Anda di halaman 1dari 51

Eutanasia dan Arahan Perubatan Awal (APA)

(Euthanasia and Advance Medical Directive


[AMD])

Mohd Zamre Mohd Zahir


1
Eutanasia

2
• Apabila pesakit yang sakit parah/terminal sampai ke tahap di
mana segala kemungkinan rawatan dianggap sia-sia dan kematian
akan segera berlaku, doktor sering menghadapi dilema mengenai
tindakan terbaik untuk pesakit.
• Bolehkah doktor melakukan prosedur untuk mempercepatkan
kematian pesakit? (Eutanasia aktif)
• Bolehkah doktor menahan atau menghentikan rawatan?
(Eutanasia pasif)
• Implikasi undang-undang?
Skop Keputusan Akhir Hayat
Kedudukan undang-
undang yang mengatur
penjagaan akhir hayat
Definisi Eutanasia

• Eutanasia (daripada Bahasa Yunani = “kematian baik”: eu = “baik” + thanatos =


“kematian”) merupakan perbuatan mematikan seseorang.
• Amalan ini melanggar undang-undang di kebanyakan negara.
• Isu ini banyak menimbulkan kontroversi kerana wujudnya pelbagai persoalan moral
dan etika, bukan sahaja terhadap amalan itu, tetapi juga definisinya.
• Penyokong amalan ini mendakwa bahawa mematikan seseorang yang menghidap
penyakit teruk merupakan perbuatan yang berperikemanusiaan. Penentang eutanasia
pula melabelkan kaedah ini sebagai bentuk pembunuhan.

5
• Eutanasia bererti kematian yang baik (good death). Eutanasia boleh
disimpulkan sebagai menyebabkan kematian secara belas kasihan terhadap
orang yang menghidap penyakit yang tidak diubati dan penyakit yang
menyakitkan.
• Eutanasia yang merujuk kepada kematian secara mudah atau tanpa kesakitan.
Ini bermaksud sengaja mengakhiri kehidupan seseorang yang menderita
kesakitan yang tidak dapat diubati atau yang tidak dapat ditahan lagi
kesakitannya.
• Eutanasia turut dikenali sebagai mercy killing atau mati rahmat. Eutanasia atau
mercy killing dijalankan ke atas pesakit sama ada dengan menghentikan
sebarang bentuk rawatan atau memberikan rawatan dengan niat
memendekkan hayatnya.

6
7
Eutanasia dapat dibahagikan menjadi tiga kategori
berdasarkan cara pelaksanaannya, iaitu:
1. Eutanasia agresif atau eutanasia aktif - suatu tindakan secara sengaja yang dilakukan oleh doktor atau tenaga
kesehatan lainnya untuk menyingkatkan atau mengakhiri hidup seorang pesakit. Eutanasia agresif dapat dilakukan
dengan pemberian suatu bahan kimia yang mematikan, baik diambil secara oral (misalnya tablet sianida) mahupun
melalui suntikan.
2. Eutanasia tidak agresif atau eutanasia automatik (autoeuthanasia) digolongkan sebagai eutanasia negatif - keadaan di
mana seorang pesakit menolak secara tegas dan dengan sadar untuk menerima perawatan perubatan meskipun
mengetahui bahawa penolakannya akan memendekkan atau mengakhiri hidupnya. Penolakan tersebut diajukan secara
rasmi dengan membuat sebuah codicil (pernyataan tulisan tangan). Eutanasia tidak agresif pada dasarnya adalah suatu
amalan eutanasia pasif atas permintaan pesakit yang bersangkutan.
3. Eutanasia pasif - dapat dikategorikan sebagai tindakan eutanasia negatif yang tidak menggunakan alat-alat atau
langkah-langkah aktif untuk mengakhiri kehidupan seorang pesakit. Eutanasia pasif dilakukan dengan
memberhentikan pemberian bantuan perubatan yang dapat melanjutkan hidup pesakit secara sengaja. Beberapa
contohnya fadalah dengan tidak memberikan bantuan oksigen bagi pesakit yang mengalami kesulitan dalam
pernapasan, tidak memberikan antibiotik kepada penderita pneumonia berat, meniadakan tindakan operasi yang
seharusnya dilakukan guna memanjanhgkan hidup pesakit, ataupun pemberian ubat penghilang rasa sakit seperti
morfin yang disadari justeru akan mengakibatkan kematian. Tindakan eutanasia pasif sering kali dilakukan secara
tersembunyi oleh kebanyakan hospital.

8
5 Jenis Eutanasia

9
Eutanasia terdiri daripada lima jenis:
• Pertama, eutanasia aktif (active euthanasia). Eutanasia aktif bermaksud mempercepatkan kematian seseorang dengan tindakan secara langsung
seperti menyuntik ubatan tertentu yang boleh membawa maut dengan segera. Eutanasia aktif adalah apabila tindakan secara langsung yang akan
menyebabkan seseorang itu mati seperti menyuntik pesakit dengan suntikan dos ubat yang membawa maut. Ia berlaku apabila doktor atau individu
yang lain membantu pesakit untuk membunuh diri.
• Kedua, eutanasia pasif (passive euthanasia). Ia terjadi apabila langkah-langkah untuk memanjangkan hayat dihentikan (stop the life sustaining
treatment). Ia termasuklah apabila pesakit tiada harapan untuk hidup atau segala rawatan dan penjagaan diberikan adalah merupakan sia-sia (futile),
atau pesakit telah dalam keadaan terminal, maka menghentikan kebergantungan pesakit terhadap mesin ventilator, atau menghentikan segala
rawatan perubatan yang perlu untuk mengekalkan nyawa atau menghentikan penggunaan tiub cecair makanan dan nutrisi ke atas pesakit.
• Ketiga, eutanasia secara sukarela (voluntary euthanasia). Menurut Mohd Ilham Ismail, eutanasia secara sukarela bermaksud apabila seseorang
yang dipercepatkan kematiannya berdasarkan permintaannya sama ada secara lisan atau bertulis. Ia berlaku apabila eutanasia dijalankan dengan izin
seseorang itu.
• Keempat, eutanasia bukan sukarela (non-voluntary euthanasia). Non-voluntary euthanasia bermaksud apabila seseorang yang dipercepatkan
kematiannya tidak membuat sebarang permintaan atau wasiat supaya dipercepatkan kematiannya. Juga merujuk kepada proses mempercepatkan
kematian pesakit yang berada dalam keadaan tidak sedar, koma atau tidak mampu memberikan reaksi yang dapat difahami. Dalam kes ini, biasanya
ahli keluarga pesakit yang membuat permohonan supaya dipercepatkan kematian. Ia berlaku apabila eutanasia dijalankan ke atas seseorang yang
tidak mempunyai keupayaan untuk menyatakan keinginan beliau. Kebiasaannya, ahli keluarga individu tersebut sama ada ia adalah pilihan terbaik
atau tidak untuk individu tersebut untuk melakukan eutanasia.
• Kelima, eutanasia secara tidak sukarela (involuntary euthanasia). Ia berlaku ketika mana eutanasia dijalankan tanpa keizinan pesakit yang
berkeupayaan. Ia juga terjadi apabila eutanasia dilaksanakan bertentangan dengan keinginan pesakit tersebut yang telah dinyatakan sebelum ini.
Involuntary euthanasia juga bermaksud apabila seseorang yang telah dibunuh meminta supaya dia tidak dipercepatkan kematiannya sebelum dia
dibunuh.

10
• Contoh kes di Indonesia, dalam kes Again Isna Nauli, satu permohonan untuk
melakukan eutanasia pada 22 Oktober 2004 telah dibuat oleh seorang suami bernama
Hassan Kusuma di Mahkamah Negeri Jakarta Pusat. Ini kerana dia tidak sanggup melihat
isterinya yang bernama Again Isna Nauli yang berumur 33 tahun, terlantar koma selama
2 bulan dan di samping itu, dia tidak bermampuan untuk menanggung beban bayaran
rawatan perubatan di hospital.
• Kes ini merupakan salah satu contoh bentuk eutanasia di luar keinginan pesakit.
Permohonan ini akhirnya ditolak oleh Mahkamah Negeri Jakarta Pusat. Setelah pesakit
menjalani perawatan intensif maka keadaan terakhir pesakit iaitu pada 7 Januari 2005,
pesakit telah beransur pulih. -Sumber: Endang Suparta, Prospektif Pengaturan
Euthanasia di Indonesia Ditinjau dari Perspektif Hak Asasi Manusia, Jurnal Ilmiah
Penegakan Hukum, Indonesia, 5 (2), 2018, hlm 76-85; Taipei Times, Indonesian call for
euthanasia riles Muslim population, 15 November 2004,
http://www.taipeitimes.com/News/world/archives/2004/11/15/2003211150 (19 Mac
2018).

11
Sumber: www.byjus.com

12
Eutanasia dari sudut pemberian izin pula dapat
digolongkan menjadi tiga iaitu:
• Eutanasia di luar kemahuan pesakit: iaitu suatu tindakan eutanasia yang bertentangan
dengan keinginan si pesakit untuk tetap hidup. Tindakan eutanasia semacam ini dapat
disamakan dengan pembunuhan.
• Eutanasia secara tidak sukarela: Eutanasia semacam ini adalah yang seringkali
menjadi bahan perdebatan dan dianggap sebagai suatu tindakan yang keliru oleh
sesiapa pun juga. Hal ini terjadi apabila seseorang yang tidak berkompeten atau tidak
berhak untuk mengambil suatu keputusan misalnya statusnya hanyalah seorang
wakildari si pesakit (seperti pada kasus Terri Schiavo). Kes ini menjadi sangat
kontroversial sebab beberapa orang wali mengaku memiliki hak untuk mengambil
keputusan bagi si pesakit.
• Eutanasia secara sukarela : dilakukan atas persetujuan si pesakit sendiri, namun hal ini
juga masih merupakan hal penuh kontroversi.
13
Undang-undang di Malaysia
• Menurut Dr. Ravindran R. Naidu, di Malaysia, bagi seseorang yang melakukan
jenayah eutanasia, dia boleh berdepan dengan dakwaan di bawah jenayah
membunuh atau cubaan membunuh di bawah Kanun Keseksaan.
• Jenayah membunuh disebut di bawah seksyen 300 dan boleh dihukum di bawah
seksyen 302, manakala kesalahan cubaan membunuh di bawah seksyen 304 atau
seksyen 304A jika melakukan cubaan membunuh dengan kecuaian.
• Di Malaysia, bagi seseorang (termasuk doktor) yang melakukan jenayah eutanasia,
beliau boleh berdepan dengan di dakwa di bawah jenayah membunuh atau cubaan
membunuh di bawah Kanun Keseksaan.
• Selain itu, berdasarkan kes-kes common law, doktor yang melakukan eutanasia aktif
yang menyebabkan kematian pesakitnya boleh didakwa bagi jenayah membunuh.

14
• Dari segi undang-undang, tidak ada undang-
undang atau kes tertentu yang berkaitan dengan
Undang- eutanasia di Malaysia;
undang di • Walau bagaimanapun, tindakan eutanasia aktif
dan pasif dapat dipertimbangkan berdasarkan
Malaysia peruntukan yang ada dalam Kanun Keseksaan;
• Namun, belum ada tafsiran kehakiman terhadap
Kanun Keseksaan dalam konteks keputusan
akhir hayat.
• Seorang doktor yang melakukan eutanasia aktif terhadap
pesakitnya mungkin boleh dipertanggungjawabkan atas
pembunuhan yang tidak bersalah yang tidak boleh dibunuh
di bawah seksyen 299 Kanun Keseksaan;

“section 299. Whoever causes death by doing an act with


Undang-undang the intention of causing death, or with the intention of
causing such bodily injury as is likely to cause death, or
berkaitan with the knowledge that he is likely by such act to cause
death, commits the offence of culpable homicide.”
Eutanasia Aktif
Boleh dihukum di “Explanation 1—A person who causes bodily injury to
bawah seksyen 304 another who is labouring under a disorder, disease, or
Kanun Keseksaan bodily infirmity, and thereby accelerates the death of that
other, shall be deemed to have caused his death.”
Undang-undang
• Norchaya Talib (2002) berpendapat bahawa tidak
berkaitan mungkin doktor akan didakwa atas kesalahan
membunuh di bawah seksyen 300 Kanun Keseksaan
Eutanasia Aktif kerana:
• (1) to be convicted of a criminal offence, there must be an act
(actus reus) and intention/guilty mind (mens rea). In
performing euthanasia, doctors have the patient’s best interest
in mind;

• (2) Active euthanasia may fall under Exception 5 to s. 300


on consent. Patient’s consent may reduce doctor’s criminal
liability;
s.308:
attempt to
commit
culpable
homicide

Undang- s.305:
abetment of s.307:
Lain-lain
undang
suicide of attempt to
child/insane murder
person

berkaitan
Eutanasia
Aktif
s.306:
abetment of
suicide
Undang-undang berkaitan Eutanasia Pasif
• Passive euthanasia, arguably, does not fall under section 299 or 300
of Penal Code because:
• (1) although according to s.32 PC, words referring to acts also
include “illegal omissions”;
• (2) S. 43 PC defines “illegal omissions” as –
“43. The word “illegal” or “unlawful” is applicable to everything
which is an offence, or which is prohibited by law, or which furnishes
ground for a civil action.”
s.43: Illegal
Eutanasia omission=

Pasif
An offence
Prohibited by Grounds for
under Penal
law civil action
Code

Unlikely to
cause civil
Nowhere in PC Withdrawal of action as
does is state treatment is patient
that withdrawal not prohibited consents &
of treatment is by any other treatment
an offence law usually
withdrawn in
futile
conditions
Eutanasia Pasif
• English cases on withdrawal of treatment may be persuasive on Malaysian courts should this
matter be brought to court.

• Airedale NHS Trust v Bland [1993]: the futility of the treatment provides justification for
its withdrawal.

• B v NHS Hospital Trust [2002]: doctor was obliged to respect patient’s wish to terminate
her ventilator even though the resulting consequences is death.
Eutanasia Pasif
Eutanasia pasif tidak
mungkin merupakan suatu
kesalahan jenayah atau
kesalahan sivil. Ini kerana
apabila pesakit menolak
rawatan, doktor tidak boleh
merawat pesakit kerana
tindakan itu akan
menyebabkan serangan
atau serang sentuh.
Eutanasia Pasif

• Contoh Garis Panduan yang dikeluarkan di Malaysia:


• (1) Policy on Withdrawal and Withholding Life Support in the Critically Ill, Hospital Teluk Intan
(Based on the consensus on withdrawal and withholding of life support in critically ill,
Malaysian Society of Anaesthesiologist, March 2004);

• (2) Clinical Practical Guidelines Withholding and Withdrawing of Life Support in Children, Ministry of
Health, December 2005.
• Dalam kes R v Shipman, The Times, 1 Februari 2000, tidak dilaporkan (unreported)., doktor
telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh 15 orang pesakitnya
kerana melakukan aktif eutanasia tanpa suruhan sesiapa. Walaupun dengan keizinan pesakit,
eutanasia aktif secara sukarela tetap tidak dibenarkan oleh undang-undang di England.
• Dalam kes R v Cox [1992] 12 BMLR 38, Dr. Cox telah memberikan suntikan dos ubat
potassium chloride pada sukatan tertentu terhadap pesakitnya yang berusia 70 tahun yang
bernama Lilian Boyes. Suntikan tersebut pada dos yang tertentu adalah bukan suatu yang
normal diberikan untuk melegakan pesakit dari kesakitan. Kesan daripada suntikan tersebut,
pesakit berasa amat sakit dan lumpuh kerana arthritis yang dialaminya. Kemudian, pesakit
meninggal dunia kesan daripada kesakitan yang ditanggung.
• Dr. Cox tetap mempertahankan diri dengan menyatakan suntikan yang diberikan adalah
untuk melegakan pesakit dari kesakitan yang ditanggung dan bukannya untuk membunuh
pesakitnya. Walau bagaimanapun, prinsip yang boleh diambil dari kes ini adalah tidak sah di
sisi undang-undang bagi seorang doktor yang memberikan pesakit dengan dos ubat yang
diurus dan disukat olehnya yang boleh membawa kematian kepada pesakit. Oleh yang
demikian, Dr. Cox telah disabitkan bersalah atas cubaan membunuh dan dijatuhkan
hukuman penjara yang mana kemudiannya digantung.

24
• Dalam kes Airdale NHS Trust v Bland, eutanasia aktif adalah tidak sah di sisi undang-undang
kerana ia bertentangan dengan Doktrin Kesucian Hidup (Doctrine of Sanctity of Life).
• Eutanasia aktif adalah jalan singkat bagi menamatkan nyawa seseorang pesakit sama ada
pesakit biasa (bukan terminal) atau pesakit terminal dan ia adalah dilarang. Selagi ia
melibatkan dengan niat untuk membunuh, selagi itulah tindakan itu adalah salah di sisi
undang-undang.
• Dalam satu kes di Michigan berhubung Dr. Jack Kevorkian, seorang yang terkenal bagi
membantu pesakit terminal mati dengan kaedah “suicide machine” telah mengilustrasikan
hukuman tertentu. Meskipun membunuh diri adalah sah di Michigan, pihak kerajaan negeri
membicarakan Dr. Kevorkian bagi jenayah bunuh tahap pertama bagi membantu
membunuh diri (first degree murder for assisting in suicide). Michigan membenarkan satu
penubuhan tentang kematian, kajian tentang mati sama ada secara sengaja menamatkan hayat
pesakit atau dengan atau tanpa bantuan sesuatu bagi menamatkan hayat pesakit. Pihak
kerajaan boleh mendakwa seseorang dengan jenayah membantu membunuh diri atau
membunuh tanpa niat (manslaughter), termasuklah bunuh dengan niat (murder) berdasarkan
fakta kes dan bukti-bukti yang ada pada sesuatu kes itu.

25
• Dalam aspek jenayah eutanasia, selain merujuk seksyen 300, 302, 304 dan 304A
Kanun Keseksaan, terdapat situasi lain yang perlu merujuk kepada peruntukan
seksyen yang lain yang bersesuaian.
• Bagi situasi seseorang individu yang ingin bunuh diri melalui cara eutanasia, seksyen
309 Kanun Keseksaan perlu dirujuk. Menurut seksyen 309 Kanun Keseksaan,
sesiapa yang cuba untuk mengambil nyawanya sendiri tetapi gagal setelah
mengambil beberapa langkah untuk melaksanakannya adalah telah melakukan
kesalahan jenayah dan boleh disabitkan penjara sehingga satu tahun dan/atau denda.
• Sebagai tambahan, berdasarkan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri
Selangor kali ke 1/2012 yang bersidang pada 21 Februari 2012 memutuskan hukum
eutanasia atau mercy killing sebagai haram. Ini membawa maksud bahawa haram
dilaksanakan eutanasia atau mercy killing kerana ia merupakan satu usaha
mempercepatkan kematian dengan memberhentikan rawatan atau mengambil ubat-
ubatan pada dos yang berlebih-lebihan bagi menghentikan hayat seseorang. Ia adalah
perbuatan membunuh.

26
27
Dalam Ajaran Islam
• Islam mengakui hak seseorang untuk hidup dan mati, namun hak tersebut merupakan anugerah Allah
kepada manusia. Hanya Allah yang dapat menentukan detim seseorang itu lahir dan mati (al-Hajj ayat
66; al-Baqarah ayat 243).
• Oleh sebab itu, tindakan membunuh diri diharamkan dalam syariat Islam meskipun tidak ada teks
dalam Al Quran mahupun Hadis yang secara terperinci atau tepatnya melarang bunuh diri. Tambahan
lagi ada sebuah ayat yang menyiratkan hal tersebut, “Dan belanjakanlah (hartamu) di jalan Allah, dan
janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena
sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (al-Baqarah ayat 195), dan dalam ayat
lain disebutkan, “Janganlah engkau membunuh dirimu sendiri,” (an-Nisaa ayat 29), yang makna
langsungnya adalah “Janganlah kamu saling berbunuhan.” Dengan demikian, seorang Muslim
(doktor) yang membunuh seorang Muslim lainnya (pesakit) disetarakan dengan membunuh dirinya
sendiri.
• Eutanasia dalam ajaran Islam disebut qatl ar-rahmah atau taisir al-maut (eutanasia), iaitu suatu
tindakan memudahkan kematian seseorang dengan sengaja tanpa merasakan sakit, kerana kasih
sayang, dengan tujuan meringankan penderitaan si sakit, baik dengan cara positif mahupun negatif.
• Dalam suatu persidangan pertama tentang kedoktoran Islam di Kuwait tahun 1981, dinyatakan
bahawa tidak ada suatu alasan yang membenarkan dilakukannya eutanasia ataupun pembunuhan
berdasarkan belas kasihan (mercy killing) dalam apapun jua alasan. 28
• Perbuatan membunuh dari konsep agama Islam adalah perbuatan yang
haram dan dilarang keras oleh Allah SWT dan kehendakNya seumpama
merampas hakNya.
• Ini dijelaskan lagi oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi bahawa eutanasia aktif adalah
haram kerana dalam kaedah ini, doktor bertindak mengakhiri hayat pesakit
dan menyebabkan kematiannya dengan cara suntikan bahan tertentu, kejutan
elektrik, senjata tajam dan sebagainya.
• Ini adalah sama dengan membunuh dan membunuh adalah dosa besar di
dalam Islam. Beliau berpendapat bahawa menghentikan rawatan kepada
pesakit, adalah dibenarkan di dalam Islam dengan syarat setelah pakar-pakar
perubatan sepakat bahawa si pesakit tersebut sudah tidak ada harapan lagi
untuk sembuh (Mohd Ilham Ismail, 2017).

29
Isu-isu etika dan moral
• Natan Gorod menyentuh teori bahaya dalam konteks perhubungan doktor dan pesakit.
• Doktor tidak boleh dibahayakan dengan faktor-faktor yang boleh membahayakannya. Natan
Gorod turut mengkritik apakah akan terjadi jika terdapat situasi pesakit menyuruh doktor
membantu pesakit untuk membunuh diri seperti melakukan eutanasia atau assisted suicide
dalam konteks teori bahaya Mill.
• Persoalannya di sini ialah adakah perbuatan doktor membantu pesakit untuk membunuh diri
boleh mendatangkan bahaya kepada doktor dan profesionnya.
• Tindakan doktor meneruskan atau menghentikan rawatan terhadap seseorang pesakit boleh
dikaitkan dengan suatu tindakan eutanasia atau mercy killing (pembunuhan belas kasihan).
• Walau bagaimanapun, menurut Richard J. Ackermann, meneruskan atau menghentikan
rawatan ialah keputusan yang membolehkan penyakit itu berkembang dengan semulajadi. Ia
bukan satu keputusan untuk bertujuan mencari kematian dan mengakhiri hayat pesakit
(menamatkan kehidupan pesakit).

30
Arahan Perubatan Awal (APA)

31
Pengenalan
• Dewasa ini, kemajuan dalam bidang teknologi mempengaruhi bidang perubatan.
• Teknologi baharu digunakan dalam bentuk teknik pembedahan, alat-alat perubatan dan ubat-ubatan
yang dihasilkan.
• Perubahan zaman dan perkembangan pesat teknologi menyaksikan proses membuat keputusan dalam
menentukan bentuk rawatan yang terbaik bagi pesakit telah beralih daripada paternalisme pakar
perubatan kepada autonomi pesakit.
• Ini menunjukkan terdapat keperluan untuk menjaga autonomi pesakit. Salah satu cara menjaga
autonomi pesakit di Malaysia adalah melalui Arahan Perubatan Awal (APA).
• APA merupakan satu bentuk arahan bertulis berkenaan rawatan perubatan seseorang pada masa
hadapan. APA membolehkan pesakit menyatakan arahannya berhubung rawatan perubatan sebelum
dia hilang keupayaan.
• Menurut akhbar The Star bertarikh 8 Disember 2014, kewujudan APA telah menjadi sangat penting.
Malah, pada 1 Ogos 2017, akhbar tersebut menyatakan bahawa APA digunakan bagi tujuan
menghormati autonomi pesakit dan keberkesanannya perlu dikaji sebelum dilaksanakan di Malaysia. 32
Definisi Arahan Perubatan Awal (APA)
(Advance Medical Directive) (AMD)
• Dari segi konseptual, berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) arahan bermaksud pimpinan, pengawasan, petunjuk dan perintah. Arahan juga
bermaksud penyata yang digunakan dalam aturcara sumber sesuatu bahasa untuk
mengarahkan bagi melakukan tindakan tertentu.
• Awal bermaksud sebelum waktu yang biasa (yang dijangkakan atau ditetapkan), terlebih
dahulu (daripada yang lain), bermaksud membawa ke waktu atau tarikh yang lebih awal, lebih
awal atau terdahulu daripada masa yang dijangkakan atau ditetapkan. Perubatan bermaksud
perihal berubat, yang berkaitan dengan ubat atau usaha mengubati. Gabungan ketiga-tiga
perkataan ini berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
iaitu arahan, awal dan perubatan bermakna satu penyataan pada masa yang lebih awal
berhubung dengan perihal berubat.

33
• Terdapat beberapa istilah yang sering digunapakai dalam membincangkan mengenai
dengan isu APA. APA ada disebut sebagai arahan awal, Advance Directive (AD) , arahan
perubatan awal (APA), arahan awal perubatan (AAP), Advance Medical Directive (AMD),
Advance Care Directive (Arahan Awal Penjagaan) dan Advanced Care Planning. Secara
konseptual, APA ialah suatu arahan lisan atau bertulis tentang rawatan perubatan masa
depan pesakit dan penjagaan kesihatan sekiranya pesakit tersebut tidak dapat
berkomunikasi atau tidak kompeten lagi.
• APA adalah dokumen yang mengandungi arahan pesakit menyatakan jenis-jenis rawatan
yang beliau akan benarkan dan tidak benarkan untuk diberikan kepadanya sebelum
pesakit tersebut hilang upaya.
• APA merupakan suara pesakit untuk menyatakan sesuatu arahan dalam keadaan apabila
mereka tidak lagi mempunyai kawalan ke atas apa yang akan dilakukan terhadap mereka.
• Oleh itu, ia boleh dikatakan bahawa satu arahan awal yang memberi pesakit kuasa dan
hak untuk memilih dan membuat keputusan apa yang pesakit mahu dilakukan ke atasnya
berhubung rawatan perubatan, sebelum pesakit tersebut hilang keupayaan mental untuk
berbuat demikian.

34
• Seseorang pesakit yang berhasrat untuk membuat APA perlu mengikut undang-undang yang
ada.
• Pesakit dewasa mempunyai hak mutlak untuk menolak dari memberi keizinan kepada
rawatan perubatan tidak kira sama ada keputusan itu adalah rasional atau tidak.
• Oleh itu, apa-apa arahan yang dinyatakan oleh pesakit semasa pesakit mempunyai kapasiti
untuk menolak dari memberi keizinan adalah sah, mengikat dan berkesan dalam sebarang
keadaan kecuali ia berlaku ketika pesakit tersebut kehilangan kapasiti.
• APA juga memerlukan keizinan dan persetujuan pesakit untuk melakukan terhadapnya. APA
boleh dilaksanakan ketika pesakit sihat atau ketika sakit tapi masih lagi waras dan
berkeupayaan untuk membuat keputusan.
• Di samping itu, APA juga merujuk kepada apa-apa yang pesakit hendak lakukan ke atas diri
pesakit termasuklah rawatan dan keputusan serta pesakit juga boleh melantik seseorang
untuk membuat keputusan bagi pihak pesakit pada saat pesakit tiada harapan lagi untuk
hidup. Terdapat tiga (3) kategori APA iaitu Wasiat Perubatan Ketika Hidup (WPKH) (Living
Will) (LW); Surat Kuasa Wakil Kekal (SKWK) (Durable Power of Attorney) (DPOA); dan
Proksi Penjagaan Kesihatan (PPK) (Health-Care Proxy) (HCP).

35
Kelebihan

Arahan
Perubatan
Awal Pesakit Doktor Masyarakat

Memberikan
Melindungi Sebagai panduan yang kebaikan
hak dan berguna bagi doktor. berkaitan
kuasa Selain itu, ia boleh pengurusan dan
autonomi dijadikan bukti tentang pengagihan
pesakit. keputusan/keizinan sumber hospital
sebenar pesakit. yang terhad.
Kedudukan Undang-Undang
• Penyelidikan berhubung APA dibuat bagi mengkaji ketiadaan instrumen
perundangan yang khusus berhubung dengan APA di Malaysia. Bagi
mengawal selia sesuatu, perlu ada undang-undang khusus yang mengawalnya.
Namun begitu, di Malaysia, hanya terdapat garis panduan umum berhubung
APA di bawah perkara 17 dan 18, Consent for Treatment of Patients by Registered
Medical Practitioners (Garis Panduan Keizinan) yang dikeluarkan oleh Majlis
Perubatan Malaysia (MPM) dan fasal 5, seksyen II, Kod Etika Perubatan
(CME) yang bertajuk “The Dying Patient”.

37
• Perkara 17, Garis Panduan Keizinan menjelaskan bahawa secara umumnya,
setiap individu berhak menolak rawatan perubatan dan individu yang
berkeupayaan mempunyai hak untuk memilih rawatan perubatan. Perkara
18, Garis Panduan Keizinan antara lain menerangkan:
“A medical practitioner should refrain from providing treatment or performing any procedure
where there is an unequivocal written directive by the patient that such treatment or procedure
is not to be provided in the circumstances which now apply to the patient.”
• Rujukan: Consent for Treatment of Patients by Registered Medical
Practitioners (Garis Panduan Keizinan) yang dikeluarkan oleh Majlis
Perubatan Malaysia (MPM), 26 November 2013,
http://www.mmc.gov.my/v1/docs/Consent%20Guidelines%2015012013.pd
f (18 November 2015).
38
Bantulah
saya...

39
• Perkara 18, Garis Panduan Keizinan menjelaskan seseorang pengamal perubatan (doktor) yang berdaftar perlu
menahan diri daripada memberikan rawatan atau melaksanakan apa-apa prosedur jika terdapat suatu arahan bertulis
yang jelas oleh pesakit bahawa rawatan atau prosedur itu tidak boleh diberikan dalam keadaan yang menunjukkan
pesakit itu akan diberikan rawatan. Dalam Perkara 18 Garis Panduan Keizinan, maklumat terperinci yang boleh
dirumuskan adalah seperti berikut:
1. Doktor mestilah mematuhi, tanpa berbelah bahagi terhadap rawatan yang tercatat pada arahan pesakit seperti
keadaan yang dinyatakan di dalamnya;
2. Doktor tidak perlu mematuhi APA pesakit yang mengandungi arahan-arahan yang bertentangan dengan undang-
undang seperti eutanasia dan pengguguran kandungan;
3. Doktor harus menilai kesahan APA dengan merujuk beberapa faktor. Faktor pertama, sama ada APA cukup jelas
dan spesifik untuk diaplikasikan ke atas keadaan klinikal yang timbul. Faktor kedua, sama ada boleh dikatakan
bahawa APA disediakan setelah berfikir sedalam-dalamnya berhubung dengan keadaan semasa misalnya sama ada
arahan itu disediakan sebelum atau selepas pengesanan penyakit. Faktor ketiga, sama ada terdapat sebarang sebab
untuk meragui tahap keupayaan pesakit pada ketika arahan tersebut disediakan atau sama ada terdapat sebarang
tekanan tidak wajar ke atas pesakit untuk membuat arahan tersebut;
4. Jika kesahan APA tersebut diragui oleh pihak doktor, beliau perlu merujuk kepada pasangan atau ahli keluarga
terdekat pesakit, dan doktor tersebut perlu mempertimbangkan keperluan untuk mendapatkan khidmat
perundangan serta berbincang dengan rakan sejawat beliau yang terlibat dalam proses rawatan pesakit tersebut;
5. Dalam kes-kes kecemasan, doktor boleh memberikan rawatan atas alasan kepentingan terbaik pesakit berdasarkan
penilaian profesionalnya sehingga nasihat perundangan diperoleh berkenaan kesahan dan skop APA pesakit. 40
• Garis Panduan Keizinan yang dikeluarkan oleh MPM ini walau bagaimanapun tidak menangani aspek-aspek
berkaitan APA seperti pertimbangan dalam penentuan aspek keupayaan dan kepentingan terbaik pesakit.
• Dalam Garis Panduan Keizinan juga hanya merujuk kepada arahan bertulis pesakit, sedangkan dari aspek
etika dan undang-undang, sesuatu penolakan bukan sahaja melalui arahan bertulis, namun arahan secara lisan
juga dibuat oleh pesakit.
• Dalam fasal 5, seksyen II, Kod Etika Perubatan (CME), Persatuan Perubatan Malaysia menyatakan bahawa
dalam hal seseorang pesakit yang tenat, seseorang perlu sentiasa mengambil kira sebarang APA dan hasrat
keluarga pesakit. Di sini timbul kekeliruan sama ada hasrat pesakit atau hasrat keluarga pesakit yang perlu
diutamakan dalam membuat keputusan berhubung rawatan perubatan pesakit.

• Rujukan: Fasal 5, seksyen II, Kod Etika Perubatan (CME), Majlis Perubatan Malaysia, The Dying Patient,
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 41 pada 26 dan 27 Mei 2001 di Seremban, Negeri Sembilan,
https://www.mma.org.my/images/pdfs/Link-CodeOfEthics/MMA_ethicscode.pdf (30 Mac 2017). Fasal 5, seksyen II, berbunyi seperti
berikut: Where death is deemed to be imminent and where curative or life-prolonging treatment appears to be futile, ensure that
death occurs with dignity and comfort. Such futile therapy could be withheld, withdrawn or one may allow irreversible pathology
to continue without active resuscitation. One should always take into consideration any advance directives and the wishes of the
family in this regard. In any circumstance, if therapy is considered to be life saving, it should never be withheld.

41
• Di bawah common law Inggeris, persetujuan atau keengganan yang diberikan oleh
seseorang pesakit terhadap rawatan perubatan hanya dikatakan sah apabila dia
berbuat sedemikian setelah diberikan maklumat yang secukupnya, dilakukan secara
sukarela dan sama ada dia berkeupayaan untuk membuat keputusan ketika itu.
Dalam Re T (Adult: Refusal of Medical Treatment), ujian keupayaan yang
ditetapkan oleh House of Lords perlu memenuhi “tiga syarat.” Syarat pertama,
pada ketika keputusan berhubung rawatan perubatan itu dibuat, pesakit mesti
mempunyai keupayaan dari segi perundangan dan mempunyai keupayaan untuk
menyatakan persetujuan atau penolakan sesuatu rawatan. Ini bermaksud, pesakit
mestilah seorang dewasa dan tidak menderita daripada sebarang kecacatan yang
mungkin akan menjejaskan keupayaannya untuk membuat keputusan sendiri. Para
doktor perlu mengambil kira sama ada pesakit tersebut mempunyai keupayaan yang
sepadan dengan akibat keputusan yang bakal dibuat.

42
• Syarat kedua, pesakit pada ketika keputusan itu dibuat mestilah sedar dan berniat
supaya skop dan asas persetujuannya diguna pakai dalam keadaan yang tertentu.
Dalam kes Bland, mahkamah menekankan keperluan rawatan khusus dalam
memastikan bahawa keengganan masa lalu masih boleh dianggap relevan dalam
situasi semasa.
• Syarat ketiga, pada ketika keputusan itu dibuat, pesakit mesti mengetahui sifat,
tujuan dan kesan rawatan yang dipersetujuinya. Syarat ketiga ini boleh dilihat melalui
kes Re C (Adult: Refusal of Treatment), bagi menentukan sama ada pesakit
mempunyai kefahaman secukupnya, terdapat “tiga aspek” yang perlu dipenuhi.
Aspek pertama, perlu dibuktikan bahawa pesakit tersebut memahami dan mampu
menyimpan maklumat yang diberikan berkaitan dengan rawatan perubatan. Aspek
kedua, pesakit tersebut percaya terhadap maklumat yang diberikan itu. Aspek
ketiga, pesakit itu mampu memahami secara mendalam dan menggunakan
maklumat tersebut untuk membuat pertimbangan serta mengimbangi
pertimbangannya antara keperluan menjalani rawatan tersebut dengan risiko yang
mungkin berlaku.

43
• Syarat-syarat memberikan persetujuan atau keizinan yang sah tersebut adalah
terpakai dalam menentukan kesahihan sesuatu APA iaitu sama ada pesakit
yang membuat APA itu mempunyai semua maklumat yang diperlukan dan
benar-benar berkeupayaan ketika menyatakan persetujuannya untuk
meneruskan atau menolak rawatan perubatan.
• Seandainya pesakit tersebut tidak memenuhi syarat-syarat keupayaan yang
dinyatakan sebelum ini menerusi kes Re T (Adult: Refusal of Medical
Treatment), APA pesakit tersebut menjadi tidak sah. Oleh itu, sebarang
tindakan atau keputusan berkaitan dengan rawatan perubatan pesakit tersebut
dalam tempoh ketidakupayaannya hendaklah dibuat untuk kepentingan
terbaik pesakit tersebut.

44
45
46
• Pada tahun 2011 Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
ke-97 telah membuat keputusan, iaitu setelah mendengar daripada pakar-pakar yang terlibat
memberikan penjelasan bahawa dalam keadaan di mana pakar perubatan telah mengesahkan bahawa
jantung dan/atau otak pesakit telah berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada lagi
harapan untuk hidup dan hanya bergantung pada bantuan alat sokongan pernafasan atau mesin
ventilator, tindakan menghentikan alat tersebut adalah dibenarkan oleh Islam.
• Ini kerana pesakit telah disahkan mati oleh pakar perubatan dan sebarang rawatan tidak lagi diperlukan.
Berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia ke-97 yang membenarkan menghentikan alat sokongan pernafasan itu menunjukkan pesakit
tersebut telah disahkan mati sekalipun hanya salah satu atau kedua-dua jantung dan otak telah berhenti
berfungsi. Apabila individu itu telah disahkan mati tiada isu bahaya ke atasnya kerana dia telah tidak
bernyawa.
• Di samping agama Islam, wujud permasalahan daripada perspektif agama-agama lain berhubung
dengan APA. Wujud kekaburan berhubung isu APA dalam konteks agama-agama lain. Malah, Malaysian
Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dilaporkan
sebagai telah meminta supaya suatu garis panduan tentang APA dikeluarkan bagi memastikan
pengurusan pesakit berjalan lancar. Ini menunjukan dari aspek penganut agama-agama lain, telah ada
kesedaran dan keinginan tentang keperluan disediakan suatu garis panduan yang jelas tentang APA bagi
memastikan pengurusan pesakit berjalan lancar. Oleh hal yang demikian, kajian APA dari perspektif 47
agama-agama lain yang utama di Malaysia perlu dilaksanakan.
Singapura
• Jawatankuasa Fatwa di Singapura berpendapat bahawa seseorang yang telah
membuat ikrar sedang dalam keadaan waras bahawa ia tidak mahu dipasang alat
bantuan kehidupan (life supporting system) kalau ia berada dalam keadaan nazak
(terminally ill) hukumnya adalah harus. Ia boleh dianggap bahawa ia memilih untuk
bersabar dan lebih rela mati dalam keadaan tabi’e kerana berkeyakinan bahawa
apabila sampai ajal seseorang itu maka dia pasti mati.
• Sumber:
https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti/Fatwa/Malay-Isu-Arahan-Awal-Perubatan

48
• Perkara ini dibenarkan kerana menurut pandangan majoriti ulama Islam hukum berubat itu tidaklah wajib
walaupun Islam sangat menggalakkannya. Ini berpandukan sebuah Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh
Imam Bukhari yang menceritakan tentang seorang perempuan yang sakit dan meminta Nabi s.a.w. supaya
mendoakannya. Lalu Nabi s.a.w berkata kepadanya :
“‫ أصبر‬: ‫ وإن شئت دعوت هللا أن يعافيك“فقالت‬،‫إن شئت صبرت ولك الجنة‬
• Ertinya : Rasulullah bersabda: “Jika kamu mahu bersabar, maka ganjaran untukmu adalah syurga, dan jika kamu
mahukan (sembuh), akan aku doakan kepada Allah untuk menyembuhkan kamu”. Wanita tersebut lalu berkata,
“Kalau begitu aku akan bersabar.”- Sumber: Fath Al-Bari Bisyarh sahih Al-Bukhari. 5220.
• Masalah ini pernah juga dibahaskan oleh Akademi Fiqah Islam dalam persidangannya ke 10 di Makkah al-
Mukarramah pada 17 Oktober 1987 yang mana telah diputuskan bahawa : Pesakit yang dipasangkan
padanya alat bantuan kehidupan, jika telah dipastikan oleh 3 orang doktor yang pakar bahawa pesakit
tersebut telah mati otaknya dan tidak mungkin kembali berfungsi lagi, maka dibolehkan dicabut alat itu
sekalipun jantung dan sistem pernafasannya masih bekerja dengan bantuan kuasa alat yang dipasangkan itu.
– Sumber: Kitab Majallah Al-Majma‘ Al-Fiqh Al-Islamiy Li Muktamar Al-Fiqh Al-Islamiy Al-‘Adad Al-
Thalith. 1987. Jil 2. ms 767.
• Oleh sebab perkara arahan perubatan awal (APA) (advance medival directive) ini adalah perkara baru dan
mungkin boleh menimbulkan salah faham maka dialu-alukan syor Jawatankuasa Etika Perubatan Nasional
(NMEC) supaya undang-undang dikuatkuasakan bagi mencegah sebarang penyalahgunaan undang-undang
arahan awal perubatan (advance medical ditrective) ini. Kami juga menyokong APA ini hanya dibolehkan
secara pilihan sukarela/peribadi.
49
• References:
• All literatures, dictionaries, article journal, website, statutes, and cases from relevant sources.
• Slides Dr. Haniwarda.
• Pictures and illustrations from google.
• And all other relevant sources.

50
Sekian, terima kasih.

51

Anda mungkin juga menyukai