Anda di halaman 1dari 8

3

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN 3
PENGENALAN 4
JALAN CERITA FILEM 4
PENGETAHUAN - MENGENAL PASTI MASALAH 5
KEFAHAMAN – MEMAHAMI MASALAH 6
APLIKASI – MENGENAL PASTI PENYELESAIAN ALTERNATIF
7
ANALISIS – MEMILIH PENYELESAIAN TERBAIK 8
SINTESIS – MENYENARAIKAN PROSEDUR PENYELESAIAN
MASALAH 8
PENILAIAN – MENILAI PENYELESAIAN 9
KESIMPULAN 10
4

PENGENALAN

Domain kognitif diasas dan diperkenalkan oleh Benjamin Bloom. Bloom telah
mengkategorikan domain kognitif kepada enam aras, iaitu aras pertama ialah
Pengetahuan, aras kedua Kefahaman, aras ketiga Aplikasi, aras keempat Analisis, aras
kelima Sintesis dan aras keenam Penilaian. Domain ini merupakan domain yang
mencakupi kegiatan mental (otak). Menurut Bloom, segala upaya yang melibatkan
aktiviti otak adalah termasuk domain kognitif. Domain kognitif berhubungan dengan
kemampuan berfikir, seperti menghafal, memahami, mengaplikasi, menganalisis dan
mensintesis.
Oleh itu, kami menggunakan kaedah domain kognitif ini bagi menyelesaikan
masalah di dalam filem Train to Busan.

JALAN CERITA FILEM

Pada awal cerita Train To Busan, terdapat seorang pemandu trak yang membawa
barang untuk memasuki ke daerah yang berlaku kebocoran. Tiba-tiba dia terlanggar
seekor rusa yang sedang melintas jalan tanpa diketahui olehnya sehingga menyebabkan
rusa itu mati dan berubah menjadi zombie.
Seok-Woo seorang pengurus kewangan di sebuah syarikat perusahaan dan
merupakan bapa kepada Su-an. Seok-Woo telah bercerai dengan isterinya, dan isterinya
meminta kepada Seok-Woo untuk membawa anaknya Su-an berjumpa dengannya di
Busan sempena hari jadi anaknya. Seok-Woo dan Su-an berangkat ke Busan dengan
menaiki KTX (kereta api cepat Korea) dari Seoul bersama para penumpang yang lain.
Ketika kereta api hendak bergerak terdapat seorang wanita yang mengalami kecederaan
teruk di kakinya telah masuk kedalam kereta api yang sama. Seorang petugas wanita di
gerabak tersebut terserempak dengan wanita yang cedera teruk itu lalu dia mencuba
untuk menolongnya tetapi wanita tersebut menyerangnya dengan pantas kerana wanita
tersebut telah pun dijangkiti virus zombie.
5

Keadaan daerah tersebut semakin huru-hara dan di dalam train juga ramai yang
telah dijangkiti virus zombie. Disebabkan oleh itu, kapten kereta api telah
mengumumkan bahawa kereta api tersebut akan berhenti di stesen Daejeon, dimana
mereka diberitahu bahawa tempat tersebut ada tentera-tentera yang bersiap sedia untuk
menolong mereka. Namun, setibanya di stesen Daejeon keadaan terlalu sunyi sepi dan
tiada orang sama sekali. Tiba-tiba mereka diserang zombie dari pelbagai arah. Lalu
mereka terus berlari bertempiaran ke gerabak kereta api semula dan terus menuju ke
Busan. Tempat yang terdapat kebocoran itu telah pun diberishkan.
Dalam perjalanan mereka ke Busan, mereka diserang oleh sejumlah zombie dan
Seok-Woo juga telah digigit oleh Yong-Suk yang telah menjadi zombie. Dan akhirnya
Seok-Woo juga berubah menjadi zombie. Seok-Woo telah mengajarkan kepada Sung
Kyung cara untuk menghentikan kereta api sekiranya mereka sudah tiba di tempat
selamat.

PENGETAHUAN - MENGENAL PASTI MASALAH

Komponen domain kognitif yang pertama adalah pengetahuan. Pengetahuan


adalah menjadi kemampuan seseorang untuk mengingat kembali (recall) atau
mengenali kembali tentang nama, istilah, idea, rumus-rumus dan lain-lain tanpa
mengharapkan kemampuan untuk menggunakannya. Pengetahuan atau ingatan adalah
proses berfikir yang paling rendah. Contohnya di dalam filem Train To Busan dapat
kita perhatikan terdapat konflik atau masalah yang dihadapi yang mana virus berbahaya
telah menjangkiti manusia.
Disebabkan virus tersebut, mana-mana manusia yang dijangkiti telah bertukar
menjadi ganas, tidak terkawal sehingga ingin menyerang yang lain atau istilah yang
lebih tepat bertukar menjadi “Zombie”. Sebagai contoh babak di dalam filem ini, ianya
bermula apabila seorang wanita yang telah dijangkiti menaiki tren tersebut. Dari situlah
bermulanya virus berbahaya tersebut merebak ke seluruh penumpang di dalam tren
hingga menyebabkan kekacauan yang berlaku.
6

Oleh itu, dengan menggunakan langkah pertama ini, kami dapat mengenal pasti
masalah atau konflik yang terdapat di dalam filem Train To Busan.

KEFAHAMAN – MEMAHAMI MASALAH

Komponen domain kognitif yang kedua adalah pemahaman. Pemahaman adalah


kemampuan seseorang untuk mengerti atau memahami sesuatu setelah sesuatu
diketahui dan diingati. Ini bermaksud mengetahui tentang sesuatu dan dapat melihatnya
dari berbagai segi. Seseorang itu dikatakan memahami sesuatu apabila dapat
memberikan penjelasan atau memberi huraian dengan lebih terperinci dan dapat
mengupasnya dengan menggunakan kata-katanya sendiri. Pemahaman merupakan
proses berfikir aras rendah tetapi lebih tinggi daripada aras pengetahuan. Contohnya,
apabila kami sudah mengenal pasti masalah yang terdapat di dalam filem ini, maka kami
perlu memahaminya.
Jadi setelah dikenal pasti, kami rangkumkan kepada dua kategori yang
menyebabkan berlakunya masalah tersebut. Kategori yang pertama ialah kelompok,
yang mana syarikat Biotech telah melakukan satu ujikaji untuk menghasilkan senjata
biologi. Tetapi disebabkan kecuaian daripada syarikat tersebut, ianya bertukar menjadi
malapetaka dan masalah kepada manusia. Selain itu, punca kepada masalah ini juga
adalah disebabkan oleh kerajaan yang memerintah. Contoh babak yang terdapat di
dalam filem ini ialah pihak kerajaan telah menyampaikan info atau berita yang tidak
sahih kepada masyarakat demi menjaga kepentingan sesetengah individu.
Kategori yang kedua pula ialah individu, yang mana terdapat seseorang yang
mempunyai pengaruh besar yang terlalu mementingkan dirinya sendiri tanpa
menghiraukan orang lain sehingga menyebabkan orang lain terbunuh. Contoh babak di
dalam filem ini, seorang “orang tua” berpengaruh yang berada di dalam tren tersebut
terlalu mementingkan diri sendiri sehingga yang mana pada awalnya banyak nyawa
boleh diselamatkan tetapi sebaliknya yang terjadi.
Oleh yang demikian, kami dapat mengenal pasti secara terperinci punca kepada
masalah yang berlaku dengan menggunakan langkah kedua ini.
7

APLIKASI – MENGENAL PASTI PENYELESAIAN


ALTERNATIF

Komponen domain kognitif yang ketiga pula adalah aras aplikasi. Aras aplikasi
adalah kebolehan seseorang untuk menerapkan atau menggunakan idea-idea umum,
tatacara atau metode, prinsip-prinsip, rumus, teori dan lain-lain dalam situasi baru.
Kebolehan menggunapakai konsep, prinsip dan sebagainya ke atas situasi yang lain bagi
penyelesaian masalah. Aras aplikasi tergolong dalam aras tinggi tetapi berada pada
tahap yang paling bawah dalam golongan ini.
Dalam filem Train To Busan ini terdapat 3 sudut bagi penyelesaian alternatif.
Penyelesaian pertama adalah dari sudut individu, Setiap individu mestilah menerapkan
kesedaran sifat yang tidak mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh, dalam filem yang
saya telah tonton ini terdapat seorang pak cik yang sangat pentingkan diri sendiri.
Disebabkan oleh itu, ramai penumpang lain yang telah dijangkiti virus zombie dan
berubah menjadi zombie.
Penyelesaian kedua adalah dari sudut penguatkuasa. Dalam menyampaikan
sesuatu berita mestilah benar dan tepat. Seperti contoh, pihak berkuasa telah
mengarahkan kapten yang memandu kereta api ke arah Busan bahawa mereka perlu
berhenti di stesen Daejeon kerana keadaan disitu selamat dan tiada zombie. Apabila tiba
sahaja di stesen Daejeon mereka mendapati keadaan disitu sunyi sepi dan tiada orang.
Mereka keluar dari kereta api, setibanya diatas mereka terlihat terlalu banyak zombie
disitu dan mereka kembali semula kedalam kereta api untuk teruskan perjalanan ke
stesen Busan.
Penyelesaian ketiga adalah dari sudut syarikat Biotech. Jika hendak melakukan
sesuatu kajian tentang senjata biologi, syarikat tersebut haruslah mengkaji risiko atau
kesan buruk sesuatu kajian itu. Contoh dalam filem ini tersebarnya virus zombie ini
adalah kerana berpunca daripada syarikat Biotech yang telah berlaku kebocoran di
kilangnya.
8

ANALISIS – MEMILIH PENYELESAIAN


TERBAIK

Aras analisis pula adalah komponen domain kognitif yang keempat. Aras
analisis adalah kebolehan seseorang merinci atau menghuraikan suatu hujah atau bahan
kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil dan mampu memahami hubungan antara
setiap bahagian.
Berdasarkan langkah 3, cadangan yang dipilih ialah syarikat. Hal ini dikatakan
demikian kerana, pada plot permulaan cerita ini bermula daripada Syarikat Biotech
yang mengalami masalah kebocoran. Ianya dapat dibuktikan daripada situasi dimana
seorang pemandu telah memasuki kawasan yang telah dijaga oleh beberapa orang
petugas. Seterusnya ialah terdapat satu perbualan telefon antara Seok Woo dan Kim
yang mengatakan bahawa mereka mendapati bahawa semuanya bermula daripada
Syarikat Biotech. Situasi yang menujukkan perkara tersebut, apabila Seok Wook ingin
menelefon bekas isterinya tetapi tidak dijawab dan kemudian Seok Woo menelefon
pembantunya Kim untuk bertanya keberadaanya. Kemudian pembantunya mengatakan
bahawa Busan merupakan tempat yang masih selamat dan bertahan dan secara tiba-tiba,
pembantunya Kim mengatakan pada Seok Woo bahawa permulaan jangkitan ini adalah
dari YT Biotech iaitu Syarikat mereka sendiri.

SINTESIS – MENYENARAIKAN PROSEDUR


PENYELESAIAN MASALAH

Kompenan domain kognitif yang kelima adalah aras sintesis. Aras sintesis ini
adalah kemampuan berfikir yang merupakan kebalikan dari proses berfikir secara
analisis. Proses sintesis ini merupakan prosedur menyenaraikan penyelesaian masalah
dengan kebolehan seseorang untuk mencantum dan menggabungkan idea menjadi satu,
9

serta mentafsir dan merumuskan apa yang dianalisis seperti merancang, merekacipta,
merangka dan mengkonsepsikan.
Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi pemasalahan yang
berlaku di dalam filem Train To Busan tersebut ialah pihak pengurusan perlu
memastikan setiap pekerja menghadiri kursus keselamatan untuk menambah ilmu
pengetahuan mereka. Di samping itu, para saintis haruslah melakukan kajian secara
tertutup di tempat yang telah disediakan supaya tidak tersebarnya virus. Lantaran itu,
mereka sepatutnya menapis bahan-bahan kimia yang keluar melalui udara dan air
dengan penapis yang di khusus. Secara jelasnya, pihak pengurusan perlu sentiasa
memantau segala aktiviti yang dijalankan oleh saintis untuk mencipta atau melakukan
sesuatu kajian.

PENILAIAN – MENILAI PENYELESAIAN

Aras penilaian merupakan komponen domain kognitif yang keenam. Aras


penilaian adalah kemampuan seseorang untuk membuat pertimbangan terhadap suatu
keadaan, nilai atau idea. Kebolehan menilai, membuktikan, mengesahkan, memberi
hujah atau komen seperti mengkritik, mengesan, menyokong dan menafsir. Apabila
dihadapkan dengan beberapa pilihan, seseorang itu mampu memilih satu pilihan yang
terbaik sesuai dengan hujah-hujah atau kriteria dan situasi yang ada.
Berdasarkan cadangan langkah-langkah yang diberikan, antara kesan yang akan
dihadapi ialah peningkatan kos yang ditanggung oleh pihak syarikat Biotech bagi
melakukan penambahan penapis bahan kimia. Namun, kesan baiknya pencemaran
udara dan air tidak berlaku. Selain itu, para saintis tidak membuat kesilapan sepanjang
kajian dilakukan dan kajian menjadi lebih teratur tanpa ada kesilapan. Akhir sekali,
kesannya tidak akan memudaratkan kesihatan manusia serta tiada makhluk yang
berubah menjadi zombie.
10

KESIMPULAN

Kesimpulan yang kami dapati disini ialah domain kognitif ini adalah satu

perkara yang penting kerana ianya dapat melatih kemahiran berfikir bagi menyelesaikan

sesuatu masalah dan secara tidak langsung dapat diaplikasikan oleh sesiapa sahaja

dengan berkesan. Domain kognitif ini juga merupakan satu cabang untuk

mempraktikkan cara kita berfikir secara heuristik bagi menghadapi berbagai rintangan

dan cabaran yang bakal ditempuhi pada masa akan datang.

Domain kognitif bukan sahaja dapat membantu cara kita berfikir, tetapi turut

juga meningkatkan keyakinan diri kita. Di samping itu juga, domain kognitif ini

membolehkan kami dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang terdapat di

dalam filem Train To Busan ini. Kami berasa amat berbangga dan beruntung kerana

mendapat peluang mempelajari kaedah domain kognitif ini. Ini kerana, pada masa

sekarang untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita hendaklah mempunyai aras

pemikiran yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai