Anda di halaman 1dari 16

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM 3.

Pekerjaan dan ganjaran


TINGKATAN 5 KSSM  Manusia perlu bekerja dan berusaha bagi
menjana pendapatan.
Kandungan  Penglibatan dalam kegiatan ekonomi dikira
Tajuk m/s sebagai ibadat dan majikan perlu beri
Pelajaran 1 Sistem Ekonomi Islam 1-3 ganjaran yang setimpal.
Pelajaran 2 Sistem Kewangan Islam 4-6
Pelajaran 3 Sistem Perundangan Islam 6-8 4. Keuntungan dan kerugian
Pelajaran 4 Sistem Kehakiman Islam 8 - 11  Keuntungan dan kerugian dalam ekonomi
Pelajaran 5 Sistem Pentadbiran dan 11 - 13 adalah perkara lumrah (biasa).
Pengurusan Islam  Mekanisma mudarabah dan musyarakah
Pelajaran 6 Sistem Pemerintahan Islam 13 - 16 digalakkan bagi penuhi prinsip ini. (kongsi
modal dan kepakaran untuk berniaga)
TEMA 1: SISTEM EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM
5. Keadilan sosial
PELAJARAN 1: Sistem Ekonomi Islam  Kegiatan ekonomi mesti membawa keadilan
sosial kepada semua lapisan masyarakat.
 Keperluan asasi manusia seperti makanan dan
1.1.1 Konsep Asas Sistem Ekonomi Islam
tempat tinggal dijaga dan terpelihara.

 Ekonomi Islam ialah ilmu bagi memenuhi 6. Larangan kerosakan dan kezaliman
keperluan ekonomi individu dan masyarakat  Sebarang bentuk kerosakan kepada manusia
berteraskan syariat. atau alam sekitar hendaklah dielakkan.
 Bertujuan mencegah ketidakadilan dalam  Islam mengharamkan penindasan, penipuan,
pemerolehan dan penggunaan sumber alam. eksploitasi, pencemaran alam dan pembaziran
dalam kegiatan ekonomi.
Asas Sistem Ekonomi Islam
 Mengiktiraf pemilikan harta individu. 1.1.3 Konsep Pemilikan Harta dan Matlamatnya
 Mengelola harta yang dimiliki menurut
syarak.  Pemilikan harta dalam Islam bermaksud
 Mengagihkan harta dalam kalangan sesuatu yang dikurniakan Allah SWT kepada
masyarakat dengan adil. manusia untuk dimiliki dan dimanfaatkan
menurut syarak.
Sumber Utama Sistem Ekonomi Islam  Contoh tanah, rumah, kenderaan dan lain-lain
 Al-Quran
 Al-Hadis Asas Pemilikan Harta
 Al-Ijmak  Allah SWT pemilik harta yang sebenar.
 Al-Qias Manusia sebagai pemegang amanah.
 Allah SWT tetapkan cara pemilikan harta yang
1.1.2 Prinsip-prinsip Asas Sistem Ekonomi Islam sah seperti jual beli dan haramkan riba.
 Manusia diperintah berusaha untuk memiliki
1. Akidah, syariah dan akhlak Islam sebagai teras harta bagi penuhi keperluan hidup.
 Penghayatan iman, hari akhirat serta patuhi
 Allah SWT tetapkan cara berbelanja secara
syariat dalam kegiatan ekonomi.
berhemat dan dilarang membazir dan bakhil.
 Mengamalkan akhlak Islam dalam kegiatan
ekonomi.
Jenis Pemilikan Harta
2. Manusia sebagai Khalifah 1. Hak Milik Individu
 Allah SWT pemilik segala-galanya, manusia  Islam benarkan pemilikan secara individu
sebagai pemegang amanah. yang diperoleh secara sah menurut syarak.
 Makhluk-makhluk lain dicipta untuk Contohnya rumah, kereta dan sebagainya.
memenuhi keperluan manusia.  Semua individu diberi peluang perbaiki taraf
hidup melalui pemilikan tersebut.

1
2. Hak Milik Umum  Memudahkan umatnya bersedekah dan
 Pemilikan secara bersama oleh anggota berzakat.
masyarakat terhadap sumber, barangan dan  Memenuhi keperluan hidup seperti makanan
perkhidmatan. Contohnya laut, sungai dan dan tempat tinggal.
udara.  Penghormatan daripada masyarakat kerana
 Tujuan hak milik umum ialah untuk menjaga ada sikap tanggungjawab.
kebajikan dan keharmonian masyarakat.  Peroleh keberkatan kerana laksanakan ibadah
fardu ain.
3. Hak Milik Negara
 Harta hak milik umum yang diurus kerajaan 3. Kebaikan bekerja
untuk kepentingan awam selaras dengan  Mendapat keredaan dan keberkatan daripada
tuntutan agama. Contonya bangunan Allah SWT.
kerajaan, hasil hutan dan galian.  Mencari rezeki yang halal untuk sara diri dan
 Negara perlu hak milik ini untuk dapatkan keluarga.
hasil bagi kemakmuran rakyat.  Mampu berdikari tanpa perlu minta belas
ihsan orang lain.
Matlamat Pemilikan Harta  Boleh tingkatkan taraf hidup.
 Mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT  Boleh kurangkan masalah pengangguran dan
kerana patuhi syariat. tingkatkan ekonomi negara.
 Menjamin keselamatan hidup di dunia dan
akhirat. 4. Etika Kerja Islam
 Membangunkan ekonomi umat Islam.  Ikhlas kerana Allah SWT.
 Mengelakkan daripada berlakunya  Amanah ketika bekerja seperti tidak menipu.
penindasan dan kezaliman.  Tekun bekerja supaya hasil diberkati Allah
SWT.
1.1.4 Peranan Pekerjaan  Akur arahan ketua selagi tidak bertentangan
syarak.
 Pekerjaan ialah satu kegiatan yang dilakukan  Bekerjasama untuk tingkatkan produktiviti
bagi mendapatkan sumber pendapatan dan yang berkualiti.
memiliki harta secara halal.  Berdisiplin dan tepati masa.

Peranan Pekerjaan Kesan pekerjaan yang halal


 Memenuhi tuntutan ibadah kepada Allah Individu
SWT.  Diberkati Allah SWT kerana ikut syariat.
 Menunaikan tanggungjawab bagi penuhi  Dihormati masyarakat kerana kerja halal.
keperluan asasi kehidupan individu dan Masyarakat
keluarga.  Masyarakat sejahtera kerana diberkati Allah.
 Meningkatkan taraf sosioekonomi individu,  Masyarakat maju kerana ekonomi yang adil.
masyarakat dan negara. Negara
 Meningkatkan pembangunan ekonomi  Negara menjadi aman dan sejahtera.
negara.  Negara menjadi contoh kepada negara lain.

Islam dan pekerjaan Kesan pekerjaan yang haram


Individu
1. Ciri-ciri pekerjaan dalam Islam  Dilaknat Allah SWT kerana ingkari syariat.
 Pekerjaan yang halal.  Dibenci masyarakat kerana kerja yang buruk.
 Menurut kehendak syariat. Masyarakat
 Menjaga ketenteraman awam.  Masyarakat huru-hara kerana dilaknat Allah.
 Memastikan keselamatan diri dan orang lain.  Masyarakat mundur kerana kegiatan ekonomi
 Mengambil berat tentang ibadah. dicemari unsur negatif.
Negara
2. Sebab Islam menuntut umatnya bekerja  Negara menjadi kucar-kacir.
 Merupakan ibadah yang diberi pahala.  Imej negara tercemar.

2
Implikasi hidup tanpa pekerjaan  Berlaku ketidakadilan sosial dengan wujud
Individu jurang besar antara orang kaya dan miskin.
 Jiwa resah kerana kesempitan wang.  Contoh negara: Amerika Syarikat, United
 Dibenci masyarakat kerana sering meminta. Kingdom, Perancis dan Jepun.
Masyarakat
 Berlaku masalah sosial seperti budaya lepak. 2. Komunis
 Berlaku masalah jenayah seperti mencuri.  Muncul akibat ketidakadilan pengagihan harta
Negara dalam masyarakat.
 Merugikan tenaga kerja yang boleh sebabkan  Keputusan ekonomi dibuat pemerintah.
ekonomi merosot.  Pemilikan individu ke atas faktor pengeluaran
 Ekonomi merosot disebabkan hilang sumber dihapuskan.
pendapatan.  Semua diserah dan dimiliknegarakan secara
total demi kepentingan rakyat.
1.1.5 Kepentingan Melaksanakan Tuntutan  Contoh negara: Korea Utara, Laos dan Cuba.
Ekonomi Islam
3. Sosialis
Keistimewaan Sistem Ekonomi Islam  Hasil pemikiran antara dasar kapitalis dengan
 Sistem yang lengkap dan menyeluruh komunis.
berpandukan wahyu Allah SWT.  Pemilikan individu dibuka dalam skop terhad.
 Bermotifkan kesejahteraan hidup di dunia dan  Keperluan individu ditentukan oleh mutu
akhirat. kerja yang disumbangkannya.
 Menggabungkan antara aktiviti ekonomi  Sistem riba dikekalkan.
dengan akidah Islam.  Contoh negara: Venezuela
 Berteraskan nilai dan akhlak Islam.
 Memberi keutamaan kepada pengeluaran 4. Campuran
barangan asas (daruriyat) dan keperluan  Campuran antara sistem ekonomi yang
(hajiyyat) berbanding barangan mewah mendokong kebebasan dengan sistem
(tahsiniyyat). sosialis.
 Ekonomi dibangunkan bersama-sama antara
Kesan Pengabaian Sistem Ekonomi Islam pemerintah dan pihak swasta.
 Matlamat negara yang baik dan mendapat  Pemerintah melakukan pengawasan dan
pengampunan Allah SWT tidak akan tercapai. campur tangan dalam perekonomian, namun
 Amalan riba berleluasa. Golongan kaya pihak swasta masih diberi kebebasan.
semakin kaya, orang miskin tertindas.  Contoh negara: Malaysia, Indonesia,
 Nilai moral terhakis. Gejala rasuah, penipuan Singapura dan Thailand.
dan ekslpoitasi ekonomi berleluasa.
 Pengagihan harta secara tidak adil. Harta * Negara China: Sistem pemerintahan komunis tetapi
tertumpu pada kelompok atasan sahaja. sistem ekonomi berbentuk ‘pasaran bebas’.
 Ekonomi negara akan hancur dan
keharmonian masayarakat akan terjejas. 1.1.6 Tindakan kepada Penyelesaian Persoalan
Ekonomi Umat Islam
Sistem Ekonomi Konvensional
 Sistem ekonomi yang ditentukan oleh Bentuk-bentuk ketidakadilan dalam ekonomi
manusia dan tidak mempunyai piawaian  Mengamalkan riba dalam memberi pinjaman.
(peraturan) yang mutlak .  Menipu dalam sukatan dan timbangan.
 Bersifat anjal (boleh berubah) mengikut  Memberi rasuah dan menerima rasuah.
ketentuan masyarakat.  Menganggur dan tidak mahu bekerja.
 Melanggar hak cipta
1. Kapitalis
 Berpaksikan akal fikiran manusia semata- Pembahagian masyarakat di dalam ekonomi semasa
mata.  T20 (Top 20%, golongan kaya)
 Berasaskan kebebasan mutlak individu  M40 (Middle 40%, golongan sederhana)
(Laissez Faire).  B40 (Bottom 40%, golongan miskin)
 Sistem berasaskan amalan riba (bunga).
3
PELAJARAN 2: Sistem Kewangan Islam 4. Al-Musyarakah (Syarikat. Suatu akad antara 2
orang atau lebih untuk berkongsi modal dan
1.2.1 Konsep Asas Muamalat dalam Islam untung/rugi dalam suatu kegiatan ekonomi.
Contoh Najib dan Razak berkongsi modal dan
usaha untuk menjalankan perniagaan ‘Produk
 Muamalat bermaksud hubungan antara
Makanan Segera’ Halal)
manusia dengan manusia dalam kehidupan
(kekeluargaan, ekonomi, politik dan
5. Al-Rahn (Gadaian. Menjadikan suatu
sebagainya)
barangan yang berharga sebagai cagaran bagi
 Muamalat dalam sistem kewangan
suatu hutang. Contoh Puan Neelofa
bermaksud tatacara urusan harian sesama
mencagarkan barangan kemasnya untuk
manusia dalam memenuhi keperluan hidup
meminjam wang dari bank)
yang melibatkan transaksi kewangan
(berlandaskan syariat).
6. Al-Ijarah (Sewa-menyewa. Perjanjian yang
membolehkan seseorang ambil manfaat atau
Matlamat muamalat
faedah dari hak milik orang lain dengan
 Mengawal manusia dalam mengurus ekonomi
bayaran tertentu. Contoh sewa premis kedai
dan kewangan agar lahir masyarakat yang
untuk membuka perniagaan komputer)
aman harmoni.
7. Al-Bai’ Bithaman Ajil (Jualan dengan bayaran
Prinsip-prinsip Muamalat Islam
tertangguh @ membeli suatu barangan
 Kerelaan dalam berurus niaga.
dengan bayaran secara ansuran. Contoh
 Tiada elemen haram seperti riba, gharar
membeli sebuah motosikal Y15 dengan
(ketidakpastian) dan perjudian.
bayaran sebanyak RM400 sebulan selama 3
 Urus niaga tidak membawa kepada kerosakan tahun)
struktur ekonomi dan sosial masyarakat.
8. Al-Takaful (Insuran Islam. Pelan perlindungan
Ciri-ciri Muamalat Islam berdasarkan prinsip syariah melalui caruman
 Bersumberkan al-Quran dan Hadis. wang. Akan diberi kepada pihak yang ditimpa
 Reda-meredai antara kedua belah pihak. musibah atau kemudaratan . Pemberian atas
 Adil dan mendatangkan manfaat. dasar ta’awun dan tabarru’. Contoh seorang
 Tidak melakukan penipuan. lelaki menyertai skim takaful bagi melindungi
kenderaannya jika ditimpa kemalangan.
1.2.2 Jenis-jenis Muamalat Islam dan cara-cara
pelaksanaannya Persamaan antara jenis-jenis Muamalat
Simpanan dan pelaburan
1. Al-Wadiah (Mewakilkan suatu barangan atau  Al-Wadiah
harta yang berharga kepada pihak lain untuk  Al-Mudarabah
disimpan dan diuruskan. Contoh Haqiem  Al-Musyarakah
mendepositkan wangnya di bank untuk
disimpan) Kontrak jual beli
 Al-Murabahah
2. Al-Mudarabah (Pelaburan. Pelabur  Al-Bai’ bithaman ajil
memberikan modal kepada pihak tertentu
(pengusaha) untuk diperniagakan. Hasil Membantu orang yang memerlukan pembiayaan
keuntungan dibahagikan mengikut perjanjian. tunai segera atau perkhidmatan
Contoh pelajar dan guru melabur di koperasi  Al-Rahnu
sekolah)  Al-Ijarah

3. Al-Murabahah (jual beli ambil untung 1.2.3 Peranan Institusi Kewangan Islam dalam
@jualan penambahan untung. Akad jual beli
Mengurus Muamalat Islam
di mana penjual menyatakan kos dan
keuntungan yang dikehendakinya. Contoh
penjual menjual tanah 100k dengan  Institusi kewangan Islam ialah badan atau
mengambil untung 10k) agensi milik kerajaan dan swasta.
4
 Mereka mengutip sumber kewangan dan 6. Baitulmal
mengagihkannya mengikut muamalat Islam.  Berfungsi mengurus harta orang Islam yang
 Zaman Nabi Muhammad SAW telah wujud ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri.
institusi kewangan Islam contohnya Baitulmal.  Menerima pelbagai sumber kewangan dan
Diwujudkan bagi mengumpul harta negara harta seperti zakat, harta wakaf, cukai dan
seperti zakat, jizyah, ghanimah dan fai’. lain-lain.
 Membahagikan semula manfaatnya kepada
Institusi Kewangan Islam di Malaysia rakyat secara adil.
1. Perbankan Islam
 Diwujudkan untuk menyediakan kemudahan 1.2.4 Kepentingan Pelaksanaan Muamalat Islam
dan perkhidmatan perbankan patuh syariah. dan Pengurusan Institusi Kewangan Islam dalam
 Mempromosi produk-produk kewangan Islam. Kehidupan
 Contohnya Bank Islam, Bank Muamalat, Bank
Rakyat, Maybank Islamic dan Agro Bank. Kepentingan Pelaksanaan Muamalat Islam
Individu
2. Tabung Haji  Mendapat manfaat dari sudut ganjaran pahala
 Badan berkanun di bawah Akta Tabung Haji kerana bermuamalat secara Islam.
1995 (Akta 535).  Memperoleh jaminan keadilan dalam sistem
 Menyediakan kemudahan menyimpan wang kewangan Islam.
untuk menunaikan haji bagi pendeposit.
 Menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi Masyarakat
nilai tambah/dividen kepada pendepositnya.  Dapat saling mengenali dan mengeratkan
silaturahim.
3. Takaful (Insurans Islam)  Dapat saling bantu-membantu melalui sistem
 Menyediakan sistem perlindungan yang patuh ta’awun dan tabarru’.
syariah dalam Insurans Islam.
 Persediaan bagi menghadapi musibah dan Negara
malapetaka seperti kemalangan, kecederaan,  Ekonomi negara dalam keadaan baik dan
kematian, sakit kritikal dan sebagainya. diredai Allah SWT.
 Contohnya Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas,  Pendapatan dan pengagihan harta dapat
Takaful Etiqa dan Takaful BSN Prudential. dibuat dengan lebih efisien.

4. Zakat Keburukan tidak bermuamalat dengan muamalat


 Ditubuhkan untuk mewujudkan sistem Islam
pengurusan zakat yang lebih efisien dan Individu
sistematik.  Dilaknat oleh Allah SWT kerana ingkari syariat.
 Mengagihkan zakat dengan lebih efisien dan  Jiwa jadi resah kerana takut ditipu.
adil kepada asnaf zakat.  Dibenci masyarakat kerana menindas.
 Contohnya Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan  Melahirkan individu yang tamak.
Pusat Urusan Zakat (PUZ) Pulau Pinang.
Masyarakat
5. Wakaf  Masyarakat berpecah belah dan hilang
 Pengurusan dan pentadbiran wakaf diletakkan semangat tolong-menolong.
di bawah Majlis Agama Islam setiap negeri  Masyarakat tidak aman kerana berlaku
(pemegang tunggal harta wakaf di Malaysia). permusuhan.
 Pemegang amanah semua harta wakaf yang  Berlaku penindasan dalam masyarakat seperti
berdaftar. riba.
 Masyarakat akan bersikap prejudis antara
satu sama lain.

5
Negara  Bertujuan demi kebahagian hidup manusia di
 Ekonomi negara merosot kerana tidak dunia dan akhirat.
diberkati Allah SWT.
 Wujud jurang ekonomi yang ketara antara Asas Sistem Perundangan Islam
golongan kaya dan miskin. 1. Pencegahan
 Negara akan terjebak dalam krisis hutang  Mencegah berulangnya perbuatan jenayah.
yang tinggi akibat sistem riba.  Memberi amaran kepada mereka yang berniat
untuk melakukan kesalahan.
 Para pelabur kurang yakin untuk melakukan
pelaburan dalam negara.
2. Pembalasan
 Membalas perbuatan jahat dengan hukuman
1.2.5 Amalan Muamalat dan Aktiviti Kewangan yang adil.
Islam  Mengelak wujud perasaan dendam.

 Berjual beli dengan jujur dan amanah (al-Bai’) 3. Pemulihan


 Sewa-menyewa dengan kontrak yang  Mendidik pesalah supaya insaf daripada
dipersetujui bersama (al-Ijarah) kesalahan.
 Mendapatkan pembiayaan dengan serahan  Mengubah diri supaya taat kepada ajaran
agama.
barang cagaran (al-Rahn).
 Membuka akaun simpanan menggunakan
Sumber Utama Sistem Perundangan Islam
sistem perbankan Islam (al-Wadiah). 1. Al-Quran.
 Menggunakan produk Insurans Islam dalam 2. Al-Hadis
kehidupan (at-Takaful). 3. Al-Ijmak
 Melabur wang dalam skim pelaburan patuh 4. Al-Qias
syariah (al-Mudarabah)
2.1.2 Keunggulan Sistem Perundangan Islam
Langkah-langkah menggalakkan masyarakat
bermuamalat dengan muamalat Islam  Ciptaan Allah SWT yang bersih dari
 Memberi didikan agama khususnya berkaitan kelemahan, kekurangan dan dorongan hawa
ekonomi dan kewangan Islam dalam sistem nafsu.
pendidikan Islam.  Lengkap merangkumi semua aspek kehidupan
 Memberikan penerangan melalui media manusia.
massa supaya masyarakat tahu kebaikan  Hukuman yang adil tanpa mengira pangkat
dan keturunan.
bermuamalat dengan muamalat Islam.
 Sesuai untuk semua manusia tanpa mengira
 Mengembangkan kemudahan perbankan
kaum, tempat dan zaman.
Islam secara menyeluruh.  Bersifat tetap dan kekal sehingga hari kiamat.
 Mengemaskini sistem muamalat Islam supaya  Hukuman bersifat memberi pengajaran
boleh menarik minat masyarakat untuk supaya penjenayah tidak ulangi semula.
memilih perbankan Islam.  Mendidik jiwa manusia supaya takut akan
pembalasan Allah SWT.

TEMA 2: SISTEM PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN 2.1.3 Matlamat Sistem Perundangan Islam
ISLAM (Maqasid Syariah)

PELAJARAN 3: Sistem Perundangan Islam 1. Memelihara agama


2. Memelihara nyawa
2.1.1 Konsep Asas Perundangan Islam 3. Memelihara akal
4. Memelihara keturunan
 Perundangan Islam bermaksud hukum-hukum 5. Memelihara harta
yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada
manusia seperti akidah, ibadat, akhlak, 1. Cara Islam memelihara agama
muamalat, munakahat dan jenayah.  Menyuruh umatnya patuh perintah Allah SWT
6
 Menyuruh umatnya menjauhi larangan Allah. 1. Mengamalkan cara hidup Islam supaya
 Melarang perbuatan syirik supaya akidah diberkati Allah SWT.
terpelihara. 2. Berpegang teguh dengan peraturan Allah SWT
 Mensyariatkan hukuman yang tegas bagi kerana Allah SWT Maha mengetahui yang
kesalahan murtad agar agama tidak tercemar. terbaik bagi manusia.
3. Melaksanakan segala perintah Allah SWT
seperti menunaikan solat lima waktu.
2. Cara Islam memelihara nyawa
4. Meninggalkan segala larangan Allah SWT
 Menyuruh umatnya menjaga kesihatan
supaya hidup tidak terpesong dari kebenaran.
seperti makan makanan yang halal dan baik.
5. Sentiasa mengamalkan akhlak mulia supaya
 Melarang umatnya terlibat dengan kegiatan kehormatan diri terpelihara.
yang membahayakan diri seperti merempit.
 Melarang perbuatan bunuh diri dan orang
2.1.4 Kepentingan Melaksanakan Sistem
lain.
Perundangan Islam dalam Kehidupan
 Mensyariatkan hukuman qisas kepada
pembunuh supaya wujud keadilan.
 Menjaga akidah umat Islam dari terpesong
3. Cara Islam memelihara akal seperti syirik, kufur dan sebagainya.
 Menyuruh umatnya menuntut ilmu supaya  Menjamin keselamatan diri daripada
perbuatan yang bahayakan nyawa.
pemikiran berkembang.
 Memastikan akal terpelihara dari perkara
 Melarang umatnya melakukan perkara yang
merosakkan akal seperti membaca bahan yang merosakkan pemikiran.
lucah.  Melahirkan zuriat yang halal hasil
perkahwinan yang sah di sisi syarak.
 Melarang perbuatan minum arak dan
penyalahgunaan dadah.  Memperoleh harta secara halal tanpa berlaku
 Mensyariatkan hukum sebat 40 kali kepada pencerobohan harta.
peminum arak agar timbul keinsafan.
Kesan Pengabaian Pelaksanaan Sistem Perundangan
Islam
4. Cara Islam memelihara keturunan
1. Merosakkan akidah seperti syirik, kufur dan
 Mensyariatkan perkahwinan untuk lahirkan
sebagainya.
zuriat yang sah.
2. Mengancam keselamatan nyawa seperti
 Menetapkan golongan wanita yang haram
berlaku jenayah pembunuhan.
dikahwini seperti ibu, adik-beradik
3. Merosakkan akal melalui perbuatan minum
perempuan dan sebagainya.
arak dan penagihan dadah.
 Melarang perbuatan zina, liwat, lesbian dan
4. Merosakkan keturunan manusia seperti
gay (LGBTQ)
kelahiran anak luar nikah.
 Mensyariatkan hukuman sebat 100 kali bagi
5. Mewujudkan sistem ekonomi yang haram
(penzina belum kahwin) atau rejam sampai
seperti amalan riba dan rasuah.
mati (penzina sudah kahwin).

5. Cara Islam memelihara harta 2.1.5 Tindakan Pematuhan Perundangan Islam


dalam Kehidupan
 Menggariskan peraturan pemilikan harta
supaya harta dimiliki secara halal dan sah.
 Menawarkan pelbagai jenis muamalat supaya 1. Mempelajari ilmu agama
manusia dapat jalankan kegiatan ekonomi  Memantapkan iman dan taqwa kepada Allah.
dengan adil.  Mengelakkan diri daripada melakukan perkara
 Melarang perbuatan menceroboh harta orang yang boleh rosakkan akidah.
lain seperti mencuri, merompak, memeras
ugut, riba, rasuah dan sebagainya. 2. Memakan makanan yang halal
 Mensyariatkan hukuman potong pergelangan  Membentuk akal fikiran dan minda yang
tangan kepada pencuri supaya masyarakat cerdas.
takut untuk lakukan jenayah mencuri.  Menjamin kesihatan tubuh badan daripada
jangkitan penyakit.
Cara merealisasikan Sistem Perundangan Islam
dalam kehidupan. 3. Memakai pakaian yang menutup aurat
7
 Menjaga maruah diri.  Sumber asas kehakiman Islam ialah wahyu
 Menjauhi diri daripada maksiat dan Allah SWT iaitu tindakan hakim berpandukan
kemungkaran. al-Quran dan al-Hadis.

4. Mematuhi undang-undang jalan raya 2. Menegakkan keadilan dan menentang kezaliman


 Menjaga keselamatan ketika menaiki  Kehakiman Islam bersifat adil tanpa mengira
kenderaan. kedudukan atau pangkat seseorang bagi
 Mengelakkan kecederaan parah jika ditimpa mengelakkan kezaliman.
kemalangan.
3. Menyeru kebaikan serta mencegah kemungkaran
5. Mengamalkan muamalat Islam  Pelaksanaan hukuman yang bersifat
 Memperoleh harta yang halal. pencegahan, pembalasan dan pemulihan
 Mengelakkan amalan rasuah dan pecah terhadap perbuatan jenayah.
amanah.
4. Mengamalkan adab dan akhlak Islam
PELAJARAN 4: Sistem Kehakiman Islam  Menjunjung dan memelihara nilai mulia
supaya tidak dicemari sifat mazmumah seperti
2.2.1 Konsep Asas Sistem Kehakiman Islam menzalimi orang lain.

 Kehakiman atau al-Qadha’ dari segi bahasa 2.2.2 Matlamat Sistem Kehakiman Islam
bermaksud menghukum, menyelesaikan,
menetapkan, memutuskan dan mencegah. 1. Menegakkan keadilan
 Dari segi syarak pula bermaksud  Keadilan dalam Islam bersifat sejagat tanpa
menyelesaikan pertikaian atau tuntutan mengira darjat, pangkat, keturunan dan
antara dua belah pihak atau lebih melalui agama. Sesiapa terbukti bersalah perlu
proses undang-undang berdasarkan hukum
dihukum dengan adil.
syarak.

Kehakiman pada zaman Rasulullah SAW 2. Menentang kezaliman


 Rasulullah SAW berperanan sebagai ketua  Islam menentang sebarang bentuk kezaliman
hakim. Kes-kes diselesaikan sendiri oleh yang boleh menggugat keamanan masyarakat.
baginda.
 Apabila wilayah Islam semakin luas, maka 3. Membela orang yang dizalimi
dilantik beberapa orang sahabat sebagai  Sistem kehakiman Islam sangat mengambil
gabenor merangkap hakim. berat terhadap orang yang dizalimi demi
 Antaranya ialah perutusan Sayidina Ali bin Abi menegakkan keadilan agar maruah, harta
Talib r.a dan Muaz bin Jabal r.a benda dan nyawa dikembalikan haknya.

Kehakiman pada zaman Khulafa’ ar-Rasyidin


2.2.3 Jenis Kesalahan Jenayah dan Hukumannya
 Sayidina Abu Bakar al-Siddiq r.a meneruskan
kuasa kehakiman seperti zaman Rasulullah
SAW Klasifikasi Hukuman Jenayah dalam Islam
 Semasa zaman Sayidina Umar bin al-Khattab 1. Hudud
r.a ditubuhkan badan khas bagi mentadbir  Kesalahan dan hukuman mengikut ketetapan
urusan kehakiman. syarak yang wajib dilaksanakan sebagai
 Pada zaman Sayidina Uthman bin Affan r.a, menunaikan hak Allah SWT. Kesalahan ini
beliau telah memberi saraan (gaji) kepada adalah kesalahan berat.
hakim dari hasil peruntukan baitulmal.  Manusia tidak mempunyai hak untuk
 Sayidina Ali bin Abi Talib r.a mengekalkan menambah atau mengurangkan hukuman
hakim yang dilantik oleh Sayidina Uthman bin tersebut setelah disabitkan.
Affan r.a.
Kesalahan Hukuman
Prinsip-prinsip Kehakiman Islam
Zina  Belum kahwin: Disebat 100
1. Merujuk kepada wahyu rabbani
8
kali.  Kesalahan hudud  Nasihat/teguran
 Telah kahwin: Direjam dan qisas yang  Ancaman/
sampai mati. tidak cukup bukti Pemulauan
Qazaf  Disebat 80 kali. untuk dikenakan  Pengisytiharan
Minum arak  Disebat 40 kali. hukuman. umum
Mencuri  Dipotong pergelangan  Kesalahan khalwat  Denda/
tangan. dan mencuri yang Merampas harta
 Nisab jenayah mencuri tidak cukup nisab. (sita)
ialah ¼ dinar bersamaan  Perbuatan  Sebat
1.06 gram emas. mengganggu  Buang daerah
Merompak  Mengganggu ketenteraman ketenteraman  Penjara
awam: Dipenjara atau awam seperti
dibuang daerah. menipu, rasuah,
 Merampas harta tanpa berjudi, kesalahan
membunuh: Tangan dan jalan raya, dadah
kaki dipotong secara dan sebagainya.
bersilang.
 Merampas harta dan 4. Diat
membunuh: Dibunuh dan  Harta yang wajib diberikan kepada waris
dipalang. orang yang dibunuh sebagai ganti hukuman
Murtad  Dibunuh. Hukuman bunuh qisas yang tidak dapat dilaksanakan.
hanya diputuskan oleh
pemerintah Muslim setelah Jenis diat
pelaku enggan bertaubat 1. Diat berat
apabila diminta.
Keterangan Kadar diat
2. Qisas Membunuh dengan 100 ekor unta ditanggung
 Kesalahan dan hukuman mengikut ketetapan sengaja yang ada niat oleh pembunuh
syarak yang wajib dilaksanakan bagi membunuh. Waris sepenuhnya dan mesti
menunaikan hak manusia yang dizalimi secara mangsa tidak mahu qisas dibayar segera.
fizikal. dijalankan dan menukar
 Hukuman tidak boleh diubah atau dibatalkan dengan diat.
setelah sabit kecuali pihak yang menuntut Membunuh dengan tidak 100 ekor unta ditanggung
bela memaafkannya dan diganti dengan sengaja tetapi seolah- oleh waris pembunuh dan
bayaran diat. olah sengaja. Contoh, boleh dibayar secara
seseorang memukul beransur-ansur selama
orang lain dengan rotan tiga tahun.
Kesalahan Hukuman
lalu mati.
Membunuh  Dibalas bunuh
dengan sengaja
1. Diat ringan
Mencederakan  Dibalas cedera
anggota badan sebagaimana kecederaan
mangsa Keterangan Kadar diat
Membunuh 100 ekor unta yang ditanggung
dengan tidak oleh waris pembunuh dan boleh
sengaja. Sebagai dibayar beransur-ansur selama
contoh seorang tiga tahun.
pemburu
3. Takzir
tertembak orang Dibahagikan kepada lima jenis
 Kesalahan dan hukuman yang tidak lain yang disangka unta.
ditetapkan oleh syarak dan diserahkan kepada seekor rusa.  20 ekor unta betina
budi bicara hakim untuk memutuskannya. berumur setahun ke
atas.
Kesalahan Hukuman  20 ekor unta jantan

9
berumur dua tahun ke  Memahami hukum-hakam Islam dan
atas mempunyai keimanan yang kuat. Supaya
 20 ekor unta betina terhindar dari penyalahgunaan kuasa.
berumur dua tahun ke
atas 2. Baligh dan berakal
 20 ekor unta betina  Tugas hakim memerlukan pemikiran yang
berumur tiga tahun ke matang, tajam dan fikiran yang waras supaya
atas keputusan yang dibuat bertepatan dengan
 20 ekor unta betina kebenaran.
berumur empat tahun 3. Adil
ke atas.  Sentiasa mematuhi hukum-hakam syariat
Islam. Tidak melakukan dosa besar atau
* Pada zaman Sayidina Umar bin al-Khattab r.a pernah melazimi dosa kecil.
ditetapkan bayaran diat bagi yang tidak mempunyai  Mempunyai akhlak yang baik dan menjauhi
unta boleh dibayar dengan emas, perak, lembu, maksiat.
kambing dan pakaian. Pada masa kini kadar diat  Supaya dapat tunaikan amanah yang
ditentukan mengikut harga semasa seratus ekor unta. dipertanggungjawabkan dengan baik.

Prosedur Keterangan untuk Mensabitkan Kesalahan 4. Berilmu dan bijaksana


1. Pengakuan  Hakim mestilah boleh berijtihad, mampu
 Pengakuan yang jelas daripada orang yang memahami nas-nas syarak dan menguasai
telah melakukan kesalahan. ilmu-ilmu kehakiman serta berpandangan
 Pengakuan dibuat secara waras dan bebas jauh.
tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.
5. Sempurna pancaindera
2. Kesaksian  Memiliki pendengaran yang baik, penglihatan
 Saksi mesti baligh, sempurna akal, adil, yang jelas dan percakapan yang fasih.
amanah dan bebas daripada sebarang
keraguan. Etika Hakim
 Saksi tidak bermusuh dengan orang yang 1. Hakim dilarang menyebelahi mana-mana
didakwa. pihak sama ada pendakwa atau tertuduh
 Bilangan saksi sekurang-kurangnya dua orang supaya wujud keadilan.
lelaki atau seorang lelaki dan dua orang 2. Hakim hendaklah jujur ketika bertugas seperti
perempuan yang adil bagi sesetengah kes. tidak menerima rasuah.
Bagi kes perzinaan, saksinya ialah empat 3. Hakim dilarang untuk mensabitkan kesalahan
orang lelaki. terhadap tertuduh jika ada keraguan bukti
dan hujah supaya tidak berlaku penganiayaan.
3. Pembuktian 4. Hakim dilarang menghakimi orang yang ada
 Kesalahan boleh disabitkan apabila dapat kepentingan dengannya seperti kaum
dibuktikan melalui bahan atau alat tertentu keluarga, rakan dan sebagainya.
berkaitan kes seperti ujian deoksiribonukleik
(DNA), senjata, kesan jari dan sebagainya. Peranan Hakim
1. Menjatuhkan hukuman secara adil dan
saksama setimpal dengan kesalahan tanpa
mengira pangkat, kedudukan dan hubungan.
2. Menjatuhkan hukuman dalam keadaan
tenang bukannya dalam keadaan marah.
3. Menjatuhkan hukuman tanpa ragu-ragu
2.2.4 Syarat Pelantikan, Etika dan Peranan Hakim kepada pesalah.
4. Membebaskan tertuduh jika didapati terdapat
Syarat Pelantikan Hakim keraguan dari segi bukti dan hujah.
1. Islam dan beriman
2.2.5 Kepentingan Melaksanakan Sistem
Kehakiman Islam

10
 Menyebarluaskan ilmu dan kefahaman
1. Mampu menyelesaikan permasalahan tentang institusi kehakiman Islam kepada
manusia secara menyeluruh. masyarakat melalui seminar, kempen atau
2. Menegakkan amar makruf dalam masyarakat. penerangan menerusi media sosial.
3. Mewujudkan keadilan sejagat.  Memperbanyak kajian dan penulisan ilmiah
4. Memberi pengajaran dan didikan kepada berkaitan kehakiman Islam.
penjenayah daripada mengulangi kesalahan.  Mengadakan lawatan sambil belajar ke
5. Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan mahkamah syariah untuk memperoleh
dalam negara. maklumat tentang bidang kuasa dan prosedur
6. Membendung perkara mungkar dan jenayah perbicaraan di mahkamah.
daripada berleluasa.
7. Mengembalikan hak kepada orang yang
dizalimi. TEMA 3: SISTEM PENTADBIRAN DAN
PEMERINTAHAN ISLAM
Kewajipan Mematuhi Tuntutan Pelaksanaan
Kehakiman Islam PELAJARAN 5: Sistem Pentadbiran dan Pengurusan
1. Menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai
Islam
sumber rujukan utama dalam mengendalikan
kes supaya tindakan yang diambil tidak
menyalahi syarak. 3.1.1 Konsep Asas Sistem Pentadbiran dan
2. Melaksanakan etika kehakiman Islam secara Pengurusan Islam
menyeluruh supaya matlamat untuk
mewujudkan keamanan masyarakat tercapai.  Pentadbiran ialah menyelaraskan tenaga
3. Mematuhi peraturan dan undang-undang manusia agar mengikut satu perancangan
negara seperti yang diperuntukkan dalam untuk mencapai sesuatu objektif yang
perlembagaan. ditetapkan
4. Melantik orang yang berkelayakan sebagai  Pengurusan ialah mengguna serta
hakim seperti memiliki sifat adil.
menyelenggara sumber manusia dan sumber
alam untuk kebajikan manusia.
Cara menjauhkan diri daripada perbuatan jenayah
1. Mematuhi peraturan agama seperti
menunaikan solat dan menutup aurat. Pentadbiran dan pengurusan Islam ialah perancangan
2. Menuntut ilmu yang bermanfaat seperti ilmu dan pergerakan oleh sesuatu organisasi berhubung
fardu ian dan fardu kifayah. dengan kaedah, peraturan, tanggungjawab dan tugas
3. Mengisi masa dengan perkara berfaedah dalam pengolahan sumber manusia dan sumber alam.
seperti membaca dan beriadah. Ia mesti selari dengan tanggungjawab sebagai hamba
4. Memilih rakan yang baik seperti rakan yang dan khalifah Allah SWT di muka bumi.
sentiasa berakhlak mulia.
Pentadbiran dan Pengurusan Zaman Rasulullah SAW
2.2.6 Tindakan Menjauhi Perbuatan yang dilarang 1. Islam dijadikan dasar pentadbiran dan
pengurusan negara.
1. Memberi nasihat dan bimbingan ke arah 2. Syura dijadikan salah satu kaedah yang
kebenaran. digunakan dalam menguruskan pentadbiran.
2. Berfikiran matang dengan mampu 3. Piagam Madinah dijadikan sebagai
membezakan antara kebaikan dan keburukan.
perlembagaan pentadbiran dan pengurusan
3. Mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang
zaman Rasulullah SAW.
kukuh kepada Allah SWT.
4. Bersikap sabar, reda dan tabah. 4. Akidah Islamiah dijadikan pegangan dalam
5. Bersikap prihatin dan tidak mementingkan diri urusan pentadbiran menggantikan semangat
sendiri. ‘asabiyyah (perasaan taasub perkauman).

Tindakan Menyokong Institusi Perundangan Pentadbiran dan Pengurusan Zaman Khulafa’


 Meningkatkan tahap profesionalisme dalam ar-Rasyidin
kalangan pendukung institusi kehakiman Islam
melalui kursus dan seminar.
11
Merupakan sistem yang dikemas kini daripada sistem  Efisien (cekap) dan konsisten (tekal) dalam
pentadbiran dan pengurusan zaman Rasulullah SAW. menghasilkan impak (kesan) yang cemerlang.
 Sesuatu dasar diputus melalui kaedah syura Amar makruf dan nahi mungkar
(berdasarkan suara ilmuan, pakar bidang  Membudayakan nilai murni dalam tadbir urus.
tertentu dan suara majoriti). Sistematik
 Khalifah berperanan sebagai ketua eksekutif  Membuat perancangan dan pemantauan yang
dan perundangan serta panglima tertinggi berterusan.
dalam pentadbiran.
 Pentadbiran wilayah diketuai oleh gabenor Ciri-ciri Pentadbir dan Pengurus yang Baik
dan dibantu oleh setiausaha dan pegawai 1. Beriman (laksana pentadbiran dengan penuh
seperti setiausaha tentera, pegawai polis ketaqwaan dan tanggungjawab).
(Sahib al-Syurtah), pegawai cukai (Sahib al- 2. Amanah (laksana tanggungjawab dengan
Kharaj), pegawai perbendaharaan negara (Bai sebaik mungkin).
al-Mal) dan seorang kadi (hakim). 3. Berwawasan (mempunyai perancangan untuk
 Institusi baitulmal didirikan pada peringkat majukan organisasi).
pusat dan wilayah (mengendalikan urusan 4. Ikhlas (melakukan pekerjaan dengan tulus
kewangan negara). dan sepenuh hati).
5. Positif (berfikiran terbuka terhadap
3.1.2 Prinsip-prinsip Tadbir Urus dalam Islam perubahan, cadangan, teguran dan nasihat ke
arah kebaikan).
1. Bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. 6. Inovatif (menjana idea baharu ke arah
kemajuan).
2. Bermatlamatkan dunia dan akhirat.
3. Pentadbir sebagai pemegang amanah. 7. Dinamik (berupaya menyesuaikan diri dengan
pelbagai situasi untuk melaksanakan
4. Berasaskan keimanan kepada Allah SWT.
5. Berteraskan nilai-nilai akhlak. pembaharuan).
8. Integriti (bersikap telus dalam pentadbiran)
6. Urusan pentadbiran dijalankan berdasarkan
konsep syura.
7. Mengamalkan konsep keadilan dalam 3.1.3 Kepentingan Melaksanakan Tadbir Urus
pentadbiran. dalam Sistem Pentadbiran dan Pengurusan Islam

Ciri-ciri Pentadbiran dan Pengurusan Islam Individu


1. Bersumberkan al-Quran dan al-Hadis.  Menimbulkan nilai keimanan dan ketaqwaan.
2. Mengamalkan konsep syura dalam  Menjaga hubungan baik antara ketua dan
pentadbiran. ahli-ahlinya.
3. Melaksanakan keadilan untuk semua pihak.  Menjalankan urusan dengan penuh amanah
4. Memastikan hak kebebasan kepada setiap dan tanggungjawab.
individu agar terpelihara mengikut panduan Organisasi
syarak.  Memastikan kelancaran urusan pentadbiran
5. Mengeratkan ukhuwah (persaudaraan) dalam sesebuah organisasi.
pengurusan yang berteraskan nilai akhlak.  Menaikkan imej sesebuah organisasi.
6. Mematuhi dan menghormati peraturan dan  Menyelesaikan sesuatu urusan secara
undang-undang yang telah ditetapkan dalam rundingan dan muafakat.
sesebuah organisasi. Negara
 Mewujudkan pentadbiran negara yang efisien
Etika Tadbir Urus Islam dan efektif serta menjadi contoh kepada
Panduan Islam bagi individu yang diberikan amanah negara lain.
untuk mentadbir dan mengurus sesebuah organisasi.  Membolehkan segala urusan dilaksanakan
secara teratur dan menepati syarak.
Integriti (Telus)  Meneladani tadbir urus negara seperti yang
 Menjalankan tugas dengan penuh dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
tanggungjawab dan tidak guna kedudukan
untuk kepentingan sendiri. Kesan Mentadbir dan Mengurus mengikut Syariat
Efektif (Hasil tercapai)  Melaksanakan tanggungjawab dengan
amanah.

12
 Mendapat ketaatan daripada orang bawahan. 7. Negara Islam mengutamakan penghayatan
 Mewujudkan persefahaman antara ketua akhlak yang mulia dalam semua aspek
dengan anak buah. kehidupan.
 Memajukan organisasi dan negara.
Sistem Pemerintahan Islam di Madinah
Kesan Mentadbir dan Mengurus tidak mengikut  Negara Islam pertama yang dibentuk.
Syariat
 Mengamalkan konsep syura dalam
 Mengabaikan amanah yang diberikan.
pemerintahan dan terbentuknya Piagam
 Hilang sokongan daripada orang bawahan.
Madinah.
 Berlaku pertelingkahan.
 Menyebabkan kemunduran organisasi dan
negara. Piagam Madinah
 Satu perjanjian dengan seluruh penduduk
3.1.4 Tindakan Merealisasikan Tadbir Urus Islam Madinah yang dikenali sebagai Sahifah
dalam Organisasi Madinah (Piagam Madinah). Merupakan
piagam bertulis pertama di dunia.
 Mengadakan mesyuarat dalam segala urusan.  Mengandungi 47 fasal, 23 fasal berkaitan
 Menjaga kebajikan setiap pekerja. peranan sesama Islam (Muhajirin dan Ansar)
 Memberi kerjasama dalam menyelesaikan dan 24 fasal berkenaan hubungan antara
tugasan. umat Islam dengan bukan Islam (Yahudi).
 Memberi penghargaan kepada staf
cemerlang. Aspek Piagam Madinah ialah
Kepimpinan Negara
PELAJARAN 6: SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM  Rasulullah SAW adalah pemerintah dan ketua
negara. Baginda sentiasa dirujuk dalam
menyelesaikan masalah.
3.2.1 Konsep Asas Sistem Pemerintahan Islam
Perpaduan
Sistem pemerintahan Islam merupakan satu kaedah  Menyatukan dan mendamaikan suku kaum di
pemerintahan sebuah negara yang ditadbir Madinah yang sering bertelagah sebelum ini.
berdasarkan ajaran Islam serta melaksanakan syariat
Islam. Pengiktirafan Kepelbagaian Kaum
 Setiap kaum diberi hak masing-masing dari
Ciri-ciri Sistem Pemerintahan Islam segi ekonomi, politik dan sosial.
1. Meletakkan Allah SWT sebagai pemegang
Keselamatan
kuasa mutlak manakala manusia sebagai
 Setiap kaum bertanggungjawab menjaga
khalifah (pemegang amanah) untuk keamanan negara dan keharmonian
memakmur muka bumi. hubungan antara kaum.
2. Mengamalkan syura dalam pemerintahan
berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Jaminan Sosial
3. Segala perkara yang diputuskan dan  Kebajikan dan keselamatan penduduk
dilaksanakan bersesuaian dengan kehendak terjamin.
rakyat serta syariat Islam.
4. Melaksanakan amar makruf dan nahi Kebebasan Mengamalkan Agama
mungkar.  Masyarakat Madinah diberi kebebasan untuk
5. Rakyat terdiri daripada golongan yang mengamalkan agama masing-masing dengan
meyakini prinsip dan dasar negara Islam serta penuh toleransi.
mematuhi undang-undang. Penguatkuasaan Undang-undang
 Undang-undang Islam diguna pakai dalam
6. Bebas daripada ikatan keturunan, warna kulit,
sistem pentadbiran dengan Rasulullah SAW
kawasan geografi dan sebagainya.
sebagai hakim tertinggi.

Hak asasi manusia


13
 Setiap kaum di Madinah diberikan hak Ciri-ciri Khalifah
terhadap diri, harta dan mendapatkan  Fizikal yang sihat dan sempurna.
perlindungan.  Pengetahuan yang luas.
 Mempunyai keyakinan diri.
Tanggungjawab  Mengetahui matlamat organisasi.
 Setiap individu bertanggungjawab laksana  Memiliki semangat yang kuat.
tuntutan yang termaktub dalam Piagam  Cekap membuat keputusan.
Madinah demi merealisasikan keamanan dan  Bersifat rasional.
keharmonian negara.  Bersikap adil.
 Menguasai teknik-teknik berkomunikasi.
Hubungan Luar  Mampu bertindak sebagai penasihat.
 Hubungan luar dijalin dengan kebenaran dan
persetujuan Rasulullah SAW sebagai ketua Tanggungjawab Khalifah
negara.  Melaksanakan hukum syariat tanpa mengira
masa dan tempat.
3.2.2 Konsep Asas Khilafah dalam Sistem  Memelihara kesucian agama Islam.
Pemerintahan Islam  Menegakkan kebenaran dan mencegah
kemungkaran.
Khilafah  Memelihara kedaulatan negara daripada
 Khilafah bermaksud sistem pemerintahan dijajah.
Islam yang dinaungi oleh seorang pemimpin  Mengagihkan harta negara kepada yang
Islam yang adil, taat dan patuh kepada syariat berhak.
 Melantik orang yang cekap dan amanah untuk
Allah SWT.
membantu mentadbir negara.
Khalifah
 Menjaga kebajikan rakyat.
 Khalifah bermaksud individu yang
diamanahkan oleh Allah SWT untuk mengurus Tanggungjawab Rakyat
dan mentadbir dunia mengikut syariat Allah  Memberikan taat setia kepada khalifah.
SWT.  Membantu membanteras kemungkaran.
Rakyat  Bekerjasama dalam mempertahankan
 Rakyat bermaksud seluruh penduduk dalam keselamatan negara.
sesebuah negara yang berkewajipan mentaati  Berusaha untuk mendalami ilmu
khalifah selagi tidak bercanggah dengan pengetahuan.
syariat.  Menghormati kebebasan beragama.
 Menasihati khalifah ke arah kebaikan.
Ciri-ciri Khilafah  Menjaga keamanan hidup bermasyarakat.
 Melaksanakan undang-undang Allah SWT.
Hak Khalifah
 Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar
 Mendapatkan ketaatan dan kesetiaan
 Menegakkan keadilan
daripada orang di bawah kepimpinannya
 Mewujudkan perpaduan dalam kalangan selagi tidak bercanggah syariat.
rakyat.
Hak rakyat
Syarat Menjadi Khalifah 1. Hak memilih khalifah.
 Seorang Muslim yang Mukmin. 2. Hak mendapat pendidikan.
 Lelaki. 3. Hak mendapat perlindungan dan jaminan
 Berilmu dan memahami masalah negara. keselamatan.
 Adil dan saksama. 4. Hak mencari harta dan membelanjakannya.
5. Hak kebebasan bersuara dan memberi
 Berkemampuan dari segi mental dan fizikal.
pendapat
 Berpengaruh dan daripada keturunan yang
baik.
3.2.3 Elemen-elemen dan Fungsi Pembentukan
 Berakhlak mulia dan berani Negara Islam

14
Pengertian Negara Islam  Merangkumi  Memisahkan
 Negara yang mengarahkan segala urusan seluruh dunia dan sesebuah negara
pemerintahan dan pentadbiran tunduk batas sempadan berdasarkan
kepada hukum Islam bersumberkan al-Quran selagi ada faktor geografi
dan al-Hadis serta ijtihad yang sebenar. penduduk yang dan
mengucap dua mementingkan
Prinsip-prinsip Negara Islam kalimah taraf
1. Musyawarah (al-Syura) syahadah. kewarganegaraan
Mesyuarat dijalankan bagi melakukan  Meletakkan Allah  Meletakkan
pertimbangan secara kolektif serta keputusan SWT sebagai pendapat majoriti
yang berkualiti. ketua tertinggi rakyat sebagai
negara. asas
2. Keadilan (al-Adalah)  Menjadikan iman pemerintahan.
Membuat keputusan secara saksama. dan taqwa  Mengabaikan
sebagai ciri syarat keimanan
3. Kebebasan (al-Hurriyyah) utama daripada dan ketaqwaan
Khalifah perlu melindungi hak dan kebebasan ketua negara dalam memilih
individu selagi tidak bercanggah syariat. hingga rakyat pemimpin.
biasa.  Menjadikan
4. Persamaan (al-Musawah)  Menjadikan undang-undang
Setiap individu dilayan dan dihormati tanpa undang-undang ciptaan manusia
mengira pangkat atau kedudukan. Allah SWT sebagai undang-
sebagai undang- undang negara.
Elemen Pembentukan Negara Islam undang negara.
1. Majlis Syura
2. Khalifah (Ketua negara) 3.2.4 Kepentingan Melaksanakan Tuntutan dan
3. Wilayah Tanggungjawab Khilafah
4. Rakyat
5. Undang-undang 1. Mendapat keredaan Allah SWT.
6. Badan kehakiman 2. Mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat.
7. Pentadbiran dan penguatkuasaan 3. Menjamin keamanan negara.
4. Memastikan pelaksanaan keadilan kepada
Matlamat Negara Islam semua pihak.
1. Menegakkan perundangan dan hukum Allah
SWT. Kesan Pengabaian Tanggungjawab Khalifah
2. Merealisasikan keadilan supaya tiada yang  Mendapat kemurkaan Allah SWT dan kesucian
teraniaya. agama Islam terancam.
3. Memastikan kebajikan rakyat sentiasa
 Berlaku penyelewengan dalam pentadbiran
terjamin.
negara dan masyarakat.
4. Mencapai kemakmuran demi kesejahteraan
 Terdedah kepada ancaman musuh.
rakyat.
 Pengagihan harta negara secara zalim.
 Gagal melantik orang yang cekap dan amanah
Ciri-ciri Negara Islam
untuk membantu mentadbir negara.
1. Berdasarkan al-Quran dan al-Hadis.
2. Melaksanakan amar makruf dan nahi
Kesan Pengabaian Tanggungjawab Rakyat
mungkar.
 Hilang rasa taat setia terhadap khalifah.
3. Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan.
 Keselamatan negara terancam.
4. Majlis Syura sebagai asas pemerintahan.
 Mencetuskan perbalahan dalam kalangan
5. Ketua negara yang adil dan beriman.
masyarakat.
6. Jaminan kebebasan hak asasi.
 Membiarkan kepincangan berlaku dalam
Perbezaan antara Negara Islam dengan Negara pemerintahan.
Bukan Islam  Berlaku kemungkaran secara berleluasa.

Negara Islam Negara bukan Islam 3.2.5 Pelaksanaan Sistem Pemerintahan Islam
15
Berdasarkan situasi di atas, jelaskan tindakan yang
 Meninggikan syariat dan syiar Islam. perlu diambil oleh anda sebagai langkah
 Mematuhi peraturan dan undang-undang mengembalikan manusia kepada fitrah sebenar. (4m)
negara seperti yang termaktub dalam Jawapan:
perlembagaan. Saya akan cuba untuk menasihatinya (isi) agar beliau
 Meningkatkan ilmu pengetahuan dan segera meninggalkan perbuatan yang boleh
kemahiran agar dapat meyumbang kepada mengundang dosa (huraian ringkas). Kesannya, jika
negara. beliau menggunakan kata-kata yang baik ketika
 Mentaati arahan pemerintah bagi perkara berbicara, beliau akan dihormati oleh orang lain.
yang tidak menyalahi syariat. (huraian lengkap). Oleh itu, kita mestilah menjadi
 Mengamalkan sikap hormat-menghormati seorang muslim yang sentiasa berakhlak berperibadi
terhadap satu sama lain tanpa mengira
mulia agar dikasihi Allah SWT . (kesimpulan)
bangsa dan agama.
 Menyelesaikan sesuatu urusan secara
rundingan dan muafakat seperti yang DISEDIAKAN OLEH:
dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. MOHD SHAHIDAN BIN ILYAS
SMK MACHANG BUBUK, BUKIT MERTAJAM
TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B PULAU PINANG
019-5848137 06/12/2020 10:06 PM
Contoh cara menjawab soalan (nyatakan, berikan,
senaraikan)

Berikan empat contoh akhlak mazmumah. (4m)


Jawapan:
Empat contoh akhlak mazmumah ialah
1. Putus asa.
2. Khianat.
3. Kufur.
4. Memandang hina orang lain.

Contoh cara menjawab soalan (jelaskan, terangkan,


huraikan)

Jelaskan dua ciri akhlak menurut Islam. (4m)


Jawapan:
Dua ciri akhlak menurut Islam ialah
1. Bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
2. Tetap dan tidak berubah sepanjang zaman.

Terangkan dua cara memupuk akhlak mulia. (4m)


Jawapan:
Dua cara memupuk akhlak mulia ialah
1. Sentiasa bermuhasabah diri (isi) agar dapat
mengetahui kelebihan atau kekurangan diri
sendiri. (huraian)
2. Mencontohi dan meneladani akhlak
Rasulullah SAW (isi) agar kita berpekerti
mulia. (huraian)

Contoh cara menjawab soalan KBAT

Rakan anda Azwan Aliff sering menggunakan


perkataan-perkataan kurang sopan ketika berbicara.

16

Anda mungkin juga menyukai