Anda di halaman 1dari 3

4K 1N Keperluan Murid Abad Ke 21

Apakah 4K 1N?. 
4K adalah kemahiran yang perlu diterapkan kepada
murid selaras dengan cabaran kehidupan abad
ke21.  4K yang kita sedia maklum ialah:

 Komunikatif: Mahir dalam berkomunikasi iaitu


menyampaikan maklumat dan bertukar pendapat
dengan orang lahir. Murid tidak kekok serta mampu
membiasakan diri bercakap dengan individu lain. Selain
itu, ciri komunikatif juga bermaksud murid boleh
berkomunikasi dengan berkesan, maksud sampai dan
ada tindakan. Komunikasi yang dimaksudkan adalah
dua hala juga dengan medium bersemuka mahupun
maya. 

 Kolaboratif: Mahir berurusan dengan org lain. Murid


boleh bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan untuk
mencapai kata putus sebulat suara. Murid juga tahu
peranan masing-masing sebagai ahli atau ketua
kumpulan. Murid boleh membuat keputusan dalam
merancang gerak perbincangan atau aktiviti.

 Berfikiran kritis: Murid mahir mencari jalan


penyelesaian, menimbang tara pilihan serta membuat
keputusan. Murid juga bersedia untuk merungkai
langkah-langkah ke arah hasil atau keputusan yang
dibuat. 

 Kreatif: Murid boleh memberi alternatif di luar


jangkaan yang bersesuaian dengan situasi. Murid juga
mahir menggunakan kemahiran pelbagai dalam
mempersembahkan hasil perbincangan atau
menyampaikan keputusan.

Setelah menilai 4 aspek tadi, terdapat satu nilai yang


jarang diterapkan iaitu N - Nilai.
Nilai bermaksud murid menyedari aspek nilai murni
yang dipelajari serta hubungkaitnya dengan
kehidupan seharian. Murid boleh menyatakan nilai
murid berdasarkan isi pembelajaran dan aktiviti yang
dilakukan pada pdpc tersebut.

Kepentingan nilai murni untuk murid:

 Membina profil murid ciri abad ke 21


 Melahirkan bangsa pempimpin yang berwibawa kelak.
 Mendidik ahli masyarakat yang bertanggungjawab
 Membina sahsiah terpuji
 Memupuk perpaduan

Dalam hal ini, dimanakah peranan guru?


1. Memastikan PdPc ada simulasi situasi dan dengan
itu murid dapat menyedari nilai murni yang
diterapkan.
2. Ada perbincangan nilai murni yang menjadi
rumusan atau exit ticket* dalam PdPc.
3. PdPc dirancang untuk menyampaikan maksud nilai
murni tersebut.
4. Nilai murni yang dinyatakan selaras dengan tajuk
atau topik.
5. Nilai murni berorientasikan topik bukan proses
atau bentuk aktiviti itu sendiri. Contoh: Nilai murni
PdPc ini ialah murid berkerjasama dalam ahli
kumpulan,  murid menghormati murid bangsa lain
dalam kelas, murid menghormati guru dengan
mendengar arahan guru, murid mendengar semasa
murid lain mengutarakan idea, murid kreatif
semasa membentangkan hasil perbincangan. Nilai
dan kemahiran adalah dua perkara berbeza.
Oleh itu, sangat penting untuk guru menerapkan 4K dan
1N dalam PdPc dan tidak berfokus kepada 4K sahaja.
Murid mungkin mahir dalam membuat aktiviti tetapi
lupa akan nilai murni sebenar yang perlu diterapkan
dalam diri mereka.

*exit ticket ialah satu aktiviti semak semula di akhir


pdpc tentang tajuk dan bahagian yang telah dipelajari
oleh murid.

Anda mungkin juga menyukai