Anda di halaman 1dari 45

Search … FOLLOW US:

HOME UMUM AQEEDAH FIQH ANTI SYIRIK VIDEO GALERI BUKU


HOME ANTI SYIRIK CELAAN TERHADAP BID’AH DAN AHLINYA FB ABU NUMAIR

Celaan Terhadap Bid’ah dan Ahlinya


KEDAI BUKU ONLINE
December 13, 2014 0 7169

Celaan Terhadap Bid’ah dan Ahlinya

Abu Numair

www.ilmusunnah.com

Setelah mengetahui serba ringkas tentang hakikat kesempurnaan

Islam dan sebahagian dari kesan buruk bid’ah, di sini

dikemukakan pula tentang peringatan, celaan dan bahaya bid’ah

serta para ahlinya.

Karektor dan Ciri-ciri Ahli Bid’ah

1, Mendahulukan akal dan pendapatnya.

Diriwayatkan bahawa ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu

berkata:
RADIO ONLINE

‫إياكم وأصحاب الرأي فإنهم أعداء السنن أعيتهم األحاديث أن‬


‫يحفظوها فقالوا بالرأى فضلوا وأضلوا‬
IKLAN TAFSIR AL-QUR’AN
“Hendaklah kamu berhati-hati terhadap Ash-hab Ar-Ra’yi

(golongan yang menggunakan akal dalam agama), kerana

mereka adalah musuh as-sunnah. Mereka jauh dan lemah

terhadap hadis-hadis (yakni tidak menguasainya) sehingga

mereka pun tidak menghafalnya (yakni tidak memahami dan

mengikutinya), lalu mereka pun berbicara dengan ra’yi


(pendapat atau akal) mereka semata-mata. Mereka itu sesat

dan menyesatkan.” (Syarh Usul I’tiqad Al-Laalika’i, no. 201)

Al-Imam Al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) berkata:

‫وإذا سمعت الرجل يطعن على اآلثار أو يرد اآلثار أو يريد غير‬
‫اآلثار فاتهمه على اإلسالم وال تشك أنه صاحب هوى مبتدع‬

“Jika engkau mendengar seseorang mencela atsar atau

menolak atsar atau menginginkan selain atsar, maka

jadikanlah dia seorang yang tertuduh (dicurigai) dalam Islam,

dan janganlah engkau ragu bahawa dia adalah pengikut

hawa nafsu dan mubtadi’.” (Syarhus Sunnah oleh Al-


Barbahari, no. 105 – Tahqiq Muhammad Sa’id Salim Al-
PRINSIP KAMI
Qahthani)

Al-Qur'an & As-Sunnah sebagai pegangan.

2, Memusuhi, Mencela dan Menggelarkan ahlus sunnah

(pembawa dan pembela hadis) dengan pelbagai gelaran yang Memahaminya di atas pemahaman Salafus

buruk. Soleh yang terdiri dari para Sahabat yang

diredhai, Tabi'in, dan Tabi'ut Tabi'in.

Al-Imam Abu Haatim Ar-Raazi rahimahullah (Wafat: 277H)

berkata: Melalui para ulama yang berdiri teguh di

atas jalan mereka.

‫وعالمة أهل البدع الوقيعة في أهل األثر وعالمة الزنادقة تسميتهم‬


‫أهل السنة حشوية يريدون إبطال اآلثاروعالمة الجهمية تسميتهم أهل‬ Memastikan agama ditegakkan di atas fakta

yang sahih dan ilmiyah.


‫السنة مشهبةوعالمة القدرية تسميتهم أهل األثر مجبرةوعالمة‬
‫المرجئية تسميتهم أهل السنة مخالفة ونقصانيةوعالمة الرافضة‬
‫تسميتهم أهل السنة ناصبةوال يلحق أهل السنة إال اسم واحد ويستحيل‬ ARTIKEL TERKINI
‫أن تجمعهم هذه األسماء‬
Hari Raya Bersama Pemerintah dan

“Tanda-tanda ahli-bid’ah adalah mencela Ahlul-Atsar (yakni


Jamaah Kaum Muslimin May 1, 2022

para ulama dari kalangan sahabat dan tabi’in, serta yang Bukan Ayat Big Bang! January 21, 2021

mengikuti mereka), tanda orang-orang zindiq adalah Tujuh Lapis Langit dan Bumi January 3,

menamakan ahlus sunnah (pembela hadis) sebagai 2021

hasyawiyah (orang bodoh atau hina), yang tujuan mereka Keadaan Gunung-ganang Ketika Tiba

menamakannya demikian adalah bagi menolak atsar-atsar Hari Kiamat December 16, 2020

(atau hadis-hadis yang dibawa oleh mereka). Tanda Al- Sunnah-sunnah Ketika Keluar

Melakukan Perjalanan dan Safar May 30,


Jahmiyyah, mereka menamakan ahlus sunnah sebagai
2019
musyabbihah (orang yang menyerupakan sifat-sifat Allah
Dibenci Menyusukan Bayi Kepada
dengan makhluk). Tanda Al-Qadariyah, mereka menamakan
Perempuan-perempuan Hamqaa’
ahlul atsar sebagai Mujabbirah (orang yang hanya
September 20, 2018
bergantung pada taqdir). Tanda Al-Murji’ah, mereka
Golongan Pondan Dalam Timbangan
menamakan ahlus sunnah sebagai mukhalifah
Syari’at August 12, 2018

(menyimpang) dan Nuqshaniyyah (mengurangi, yakni


Gemuk Sebab Banyak Makan, Salahkah

mengurangi iman). Tanda Ar-Rafidhah (Syi’ah), mereka


Dalam Islam? July 17, 2018

menamakan ahlus sunnah sebagai Naashibah (yang Waktu Yang Tepat Bagi Makmum Untuk

memusuhi ahlul bayt). Sedangkan ahlus sunnah itu tidaklah Turun Sujud Dalam Solat Jamaah June 5,
‫‪mempunyai‬‬ ‫‪nama‬‬ ‫‪kecuali‬‬ ‫‪satu‬‬ ‫‪nama‬‬ ‫‪(karektor),‬‬ ‫‪dan‬‬ ‫‪2018‬‬

‫‪mustahil setiap nama-nama (penisbatan gelaran) tersebut‬‬ ‫‪Makna Iyyaaka Na’budu wa Iyyaaka‬‬

‫‪Nasta’iin (Hanya kepada-Mu kami‬‬


‫‪bergabung dalam diri mereka.” (Syarh Ushul I’tiqad oleh Al-‬‬
‫‪mengabdi dan hanya kepada-Mu kami‬‬
‫)‪Laalikaa’i, 1/176‬‬
‫‪memohon pertolongan) June 1, 2018‬‬

‫‪Al-Imam‬‬ ‫‪Ash-Shabuni‬‬ ‫‪rahimahullah‬‬ ‫‪(Wafat:‬‬ ‫)‪449H‬‬ ‫‪turut‬‬

‫‪menyebutkan hal yang sama, beliau mengatakan:‬‬


‫‪FACEBOOK PAGE‬‬

‫وعالمات البدع على أهلها بادية ظاهرة ‪ ،‬وأظهر آياتهم وعالماتهم‬


‫شدُة معاداتهم لَح َم َلة أخبار النبي صلى هللا عليه وسلم واحتقارهم لهم‬
‫واستخفافهم بهم وتسميتهم إياهم َح َشوَّية وجهلة وظاهرية ومشِّبهة‬
‫اعتقادا منهم في أخبار رسول هللا صلى هللا عليه وسلم أنها بمعزل‬
‫عن العلم‪ ،‬وأن العلم ما يلقيه الشيطان إليهم من نتائج عقولهم الفاسدة‬
‫ووساوس صدورهم المظلمة وهواجس قلوبهم الخالية من الخير‬
‫وكلماتهم وحججهم الباطلة { ُأوَلِئَك اَّلِذيَن َلَعَنُه ُم ُهَّللا َفَأَص َّم ُهْم َو َأْع َم ى‬
‫َأْبَص اَر ُهْم } [ سورة محمد‪ ،‬اآلية ‪َ {،] 23 :‬و َم ْن ُيِهِن ُهَّللا َفَم ا َلُه ِم ْن‬
‫ُم ْك ِر ٍم ِإَّن َهَّللا َيْفَعُل َم ا َيَشاُء } [ سورة الحج ‪ ،‬اآلية ‪ ، ] 18 :‬قال أبو‬
‫عثمان ‪ :‬قلت ‪ :‬أنا رأيت أهل البدع في هذه األسماء التي لَّقبوا بها‬
‫أهل السنة‪ ،‬وال يلحقهم شيء منها فضال من هللا ومنة‪ ،‬سلكوا معهم‬
‫مسلك المشركين لعنهم هللا مع رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‪،‬فإنهم‬
‫اقتسموا القول فيه فسماه بعضهم ساحرا‪ ،‬وبعضهم كاهنا‪ ،‬وبعضهم‬
‫شاعرا‪ ،‬وبعضهم مجنونا ‪ ،‬وبعضهم مفتونا ‪ ،‬وبعضهم مفتريا مختلقا‬
‫كذابا‪ ،‬وكان النبي صلى هللا عليه وسلم من تلك المعائببعيدا بريئا ‪،‬‬
‫ولم يكن إال رسوال مصطفى نبيا‪ ،‬قال هللا عز وجل ‪ { :‬اْنُظْر َكْيَف‬
‫َض َر ُبوا َلَك اَأْلْم َثاَل َفَض ُّلوا َفاَل َيْس َتِط يُعوَن َسِبياًل } [ سورة الفرقان ‪،‬‬
‫اآلية ‪،] 9 :‬وكذلك المبتدعة – خذلهم هللا – اقتسموا القول في حملة‬
‫أخبار ونقلة آثاره ورواة أحاديثه المقتدين به المهتدين بسنته‬
‫المعروفين بأصحاب الحديث ‪ ،‬فسماهم بعضهم حشوية‪ ،‬وبعضهم‬
‫مشبهة ‪ ،‬وبعضهم نابتة ‪ ،‬وبعضهم ناصبة ‪ ،‬وبعضهم جبرية‬
‫وأصحاب الحديث عصامة من هذه المعايب بريئة زكية نقية‪ ،‬وليسوا‬
‫إال أهل السنة المِض َّية والسيرة المرضية والسبل السوية والحجج‬
‫البالغة القوية‪ ،‬فقد وفقهم هللا جل جالله التباع كتابه ووحيه وخطابه‬
‫واالقتداء برسوله صلى هللا عليه وسلم) ‪.‬‬
“Tanda-tanda ahli bid’ah adalah amat jelas dan tampak. Dan

antara tanda-tanda mereka yang paling tampak adalah

kerasnya permusuhan mereka terhadap pembawa hadis-

hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, meremehkan

mereka, dan menamakan mereka (pembawa dan pembela

hadis-hadis Nabi) sebagai Hasyawiyyah, orang jahil, dzahiri

(literalis dan tekstual), serta musyabbihah. Ini adalah kerana

i’tiqad mereka yang beranggapan bahawa hadis-hadis

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam terpisah dari ilmu.

Dan ilmu di sisi mereka adalah apa yang dibisikkan (atau

dicampakkan) oleh syaitan kepada mereka, apa yang keluar

dari akal-akal mereka yang fasad, was-was yang datang dari

dada-dada mereka yang gelap (sesat), gerak hati mereka

yang kosong dari kebaikan (dan asas kebenaran), serta kata-

kata dan hujah-hujah mereka yang bathil. (Allah berfirman,

yang maksudnya):

“Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan

ditulikan telinga-telinga mereka, serta dibutakan

penglihatannya oleh-Nya.” (Surah Muhammad, 47: 23)

“Dan sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka tiada seorang

pun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah

melaksanakan apa yang Dia kehendaki.” (Surah Al-Hajj, 22:

18)

Aku melihat pada nama-nama yang dinisbatkan oleh ahli

bid’ah kepada ahlus sunnah, tidak ada satu pun  dari nama-

nama tersebut yang haq (benar) disebabkan keutamaan dan

kurniaan dari Allah.  Dan adalah mereka ini adalah orang-

orang yang menempuh jalannya kaum musyrikin ketika

bersikap terhadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam,

semoga Allah melaknat mereka.


Mereka (kaum musyrikin) menuduh Rasulullah dengan

pelbagai gelaran; (seperti) tukang sihir, sebahagian mereka

menggelarkan Rasulullah sebagai kaahin (bomoh),

sebahagian yang lain menggelarkan tukang sya’ir,

sebahagian lagi mengatakan Rasulullah orang gila,

sebahagian yang lain menggelarkan beliau tukang fitnah,

orang yang mengada-ada serta pendusta. Adapun Nabi

Shallallahu ‘alaii wa Sallam hakikatnya sangatlah jauh dan

berlepas diri dari ‘aib-‘aib tersebut. Dan tidaklah beliau

melainkan seorang Rasul yang terpilih dan merupakan

seorang Nabi.

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

“Perhatikanlah bagaimana mereka membuat

perumpamaan-perumpaan tentang engkau, maka sesatlah

mereka, mereka tidak mampu mendapatkan jalan (untuk

menentang kerasulanmu).” (Surah Al-Furqan, 25: 9)

Demikianlah ahli bid’ah – semoga Allah menghinakan

mereka – mereka menuduh dengan pelbagai tuduhan

kepada para pembawa hadis-hadis Rasulullah, kepada para

penukil atsar-atsar beliau, para periwayat hadis-hadis

beliau, kepada orang-orang yang mengikutinya, kepada

orang-orang yang mengambil petunjuk dengan sunnah-

sunnah beliau, dan kepada orang-orang yang dikenal

sebagai ashhabul hadits (pendukung dan pembela hadis).

Sebahagian dari ahli bid’ah menggelar ahlus sunnah dengan

hasyawiyyah, musyabbihah, naabitah, naashibah, dan

Jabriyyah.

Namun ashhabul hadits terpelihara dari ‘aib-‘aib ini dalam

keadaan berlepas diri, bersih dan suci, dan tidaklah mereka

ini melainkan ahlus sunnah yang bercahaya, yang


menempuh jalan yang diredhai dan lurus, dan hujah-

hujahnya mendalam lagi teguh. Allah telah memberikan

taufiq kepada mereka untuk ittiba’ pada kitab-Nya dan

wahyu-Nya, mengikuti ucapan-Nya, dan meneladani Rasul-

Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” (Aqidatus Salaf wa

Ashhabil Hadiits oleh Ash-Shabuni)

3,

Mengikuti hawa nafsu.

Allah Ta’ala berfirman mensifati mereka:

‫َأَفَر َأْيَت َمِن اَّتَخ َذ ِإَلَه ُه َهَو اُه َو َأَض َّلُه ُهَّللا َعَلى ِع ْلٍم‬
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan

hawa nafsunya sebagai ilahnya (sembahannya) dan Allah

membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah Al-

Jaathiya, 45: 23)

Al-Hafiz Ibnu Katsir berkata:

‫ ومهما رآه قبيحا تركه‬،‫ فمهما رآه حسنا فعله‬،‫ إنما يأتمر بهواه‬:‫أي‬
:

‫وهذا قد يستدل به على المعتزلة في قولهم بالتحسين والتقبيح العقليين‬

“Yakni dia bertindak dengan hawa nafsunya. Apa yang

dianggap baik oleh hawa nafsunya maka dia lakukan, dan

apa yang dianggap buruk oleh hawa nafsunya maka dia

tinggalkan. Dan ini adalah corak pendalilan mu’tazilah dalam

menetapkan pendapatnya sama ada baik atau buruk

menurut akal.” (Tafsir Ibn Katsir, 7/268)

4, Berdalil dengan suatu yang samar (tidak jelas).

Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkhabarkan:

‫َفَأَّم ا اَّلِذيَن ِفي ُقُلوِبِهْم َز ْيٌغ َفَيَّتِبُعوَن َم ا َتَشاَبَه ِم ْنُه اْبِتَغاَء اْلِفْتَنِة َو اْبِتَغاَء‬
‫َتْأِو يِلِه‬

“Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada

kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat

yang mutasyaabihaat (ayat-ayat yang samar) untuk

menimbulkan fitnah dan mencari-cari ta’wilnya.” (Surah Ali

‘Imraan, 3: 7)

Dari tafsir ayat di Surah Ali ‘Imran, ayat 7; dari hadis ‘Aisyah

radhiyallahu ‘anha, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam

bersabda:
‫َفِإَذا َر َأْيِت اَّلِذيَن َيَّتِبُعوَن َم ا َتَشاَبَه ِم ْنُه َفُأوَلِئِك اَّلِذيَن َسَّم ى ُهَّللا‬
‫َفاْح َذُر وُهْم‬

“Jika engkau melihat orang-orang yang mengikuti

sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat; mereka itulah

yang disebut Allah (dalam ayat tadi; Surah Ali ‘Imran, 3: 7),

maka berhati-hatilah dari mereka.” (Shahih Al-Bukhari, no.

4273. Muslim, no. 2665)

5, Mempertentangkan Al-Qur’an dengan hadis.

Al-Imam Al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) berkata:

‫وإذا سمعت الرجل تأتيه باألثر فال يريده ويريد القرآن فال تشك أنه‬
‫رجل قد احتوى على الزندقة فقم من عنده ودعه‬

“Apabila engkau memperdengarkan sebuah atsar (hadis)

kepada seseorang lalu dia menolaknya dan hanya

menginginkan Al-Qur’an, maka tidak syak lagi bahawa dia

dihinggapi kezindiqan, maka berdirilah dari sisinya dan

segera beredar.” (Syarhus Sunnah, no. 114 – Tahqiq

Muhammad Sa’id Salim Al-Qahthan)

6, Mencela sahabat Nabi dan tidak berqudwah kepada mereka.

Al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H)

menegaskan:

“Ushul As-Sunnah (Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah) di sisi kami

adalah:

– ‫الَّتَم ُّسُك ِبَم ا َكاَن َعَلْيِه َأْص َح اُب َر ُسوِل ِهَّللا – َص َّلى ُهَّللا َعَلْيِه َو َسَّلَم‬
‫ َو ُكُّل ِبْد َعٍة َفِه َي َض اَل َلٌة‬، ‫ َو َتْر ُك اْلِبَد‬، ‫َو ااِل ْقِتَد اُء ِبِهْم‬
‫ِع‬
“Berpegang teguh dengan jalan hidup para sahabat

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, berqudwah

(mengambil contoh teladan) dengan mereka, dan

meninggalkan bid’ah. Dan setiap bid’ah itu adalah

kesesatan.”

Beliau turut menegaskan:

– ‫َو َمِن اْنَتَقَص َأَح ًدا ِم ْن َأْص َح اِب َر ُسوِل ِهَّللا – َص َّلى ُهَّللا َعَلْيِه َو َسَّلَم‬
‫َأْو َأْبَغَض ُه ِلَح َد ٍث َكاَن ِم ْنُه َأْو َذَكَر َم َساِو َئُه َكاَن ُم ْبَتِدًعا َح َّتى َيَتَر َّح َم‬
.‫ َو َيُكوَن َقْل ُبُه َلُهْم َس ِل يًم ا‬،‫َع َلْي ِهْم َج ِم يًعا‬

“Dan sesiapa yang mencela salah seorang saja dari para

sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, atau

membencinya kerana suatu kejadian (kesilapan) darinya,

atau menyebut-nyebut keburukannya, maka dia adalah

seorang mubtadi’ (ahli bid’ah). Sampailah dia mendoakan

rahmat ke atas mereka semuanya, dan hatinya pula turut

menerima mereka semua.” (Ushulus Sunnah oleh Imam

Ahmad. Syarh Usul I’tiqad oleh Al-Laalikaa’i, 1/156)

Baca huraian di, http://bit.ly/1yQyXJs

7, Terkenal dengan kepuakan dan perpecahan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

‫َتُكوُنوا َكاَّلِذيَن َتَفَّر ُقوا َو اْخ َتَلُفوا ِم ْن َبْعِد َم ا َج اَء ُهُم اْلَبِّيَناُت َو ُأوَلِئَك‬ ‫َو اَل‬
‫َعَذاٌب َعِظ يٌم‬ ‫َلُهْم‬

“Janganlah kamu seperti oran-orang yang berpecah-belah

dan berselisih setelah datang kepada mereka al-bayyinaat

(keterangan yang jelas). Dan bagi mereka itulah azab yang

besar.” (Surah Ali ‘Imraan, 3: 105)


Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

‫ِإَّن اَّلِذيَن َفَّر ُقوا ِديَنُهْم َو َكاُنوا ِش َيًعا َلْسَت ِم ْنُهْم ِفي َشْي ٍء ِإَّنَم ا َأْم ُر ُهْم‬
‫ِإَلى ِهَّللا ُثَّم ُيَنِّبُئُهْم ِبَم ا َكاُنوا َيْفَعُلوَن‬

“Sesungguhnya orang-orang yang memecah-belah

agamanya dan mereka terpecah menjadi beberapa

golongan, tidak ada sedikit pun tanggungjawabmu terhadap

mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah terserah

kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada

mereka apa yang telah mereka perbuat.” (Surah Al-An’aam,

6: 159)

Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H)

berkata:

‫َو ِلَه َذا َو َصَف اْلِفْر َقَة الَّناِج َيَة ِبَأَّنَه ا َأْه ُل الُّسَّنِة َو اْلَج َم اَعِة َو ُهْم اْلُجْم ُه وُر‬
‫َو َأَّم ا اْلِفَر ُق اْلَباِقَيُة َفِإَّنُهْم َأْه ُل الُّشُذوِذ َو الَّتَفُّر ِق‬. ‫اَأْلْك َبُر َو الَّسَو اُد اَأْلْع َظُم‬
‫َو اْلِبَد ِع َو اَأْلْه َو اِء َو اَل َتْبُلُغ اْلِفْر َقُة ِم ْن َهُؤ اَل ِء َقِر يًبا ِم ْن َم ْبَلِغ اْلِفْر َقِة‬
‫الَّناِج َيِة َفْض اًل َعْن َأْن َتُكوَن ِبَقْد ِر َها َبْل َقْد َتُكوُن اْلِفْر َقُة ِم ْنَه ا ِفي َغاَيِة‬
‫ُة ْل‬ ‫ْل‬ ‫ْل َّل‬
‫ َو ِش َعاُر َهِذِه ا ِفَر ِق ُم َفاَر َق ا ِك َتاِب َو الُّسَّنِة َو اِإْل ْج َم اِع‬. ‫ا ِق ِة‬
“Oleh itu, Al-Firqatun Naajiyah (kelompok yang selamat)

disebut sebagai Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Mereka adalah

jumhur al-akbar (kelompok terbesar semenjak era

Rasulullah hingga kini – pent.) dan as-sawaadul a’dzam.

Adapun kelompok yang lainnya maka mereka adalah

kelompok yang aneh (menyimpang), berpecah-belah,

bid’ah, dan pengikut hawa nafsu. Kelompok-kelompok

mereka ini jumlahnya tidak dapat menghampiri jumlah al-

firqatun naajiyah, tidak pula menyamai qadarnya. Bahkan

terkadang di antara firqah-firqah tersebut amat sedikit

jumlahnya, dan syi’ar kelompok-kelompok ini adalah


menyelisihi Al-Qur’an, As-Sunnah dan ijmaa’.” (Majmu’ Al-

Fatawa, 3/345-346)

8, Mudah mengkafirkan kaum muslimin.

Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H)

berkata:

‫والخوارج تكفر أهل الجماعة وكذلك أكثر المعتزلة يكفرون من‬


‫خالفهم وكذلك أكثر الرافضة ومن لم يكفر فسق وكذلك أكثر أهل‬
‫األهواء يبتدعون رأيا ويكفرون من خالفهم فيه وأهل السنة يتبعون‬
‫الحق من ربهم الذي جاء به الرسول وال يكفرون من خالفهم فيه بل‬
‫هم أعلم بالحق وأرحم بالخلق كما وصف هللا به المسلمين بقوله كنتم‬
‫خير أمة أخرجت للناس‬

“Al-Khawarij, karektor utama mereka adalah mengkafirkan

ahlul jama’ah (kaum muslimin). Demikian pula dengan

Mu’tazilah, mereka mengkafirkan siapa saja yang menyelisihi

mereka. Demikian pula dengan Ar-Rafidhah (syi’ah), siapa

yang tidak dikafirkan, maka akan dinilai fasiq oleh mereka.

Dan demikian pulalah dengan kebanyakan ahlul ahwa’

(pengikut hawa nafsu), ketika mereka mengadakan bid’ah

menurut pendapat (akal) mereka, siapa yang menyelisihi

mereka, (maka akan dikafirkan, difasiqkan, atau disesatkan).

Manakala ahlus sunnah, mereka mengikuti al-haq

(kebenaran) dari Rabb mereka yang dibawa oleh Rasulullah

Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan tidak mengkafirkan siapa

yang menyelisihi mereka, tetapi mereka lebih tahu tentang

al-haq (kebenaran), lebih punya sifat rahmah terhadap

makhluk sebagaimana yang disifatkan oleh Allah terhadap

kaum muslimin pada firman-Nya: “Kalian adalah sebaik-baik

ummah yang dikeluarkan kepada manusia.” (Minhajus

Sunnah An-Nabawiyah, 5/158 – Mu’asasah Al-Qurthubah)


Ini kerana syarat pengkafiran itu sangatlah ketat, demikian pula

setiap orang yang memiliki ciri-ciri ahli bid’ah juga tidaklah

langsung disebut sebagai ahli bid’ah. Ini kerana mungkin mereka

jahil, tidak sampai maklumat, ada syubhat yang belum tersingkap

padanya, belum sampai nasihat dan teguran untuknya, atau yang

seumpama.

Peringatan dan Celaan Terhadap Bid’ah serta Ahlinya

1, Bid’ah memiliki maksud mengubah dan menyelewengkan

ayat-ayat Allah serta agama-Nya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

‫َفَبَّدَل اَّلِذيَن َظَلُم وا َقْو اًل َغْيَر اَّلِذي ِقيَل َلُهْم َفَأنَز ْلَنا َعَلى اَّلِذيَن َظَلُم وا‬
‫ِر ْج ًز ا ِّم َن الَّسَم اِء ِبَم ا َكاُنوا َيْفُسُقوَن‬

“Lalu orang-orang yang zalim mengganti perintah dengan

(mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka.

Sebab itu Kami timpakan atas orang-orang yang zalim itu

dari langit, kerana mereka berbuat kefasiqan.” (Surah Al-

Baqarah, 2: 2:59)

Di ayat yang lain, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

‫َفَبَّدَل اَّلِذيَن َظَلُم وا ِم ْنُهْم َقْو اًل َغْيَر اَّلِذي ِقيَل َلُهْم َفَأْر َسْلَنا َعَلْيِهْم ِر ْج ًز ا‬
‫ِّم َن الَّسَم اِء ِبَم ا َكاُنوا َيْظ ِلُم وَن‬

“Maka orang-orang yang zalim di antara mereka itu

mengganti (perkataan itu) dengan perkataan yang tidak

dikatakan kepada mereka, maka Kami timpakan kepada

mereka azab dari langit disebabkan kezaliman mereka.”

(Surah Al-A’raaf, 7: 7:162)


2, Allah tidak memerintahkan mereka berbuat bid’ah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

‫َأْم َلُهْم ُشَر َكاُء َشَر ُعوا َلُهْم ِم َن الِّديِن َم ا َلْم َيْأَذْن ِبِه ُهَّللا‬
“Adakah mereka memiliki sembahan-sembahan selain Allah

yang mensyari’atkan untuk mereka agama yang tidak

diizinkan Allah?” (Surah Asy-Syuura, 42: 21)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

‫َو َر ْه َباِنَّيًة اْبَتَدُعوَها َم ا َكَتْبَناَها َعَلْيِهْم ِإاَّل اْبِتَغاَء ِر ْض َو اِن ِهَّللا َفَم ا‬
‫َر َعْو َها َح َّق ِر َعاَيِتَه ا َفآَتْيَنا‬
“Dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah (kerahiban)

padahal kami tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi

(mereka sendirilah yang mengada-adakannya) untuk

mencari keredhaan Allah, lalu mereka tidak memeliharanya

dengan pemeliharaan yang semestinya.” (Surah Al-Hadid,

57: 27)

Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H)

berkata:

‫ من‬،‫فمن ندب إلى شيء يتقرب به إلى هللا أو أوجبه بقوله أو بفعله‬
‫ ومن‬، ‫ فقد شرع من الدين ما لم يأذن به هللا‬، ‫غير أن يشرعه هللا‬
‫ شرع من الدين ما لم يأذن به هللا‬،‫اتبعه في ذلك فقد اتخذ شريكًا هلل‬

“Maka siapa yang memperuntukkan sesuatu (amalan) yang

dengannya dia bertaqarrub kepada Allah, atau

mewajibkannya sama ada dengan perkataan atau

perbuatan, selain dari apa yang disyari’atkan oleh Allah,

maka dia telah membuat syari’at (baru) dalam agama, dari

apa yang tidak diizinkan Allah. Siapa yang mengikuti pada

yang demikian, sesungguhnya dia telah menjadikan sekutu

bagi Allah dan membuat syari’at dalam agama dari apa-apa

yang tidak diizinkan oleh Allah.” (Iqtidha’ Ash-Shirathal

Mustaqim, m/s. 268)

3, Setiap bid’ah dalam agama adalah sesat.

Sebagaimana dalam sebuah hadis, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi

wa Sallam bersabda:

‫ َتَم َّسُكوا ِبَه ا َو َعُّضوا‬، ‫َفَعَلْيُكْم ِبُسَّنِتي َو ُسَّنِة اْلُخ َلَفاِء اْلَم ْه ِد ِّييَن الَّر اِشِديَن‬
‫ َو ُكَّل‬،‫ َفِإَّن ُكَّل ُم ْح َد َثٍة ِبْد َعٌة‬، ‫ َو ِإَّياُكْم َو ُم ْح َد َثاِت اُأْلُم وِر‬،‫َعَلْيَه ا ِبالَّنَو اِج ِذ‬
‫ِبْد َعٍة َض اَل َلٌة‬
“Hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan

sunnah Al-Khulafa’ Al-Mahdiyyin Ar-Rasyidin setelah

peninggalanku. Pegang dan gigitlah ia walau dengan

geraham kalian dengan sekuat-kuatnya, dan jauhilah hal-hal

(amalan-amalan agama) yang baru (yang diada-adakan),

kerana setiap amalan baru yang diada-adakan itu adalah

bid’ah, dan setiap bid’ah itu adalah sesat.” (Sunan Abu Daud,

no. 4607)

Dalam hadis yang lain, beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam

menegaskan:

‫ َو َشُّر‬،‫ َو َخْيُر اْلُه َد ى ُهَد ى ُمَحَّم ٍد‬،‫ َفِإَّن َخْيَر اْلَح ِديِث ِك َتاُب ِهللا‬،‫َأَّم ا َبْعُد‬
‫ َو ُكُّل ِبْد َعٍة َض اَل َلٌة‬،‫اُأْلُم وِر ُم ْح َد َثاُتَه ا‬

“Sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah (Al-Qur’an), dan

sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad

(Shallallahu ‘alaihi wa Sallam), dan seburuk-buruk perkara

(dalam agama) adalah apa yang diada-adakan lalu

disandarkan kepada agama (iaitu bid’ah), dan setiap bid’ah

itu adalah kesesatan.” (Shahih Muslim, no. 867)

Sahabat Nabi, ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata:

‫اتبعوا وال تبتدعوا فقد كفيتم كل ضاللة‬

“Ittiba’lah (ikutilah sunnah) dan jangan ibtida’ (berbuat

bid’ah), kerana sunnah itu telah mencukupi bagi kalian, dan

setiap bid’ah adalah kesesatan.” (Al-Bida’ oleh Ibn

Wadhdhah, no. 13. As-Sunnah lil Marwazi, no. 78)

Sahabat Nabi, Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata:

‫ُكُّل ِبْد َعٍة َض اَل َلُة َو ِإْن َر آَها الَّناس َحَسَنة‬


“Setiap bid’ah adalah sesat, walaupun manusia

menganggapnya hasanah (baik).” (Dzamm Al-Kalaam, no.

276. Syarh Ushul I’tiqad, no. 126)

4, Pembuat bid’ah mendapat laknat dari Allah dan menangung

dosa orang-orang yang mengikutinya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

‫ِلَيْح ِم ُلوْا َأْو َز اَر ُهْم َكاِم َلًة َيْو َم اْلِقَياَم ِة َو ِم ْن َأْو َز اِر اَّلِذيَن ُيِض ُّلوَنُه م ِبَغْيِر‬
‫ِع ْلٍم َأَال َساء َم ا َيِز ُر وَن‬

“(Ucapan mereka) menyebabkan mereka memikul dosa-

dosanya dengan sepenuh-penuhnya pada hari kiamat, dan

(mereka turut memikul) sebahagian dosa orang-orang yang

mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikitpun (bahawa

mereka disesatkan). Ingatlah, amat buruklah dosa yang

mereka pikul itu.” (Surah An-Nahl, 16: 25)

Dari hadis ‘Ali radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi

wasallam bersabda:

‫َفَم ْن َأْح َد َث َح َد ًثا َأْو آَو ى ُم ْح ِد ًثا َفَعَلْيِه َلْعَنُة ِهَّللا َو الَم َالِئَكِة َو الَّناِس‬
‫َأْج َم ِعيَن‬

“Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru (bid’ah) atau

melindungi pembuatnya, maka atasnya laknat Allah, para

malaikat-Nya, dan manusia seluruhnya.” (Hadis Riwayat

Ahmad, Al-Bukhari, dan Muslim)

Dari hadis Jariir bin ‘Abdillah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam

bersabda:
‫ ُكِتَب َلُه ِم ْثُل َأْج ِر َم ْن‬،‫ َفُعِم َل ِبَه ا َبْعَدُه‬،‫َم ْن َسَّن ِفي اِإْل ْس اَل ِم ُسَّنًة َحَسَنًة‬
‫ َو َم ْن َسَّن ِفي اِإْل ْس اَل ِم ُسَّنًة‬، ‫ َو اَل َيْنُقُص ِم ْن ُأُج وِر ِه ْم َشْي ٌء‬،‫َعِم َل ِبَه ا‬
‫ َو اَل َيْنُقُص‬،‫ ُكِتَب َعَلْيِه ِم ْثُل ِو ْز ِر َم ْن َعِم َل ِبَه ا‬،‫ َفُعِم َل ِبَه ا َبْعَدُه‬،‫َسِّيَئًة‬
‫ِم ْن َأْو َز اِر ِه ْم َشْي ٌء‬

“Sesiapa yang menghidupkan (atau mengajarkan) sunnah

yang baik dalam Islam, kemudian diikuti (dengan cara

diamalkan) oleh orang lain setelahnya, maka dicatat

untuknya pahala seperti orang yang mengamalkannya, tanpa

mengurangi pahala mereka sedikit pun.

Sesiapa yang menghidupkan sunnah yang sayyi’ah (buruk)

dalam Islam, kemudian diikuti oleh orang lain setelahnya,

maka dicatat baginya dosa sebagaimana dosa orang yang

melakukannya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun.”

(Shahih Muslim, no. 1017. Bab: Sesiapa yang menghidupkan

sunnah hasanah atau sunnah sayyi’ah, dan siapa yang

mengajak kepada petunjuk atau kesesatan)

5, Larangan bersahabat dengan ahli bid’ah.

Dari hadis Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam

bersabda:

‫الَّر ُج ُل َعَلى ِديِن َخ ِليِلِه َفْلَيْنُظْر َأَح ُدُكْم َم ْن ُيَخ اِلُل‬

“Seorang lelaki itu di atas agama teman dekatnya, maka

hendaklah setiap kalian perhatikan siapa teman dekatnya.”

(Sunan At-Tirmidzi, no. 2378)

Berkata Ibn Mas’oud radhiyallahu ‘anhu:

‫ َو اْلَفاِج ُر َيْتَبُع اْلَفاِج َر‬، ‫ اْلُم ْسِلُم َيْتَبُع اْلُم ْسِلَم‬، ‫اْع َتِبُر وا الَّناَس ِبَأْخ َد اِنِهْم‬
“Nilailah seseorang itu dengan siapa dia berkawan, kerana

seorang Muslim akan mengikuti Muslim yang lainnya,

manakala seorang fajir pula akan mengikuti orang fajir yang

lainnya.” (Al-Ibanah Al-Kubra oleh Ibn Baththah Al-‘Ukbari,

no. 502)

Al-Imam Fudhail bin ‘Iyaadh rahimahullah (Wafat: 187H) berkata:

‫أدركت خيار الناس كلهم أصحاب سنة وينهون عن أصحاب البدع‬

“Aku mendapati dari orang-orang terbaik (yakni para ulama

salaf), semua mereka adalah penjaga-penjaga sunnah dan

mereka melarang bersahabat dengan Ash-hab Al-Bid’ah

(ahli bid’ah dan para pendukungnya).” (Syarh Ushul I’tiqad,

no. 267)

Al-Imam Al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H) meriwayatkan

dalam Manaqib Asy-Syafi’i, bahawa bahawa Al-Imam Asy-Syafi’i

rahimahullah (Wafat: 204H) berkata:

،‫ َخاَلْفُتُه‬،‫ َفَتَر ا َكَه ا‬،‫ َو َم ْن َغَلَط‬،‫َم ْن َتِبْعُسَّنَة َر ُسْو ِل اﷲ؛ َو اَفْقُتُه‬


‫ َو‬، ‫ َو ِإْن َبُعَد‬،‫ الَّالِز ُم الَثاِبُت َعْن َر ُسْو ِل اﷲ‬،‫َص اِح ِبي اَّلِذ ْي ُأَفاِر ُقُه‬
‫اَّلِذ ْي ُأَفاِر ُق َلْم َيْقَبلْ ُسَّنَة َر ُسْو ِل اﷲ َو ِإْن َقُر َب‬

“Sesiapa yang mengikuti Sunnah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi

wa Sallam, maka aku akan bersepakat dengannya, manakala

orang yang keliru lagi meninggalkan Sunnah Rasulullah

Shalallahu ‘alaihi wa Sallam, maka aku akan menyelisihinya

dan tidak akan bersepakat dengannya. Adapun teman yang

tidak aku tinggalkan adalah orang yang sentiasa melazimi

lagi tetap tsabt (teguh) terhadap Rasulullah Shalallahu ‘alahi

wa Sallam walaupun dia berada jauh (daripadaku).

Manakala mereka yang aku pisahkan (yakni yang

ditinggalkan oleh Asy-Syafi’i – pent.) adalah mereka yang


tidak menerima Sunnah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa

Sallam, walaupun dia dekat (denganku).” (Manaqib Asy-

Syafi’i, 1/485)

Yahya bin Sa’id Al-Qaththan rahimahullah (Wafat: 198H)

menceritakan:

‫َلَّم ا‬
‫َقِد َم‬

،‫ َج َعَل َيْنُظُر ِإَلى َأْم ِر الَّر ِبيِع َيْعِني اْبَن ُصَبْيٍح‬:‫ُسْفَياُن الَّثْو ِر ُّي اْلَبْص َر َة‬
‫ َم ا َم ْذَهُبُه ِإاَّل الُّسَّنُة‬:‫ َأُّي َشْي ٍء َم ْذَهُبُه؟ َقاُلوا‬: ‫ َسَأَل‬، ‫َو َقْد َر ُه ِع ْنَد الَّناِس‬
. ‫ ُهَو َقَد ِر ٌّي‬: ‫ َأْه ُل اْل َقَد ِر َقاَل‬:‫ َم ْن ِبَط اَنُتُه؟ َقاُلوا‬: ‫َقاَل‬

“Ketika Sufyan Ats-Tsauri tiba di Bashrah, beliau melihat

keadaan Ar-Rabii’ bin Ash-Shabiih dan kedudukannya di sisi

manusia. Lalu dia bertanya, “Apakah mazhab beliau (mazhab


Ar-Rabii’)?” Jawab mereka, “Tidak lain mazhabnya adalah

As-Sunnah.”

Kata Sufyan, “Siapakah teman-temannya?” Kata mereka,

“Ahli Qadar (Qadariyah).” Lalu berkata Sufyan, “Jika demikian

maka DIA ADALAH QADARI.”.” (Al-Ibanah Al-Kubra oleh Ibn

Baththah Al-‘Ukbari, no. 421)

Kemudian di kitab yang sama, Ibnu Baththah rahimahullah

(Wafat: 387H) meriwayatkan:

‫ َو ُأَج اِلُس َأْه َل‬، ‫ َأَنا ُأَج اِلُس َأْه َل الُّسَّنِة‬: ‫ ِإَّن َر ُج اًل َيُقوُل‬:‫ِقيَل ِلَأْلْو َز اِع ِّي‬
. ‫ َه َذا َر ُج ٌل ُيِر يُد َأْن ُيَس اِو َي َبْيَن اْل َح ِّق َو اْل َباِط ِل‬: ‫ َفَقاَل اَأْلْو َز اِع ُّي‬، ‫اْل ِبَد‬
‫ِع‬
“Dikatakan kepada Al-Auzaa’i, sesungguhnya seorang lelaki

berkata, “Aku duduk dengan Ahlus Sunnah dan aku juga

duduk dengan Ahli Bid’ah.”

Maka kata Al-Imam Al-Auzaa’i, “Ini adalah lelaki yang

hendak menyamakan di antara Al-Haq dengan Al-Bathil.”

(Al-Ibanah Al-Kubra oleh Ibn Baththah Al-‘Ukbari, no. 430)

6, Tegahan belajar dengan ahli bid’ah.

‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata:

‫ فإذا أخذوه من‬،‫ال يزال الناس بخير ما أخذوا العلم عن أكابرهم‬


‫أصاغرهم وشرارهم هلكوا‬

“Umat manusia akan sentiasa dalam kebaikan selama

mereka mengambil ilmu dari tokoh-tokoh besar (ulama Ahli

Sunnah) dari kalangan mereka. Maka apabila mereka

mengambil dari orang-orang kecil (orang jahil) dan orang-

orang keji (Ahli Bid’ah) maka nescaya mereka akan binasa.”


(Jaami’ Bayaan Al-‘Ilmi wa Fadhlih, no. 575 – Tahqiq Fawwaz

Ahmad Zamarli)

Dari Ibn ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi

wa Sallam:

‫ِدْيُنَك ! ِدْيُنَك ! ِاَّنَم ا ُهَو َلْح ُم َك َو َد ُم َك َفاْنُظْر َعَّم ْن َتْاُخ ُذ ُخ ْذ َعِن اَّلِذْيَن‬
‫اْس َتَقاُمْو ا َو َال َتْاُخ ْذ َعِن اَّلِذْيَن َم اُلْو ا‬

“(Peliharalah) agamamu! (Peliharalah) agamamu! Ia adalah

darah dan dagingmu, maka perhatikanlah dari siapa kamu

mengambilnya. Ambillah dari orang-orang yang

beristiqamah (memelihara sunnah) dan jangan diambil dari

orang-orang yang menyeleweng (melencong dari sunnah

iaitu Ahli Bid’ah).” (Al-Kifayah fi ‘lmi Ar-Riwaayah oleh Al-

Khathib Al-Bahgdadi, m/s. 121)

Al-Imam Muhammad bin Sirin rahimahullah (Wafat: 110H)

berkata:

‫ َو ُيْنَظُر ِإَلى‬، ‫ َفُيْنَظُر ِإَلى َأْه ِل الُّسَّنِة َفُيْؤ َخ ُذ َح ِديُثُهْم‬، ‫َسُّم وا َلَنا ِر َج اَلُكْم‬
‫َأْه ِل اْلِبَد ِع َفاَل ُيْؤ َخ ُذ َح ِديُثُهْم‬

“Mereka (ahlus sunnah) sebelum itu tidak bertanya tentang

sanad, tetapi ketika terjadi fitnah, mereka pun berkata,

“Sebutkanlah kepada kami nama para perawimu.” Apabila

dilihat yang menyampaikannya adalah ahlus sunnah maka

hadisnya diterima, tetapi bila yang menyampaikannya

adalah ahli bid’ah maka hadisnya ditolak.” (Mukaddimah

Shahih Muslim, 1/15)

Beliau juga berkata:

‫ِإَّن َهَذا اْلِع ْلَم ِديٌن َفاْنُظُر وا َعَّم ْن َتْأُخ ُذوَن ِديَنُكْم‬
“Sesungguhnya ilmu ini adalah dien (petunjuk kehidupan),

oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu

mengambil ilmu agama.” (Mukaddimah Shahih Muslim, 1/33)

Al-Imam Ibn ‘Abdil Barr meriwayatkan perkataan Al-Imam Malik

rahimahumallaah:

‫ال تجوز شهادة أهل البدع وأهل األهواء‬

“Tidak diterima persaksian ahli bid’ah dan ahli ahwa’.”

Beliau turut meriwayatkan maksud ahli ahwa’ di sisi Imam Malik

dan mazhabnya:

‫ فكل متكلم‬،‫أهل األهواء عند مالك وسائر أصحابنا هم أهل الكالم‬


‫ وال تقبل‬،‫ أشعريا كان أو غير أشعري‬,‫فهو من أهل األهواء والبدع‬
‫ فإن تمادى‬،‫ ويهجر ويؤدب على بدعته‬،‫له شهادة في اإلسالم أبدا‬
.‫عليها استتيب منها‬

“Ahli ahwa’ di sisi Al-Imam Malik dan seluruh sahabat kami

(dalam mazhab Malik), mereka adalah ahli kalam, maka

siapa saja yang tergolong ahli kalam maka dia adalah ahli

ahwa’ dan bid’ah, sama ada dari kalangan Asy’ari atau selain

Asy’ari (yakni pengikut mazhab aqidah Asya’irah – pent.),

dan tidak diterima persaksian mereka di dalam Islam

selamanya, hendaklah mereka dihajr (yakni diboikot) dan

diberikan peringatan atas bid’ah mereka, jika masih tetap

dipertahankan maka hendaklah diminta bertaubat.” (Jaami’

Bayaan Al-‘Ilmi wa Fadlih, no. 918)

Beliau juga turut menyebutkan perkataan Imam Malik:

‫ والبدع والتنجيم‬،‫ال تجوز اإلجارات في شيء من كتب األهواء‬


‫ كتب أهل األهواء والبدع عند أصحابنا هي كتب‬:‫وذكر كتبا ثم قال‬
.‫ وتفسخ اإلجارة في ذلك‬،‫أصحاب الكالم من المعتزلة وغيرهم‬

“Tidak boleh engkau menyewakan (atau memperjual-

belikan) pada segala sesuatu dari kitab-kitab ahli ahwa’, ahli

bid’ah, ahli tanjim (tukang ramal berdasarkan perbintangan –

pent.), dan disebutkan kitab-kitabnya, kemudian beliau

berkata:

“Kitab-kitab ahli ahwa’ dan bid’ah di sisi mazhab kami

adalah kitab ashhab al-kalam (pengikut ahli kalam) dari

kalangan mu’tazilah dan selain mereka. Dan hendaklah

meninggalkan dari semua ini.” (Jaami’ Bayaan Al-‘Ilmi wa

Fadlih, no. 918)

7, Memberi peringatan tentang bahaya ahli bid’ah.

Al-Imam Fudhayl bin ‘Iyaadh rahimahullah (Wafat: 187H)

berkata:

‫ِإَّن َهللا َعَّز َو َج َّل َو َم اَل ِئَكَتُه َيْطُلُبوَن ِح َلَق الِّذ ْك ِر َفاْنُظُر َمَع َم ْن َيُكوُن‬
، ‫َم ْج ِلُسَك اَل َيُكوُن َمَع َص اِح ِب ِبْد َعٍة َفِإَّن َهللا َتَعاَلى اَل َيْنُظُر ِإَلْيِهْم‬
‫ َو َأْد َر ْك ُت‬. ‫َو َعاَل َم ُة الِّنَفاِق َأْن َيُقوَم الَّر ُج ُل َو َيْقُعَد َمَع َص اِح ِب ِبْد َعٍة‬
‫ِخ َياَر الَّناِس ُكُّلُهْم َأْص َح اُب ُسَّنٍة َو ُهْم َيْنَه ْو َن َعْن َأْص َح اِب اْلِبْد َعِة‬

“Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang bertugas

mencari majlis-majlis dzikir, maka lihatlah bersama siapa

majlis tersebut, janganlah bersama ahli bid’ah; kerana Allah

Ta’ala tidak melihat kepada mereka. Dan salah satu tanda

nifaq adalah seseorang bangun dan duduk bersama ahli

bid’ah. Aku mendapati sebaik-baik manusia (yakni generasi

tabi’in – pent.), mereka semuanya adalah ahlus Sunnah dan

mereka melarang (yakni memperingatkan) dari ahli bid’ah.”

(Hilyatul Auliyaa’ oleh Abu Nu’aim, 8/104)


Kata Al-Imam Ibn Abi Zamanain rahimahullah (Wafat: 399H):

‫ َو َيْنَه ْو َن َعْن‬، ‫َو َلْم َيَز ْل َأْه ُل َالُّسَّنِة َيِعيُبوَن َأْه َل َاَأْلْه َو اِء َاْلُمِض َّلِة‬
‫ َو اَل َيَر ْو َن َذِلَك ِغ يَبًة‬، ‫ُمَج اَلَسِتِهْم َو ُيَخ ِّو ُفوَن ِفْتَنَتُهْم َو ُيْخ ِبُر وَن ِبَخ اَل ِقِهْم‬
. ‫َلُهْم َو اَل َط ْع ًنا َع َلْي ِهْم‬

“Dan sentiasalah Ahlus Sunnah mencela (yakni menjelaskan

keburukan) ahlul ahwa’ (pengikut hawa nafsu, yakni ahli

bid’ah) yang menyesatkan serta melarang duduk bersama

mereka (yakni bersahabat dengan mereka) dan menakutkan

(kaum muslimin) dari fitnah mereka, dan memberi

peringatan tentang akibat (buruk) mereka, dan mereka

(yakni ahlus sunnah) tidak menganggap perkara tersebut

sebagai ghibah atau celaan (yg dilarang syara’) terhadap

mereka (ahli bid’ah).” (Ushul As-Sunnah oleh Ibn Abi

Zamanain, no. 293)

Al-Imam Abul ‘Abbaas Al-Qaraafii rahimahullah (Wafat: 684H)

menegaskan:

‫َأْر َباُب اْلِبَد ِع َو الَّتَص اِنيِف اْلُمِض َّلِة َيْنَبِغ ي َأْن ُيْش ِهَر الَّناُس َفَساَد َها‬
‫َو َعْيَبَه ا َو َأَّنُهْم َعَلى َغْيِر الَّص َو اِب ِلَيْح َذَر َها الَّناُس الُّض َعَفاُء َفاَل َيَقُعوا‬
‫ َو ُيَنَّفُر َعْن ِتْلَك اْلَم َفاِسِد َم ا َأْم َكَن ِبَشْر ِط َأْن اَل ُيَتَعَّدى ِفيَه ا الِّص ْدُق‬،‫ِفيَه ا‬
‫َو اَل ُيْفَتَر ى َعَلى َأْه ِلَه ا ِم ْن اْلُفُسوِق َو اْلَفَو اِح ِش َم ا َلْم َيْفَعُلوُه َبْل ُيْقَتَص ُر‬
‫َعَلى َم ا ِفيِهْم ِم ْن اْلُم َنِّفَر اِت َخاَّص ًة َفاَل ُيَقاُل َعَلى اْلُم ْبَتِد ِع إَّنُه َيْش َر ُب‬
‫ َو اَل َأَّنُه َيْز ِني َو اَل َغْيُر َذِلَك ِم َّم ا َلْيَس ِفيِه‬، ‫اْلَخ ْم َر‬

“Para tokoh ahli bid’ah dan penulis buku-buku menyesatkan,

maka sangat penting untuk menjelaskan kefasadan dan

bahayanya kepada manusia, bahawa mereka ini bukan di

atas kebenaran agar manusia yang lemah (yakni kalangan

awam) tidak terjatuh dalam kesesatan mereka, dan

hendaklah memperingatan manusia tentang kesesatan

mereka semampu mungkin, dengan syarat tidak sampai


melampaui batas kebenaran, dan tidak berdusta dengan

menisbatkan kekejian kepada mereka sedang mereka tidak

melakukannya. Tetapi sebaliknya hendaklah mencukupkan

diri dengan kesesatan yang telah sah sandarannya atas

mereka, maka tidak dikatakan kepada ahli bid’ah

sesungguhnya dia peminum khamr, atau tidak dikatakan dia

berzina atau dengan perkataan-perkataan yang

seumpamanya dari apa yang mereka tidak lakukan.” (Anwar

Al-Buruq fi Anwa’ul Furuq oleh Al-Qar’afi, 8/261)

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H)

berkata:

‫َو ِم ْثُل َأِئَّم ِة اْلِبَد ِع ِم ْن َأْه ِل اْلَم َقااَل ِت اْلُم َخ اِلَفِة ِلْلِك َتاِب َو الُّسَّنِة َأْو‬
‫اْلِع َباَداِت اْلُم َخ اِلَفِة ِلْلِك َتاِب َو الُّسَّنِة ؛ َفِإَّن َبَياَن َح اِلِهْم َو َتْح ِذيَر اُأْلَّم ِة‬
‫ الَّر ُج ُل‬: ‫ِم ْنُهْم َو اِج ٌب ِباِّتَفاِق اْلُم ْسِلِم يَن َح َّتى ِقيَل َأِلْح َم َد ْبِن َح ْنَبٍل‬
‫َيُص وُم َو ُيَص ِّلي َو َيْعَتِك ُف َأَح ُّب إَلْيك َأْو َيَتَكَّلُم ِفي َأْه ِل اْلِبَد ِع ؟‬
‫ إَذا َقاَم َو َص َّلى َو اْع َتَكَف َفِإَّنَم ا ُهَو ِلَنْفِسِه َو ِإَذا َتَكَّلَم ِفي َأْه ِل‬: ‫َفَقاَل‬
‫ َفَبَّيَن َأَّن َنْفَع َهَذا َعاٌّم‬. ‫اْلِبَد ِع َفِإَّنَم ا ُهَو ِلْلُم ْسِلِم يَن َهَذا َأْفَض ُل‬
‫ِلْلُم ْسِلِم يَن ِفي ِديِنِهْم ِم ْن ِج ْنِس اْلِج َه اِد‬

“Dan seperti tokoh-tokoh bid’ah dari para pembawa

pemikiran yang menyelisihi Al-Kitab dan As-Sunnah atau

ibadah-ibadah yang menyelisihi Al-Kitab dan As-Sunnah,

maka sesungguhnya menjelaskan keadaan mereka dan

memberi peringatan umat dari mereka adalah perkara yang

wajib berdasarkan kesepakatan kaum muslimin, bahkan

dikatakan kepada Ahmad bin Hanbal:

“Seseorang yang berpuasa, solat, dan beri’tikaf lebih engkau

sukai atau berbicara tentang ahli bid’ah?”

Beliau menjawab:
“Jika seseorang beribadah, solat dan beri’tikaf,

kemaslahatannya hanya untuk dirinya, dan jika dia berbicara

tentang ahli bid’ah maka kemaslahatannya untuk kaum

muslimin dan ini lebih afdhal.” Maka Beliau menjelaskan

bahawa manfaat hal ini lebih bersifat umum untuk kaum

muslimin dalam agama mereka yang merupakan sebahagian

dari jihad.” (Majmu’ Al-Fatawa, 28/231)

Beliau juga berkata:

‫َو َم ْن َكاَن ُم ْح ِس ًنا ِللَّظِّن ِبِهْم – َو اَّدَعى َأَّنُه َلْم َيْعِر ْف َح اَلُهْم – َعَر َف‬
‫َح اَلُهْم َفِإْن َلْم ُيَباِيْنُهْم َو ُيْظ ِه ْر َلُهْم اِإْل ْنَكاَر َو ِإاَّل ُأْلِح َق ِبِهْم َو ُجِعَل ِم ْنُهْم‬

“Dan sesiapa yang selalu berprasangka baik terhadap ahli

bid’ah – dan mengaku belum mengetahui keadaan mereka –

kenalkanlah ahli bid’ah tersebut padanya. Maka sekiranya

dia telah mengenalnya tetapi tidak menampakkan penolakan

terhadap mereka, gabungkanlah dia bersama-sama mereka

dan anggaplah dia dari kalangan mereka juga.” (Majmu’ Al-

Fatawa, 2/133)

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H):

‫كل من اطلع من حال شخص على شيء وخشى أن غيره يغتر‬


‫بجميل ظاهره فيقع في محذور ما فعليه أن يطلعه على ما يحذر من‬
‫ذلك قاصدا نصيحته‬

“Setiap orang yang mengetahui keadaan seseorang dan dia

bimbang orang lain tertipu dengan kebaikan zahir orang

tersebut sehingga mengakibatkan orang lain terjebak dalam

perkara yang dilarang, maka wajib atasnya supaya

memberitahu perkara sebenar yang perlu dijauhi tersebut

(kepada masyarakat) dengan maksud nasihat.” (Fathul Bari

oleh Ibn Hajar Al-‘Asqalani, 10/454)


8, Menghajr (memboikot) dan tidak bermajlis dengan ahli bid’ah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

‫َو َقْد َنَّز َل َعَلْيُكْم ِفي اْلِك َتاِب َأْن ِإَذا َسِم ْعُتْم آَياِت ِهَّللا ُيْك َفُر ِبَه ا َو ُيْس َتْه َز ُأ‬
‫ِبَه ا َفاَل َتْقُعُدوا َمَعُهْم َح َّتى َيُخ وُض وا ِفي َح ِديٍث َغْيِر ِه ِإَّنُكْم ِإًذا ِم ْثُلُهْم‬

“Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada

kamu di dalam Al-Qur’an bahawa apabila kamu mendengar

ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-

orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka,

sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana

sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah

kamu serupa dengan mereka.” (Surah An-Nisaa’, 4 : 140)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

‫َو ِإَذا َر َأْيَت اَّلِذيَن َيُخ وُضوَن ِفي َآَياِتَنا َفَأْع ِر ْض َعْنُهْم َح َّتى َيُخ وُض وا‬
‫ِفي َح ِديٍث َغْيِر ِه َو ِإَّم ا ُيْنِس َيَّنَك الَّشْيَطاُن َفاَل َتْقُعْد َبْعَد الِّذ ْك َر ى َمَع اْلَقْو ِم‬
‫الَّظاِلِم يَن‬

“Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-

olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka

sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang

lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan

larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama

orang-orang yang zalim itu setelah teringat (akan

larangan itu).” (Surah Al-An’aam, 6 : 68)

Al-Imam Al-Baghawi rahimahullah menyebutkan: Adh-Dhohhak

berkata, dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma:

“Termasuk pada ayat ini adalah setiap orang yang mengada-

adakan bid’ah dalam agama dan setiap mubtadi’, sampailah


hari kiamat.” (Ma’alim At-Tanzil oleh Al-Baghawi, 2/301)

Demikian juga yang disebutkan oleh Al-Qurthubi dalam

Tafsirnya.

Ibnu ‘Aun rahimahullah berkata:

‫ وأن هذه نزلت‬،‫كان محمد يرى أن أهل االهواء أسرع الناس ردة‬
‫ وإذا رأيت الذين يخوضون في آياتنا فأعرض عنهم حتى‬:‫فيهم‬
‫يخوضوا في حديث غيره‬

“Muhammad (bin Sirin) berpendapat bahawa ahlul ahwa’

adalah orang yang paling cepat riddahnya (keluar dari

Islam), dan bahawa ayat ini (Al-An’aam, 6 : 68 – pent.) turun

pada mereka:

“Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-

olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka

sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain…”

(Siyar A’lam An-Nubala, 4/610)

Dari tafsir ayat di Surah Ali ‘Imran, ayat 7; dari hadis ‘Aisyah

radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam

bersabda:

‫َفِإَذا َر َأْيِت اَّلِذيَن َيَّتِبُعوَن َم ا َتَشاَبَه ِم ْنُه َفُأوَلِئِك اَّلِذيَن َسَّم ى ُهَّللا‬
‫َفاْح َذُر وُهْم‬

“Jika engkau melihat orang-orang yang mengikuti

sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat; mereka itulah

yang disebut Allah (dalam  Surah Ali ‘Imran, 3: 7), maka

berhati-hatilah dari mereka.” (Shahih Al-Bukhari, no. 4273.

Muslim, no. 2665)


Kata Al-Imam Al-Baghawi rahimahullah (Wafat: 510H):

‫ َو ُعَلَم اُء الُّسَّنِة َعَلى َهَذا‬، ‫َو َقْد َم َض ِت الَّص َح اَبُة َو الَّتاِبُعوَن َو َأْتَباُعُهْم‬
. ‫ َو ُم َه اَجَر ِتِهْم‬، ‫ُم ْج ِم ِعيَن ُم َّتِفِقيَن َع َلى ُم َعاَد اِة َأْه ِل اْل ِبْد َع ِة‬

“Dan telah berlalulah Sunnah para Sahabat dan Tabi’in serta

para pengikut mereka, di mana para ulama Sunnah

bersepakat atas perkara ini, iaitu bersepakat untuk

memusuhi ahli bid’ah dan meng-hajr (memboikot) mereka.”

(Syarh As-Sunnah oleh Al-Baghawi, 1/227)

Imam Fudhayl bin ‘Iyaadh (Wafat: 187H) berkata:


‫ َو اَل َتْج ِلْس‬، ‫ َو اَل ُتَشاِو ْر ُه ِفي َأْم ِر َك‬، ‫َص اِح ُب ِبْد َعٍة اَل َتْأَم ْنُه َعَلى ِديِنَك‬
‫ َيْعِني ِفي َقْلِبِه‬.‫ َأْو َر َثُه ُهَّللا اْلَعَم ى‬،‫ َو َم ْن َج َلَس ِإَلى َص اِح ِب ِبْد َعٍة‬، ‫ِإَلْيِه‬

“Janganlah kamu beri kepercayaan kepada ahli bid’ah dalam

urusan agamamu, jangan kamu bermesyuarat dengannya

dalam urusanmu, dan jangan kamu duduk-duduk

dengannya. Siapa yang duduk dengan ahli Bid’ah, Allah akan

mewariskan baginya kebutaan. Yakni (kebutaan) di hatinya.”

(Syarh Ushul I’tiqad oleh Al-Laalikaa’i, no. 264)

Kata Al-Imam Fudhayl bin ‘Iyaadh:

‫ُأِح ُب َأْن َيُكوَن َبْيِني َو َبْيَن َص اِح ِب ِبْد َعٍة ِح ْص ٌن ِم ْن َح ِديٍد‬

“Aku amat suka jika antara aku dan ahli bid’ah terdapat

tembok dari besi.” (Hilyatul Awliyaa’ oleh Abu Nu’aim, 8/103.

Al-Ibanah Al-Kubra oleh Ibn Baththah, no. 470)

Kata beliau lagi (Al-Fudhayl bin ‘Iyaadh):

‫من جلس مع صاحب بدعة فاحذره ومن جلس مع صاحب البدعة لم‬
‫يعط الحكمة واحب أن يكون بيني وبين صاحب بدعة حصن من‬
‫حديد آكل عند اليهودي والنصراني أحب إلي من أن آكل عند‬
‫صاحب بدعة‬

“Siapa yang duduk dengan ahli bid’ah maka berhati-hatilah

darinya dan siapa yang duduk dengan ahli bid’ah tidak akan

diberi Al-Hikmah. Dan aku ingin jika antara aku dan ahli

bid’ah ada benteng dari besi yang kukuh. Dan aku makan di

samping Yahudi dan Nashrani lebih aku sukai berbanding

makan di sebelah ahli bid’ah.” (Syarh Ushul I’tiqad oleh Al-

Laalikaa’i, 4/638, no. 1149)

Kata beliau juga:


‫من عظم صاحب بدعة فقد أعان على هدم اإلسالم‬

“Sesiapa yang mengagungkan seorang ahli bid’ah, maka dia

telah membantu untuk menghancurkan Islam.” (Dzammul

Kalaam oleh Al-Harawi, m/s. 219. Syarhus Sunnah oleh Al-

Barbahari, 1/60)

Kata beliau juga:

‫ َو َأْخ َر َج ُنوَر اِإل ْسالِم ِم ْن َقْلِبِه‬،‫َم ْن َأَح َّب َص اِح َب ِبْد َعٍة َأْح َبَط ُهَّللا َعَم ُلُه‬

“Sesiapa yang mencintai ahli bid’ah, nescaya Allah akan

menghapuskan amalnya dan mengeluarkan cahaya Islam

dari hatinya.” (Hilyatul Awliyaa’ oleh Abu Nu’aim, 8/103.

Syarhus Sunnah oleh Al-Barbahari, no. 130. Al-Ibanah Al-

Kubra oleh Ibn Baththah, no. 440. Dzammul Kalaam wa

Ahlihi oleh Al-Harawi, no. 933)

Al-Fudhayl bin ‘Iyaadh rahimahullah (Wafat: 187H) juga

mengatakan:

‫ َفُخ ْذ ِفي َطِر يٍق آَخ َر‬، ‫ِإَذا َر َأْيَت ُم ْبَتِدًعا ِفي َطِر يٍق‬
“Apabila engkau melihat ahli bid’ah di suatu jalan, maka

ambillah jalan yang lain.” (Al-Ibanah Al-Kubra oleh Ibn

Baththah Al-‘Ukbari, no. 493)

Demikian pula kata Yahya bin Abi Katsir, no. 492.

Al-Imam Abul Jauza’ rahimahullah (Wafat: 83H) pernah berkata:

‫َأَلْن ُتَج اِوَر ِني اْلِقَر َد ُة َو اْلَخَناِز يُر ِفي َد اٍر َأَح ُّب ِإَلَّي ِم ْن َأْن ُيَج اِوَر ِني‬
‫ َو ِإَذا َلُقوُكْم َقاُلوا آَم َّنا‬: ‫ َو َقْد َد َخ ُلوا ِفي َهِذِه اآْل َيِة‬, ‫َر ُج ٌل ِم ْن َأْه ِل اَأْلْه َو اِء‬
‫َو ِإَذا َخ َلْو ا َعُّضوا َعَلْيُكُم اَأْل َناِم َل ِم َن اْلَغْيِظ ُقْل ُم وُتوا ِبَغْيِظ ُكْم ِإَّن َهَّللا‬
‫َعِليٌم ِبَذاِت الُّص ُدوِر‬
“Jika aku didampingi kera-kera dan babi-babi di dalam

sebuah rumah lebih aku sukai dari aku didampingi oleh

seorang lelaki dari kalangan ahlul ahwa’ (pengikut hawa

nafsu atau Ahli Bid’ah) kerana mereka telah termasuk dalam

ayat ini (maksudnya):

“dan jika mereka bertemu dengan kamu mereka berkata:

kami beriman, sedangkan apabila mereka bersendirian

mereka menggigit jari atas kamu kerana menahan

kebencian, katakanlah: matilah kamu dlm kebencian kamu

itu sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yg ada di

dalam dada-dada.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 119).” (Al-Ibanah Al-

Kubra oleh Ibn Baththah Al-‘Ukbari, no. 466)

Beliau juga berkata:

– ‫ألن يجاورني قردة وخنازير أحب إلّي من أن يجاورني أحد منهم‬


‫ أصحاب األهواء‬:‫يعني‬

“Sungguh, jika aku berjiran dengan monyet-monyet dan

babi-babi itu lebih aku sukai berbanding aku berjiran

dengan mereka (iaitu para pengekor hawa nafsu).” (Syar

Ushul I’tiqad, Al-Laalikaa’i, no. 231)

Al-Imam Al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) berkata:

‫وإذا رأيت الرجل يجلس مع أهل األهواء فاحذره واعرفه فإن جلس‬
‫معه بعدما علم فاتقه فإنه صاحب هوى‬

“Jika engkau melihat seseorang duduk bersama ahlul ahwaa’

(pengikut hawa nafsu), maka berikanlah peringatan padanya


dan jelaskanlah. Jika dia tetap duduk bersamanya setelah dia

mengetahui, maka jauhilah dia, kerana dia termasuk

pengikut hawa nafsu.” (Syarhus Sunnah oleh Al-Barbahari,

no. 113 – Tahqiq Muhammad Sa’id Salim Al-Qahthani)

Al-Imam Ibnu Khuwaiz Mindad rahimahullah (Wafat: 390H) yang

merupakan seorang Ulama dalam Mazhab Malik, beliau

menegaskan:

‫ِم َفُكُّل ُم َتَكِّلٍم‬ ‫َأْه ُل اَأْلْه َو اِء ِع ْنَد َم اِلٍك َو َساِئِر َأْص َح اِبَنا ُهْم َأْه ُل اْلَكاَل‬
‫َأْش َعِر ٍّي َو اَل‬ ‫َفُه َو ِم ْن َأْه ِل اَأْلْه َو اِء َو اْلِبَد ِع َأْش َعِر ًّيا َكاَن َأْو َغْيَر‬
‫ َفِإْن‬، ‫ِبْد َعِتِه‬ ‫ُتْقَبُل َلُه َشَه اَد ٌة ِفي اِإْل ْس اَل ِم َو ُيْهَجُر َو ُيَؤ َّدُب َعَلى‬
‫َتَم اَد ى َعَلْيَه ا اْس ُتِتيَب ِم ْنَه ا‬
“Ahli ahwa’ di sisi Al-Imam Malik dan seluruh sahabat kami

(dalam mazhab Malik), mereka adalah ahli kalam, maka

siapa saja yang tergolong ahli kalam maka dia adalah ahli

ahwa’ dan bid’ah, sama ada dari kalangan Asy’ari atau selain

Asy’ari (yakni pengikut mazhab aqidah Asya’irah – pent.),

dan tidak diterima persaksian mereka di dalam Islam

selamanya, hendaklah mereka dihajr (yakni diboikot) dan

diberikan peringatan atas bid’ah mereka, jika masih tetap

dipertahankan maka hendaklah diminta bertaubat.” (Jaami’

Bayaan Al-‘Ilmi wa Fadlih, no. 918)

9, Ahli bid’ah lebih bahaya dari Yahudi dan Nashara.

Abu ‘Ali bin Al-Husain Al-Balkhi rahimahullah berkata:

‫ َفَج اَء ُه َر ُسوُل اْلَخ ِليَفِة َيْس َأُلُه َعْن‬، ‫َد َخ ْلُت َعَلى َأْح َم َد اْبِن َح ْنَبٍل‬
‫ ُيْس َتَعاُن‬: ‫ اَل ُيْس َتَعاُن ِبِهْم َقاَل‬:‫َفَقاَل َأْح َم ُد‬. ‫ااِل ْسِتَعاَنِة ِبَأْه ِل اَأْلْه َو اِء‬
‫ إَّن الَّنَص اَر ى َو اْلَيُه وَد اَل‬: ‫ِباْلَيُه وِد َو الَّنَص اَر ى َو اَل ُيْس َتَعاُن ِبِهْم َقاَل‬
.‫ َو َأْص َح اُب اَأْلْه َو اِء َد اِع َيٌة‬، ‫َيْد ُعوَن إَلى َأْد َياِنِهْم‬
“Aku masuk menemui Ahmad bin Hanbal, lalu datang utusan

khalifah, beliau bertanya tentang mendapatkan pertolongan

dari ahli ahwa’ (ahli bid’ah). Lalu jawab Imam Ahmad bin

Hanbal:

“Tidak boleh minta pertolongan dengan mereka.” Dikatakan

lagi, “Boleh minta pertolongan dengan Yahudi dan Nashara,

tetapi tidak boleh minta pertolongan dengan ahli bid’ah.”

Imam Ahmad berkata lagi:

“Sesungguhnya Nashara dan Yahudi tidak menyeru kepada

ajaran mereka, tetapi ashhabul ahwa’ (ahli bid’ah) menyeru

kepada ajaran mereka.” (Al-Adabusy Syar’iyyah, 1/275. Fashl:

Pada Meminta Pertolongan dengan Ahli Ahwa’ dan Ahli Kitab

dalam Negara – Mu’asasah Ar-Risalah, Tahqiq Syu’aib Al-

Arnauth)

10, Membantah Ahli bid’ah dengan ilmu (As-Sunnah).

Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali menyebutkan, “Dikatakan kepada

Al-Imam Malik bin Anas rahimahullah (Wafat: 179H):

“Bolehkah seorang yang mempunyai ilmu tentang As-

Sunnah mendebat (atau berjidal) dengan ahli bid’ah?”

Jawab Imam Malik:

‫ وإّال سكت‬،‫ فإْن ُقِبَل منه‬، ‫ ولكن يخبر بالُّسَّنِة‬،‫ال‬

“Tidak! Tapi hendaklah dia mengkhabarkan (yakni

menjelaskan) As-Sunnah tersebut, seandainya diterima

itulah yang baik baginya, tetapi jika tidak diterima maka

(sebaiknya) dia diam saja (yakni jangan berdebat atau

berbantah-bantah – pent.).”  (Fadhlu ‘Ilmi As-Salaf ‘ala Al-


Khalaf, m/s. 4 – Maktabah Syamilah. Jaami’ Al-‘Uluum wa

Al-Hikam, m/s. 93)

Al-Imam Ibn Baththah Al-‘Ukbari rahimahullah (Wafat: 387H)

berkata:

‫ َو ُتوِقُفُه َعَلْيِه ِم َن اْلِك َتاِب َو الُّسَّنِة َو اآْل َثاِر‬، ‫َو ْلَيُكْن َم ا ُتْر ِش ُدُه ِبِه‬
‫ َو ُكُّل َذِلَك‬، ‫الَّصِح يَح ِة ِم ْن ُعَلَم اِء اُأْلَّم ِة ِم َن الَّص َح اَبِة َو الَّتاِبِعيَن‬
‫ َو ِإَّياَك َو الَّتَكُّلَف ِلَم ا اَل َتْعِر ُفُه‬، ‫ِباْلِح ْك َم ِة َو اْلَم ْو ِع َظِة اْلَحَسَنِة‬

“Hendaklah bekalmu untuk membimbing (kepada As-

Sunnah) dan menghentikan bid’ah bersumber dari Al-Qur’an

dan As-Sunnah serta atsar-atsar yang sahih yang datang

dari ulama ummat ini dari kalangan sahabat dan tabi’in, dan

jelaskan semua ini dengan hikmah dan mau’idzah

(penyampaian) yang hasanah. Dan hati-hatilah engkau dari

sikap takalluf (memaksa-maksa) dari apa-apa yang tidak

engkau ketahui.” (Al-Ibanah al-Kubra, 2/540)

Periwayatan Hadis dari Perawi Ahli Bid’ah

1, Sikap hati-hati para ulama hadis pada mengambil dan

meriwayatkan hadis-hadis Nabi.

Al-Imam Muslim rahimahullah (Wafat: 261H) berkata:

‫َو اْع َلْم َو َّفَقَك ُهللا َتَعاَلى َأَّن اْلَو اِج َب َعَلى ُكِّل َأَح ٍد َعَر َف الَّتْم ِييِز َبْيَن‬
‫ َأْن اَل‬، ‫ َو ِثَقاِت الَّناِقِليَن َلَه ا ِم َن اْلُم َّتَه ِم يَن‬،‫َص ِح يِح الِّر َو اَياِت َو َسِقيِم َه ا‬
‫ َو َأْن‬، ‫ َو الِّس َتاَر َة ِفي َناِقِليِه‬، ‫َيْر ِو َي ِم ْنَه ا ِإاَّل َم ا َعَر َف ِص َّح َة َم َخاِر ِج ِه‬
‫َأ ْل‬ ‫ْل‬ ‫َأ‬
‫َيَّتِقَي ِم ْنَه ا َم ا َكاَن ِم ْنَه ا َعْن ْه ِل الُّتَه ِم َو ا ُم َعاِنِديَن ِم ْن ْه ِل ا ِبَد ِع‬
“Dan ketahuilah, semoga Allah memberikan taufiq

kepadamu, bahawa adalah wajib bagi setiap orang untuk

mengenal perbezaan di antara riwayat yang sahih dengan


riwayat yang ada penyakit (tidak sahih), dan di antara perawi

tsiqah yang meriwayatkannya dari para perawi yang diragui

(atau dicurigai).

Bahawa tidak diriwayatkan dari mereka melainkan apa yang

dikenal sejahtera (sahih) jalan keluarnya, dan para perawi

yang benar-benar manpan pada periwayatan.

Serta berjaga-jaga dari para perawi yang padanya keraguan

(tertuduh, tidak manpan) dan yang mengada-adakan (yakni

menyimpang) dari kalangan ahli bid’ah.” (Mukaddimah

Shahih Muslim, 1/8)

2, Dua Kelompok Perawi Ahli Bid’ah.


i, Ahli bid’ah yang bid’ahnya menjadikannya keluar dari Islam.

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menyatakan:

‫قال العلماء من المحدثين والفقهاء وأصحاب األصول المبتدع الذي‬


‫يكفر ببدعته ال تقبل روايته باالتفاق‬

“Berkata para ulama dari kalangan ahli hadis, para fuqoha’

dan ashhabul ushul bahawa ahli bid’ah yang bid’ahnya

menjadikannya keluar dari Islam (yakni menjadikannya kafir),

maka riwayatnya tidak diterima dengan ittifaq (kesepakatan

ulama).” (Muqaddimah Syarah Shahih Muslim, 1/60)

ii, Ahli bid’ah yang bid’ahnya tidak menjadikannya keluar dari

Islam.

Al-Imam An-Nawawi menukilkan perkataan Ibn Hibban (Wafat:

354H) rahimahumallaah:

‫ففى الصحيحين وغيرهما من كتب أئمة الحديث االحتجاج بكثيرين‬


‫من المبتدعة غير الدعاة ولم يزل السلف والخلف على قبول الرواية‬
‫منهم واالحتجاج بها والسماع منهم واسماعهم من غير انكار منهم‬
‫وهللا اعلم‬

“Dalam dua kitab Shahih dan selain dari keduanya dalam

kitab-kitab para imam hadis selain keduanya, maka di

dalamnya terdapat riwayat-riwayat yang menjadi hujjah

yang berasal dari kalangan ahli bid’ah yang tidak menyeru

kepada bid’ahnya.

Dan kalangan salaf dan khalaf juga tidak menolak atas

diterimanya hadis dari mereka dan mereka juga berhujah

dengan hadis tersebut, medengar hadis dari mereka, dan


memperdengarkan hadis kepada mereka dari selain yang

mereka ingkari. Wallaahu a’lam.” (Syarh Shahih Muslim, 1/61)

Dari sini menunjukkan jika seorang perawi hadis yang ahli bid’ah

itu dapat dipastikan kejujurannya, dhabtnya atau baik hafalannya,

tsiqah (keboleh-percayaannya), dan bukan seorang pendusta

serta tidak pula menghalalkan kedustaan, maka riwayatnya

diterima.

Namun, perlu difahami bahawa penerimaan para ulama hadis

terhadap hadis-hadis yang diriwayatkan oleh mereka ini

bukanlah bermakna menunjukkan dukungan terhadap mereka.

Dikatakan bahawa, kejujuran mereka (yakni dalam periwayatan

hadis) adalah untuk kita, sedangkan bid’ah yang mereka bawa

tetap untuk mereka.

Jadi, yang diambil dari mereka adalah hadis-hadisnya sahaja.

Adapun pemikiran, kefahaman, dan kebid’ahan mereka, maka

ditinggalkan dan diperingatkan. Demikianlah ketelitian dan

kehati-hatian para ulama hadis dalam meriwayatkan sesuatu

hadis.

Al-Imam Ibn Hibban rahimahullah (Wafat: 354H) berkata:

‫ال يجوز االحتجاج بالداعية عند أئمتنا قاطبة ال خالف بينهم في ذلك‬

“Tidak boleh berhujah dengan hadis-hadis yang

diriwayatkan oleh ahli bid’ah yang menyeru kepada

bid’ahnya semuanya tanpa pengecualian di sisi para ulama

kami. Tidak ada perselisihan di antara mereka semua pada

yang demikian.” (Muqaddimah Syarh Shahih Muslim, 1/60-

61)
Berkata Abu Dawud As-Sijistaani rahimahullah (Wafat: 275H),

aku bertanya kepada Ahmad bin Hanbal rahimahullah:

‫ ِإَذاَلْم َيُكْن َد اِع ًيا‬: ‫ُيْك َتُب َعِن اْلَقَد ِر ِّي؟ َقاَل‬

“Adakah tetap ditulis (hadis-hadis Nabi yang diriwayatkan)

dari seorang Qadari?” Jawab Imam Ahmad: “(Ya), jika dia

tidak menyeru kepada bid’ahnya.” (Su-alaat Abi Dawud li

Imam Ahmad, no. 135. Syarh ‘Ilal At-Tirmidzi, 1/123)

Berkata Al-Marwazi:

‫كان أبو عبد هللا يحدث عن المرجئ إذا لم يكن داعيًا‬

“Bahawa Abu ‘Abdillah (Imam Ahmad) mengkhabarkan

(meriwayatkan) dari murji’ah apabila ia tidak menyeru

kepadanya.” (Syarh ‘Ilal At-Tirmidzi oleh Ibn Rajab, 1/123)

Berkata Al-Husain bin Manshur Abu ‘Ali As-Sulami An-Naisaburi:

‫ (( عن الناس كلهم إال عن ثالثة‬: ‫سئل أحمد عمن يكتبه حديثه ؟ فقال‬
‫ أو رجل يغلط في الحديث‬، ‫ أو كذاب‬، ‫ صاحب هوى يدعو إليه‬:
‫فيرد عليه فال يقبل‬

“Aku bertanya kepada Ahmad, dari siapa ditulis hadisnya?”

Maka jawab beliau, “Dari manusia seluruhnya kecuali tiga

orang; (Iaitu) pendukung hawa (yakni ahli bid’ah) yang

menyeru kepada bid’ahnya, pendusta, serta perawi yang

banyak salahnya dalam hadis, maka ditinggalkan dan tidak

diterima.” (Syarh ‘Ilal At-Tirmidzi oleh Ibn Rajab, 1/135)

Berkata Ibn Al-Mubarak rahimahullah (Wafat: 181H):


‫ وصاحب‬،‫ وكذاب‬،‫ غّالط ال يرجع‬: ‫يكتب الحديث إال عن أربعة‬
‫ ورجل ال يحفظ فيحدث من حفظه‬،‫هوى يدعو إلى بدعته‬

“Ditulis hadis-hadis melainkan dari empat orang; yang

banyak salah tidak kembali, pendusta, pendukung hawa

(yakni ahli bid’ah) yang menyeru kepada bid’ahnya, dan

perawi yang tidak hafaz lalu meriwayatkan dari hafazannya.”

(Syarh ‘Ilal At-Tirmidzi oleh Ibn Rajab, 1/123)

Al-Imam ‘Abdurrahman bin Mahdi rahimahullah (Wafat: 198H)

mengatakan:

،‫ وصاحب بدعة يدعو إلى بدعته‬،‫ المتهم بالكذب‬:‫ثالثة ال يؤخذ عنهم‬


‫والرجل الغالي عليه الوهم والغلط‬
“Tiga golongan yang tidak diambil (periwayatan hadis-hadis)

dari mereka; (iaitu) yang tertuduh sebagai pendusta, ahli

bid’ah yang menyeru kepada bid’ah-nya, dan perawi yang

banyak padanya wahm dan salah.” (Syarh ‘Ilal At-Tirmidzi

oleh Ibn Rajab, 1/135)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H)

mengatakan:

،‫وبه صرح الحافظ أبو إسحاق إبراهيم بن يعقوب الُج وَز جاني‬
‫ فقال في‬،”‫ في كتابه “معرفة الرجال‬،‫شيخ أبي داود والنسائي‬
‫ صادُق‬-‫أي عن السنة‬- ‫ ومنهم زائٌغ عن الحق‬:‫وْص ف الرواة‬
‫اللهجة؛ فليس فيه حيلٌة إال أن يؤخذ من حديثه ما ال يكون‬
‫ إذا لم ُيَقِّو به بدعته‬،‫منَكرًا‬

“Padanya ditegaskan oleh Abu Ishaq Ibrahim bin Ya’qub Al-

Juzajani, Syaikh (guru) kepada Abi Dawud dan An-Nasaa’i di

kitab beliau “Ma’rifatur Rijaal”, beliau berkata:

“Dan pada sifat para perawi hadis itu di antara mereka ada

yang menyimpang dari al-haq (kebenaran) -yakni dari as-

sunnah-  tetapi jujur ucapannya, maka tidak ada padanya

kecuali akan diambil hadisnya yang mana tidak munkar,

yakni apabila hadisnya tersebut tidak menguatkan

kebid’ahannya.” (Nuzhatun Nadzar fii Taudhih Nukhbatil Fikar

fi Musthalah, m/s. 128)

Kata Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H):

‫َو َكَذِلَك َلَّم ا َكُثَر اْلَقَدُر ِفي َأْه ِل اْلَبْص َر ِة َفَلْو ُتِر َك ِر َو اَيُة اْلَح ِديِث‬
. ‫َع ْن ُهْم اَل َنْد ُر ُس اْل ِع ْل َم َو الُّسَنَن َو اآْل َثاَر اْل َم ْح ُفوَظَة ِفيِهْم‬

“Demikian pula ketika kelompok Qadariyah sangat kuat di

tengah-tengah penduduk Bashrah, jika mereka menolak


meriwayatkan hadis dari kelompok ini, maka akan hilanglah

ilmu, sunnah-sunnah, dan atsar-atsar yang terpelihara yang

ada pada kelompok tersebut.” (Majmu’ Al-Fatawa, 28/212)

Wallaahu a’lam.

RECOMMEND TO FRIENDS

ahli ahwa' ahli bid'ah bid'ah bidaah celaan hajr mubtadi'

salaf tahdzir

Recent Articles

Hari Raya Bersama

Pemerintah dan

May 1, 2022 0

Bukan Ayat Big Bang!

January 21, 2021 0


Tujuh Lapis Langit dan

Bumi

January 3, 2021 0

Keadaan Gunung-

ganang Ketika Tiba

December 16, 2020

Artikel paling popular Artikel Terkini

Ajal Maut Tidak Hari Raya Bersama

Ditunda, Tidak Pemerintah dan Jamaah

37353 0 Kaum Muslimin May 1,

2022

Matahari Bukan Ayat Big Bang!

Mengelilingi Bumi
January 21, 2021

25008 0 Tujuh Lapis Langit dan

Bumi January 3, 2021

Majlis Keadaan Gunung-

Perkahwinan Yang
ganang Ketika Tiba Hari

24985 0 Kiamat December 16,

2020

Home ABOUT CONTACT ARCHIVES SITEMAP © 2015. All Rights Reserved.

Anda mungkin juga menyukai