1 2 3 4 5

1 Adakah produk sos brokoli ini mampu untuk - - 3 22 5


bersaing dipasaran ? 10.0% 73.3% 16.7%

2 Pada pendapat anda, adakah sos brokoli ini dapat - - 2 25 3


menarik minat masyarakat? 6.7% 83.3% 10.0%

3 Adakah produk sayuran yang berasaskan brokoli ini - - 4 20 6


sesuai dijual di pasaran ? 13.3% 66.7% 20.0%

4 Adakah produk sos brokoli sesuai untuk dipasarkan? - - 4 19 7


13.3% 63.3% 23.3%

5 Adakah Produk sos brokoli ini tidak berpontensi 12 4 4 7 3


untuk dikembangkan .? 40.0% 13.3% 13.3% 23.3% 10.0%

Jadual 4.3.1 analisis bagi pengeluaran produk sayuran bersaskan


brokoli

Hasil kajian yang berkaitan mendapati bahawa sebanyak 63.3% responden


bersetuju bahawa sos brokoli ini dapat dipasarkan. Selain itu, seramai 40%

22
responden tidak bersetuju bahawa produk sos brokoli ini tidak mampu
dikembangkan

4.3.2 PRODUK DAPAT MENGURANGKAN PEMBAZIRAN MAKANAN

BIL SOALAN SKALA

1 2 3 4 5

1 Dengan adanya produk Sos brokoli ini sisa bahan - - 7 9 14


makanan dapat dikurangkan. 23.3% 30.0% 46.7%

2 Adakah produk ini dapat menjimatkan bahan – bahan - - 7 12 11


masakan dan menjadi makanan tambahan? 23.3% 40.0% 36.7%

3 Adakah anda rasa pembaziran di Malaysiameningkat - - 3 6 21


dari tahun ke tahun? 10.0% 20.0% 70.0%

4 Adakah dengan penghasilan produk ini dapat - - 2 14 14


menyedarkan masyarakat tentang pembaziran makanan 6.7% 46.7% 46.7
?

5 Adakah produk sos brokoli ini dapat menyedarkan - - - 13 17


masyarakat bahawa sayuran juga boleh divariasikan 43.3% 56.7%
tanpa dibazirkan?

Jadual 4.3.2 analisis bagi produk dapat mengurangkan pembaziran makanan

Berdasarkan jadual diatas,sebanyak 70.0% iaitu sebanyak 21 orang responden


bersetuju bahawa pembaziran meningkat dari tahun ketahun. Ini kerana mereka
sedar akan faktor dan penyebab pembaziran sisa bahan. Seterusnya, 56.7%
respondan mengakui bahawa sos brokoli dapat meyedarkan masyarakat tentang
pembaziran yang berlaku di Malaysia.

23
4.3.3 MENGGALAKKAN PEMAKANAN YANG SIHAT DALAM KALANGAN
MASYARAKAT

BIL SOALAN SKALA

1 2 3 4 5

1 Tahukah anda tentang khasiat yang terdapat di dalam 1 4 10 15


brokoli ? 3.3% 13.3% 33.3% 50.0%

2 Adakah produk sos brokoli ini sesuai dijadikan sebagai 4 13 13


makanan sihat ? 13.3% 43.3% 43.3%

3 Adakah anda rasa sos brokoli akan mendapat perhatian 6 18 6


daripada semua golongan untuk dijadikan makanan 20.0% 60.0% 20.0%
sampingan?

4 Setujukah anda bahawa sayuran brokoli ini sesuai untuk 2 13 15


divariasikan dan dipasarkan sebagai makanan sihat? 6.7% 43.3% 50.0%

5 Adakah produk berasaskan brokoli ini boleh diterima oleh 1 1 14 14


masyarakat? 3.3% 3.3% 46.7% 46.7%

Jadual 4.3.3 analisis bagi menggalakkan pemakanan yang sihat dalam


kalangan masyarakat

Bagi analisis ini respondan mengetahui khasiat brokoli iaitu antioksidan seperti
vitamin C dan E,polifenol,karotenoid dan juga flavonoid. Respon positif untuk
produk mendapat perhatian daripada semua golongan tinggi iaitu sebanyak 43.3%
bersetuju dan 43.3% sangat bersetuju.

24
4.4 KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat disimpulkan ialah produk sos brokoli ini


mendapat respon positif daripada responden kerana mereka kebanyakan
respon tidak menyangka bahawa sayuran boleh divariasikan. Selain itu,
responden bersetuju bahawa pembaziran kian meningkat dari tahun ke
tahun kerana mereka berfikiran sisa tidak boleh digubah dan divariasikan.
Respondan juga lebih mengetahui tentang khasiat brokoli dengan lebih
mendalam lagi . seterusnya, produk dan soal selidik yang dibuat dan
diberikan menyedarkan responden bahawa pelbagai produk berasaskan
sayuran boleh di pasarkan di pasaran. Oleh yang demikian, responden
mempunyai tahap kefahaman dan pendapat yang berbeza tentang sos
brokoli ini. Ini boleh diperlihatkan daripada hasil borang soal selidik yang
telah di berikan kepada responden oleh pengkaji. Penambah baikan dari
segi rasa dan warna perlu dipertingkatkan daripada komen yang telah
diberikan responden.

25
BAB 5

PERBINCANGAN ,CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Dalam bab ini membincangkan tentang dapatan kajian yang dilakuakn dalam
bab yang sebelumnya. Dalam bab dapatan kajian ini,pengkaji akan menerangkan
tentang perbincangan dapatan kajian yang menerangakan tentang latar belakang
responden dan pencapaian objektif dalam kajian yang dibuat. Seterusnya
mengimplikasi dan sumbangan kajian yang telah dibuat, cadangan kajian dan
subjek utama.

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menguwar-uwarkan tentang produk


broccoli sauce ini. Selain itu,memberi kesedaran tentang khasiat brokoli pada
tumbuh badan. Khasiat brokoli yang bagus dan mampu menyihatkan badan.

5.2 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan latar belakang responden yang telah dilakukan , dapatan hasil


kajian menunjukkan seramai 30 orang responde terdiri daripada 46.7% ataupun
seramai 14 orang terdiri daripada responden perempuan. Manakala selebihnya iaitu
53.3% ataupun seramai 16 orang pula terdiri daripada responden lelaki. Selain itu,
dari segi umur 33.33% iaitu sebanyak 10 orang responden berumur dalam
lingkungan 31- 60 tahun dan selebihnya 66.7% iaitu seramai 20 orang responden
yang berumur dalam lingkungan 17- 30 tahun. Kajian ini menunjukkan majoriti umur
responden diantara 17-30 tahun . seterusnya dari segi bangsa pula, responden
adalah 100% melayu dan tiada responden berbangsa lain.

Perbincangan dapatan kajian ini mengfokuskan kepada pencapaian objetif


kajian yang telah dinyatakan dalam bab 1 seperti berikut:

i. Mengeluarkan lebih banyak produk sayuran di pasaran.

26
ii. Menggalakkan pemakanan yang sihat dalam masyarakat

iii. Mengurangkan kes pembaziran bahan makanan

27
5.2.1 MENGETAHUI TAHAP PENDEDAHAN DALAM PENGHASILKAN SOS
BROKOLI

Hasil dapatan yang telah disimpulakan dalam bab 4 adalah terdapat 80%
responden merasakan produk sos brokoli yang dibuat pengkaji ini unik dan belum
ada dipasaran. Responden merasakan sos brokoli ini belum ada dipasaran dan
susah untuk didapati. Sos brokoli ini sesuai untuk bahan penambah rasa yang
disukai ramai kerana sos brokoli ini dibuat tambah bahan perasa dan tanpa bahan
pengawet. Seperti yand dinyatakan sayuran amat penting intuk diet seimbang lebih-
lebih lagi brokoli kerana sayuran ini mempunyai kandungan serat yang tinggi untuk
badan,kaya sumber mineral dan vitamin yang diperlukan untuk kekuatan badan dan
kesihatan jantung.Artikel ini dipetik dari kajian lepas oleh uitm 2018. Jadi brokoli
mempunyai manfaat terhadap jantung dan antioksidan dalam badan.

Selain itu,rasa warna dan tekstur sos diubah suai oleh pengkaji utuk
mendapatkan rasa yang boleh diterima masyarakat. Setiapbahan yang digunakan
mempunyai kebaikan tersendiri seperti yang telah dinyatakan diatas iaitu rasa
dalam pembuatan sos brokoli ini adalah brokoli. Menurut Rozdan Mazalan (2018),
mengatakan penambah rasa amat berbahaya dan tinggi kalori kadar garam
monosodium glutamate (MSG), lemak, minyak yang tinggi.Dalam pembuatan sos
brokoli ini tidak menggunakan pengawet makanan melainkan menggunakan
penambah rasa asli.Penambah rasa yang ditambah adalah garam,gula,cuka dan
sedikit bahan pemekat.Jadinya rasa asli brokoli itu tidak akan terjejas.

5.2.2 MENGETAHUI TAHAP PENDEDAHAN PEMBAZIRAN MAKANAN.

Seramai 70% iaitu sebanyak 21 responden telah bersetuju bahawa


pembaziran meningkat dari tahun ke tahun.Seterusnya, 56.7% respondan mengakui
bahawa sos brokoli dapat meyedarkan masyarakat tentang pembaziran yang
berlaku di Malaysia.Ini kerana mereka sedar akan isu peningkatan yang terlalu
ketara dan mengetahui akan penyebab utama dalam faktor peningkatan ini. untuk

28
mengurangkan pembazirab adalah dengan pandai menguruskan bahan belian
semasa ,sebelum dan selepas masak atau makan.Petikan itu telah diperkatan oleh
doktor Haliza Abdul Rahman (2021), yang mengatakan pembaziran sering berlaku
semasa bulan ramadhan.Artikel di juga mengatakan kesan pengurangan
pembaziran dapat mengurangkan peruntukan kerajaan untuk melupuskan sisa
pepejal makanan

5.2.3 PENDEDAHAN TENTANG MAKANAN SIHAT DALAM MASYARAKAT

Bagi analisis ini respondan mengetahui khasiat brokoli iaitu antioksidan seperti
vitamin C dan E,polifenol,karotenoid dan juga flavonoid. Respon positif untuk
produk mendapat perhatian daripada semua golongan tinggi iaitu sebanyak 43.3%
bersetuju dan 43.3% sangat bersetuju.

Kebanyakan responden mengetahui brokoli Ini berkhasiat tetapi tidak


mengetahui secara mendalam tentang sayuran tersebut. Apabila diterangkan
kepada meraka tentang khasiat brokoli ini mereka mengetahui lebih dalam
tengatang produk sayuran ini.kebaikan dan khasiatnya menurut harian metro 2021
mengatakan brokoli dianggap makanan yang terbaik kerana mempunyai gizi yang
dapat dimanfaatkan oleh tubuh. Banyak khasiat brokoli antaranya ialah rendah
kalori, bebas lemak tepu dan tinggi kalium.Jadi brokoli mempunyai banyak khasiat
yang kita tidak tahu kewujudannya dan baik untuk badan.

5.3 IMPLIKASI DAN SUMBANGAN KAJIAN

5.3.1 implikasi

i. Implikasi terhadap masyarakat

Dalam dapatan kajian yang telah dibuat mendapati bahawa masih ada
respondan yang tidak mengetahui tentang khasiat terdapat pada brokoli. Hasil

29
kajian Utusan Melayu 2017 mengatakan ramai rakyat Malaysia tidak makan
sayuran dan buah- buahan mencukupi kerana mereka tidak gemar sayuran yang
berwarna hijau. Apabila pengkaji mengolah sayuran kepada suatu bentuk produk
yang baharu, ia akan menarik perhatian masyarakat untuk makan sayuran.

ii. Implikasi tehadap kesihatan

Seterusnya , menurut M.star urban.versatil 7 ogos 2020 mengatakan sayuran


brokoli merupakan antara 5 sayuran yang paling dibenci oleh kanak-kanak. Maka
dengan itu idea pengkaji ini amat sesuai dengan situasi ini. Apabila sayuran diolah
kepada suatu bentuk yang baharu, ia boleh manarik perhatian masyarakat. Pengkaji
tidak hanya memfokuskan kepada kanak-kanak tetapi untuk semua golongan.

iii. Implikasi terhadap alam sekitar

Menurut Harian metro 4 julai 2021, terdapat 16,650 tan sisa makanan dibuang
setiap hari. Ini amat serius dan tidak terkawal. Banyak kesan buruk yang dihadapi
akibat pembaziran ini. Antaranya, makanan akan susah untuk
dihapuskan,pemanasan global dan sebagainya. Jadi dengan produk ini akan
mengurangan pembuangan sisa makan. Seperti yang kita tahu, sayuran bokoli ini
hanya dimakan oleh vegetarian dan mereka yang ingin mengurangkan berat badan
sahaja. Jadi mereka yang tidak makan sayuran brokoli ini tidak akan membeli
sayuran ini. Jikapun mereka membeli ia adalah sebagai hiasan untuk makanan
mereka. Jadi produk sos brokoli ini amatlah sesuai untuk alam sekitar.

5.3.2 sumbangan kajian

Dapatan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji berjaya memperkenalkan


tentang khasiat sayuran yang terdapat padanya. Ini secara tidak langsung

30
menyedarkan mereka tentang kepentingan khasiat sayuran brokoli kepada tubuh
badan. Khasiat sayuran brokoli ini amat penting untuk tubuh badan kita kerana
ianya mempuyai antioksidan seperti vitamin C dan E,polifenol,karotenoid dan juga
flavonoid .Brokoli diperakui kepentingan Dan kebaikannya terhadap badan.Brokoli
penting kerana dapat memainkan peranan penting untuk melawan penyakit kronik
yang berpunca daripada masalah kardiovaskular dan karsinogenik,kanser payudara
dan kanser prostat.dan terlalu banyak lagi. Kebaikannya juga dapat merendahkan
kolestrol ,merawat kulit membantu penghadaman dan banyak lagi.

Seterusnya kajian ini menyedarkan responden tentang pembaziran sisa


makanan yang sering meningkat dari tahun ke tahun dan menjadi sesuatu yang lali
untuk didengari. Banyak responden mengetahui hal ini tetapi sedikit sebanyak
mereka menyumbang kepada pembaziran tersebut secara langsung ataupun
secara tidak langsung.

5.4 CADANGAN UNTUK KAJIAN AKAN DATANG

Berdasarkan hasil dapatan kajian yang telah dikaji pengkaji,pengkaji akan


mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan kearah peningkatan pada
produk iaitu:

1) Mengubah suai dari segi warna sos brokoli dari warna pudar kepada warna
yang lebih cerah sedikit untuk menrik perhatian pembeli.

2) Mengubahsuai sos brokoli dari segi rasa kepada rasa yang lebih bersesuaian
dan menepati cita rasa responden yang telah memberi komen.
Contohnya,menambah rasa manis dan pedas pada sos brokoli.

3) Mengubah tekstur sos brokoli kepada tekstur yang lebih halus dan tidak terlalu
kasar

31
5.5 KESIMPULAN

Keseluruhan kajian yang dilakukan dalam bab 5 ini adalah untuk mengkaji
tentang pengetahuan dan kebolehan produk sayuran brokoli ini dalam kalangan
responden iaitu penduduk Kampung Kanchong Tengah. Kajian ini adalah untuk
memenuhi objektif kajian iaitu:

i. Mengurangkan pembaziran yang berlaku diMalaysia

ii. Menggalakkan pemakanan sihat dalam masyarakat

iii. menghasilkan kepelbagaian makanan yang berasaskan brokoli

Kajian ini melibatkan seramai 30 orang responden yang terpilih dalam


kalangan penduduk Kampung Kanchong Tengah. Borang soal selidik yang
diedarkan mengandungi tahap pendedahan tentang khasiat brokoli, kebolehan
produk sos brokoli ini dipasarkan dan pendedahan tentang pembaziran sisa
makanan.

Selain itu penulisan bab 5 ini adalah bab terakhir yang menerangkan tentang
penulisan pada bab-bab yang sebelumnya. Persoalan tentang yang dikemukakan
pengkaji telah dijawab pada bab ini. Antara persoalannya adalah pengetahuan
masyarakat tentang khasiat brokoli, kebolehan pemasaran dan inovasi produk
sayuran dipasaran dan seterusnya tentang pembaziran sisa makanan.

Kesimpulannya, hasil dapatan yang diperoleh mencatatkan ramai responden


bersetuju bahawa produk sos brokoli ini boleh dipasarkan dan diinovasikan dan
dapat memenuhi cita rasa rakyat malaysia. Seterusnya, hsil dapatan menyatakan
bahawa pembaziran meningkat. Tetapi ramai responden tidak memahami konsep
pembaziran makanan dengan brokoli, apabila pengkaji menerangkan kaitan
pembaziran makanan dengan produk sos brokoli ini, ramai responden beretuju
bahawa produk sayuran ini boleh mengurangkan pembaziran makanan.

32
RUJUKAN

● Rozdan masalan - November 24, 2018 ,makanan ringan tinggi pengawet

https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2018/11/501552/makanan-
ringan-tinggi-pengawet

● Astro awani bernama 6 ogos 2016 ,Produk agro makanan Malaysia


berpotensi besar di pasaran Netherlands
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/produk-agro-makanan-
malaysia-berpotensi-besar-di-pasaran-netherlands-121678

● M.star urban.versatil 7 ogos 2020 ,5 sayuran ini dibenci kanak-


kanak... Ketahui cara buat mereka menyukainya
https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2020/08/07/5-sayuran-ini-
dibenci-kanak-kanak-ketahui-cara-buat-mereka-menyukainya

● Wikipedia (2018, January 30). Vegetable. Retrieved from


https://en.wikipedia.org/wiki/Vegetable

● Utusan Melayu November 26 2017 . Ramai rakyat Malaysia tidak


makan sayuran, buah buahan mencukupi.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ramai-rakyatmalaysia-
tidak-makan-sayuran-buah-buahan-mencukupi-
1.560806#ixzz56sjNi7TI

● Sobri Yaacob 22 may 2014. 10 kebaikan memakan sayur-sayuran.


Retrieved from http://www.sobriyaacob.com/2014/05/10-kebaikan-
memakan-sayur-sayuran.html

33
● Harian metro 4 julai 2021,16,650 tan sisa makanan dibuang setiap
hari https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/445042/16650-
tan-sisa-makanan-dibuang-setiap-hari

● Sinar harian 4 may 2021, kekang pembaziran makanan


https://www.sinarharian.com.my/article/136793/KHAS/Pendapat/Kek
ang-pembaziran-makanan

34
LAMPIRAN

1. Stcker product

2. Banner product

35
3. Flyer product

4. Penghasilan produk

36

Anda mungkin juga menyukai