Anda di halaman 1dari 19

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ALIRAN

ASYAIRAH MATURIDIAH TERAS ISLAM DI


NUSANTARA : PENGALAMAN DI NEGERI JOHOR
DARUL TA’ZIM

OLEH :
DATO’ (DR) HAJI NOOH BIN GADOT
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat
Persekutuan
Pendahuluan

Islam = Akidah, Syariah dan Akhlak

Akidah bukan sekadar suatu ikatan kepercayaan dan keyakinan terhadap pencipta tetapi keyakinan
ini terserlah dalam ibadah, diterjemahkan dalam syariah, amalan seharian dan akhlak budi pekerti.
Akidah yang diucap dalam lafaz “Tiada Tuhan Melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah”
memberi kesan yang sangat besar kepada keyakinan, penghayatan dan pelaksanaan.
1. DEFINISI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ALIRAN ASYAIRAH
MATURIDIYAH
PENGERTIAN SECARA BAHASA
- Ahli : Keluarga, golongan atau pengikut.
- Al-Sunnah
a. Secara bahasa: Jalan yang dilalui dan cara hidup
b. Secara syar’i: Segala sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada
daripada segi perbuatan, percakapan dan pengakuan serta diamnya Nabi SAW.
- Al-Jamaah
Golongan terbesar (al-sawad al-a’zham/al-jumhur al-kabir) dari umat Islam seluruh
dunia yang mengikuti sistem pemahaman Islam baik dalam tauhid, fiqh dan akhlak.
Mereka menggunakan dalil al-Naqli (al-Quran dan al-Hadis) sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh Sunnah Rasulullah dan tidak meninggalkan dalil al-Aqli (Ijma’ dan qias)
pada zaman Khulafa Rasyidin, para tabiin, tabi’ al-tabiin, salafussoleh (300 tahun pertama
selepas hijrah) dan khalaf (selepas 300 hijrah) juga para ulama yang mujtahid dan mu’tabar
hingga sekarang.
INFO
DEFINISI SALAF DEFINISI KHALAF
Salaf ialah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah atau Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang hidup
generasi terawal dalam Islam. Mereka yang tergolong selepas berakhirnya generasi salaf dan juga para
dalam pengertian ini ialah generasi sahabat, tabiin ulama yang mujtahid dan mu’tabar hingga sekarang.
dan tabi’ al-tabiin (300 tahun pertama selepas hijrah).

Ahli Sunnah Wal-Jamaah secara istilah:


Golongan majoriti yang mengikut sunnah (segala sesuatu yang disandarkan kepada
Rasulullah SAW sama ada daripada segi perbuatan, percakapan dan pengakuan serta
diamnya Nabi SAW) dan berpegang teguh dengannya dalam semua perkara (akidah,
Syariah dan akhlak) yang Rasulullah SAW berada di atasnya, juga sunnah para sahabat
baginda dan salafussoleh dan mereka yang mengikuti jejak mereka sehingga hari kiamat.
TAHUN LAHIR IMAM MAZHAB DAN IMAM HADIS YANG
MU’TABAR (Ulama Salafussoleh)
IMAM MAZHAB LAHIR IMAM HADIS LAHIR
IMAM HANAFI 80H IMAM BUKHARI 196H
IMAM MALIK 93H IMAM MUSLIM 202H
IMAM SYAFIE 150H IMAM ABU DAUD 202H
IMAM AHMAD IBNU 164H IMAM ATTIRMIZI 209H
HANBAL
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan kepada kita oleh Imam Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam
Ibn Majah, Imam Ahmad dan Imam al-Darimi daripada Saidina al-Irbadh bin Sariyah R.A.:

ِ ‫ب‬
“…‫عدي‬ ‫ن‬‫م‬ِ ‫اش ِدين‬
ِ ‫الر‬ ِ ‫”… علي ُكم بِسنَّيت وسن َِّة اخللف‬
‫ـاء‬
َ َ َّ ُ َُ ُ َ
Terjemahan Hadis: “… Ikutilah Sunnahku dan Sunnah Khulafa Rasyidin setelahku…”
Sejarah Ahli Sunnah Wal Jamaah
PENGASAS DAN PENYUSUN AKIDAH AHLI SUNNAH
WAL JAMAAH ASYAIRAH DAN MATURIDIAH
a. Imam Abu al-Hasan Al-Asy’ari b. Imam Abu Mansur al-Maturidi.

 Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud Al-Maturidi


 Abu al-Hasan Ali bin Ismail bin Abi Bisyr Ishaq bin al-Hanafi
Salim bin Ismail bin Abdullah bin Musa bin Bilal  Lahir 238 Hijrah dan Wafat tahun 333 Hijrah
bin Abi Burdah Amir bin Abi Musa Abdullah bin  Kitab-kitab karya
Qais al-Asy`ari. a. Kitab Al Tawhid
b. Kitab Radd Awa'il al-Adilla,
 (Lahir - 260H, Wafat - 324H) c. Radd al-Tahdzib fi al-Jadal,
d. Kitab Bayan Awham al-Mu'tazilah Kitab Ta'wilat al-Qur'an.
 Kitab-kitab karya e. Kitab al-Maqalat
f. Ma'akhidz al-Shara'i` dalam Usul al-Fiqh
a. Al-Ibanah 'An Usul al-Diyanah. g. Al-Jadal fi Usul al-Fiqh
h. Radd al-Usul al-Khamsah
b. Al-Luma' Fi al-Radd 'Ala Ahli al-Zaigh Wa al- i. Radd al-Imamah
Bida' j. Al-Radd `Ala Usul al-Qaramitah
k. Radd Wa`id al-Fussaq
c. Risalah Ila Ahli al-Thighar
d. Maqalat al-Islamiyyin Wa Ikhtikaf al-Mushallin
Manhaj Imam Abu Hasan al-Asy`ari Dalam Berakidah
Daripada beberapa kitab karya beliau seperti Maqalat Islamiyyin, al-Ibanah dan Risalah Ila
Ahli Thaghyir, dapat disimpulkan beberapa perkara pokok dalam akidah iaitu seperti berikut :
a. Akal
b. Ilmu Kalam
c. Hadis Sahih
d. Ayat-Ayat Mutasyabihat

Kisah keluarnya Imam al-Asy`ari dari Mu`tazilah


Pertama: Perdebatan beliau dengan al-Jubba’i.
Kedua: Bermimpi bertemu Nabi SAW.
MANHAJ/METODOLOGI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ASYAIRAH DAN
MATURIDIAH DALAM MEMUTUSKAN SESUATU MASALAH
PERTAMA KEDUA KETIGA KEEMPAT
Kita Melihat Apakah Perbuatan Jika Ada - Apakah Ada Sekiranya Tiada Perintah Atau Sekiranya Tiada
Tersebut Ada Perintahnya Larangan Terhadap Perbuatan Larangan Di Dalam Al-quran Kemaslahatan, Adakah Ianya
Dalam Al-quran Atau Al- Tersebut? Atau Al-sunnah, Adakah Membawa Kemudaratan?
sunnah? Perbuatan Tersebut Ada
Kemaslahatannya Dalam
Agama?

HUKUMNYA?
WAJIB ATAU SUNNAH HARAM ATAU MAKRUH SUNAT (BAIK) HARAM
Sekiranya tiada perintah atau larangan di dalam al-quran atau al-sunnah, dan perbuatan
tersebut tiada kemaslahatan mahupun mudarat hukumnya adalah HARUS (MUBAH)
KEINDAHAN YANG DIPERTAHANKAN OLEH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ASYAIRAH DAN
MATURIDIAH
•‫ ال َْعالَ ِميَّة‬Sejagat, global
•‫الرََّّبنِيَّة‬
َّ (Paradigma Tauhid) Agama Samawi, Berlandaskan wahyu dan bukan ketetapan manusia
•‫ – العقلية‬Boleh diterima oleh akal yang waras, rasional, logik serta fitrah manusia
•‫ – اإلنسانية‬Kemanusiaan
ُ ‫الش ُم‬
•ُ‫ول‬ ُّ – Menyeluruh dan mencakupi semua bidang (dunia dan akhirat), komprehensif serta
holistik
•‫ – اإلجيابية‬Positif dalam menerima qadha dan qadar serta ketentuan Allah SWT yang mana semua
ada hikmahnya, keterbukaan
• ‫ ال َْواقِ ِعيَّة‬-Sentiasa sesuai dan relevan setiap waktu, masa, sasaran dan tempat dan di dalam apa jua
keadaannya, realistik.
•–ُُ‫ُوال َْوَالء‬ ُ ‫ االتَِب‬Taat, patuh, setia dan kesetiakawanan
َ ‫اع‬
•‫ – الوسطية‬Wasatiyyah
•‫رمحةُللعاملني‬- Rahmat bagi seluruh alam
KRITERIA UTAMA DAN TERPENTING AHLI SUNNAH
WAL JAMAAH ASYAIRAH DAN MATURIDIYAH
Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Asyairah Maturidiyah adalah aliran yang sebenar dan
matlamat akhirnya adalah untuk mempertahankan, memelihara dan menjaga:
a. Segala tindak tanduk umat Islam supaya tidak terpesong daripada sumber Quran,
Hadis, Ijmak dan Qias.
b. Akidah hakiki yang suci lagi murni, fiqh Syafie dan tiga mazhab yang lain serta akhlak,
moral dan tasawwuf islami,
c. Maqasid Syar`iah dan kesejagatan Islam seperti Wasatiyah dan lain-lainnya,
d. Keindahan Islam daripada dicemari oleh unsur-unsur luar,
e. Kebaikan muslim di dunia dan lebih-lebih lagi kebaikan di akhirat.
Ahli Sunnah Wal Jamaah Sebenar Diwakili Oleh Aliran Asyairah Dan Maturidiyah (Majoriti
Terbesar)

Hadis riwayat Imam al-Hakim daripada Saidina `Iyadh al-Asy`ari R.A. :


‫] قال رسول هللا صلى هللا علي‬54 :‫اّللُ بَِق ْوم ُُِيبُّـ ُه ْم َوُُِيُّبونَ ُ} [املائدة‬
َّ ‫ف ََيِْت‬
َ ‫ {فَ َس ْو‬: ‫ ملا نزلت‬: ‫عن عياض االشعري قال‬
َّ ِ ‫اّلل عَلي‬
َ ُ َ ْ َ َ ُ ْ ْ ُ َ َ َ ْ َ َُّ ‫صلَّى‬
.‫وسى‬ ‫م‬ ‫َب‬
‫أ‬ ‫ن‬ِ ‫ع‬ ‫ـ‬‫ي‬ ‫ا‬‫ذ‬َ ‫ه‬ ‫م‬‫و‬‫ـ‬‫ق‬
َ ‫م‬ ‫ه‬ : ‫م‬ ‫ل‬ ‫س‬ ‫و‬ َ ‫وسى) وأومأ رسول هللا‬ َ ‫ ( ُه ْم قَـ ْوُم‬:‫وسلم‬
َ ‫ك َي أ ََب ُم‬
Terjemahan Hadis: Dari Iyadh al-Asy`ari RA dia berkata "Ketika ayat, "Allah S.W.T akan
mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya", maka
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Mereka adalah kelompokmu wahai Abu Musa “. Dan Nabi
mengisyaratkan “ Mereka adalah kelompok lelaki ini “ Baginda maksudkan kaum Abu Musa al-
Asy’ari.
CIRI-CIRI FAHAMAN YANG TIDAK BERTEPATAN DENGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ASYAIRAH DAN
MATURIDIAH
• Sering merujuk • Menolak amalan • Menolak amalan • Menolak tahlil dan • Menolak tasawwuf
pendapat Ibnu menyebut lafaz solat bacaan Surah Yaasin kenduri arwah dan tarekat
Taimiyyah, al-Albani, (Usolli) berjamaah pada • Menolak amalan • Mengatakan tiada
Ibnu al-Qayyim, • Menolak amalan setiap malam Jumaat bacaan berzanji dan solat qabliah Jumaat
Abdul Aziz bin Baz menyebut Saidina • Menolak amalan marhaban • Menolak amalan
dan Ibnu Utsaimin ketika berselawat solat tarawih 20 • Menolak amalan BERMAZHAB
• Mengatakan Allah • Menolak amalan rakaat Selawat Syifa’, • Menolak Bid’ah
SWT ada di langit mengusap muka • Menolak amalan Selawat Fatih, Hasanah
dan bersemayam di setelah selesai solat membaca Surah Selawat Nariyah dan • Menolak Beramal
atas arasy • Menolak amalan Yaasin 3 kali pada lain-lain dengan Hadis Dhaif
• Membahagi tauhid zikir, wirid dan doa malam Nisfu Syaaban • Menolak sambutan • Menolak Amalan
kepada tiga, berjamaah setelah • Menolak amalan Maulidurrasul Tawassul dan Tabarruk
Rububiyyah, solat membaca doa akhir • Menolak amalan • Menolak amalan
Uluhiyyah dan al- • Menolak amalan dan awal tahun ziarah makam Istighasah
Asma’ Wa al-Sifat bacaan tarhim dan • Menolak amalan nabi/makam auliya’
• Menolak manhaj bacaan al-Quran bacaan talqin ketika • Menolak amalan
Asyairah dan sebelum azan subuh pengebumian mayat membaca teks ketika
Maturidiah menggunakan khutbah
• Menolak Sifat Dua pembesar suara
CADANGAN

CADANGAN DAN SARANAN


Pertama: Kedua: Ketiga:
Menubuhkan Jawatankuasa Menerima dan mengamalkan Institusi pendidikan agama
untuk memperkukuh dan segala amalan-amalan dan dan masjid wajib
memberi kefahaman tradisi zaman berzaman yang diperkasakan dari segi urus
mendalam berkaitan akidah tidak bertentangan ulama tadbir, prasarana, sukatan
Ahli Sunnah Wal Jamaah Akidah Ahli Sunnah Wal pelajaran, latihan guru-guru
Aliran Asyairah Maturidiyah Jamaah Aliran Asyairah mengikut perkembangan
kepada semua pihak dengan Maturidiyah dan semasa dan sepanjang
melantik kader-kader terlatih mempertahankannya zaman.
di peringkat tertinggi. sehingga hari kiamat.
KESIMPULAN

Berdasarkan pembentangan di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa kehidupan


masyarakat Johor adalah tidak boleh dipisahkan daripada pegangan Akidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah aliran Asyairah Maturidiyah, Fiqh bermazhabkan Syafie dan berpegang dengan
amalan para Sufi yang benar seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.
Penutup
1. Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Asyairah Maturidiyah Mengimbangi Keperluan
Dunia Dan Tuntutan Akhirat
2. Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Asyairah Maturidiyahaliran Asyairah Maturidiah
Mengutamakan Kedamaian, Keharmonian Dan Kesejahteraan Manusiawi Dan Rahmatan
Kepada Sekalian Alam
3. Negeri Johor menolak Semua Fahaman Yang Meragukan dan menyeleweng
4. Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Asyairah Maturidiyah Wajib Dipertahankan
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai