Anda di halaman 1dari 6

Pasaran yang lebih luas membenarkan ekonomi skala pengeluaran

Bincangkan dan kaji mengapa ini berlaku?

Dalam ilmu mikroekonomi, Skala Ekonomi merujuk kepada kelebihan kos yang dialami oleh
syarikat apabila meningkatkan tahap outputnya. Kelebihan itu timbul kerana hubungan terbalik
antara kos tetap per unit dan kuantiti yang dihasilkan. Semakin besar kuantiti output yang
dihasilkan, semakin rendah kos tetap per unit Kos tetap dan kos berubah adalah sesuatu yang
dapat dikelaskan dalam beberapa cara bergantung pada sifatnya. Salah satu kaedah yang
paling popular adalah klasifikasi mengikut kos tetap dan kos berubah. Kos tetap tidak berubah
dengan kenaikan / penurunan dalam unit jumlah pengeluaran, sementara kos berubah
bergantung sepenuhnya. Skala ekonomi juga mengakibatkan penurunan kos berubah purata
dan kos berubah dan kos adalah sesuatu yang boleh dikelaskan dalam beberapa cara
bergantung kepada sifatnya. Salah satu kaedah yang paling popular adalah klasifikasi mengikut
kos tetap dan kos berubah. Kos tetap tidak berubah dengan kenaikan / penurunan dalam unit
volume pengeluaran, sementara kos berubah bergantung sepenuhnya (kos tidak tetap rata-
rata) dengan peningkatan output. Ini disebabkan oleh kecekapan operasi dan sinergi Jenis
Sinergi Sinergi P&A boleh berlaku dari penjimatan kos atau kenaikan pendapatan. Terdapat
pelbagai jenis sinergi dalam penggabungan dan pengambilalihan. Sinergi adalah sebarang
kesan yang meningkatkan nilai firma gabungan di atas nilai gabungan kedua-dua syarikat yang
berasingan.

Skala ekonomi terbahagi kepada 2 bahagian iaitu skala ekonomi dalaman dan skala ekonomi
luaran. Skala Ekonomi Dalaman ini merujuk kepada ekonomi yang unik untuk syarikat. Sebagai
contoh, sebuah firma boleh memiliki hak paten atas mesin pengeluaran besar-besaran, yang
memungkinkannya menurunkan kos pengeluaran rata-rata lebih banyak daripada firma lain
dalam industri. Selain itu, Skala Ekonomi Luaran Ini merujuk kepada skala ekonomi yang
dinikmati oleh seluruh industri. Sebagai contoh, anggaplah pemerintah mahu meningkatkan
pengeluaran baja. Untuk melakukannya, pemerintah mengumumkan bahawa semua pengeluar
keluli yang menggaji lebih dari 10,000 pekerja akan diberi potongan cukai sebanyak 20%. Oleh
itu, syarikat yang menggaji kurang daripada 10,000 pekerja berpotensi dapat menurunkan kos
pengeluaran purata mereka dengan mengambil lebih banyak pekerja. Ini adalah contoh skala
ekonomi luaran - yang mempengaruhi keseluruhan industri atau sektor ekonomi.

Punca-punca ekonomi skala yang am ialah pembelian iaitu pembelian bahan-bahan secara
pukal menerusi kontrak jangka panjang, pengurusan meningkatkan pengkhususan para
pengurus, kewangan dan memperoleh caj faedah rendah apabila meminjam dari bank serta
mencapai pelbagai instrumen kewangan, pemasaran dan mengagih-agihkan kos pengiklanan
kepada pelbagai keluaran pasaran media dan teknologi serta memanfaatkan pulangan ikut
skala dalam fungsi pengeluaran. Setiap faktor ini mengurangkan kos purata pengeluaran jangka
panjang dengan menganjakkan keluk jumlah kos purata jangka bawah ke bawah dan ke kanan.
Ekonomi skala juga diperoleh dari pembelajaran melalui amalan. Ekonomi skala merupakan
konsep amali yang boleh menjelaskan fenomena alam nyata seperti pola perdagangan
antarabangsa, bilangan firma dalam sesebuah pasaran, dan betapa firma-firma menjadi terlalu
besar untuk gagal.Eksploitasi ekonomi skala membantu menjelaskan mengapa syarikat
berkembang pesat dalam industri. Ia juga merupakan justifikasi untuk dasar-dasar perdagangan
bebas, oleh kerana sesetengah ekonomi skala mungkin mengeluarkan pasaran yang lebih
besar daripada sesebuah negara sahaja. misalnya, tidak mungkin negara kecil Liechtenstein
mempunyai perusahaan kereta yang cekap jika ia hanya tertumpu pada pasaran tempatan.
Bagaimanapun, sebuah pengeluar kereta sahaja boleh meraih untung jika ia mengeksport
kereta-keretanya ke pasaran sedunia di samping pasaran setempat. Ekonomi skala juga
memainkan peranan dalam monopoli semula jadi. pengasas pengurusan dan penterjemah
Sistem Pengeluaran Toyota untuk perkhidmatan, Profesor John Seddon berhujah bahawa
cubaan untuk mencapai ekonomi berasaskan skala adalah satu tanggapan palsu dalam sektor
perkhidmatan. Sebaliknya, beliau percaya bahawa ekonomi akan tercapai daripada
meningkatkan aliran perkhidmatan, daripada penerimaan awal permintaan pembeli kepada
pemuasan permintaan itu pada akhirnya. Dalam cubaan untuk menguruskan dan
mengurangkan kos seunit, firma-firma sering meningkatkan kos seunit dengan mewujudkan
permintaan kegagalan. Seddon berhujah bahawa hujah-hujah yang menyokong ekonomi skala
itu merupakan campuran data yang cukup munasabah dan juga yang sedikit sukar diterima
untuk menghasilkan dua kenyataan tegas yang luas dan tidak cukup bukti fakta yang kukuh
Pengangkutan yang murah juga memungkinkan pemisahan pasar dan lokasi pengeluaran. Ini
memberikan kebebasan dalam memilih lokasi pengeluaran di mana terdapat kelebihan
geografi.

Apa jenis kelebihan yang dapat berguna kerana geografi?

Dalam era mascapada ini, Pelabuhan Malaysia merupakan antara yang paling cekap di
dunia dengan keupayaan untuk memenuhi keperluan syarikat perkapalan pada caj yang amat
kompetitif. Walaupun kemelesetan ekonomi telah melanda rantau ini sejak pertengahan tahun
1997, Malaysia bernasib baik kerana telah beransur-ansur pulih terutama dalam sektor
pengeksportannya. Sektor-sektor lain terutama pelabuhan terus berkembang dan memainkan
peranan penting dalam mengendalikan import dan eksport barangan samada dari dalam dan
luar negara. Justeru itu peranan yang dimainkan oleh pelabuhan-pelabuhan di Malaysia adalah
semakin penting terutama dalam abad ke 2l bagi memastikan ia dapat memenuhi keperluan
negara. Selain itu, Pengangkutan darat digunakan secara meluas dan tertinggi di Malaysia.
Pengangkutan ini dapat dibahagikan kepada pengangkutan jalan raya dan pengangkutan rel.

Kelebihan pertama adalah kelebihan pengangkutan air yg dapat dilihat yang pertama
ialah boleh membawa muatan yang banyak. oleh itu banyak barang yg dapat dibawa melalui
jalan air sekaligus dapat menjimatkan masa penjual dan pembeli. selain itu tambang lebih
murah. hal ini dapat menjimatkan duit pengguna untuk membayar kos penghantaran barangan
tersebut ke sesebuah destinasi dengan kos yg munasabah dan berpatutan. seterusnya,
pengangkutan air sesuai untuk membawa barangan pukal serta lebih selamat kerana kadar
kemalangan ialah rendah. oleh itu, pelanggan tidak perlu risau tentang kadar kemalangan atau
kadar kehilangan sesebuah barangan. disamping itu, tiada kesesakan lalu lintas seperti jalan
darat dimana memerlukan masa yg agak lama jika berlaku kesesakan lalu lintas melalui jalan
darat. oleh itu, pengangkutan air menjadi pilihan utama kerana tiada kesesakan lalu lintas
semasa membuat penghantaran. justeru, pihak pelanggan pula mempunyai banyak pilihan
kapal untuk dipilih semasa pengantaran barangan seperti kapal kontena dan kapal kargo.
kapal2 tersebut mempunyai kos penghantaran yg tersendiri mengikuti kuantiti barangan.
Sebagaimana yang kita tahu, pelabuhan klang terkenal di malaysia kerana kecekapannya.
Pelabuhan klang tersedia dengan fasiliti yang cekap seperti alatan pemunggah barang yang
moden, krain darmaga untuk mengangkat kargo, susunan yang kemas dan pebagai lagi.
Terdapat banyak kilang yang terletak di kawasan pelabuhan klang iaitu sime darby oils port
klang refinery, formosa prosonic chemicals sdn bhd, samsung electronics (M) sdn bhd dan
pelbagai kilang lagi. Kilang-kilang ini memilih geografi yang strategik iaitu berdekatan dengan
pelabuhan klang. Hal ini kerana memudahkan mereka dengan fasiliti yang disediakan oleh
pelabuhan klang. Sebagai contoh, kilang berangan ini mengimport barangan dari luar dan
menurunkan barangan kemudian menggunakan jalan raya yang disediakan untuk membawa
barangan yang diimport ke kilang mereka.

Selain itu, kelebihan kedua adalah Kemudahan jalan yang baik iaitu Kelebihan
mempunyai geografi yang baik adalah sesebuah syarikat dapat mengakses barangan dengan
baik. Ini dikatakan kerana jika sesebuah syarikat mempunyai kemudahan yang baik, ia dapat
mengurangkan masa proses penghantaran dari kilang kepada destinasi yang ditetapkan.
Sebagai contoh, Fresenius Medical Care Production Sdn Bhd yang terletak di Nilai, Negeri
Sembilan mempunyai kemudahan lebuh raya yang dapat menghubungkan syarikat tersebut ke
seluruh negara. Tambahan pula, kilang tersebut adalah berdekatan dengan KLIA yang dapat
digunakan oleh mereka bagi menjaga keselamatan produk tersebut. Kesannya, kos
penghantaran yang terlibat adalah efektif. Jelaslah bahawa geografi yang baik dapat
meningkatkan kecekapa. penghantaran bagi sesebuah syarikat kerana mereka dapat
menguruskannya dengan kos yang efisien dan menjimatkan masa.

Kelebihan ketiga adalah kelebihan udara. Kedudukan geografi pantai barat malaysia
yang strategik. Malaysia mempunyai kedudukan geografi yang strategik. Sejak dahulu lagi,
negara kita menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang dari Tanah Arab, China dan
India kerana kedudukannya di tengah-tengah jalan laut antara timur denan barat. Kelebihan
geografi ini menjadikan pelabuhan di pantai barat menjadi tumpuan para pedagang seluruh
dunia kerana terlindung daripada angin monsun. Justeru ia menjadi pelabuhan intreport yg
mempunyai pelbagai kemudahan fasilitis yg dapat mengurangkan risiko dan kos jika terdapat
sebarang kerosakan pada kapal. Sebagaimana yang kita tahu terdapat banyak kilang di pantai
barat malaysia. Malaysia merupakan dikedudukan yang strategic yang membolehkan kegiatan
pemghantaran dapat dilakukan dengan selamat. Dari segi geografi, kedudukan sebelah pantai
barat Malaysia boleh dikatakan amatlah strategik kerana berada di tengah-tengah laluan di
antara timur dengan barat selain disebelah pantai timur. Selain itu, pokok bakau dan api-api
boleh dijadikan pelindung semula jadi. Angin Monsun pula tidak mengganggu kegiatan
perdagangan kerana ia terlindung daripada tiupan angin keran telah dihalang oleh tanah
Sumatera. Walaupun angin di Malaysia pada amnya lemah dan arahnya berubah-ubah,
terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Berdasarkan kepada perubahan ini,
empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya, monsun timur laut dan dua musim
peralihan monsun yang lebih pendek. Seperti yang kita ketahui, terdapat banyak kilang-kilang,
pelabuhan, dan segala aktiviti penghantaran dan perdagangan di sebelah pantai barat
berbanding disebelah pantai timur. Hal ini kerana ia adalah tempat yang paling sesuai untuk
menjalankan aktiviti ini. Selain itu, rangkaian lebuh raya disediakan juga memainkan peranan
dimana terdapat banyak lebuh raya diwujudkan dengan menghubungkan kesemua negeri-
negeri menjadi lebih mudah berbanding dahulu proses penghantaran barang memakan masa
yang lama kerana terpaksa melalui jalan lama. Oleh itu, perjalanan menjadi lebih mudah dan
cepat mengikut penjadualannya kerana infrastruktur dan sistem jalan raya disediakan disifatkan
terbaik dan banyak membantu pengusaha seperti logistic membuat penghantaran barangan. Di
bayan lepas pulau pinang juga terdapat banyak kilang elektronik seperti kobe precision
technology sdn.bhd., escatec electronics sdn bhd, ceedtech sdn bhd dan pelbagai lagi. Kilang
elektronik banyak ditubuhkan di sana kerana pengilang ini mengambil kelebihan geografinya.
Hal ini terjadi kerana alatan teknologi perlu menggunakan ‘airfreight’. Antara sebab
penggunaannya adalah bagi mengelakkan kerosakkan. Pengilang juga mudah untuk
menurunkan barangan yang baru sampai dan menggunakan jalan darat untuk membawa
barangan ke kilang. Hal ini sangat memudahkan mereka lagi kerana kedudukan geografi pantai
timur barat di lindungi oleh pulau sumatera berbanding pantai timur yang terdedah dan
menyukarkan kerja mereka.

Anda mungkin juga menyukai