Anda di halaman 1dari 53

Karangan Laras Sains

Monday, April 4, 2011


Kesan Stres Kepada Seseorang

Stres dapat menjadi pendorong kepada sesuatu tindakan dan pencapaian serta boleh menimbulkan masalah kesihatan. Stres merupakan hasil interaksi antara peristiwa persekitaran dengan individu. Paras stress yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas. Stres member kesan terhadap emosi seseorang. Emosi seseorang itu akan terganggu dan perasaan risau sentiasa menghantuinya. Selain itu, seseorang itu mengalami ketegangan fikiran dan tidak dapat membuat keputusan dengan baik. Stres juga menyebabkan seseorang itu berasa seolah-olah otaknya sentiasa letih dan penat berfikir.Stres mengubah sikap seseorang itu daripada seorang yang sabar kepada cepat marah dan sentiasa mengeluh. Kadang-kadang, seseorang itu juga menunjukkan perasaan runsing, kecewa dan mudah menangis. Stres yang tidak terkawal akan menyebabkan perasaan cemas, sensitive,murung,sukar tidur dan hilang selera makan. Stres juga mendatangkan ancaman penyakit kepada kesihatan seseorang. Apabila seseorang itu mengalami stres, kadar denyutan jantung menjadi cepat dan menyebabkan tekanan darah turut meningkat. Sistem penghadaman juga menjadi perlahan dan beberapa bahan kimia dalam tubuh dilepaskan supaya darah lebih mudah bergumpal. Selain itu, kadar pernafasan yang semakin laju menyebabkan otot-otot menjadi tegang. Hal yang demikian menyebabkan kadar perpeluhan yang meningkat. Penyakit seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan strok mudah menyerang seseorang yang mengalami stress. Stres juga member ketidakselesaan kepada seseorang. Apabila stress, seseorang itu akan mengalami denyutan jantung yang laju dan tidak tetap. Hal ini demikian kerana ototototo menjadi tegang dan mengakibatkan dada berasa tidak selesa. Secara fizikalnya, seseorang itu akan mengalami sakit kepala dan kadang -kadang muntah. Stres juga menyebabkan seseorang itu kerap membuang air kecil. Tubuh badan akan berasa letih, lesu dan lemah. Mulut dan tekak akan menjadi kering dan menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa. Selain itu, masalah kulit seperti psoriasis, eczema dan jerawat juga timbul.

Di samping kesan buruk, stress juga memberikan kesan yang baik secara semula jadi. Badan dapat bertindak balas apabila menerima tekanan. Kelenjar pituitari yang terletak di bawah otak akan bertindak balas terhadap tekanan yang diterima dengan merembeskan hormone adrenocorticotropik (ACTH). Hormon tekanan ini, termasuk kortisol dan adrenalin akan membantu meningkatkan daya tumpuan, mempercepatkan tindakan dan meningkatkan kekuatan serta pergerakkan seseorang. Hal ini demikian membolehkan seseorang itu menganggap stress mampu menjadikannya bertiindak lebih aktif dan membuat pertimbangan yang wajar. Ketiadaan stress akan menjadikan seseorang itu lambat bertindak balas kerana sentiasa berada di zon selesa. Kesimpulannya, stress atau tekanan yang dialami oleh seseorang individu merupakan tindak balas daripada ketidakupayaan seseorang menangani masalah yang sedang dihadapi. Sekiranya tekanan atau stress ini tidak ditangani, akan memudaratkan individu tersebut baik daripada aspek fizikal, mental, emosi mahupun aktiviti sosial mereka. Posted by Jupilin Rangin at 4:27 AM 0 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz

Wednesday, September 22, 2010


Air Lestari Dengan Teknologi Hijau

Oleh: Tan Sri Rozali Ismail

SARANAN Perdana Menteri kita, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Abdul Razak agar Malaysia komited dalam melaksanakan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dan teknologi hijau baru -baru ini mendapat pelbagai reaksi, terutamanya di kalangan ahli perniagaan. Umum berpendapat usaha ini amat bertepatan pada abad ke -21 ini, di mana teknologi hijau menjadi teras pembangunan ekonomi bagi semua negara. Pelancaran Skim Pembiayaan Teknoloji Hijau (GTFS) berjumlah RM1.5 bilion akan menggalakkan lagi pelaburan perniagaan dala m teknologi hijau, pembinaan hijau dan inovasi. Teknologi hijau dapat membantu mengurangkan kesan perubahan cuaca, salah satu penyebab ut ama bencana yang belum pernah terjadi sebelumnya. Mengikut Global Disaster Alert and Coordination System (GDACS), dal am tahun 2009 sahaja, dunia telah mencatatkan 133 bencana alam yang besar mengorbankan beribu -ribu nyawa akibat dari kemarau, banjir, taufan, badai, saiklun tropika, angin kuat dan gempa bumi. Penerapan teknologi hijau Malaysia dapat mengekalkan dan memulihara sumber-sumber asli di samping menyediakan tahap ekonomi baru negara. Perdana Menteri menekankan empat sektor yang akan melaksanakan teknologi hijau iaitu tenaga, pengangkutan, bangunan d an air selaras dengan Polisi Kebangsaan Teknologi Hijau Negara yang dilancarkan pada 24 Julai tahun lepas. Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung asing dalam teknologi hijau untuk memupuk pelaburan domestik dan penyertaan industri tempatan. Kajian dan inovasi teknologi hijau ke arah komersial akan dipergiatkan , dan insentif yang ditawarkan akan mewujudkan promosi besar besaran dan kesedaran awam memandangkan ianya adalah sektor baru negara. Air permukaan yang melimpah ruah dari sungai -sungai, tasik-tasik dan empangan-empangan menjadikan bekalan air terawat amat murah di Malaysia jika dibandingkan dengan bandaraya-bandaraya lain di Asia. Namun, pemusnahan kawasan-kawasan tadahan air dan perlepasan berlebihan sisa buangan pertanian, domestik dan industri turut menyumbang kepada degradasi kualiti air sungai. Pada t ahun lepas sahaja, Puncak Niaga telah mengalami 1,433 kes pelanggaran kualiti air di loji-loji rawatan airnya, mengakibatkan penutupan loji-loji ini. Sebagai contoh pencemaran Sungai Labu dan Sungai Langat dengan bahan kimia ammonia dan minyak diesel telah menyebabkan pemberhentian operasi LPA Salak Tinggi dan Batu 11, Cheras pada bulan Julai tahun lepas, menyebabkan kesulitan kepada lebih 1 0,000 penduduk di sekitar Salak Tinggi dan 30,000 penduduk di sekitar Cheras. Masalah pencemaran air sungai bukanlah p erkara baru dalam episod bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Masalah pencemaran sumber air juga dialami di beberapa negeri di Malaysi a juga. Jumlah kes pelanggaran kualiti air telah meningkat secara mendadak setiap tahun. Pada tahun 1995, hanya 273 kes pelanggaran kualiti air yang dicatat oleh Puncak Niaga berbanding sebanyak 1,483 kes pada tahun lepas. Median kos untuk merawat air di Selangor dan di sel uruh negara telah bertambah dari hanya 5 sen setiap m pada tahun 1960an ke 31 sen setia p m pada masa kini. Kos operasi yang tinggi menjadi persoalan kepada dua situasi, sama ada pengguna sanggup membayar lebih atau pihak Kerajaan sanggup berbelanja lebih untuk sistem air. N amun begitu, kita sebagai 1Malaysia perlu memainkan peranan dalam mengekalkan alam sekitar, khususnya aset yang amat berharga ini, sumber air. Di dalam kita menerokai sumber-sumber baru air seperti air bawah tanah, mencegah pencemaran sumber -sumber air mentah adalah lebih murah dan boleh dilaksanakan untuk jangka masa panj ang. Menurut Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), taburan

hujan tahunan Malaysia secara purata berjumlah sehingga 990 bilion m, di mana 550 bilion m dikategorikan sebagai limpasan p ermukaan, yang mengalir ke sungai-sungai dan tasik-tasik kita. Jumlah besar ini adalah sumber air mentah tersedia untuk kita nikmati dan adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memelihara sumber air ini. Kesedaran atas isu-isu mengenai risiko, keselamatan, bekalan dan pengurusan permintaan air s emakin meningkat dalam semua sektor-sektor pembuatan, janakuasa, pemprosesan makanan, pertanian, kertas dan minuman, dan ianya hasil dari agenda teknologi hijau. Sebagai syarikat perkhidmatan air bersepadu terunggul Malaysia dan tersenarai dalam 50 syarika t air terunggul di dunia, Puncak Niaga menyambut baik langkah Kerajaan dalam menuju ke arah Teknologi Hijau, dan peruntukan dapat dibelanjakan untuk memperbaiki inf rastruktur sistem air. Tan Sri Rozali IsmailPengerusi EksekutifPuncak Niaga Holdings Berhad

Posted by Jupilin Rangin at 10:18 PM 1 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz

Saturday, August 21, 2010


Sejauh mana keberkesanan undang -undang siber negara?
PERTUMBUHAN pesat era teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) telah memberi satu gegaran baru kepada negara-negara membangun mahupun yang telah maju. Namun begitu, selain daripada membawa pelbagai manfaat, seringkah kita sedar tentang impak negatif yang boleh dibawa bersama-sama era ICT ini? Ada yang leka sehingga tidak menyedari bahawa kesan negatif yang ditimbulkan akan memberi satu bala besar kepada masyarakat dunia jika tidak ditangani dengan baik. Pakar-pakar ICT telah meramalkan bahawa pada satu ketika apabila ledakan teknologi maklumat ini telah meluas penggunaannya, akan terjadi bermacam-macam jenayah-jenayah siber yang sentiasa menunggu peluang untuk melaksanakan misi mereka. Ini kerana kemajuan dalam teknologi telah membolehkan berjuta-juta komputer dalam dunia dihubungkan dalam satu rangkaian yang tersangat besar melalui Internet. Walaupun sesaat masa yang diperlukan, impak yang bakal diterima oleh mangsa adalah berpanjangan dan mungkin melibatkan maruah dan nyawa manusia. Sehubungan itu, undang-undang siber yang dicipta di beberapa negara di seluruh dunia bagi menangani masalah jenayah siber yang berleluasa dalam Internet. Negara kita tidak terkecuali dari mengadakan undang-undang siber sendiri. Bagaimanapun, ia ibarat seperti melepaskan syarat untuk membuktikan negara mempunyai prosedur tertentu untuk menapis aktiviti negatif penjenayah siber. Kewujudan undang-undang siber yang sedia ada masih belum mampu untuk menampung atau membanteras jenayah siber yang semakin bijak dan berleluasa. Undang-undang siber Malaysia kelihatan belum cukup meluas dan merangkumi semua aspek. Kejadian seperti membuat sabotaj dengan menyebarkan gambar-gambar berunsur porno yang tentu menjatuhkan maruah seseorang merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Pencurian wang melalui transaksi pemindahan elektronik, pencurian nombor pin, nombor kredit card, mencuri data-data dari pangkalan data merupakan aktiviti yang sedang bergiat cergas. Tetapi undang-undang siber negara sedia ada tidak mampu untuk membendung kes-kes seperti ini. Sehingga kini, Malaysia telah mempunyai undang-undang siber seperti Akta Tandatangan Digital 1997 yang telah diperbaharui pada tahun 2002. Akta ini bertujuan untuk melindungi Syarikat-syarikat korporat daripada penipuan dalam perniagaan.

- MOHD HELMY ABD WAHAB ialah Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Komputer, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Posted by Jupilin Rangin at 9:52 PM 0 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz

Tuesday, July 20, 2010


Contoh Soalan & Skema Jawapan
4. Biodiversiti penting kepada semua hidupan yang ada di bumi ini. Justeru, pelbagai pendekatan yang proaktif perlu diambil untuk mengekalkan keseimbangannya. Bincangan. Pendahuluan : Biodervisiti merangkumi semua bentuk kehidupan flora dan fauna. Isi : A) Kepentingan Biodiversiti : 1. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Biodiversiti telah dijadikan tempat untuk menjalankan pelbagai Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Sebagai contoh, penyelidikan berkaitan hutan simpan yang dijalankan di Pahang. Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin kelestarian alam. Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting di Institusi Pengajian Tinggi. 2. Membekalkan makanan. Flora dan fauna akan membekalkan sumber makanan. Rantaian makanan akan terpelihara. 3. Sebagai sumber perubatan. Tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga, serai wangi dan Misai Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif. Perubatan herba boleh mengubati penyakit tertentu. Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darah tinggi dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis. 4. Mengekalkan habitat. Pemuliharaan biodiversiti memberi jaminan pengekalan sumber semulajadi. Tempat perlindungan hidupan liar. Tempat pembiakan semulajadi. 5. Sebagai penstabil cuaca.

Menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen melalui proses fotosintesis. Menstabilkan kitaran hidrologi. Memberikan keseimbangan suhu. Mengurangkan kesan rumah hijau. B) Langkah-langkah Mengekalkan Keseimbangan Biodiversiti : 7. Pemuliharaan kepelbagaian biologi. Aktiviti penanaman semula telah dijalankan untuk memulihara biodiversiti. Hidupan liar telah dikawal, dijaga dan dilindungi agar tidak pupus. Sebagai contoh, perlindungan terhadap Orang Utan, rusa dan badak sumbu. Mengisytiharkan sebagai tapak warisan dunia seperti Pulau Sipadan. 8. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap sisa kelapa sawit. Sebagai contoh, tandan kelapa sawit telah dijadikan sumber biogas manakala sisanya pula diproses menjadi kertas. 9. Pembangunan lestari. Pembangunan yang tidak mengenepikan alam sekitar (mesra alam). Setiap pembangunan harus mendapat penilaian kesan alam sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) 10. Pendidikan sains dan biologi Subjek Sains dan Biologi telah diperkenalkan di setiap sekolah yang memberikan penekanan tentang keperluan pengekalan biodiversiti. Menerapkan kepentingan biodervisiti dalam subjek lain (merentas kurikulum). 11. Program kitar semula. Penggunaan bahan kitar semula yang mesra alam. Sebagai contoh, besi buruk, kertas, plastik dan kaca. Menyediakan pusat pembuangan barang-barang yang boleh dikitar semula. 12. Penggunaan teknologi mesra alam. Menggunakan teknologi mesra alam. Sebagai contoh, penggunaan kereta mesra alam, teknologi hampas kelapa dan biogas kelapa sawit. Penggunaan mikro organisma untuk menjalankan proses pereputan, rawatan air atau sisa kumbahan. Penutup : Biodiversiti perlu dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

TEMA LARAS SAINS : PENYAKIT MENTAL


Pengenalan Penyakit Mental Apa itu penyakit mental? Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. Kajian pemantauan penyakit yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996 mendapati hampir 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakit mental. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang-upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi. Adakah semua penyakit mental serupa? Penyakit mental bukanlah hanya sejenis penyakit sahaja. Ia terdiri dari berbagai kategori penyakit. Secara umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama: 1. Neurosis: o Mereka yang tergolong di dalam kumpulan ini lazimnya mengalami perubahan dan gangguan di dalam pemikiran, perasaan dan kelakuan tanpa menjejaskan kewarasan mereka. o Individu yang mengalami penyakit neurosis selalunya sedar akan keadaan kesihatan mereka.Fungsi harian mereka mungkin terganggu sedikit. Antara contoh penyakit neurosis adalah seperti berikut: Kemurungan Kemurungan adalah perasaan sedih yang melampau dan berpanjangan. Sedih adalah perasaan yang sering kita alami. Akan tetapi jika perasaan sedih itu terlalu berat untuk ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh 2 minggu serta menganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah sedih lazim tetapi penyakit kemurungan. Kebimbangan Penyakit ini digejalai oleh perasaan bimbang, resah dan gelisah. Seseorang itu akan berasa tertekan, tegang, berpeluh, berdebardebar dan berasa takut melampau akan bahaya yang mereka tidak ketahui puncanya 2. Psikosis: Mereka yang mengalami penyakit psikosis mengalami perubahan yang amat ketara di dalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku mereka. Kewarasan mereka juga terjejas o Penderita akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaib berkomunikasi dengan mereka. Ia dikenali sebagai halusinasi. Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi oleh orang lain dan menyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan. Ia dipanggil delusi.

Antara contoh delusi ialah - ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang disyakinya secara membahayakan o Mereka mungkin bercakap dengan merapu / mengarut; berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah dengan tiada bersebab. Contoh psikosis yang sering dialami adalah: Schizophrenia : Antara ciri utama ialah: halusinasi; delusi; kecelaruan pemikiran, kecelaruan pertuturan dan tingkahlaku. Prestasi kerja mereka juga merosot dengan ketara. Kecelaruan manik-depresif (dwikutub): Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahan ketara dari segi emosi. Mereka sering hilang kawalan dan menjadi terlalu gembira (fasa manik) atau terlalu sedih (fasa kemurungan). 3. Kecelaruan Personaliti: o Secara asasnya kecelaruan ini membuat seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan atau karekter. Masalah yang dialami ini boleh menberi kesan kepada perhubungan interpersonal dengan orang di sekelilingnya. Apa yang menyebabkan berlakunya penyakit mental? Penyebabnya tidak diketahui dengan tepat. Kajian masih dijalankan untuk memperincikan punca sebenar penyakit ini. Namun terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya penyakit mental. 1. Faktor genetik/ keturunan: o Ahli di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan. 2. Gangguan bahan kimia dalam otak: o Bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan muncul. Sebagai contohnya: Schizophrenia: Penghasilan dopamin secara berlebihan Kemurungan: Paras serotonin terlalu rendah Mania: Paras serotonin meningkat secara melampau Kebimbangan: terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin 3. Jangkitan virus: Mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan dengan kemunculan penyakit mental. 4. Sejarah hidup yang getir: Sebagai contoh: mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibubapa semasa kecil, terlalu banyak mengalami cabaran hidup yang sukar

5. Keadaan sosio-ekonomi yang rendah: Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh meningkatkan masalah penyakit mental. Bolehkah penyakit mental diubati? Ya Kemajuan dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubat yang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental. Hampir semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil masa sebelum kesan positifnya boleh dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubat secara konsisten amat digalakkan. Selain ubat psikotropik pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi kognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan carakerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya. Di manakah bantuan boleh diperolehi? Semua hospital dan klinik kesihatan di Malaysia mempunyai anggota yang telah dilatih untuk memberi rawatan kepada mereka yang mengalami masalah penyakit mental. Pakar psikiatri akan dirujuk untuk kes-kes yang rumit. Adakah sebarang ujian yang boleh mengesan kewujudan penyakit mental? Ya.. Mereka yang ingin mengetahui status masalah kesihatan mental mereka boleh mengambil satu ujian yang mudah dan ringkas iaitu Kajiselidik Kesihatan General Health Questionnaire (GHQ). (Anda memerlukan Adobe Acrobat Reader untuk melihat dokumen tersebut) GHQ adalah satu kaedah saringan bagi menilai tahap kesihatan mental individu. Ia bagaimanapun tidak dapat menggantikan pemeriksaan dan penilaian yang lazim dijalankan oleh anggota kesihatan mental yang terlatih. Terima kasih di atas usaha anda mengambil ujian GHQ Jika skor anda < 4 =" :"> 5 =: Anda mengalami masalah kesihatan mental yang ketara. Adalah mustahak agar anda bertemu anggota kesihatan mental yang terlatih untuk menjalani penilaian selanjutnya.

Category Archives: BAHAGIAN B: KARANGAN LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI


Karangan: Perubahan iklim dunia
Posted on July 20, 2011 by goaypastpm| Leave a comment Pembangunan tidak mapan punca iklim dunia berubah PERUBAHAN iklim adalah fenomena sejagat yang berlaku akibat daripada proses pembangunan yang tidak mapan terutama di negara maju sejak zaman perindustrian mereka bermula. Menurut laporan Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perubahan iklim ialah sesuatu kejadian yang tidak dapat disangkal lagi dan ia berlaku akibat kegiatan manusia membebaskan gas rumah hijau ke atmosfera menyebabkan suhu udara meningkat. Peningkatan kepekatan gas rumah hijau terutama karbon dioksida, metana dan nitrus oksida di atmosfera terutama daripada pembakaran bahan api fosil seperti petrol, diesel, arang batu dan kegiatan guna tanah, memerangkap haba dan menyebabkan peningkatan suhu dan fenomena pemanasan global yang telah membawa pelbagai impak negatif kepada kehidupan manusia masa kini. Menurut laporan panel itu suhu dunia akan terus meningkat, fenomena kemarau, banjir, peningkatan aras laut akan semakin teruk menjelang dekad akan datang jika dunia tidak berusaha mengurangkan pembebasan gas rumah hijau ini. Di Malaysia, suhu udara yang meningkat menyebabkan berlaku perubahan pola kejadian fenomena cuaca ekstrem seperti banjir besar, peningkatan aras laut dan hakisan pantai yang serius adalah petanda impak perubahan iklim. Kejadian banjir terburuk di Johor penghujung 2006 dan awal 2007 serta banjir teruk yang berlaku awal tahun ini juga di Johor, berkemungkinan ada kaitannya dengan perubahan iklim. Kajian Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati 30 peratus pantai di Malaysia mengalami hakisan yang teruk dan ini dijangka menjadi lebih teruk akibat perubahan iklim berterusan. Perubahan iklim membawa pelbagai impak kepada kesejahteraan penduduk, alam sekitar dan pelbagai ekosistem serta ekonomi. Dengan suhu yang meningkat, banjir dan kemarau yang semakin kerap, keupayaan negara mengeluarkan makanan mungkin akan terjejas. Menurut laporan IPCC lagi, jika kepekatan gas rumah hijau di atmosfera terus meningkat, dijangka purata suhu dunia akan meningkat melebihi enam darjah Celsius pada penghujung abad ke-21. Ini jauh lebih tinggi berbanding peningkatan kurang dari satu darjah Celsius sejak 100 tahun yang lalu. Dunia akan berada dalam keadaan kemusnahan sekiranya ini berlaku.

Justeru, saintis mencadangkan peningkatan ini dihadkan kepada dua darjah Celsius dan menyeru semua negara mengurangkan pembebasan gas rumah hijau. Bagaimanapun, instrumen seperti Protokol Kyoto ternyata gagal. Data terkini menunjukkan kepekatan gas ini lebih tinggi daripada kepekatan bagi senario terburuk yang digunakan oleh IPCC. Perundingan antara negara anjuran PBB seperti Persidangan Parti (COP) mengenai konvensyen kepelbagaian biologi juga belum membuahkan sesuatu yang konkrit yang boleh dilaksanakan serta-merta. Negara maju yang menjadi penyumbang utama kepada perubahan iklim akibat proses pembangunan dan perindustrian mereka sejak 100 lalu, masih gagal menunjuk-kan komitmen yang tinggi untuk menurunkan pembebasan gas rumah hijau dan membantu negara sedang membangun untuk bergerak ke arah ekonomi karbon rendah. Keghairahan China dan India dalam pembangunannya menjadikan usaha menurunkan kepekatan gas rumah hijau semakin sukar. Peningkatan penduduk dunia yang boleh mencapai lebih 10 bilion pertengahan abad ini daripada lebih kurang enam bilion kini juga akan menyukarkan usaha ini. Sebilangan besar saintis tidak yakin kaedah perundingan akan menghasilkan satu perjanjian yang dipatuhi oleh semua negara untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau mereka. Kaedah manipulasi iklim dipanggil sebagai geo-engineering berkemungkinan terpaksa dilakukan. Salah satu kaedah ialah menyembur partikel halus yang dipanggil aerosol ke stratosfera dan dengan jumlah kuantiti yang sesuai ia mampu mengurangkan kemasukan pancaran sinaran matahari dan mampu merendahkan suhu bumi. Bagaimanapun ia mempunyai kesan sampingan bersifat negatif. Satu kajian di Amerika Syarikat contohnya, menunjukkan kejadian kemarau pada dekad akan datang di Amerika boleh dikurangkan tetapi ia juga melemahkan sistem monsun di rantau Asia Tenggara dan akan menyebabkan musim kemarau yang berpanjangan. Ternyata impak positif kaedah seperti ini tidak menyeluruh dan pendekatan geo-engineering seperti ini sepatutnya hanya dilaksanakan dalam kerangka persetujuan semua negara. Persoalannya apa jaminan negara kuasa nuklear yang mempunyai keupayaan teknologi tinggi untuk tidak bertindak memanipulasi iklim secara unilateral. Leave a comment Posted in BAHAGIAN B: KARANGAN LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI, KERTAS 2 STPM

Karangan: Senarai Negara Bersenjata Nuklear


Posted on June 10, 2011 by goaypastpm| Leave a comment

Letupan Bom Atom di Nagasaki Jepun. PDII Bom Nuklear adalah bom yang berupaya melakukan pemusnahan besar-besaran. Sepanjang sejarah penciptaan bom nuklear, hanya 2 kali pernah digunakan untuk tujuan peperangan. Kedua-duanya dilepaskan oleh Amerika ketika perang dunia ke-2 terhadap Jepun. Bom Nuklear atau yang biasa kita panggil sebagai bom atom pertama diletupkan pada waktu pagi 6hb Ogos 1945 di bandar Hiroshima dan bom kedua dilepaskan 3 hari kemudiannya juga di Jepun di bandar Nagasaki. Hasil kemusnahan bom tersebut telah meragut seramai 200,000 nyawa rakyat Jepun yang terdiri daripada rakyat awam. Sejak itu bom nuklear hanya diledakkan untuk tujuan percubaan yang dianggarkan lebih 2,000 kali cubaan telah dilakukan. Tidak semua negara memiliki senjata nuklear ini, hanya beberapa negara sahaja yang mengakui menimpannya dan ada juga beberapa negara disyaki memiliki bom nuklear. Berikut adalah senarai negara yang mempunyai senjata bom nuklear. 1. Rusia 28,240 unit 2. Amerika 12,070 unit 3. Perancis 510 unit 4. China 425 unit 5. UK 400 unit 6. Israel tiada data 7. India tiada data 8. Pakistan tiada data Dalam masa yang sama seluruh dunia bercakap tentang keamanan dan bencana alam yang perlu ditangani, masih ada lagi negara yang membina kekuatan senjata pemusnah besarbesaran ini. Dan ironisnya negara-negara tersebut jugalah yang amat kuta dan lantang memperjuangkan keamanan dan pemeliharaan alam sekitar.

Kalau ada orang yang percaya bahawa majoriti manusia atas muka bumi ini buat apa yang mereka cakap, maknanya orang tersebut bermimpi di siang hari. Dalam keadaan begini, perkara yang terbaik yang kita boleh lakukan adalah menjaga diri sendiri serta kaum kerabat terdekat. Soalan STPM: 1997. 33. Nuklear biasanya dikaitkan dengan kemusnahan dan kecelakaan, namun hasil penyelidikan pakar-pakar dalam bidang ini telah mengubah persepsi terhadapnya. Bincangkan. Soalan Bahagian B STPM 1. Sumber tenaga tradisional seperti arang batu dan petroleum kini menjadi semakin pupus. Harapan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga terletak pada keupayaan manusia menjana dan menggunakan tenaga daripada sumber-sumber lain. Dengan memberi alasan, nyatakan pendirian anda tentang penggunaan tenaga daripada sumber-sumber lain sebagai gantian kepada sumber tenaga tradisional. 2. Sejak penemuan kaedah penjanaan tenaga atom oleh Otto Hahn dan Fritz Strassman pada tahun 1939, harapan untuk mengatasi krisis tenaga yang dihadapi sekarang adalah sangat cerah. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat ini? 3. Bagi sebahagian besar anggota masyarakat, perkataan nuklear biasanya dikaitkan dengan kesan negatif terutamanya dalam perlumbaan senjata moden yang mencerminkan peranan tenaga nuklear sebagai alat pemusnah alam yang boleh membawa kecelakaan kepada kehidupan manusia sejagat. Akan tetapi perkembangan positif yang telah dicapai oleh dunia sains hari ini menunjukkan bahawa tenaga nuklear amat berperanan dalam pembangunan dalam sesebuah negara. Berdasarkan penyataaan di atas, jelaskan peranan tenaga nuklear dalam pembangunan sesebuah negara membangun. 4. Penemuan dan penghasilan sumber tenaga alternatif memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Namun begitu, penemuannya turut menimbulkan risiko kepada sesebuah negara. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini? Nota Tambahan: Loji Rawatan Termal, Beroga Selangor Sistem pengurusan sisa pepejal bersepadu: merangkumi proses kitar semula, penggunaan semula, pengkomposan dan pilihan loji rawatan termal serta tapak pelupusan. mengurangkan dioksin, volum gas ekzos, memproses baki sisa, menggunakan tenaga daripada sisa pepejal, membolehkan proses kitar semula bahan-bahan, baki sisa dijadikan blok penurapan jalan dan atap genting. (Scienists have long dreamt of the ultimate source of energy that will power the world forever. This ultimate source is hydrogen. Hydrogen can be produced by the electrolysis of water from the sea dan when burned together with oxygen, produces only energy and water. The use of hydrogen as a fuel and energy carrier will require an infrastructure for safe and cost-effective hydrogen transport and storage. Hydrogen has an excellent safety record, and is as safe for transport, storage and use as many other fuels.)

Leave a comment Posted in BAHAGIAN B: KARANGAN LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI, KERTAS 2 STPM

Karangan: Bahaya Rokok


Posted on May 27, 2011 by goaypastpm| Leave a comment Tentang bahaya rokok pada umumnya saya rasa sudah banyak yang tahu, apalagi bagi orang yang tiap hari menghisap rokok, soalnya kan dalam setiap bungkus rokok terdapat tulisan tentang bahaya rokok, seperti ini. MEROKOK DAPAT MENYEBABKAN KANGKER, SERANGAN JANTUNG, IMPOTENSI DAN GANGGUAN KEHAMILAN DAN JANIN.

Tapi anehnya meski pada bungkus atau kemasan rokok sudah tercantum tulisan tentang bahaya rokok yang sangat menakutkan, tetap saja banyak yang merokok. Rokok mengandung lebih dari empat ribu zat-zat dan dua ribu diantaranya telah dinyatakan berdampak tidak baik bagi kesehatan kita, diantaranya adalah bahan radioaktif (polonium 201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di kamar gas maut bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, serta masih banyak lagi. Dan zat pada rokok yang paling berbahaya adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Tar mengandung kurang lebih empat puluh tiga bahan yang menjadi penyebab kanker atau yang disebut dengan karsinogen. Nikotin mempunyai zat dalam rokok yang dapat menyebabkan ketagihan, ini yang menyebabkan para pengguna rokok sulit sekali untuk berhenti merokok. Nikotin merupakan zat pada rokok yang beresiko menyebabkan penyakit jantung, 25 persen dari para pengidap penyakit jantung disebabkan oleh kegiatan merokok

Bahaya kandungan rokok

Berikut ini adalah bahaya rokok terhadap kesehatan kita rokok dapat menyebabkan Kanker pundi kencing, Kanker perut, Kanker usus dan rahim , Kanker mulut , Kanker Esofagus, Kanker tekak, Kanker pankrias, Kanker payudara, Kanker paru-paru, Penyakit saluran pernafasan kronik Strok, pengkroposan tulang atau yang dikenal dengan osteoporosis Penyakit jantung, Kemandulan, Putus haid awal, Melahirkan bayi yang cacat Keguguran bayi, Bronkitis, Batuk, Penyakit ulser peptik, Emfisima, Otot lemah, Penyakit gusi, Kerusakan mata Yang tersebut diatas adalah bahaya rokok bagi perokok aktif, apa itu perokok aktif ? perokok aktif adalah orang yang merokok secara langsung menghisapnya rokok, sedangkan perokok pasif adalah orang yang tidak secara langsung menghisap rokok, tetapi menghisap asap rokok yang dikeluarkan dari mulut orang yang sedang merokok.

struktur kandungan bahaya rokok Di bawah ini merupakan bahaya asap rokok bagi perokok pasif. Meningkatkan risiko kanker paru-paru dan penyakit jantung Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis Sakit atau pedih mata Bersin dan batuk-batuk Sakit kerongkong Sakit kepala zat Yang terkandung dalam asap rokok adalah : 2 kali lebih banyak nikotin 5 kali lebih banyak karbon monoksida 3 kali lebih banyak tar 50 kali lebih zat kimia yang berbahaya bagi kesehatan Bahaya asap rokok terhadap ibu hamil dan janin yang dikandungnya Keguguran janin Tumbesaran janin terencat 30% lebih tinggi Kematian janin dalam kandungan Pendarahan dari uri (abruption placenta) Berat badan berkurang 20 hingga 30% Bahaya asap rokok terhadap bayi Masalah dan penyakit pernafasan Mengganggu terhadap perkembangan kecerdasan Jangkitan telinga Leukeamia Kanker otak 22% Cepat lelah Sindrom kematian secara mendadak Leave a comment Posted in BAHAGIAN B: KARANGAN LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI, KERTAS 2 STPM

Karangan: Isu bahan radioaktif/tenaga alternatif


Posted on May 27, 2011 by goaypastpm| Leave a comment Isu loji Lynas di Pahang: ketakutan rakyat akibat kebocoran radiasi di loji nuklear Fukushima Jepun. 26 Mei 2011 Keputusan mengenai pembinaan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang, dijangka diketahui pada hujung bulan depan. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, panel antarabangsa yang terdiri daripada lima pegawai Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan empat pakar antarabangsa akan mendengar pandangan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai untuk dinilai. Dalam hal ini, kerajaan memberi jaminan bahawa panel ini akan menjalankan tugas sebaik mungkin serta terbuka dan telus kerana isu ini berkait dengan keselamatan awam.

Isu pembinaan loji itu oleh Lynas Corporation Ltd. of Australia mendapat bantahan beberapa pihak kerana isu keselamatan dan kesihatan. Ia semakin berlarutan menjadi isu politik apabila disensasikan oleh pihak pembangkang. Panel pakar itu akan mula mendengar pandangan pelbagai pihak bermula 29 Mei sehingga 3 Jun ini di Kuantan, Pahang serta di ibu negara. Pertamanya, apa itu Nadir Bumi (Rare Earth) ? Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang ditemui di dalam bumi. Nadir Bumi ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan. Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses pembuatannya. Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum. Antara elemen atau jenis Nadir Bumi ini dan produk yang dihasilkan ialah :

Prometium Bateri Nuklear Scandium Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa Yttrium- Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro Lanthanum Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera Cerium Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic Praseodymium Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatan Thulium Pembuatan mesin X-Ray mudah alih Ytterbium Agen pengurangan kimia, laser inframerah Terbium Pembuatan lampu kalimantan, laser Gadolinium Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI

Neodymium Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik Pemprosesan Nadir Bumi (Rare Earth) terbesar didunia bertapak di negara China. Hampir 95% pemprosesan Tanah Jarang adalah dilakukan di negara China. Pemprosesan ini mendatangkan banyak kesan negatif kepada penduduk China, terutamanya kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pemprosesan ini. Air yang terdapat dikawasan sekitaran didapati tercemar dengan bahan radioaktif dan tidak sesuai untuk diminum ataupun digunakan untuk penanaman. Bahan kimia bertoksik tinggi seperti asid, sulfat dan ammonia banyak digunakan dalam aktiviti pemprosesan ini. Di wilayah Boutou, China, pihak pengkaji alam sekitar telah melarang air didaerah itu diguna untuk minum samada oleh manusia ataupun haiwan. Air di sana juga dilarang untuk tujuan penanaman. Kini China mula mengurangkan pengeluaran Tanah Jarang akibat dari simpanan Tanah Jarang negara mereka yang semakin berkurangan. Tetapi permintaan untuk Tanah Jarang semakin tinggi kerana kebanyakan pembuatan bahan berteknologi memerlukan mineral dari Tanah Jarang. Kalau kita mahu mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petroleum, kita perlu teknologi Hybrid. Teknologi Hybrid cuma boleh terhasil dengan penggunaan mineral dari Tanah Jarang. Di China, pencemaran radioaktif dan alam sekitar dalam pengeluaran Nadir Bumi ini sudah lama dikenal pasti, tetapi kerajaan negara itu tidak menghentikan pengeluaran Nadir Bumi ini kerana ingin menguasai permintaan dan pasaran dunia. Soalan STPM yang berkaitan: 1. Sumber tenaga tradisional seperti arang batu dan petroleum kini menjadi semakin pupus. Harapan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga terletak pada keupayaan manusia menjana dan menggunakan tenaga daripada sumber -sumber lain. Dengan memberi alasan, nyatakan pendirian anda tentang penggunaan tenaga daripada sumber-sumber lain sebagai gantian kepada sumber tenaga tradisional. 2. Sejak penemuan kaedah penjanaan tenaga atom oleh Otto Hahn dan Fritz Strassman pada tahun 1939, harapan untuk mengatasi krisis tenaga yang dihadapi sekarang adalah sangat cerah. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat ini? 3. Bagi sebahagian besar anggota masyarakat, perkataan nuklear biasanya dikaitkan dengan kesan negatif terutamanya dalam perlumbaan senjata moden yang mencerminkan peranan tenaga nuklear sebagai alat pemusnah alam yang boleh membawa kecelakaan kepada kehidupan manusia sejagat. Akan tetapi perkembangan positif yang telah dicapai oleh dunia sains hari ini menunjukkan bahawa tenaga nuklear amat berperanan dalam pembangunan dalam sesebuah n egara. Berdasarkan penyataaan di atas, jelaskan peranan tenaga nuklear dalam pembangunan sesebuah negara membangun.

4. Penemuan dan penghasilan sumber tenaga alternatif memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Namun begitu, penemuannya turut menimbulkan risiko kepada sesebuah negara. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini? Loji Rawatan Termal, Beroga Selangor Sistem pengurusan sisa pepejal bersepadu: merangkumi proses kitar semula, penggunaan semula, pengkomposan dan pilihan loji rawatan termal serta tapak pelupusan. mengurangkan dioksin, volum gas ekzos, memproses baki sisa, menggunakan tenaga daripada sisa pepejal, membolehkan proses kitar semula bahan-bahan, baki sisa dijadikan blok penurapan jalan dan atap genting. (Scienists have long dreamt of the ultimate source of energy that will power the world forever. This ultimate source is hydrogen. Hydrogen can be produced by the electrolysis of water from the sea dan when burned together with oxygen, produces only energy and water. The use of hydrogen as a fuel and energy carrier will require an infrastructure for safe and cost-effective hydrogen transport and storage. Hydrogen has an excellent safety record, and is as safe for transport, storage and use as many other fuels.) Leave a comment Posted in BAHAGIAN B: KARANGAN LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI, KERTAS 2 STPM

Karangan: Bencana alam: gempa bumi, tsunami


Posted on March 15, 2011 by goaypastpm| Leave a comment Apakan kesan bencana alam? Lihat sendiri, bersyukurlah kita di Malaysia yang selamat. Mesralah dengan alam. Janganlah membazir sumber alam termasuk makanan.

Mac 2011 SEORANG wanita duduk di tepi jalan menangis melihat kediaman dan harta benda musnah akibat gempa, tsunami yang melanda bandar Natori, Miyagi.

Imej loji nuklear di Fukushima yang meletup akibat gempa bumi & tsunami

Babak letupan loji nuklear

Kesan landaan tsunami Leave a comment Posted in BAHAGIAN A: KARANGAN LARAS SOSIAL KEMASYARAKATAN, BAHAGIAN B: KARANGAN LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI, KERTAS 2 STPM

Kekeliruan pelajar dalam penulisan karangan


Posted on November 13, 2010 by goaypastpm| 4 Comments PERTANYAAN UMUM PELAJAR DAN KEKELIRUAN PELAJAR YANG KETARA Kekeliruan1: Saya terdengar informasi terkini. karangan laras sastera langsung tidak boleh sentuh isi larasan sains. Begitu juga karangan larasan sains tidak boleh sentuh isi sastera dan tidak boleh simpan peribahasa. adakah ini be nar? PENJELASAN: KARANGAN LARAS SASTERA BOLEH DIBERI HUJAH SAINS TETAPI TIDAK PERLU SAINTIFIK SANGAT. SECARA UMUM SUDAH BAIK. Contoh: STPM 2007.1. BELAKANGAN INI BANYAK TERDAPAT PROJEK PERUMAHAN YANG TERBENGKALAI DI SELURUH NEGARA YANG AKAN MENIMBULKAN KESAN NEGATIF KEPADA PELBAGAI PIHAK. LANGKAH-LANGKAH TERTENTU PERLU DILAKSANAKAN UNTUK MEMBENDUNG MASALAH TERSEBUT. BINCANGKAN. Satu kesan projek perumahan terbengkalai ialah pencemaran alam. Kesan ialah kawasan itu membiak nyamuk dan tikus, penyakit merebak.(tak perlulah saintifik sangat hujah anda) Satu lagi kesan ialah imej negara terjejas.

STPM 2008. 2 KESEPADUAN SEKTOR PELANCONGAN DENGAN ALAM SEMULA JADI TELAH MENCETUSKAN AKTIVITI PELANCONGAN YANG DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA NEGARA. LANGKAH-LANGKAH YANG SEWAJARNYA PERLU DIAMBIL UNTUK MEMASTIKAN AKTIVITI INI BERTERUSAN. BINCANGKAN PENYATAAN INI. Satu langkah ialah Perancangan yang rapi penting. Lebih banyak hutan simpanan diwartakan. Contoh Taman Alam Kuala Selangor, Kuala Gula(Perak) dan Taman Negara Bako di Sarawak. (FRIM, PERHILITAN)Keunikan flora dan fauna hidup di di sesuatu kawasan dengan pelbagai cara adaptasi dikaji. Maklumat sistem rantai makanan yang unik dan saling memerlukan di sesuatu habitat disediakan.Misalnya Spice Garden di Pulau Pinang dirancang dengan baik. Ilmu pengetahuan disebarkan melalui pemandu pelancong.Malah herba-herba itu dirasa oleh pelancong melalui masakan. (Komen Cikgu: lihat, pasti ada sikit hujah sains) STPM 2003.3 OBESITI MERUPAKAN SATU MASALAH KESIHATAN YANG BERLAKU DALAM KALANGAN ANGGOTA MASYARAKAT TANPA MENGIRA PERINGKAT UMUR. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA MASALAH TERSEBUT DAN KESANNYA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA. Salah satu kesan ialah kesan jiwa. Wajah terjejas, kawan semakin kurang, hidup menyendiri.(Ini bukan hujah sains tetapi boleh diterima. STPM 2008.1 Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan pekhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya. Isi bukan sains tetapi hujuh mesti ada unsur sains sebab tajuk ini melibatkan telekomunikasi. Contoh isi dengan hujah sainsnya. Pentadbiran kerajaan menjadi cekap. Urusan one-stop dapat disediakan.Ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian pelbagai perkhidmatan media elektronik.Kios urusan dan bentuk kaunter fizikal dan maya disediakan.Misalnya kios komputer disediakan di pusat membeli belah.Orang ramai boleh membaharui lesen memandu, bayar cukai pendapatan, mendaftar diri sebagai pengundi sekali gus di situ. Ini bermakna tiada sekatan masa dan lokasi untuk berurusan. Kekeliruan 2. Jika isi saya tidak kena skema jawapan, jadi perenggan isi tersebut langsung tiada markah? Penjelasan cikgu: Anda sendiri keliru sahaja. Jika dalam skema punca jenayah ialah faktor keluarga. Anda tulis ibu bapa abaikan asuhan anak-anak, betul juga. Jika anda tulis krisis keluarga, betul juga. Jika anda tulis kawalan ketat ibu bapa sehingga anak-anak memberontak, betul juga. Jika anda tulis keluarga miskin dan ibu bapa sibuk bekerja di luar, betul juga.

Jadi, yang penting maksud isi mesti sama atau hampir sama. Bukan perkataan yang digunakan dalam skema. Satu lagi contoh: Tajuk: Kepentingan internet.(Ini soalan bahagian B, tetapi isi bukan semua sains, yang perlu ialah hujahnya ada banyak unsur sains) Skema Isi 1: MEMAJUKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN. Anda tulis internet memajukan pentadbiran negara, betul juga. Anda tulis internet membantu jabatan kerajaan menguruskan permohonan dan lesen, betul juga. Anda tulis internet mempercepatkan pemprosesan dan penyimpanan data, betul juga. Anda tulis internet mewujukan kerajaan elektronik, betul juga.(semua idea adalah sama sahaja) 4 Comments Posted in BAHAGIAN A: KARANGAN LARAS SOSIAL KEMASYARAKATAN, BAHAGIAN B: KARANGAN LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI, KERTAS 2 STPM

Karangan: Nano teknologi


Posted on November 9, 2010 by goaypastpm| Leave a comment Nanoteknologi ialah bidang sains yang menerokai aplikasi bahan bersaiz kecil pada skala nanometer (ran) iaitu 1- 100 nm. Nanoteknologi mula berkembang pesat pada alaf baharu ini. Bincangkan manfaat aplikasi nanoteknologi dalam pelbagai lapangan kehidupan manusia. 1. Perubatan Gen rosak diganti dengan gen normal. Gen normal dimasukkan ke dalam nukleus sel rosak dengan partikel nano. Proses regeneratif mula ambil tempat. Gen rosak dibaiki dan gen normal dijana. Banyak penyakit disebabkan faktor genetik dapat dielakkan. Misalnya sakit jiwa, kanser dan jantung. 2. Farmasi Partikel nano seperti tiub karbon nano (CNT) dalam rawatan onkologi kemoterapi CNT bawa ubat anti kanser dalam saiz yang halus. Ubat halus itu terus disampaikan ke bahagian sel-sel kanser sahaja. Ubat bunuh sel kanser tanpa jejaskan sel normal lain. Ini dapat merawat penyakit dangan berkesan. Kesan sampingan juga dapat dikurangkan. 3. Penting dalam teknologi maklumat. Nanoteknologi diguna untuk mencipta cip kamputer dan peranti elektronik lain bersaiz nano.

Cip dan peranti papan litar ini mengawal proses dan operasi komputer atau alat elektronik. PC atau alat elektronik bersaiz kecil dan berkuasa tinggi terhasil. Komputer dapat beroperasi pada frekuensi yang lebih tinggi, dengan dimensi yang linear, kebolehharapan yang tinggi dan perlepasan haba yang rendah. Memorinya juga ditingkatkan. Maka proses pemprosesan data lebih cepat dan lancar. 4 Penyelidikan saintifik Nanoteknologi diguna untuk hasilkan mikroskop generasi 4 iaitu Mikroskop Prob Imbasan (SPM) Alat ini mempunyai resolusi tinggi untuk lihat spesimen kajian bersaiz nano. Ini meningkatkan pemahaman saintis terhadap subjek eksperimental. Dengan bekerja pada saiz yang paling terkecil, teknologi nano akan membenarkan pengecilan dan prestasi yang tertinggi. Dengan bermula dengan molekul, dan pemprosesan dengan mesin yang berfrekuensi tinggi dan produktif, ia akan menjadikan produk lebih murah. 5 Pertanian Partikel nano bersaiz 5 nm lebih kecil daripada virus tanaman Meresap masuk ke dalam bahagian asid amino virus Proses peresapan dibantu oleh sejenis virus pathogen Partikel nano memberi info setiap reaksi kimia dan fizik sel dalam virus Nanoteknologi ialah bidang S&T yang menerokai aplikasi partikel bersaiz atom atau molekul halus utk tujuan pelbagai tujuan. Nano ialah saiz yg teramat kecil daripada 100 nanometer atau 1 bilion lebih kecil daripada saiz 1 meter. Nanoteknologi telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang. Aplikasi nanoteknologi dalam bidang perubatan telah mendatangkan pelbagai faedah kepada pesakit. 1. Pengimejan perubatan MRI Teknologi pengimejan perubatan MRI dihasilkan menggunakan teknologi nanoteknologi. MRI merujuk kepada kaedah penghasilan imej organ dalaman organisma hidup seperti manusia melalui penggunaan partikel nano dan daya magnet yang kuat mengelilingi badan. Imej yang dihasilkan dapat memberi gambaran 1000 kali lebih jelas berbanding dengan bahan kontras (pewarna). Selain itu, imej tersebut dapat diambil daripada pelbagai dimensi/sudut. MRI tidak mendedahkan pesakit kpd radiasi. MRI membantu doktor melakukan kerja-kerja diagnostik penyakil dengan lebih mudah, cepat, jelas dan tepat. Penyakit dapat dikesan, dikenalpasti dan kaedah rawatan yang bersesuaian dapat diberikan 2. Pembaikian dan regeneratif gen penyakit genetik Nancteknologi digunakan dalam rawatan penyakit genetik. Gen yang rosak diganti dengan gen yang normal. Gen normal disampaikan melalui partikel nano. Gen normal dimasukkan ke dalam nukleus sel rosak tanpa rosakkan nukleus tersebut Proses regeneratif dan baik pulih gen mengambil tempat. Gen rosak dibaiki dan gen normal yang sihat dijana.

Pesakit akan sembuh daripada penyakit genetik yang berpunca daripada pewarisan genetik gen yang rosak. 3. Rawatan anti-inflamasi Khinzir diguna sebagai spesimen klinikal. Kesan inflamasi akibat infeksi bakteria pada lapisan kulit haiwan tersebut dap at dikurangkan. Partikel nano kristal perak yang mempunyai aktiviti anti-inflamasi diguna. Aktiviti anti-inflamasi partikel nano kristal perak mampu membunuh bakteria dan membantu proses pemulihan masalah kulit. Partikel nano perak, zink oksida dan emas pula diguna untuk membunuh bakteria streptococcus mutans yang dikaitkan dengan masalah inflamasi oral manusia Aplikasi nanoteknologi penting dalam rawatan dermatologi untuk memulihkan penyakit kulit. 4. Penyampaian ubat dalam rawatan onkologi kemoterapi Partikel halus nanoteknologi telah dimanfaatkan untuk proses penyampaian ubat dalam bidang farmaseutikal. Partikel nano seperti tiub karbon nano(CNT) membawa ubat terus kepada sel kanser dan membunuhnya tanpa memudaratkan sel-sel norma lain . Selain CNT, ubat dimasukkan ke dalam partikel nano lain yang dikenali sebagai oleoylchitosan (OCH) utk membunuh sel-sel kanser paru-paru. Dalam rawatan onkologi kemoterapi, partikel nano telah menjadi ejen membawa ubat pembunuh sel kanser untuk membunuh sel-sel kanser. Aplikasi nanoteknologi dalam proses penyampaian ubat telah meningkatkan keberkesanan rawatan onkologi kemoterapi terhadap pesakit kanser. Tenaga Nano teknologi diaplikasikan untuk pemyimpanan, penjanaan, penjimatan tenaga melalui Insulasi termal. Bulb seperti light-emitting diodes (LEDs) or quantum caged atoms (QCAs) mengurangkan tenaga. Sel solar lebih berkesan menerap cahaya matahari dengan struktur nano bandgaps. Optics:Nano teknologi menghasilkan polimer ultranipis dan pelindung kaca mata. Kompositnano Kaca tidak mudah dikalis. Ketepatan pembedahan pupil mata. Tekstil fibernano kalis air dan kesan kotaran, tidak berkeluk. Tak perlu selalu dibersihkan. Technologi nano mengintegrasikan zarah membran zarah karbon kecil yang elakkan caj elektrostatistik Kosmetik :Kimia pelindung UV tidak kekal sepanjang hari. Krim mineral zarahnano seperti titanium dioxide lebih baik. zarahnano Titanium oxide melindungi kulit daripada cahaya UV tanpa kesan pemutihan kulit kerana zarahnya yang begitu kecil. REPLIKASI SENDIRI Keperluan untuk mengurangkan kos mencipta minat dalam sistem pembuatan yang boleh mengreplikasi sendiri seperti yang telah dikaji oleh Von Neumann dalam 1940-an. Sistem ini boleh mereplikasi diri sendiri dan membentuk produk yang berguna. Konsep ini telah diinspirasikan dari pemerhatian bagaimana tumbuhan dapat mereplikasi diri sendiri pada paras sel. Sebagai contoh, ubi kentang adalah mudah untuk replikasi semula. Tanamkan dan ianya menghasilkan lebih banyak ubi kentang. Walau bagaimanapun, tujuan yang ingin dicapai adalah dari segi robotik. Bayangkan di mana robot-robot bersaiz nano iaitu amat kecil, yang dapat mereplikasi semula dan berfungsi seperti kilang. Senario yang baik ialah dalam pembangunan robotik.

Replikasi semula merupakan jalan yang efektif bagi pembuatan berkos rendah. Walaupun ianya diinspirasi oleh tumbuhan dan organisma di sekeliling, adalah ditekankan bahawa agen replikasi semula ini adalah hampir serupa seperti robot. Sama ada dengan kawalan kepintaran buatan mahupun dengan kawalan manusia, replikasi semula masih dalam peringkat teori. (Terminator?????? Nanotechnology, shortened to nanotech, is the study of the controlling of matter on an atomic and molecular scale. Generally nanotechnology deals with structures sized between 1 to 100 nanometer in at least one dimension, and involves developing materials or devices within that size. Nanotechnology is very diverse, ranging from extensions of conventional device physics to completely new approaches based upon molecular self-assembly, from developing new materials with dimensions on the nanoscale to investigating whether we can directly control matter on the atomic scale. There has been much debate on the future implications of nanotechnology. Nanotechnology may be able to create many new materials and devices with a vast range of applications, such as in medicine, electronics, biomaterials and energy production. On the other hand, nanotechnology raises many of the same issues as with any introduction of new technology, including concerns about the toxicity and environmental impact of nanomaterials, and their potential effects on global economics, as well as speculation about various doomsday scenarios. These concerns have led to a debate among advocacy groups and governments on whether special regulation of nanotechnology is warranted. Leave a comment Posted in BAHAGIAN B: KARANGAN LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI, KERTAS 2 STPM

Karangan Bahagian B:Sisa Industri


Posted on September 30, 2010 by goaypastpm| 2 Comments Sisa Industri 2 Comments Posted in BAHAGIAN B: KARANGAN LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI

Bahagian B/C Karangan/Fahaman: Teknologi Nano


Posted on September 26, 2010 by goaypastpm| 1 Comment APA ITU TEKNOLOGI NANO TEKNOLOGI NANO diiktiraf sebagai suatu penemuan paling maju pada abad ini. Penggunaan teknologi nano terbukti memberikan manfaat kepada manusia, khususnya dalam bidang perubatan, elektronik, kawalan alam sekitar dan bioteknologi. Teknologi nano juga membantu bagi pengenalpastian bahan pencemar melalui penggunaannya sebagai sensor elektronik dan sekali gus membangunkan teknologi pemulihan terhadap segmen alam sekitar.

Partikel nano boleh ditakrifkan sebagai partikel atau zarah pada skala nano, iaitu 10-9 m atau lebih dikenali sebagai nanometer (nm). Kebanyakan partikel nano adalah dalam lingkungan partikel yang bersaiz 1 hingga 100 nm. Perbandingan fizikal bahan bersaiz nano adalah seperti diameter rambut manusia, iaitu 70 000 nm, sel darah merah, iaitu pada lebar 5000 nm dan molekul organik ringkas pada julat 0.5 hingga 5 nm. Saiznya yang teramat kecil dan mempunyai jumlah luas permukaan yang besar adalah suatu ciri yang unik. Ini menjadikan partikel nano mempunyai ciri-ciri yang khas untuk digunakan dalam bidang tertentu. Partikel nano boleh terhasil melalui tiga cara; pertama penghasilan khusus bagi tujuan penghasilan teknologi nano. Misalnya, penghasilan bahan seperti titanium dioksida, silikon, fuleren dan tiub karbon nano. Kedua, penghasilan secara tidak disengajakan melalui proses industri dan ekzos kenderaan. Sebagai contoh pelepasan partikel nano melalui kerja kimpalan, sisa partikel penyaduran logam, penyembur plasma, industri penghasilan serbuk detergen, serpihan zarah daripada juzukan senjata kimia dan juga pelepasan partikel enjin kenderaan diesel. Manakala cara yang ketiga, melalui pelepasan secara semula jadi menerusi letusan gunung berapi dan kebakaran hutan yang menghasilkan partikel di dalam udara bebas. Saiz jisim partikel nano yang teramat kecil menyebabkan ia mudah diangkut di dalam udara dan boleh disebarkan pada jarak yang jauh. Ciri khas lain bagi partikel nano ialah sifat ketoksikan yang sangat berkait rapat dengan permukaannya. la merupakan perbezaan utama berbanding dengan unsur utamanya pada saiz yang besar, iaitu lebih banyak bergantung pada jisimnya. Partikel nano amat kecil (dihuraikan dalam bentuk jisim), tetapi mempunyai impak toksik yang besar, ini disebabkan luas permukaan yang besar. Kajian mendapati kesan toksik yang lebih tinggi bagi partikel nano dibandingkan bagi bahan yang sama pada saiz yang lebih besar. Pengenalpastian partikel nano agak rumit dan kompleks dan memerlukan alat yang khusus untuk mengukur kehadiran bahan partikel nano pada persekitaran. Sistem yang dikenali sebagai Scanning Mobility Particle Size bagi mengukur aerosol, misalnya boleh digunakan bagi mengukur partikel nano dalam fasa gas. Terdapat juga teknik bagi mengukur partikel nano dalam fasa cecair, seperti chromophore counting, resonant light scattering, Raman scattering techniques dan juga High Resolution Transmission Electron Microscopy (HRTEM). Memandangkan partikel nano mempunyai potensi yang boleh memudaratkan manusia, kajian penilaian risiko terhadap bahan partikel nano perlu diadakan sebelum boleh digunakan secara meluas. Kajian penilaian risiko boleh dibangunkan dengan mengenal pasti bahaya yang dihadirkan daripada bahan berskala nano. Kajian toksikologi dalam penilaian risiko, misalnya dapat membantu sedikit sebanyak mengenai impak ketoksikan bahan berskala nano kepada manusia. Hasil kajian yang didapati boleh dikumpulkan bagi membentuk pangkalan data mengenai sifat ketoksikan bahan partikel nano. Maklumat yang ada, boleh membantu saintis untuk merancang langkah berjaga-jaga dan menyusun prosedur keselamatan bagi menggunakan bahan partikel nano. Dalam konteks kejuruteraan pula, maklumat ini dapat membantu bagi para jurutera untuk mereka bentuk sistem dan peralatan yang boleh mengawal penghasilan partikel nano dan kaedah pengenalpastiannya dalam persekitaran. Kebaikan Penggunaan teknologi nano dalam bidang semikonduktor, tenaga, kesihatan dan instrumentasi telah mewujudkan pasaran sebanyak $499 juta dolar pada tahun 2003. la juga

dijangka berkembang sehingga mencecah pasaran berjumlah satu trilion dolar menjelang tahun 2015. Walau bagaimanapun sejak akhir ini tercetus kebimbangan baharu di sebalik penggunaan meluas partikel berskala nano. SEL SURIA DAN NANOTECK MATAHARI merupakan sumber tenaga yang paling utama dalam kehidupan. Dunia kini berhadapan dengan krisis tenaga. Sains dan teknologi menawarkan penyelesaian untuk menghadapi krisis yang semakin genting ini. Saintis telah pun mengemukakan pelbagai jawapan dan kaedah untuk menghadapi krisis tenaga bahan api. Antara yang paling terkenal ialah tenaga boleh baharu menggantikan sumber tenaga tradisional seperti sumber tenaga fosil yang menghasilkan bahan api yang tidak boleh diperbaharui. Selain itu, sumber bahan api fosil mempunyai kelemahan seperti kehabisan sumber, pencemaran, hujan asid dan pemanasan global. Salah satu tenaga boleh baharu yang paling popular dewasa ini ialah sel suria atau juga dikenali dengan nama sel solar. Sel suria sebenarnya diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti Silikon dan Galium Arsenik (GaAs). Apabila ia terdedah kepada cahaya matahari, elektron di dalam bahan semikonduktor tersebut akan teruja dan bergerak melalui bahan tersebut menghasilkan arus elektrik. Menurut sejarah, sel suria telah lama dibangunkan semenjak tahun 1883 oleh Charles Fritts. Sel suria moden pula telah dibangunkan oleh saintis di Bell Laboratories pada tahun 1954. Kemudian pada tahun 1970, tenaga ini pertama kali digunakan secara komersil dalam kalkulator dan jam tangan digital. Perkembangan penggunaannya sangat perlahan sehinggalah ia dapat menembusi pasaran pada awal tahun 1990-an. Ini disebabkan harga yang relatifnya agak mahal di samping kecekapannya yang rendah pada waktu itu. Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi sel suria semakin rancak sejak akhir-akhir ini, terutamanya pada penghujung abad ke-20. Pengeluarannya secara besar-besaran telah dilakukan oleh syarikat teknologi terkenal dunia. Kemajuan teknologi nano pada masa ini telah meningkatkan lagi penggunaan dan keupayaan teknologi sel suria dalam proses pengumpulan tenaga solar daripada matahari untuk ditukarkan kepada tenaga elektrik yang boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi dan perindustrian. Di Imperial College of London misalnya, nanoteknologi digunakan oleh Keith Barnham, seorang penyelidik di institusi tersebut dalam usaha meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos pengeluaran sel solar. Sebuah syarikat ditubuhkan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan di Imperial College of London yang dikenali sebagai Quantasol. Penyelidikan ini diketuai oleh Barnham sendiri yang telah menghasilkan sel suria menggunakan lapisan bahan GaAs sebagai filem nipis berbanding dengan silikon yang digunakan sebelum ini. Setiap lapisan akan menghasilkan warna atau gelombang cahaya yang berbeza apabila terdedah pada cahaya matahari. Syarikat tersebut mendakwa keseluruhan tenaga yang dihasilkan di dalam sel yang menggunakan bahan GaAs melebihi sekali ganda daripada kecekapan sel suria yang dihasilkan menggunakan bahan silikon sebelum ini. Sebuah lagi syarikat yang mengasaskan sel suria menggunakan nanoteknologi ialah G241 di United Kingdom. Syarikat ini telah mengeluarkan bahan untuk sel fotovolta yang berupaya menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik walaupun mempunyai kadar serapan cahaya yang rendah. Sel suria atau sel fotovolta dihasilkan berdasarkan formulasi Graetzel yang dicipta oleh Michael Graetzel pada tahun 1991, yang mendapat inspirasi daripada proses fotosintesis tumbuhan. Menurut pengarah urusan Syarikat G241 yang menghasilkan bahan nanoteknologi sel suria ini, kelebihan menggunakan kaedah sel Graetzel kerana lebih

mudah untuk difabrikasi, mengurangkan kos dan menjimatkan masa serta tenaga untuk menghasilkannya. G241 telah pun menjalankan pengeluaran besar-besaran produk sel solar ini di kilang pengeluaran mereka dan menyasarkan jualannya untuk negara-negara membangun. Dalam bidang penyelidikan pula, satu penemuan baharu bahan saduran antipantulan yang boleh digunakan dalam penghasilan sel suria berasaskan silikon yang bertujuan untuk meningkatkan penghantaran cahaya matahari ke dalam sel. Dalam jurnal optik terkenal, Optics Letters, penyelidikan yang diketuai oleh Shawn-Yu Lin melaporkan penemuan bahan saduran antipantulan yang dapat meningkatkan kadar serapan cahaya matahari oleh panel sel solar dan seterusnya membenarkannya menyerap keseluruhan spektrum cahaya dari segenap sudut. Penemuan ini berjaya meningkatkan lagi keupayaan dan kecekapan sel solar dalam usaha untuk memaksimumkan kadar serapan cahaya ke atas panel sel solar. Beberapa contoh di atas merupakan hasil kajian dan potensi besar gabungan teknologi nano dan sel solar yang semakin mendapat perhatian dunia dalam menangani krisis tenaga yang semakin membimbangkan. Sains dan teknologi tidak putus-putus menawarkan penyelesaian terbaik dalam menangani krisis yang berlarutan akibat kerakusan manusia dan juga perubahan alam selari dengan usianya yang semakin meningkat. Oleh hal yang demikian, ilmu pengetahuan sains dan teknologi perlu digunakan secara berkesan dalam menghadapi situasi mencabar pada masa ini dan masa akan datang. Kesan negatif Yang menjadi kebimbangan besar dalam kalangan para penyelidik ialah potensi partikel nano yang boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar. Meskipun begitu pengetahuan mengenai impak, kesemua bahan partikel nano terhadap manusia dan alam sekitar masih terhad. Pada tahun 2004, Inisiatif Nanoteknologi Kebangsaan Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 20 ribu pekerja di seluruh dunia bekerja dalam sektor teknologi nano dan dijangka akan meningkat sehingga dua juta orang pada tahun 2015. Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2008 telah mengeluarkan laporan yang dinamakan sebagaiRisiko Global 2008 . Laporan tersebut menyatakan impak pendedahan partikel nano (cat, kosmetik dan produk kesihatan) yang boleh menyebabkan gangguan terhadap kesihatan manusia. Antara karya penyelidikan lain yang membicarakan impak kesihatan daripada bahan partikel nano ialah sebuah laporan mengenai Kesan-kesan Partikel Nano yang dikeluarkan oleh Institut de Recherche Robert-Sauveen Santeet en Securite du Travail (IRSST), organisasi penyelidikan saintifik berpusat di Montreal, Kanada. Laporan ini memuatkan beberapa jenis bahan partikel nano yang boleh memberikan kesan mudarat kepada manusia. Antara bahan partikel nano tersebut ialah fuleren, tiub karbon nano, partikel nano tak organik, partikel nano organik dan dot kuantum. Laluan partikel nano ke badan manusia boleh berlaku semasa pernafasan dan juga pengambilan makanan yang telah terdedah kepada partikel nano. Partikel nano yang disedut boleh termendap di dalam salur darah selepas menembusi kesemua mekanisme perlindungan pernafasan. la kemudian diagihkan ke dalam pelbagai organ dan berkumpul di tapak yang khusus. la boleh bergerak sepanjang saraf penghiduan dan menembusi secara langsung ke saraf otak. Sifat ini, dikaji secara meluas dalam bidang farmakologi, membolehkan partikel nano organik digunakan sebagai vektor bagi membawa ubatan kepada sasaran di dalam fungsi badan.

Kajian sedia ada menunjukkan beberapa kesan terhadap haiwan, bergan tung pada jenis partikel nano. Kesan kenefrotoksikan, dalam reproduksi dan kesan genotoksik telah dikenal pasti. Sesetengah partikel menyebabkan tindak balas granulomas, fibrosis dan tumor pada paru-paru. Kesan bahan seperti titanium dioksida. bahan yang diiktiraf sebagai kurang bertoksik, menunjukkan sifat toksik yang tinggi di dalam saluran pernafasan pada skala nano. Dalam konteks negara ini, industri minyak dan gas, pembuatan detergen dan aktiviti penyaduran logam adalah antara aktiviti yang mungkin ber potensi bagi pelepasan bahan partikel berskala nano. Yang menjadi persoalan utama adakah perundangan sedia ada memadai untuk mengawal penghasilan bahan partikel nano. Oleh itu, kawalan dalam bentuk dasar dan perundangan perlu dikaji bagi memastikan penggunaan bahan partikel nano yang mempunyai risiko tinggi terhadap manusia dapat dikawal dan dipantau. Kajian yang mendalam perlu diteruskan bagi memastikan pembangunan teknologi nano dapat memberikan manfaat yang banyak di samping impaknya terhadap kesihatan manusia dapat dikawal dengan baik.

Fenomena

Pemanasan Global
by Admin on Sun Apr 20, 2008 9:48 pm Dipetik drpd Utusan Online... Tangani fenomena pemanasan global Oleh Mohd. Subhi Marsan BARU-BARU ini, Parlimen telah berbahas mengenai isu pemanasan global yang memberi kesan kepada keadaan iklim dan cuaca negara ini. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S. Sothinathan dalam sesi perbahasan berkata tiada jaminan kejadian seperti banjir di Johor awal tahun lalu tidak berulang dan menerima taburan hujan yang tinggi daripada paras normal. Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan s uhu yang tinggi berbanding suhu normal . Pemanasan berlaku di seluruh dunia yang diakibatkan oleh aktiviti manusia seperti penebangan hutan, kegiatan perkilangan dan industri, permotoran, penerokaan hutan, pembangunan hutan batu dan pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di dalam perut bumi. Kesan saintifik pemanasan global ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Kesan material ialah kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan. Sebelum ini, kita pernah menyalahkan negara jiran kononnya menjadi punca keadaan jerebu dan pemanasan kawasan hampir seluruh negara yang diakibatkan aktiviti pembakaran hutan di negara tersebut. Namun demikian, jika kita kaji dan teliti sebenarnya tidak banyak berlaku perubahan pemanasan alam sekitar sama ada semasa jerebu ataupun tidak. Mengapa keadaan ini

berlaku? Faktor kebakaran hutan hanyalah sebagai sebahagian penyumbang kepada pemanasan global. Banyak faktor lain yang mempengaruhi pemanasan alam sekitar ini. Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah nipisnya lapisan ozon yang diakibatkan o leh pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC). Jika kita prihatin dan sedar, tahun 2005 adalah musim berlakunya ribut taufan yang sangat aktif. Difahamkan sebanyak 26 kejadian ribut dan 14 kejadian puting beliung telah berlaku. Buat pertama kali, taufan ganas iaitu Katrina, Rita dan Wilma terjadi dalam satu musim. Kejadian ribut taufan ini bukan sahaja melanda Benua Amerika, malahan menyerang juga negara China, Korea, dan pantai sekitar Laut China Utara. Pada tahun lepas pula dikhabarkan penduduk di beberapa negara di Afrika yang lazimnya terkenal sebagai negara panas kerana mempunyai kawasan gurun yang sangat luas telah menyaksikan salji dalam tempoh 25 tahun. Di Eropah pula, diberitakan bahawa banyak kematian berlaku yang berpunca daripada kepanasan melampau pada bulan Julai lalu dan di Paris sahaja, seramai 29 orang telah maut. Walaupun kejadian ini tidak tidak seburuk kepanasan yang berlaku pada tahun 2003 yang menyebabkan kira-kira 15,000 maut di Perancis dan 20,000 telah maut di Itali. Sebuah jurnal terkenal melaporkan bahawa keadaan kemarau panjang serta panas dan kering telah menyebabkan kebakaran hutan yang memusnahkan lebih daripada 8.5 juta ekar kawasan dunia dan menghapuskan lebih 1 juta spesies hidupan di darat dalam jangka masa 50 tahun. Kejadian ini ada kaitannya dengan pemanasan global. Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera seumpama pembebasan CFC. Pulau haba pula berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal. Kejadian banjir besar di Johor pada awal tahun lalu itu adalah antara kejadian yang memb uka mata banyak pihak di negara kita. Amaran Peristiwa banjir besar yang menenggelamkan sebahagian petempatan di Lembah Klang seperti di Batu Tiga dan Taman Tun Dr. Ismail juga memberi kesan mendalam dan seolaholah mahu memberikan amaran kepada negara kita bahawa peristiwa besar itu tidak akan berhenti malah akan terjadi pada bila-bila masa.

Umpama peri ahasa, sediakan payung sebelum hujan dan mencegah lebih baik daripada mengubati , langkah-langkah awal pencegahan atau meminimumkan kesannya adalah perlu supaya kejadian seperti itu tidak memburukkan imej pengurusan alam sekitar dan pembangunan negara. Negara tidak boleh berkompromi dengan tanggungjawab sosial menjaga dan memelihara alam sekitar. Pendidikan alam sekitar kepada generasi muda perlu dim ulakan sejak di rumah atau di bangku sekolah lagi. Pendidikan kepada generasi tua juga penting dilakukan kerana ada golongan yang kaya, mewah dan berpelajaran tetapi tidak mengambil berat soal alam sekitar. Pusat pengajian tinggi atau jabatan-jabatan tertentu mesti melakukan kajian agar kejadian yang disebabkan oleh fenomena alam termasuk pemanasan dunia dapat boleh diminimumkan kesannya. Langkah-langkah lain boleh juga dilakukan seperti penanaman hutan semula, kitar semula, kempen kesedaran dan pengg unaan sumber tenaga yang mesra alam. Kejayaan melaksanakan tugasan ini akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk. Langkah-langkah negara lain seperti sistem Green ot di Jerman, cukai bahan buangan di enmark dan mengharamkan pengedaran begplastik dan alas meja pakai buang di Taiwan patut menjadi teladan dan dorongan ke arah mesra alam sekitar di negara ini. Green ot di Jerman ialah sistem kitar semula bahan-bahan pembungkus. Bahan-bahan pembungkus yang mempunyai green dot ini akan dikuti , diasingkan dan dikitar semula. p Cukai bahan buangan di enmark yang dihantar ke pusat pelupusan dan insinerator akan dikenakan tetapi tidak kepada bahan buangan yang akan dikitar semula. Pembuangan, dan pembakaran beg plastik pula memberi kesan buruk k epada persekitaran kerana menjadi punca sampah dan kekotoran. Isu pemanasan gl al adalah isu dunia dan bukan sahaja negara kita yang terlibat. Sumbangan negara kita ke atas pemanasan global mungkin tidak seberapa namun, sebagai satu sumbangan global, negara kita juga perlu melaksanakan ikhtiar agar tidak menyumbang untuk memanaskan alam sekitar.

Admin
Admin

Number of posts: 1980 Registration date: 19/04/ 008

GAMBARAJAH DI BAWAH MENUNJUKKAN KEJADIAN FENOMENA PEMANASAN GLOBAL

PE

E ALAN

Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang

pembeb n emul b h n n bumi e tm e . C nt h um h hij u i l h b n di id , b n m n id , l l b n (CFC), met n , nit en id d n l in-l in. Kebi nny , en men pem n n l b l d pat di asai den an lebih jelas di kawasan kutub utara dan selatan, kawasan pemban unan perindustrian, kawasan perbandaran dan banyak lagi tempat dunia.

1. PERINDUSTRIAN

Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fen mena pemanasan gl bal. Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida. Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang dan terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.

2. PENGANGKUTAN

PUNCA-PUNCA

ER A UNYA PE

ANA AN

O A

Kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia memudahkan pergerakan mereka di bumi ini. Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida.

Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global. Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global . Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas karbon dioksida.

4. PERTANIAN DAN PENTERNAKAN



3. PE

AKARAN

UTAN

Aktiviti pertanian yang menggunakan racun -racun serangga dan baja kimia secara berlebihan. Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana. Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hasil buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu telah men ghasilkan dan membebaskan banyak gas metana ke angkasa.

Selain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia terdapat juga disebabkan oleh faktor semulajadi iaitu letusan gunung berapi. Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan global.

Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa di Selat Sunda.

5. ETUSAN GUNUNG

ERAPI

Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air laut akibat pencairan ais berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.

KESAN-KESAN AKI AT PE

ANASAN GLO AL

Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian . Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari, ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.Kekeringan sumber air permukaan bumi/ kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas.

Dalam keadaan udara kering memudahkan terbentuknya jerebu/ partikel-partikel terampai. Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pul a bertiup ke timur Pasifik menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan.

Pemanasan global
Secara umumnya suhu purata Bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut masa, seperti yang telah dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet kita adalah beberapa puluh darjah lebih sejuk pada 20 000 tahun yang lepas, iaitu pada puncak zaman salji glasier. Perubahan suhu ini sebenarnya amat perlahan, suhu berubah sebanyak 0.2 darjah dari tahun 1000 sehingga hujung kurun ke-19. Fakta yang merisaukan komuniti antarabangsa ialah betapa cepatnya suhu berubah sekarang ini, kecepatan perubahan yang tidak pernah berlaku di zaman dahulu. Sejak hujung kurun ke19, lebih kurang dalam seratus tahun saja, suhu purata telah naik 0.6 darjah. Simulasi komputer pula menunjukkan bahawa pemanasan akan menjadi lebih cepat dan suhu purata boleh meningkat sebanyak 1.4 hingga 5.8 darjah pada hujung kurun ke-21. Fenomena ini kita panggil pemanasan global. Kesan rumah hijau Variasi suhu atmosfera secara umumnya berkaitan dengan beberapa faktor seperti perubahan aktiviti Matahari, atau kelajuan putaran Bumi. Tetapi, kebanyakan pakar-pakar sains percaya bahawa pemanasan global adalah disebabkan, terutamanya, oleh kesan rumah hijau. Kesan ini terjadi apabila sebahagian besar tenaga dari Matahari yang sampai kepermukaan Bumi tidak dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah diserapi oleh atmosfera kita. Seperti yang telah kita dapati, menurut hukum Wien, sifat sinaran dari satu objek bergantung kepada suhunya. Matahari yang mempunya suhu permukaan 6000 darjah, bersinar terutamamya didalam gelombang tampak dimana tenaganya masuk secara mudahnya ke atmosfera kita. Tetapi, disebabkan suhu Bumi jauh lebih rendah dari suhu Matahari, planet kita mengeluarkan kembali tenaga ini dalam bentuk sinaran inframerah. Gas-gas tertentu seperti karbon-dioksida, methane dan nitrogen oksida, yang juga lutsinar dalam gelombang tampak, adalah legap dalam sinaran inframerah. Ciri-ciri mereka ini menghalang tenaga dari keluar semula keangkasa lepas. Mereka menyerap tenaga tersebut menjadikan atmosfera kita panas. Sebahagian besar tenaga solar ini diserap oleh atmosfera bawahan,sepert yang terjadi i keatas planet Zuhrah. Besar kemungkinan kesan rumah hijau dan pemanasan global ini, yang mencepat sejak kurun ke-19, berpunca dari kesan aktiviti manusia keatas alam sekitar. Kebanyakan gas yang mempunyai ciri-ciri kesan rumah hijau telah dilepaskan ke atmosfera melalui aktiviti-aktiviti moden yang menggunakan fossil fuel di dalam industri dan kenderaan. Ia juga boleh disebabkan oleh aktiviti agrikultur tertentu seperti ternakan lembu. Kita jangka bahawa gas karbon-dioksida telah dinaikkan sebanyak 30 peratus sejak bermulanya era industri, iaitu satu sumbangan besar yang memburukkan kesan rumah hijau.

Sejak 150 tahun yang lepas, glasier di banjaran gunung Alps, seperti glasier Aletsch di Switzerland, telah hilang separuh jisimnya. Kredit : O. Esslinger Kesan dari pemanasan global Seperti yang telah ditunjukkan, pemanasan global menyebabkan glasier mencair dan tahap air laut meningkat sebanyak beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub juga menjadi kurang. Sejak kurun ke-21, fenomena ini meningkat semakin cepat, dimana kesannya kelihatan semakin ketara, terutamanya peningkatan tahap air laut dan perubahan cuaca secara ekstrim yang melibatkan kemarau dan kitaran presipitasi yang dahsyat. Kesan ini dapat dirasai oleh manusia dengan kekerapan banjir, kemarau panjang, kekurangan air minuman, sebaran penyakit malaria, kekurangan zon tepi laut atau kekurangan bilangan pulau. Dalam jangkamasa yang panjang, dengan pencairan ais di Greenland yang menyebabkan tahap air laut naik sebanyak 6 meter, kita dapat meramalkan kehilangan sebahagian besar zon tepi laut dunia. Dihadapkan dengan ancaman tersebut dan keperluan usaha untuk menangani masalah ini, komuniti antarabangsa didapati agak segan. Protokol Kyoto telah dirundingkan dalam tahun 1997 bertujuan untuk memaksa negara industri untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan pencemaran udara yang memburukkan kesan rumah hijau. Hasil dari keputusan Russia untuk menyertai protokol ini, usaha ini ada peluang untuk membawa hasil. Tetapi, tanpa penyertaan Amerika Syarikat, yang buat masa ini merupakan pencemar udara terbesar di dunia, hasil usahan dari protokol ini agak terhad. Disebabkan perjanjian ini tidak begitu ambitious, kami percaya ia tidak begitu mampu untuk melambatkan pemanasan global dengan berkesan. Oleh yang demikian, bencana yang amat dahsyat masih mengancam.

Tuesday, June 9, 2009


Tangani Fenomena Pemanasan Global
Adehh...panas! itu la perkara aku bumi makin sakit! panas! panas! aku dgr hampir setiap hari,,.huhu... begitu juga dgn penghuninya!!!!!!

-------------------------------------------------------

BARU-BARU ini, Parlimen telah berbahas mengenai isu pemanasan global yang memberi kesan kepada keadaan iklim dan cuaca negara ini. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S. Sothinathan dalam sesi perbahasan berkata tiada jaminan kejadian seperti banjir di Johor awal tahun lalu tidak berulang dan menerima taburan hujan yang tinggi daripada paras normal. Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding suhu normal. Pemanasan berlaku di seluruh dunia yang diakibatkan oleh aktiviti manusia seperti penebangan hutan, kegiatan perkilangan dan industri, permotoran, penerokaan hutan, pembangunan hutan batu dan pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di dalam perut bumi. Kesan saintifik pemanasan global ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Kesan material ialah kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan. Sebelum ini, kita pernah menyalahkan negara jiran kononnya menjadi punca keadaan jerebu dan pemanasan kawasan hampir seluruh negara yang diakibatkan aktiviti pembakaran hutan di negara tersebut. Namun demikian, jika kita kaji dan teliti sebenarnya tidak banyak berlaku perubahan pemanasan alam sekitar sama ada semasa jerebu ataupun tidak. Mengapa keadaan ini berlaku? Faktor kebakaran hutan hanyalah sebagai sebahagian penyumbang kepada pemanasan global. Banyak faktor lain yang mempengaruhi pemanasan alam sekitar ini. Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah nipisnya lapisan ozon yang diakibatkan oleh pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC). Jika kita prihatin dan sedar, tahun 2005 adalah musim berlakunya ribut taufan yang sangat aktif. Difahamkan sebanyak 26 kejadian ribut dan 14 kejadian puting beliung telah berlaku. Buat pertama kali, taufan ganas iaitu Katrina, Rita dan Wilma terjadi dalam satu musim. Kejadian ribut taufan ini bukan sahaja melanda Benua Amerika, malahan menyerang juga negara China, Korea, dan pantai sekitar Laut China Utara. Pada tahun lepas pula dikhabarkan penduduk di beberapa negara di Afrika yang lazimnya terkenal sebagai negara panas kerana mempunyai kawasan gurun yang sangat luas telah menyaksikan salji dalam tempoh 25 tahun. Di Eropah pula, diberitakan bahawa banyak kematian berlaku yang berpunca daripada kepanasan melampau pada bulan Julai lalu dan di Paris sahaja, seramai 29 orang telah maut. Walaupun kejadian ini tidak tidak seburuk kepanasan yang berlaku pada tahun 2003 yang menyebabkan kira-kira 15,000 maut di Perancis dan 20,000 telah maut di Itali. Sebuah jurnal terkenal melaporkan bahawa keadaan kemarau panjang serta panas dan kering telah menyebabkan kebakaran hutan yang memusnahkan lebih daripada 8.5 juta ekar

kawasan dunia dan menghapuskan lebih 1 juta spesies hidupan di darat dalam jangka masa 50 tahun. Kejadian ini ada kaitannya dengan pemanasan global. Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera seumpama pembebasan CFC. Pulau haba pula berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandarbandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan -bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal. Kejadian banjir besar di Johor pada awal tahun lalu itu adalah antara kejadian yang m embuka mata banyak pihak di negara kita. Peristiwa banjir besar yang menenggelamkan sebahagian petempatan di Lembah Klang seperti di Batu Tiga dan Taman Tun Dr. Ismail juga memberi kesan mendalam dan seolah olah mahu memberikan amaran kepada negara kita b ahawa peristiwa besar itu tidak akan berhenti malah akan terjadi pada bila-bila masa. Umpama peribahasa, sediakan payung sebelum hujan dan mencegah lebih baik daripada mengubati, langkah-langkah awal pencegahan atau meminimumkan kesannya adalah perlu supaya kejadian seperti itu tidak memburukkan imej pengurusan alam sekitar dan pembangunan negara. Negara tidak boleh berkompromi dengan tanggungjawab sosial menjaga dan memelihara alam sekitar. Pendidikan alam sekitar kepada generasi muda perlu dimulakan sejak di rumah atau di bangku sekolah lagi. Pendidikan kepada generasi tua juga penting dilakukan kerana ada golongan yang kaya, mewah dan berpelajaran tetapi tidak mengambil berat soal alam sekitar. Pusat pengajian tinggi atau jabatan-jabatan tertentu mesti melakukan kajian agar kejadian yang disebabkan oleh fenomena alam termasuk pemanasan dunia dapat boleh diminimumkan kesannya. Langkah-langkah lain boleh juga dilakukan seperti penanaman hutan semula, kitar semula, kempen kesedaran dan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam. Kejayaan melaksanakan tugasan ini akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk. Langkah-langkah negara lain seperti sistem Green Dot di Jerman, cukai bahan buangan di Denmark dan mengharamkan pengedaran beg plastik dan alas meja pakai buang di Taiwan patut menjadi teladan dan dorongan ke arah mesra alam sekitar di negara ini.

Green Dot di Jerman ialah sistem kitar semula bahan-bahan pembungkus. Bahan-bahan pembungkus yang mempunyai green dot ini akan dikutip, diasingkan dan dikitar semula. Cukai bahan buangan di Denmark yang dihantar ke pusat pelupusan dan insinerator akan dikenakan tetapi tidak kepada bahan buangan yang akan dikitar semula. Pembuangan, dan pembakaran beg plastik pula memberi kesan buruk kepada persekitaran kerana menjadi punca sampah dan kekotoran. Isu pemanasan global adalah isu dunia dan bukan sahaja neg ara kita yang terlibat. Sumbangan negara kita ke atas pemanasan global mungkin tidak seberapa namun, sebagai satu sumbangan global, negara kita juga perlu melaksanakan ikhtiar agar tidak menyumbang untuk memanaskan alam sekitar. Sumber : Utusan Malaysia

Pemanasan Global Kesan Kepada Kita


RAMAI mengeluh cuaca sekarang semakin panas. Kepanasan matahari semakin terik terutama pada tengah hari. Mereka turut mengaitkan kemungkinan kepanasan itu balasan kepada manusia kerana sering melakukan kerosakan di muka bumi.

Pandangannya itu mungkin benar dan tidak tetapi apa yang nyata kerosakan yang dilakukan manusia ke atas bumi memang tidak dapat dinafikan sejak berabad lalu. Penebangan hutan secara tidak terkawal, pencemaran industri, penggunaan bahan bakar fosil secara berleluasa dan pelepasan gas rumah hijau antara contoh kerosakan yang dilakukan manusia hingga memberi kesan terhadap bumi. Berdasarkan laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC), suhu dunia diramal meningkat daripada 1.1 darjah Selsius kepada 6.4 darjah Selsius antara 1990 dan 2100. Jika ramalan itu menjadi kenyataan, bumi akan semakin panas dalam tempoh seabad lagi dan mungkin tidak selamat lagi. Ini berikutan pemanasan global mempunyai banyak kaitan dengan pelbagai bencana alam. Kenaikan suhu itu boleh mencairkan ais di kutub dan meningkatkan paras air laut. Risiko banjir besar boleh berlaku jika perkara itu berlaku, malah

beberapa kepulauan kecil boleh tenggelam. Beberapa kawasan lain yang beriklim panas pula menerima taburan hujan yang banyak tetapi tanah di situ menjadi lebih cepat kering disebabkan penyejatan air yang berlaku dengan cepat. Kerosakan akan berlaku ke atas tanaman dan haiwan menyebabkan bekalan makanan berkurangan di beberapa tempat di dunia.

Akhbar melaporkan kajian terbaru IPCC mendapati suhu purata Malaysia dianggarkan meningkat antara 0.6 darjah Selsius hingga 4.5 darjah Selsius menjelang 2060. Kajian itu turut menyebut kawasan pantai dan penempatan seluas 1,200 kilometer persegi akan tenggelam jika langkah pencegahan awal diabaikan berikutan pemanasan global yang menyebabkan peningkatan paras laut. Dalam ucapan perasmian Forum Kesan Pemanasan Global Ke atas Strategi Pengairan di Malaysia, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid, dilaporkan berkata secara kasar, senario pemanasan global dijangka meningkatkan suhu 4.5 darjah Selsius dengan pengurangan 10 peratus hujan sekali gus mengurangkan kadar penerimaan air antara 13 peratus dalam musim tengkujuh dan 53 peratus musim kemarau. Peningkatan aras laut pula mampu menghasilkan gelombang ganas yang mengancam garis pantai dan struktur hakisan pantai, pemusnahan zon penampan paya bakau yang mengakibatkan kerosakan habitat asli serta kehidupan akuatik seperti ketam, ikan, udang, flora dan fauna. Cendekiawan juga menganggarkan lebih ramai orang akan terkena penyakit atau mati kerana tekanan cuaca panas dengan wabak penyakit yang biasa ditemui di daerah tropika seperti disebabkan nyamuk atau haiwan pembawa penyakit lain, katanya. Kebimbangan sama turut disuarakan Pengarah Hal Ehwal Iklim Universiti Malaya (UMCCA), Profesor Dr Khairulmaini Osman Salleh, ketika membentangkan kertas kerja Fenomena El Nino di Masjid Kariah Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini. Beliau berkata, suhu bumi yang kian meningkat mengakibatkan kehidupan menghadapi satu ancaman besar berikutan berlakunya bencana alam lebih kerap dengan tempoh semakin meluas. Menurutnya, sebanyak 95 peratus punca suhu bumi yang semakin meningkat itu mempunyai kaitan dengan aktiviti manusia, terutama membabitkan penggunaan bahan bakar fosil. Sejak 10 tahun kebelakangan ini, manusia semakin terancam berikutan bencana kerap berlaku. Taufan, banjir, kemarau dan wabak penyakit berkaitan alam sekitar semakin kerap

dan ancamannya bertambah meluas. Senario pemanasan global turut menggiatkan kesan El Nino, terutama membabitkan kejadian kemarau dan banjir. El Nino akan mempengaruhi iklim dunia mengakibatkan sesetengah tempat kemarau manakala sesetengah lagi banjir, katanya. Beliau berkata, El Nino merujuk kepada pemanasan tempatan di pinggir Peru dan Equador di Amerika Selatan serta perubahan suhu permukaan laut di Lautan Pasifik Khatulistiwa. El Nino berlaku dalam selangan tiga ke tujuh tahun apabila suhu permukaan laut di bahagian barat Lautan Pasifik jatuh beberapa darjah Selsius manakala di timur Lautan Pasifik naik beberapa darjah Selsius. Tempoh berlaku El Nino antara 12 hingga 18 bulan merangkumi permulaan, pertumbuhan, kematangan dan kereputan. Kejadian itu adalah peristiwa semula jadi di Lautan Pasifik dan kebiasaannya selepas El Nino, La Nina atau musim sejuk atau musim biasa akan datang, katanya yang juga Profesor Jabatan Geografi Universiti Malaya. El Nino yang berlaku pada 1997 dan 1998 dikatakan paling besar pada kurun ke-20 apabila suhu permukaan lautan naik lima hingga enam darjah Selsius. Pada 2006, El Nino tidak kuat, bagaimanapun ia bukan bermakna kejadian lebih besar tidak boleh berlaku tetapi kita tidak tahu bila masanya kerana teknologi sekarang hanya mampu meramal untuk jangka masa pendek. Lebih membimbangkan, trend kejadian El Nino sejak 50 tahun kebelakangan ini menunjukkan sifat peningkatan suhu permukaan laut, katanya. Dr Khairulmaini berkata, pengkaji juga bimbang dengan pola kejadian El Nino yang semakin bertambah kuat dan tidak dapat menjangkakan bila ia akan berlaku. Menurutnya, berdasarkan maklumat terkini, ramalan mendapati kekuatan El Nino menurun sehingga lewat Mac ini saja. Selepas itu kita tidak tahu, mungkin ia seteruk 1997 atau lebih buruk lagi kerana senario kepanasan bumi yang semakin meningkat. Peristiwa semula jadi itu akan memberi kesan kepada kesihatan, pertanian, perhutanan, sumber air, pinggir laut dan ekosistem serta habitat, katanya. Menurutnya, kesedaran mengenai ancaman itu perlu disampaikan kepada masyarakat supaya mereka bersedia dan dapat bertindak berdasarkan keadaan tertentu. Masyarakat perlu diingatkan supaya berhatihati dan bersedia menerima kesan El Nino. Masalah komunikasi dan tindakan susulan perlu diatasi agar orang ramai sedar dan mampu bertindak jika berada dalam situasi tertentu, katanya. Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Murtadza Ahmad, pula berpendapat, doa adalah persediaan terbaik dalam menghadapi apa jua ujian Allah seperti bencana alam. Rasulullah sendiri membuktikan bahawa solat, doa dan dengan izin Allah, masalah kemarau dan banjir dapat diatasi, katanya. Menurutnya, maksud Surah al-Taghabun 64:11 iaitu Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu memberi kesimpulan nyata kepada umat Islam. Umat Islam perlu kembali mentaati agama dan menjauhi maksiat. Melakukan ibadat berterusan dan banyak berdoa kepada Allah dalam menghadapi ujian, katanya.

Bagi Penulis, Isu Pemanasan Global atau Global Warming perlu diambil berat bagi setiap manusia sejagat yang ada di dunia ini. kita perlu bendung fenomena ini dari berlaku pada kita ATAUPUN terhadap anak atau cucu cicit dan keturunan kita nanti. Bumi kita dah menderita akibat kekejaman kita dan sifat tamak kita terhadap bumi kita ini. Jadi..

PEMANASAN GLOBAL :Faktor Dan Langkah Mengawalnya


Oleh : Maulana Muhammad Ilyas Bin Temrin SMK (A) Agama Sibu Pengenalan:
Pada era globalisasi ini,pelbagai fenomena yang menggugat keselamatan dan cukup hasrat dibincangkan masyarakat seluruh dunia. Contohnya, seperti fenomena el-nino yang menyebabkan kemarau yang berpanjangan dengan suhu panas yang kete rlaluan. Hal ini secara globalnya di sebabkan oleh aktiviti manusia dan alam semula jadi. Oleh itu, faktor tidak berlakunya global ini haruslah diterokai bagi membendung pencemaran alam. Antara faktor berlakunya pencemaran global ini ialah aktiviti manusi a melalui perindustrian. Kandungan gas-gas yang terhasil daripada industri industri ini menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan menyebabkan ultraungu memancar terus ke bumi tanpa lapisan. Cahaya ultraungu ini yang menyebabkan suhu dunia lebih panas dari biasa.Aktiviti manusia melalui perindustrian ini akan mengeluarkan gas seperti karbon monoksiada, karbon dioksida, metana, nitrus dioksida akan menyerap sinaran cahaya matahari dan mengeluarkan sinaran tersebut semula. Proses tersebut menyebabkan suhu p urata atmosfera bumi meningkat. Jelaslah, aktiviti manusia melalui perindustrian mampu mengakibatkan suhu bumi meningkat. Selain itu, pengguanaan bahan kimia yang tidak terkawal mahupun bahan kimia yang tidak bersifat mesra alam juga merupakan ant ara faktor penyumbang kepada pemanasan global. Contohnya, penggunaan kloroflurokarbon dalam industri penyaman udara dan plastik. Pembebasan gas halon yang digunakan dalam industri alat pemadam api juga di antara contoh penggunaan bahan kimia yang berbahaya dan men yumbang kepada pemanasan global. Pembebasan ini juga telah menipiskan lapisan ozon yang berfungsi mgengawal kadar kemasukan pancaran ultra ungu. Apabila pancaran ultra ungu memancar dalam keadaan yang agak banyak, ia akan memberi kesan negatif kepada kesih atan manusia, merosakkan tumbuhan dan menyebabkan berlakunya pemanasan global. Oleh itu, penggunaan bahan kimia yang berbahaya dan tidak te rkawal dapat menyumbang kepada berlakunya fenomena pemanasan global. Justeru, langkah mengatasi haruslah diambil iaitu dengan melaksanakan program pencegahan yang berkesan terhadap penggunaan CFC di peringkat antarabangsa.Penggunaan bahan lain yang tidak membebaskan radikal klorin hendaklah digalakkan untuk menggantikan kl orofluro karbon (CFC), misalnya bahan CFC tiruan. Sebagai contoh,penggunaan racun serangga berasaskan H2O hendaklah digubal dan dilaksanakan dengan tegas agar semua pihak mematuhinya.Sekiranya sesebuah kilang itu terpaksa juga membebaskan CFC,pekilang hendaklah diwa jibkan memasang alan penapis yang berkesan agar radikal klorin tidak terbebas secara berlebihan di udara. Di samping itu, orang ramai juga harislah digalakkan supaya mengurangkan sebarang penggunaan barangan yang mengandungi gas CFC.Bahan-bahan plastik yang digunakan sebagai alat pembungkus makanan yang mengandungi CFC, seperti barangan kloroform yang dijadikan pembungkus makanan harus digantikan dengan alat pembungkus tradisional seperti daun dan kertas untuk makanan sepert i nasi lemak dan sebagainya. Bahan ini bykan sahaja mudah reput, tetap i juga tidak memcemarkan alam. Penjual ikan juga haruslah digalakkan untuk mengguna peti kayu dan bukannya peti plastik yang mengandungi bahan CFC. Tegasnya, seluruh masyarakat di dunia hendaklah meny edari akan seriusnya kesan akibat penipisan lapisan ozon dan masing-masing hendaklah menyumbang usaha untuk membanterasnya Penutup Intihannya semua pihak seharusnya bertindak cepat untuk mengatasi masalah ini sebelum keadaannya menjadi semakin serius. Usah a yang dijalankan tidak seharusnya hanya melibatkan generasi tua tetapi juga generasi muda kerana merekalah yang akan menentukan samaada

masalah ini akan menjadi lebih parah atau sebaliknya. Generasi muda di seluruh dunia mestilah disedarkan tebtang masalah ini dan mereka hemdaklah dididik sejak kecil lagi agar menghargai alam sekitar dan bumi kita.

ISU PEMANASAN GLOBAL APAKAH PUNCA DAN KESANNYA?


Posted on June 4, 2009 by SMKPS Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab 4 JUN (SMKPS) Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walau pun pada waktu malam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain. Kesilapan manusia terhadap alam sekitar menyebabkan banyak kesan negatif yang telah berlaku. Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Selain itu, berlakunya kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan. Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC). Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global. Mari kita mengenal bagaimana setiap proses ini berlaku sehingga menyebabkan berlakunya pemanasan global ini.

Jerebu boleh mengurangkan jarak penglihatan

1) JEREBU Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan kesihatan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.

Penipisan lapisan ozon membawa kebimbangan kepada dunia 2) PENIPISAN LAPISAN OZON Klorofluorokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis.Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti penyakit kanser kulit dan katarak mata.

Suhu bumi akan meningkat 3) KESAN RUMAH HIJAU

Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula b ahang dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih banyak haba dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metan ke atmosfera. a

Kawasan bandar menjadi panas berbanding sekitarnya. 4) PULAU HABA BAN AR Pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. Ia berlaku a pabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandarbandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Akibatnya kita boleh mendapa sakit t kepala.

Hujan asid merbahaya kepada kesihatan manusia. 5) HUJAN ASI i kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh tumbuhan, merosakkan binaan, mencemarkan air

dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas akibat kesan secara langsu hujan ng asid.

Kemarau menyebabkan tanah menjadi tandus dan gersang 6) KEMARAU Kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan tumbuh tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh -tumbuhan ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku. Apabila berlakunya faktor-faktor di atas secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya peningkatan suhu kepada bumi. Cuba lihat graf di bawah ini yang menunjukkan suhu bumi yang semakin meingkat dengan cepat dari tahun ke tahun.

Trend kenaikan suhu membimbangkan kita terhadap isu pemanasan global Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal lagi akibat berlakunya peningkatan suhu ini. Marilah kita sama-sama menginsafi diri kerana hanya bumi ini sajalah tempat tinggal kita. Tiada lagi planet lain yang boleh kita jadikan ganti selain bumi.. Hargailah pemberian Allah yang paling bermakna ini. Janganlah kita cemarinya lagi. Jangan sampai anak cucu kita menyalahkan kita disebabkan kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini. Mudah-mudahan selepas membaca artikel ini akan dapat menyedarkan kita betapa pentingnya bumi ini kepada manusia dan makhluk Allah yang lain.

-SMKPSFAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMANASAN GLOBAL

Apakah pemanasan global? Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir um at manusia di segenap penjuru dunia ini tentang isu pemansan global. Tetapi adakah kita tahu apa itu pemanasan global? Pemanasan global ialah keadaan dunia yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi dan mendadak berbanding dengan suhu normal. Menurut suatu kajian yang telah dilakukan, suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadar berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Jangan terkejut jika perubahan iklim yang biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun, tetapi kini perubahan iklim beruba h dalam tempoh 100 tahun sahaja, jaraknya hanya 2 generasi sahaja.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kita, manusia sendiri yang menyebabkan berlakunya pemanasan global. Penebangan hutan tanpa kawalan, merupakan salah satu factor yang me nyebabkan pemanasan global. Hutan ditebang untuk pelbagai tujuan dan kegunaan, seperti pertanian, serta pembangunan. Penebangan hutan tanpa kawalan bukan sahaja menyebabkan kemusnahan habitat haiwan liar, tetapi mencenderung berlakunya pemanasan global. Apabila seseorang itu mengatakan penebangan hutan tentu sekali gambaran pertama yang menerpa minda kita ialah pokok -pokok dihutan ditebang oleh pekerja- pekerja buruh. Oleh itu, penebangan hutan menyebabkan tumbuh -tumbuhan yang membantu menstabilkan suhu b umi berkurangan. Hal ini seterusnya meninggalkan kesan apabila kandungan gas karbon dioksida (CO 2) dalam atmosfera bumi meningkat serta kurangnya kelembapan yang dilepaskan oleh tumbuh -tumbuhan. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku. Tentu sekali kesan negatif itu membawa ke pemanasan global.

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, kita dapat menyaksikan betapa banyak kenderaan yang melalui jalan raya. Memang saya akui bahawa hal ini membuktikan bahawa negara itu semakin maju, tetapi cuba bandingkan keadaan udara pada tahun 50-an atau 60-an yang mempunyai kuantiti kenderaan yang kecil dengan sekarang yang kenderaannya seperti air sungai yang mengalir tidak henti -henti. Kita dapat konklusikan bahawa semakin meningkat jumlah kenderaan, semakin bertambah pelepasan asap kenderaan ke atmosfera. Pelepasan asap kenderaan membebaskan gas hidrokarbon, gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida ke atmosfera yang tinggi. Kesan pelepasan gas asap kenderaan ini lebih terasa di bandar jika dibandingkan dengan di kawasan luar bandar atau kampung. Hal ini menyumbang kepada berlakunya jerebu. Jerebu berlaku akibat daripada terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara. Fenomena ini boleh mengurangkan jarak penglihatan penglihatan manusia sekurang -kurangnya 2 meter. Pelepasan

asap kenderaan juga secara tidak langsung menyebabkan berlaku pulau haba bandar. Fenomena atmosfera ini berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar yang mempunyai jumlah kenderaan yang lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya. Hasil kedua-dua fenomena atmosfera ini ialah pemanasan global.

Suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah pelepasan asap dari kilang d an pembakaran terbuka semakin berlaku. Kilang yang dibangunkan semakin bertambah mengikut pembangunan dan kemajuan ekonomi sesebuah negara itu. Asap yang dilepas dari kilang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Gas -gas ini bertindak balas d engan wap air yang terkandung dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh-tumbuhan, merosakkan cat binaan dan kenderaan, mencemarkan air serta mengancam hidup an air. Kehidupan manusia terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid. Pembakaran terbuka kebanyakannya berlaku di kawasan pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasa industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Pembakaran terbuka juga akan mendorong berlakunya jerebu. Akhirnya, kejadian ini juga berakhir dengan pemanasan global.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan, rakyat perlulah berganding bahu menanggani masalah pemanasan global ini. Fenom ena negatif ini meninggalkan kesan kepada semua manusia di atas bumi ini, bahkan kesemua hidupan di bumi ini. Kesihatan juga akan terjamin. Jika tidak pun, fikirkanlah tentang generasi yang akan datang, adakah anda ingin memberi mereka keadaan alam sekitar yang sudah musnah? Adakah anda ingin mereka menunding jari ke arah anda dan menyatakan Generasi sebelum ini yang menyebabkan keadaan sebegini berlaku? Tentu, tidak. Oleh itu, janganlah membazir masa kerana kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh, kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. Jika semua rakyat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurh sama dituruni, insya - allah masala h ini dapat diatasi. (4, 117 patah perkataan)

Posts: 1 Join date: 17/06/2010

Subject: Bahan Buangan Pertanian Thu Jun 17, 2010 5:27 am Pengenalan/Latar belakang topik Bahan buangan pertanian merupakan sisa-sisa yang ditinggalkan selepas hasil pertanian diproses. Sebagai contoh, sekam daripada padi, hampas kacang soya, daun kelapa sawit, daun ubi kayu dan sebagainya.

Punca berlakunya pembuangan sisa pertanian

1. Pengusaha pertanian tidak diberi pengetahuan berkenaan manfaat pengurusan sisa-sisa

2. Pengusaha pertanian tidak mendapat bantuan pengurusan sisa 3. Sikap pengusaha pertanian yang telah biasa dengan pembuangan sisa-sisa pertanian

Kesan berlakunya pembuangan sisa pertanian Pencemaran udara


y

sisa pertanian menghasilkan gas-gas beracun seperti ammonia dan sulfur dioksida semasa pereputan berlaku

menyebabkan keracunan sekiranya terhidu atau termakan hasil pertanian yang ditanam di kawasan bergas racun

Mencemarkan laut dan sungai


y

jika bahan buangan dibuang ke dalam laut, gas beracun akan menjejaskan kehidupan akuatik dan ekosistem laut

gas beracun menyebabkan penjejasan kepada sumber makanan laut dan sumber protein kita

Menjejaskan kesihatan manusia


y

gas beracun yang dihasilkan mencemarkan udara dan meyebabkan penyakit bronkitis/kulit

sumber air yang dicemarkan kerana gas beracun dalam air juga cirit birit atau muntah

Manfaat jika sumber buangan diurus dengan baik!


y

bahan buangan boleh dijadikan baja atau kompos untuk pertanian sendiri --> mejimatkan kos sisa pertanian boleh dijadikan sumber makanan untuk haiwan ternakan

hampas kacang soya, daun kelapa sawit jika dicampur dengan fostat, boleh dijadikan makanan seimbang -----> menjimatkan kos

bahan pembuangan boleh menjadi sumber tenaga biogas, proses reputan boleh menghasilkan methana yang boleh dijadikan bahan api untuk menjaga tenaga elektrik

bahan buangan juga boleh dijadikan bahan komposit yang boleh digunakan untuk membina perabot. Sebagai contoh, batang-batang kelapa sawit atau getah boleh di proses menjadi bahan perabot.

Anda mungkin juga menyukai