Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN TEMUBUAL

Berikut adalah rakaman temu bual secara lisan mengenai pengalaman seorang murid Tahun 4 dan
seorang guru pendidikan khas. Rakaman ini dijalankan di SK Kompleks KLIA pada 20 Febuari 2017
dan mengambil masa selama 30 minit. Wawancara ini dikendalikan oleh saya sendiri. Dengan segala
hormatnya wawancara ini dimulakan.

Afiq      : Assalamualaikum adik. Siapa nama?


Razif    : Waalaikumusalam cikgu. Nama saya Muhammad Razif bin Jamaluddin.
Afiq      : Razif ni umur berapa?
Razif    : 10 tahun cikgu.
Afiq      : Razif tinggal dimana?
Razif    : Saya tinggal di satu taman perumahan Bandar Baru Salak Tinggi.
Afiq      : Jadi, Razif sihat hari ini?
Razif    : Sihat cikgu.
Afiq      : Sebelum masuk sekolah ini, Razif belajar dimana?
Razif    : Saya masuk Tadika KEMAS berdekatan dengan kawasan rumah saya.
Afiq      : Razif seronok tak datang sekolah?
Razif    : Seronok cikgu.
Afiq      : Kenapa Razif seronok datang sekolah?
Razif    : Saya boleh jumpa kawan-kawan saya di sekolah.
Afiq      : Razif memilih kawan tak?
Razif    : Tak cikgu.
Afiq      : Razif berkawan dengan lelaki sahaja atau dengan lelaki dan perempuan?
Razif    : Saya berkawan dengan dua-dua cikgu.
Afiq      : Kamu hargai tak kelas kamu ada lelaki dan perempuan?
Razif    : Hargai cikgu.
Afiq      : Kenapa kamu hargai?
Razif    : Entahlah cikgu. Perempuan ni selalu siap kerja sekolah. Jadi saya selalu minta bantuan daripada
mereka. Kemudian kalau mereka minta bantuan saya untuk angkat barang atau alihkan meja, saya
selalu tolong mereka. Apabila sama-sama lelaki pula, saya selalu bermain dengan mereka dan kami
bantu antara satu sama lain seperti tolong beli makanan di kantin. Jadi kami macam bantu-membantu
tidak kira lelaki atau perempuan.
Afiq      : Jadi Razif, adalah kelas kamu lebih harmoni jika ada lelaki dan perempuan?
Razif    : Ya cikgu sebab saya rasa kalau kelas ni ada lelaki sahaja mesti kelas akan riuh-rendah sebab
semua nak bermain dan tidak siap kerja sekolah. Lagipun kalau ada lelaki dan perempuan, bila kerja
membersihkan kelas, lelaki dapat buat kerja berat seperti alihkan meja dan perempuan boleh buat
kerja ringan seperti menyapu.
Afiq      : Okay Razif. Terima kasih. Nah gula-gula.
Razif    : Sama-Sama.

Afiq      : Assalamualaikum. Cikgu ni guru kelas pendidikan khas ini kan?


Hayati  : Waalaikumusalam. Ya saya.
Afiq      : Boleh cikgu perkenalkan diri sedikit?
Hayati  : Boleh. Nama saya Norhayati bin Abdul Rahim. Umur sekarang dah 42 tahun. Tinggal di Kampung
Jijan. Saya baru saja ditukar dari aliran perdana ke aliran pendidikan khas tiga tahun lepas selepas
menjalani kursus pengajaran pendidikan khas sekolah rendah.
Afiq      : Jadi bagaimana keadaan cikgu pada hari ini?
Hayati  : Alhamdulillah sihat wal-afiat.
Afiq      : Muka cikgu nampak gembira harini. Adakah cikgu rasa seronok datang ke sekolah?
Hayati  : Mestilah seronok dapat lihat muka murid-murid walaupun cabaran untuk mengajar mereka sedikit
sukar
Afiq      : Apakah yang cikgu rasakan aspek utama yang menjadi medium dalam menyokong pengurusan bilik
darjah mesra budaya?
Hayati  : Saya rasa Bahasa. Sebab kita menggunakan Bahasa yang sama jadi ia memudahkan kita
berkomunikasi serta memberi arahan jelas yang mudah diikuti oleh murid.
Afiq      :  Jadi cikgu bagaimana ia memberi kesan untuk mewujudkan perpaduan di dalam kelas?
Hayati  : Oleh kerana kita menggunakan hanya satu Bahasa di sekolah ini iatu Bahasa Melayu, ia
memudahkan untuk murid sama-sama mereka untuk bergaul. Jadi wujud satu persefahaman antara
mereka melalui Bahasa. Guru juga menggunakan Bahasa yang sama seperti murid, jadi setiap kali
arahan diberi, murid dapat ikuti tanpa sebarang permasalahan.
Afiq      : Soalan terakhir saya, apakah implikasi kepelbagaian sosiobudaya sekolah ini terhadap pengurusan
bilik darjah mesra budaya?
Hayati  : Jika di dalam kawasan sekolah, Bahasa boleh digunakan sebagai medium untuk perpaduan dan
untuk mengatasi masalah yang timbul kerana kita menggunakan Bahasa yang sama. Namun,
mungkin berlainan jika murid perlu mendengar Bahasa lain yang tidak difahami atau perlu
menyelesaikan masalah dengan menggunakan Bahasa yang tidak difahami oleh mereka. Jadi
Bahasa menjadi aspek yang efektif untuk menuju kepada pengurusan bilik darjah mesra budaya jika
Bahasa yang digunakan itu difahami oleh semua murid.
Afiq      : Jadi cikgu kata yang Bahasa hanya berkesan jika semua murid memahami walaupun berada di luar
kawasan sekolah?
Hayati  : Ya.
Afiq      : Baiklah cikgu. Itu sahaja. Gembira dapat berjumpa cikgu. Terima kasih.
Hayati  : Sama-sama.

7.0.        Analisis temubual

Setelah menganalisis transkrip temubual, saya mendapati responden pertama iatu Razif berpendapat
bahawa jantina merupakan aspek utama sosiobudaya di sekolah tersebut. Manakala responden
kedua pula iatu Norhayati berpendapat bahawa Bahasa merupakan aspek utama sosiobudaya di
sekolah tersebut. Semua jawapan yang diberi adalah berdasarkan pengalaman mereka sepanjang
berada di sekolah itu.
            Responden pertama memberitahu jantina sebagai aspek utama kerana dia merasakan
dengan adanya lelaki dan perempuan, suasana bilik darjah lebih harmoni dan mereka saling bantu-
membantu. Dalam sesetengah masyarakat peranan jantina dititikberatkan (Satrok, 2008). Ini dapat
dibuktikan lagi apabila Razif dalam kata-katanya menunjukkan murid lelaki banyak melakukan kerja
berat manakala murid perempuan banyak melakukan kerja ringan. Selain itu, murid perempuan
memberi contoh yang baik kepada murid lelaki dengan menyiapkan kerja sekolah awal. Dalam
makrosistem, jika kanak-kanak dibesarkan dalam lingkungan yang baik, hal ini akan
mempengaruhinya (Woolfork, 2008). Sekaligus ini, dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang
mesra budaya melalui amalan contoh teladan yang baik dan pembahagian tugas mengikut kekuatan
fizikal dan mental.
            Responden kedua pula memberitahu Bahasa sebagai aspek utama kerana beliau merasakan
melalui Bahasa mereka dapat berkomunikasi dan mempunyai persefahaman antara mereka. Dimana
ia membawa kepada kelancaran pengurusan bilik darjah dan menyokong bilik darjah yang mesra
budaya. Menurut Lev Vigotsky, kanak-kanak menggunakan perbualan bukan setakat untuk
komunikasi sosial, tetapi juga membantu mereka menyelesaikan masalah (Noriati, 2011). Ini sama
seperti yang diperkatakan oleh beliau dimana murid menggunakan Bahasa untuk berkomunikasi dan
menyelesaikan masalah antara mereka. Namun menjadi kerisauan beliau ialah sejauh mana murid
dapat berkomunikasi atau menyelesaikan suatu masalah jika menggunakan Bahasa yang tidak
difahami oleh mereka. Murid yang hanya menguasai dialek atau Bahasa ibunda semata-mata
berkemungkinan menghadapi permasalahan dalam pembelajaran (KPM, 2012). Oleh yang demikian,
untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya murid perlu menggunakan satu Bahasa
untuk komunikasi atau murid perlu menguasai dua atau lebih Bahasa untuk berkomunikasi.
            Kesemua responden memberi maklumbalas yang positif terhadap aspek yang diperkatakan.
Ini jelas berdasarkan kesan dan implikasi yang diberi mengatakan bahawa pengurusan bilik darjah
mesra budaya dapat diwujudkan melalui aspek jantina yang pebagai iatu lelaki dan perempuan serta
penggunaan Bahasa samada satu atau lebih Bahasa digunakan.

Anda mungkin juga menyukai