Anda di halaman 1dari 2

BIG IDEA : INTERAKSI ALAM: AKU YANG LAPAR

MATA PELAJARAN : PSV

STANDARD KANDUNGAN 3.1 Penghasilan Karya Kreatif


STANDARD PEMBELAJARAN 3.1.4 Menghasilkan karya atau produk dalam bidang membentuk
dan membuat binaan melalui:
(i) penentuan tema dan tajuk melalui sumber idea.
(ii) penentuan fungsi dan rekaan melalui sumber idea.
(iii) perkembangan idea reka bentuk dengan menekankan aspek
keselamatan dalam penghasilan.
(iv) penetapan jenis media dan Teknik yang sesuai berdasarkan
reka bentuk yang kukuh dan selamat.
(v) disiplin pengkaryaan dan nilai murni.
(vi) kemasan akhir.
STANDARD PRESTASI
TAHAP PENGUASAAN 6
Menzahirkan idea berpandukan kemahiran bahasa seni visual,
proses dan teknik dalam penghasilan karya arca timbul yang
kreatif dan unik mengikut disiplin yang betul dan boleh dicontohi
serta boleh membuat apresiasi terhadap hasil karya sendiri dan
rakan secara lisan dengan menghubungkaitkan sejarah seni atau
adi guru atau tokoh seni atau warisan seni negara di samping
mengamalkan nilai-nilai murni.
HASIL PEMBELAJARAN
Murid dapat menghasilkan diorama mengandungi arca stabail
yang bertemakan rantaian makanan dengan menggunakan
pelbagai jenis media dan teknik.

PENGETAHUAN 1. Pemilihan media, Teknik dan proses.


2. Bahasa Seni Visual
3. Pengetahuan sedia ada tentang rantaian makanan

KEMAHIRAN 1. Mencipta
2. Menyusun atur
3. Membuat kaitan

SOALAN PENCETUS IDEA


1. Apakah ciri-ciri rekaan arca stabail?
2. Apakah bahasa seni visual yang bersesuai dengan ?
3. Mengapakah penjgaan sistem di dalam tubuh manusia
penting?
4. Jelaskan cara-cara yang perlu diamalkan bagi memelihara
sistem di dalam tubuh kita?

TUGASAN MINGGU 1 Bahagikan kepada 4 kumpulan


Tugasan 1
Menyenaraikan ciri-ciri rekaan arca stabail.
Kumpulan
1) Bentuk
2) Rupa
3) Imbangan
4) Ritma dan Pergerakan

Jenis/ Alat Pentaksiran : Rubrik 1


TUGASAN MINGGU 2 Bahagikan kepada 4 kumpulan
Tugasan 2
Meneroka Media, Teknik dan Proses

Kumpulan
1) Bod Busa
2) Clay/Playdoh
3) Dawai
4) Batu Hiasan

Jenis/ Alat Pentaksiran : Rubrik 2

TUGASAN MINGGU 3 Tugasan 3


Penghasilan Arca
Jenis/ Alat Pentaksiran : Pemerhatian hasil kerja

TUGASAN MINGGU 4 Bahagikan kepada 4 kumpulan


Tugasan 4
Carta : Meneroka Unsur Seni dalam Proses Penghasilan Arca
Stabail

Setiap kumpulan membuat apresiasi berdasarkan Bahasa seni


visual, Teknik dan proses.

Jenis/ Alat Pentaksiran : Rubrik 3

Anda mungkin juga menyukai