Anda di halaman 1dari 2

E-LEARNING PIMK2063R

KUMPULAN 7:

1) SITI AISYAH BINTI RADZALI


2) SITI SYAKIRAH BINTI ISMAIL
3) NURUL IZZATI BINTI MOHAMMAD NAJID

TAJUK : HAK DAN KEWAJIPAN DALAM MENUNTUT ILMU

Sebagai seorang muslim, menuntut ilmu adalah kewajipan bagi yang


meyakiniNya.Hal ini dapat dilihat jelas berdasarkan firman Allah yang
juga merupakan wahyu pertama diturunkan kepada nabi Muhammad
S.A.W. adalah berbentuk arahan untuk nabi membaca yang juga
merupakan antara syarat utama dalam menuntut ilmu,
FirmanNya: “َ‫ ”ٱ ْق َرْأ بِٱس ِْم َربِّكَ ٱلَّ ِذى خَ لَق‬yang bermaksud,”bacalah! Dengan
nama tuhanmu yang menciptakan ”.
Kita seharusnya mengetahui ilmu adalah prasyarat untuk menunaikan
sesuatu yang menjadi kewajipannya. Dengan demikian, sebagai seorang
penuntut ilmu, terdapat hak dan kewajipan yang harus kita ambil tahu dan
amalkan.Antara haknya adalah :

1) Hak memilih guru :


Setiap penuntut ilmu mempunyai hak memilih guru bagi memastikan
ilmu yang diperolehi adalah daripada bidang yang tepat agar dapat
meyakini ilmu yang diperolehinya serta dapat mengamalkannya dengan
yakin.

2) Hak mendapat ilmu :


Setiap penuntut haruslah menerima ilmu yang dituntutnya dengan
displin-displin ilmu yang diamalkannya.Pemberi ilmu ataupun guru harus
memberi ilmu yang diperlukan atau yang ingin diketahui oleh penuntut
ilmu.

3) Hak bertanya :
Bertanya ketika menuntut ilmu adalah cara yang terbaik bagi memahami
perkara yang meragukan ataupun untuk mengetahui perkara yang tidak
kita ketahui.Dalam al-quran, Allah ada berfirman:
( َ‫سَٔلُ ٓوْ\ا َأ ۡه َل ٱل ِّذ ۡك ِر ِإن ُكنتُمۡ اَل ت َۡعلَ ُمون‬
‍ۡ َ‫)ف‬
yang bermaksud “maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai
pengetahuan jika kalian tidak mengetahui.” (an-Nahl: 43)
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa antara hak menuntut ilmu juga ialah
bertanya pada yang pakar atau ahlinya.
4) Hak memberi usul atau cadangan :
Dalam menuntut ilmu, memberi usul dan cadangan ke arah kebaikan
adalah disarankan tetapi perlulah menjaga adab dan etika ketika
bermuamalah dengannya.

5) Hak mengikuti pembelajaran :


Setiap pelajar mempunyai hak mengikuti proses pembelajaran yang
hendak dipelajarinya,bagi memahami dan mendalami ilmu yang
dipelajari.

Antara kewajipan dalam menuntut ilmu adalah :

1) Belajar dengan niat kerana Allah :


Secara tidak langsung ianya menjadi satu ibadah disisi Allah taala dan
mendekatkan diri disisiNYA.

2) Mengelakkan diri tercenderung kepada urusan dunia semata :


Matlamat menuntut ilmu adalah untuk panduan dalam menjalani
kehidupan didunia dan akhirat.

3) Bersikap tawadhu (rendah diri) dalam menuntut ilmu :


Sentiasa bersikap rendah diri dalam menuntut ilmu bagi menjaga
keberkatan dalam kepentingan pendidikannya.

4) Mempelajari sesuatu secara mengikut tahapnya :


Setiap pelajaran mempunyai displin ilmu dan tahap-tahapnya yang
berbeza bagi memudahkah proses pembelajaran mengikut tahap
kemampuan pelajar.

5) Belajar sehingga selesai bagi setiap bab atau tajuk :


Sentiasa memastikan setiap bab atau tajuk yang dipelajari dapat dikuasai
dan difahami dengan jitu, barulah beralih kepada bab yang seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai