Anda di halaman 1dari 3

Keselamatan di jalan raya amat penting kepada semua pengguna jalan raya.

Tulis ulasan tentang cara-cara menjaga keselamatan di jalan raya dalam bentuk
perenggan. Panjang ulasan anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

CARA-CARA MENJAGA
KESELAMATAN
DI JALAN RAYA
Gambar menunjukkan kaedah-kaedah /
langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan
raya. Terdapat beberapa langkah yang boleh
kita ambil untuk menjaga keselamatan diri
semasa berada di jalan raya.

Pertama sekali, kita patutlah menggunakan


lintasan belang semasa melintas jalan raya. Ini
adalah untuk mengelakkan berlakunya
kemalangan jalan raya terutamanya di jalan
besar. Seterusnya, kita mestilah memakai topi
keledar semasa menunggang atau membonceng
motosikal. Ini kerana topi keledar boleh
melindungi bahagian kepala kita sekiranya
berlaku kemalangan. Selain itu, kita haruslah
melintas jalan raya dengan menggunakan
jejantas terutamanya pada waktu puncak demi
menjamin keselamatan kita. Akhir sekali, kita
wajarlah beratur / berbaris dengan tertibnya
semasa menaiki bas. Kita akan terjatuh jika
berebut-rebut untuk menaiki bas.

Tuntasnya, kita wajiblah mengamalkan


langkah-langkah di atas untuk memelihara
kepentingan nyawa kita di jalan raya kerana
malang tidak berbau.

Anda mungkin juga menyukai