Anda di halaman 1dari 10

SEJARAH KHAT

TUGAS MAKALAH

Mata Kuliah Sejarah Al-Qur’an

Disusun oleh
Wahyu Aulia Saputri
NIM: 21010130

PROGRAM STUDI ILMU AL-QUR’AN DAN TAFSIR


SEKOLAH TINGGI AGAMA ISLAM SYUBBANUL WATHON MAGELANG
Pendahuluan
Satu aspek yang sangat relevan dengan perkembangan bahasa menurut
perspektif Islam ialah seni. Seni adalah sesuatu yang indah. Ia merupakan
satu fenomeno yang menjadi idaman setiap insan, kahalusan akhlak dan
sentuhan jiwa telah menyemarakan lagi hati seseorang untuk menjadikan
seni sebagai idaman. Seorang yang mempunyai jiwa yang halus akan melahir
nilai-nilai seni yang lembut, manakala kekasaran sifat dan akhlah seorang
akan membentuk seni yang kurang mendapat perhatian orang lain, dalam
ertikata lain ia akan memudahkan seseorang menilai diri orang lain melalui
sikap dan percakapan serta akhlak. Umumnya seni adalah satu perkara yang boleh
didefinisikan sebagai manifestasi daripada perasaan dan fikiran dengan berbagai-bagai cara
dan bentuk. Seni wujud dalam bentuk sastera, lagu, tulisan, ukiran, senibina, dan lain-lain.
Islam bukan sahaja membenarkan kesenian dengan berbagai-bagai caranya, tetapi ia
menggalakkan perkembangan kesenian tersebut. Mengikut uraian ahli-ahli seni, seni khat
atau kaligrafi mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat Islam, maka kepada
mereka yang arif dalam ilmu ini juga mendapat tempat dan kedudukan tertentu.

Di negara bukan Islam juga khat Arab mendapat tempat, khususnya negara-negara
yang telah menjadi destinasi orang Islam seperti Amerika, England, Scotland,
Holland, Perancis, Jerman, China dan beberapa buah negara di Afrika Selatan.
Justeru itu tindakan Nabi Muhammad s.a.w mengeluarkan tawaran istimewa
kepada tawanan perang di kalangan kuffar adalah sangat releven. Baginda
Rasulullah bersedia membebaskan ramai di kalangan orang tahanan perang
dari orang-orang kuffar jika sekiranya mereka berjaya mengajar menulis dan membaca
kepada sepuluh orang anak-anak orang Islam yang buta huruf. Tindakan Rasulullah s.a.w itu
telah membuktikan bahawa ilmu dan penulisan Islam telah sampai ke tangan orang-orang
bukan Islam, sehingga orang Islam sendiri dibenarkan oleh Rasul mempelajari ilmu penulisan
dan bahasa di tangan orang bukan Islam.
Pengertian khat

Pengertian seni khat dapat dilihat dalam dua pengertian, yaitu pengertian
secara etimologi dan terminologi. Pengertian etimologi, kata khat lebih popular dan
dikenal dengan seni kaligrafi Islam yang merupakan penyederhanaan daripada kata
calligraphy, berasal dari dua suku kata bahasa Yunani iaitu Kallos: beauty (indah)
dan Graphein: to write (menulis). Yang berarti yaitu “seni menulis dengan indah,
tulisan tangan yang menghasilkan huruf atau tulisan indah sebagai suatu seni;
khat.”1

Adapun makna seni khat adalah “seni (kemahiran) menulis tulisan Arab atau
tulisan jawi dengan gaya khas atau unik sehingga menghasilkan tulisan
indah.”Pengertian lain seni ini ialah “seni menulis indah dengan pena.”2 Dan
disebut juga Fann al-Khat dalam artian seni memperhalus tulisan atau memperbaiki
coretan.3
Pengertian tersebut, dapat dipahami bahawa seni khat merupakan tulisan yang ditulis
indah dengan menggunakan huruf-huruf Arab sebagai tulisan asas, selain diikuti dengan
corak hiasan dan motif-motif yang menarik sehingga memunculkan seni tulisan cantik dan
indah untuk dinikmati sebagai karya seni yang unik dan menarik.
Menurut pengertian Istilahan (Terminologi) pula, seni ialah segala yang halus dan indah
lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia, apakah ia merupakan hasil ciptaan Allah
SWT maupun yang dihasilkan oleh fikiran, kemahiran, imaginasi dan perbuatan seorang
manusia.4

Seni Khat Dan Keistimewaan Orang Arab


Perlu disentuh di sini bahwa setiap umat di dunia dikurniakan oleh Allah Swt. dengan
berbagi keistimewaan tertentu. Kadang keistimewaan tersebut datangnya melalui sudut yang
bebeda-beda sama ada dalam bentuk fizikal, mental, suara dan lain-lain. Keistimewaan-
keistimewaan yang ada pada mereka itu telah menyumbangkan sesuatu kepada bangsa
tersebut dalam usaha menuju ke arah ketamadunan yang lebih mampan, sekaligus
menjadikan mereka lebih dihormati dan disegani oleh bangsa-bangsa lain. Bangsa Arab
adalah satu bangsa yang telah dianugerahkan kepada mereka oleh Allah Swt. dengan
kelebihan-kelebihan tertentu, diantaranya ialah bahasa Arab (al-lughah al-`Arabiyyah).
Sesungguhnya bangsa Arab diantara bangsa yang telah lama wujud di atas muka bumi

1
Etimologi adalah cabang ilmu bahasa mengenai asal usul perkataan. Kamus Dewan. edisi baru 1989.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 319.
2
Tiem Penyusun Kamus PPP Bahasa. Kamus Besar Bahasa Indonesia. 1988. Jakarta: Balai Pustaka.
hlm.380.
3
Ilham Khoiri. 1999. al-Qur’an dan Kaligrafi Arab. Jakarta: Logos. hlm. 50.
4
Abdul Ghani Samsudin. 2001. Seni dalam Islam. Cet 2. Petaling Jaya. Intel Media. hlm 3
bermula sejak di zaman Nabi Isma‘il a.s. ibn Ibrahim a.s.. Justeru bermula dari tarikh Nabi
Ibrahim a.s., Baginda dinisbahkan sebagai insan pertama yang bertutur di dalam bahasa Arab.
Rasulullah Saw. telah menegaskan bahawa Nabi Ibrahim telah diilhamkan Bahasa Arab oleh
Allah Swt. dan Baginda ialah insan pertama yang bertutur dengan bahasa tersebut.
Justeru boleh disifatkan bahwa bahasa Arab mempunyai lima aspek utama yang
menyebabkan ia dinobatkan sebagai bahasa yang berada di tempat
tertinggi, lebih-lebih lagi ia mempunyai ciri-ciri yang amat berbeda dangan
bahasa-bahasa lain di dunia,5 di antaranya, Bahasa Arab sebagai bahasa perantaraan Allah
Swt. Dengan makhlukNya. Bahasa Arab sebagai bahasa al-Qur’an yang dibaca oleh seluruh
umat. Islam sama ada di dalam solat mereka maupun di luar dari solat.
Bahasa Arab adalah bahasa pertuturan junjungan besar Nabi. Muhammad Saw.
Bahasa Arab mempunyai tamadun yang agak tua berbanding dengan bahasa-bahasa lain di
dunia. Bahasa Arab telah diiktiraf sebagai salah satu bahasa perantaraan
antarabangsa.

Alasan-alasan di atas telah menobatkan bahasa Arab berada di kemuncak


bahasa-bahasa lain mengikut perspektif umat Islam, bahkan telah membedakan
daripada bahasa-bahasa lain di dunia. Oleh yang demikian, sudah memadai
untuk umat manusia mempercayai bahawa bahasa Arab ialah bahasa yang
mempunyai beberapa keunikan berbanding dengan bahasa-bahasa lain
disebabkan oleh keindahan suaranya, kepadatan maknanya, keganjilan
sebutannya, kemerduan bunyinya, keindahan hurufnya sehingga menjadikan
ia satu-satu bahasa yang telah dipilih oleh Allah S.W.T. sebagai kalam untuk
menyampaikan wahyuNya kepada makhluk manusia. Justeru itu, sekiranya
keindahan bahasanya sudah diperakui umum, maka apa salahnya keindahan
itu dikongsi bersama oleh khat atau kaligrafinya. Oleh yang demikian, bukan
menjadi satu keajaiban dan kehairanan sekiranya dikatakan khat Arab di
antara khat-khat yang paling indah seiring dengan bahasa Arab itu sendiri.

5
Mohd.Bakhir Hj. Abdullah. Sumbangan Kaligrafi Arab Dalam Kesenian Islam: Suatu Kajian Sejarah.
Jurnal Usuluddin, Bil 26 [2007] 115-132.Hlm.118
Sejarah kelahiran khat Arab

Menurut Dr. Riyad banyak pendapat telah di utarakan tentang tarikh


sebenarpermulaan khat Arab, namun tidak seorang pun yang berpendapat bahawa
boleh dikatakan permulaan bahasa khat Arab adalah daripada kabilah-kabilah
tertentu. Mengikut beliau lagi, terdapat dua puluh tiga pendapat, namun kesemua
pendapat-pendapat tesebut mempunyai maklumat yang bertentangan.
Sesungguhnya khat Arab telah bermula sejak sebelum kedatangan Islam
lagi. 6 Diantara maklumat yang dapat diperolehi ialah ramai dalam kalangan
para sahabat Rasulullah s.a.w. yang boleh menulis dan membaca sebelum
kedatangan Islam lagi, diantaranya ialah `Umar ibn al-Khattab, `Ali ibn Abi
Talib, `Uthman Ibn `Affan, Abu Ubaydah Ibn al-Jarrah, Talhah bin `Ubaydillah,
Yazid bin ibn Abi Sufyan, Abu Huzayfah ibn `Utbah ibn Rabi`ah, Hatib ibn
Amru al-Amiri, Abu Salamah ibn `Abd al-Asad al-Mahkzumi, Aban ibn Sa`id
al-As ibn Umayyah, Khalid ibn Sa`id dan saudaranya Abu Sufyan ibn Harb
ibn Umayyah, Mu`awiyyah ibn Abu Sufyan, Jahm ibn al-Salt ibn Mazamah
ibn `Abd al-Manaf dan al-`Ala’ ibn al-Hadrami. 7

Selain daripada itu terdapat dalam kalangan para ulama’ yang menegaskan
bahwa penulisan khat Arab telah sampai ke tangan Quraish melalui mantiqah (Hirah) yaitu
sebuah kawasan yang terletak di antara man tiqah (Ha’il) d sebelah Timur dan Madinah
Munawarah di sebelah Selatan serta mantiqah al-Ula di sebelah Utara. Ketiga-tiga man tiqah
tersebut terletak di dalam negara Arab Saudi sekarang. 8 Dengan demikian, walaupun tarikh
sebenar penulisan khat Arab tidak dapat dipastikan, namun bagi umat Islam, mereka boleh
membuat satu tarikh ringkas yaitu bermula dari kurun awal Hijrah kerana tarikh
ini boleh disanadkan kepada tarikh khat Arab bermula iaitu pada malam penurunan Wahyu di
Gua Hira’.

6
Ibid, hlm.119
7
Riyad Salih dan Muhammad Hamid Sulayman. al-Marja` fi al-Kitabah al-`Arabiyyah, Mekah:
Universiti Umm al-Qura(1985), hlm.29.
8
Al-Munjid. Fi al-Lughah wa al-A`lam .vol. 25, Beirut: Dar al-Mashriq(1975), hlm.10.
Sejarah Kaligerafi Arab Di Hijaz

Sejarah telah menunjukan penulisan Arab telah bertapak di bumi Hijaz sejak kurun
ke-3 Masihi lagi. Di antara bukti-bukti yang mengukuhkan pendapat ini ialah penulisan di
atas batu-batu yang terukir dengan khat Arab yang dijumpai di sebelah Utara negeri Hijaz.
Khat-khat tersebut didapati mempunyai hubungan dengan tamadun Parsi dan Rom. Talhah
berkata `Adi bin Zayd al-Abadi (wafat 35 sblm Hijrah) telah disuruh oleh bapanya
mempelajari tulisan Arab sehingga dapat menguasai khat Arab. Dikatakan `Adi adalah
orang pertama yang menulis khat Arab di dalam Dewan Kisra. 9

Ibn Khaldun (wafat 808 H) telah berkata di dalam Muqaddimahnya, sesungguhnya


khat Arab telah sampai di negeri al-Tabayinah sejajar dengan tamadun negara tersebut dan
diberi nama Khat al-Himyari. Selepas itu khat tersebut telah berpindah ke al-Hirah sebuah
negeri yang diperintah oleh Raja al-Munzir, dan ada pendapat yang mengatakan bahawa para
cendiakawan dan bijak pandai di dalam negeri Iraq pada ketika itu telah mepunyai khat
mereka sendiri. Namun demikian khat mereka tidak setanding dengan khat orang al-
Tabayinah yang mempunyai khat Arab. 10

Selain daripada itu, khat Arab juga telah dibawa ke negeri seperti Ta’if dan Mekah,
dan kedua-dua tempat ini menjadi penempatan Arab Quraysh, sehinggalah khat Arab telah
dibawa oleh orang-orang Ta’if ke negeri mereka dan akhirnya bertapak di Mekah.15 Kajian
telah menunjukkan bahawa orang-orang Arab telah mengenali khat Arab sebelum kedatangan
Islam lagi, dan sebahagian besar daripada mereka telah membukukan ingatan dan syair-syair
mereka di atas batu-batu, kulit-kulit binatang dan juga daun-daun kayu sebagai dhikrayat
(ingatan) di dalam kehidupan mereka. Ahli-ahli sejarah telah menegaskan bahawa Bashar bin
`Abd al-Malik al-Kindi telah datang ke Hirah dan mempelajari ilmu-ilmu khat Arab daripada
orang-orang Hirah. Kemudian beliau pergi ke Mekah dan di sepanjang perjalanan ke Mekah,
beliau telah bertemu dengan Sufyan bin Umayyah bin `Abd al-Shams dan Abu Qays bin
`Abd al-Manaf bin Zuhrah bin Kilab. Menurut Bashar, beliau telah melihat Sufyan bin
Umayyah sedang menulis dengan khat Arab, lalu beliau telah meminta orang-orang Hirah
untuk mengajarnya. Orang-orang Hirah telah mengajarnya huruf-huruf Hija’ah (Huruf Arab).
Kemudian Bashar dan Abu Qays berpindah pula ke Ta’if. Dalam perjalanan tersebut turut
bersama mereka ialah Ghaylan bin Salamah al-Thaqafi. Semasa berada di sana, Ghaylan telah

9
Muhammad `Ujaj. al-Khatib Lamhat fi al-Maktabah wal al-Bahth wa al-
Masadir, (1969), hlm.30.
10
Ibn Khaldun, al-Muqaddimah, Beirut: Maktabah al-Ma`arif(1928), hlm.25.
mempelajari Khat Arab daripada mereka berdua. Selepas daripada itu, Ghaylan telah
mengajar orang-orang Ta’if menulis bahasa mereka dengan khat Arab yang telah
dipelajarinya. Jika diperhatikan kepada sejarah-sejarah penulisan atau khat Arab, maka boleh
ditegaskan di sini bahawa khat Arab telah datang dari Hirah dan dibawa oleh Bashar dan
diambil oleh Ghaylan, manakala Ghaylan pula telah mengajar orang-orang Ta’if tentang khat
Arab. Selain daripada itu Bashar juga telah berpindah ke negeri Sham. Di sana beliau telah
mengajar penduduk Sham, bermula daripada kesunguhan mereka-mereka ini ramailah orang-
orang Arab yang telah mempelajari khat Arab. Manakala ahli-ahli sejarah lain pula
berpendapat serta menegaskan bahawa khat Arab berasal dari khat ahli Hirah yang telah
sampai kepada mereka melalui penduduk Himyar.

Pengaruh Kaligerafi Arab Di Nusantara

Sebagaimana yang telah diketahui bahawa ahli-ahli sejarah telah menyatakan bahwa
bangsa Arab di antara kaum yang paling banyak menjalankan perdagangan dan perniagaan
mengikut jalan laut. Ini bermakna tidak keterlaluan kalau dikatakan merekalah yang telah
mempelopori dan memonopoli perniagaan pada kurun-kurun sebelum kedatangan Islam.
Seorang sarjana Islam Muhammad ibn Jarir Abu Ja`far al-Tabari (310H/920M) telah
menegaskan bahawa sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab telah pun belayar
berulang alik dari Cina ke negara-negara Arab. Mereka belayar melalui Selat Melaka di
tengah-tengah Kepulauan Melayu. Seorang sarjana Islam moden Professor Dr Muhammad
Zaki Badawi telah menegaskan perhubungan orang Arab dengan orang Melayu telah lama
wujud. Penemuan sebiji tembikar Yunani yang dibuat pada tahun 500 sebelum Masihi dan
dua keping dirham Baghdadi di Kedah pada 848 Masehi11 telah menunjukkan bahawa khat
Arab telah pun sampai ke Kepulauan Malayu. Manakala seorang ulama’ Islam Nusantara
yang terkenal al-Allamah Syeikh Shamsuddin al-Ansari telah menyatakan agama Islam mula
tersebar di Nusantara sekitar kurun pertama Hijrah di zaman pemerintahan Khalifah `Uthman
bin `Affan atau bermula sejak kurun pertama di zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Fenomena
tersebut di atas telah membuktikan bahawa khat Arab telah pun sampai ke alam Melayu sejak

11
Ahmad Awang et al.Pengetahuan Agama Islam, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia.(1980), hlm.151-159.
kurun ke-8 Masihi lagi dan kedatangan Islam bermakna khat Islam telah bertapak sejak 1400
tahun yang lampau. 12

Jenis-Jenis Lain Seni Khat


Salah satu bidang kesenian yang sungguh menakjubkan pernah dihasilkan oleh umat
Islam yaitu seni khat atau sering juga disebut seni kaligrafi Islam. Seni ini berkembang dari
satu masa ke masa sehingga ia menjadi begitu terkenal dan sangat diminati oleh para penggiat
seni tulisan dalam masyarakat Islam. Seni ini terfokus kepada hasil tulisan yang
menggunakan berbagai gaya dan corak dengan menghasilkan rangkaian huruf, kalimat dan
ayat yang ditulis secara sistematik, indah dan sempurna. Tokoh yang sangat berpengaruh
dalam mengangkat seni ini antaranya ialah Ibnu Muqlah. Selanjutnya telah diperindahkan
oleh Ibnu al-Bawwab sehingga kaedahnya menjadi lebih sempurna. Seterusnya
dikembangkan lagi oleh Yaqut al-Musta`simi sehingga seni ini amat dikagumi.
Perkembangan tulisan-tulisan seni khat utama dikenali dengan tulisan Sittah (enam) iaitu
Thulus, Naskh, Muhaqqaq, Rayhani, Riq`ah dan Tawqi`. 13 Bentuk seni khat ini yang lebih
dikenali dengan nama al-Aqlam al-Sittah (enam tulisan yang asal), adalah seperti berikut:

a. Khat Kufi iaitu merupakan jenis khat tertua. Seni tulisan ini banyak memiliki sudut
dan siku-siku serta bersegi, mengandungi garis-garis vertikal pendek dan garis
horizontal yang memanjang. 14Tulisan Kufi sering disebut juga dengan Jazm.

b. Khat Naskh iaitu jenis tulisan tangan berbentuk cursif iaitu tulisan bergerak
berputar (rounded) dan sifatnya mudah serta jelas untuk ditulis dan dibaca.15 Menurut
Didin Sirojuddin A.R., “kata Naskh diambil daripada akar kata Nuskhah atau
Naskah.”16
c. Khat Thuluth iaitu tulisan yang banyak digunakan untuk tujuan hiasan di berbagai
manuskrip, khususnya dalam pembuatan tajuk-tajuk buku atau sub bab dan nama
nama kitab. Jenis ini juga digunakan sebagai tulisan hiasan pada dinding-dinding
bangunan dan hiasan dalaman.

12
Mohd.Bakhir Hj. Abdullah. Sumbangan Kaligrafi Arab Dalam Kesenian Islam: Suatu Kajian
Sejarah. Jurnal Usuluddin, Bil 26 [2007] 115-132.Hlm.127.
13
Yasin Hamid Safadi. Islamic calligraphy. (1978). hlm. 19.
14
Syahruddin. Kaligrafi al-Qurān dan metodologi pengajarannya. (2004) hlm. 29.
15
C. Israr. Dari teks klasik sampai ke kaligrafi Arab.( Jakarta:Yayasan Masagung 1985). hlm. 83.
16
Didin Sirojuddin AR.. Seni kaligrafi Islam. (Jakarta: Rosda, 1987). hlm. 103.
d. Khat Farisi iaitu jenis Khat Ta`liq atau Farisi yang banyak berkembang di Parsi
(Iran), Pakistan, India dan Turki. Perkembangan khat ini bermula dari Parsi pada
masa pemerintahan Dinasti Safavid (1500-1800 M). Menurut sejarahnya, Khat Ta`liq
berasal dari tulisan Kufi yang dibawa oleh penguasa-penguasa Arab masa penaklukan
Parsi.
e. Khat Riq`ah iaitu yang disebut juga Khat Riq`ie atau Riqa`. Khat ini merupakan
jenis tulisan cepat dan hampir sama dengan cara menulis stenograf. 17

f. Khat Diwani iaitu Khat Diwani berbentuk melingkar-lingkar, condong bersusun


susun, hurufnya tumpang tindih, lentur dan bebas. Khat Diwani merupakan suatu
corak tulisan Uthmani yang sejajar perkembangannya dengan tulisan Syikaste

17
lmu trengkas. 1989. Kamus Dewan. hlm. 1226.
Daftar Pustaka
Abdullah, Mohd Bakhir. Sumbangan Kaligrafi Arab Dalam Kesenian Islam: Suatu Kajian
Sejarah. Jurnal Usuluddin, Bil 26 [2007] 115-132.

Al-Munjid. Fi al-Lughah wa al-A`lam .vol. 25, Beirut: Dar al-Mashriq.1975.

Awang, Ahmad et al. Pengetahuan Agama Islam, Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia. 1980.

C. Israr. Dari teks klasik sampai ke kaligrafi Arab. Jakarta:Yayasan Masagung.1985.


Didin Sirojuddin AR.. Seni kaligrafi Islam. Jakarta: Rosda, 1987.

Ibn Khaldun, al-Muqaddimah, Beirut: Maktabah al-Ma`arif.1928.

Kamus Dewan. lmu trengkas. 1989.

Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. edisi baru 1989

Khoiri, Ilham. al-Qur’an dan Kaligrafi Arab. Jakarta: Logos. 1999.

Safadi,Yasin Hamid. Islamic calligraphy. 1978.

Samsudin, Abdul Ghani. Seni dalam Islam. Cet 2. Petaling Jaya. Intel Media. 2001.

Sulayman, Riyad Salih dan Muhammad Hamid. al-Marja` fi al-Kitabah al-`Arabiyyah,

Syahruddin. Kaligrafi al-Qurān dan metodologi pengajarannya. 2004.

Tiem Penyusun Kamus PPP Bahasa. Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka.
1988.

Ujaj, Muhammad. al-Khatib Lamhat fi al-Maktabah wal al-Bahth wa al-


Masadir. 1969.

Anda mungkin juga menyukai