Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PERLAKSANAAN PROGRAM CERAMAH PEMAKANAN SIHAT

DAN PENDIDIKAN AWAL REMAJA SEKOLAH KEBANGSAAN KUAK HULU

Pendahuluan

• Masalah obesiti di Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan pada semua
peringkat umur. Hasil Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2006
menunjukkan 29.1% lebih berat badan dan 14.0% obesiti di kalangan orang dewasa.
Lebih kurang 1 daripada 10 pelajar didapati mengalami masalah berat badan.

• Ianya berlaku disebabkan oleh amalan gaya hidup tidak sihat yang diamalkan oleh
masyarakat secara amnya termasuklah amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang
aktiviti fizikal.

• Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke aalam dewasa. Murid telah
mengalami perubahan fizikal, mental dan emosi.

Rasional

 Hasil daripada keputusan Ujian Standard Kecergasan Kebangsaan ( SEGAK) dan


program BMI mendapati ramai murid yang kurang cergas dan mengalami masalah
berlebihan berat badan dan obesiti.
 Program intervensi obesiti di kalangan pelajar sekolah perlu dijalankan kerana potensi
sekolah sebagai tempat pendidikan awal dan pengamalan tingkahlaku yang sihat.
 Remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak telah mengalami perubahan dari
segi fizikal dan emosi.

Objektif Umum

 Untuk mempromosikan gaya hidup sihat terutamanya pemakanan sihat dan aktiviti fizikal
dalam kalangan pelajar pra sekolah-tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kuak Hulu.
 Memberi pendedahan awal dan persediaan diri kepada murid dalam menempuhi alam
remaja.

Objektif Khusus

• Untuk mendedahkan tentang pemakanan yang sihat dan persediaan awal murid untuk
menghadapi alam remaja.

1
Kumpulan Sasaran

Program Pemakanan Sihat pra sekolah- tahun 6

Pendidikan Awal Remaja tahun 4, 5 dan 6

Pelaksanaan Program

Aktiviti Pemakanan Sihat dan Ceramah Awal Remaja

Bil. Nama Program Aktiviti Sasaran Tarikh


Perlaksanaan
1 Program Pemakanan Sihat Ceramah – Pemakanan Sihat 17 Januari 2023

Pegawai Sains Pemakanan 12.00-1.30 petang


Klinik Keshatan Pengkalan
Hulu

2 Program Pendidikan Awal Remaja Ceramah Awal Remaja 31 Januari 2023

12.00-1.30 petang

Cadangan Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah (RM)


1 Program Pemakanan Sihat RM 500.00
Makan dan minum murid ( Tahun 1-Tahun 6)
2 Program Ceramah Awal Remaja RM 200.00
Makan dan minum murid ( Tahun 4-Tahun 6)
Jumlah RM 700.00

2
JAWATANKUASA  PROGRAM
JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : En. Md Zamri Bin Md Isa (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Pn. Rosni Binti Zulkafri
Naib Pengerusi 1 : Pn Salbiah Binti Mohd Noor (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2 : En Fakrurazzy Bin Abu Yazid ( Penolong Kanan Ko)
Penyelaras Program : Pn. Elan a/p Kau
Setiausaha : Pn. Renugadevi a/p Karpiyah
Bendahari : Pn. Siti Normah Binti Ariffin
AJK : Pn. Jamilah Md Lazim
: Pn. Suhana Binti Keriya
: En. Mohd Syazwan Bin Mohd Radzi
: Pn. Najihah Binti Yacob
: Pn. Noor Hanita Binti Abdul Ghafar

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

…………………………….. …………………………….
(PN. ELAN A/P KAU) ( PN. ROSNI BINTI ZULKAFRI)
Setiausaha Kurikulum Penolong Kanan Pentadbiran
Sek. Keb. Kuak Hulu Sek. Keb. Kuak Hulu

Disahkan oleh,

……………...........................……....................

( EN. MD ZAMRI BIN MD ISA )


Guru Besar
Sek. Keb. Kuak Hulu

3
Lampiran 1

BORANG KEBENARAN IBU BAPA

4
Program Pengurusan Berat Badan SK Kuak Hulu

Saya………………………………………………. Kad Pengenalan………………………….

Ibu/bapa/penjaga kepada……………………………………………………………………….

Dengan ini memberi kebenaran untuk anak saya menyertai Program Pengurusan Berat Badan
yang dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu dan seterusnya mengikuti aktiviti-aktiviti
yang diadakan sepanjang 6 bulan program dijalankan.

Saya juga bersetuju bahawa pihak Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu tidak akan bertanggugjawab
atas apa-apa masalah yang berlaku dalam tempoh program ini dijalankan. Walaubagaimanapun,
pihak Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu akan memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar
terjamin semasa program ini dijalankan.

Yang Benar,

……………………….

Nama :

No Kad Pengenalan :

5
Lampiran 2

AKUJANJI PESERTA

Program Pengurusan Berat Badan SK Kuak Hulu

Saya…………………………………………………….

No kad pengenalan……………………………………..

Dengan ini berjanji akan memberi komitmen yang tinggi sebagai peserta Program Pengurusan
Berat dengan:

a) Mengikuti semua panduan pemakanan sihat yang diberi untuk mencapai berat badan
unggul
b) Melakukan dengan sedaya upaya aktiviti fizikal yang disarankan oleh anggota kesihatan
c) Melakukan semua tugasan yang diarahkan semasa mengikuti program ini

Yang Benar,

………………………..

Nama :

No Kad Pengenalan :

Anda mungkin juga menyukai