Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENDAHULUAN

Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan
pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif. Sudut Bahasa
Inggeris yang dirancang adalah bahan rangsangan yang boleh digunakan oleh pelajar dalam
proses pembelajaran mereka.

2.0 RASIONAL

Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda penting
dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa
pelanggannya yakni guru, kakitangan sekolah dan para pelajar. Justeru, sebagai tempat yang
menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah seperti sudut-sudut mestilah berperanan
dalam menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi
keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif
digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan sudut yang
menyajikan ilmu pengetahuan dalam bentuk Bahasa Inggeris.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menjadikan Sudut Bahasa Inggeris sebagai pusat untuk para pelajar menambah ilmu
pengetahuan Bahasa Inggeris.
3.2 Menjadikan sudut tersebut sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber
perhatian terutama pelajar dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah.
3.3 Membiasakan diri pelajar serta guru-guru dengan perkataan-perkataan serta informasi di
dalam Bahasa Inggeris.
3.4 Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam diri pelajar-pelajar SK Taman Alam
Megah

4.0 TEMPOH PERLAKSANAAN

Sepanjang tahun 2022

5.0 TEMPAT

Ruang di antara dewan dan Bilik Pemulihan di Blok D

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua komuniti SK Taman Alam Megah.


7.0 JADUAL PERLAKSANAAN

Minggu Aktiviti Pelaksanaan

1 Membuat kertas kerja


Januari
Melakukan perbincangan dengan pihak pengurusan
sekolah, mentor serta guru-guru Bahasa Inggeris
2 Mencari bahan-bahan yang sesuai untuk dijadikan
bahan informasi Bahasa Inggeris dan untuk ditampal Februari - Mac
di laluan tersebut.

3 Mengumpul bahan- bahan yang bersesuaian dan


April - Jun
hasil karya murid.

4 Mengecat semula dinding dengan cat berwarna baru Julai - September

5 Melukis mural yang bersesuaian Oktober

6 Membersihkan dan mengecat lantai. November

7 “Laminate” bahan-bahan tersebut


Menampal bahan-bahan November
Menghias dinding Bahasa Inggeris

8.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : En Mokhtar bin Mahmood (Guru Besar)

Pengerusi : Pn Marizah binti Omar (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Pn Suria bt Mohamad (PK HEM)

Naib Pengerusi 2 : En Ruzi bin Mohamed (PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 3 : En Hazrul Anuar bin Ab Rahim (PK Petang)

Mentor : Pn Priya Chandrasegaran (KP Bahasa Inggeris)

Penyelaras : En Mohamad Faiz bin Md Isa

Pen Penyelaras : Pn Husna Zayani binti Zainal Abidin


9.0 BELANJAWAN

Perkara Harga seunit (RM) Kuantiti Jumlah (RM)


Wheels of Fortunes 150 1 150
Scrabbles 30 5 150
The game of life 40 5 200
Monopoly 30 3 90
Guess Who is it 20 5 100
Pictureka 35 3 105
Vocable 30 5 150
Whiteboard wallpaper
50 2 100
(120*200cm)
Colour A4 paper 20 2 40
Mounting Board 5 5 25
Paper Double Tape 3 20 gulung 60
Foam Double Tape 5 20 gulung 100
Jumlah keseluruhan 1 270

9.1 SUMBER KEWANGAN

Sumbangan PIBG

10.0 PENUTUP

Perancangan perlaksanaan program dalam kertas kerja ini adalah bertujuan memudahkan pengurusan
yang dikendalikan oleh guru-guru Bahasa Inggeris bagi tahun 2022 selaras dengan usaha kerajaan dan
Kementerian Pelajaran Malaysia memantapkan Bahasa Inggeris melalui program Highly Immersive
Program. Di harap projek Sudut Bahasa Inggeris ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek ini
adalah salah satu flatfom untuk mencari pengalaman secara terus tidak melalui bilik darjah. Diharap hasil
daripada usaha ini nanti akan lebih menceriakan lagi kawasan persekitaran SK Taman Alam Megah.
ULASAN GURU BESAR

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

Disediakan oleh : Disemak oleh: Disahkan oleh:

…............................................ ………………………………… ………………………………


(Mohamad Faiz bin Md Isa) (Marizah binti Omar) (Mokhtar bin Mahmood)
Penyelaras HIP, Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Besar,
SK Taman Alam Megah. SK Taman Alam Megah SK Taman Alam Megah

Anda mungkin juga menyukai