Anda di halaman 1dari 22

QKU 3153 ( PROMOSI PENDIDIKAN KESIHATAN)

Mengenalpasti Tahap Penjagaan Gigi Dalam Kalangan Pelajar Universiti Pendidikan


Sultan Idris (UPSI)

Kumpulan 10 & 14
Nama No. Matrik

Mohammad Najmi Bin Abdul Hadi D20171079072

Muhammad Aidil Azrizaruddin Bin Tajudin D20171079074

Muhammad Affiqdin Bin Aziz D20171079088

Khairi Bin Mohamad Sukri D20171079046

Mohamad Syahrunizam Bin Mohd Pauzi D20171079075

Ahmad Rifhan Zikry Bin Hanafi D20171079047

Pensyarah:
Encik Yusri bin Yakub
1.0 Pengenalan

Kesihatan yang baik merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai. Kita boleh memanfaatkan

kesihatan ini kepada pelbagai kaedah, terutama dalam mencari rezeki, melakukan ibadah dan

beberapa perkara lain. Gigi juga merupakan satu anggota badan yang perlu kita jaga. Gigi

yang sihat dan kuat memberi banyak kepentingan kepada kita terutama untuk mengunyah dan

menghancurkan makanan. Selain itu, gigi yang bersih dan tidak rosak dapat menampilkan

imej yang positif untuk seseorang individu. Jika tidak dijaga dengan baik, gigi kita lama-

kelamaan mengalami kerosakan dan boleh mendatangkan penyakit lain yang berbahaya

seperti penyakit gusi, kencing manis, penyakit jantung dan lain-lain. Namun begitu, kita

boleh memanjangkan jangka hayat tersebut sekiranya ia di jaga dengan betul dan rapi. Antara

kerosakan gigi yang biasa kita dengar adalah plak dan karang gigi. Plak gigi ialah suatu

lapisan bakteria yang nipis dan melekit serta tiada berwarna. Bakteria yang terdapat dalam

pula akan bertindak dengan sisa makanan di dalam mulut, menghasilkan asid yang akan

menyerang permukaan gigi dan menyebabkan kereputan gigi. Ia mungkin berpunca daripada

pengambilan makanan ringan yang bergula dan kurang pengaliran air liur. Jika plak dan

karang gigi ini terkumpul dengan tempoh yang lama, ia akan menyebabkan penyakit gusi,

pereputan dan nafas berbau. Hal ini jika dibiarkan lama-kelamaan boleh menyebabkan

kerosakan yang serius pada bahagian mulut contohnya penyakit saraf dan serangan kuman

yang berbahaya.

Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di

kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah

makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas. Kita perlu sentiasa menjaga kebersihan

gigi kerana kebersihan mulut yang lemah dikaitkan dengan penyakit kencing manis, penyakit

jantung, komplikasi kehamilan, kehilangan gigi, penyakit gusi, dan sebagainya. Manakala,
orang yang menjaga kebersihan mulut akan berasa lebih yakin dan membuat kesan pertama

yang kuat ke atas orang lain dengan senyuman yang bagus, gigi putih, dan nafas segar.

Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama

yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti penjagaaan kebersihan

gigi yang baik iaitu berus gigi 3 kali sehari, makan secara sihat dan pemeriksaan pergigian

secara berkala. Mulut kita tidak boleh dibersihkan dengan sendiri, sebaliknya kita sendiri

yang perlu menjaganya. Hampir semua kerosakan gigi dan penyakit gusi boleh dicegah

dengan menjaga kebersihan mulut yang baik. Cubalah amalan penjagaan gigi yang

disarankan dan lihatlah manfaatnya kepada diri kita.

2.0 Subjek

Kajian ini dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu melibatkan pelajar-

pelajar di universiti tersebut. Seramai 30 orang responden yang dipilih secara rawak tanpa

mengira latar belakang dan jantina. Skop kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauh

manakah tahap penjagaan gigi dalam kalangan pelajar UPSI. Kajian ini dijalankan dalam

suatu jangka masa yang singkat. Kajian ini tidak diikuti penelitian terhadap perkembangan

responden terbabit selepas kajian ini tamat. Oleh kerana jangka masa kajian yang dilakukan

adalah singkat, penyelidik memilih untuk menggunakan kaedah soal selidik melalui platform

“google form”. Jenis soal selidik yang digunakan adalah jenis tertutup. Pengkaji

menyediakan pilihan jawapan kepada responden. Responden dikehendaki memilih jawapan

yang disediakan sahaja dan tidak dibenarkan mengemukakan pendapat sendiri. Dapatan

kajian ini adalah bergantung kepada keikhlasan dan kejujuran responden semasa menjawab

soalan soal selidik. Kerjasama yang erat amat penting kerana dapatan kajian ini

mencerminkan situasi sebenar.


3.0 Permasalahan Kajian

Melakukan pemeriksaan gigi merupakan satu kaedah penjagaan mulut yang amat digalakkan

bagi mengelakkan daripada terkenanya jangkitan kuman. Disebabkan kajian ini dilakukan di

universiti, pelajar sering disibukkan dengan tugasan masing-masing yang perlu disiapkan

menyebabkan mereka tiada masa untuk membuat pemeriksaan di klinik pergigian sama ada

di dalam atau di luar UPSI. Kajian ini juga menggunakan kaedah soal selidik melalui

platform “google form” menyebabkan data yang didapati oleh pengkaji adalah kurang efisien

dan kurang tepat. Hal ini berlaku disebabkan terdapat beberapa responden yang menjawab

soal selidik yang diedarkan secara tidak serius dan tidak membaca dahulu arahan yang telah

diberi sebelum menjawab. Selain itu, hal ini juga boleh mengakibatkan responden tersalah

menjawab soal selidik seperti “tidak setuju” ditanda dengan “setuju” kerana tersilap

membaca arahan.

Kebanyakan pelajar mengamalkan penjagaan gigi iaitu sentiasa berus gigi setiap hari tetapi

mereka tidak melakukan pemeriksaan kerana disebabkan oleh tiada kenderaan untuk ke

klinik gigi. Pelajar UPSI biasanya menaiki bas untuk ke kelas tetapi tidak ke klinik

menyebabkan mereka terpaksa berjalan kaki untuk ke klinik yang menyebabkan pelajar

malas untuk ke klinik. Masalah jarak klinik jauh daripada kediaman pelajar juga merupakan

faktor pelajar malas untuk ke klinik gigi. Masalah kurang komitmen daripada pelajar dalam

penjagaan kesihatan mulut atau gigi ini boleh menyebabkan kerosakan yang jika dibarkan.
4.0 Tujuan

Kajian ini pada umumnya bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah tahap penjagaan

gigi dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Selain itu, kajian ini

juga mempunyai tujuan khusus yang tersendiri iaitu untuk mengetahui bagaimana kaedah

penjagaan gigi yang dilakukan oleh pelajar UPSI. Antara soalan yang perlu dijawab oleh

responden adalah berapa kali mereka memberus gigi dalam sehari dan pada waktu bilakah

mereka memberus gigi. Hal ini bagi mengetahui sejauh mana amalan penjagaan yang

dilakukan oleh pelajar UPSI walaupun mereka disibukkan dengan tugasan masing-masing.

Pengkaji mendapati majoriti pelajar UPSI mempunyai komitmen yang tinggi terhadap amalan

penjagaan gigi kerana masing-masing dari mereka kebanyakannya memberus gigi 2 – 3 kali

dalam sehari.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui bagaimana kaedah pemakanan

responden yang boleh menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan gigi seperti gula-gula,

coklat, minuman berkabonat dan kek. Pengkaji mendapati majoriti pelajar UPSI mengambil

berat terhadap penjagaan gigi kerana mereka jarang mengambil makanan-makanan yang

berisiko tinggi kepada kesihatan gigi. Namun begitu, kajian ini juga bertujuan untuk

mengetahui seberapa kerap pelajar UPSI melakukan pemeriksaan gigi di klinik pergigian

sama ada di dalam ataupun di luar UPSI.


5.0 Kepentingan kajian
Dalam program amalan penjagaan gigi, terdapat beberapa kepentingan disebalik program ini.
Antaranya ialah hidup yang berkualiti. Hidup yang berkualiti ini merujuk kepada bebas dari
penyakit gigi yang mana ianya membawa maksud apabila seseorang itu menjaga gigi mereka
dengan baik dan teratur mengikut apa yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia, sudah pasti kehidupan yang berkualiti akan dicapai oleh seseorang tersebut. Hidup
yang berkualiti ini juga membawa makna bebas dari penyakit pergigian yakni terhindar dari
sebarang penyakit yang melibatkan gigi. Implikasi terhadap kos hidup juga akan lebih
menjadi jimat dari segi masa ataupun wang sekiranya seseorang itu menjaga gigi dengan
baik dan teratur kerana tidak terlibat dengan rawatan pergigian oleh kerana penjagaan gigi
yang baik semenjak dari kecil lagi. Hal ini juga bertepatan dengan keyakinan diri kerana
ianya dapat meningkatkan penampilan dan keyakinan diri dalam interaksi sosial seseorang.
Selain itu, kepentingan yang lain dalam amalan penjagaan gigi pula ialah kesedaran untuk
para pelajar Universiti bahawa menjaga gigi adalah satu perkara yang sangat penting dalam
kesihatan diri. Hal ini demikian kerana ramai di antara para pelajar ataupun golongan dewasa
yang mengambil sambil lewa tentang penjagaan gigi masing-masing oleh kerana mereka
menganggap penjagaan gigi ini tidak memberi apa apa kesan terhadap kesihatan sedangkan
mereka tidak menyedari bahawa penjagaan gigi juga adalah satu daripada kebersihan diri
yang dituntut dalam diri. Kesan daripada sikap mengambil mudah tentang penjagaan gigi ini
akan menyebabkan seseorang itu akan kelihatan kotor dan tidak terjaga diri mereka dan akan
menyebabkan orang ramai tidak selesa apabila bersama.
6.0 Strategi Perlaksanaan Kajian
I) Lokasi dan Kelengkapan Prasarana
Untuk strategi perlaksanaan program ini juga, perkara yang tidak boleh diambil mudah ialah
lokasi dan kelengkapan prasarana untuk sesebuah program itu dijalankan. Hal ini demikian
kerana lokasi dan kelengkapan prasarana amat memain peranan penting dalam menjayakan
program itu. Pilihan lokasi amat penting kerana kesesuaian tempat yang hendak dijalankan
program itu sesuai dengan apa yang hendak dijalankan dan lokasi tersebut hendaklah
mempunyai kelengkapan prasarana yang baik dan lengkap bagi memudahkan urusan program
itu dijalankan dengan sempurna. Oleh sebab itulah lokasi dan kelengkapan prasarana ini
dijadikan sebagai satu daripada strategi perlaksanaan kajian terutama bagi pelajar Universiti
Pendidikan Sultan Idris(UPSI).

II) Penggunaan media elektronik


Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa pada era globalisasi ini, peningkatan teknologi
di negara kita ini telah meningkat naik di mana setiap orang pelajar di institusi di negara ini
mempunyai gadget ataupun kemudahan telefon bimbit yang canggih. Dengan adanya
kemudahan telefon bimbit yang canggih ini akan lebih memudahkan lagi urusan untuk
penyebaran maklumat itu tersebar dengan luas. Hal ini merujuk kepada penghebahan tentang
program yang akan dilaksanakan itu tersebar dengan cepat dan lebih mudah lagi untuk
masyarakat luar ataupun pelajar itu sendiri dan dengan kemudahan jaringan komunikasi ini
akan lebih tersebar dengan luas bukan hanya dalam kelompok yang sama tetapi ianya akan
tersebar luas dari tempat yang dijalankan itu.

7.0 Objektif Program


Program kesihatan pergigian ini ialah berkaitan dengan ciri-ciri murid prasekolah yang
bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang cara menjaga kesihatan
gigi dan hal-hal berkaitan. Fokus utama program ini adalah untuk memberi peluang
kepada murid prasekolah
Program kesihatan pergigian ini ialah berkaitan dengan ciri-ciri murid prasekolah yang
bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang cara menjaga kesihatan
gigi dan hal-hal berkaitan. Fokus utama program ini adalah untuk memberi peluang
kepada murid prasekolah
Program kesihatan pergigian ini ialah berkaitan dengan ciri-ciri murid prasekolah yang
bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang cara menjaga kesihatan
gigi dan hal-hal berkaitan. Fokus utama program ini adalah untuk memberi peluang
kepada murid prasekolah
Program kesihatan pergigian ini ialah berkaitan dengan ciri-ciri murid prasekolah yang
bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang cara menjaga kesihatan
gigi dan hal-hal berkaitan. Fokus utama program ini adalah untuk memberi peluang
kepada murid prasekolah
Program kesihatan pergigian ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar
Universiti tentang kepentingan penjagaan gigi terutamanya.
Terdapat 3 objektif utama program kesihatan gigi ini diadakan kepada para pelajar :
Program kesihatan pergigian ini ialah berkaitan dengan ciri-ciri murid prasekolah yang
bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang cara menjaga kesihatan
gigi dan hal-hal berkaitan. Fokus utama program ini adalah untuk memberi peluang
kepada murid prasekolah:
I) Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan penjagaan kesihatan
gigi

Objektif utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar
Universiti tentang kepentingan penjagaan kesihatan gigi. Seperti mana yang kita
ketahui ramai diantara pelajar Universiti ataupun golongan dewasa sangat tidak
menjaga kebersihan diri masing masing terutamanya dalam penjagaan kesihatan
diri iaitu penjagaan gigi. Oleh yang demikian, program ini dilaksanakan bertujuan
memupuk minat para pelajar supaya pelajar sentiasa menjaga kesihatan diri
mereka terutama penjagaan gigi.

II) Memberikan pengetahuan dan bimbingan tentang cara-cara memberus gigi dengan
baik

Objektif kedua program ini dijalankan pula ialah memberikan pengetahuan dan
bimbingan tentang cara-cara memberus gigi dengan baik. Hal ini demikian kerana
ramai diantara para pelajar masih lagi tidak ada pengetahuan dan bimbingan
dalam penjagaan gigi masing masing. Justeru itu, program ini diadakan untuk
memberi pengetahuan yang lengkap kepada pelajar mahupun masyarakat diluar
sana tentang cara-cara memberus gigi dengan baik mengikut apa yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Masih ramai lagi
diantara pelajar-pelajar mahupun golongan dewasa ini yang tidak ada pengetahuan
lengkap tentang cara-cara memberus gigi dengan baik dan tujuan program ini
dilaksanakan untuk memberikan bimbingan yang betul kepada pelajar mahupun
golongan yang dewasa dalam memberus gigi dengan baik seterusnya dapat
menjaga kesihatan diri dengan baik .
III) Memberi pendedahan kepada pelajar Universiti tentang amalan-amalan baik dan
tidak baik untuk kesihatan gigi.

Objektif yang terakhir dalam program ini ialah memberi pendedahan kepada
pelajar tentang amalan-amalan baik dan tidak baik untuk kesihatan gigi. Perkara
ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi maklumat kepada murid bahawa dalam
penjagaan gigi ini terdapat beberapa amalan-amalan yang baik untuk dilakukan
dan terdapat juga amalan amalan yang tidak dalam penjagaan gigi. Dalam kajian
ini, apa yang ditekankan kepada kajian ialah amalan-amalan yang baik untuk
dilakukan untuk kesihatan gigi yang baik dan apa yang ditegaskan kepada pelajar
ialah amalan-amalan yang tidak baik yang tidak sepatutnya dilalukan untuk
penjagaan kesihatan gigi. Oleh sebab itu, program ini amat berguna kepada pelajar
mahupun golongan golongan yang dewasa kerana banyak manfaat dan input yang
dapat diperoleh oleh pelajar untuk kesihatan penjagaan gigi yang baik seterusnya
dapat menjadikan gigi menjadi sihat dan bersih.

8.0 Kaedah Perlaksanaan

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah soal selidik. Tinjauan
sampel dilakukan untuk mengumpulkan maklumat – maklumat. Maklumat juga diperolehi
berdasarkan kepada jawapan soal selidik yang dijalankan dengan pembolehubah yang
ditentukan, rujukan dokumen, artikel, jurnal dan projek disertasi yang terdahulu.
Kajian berbentuk tinjauan telah dilaksanakan dalam kajian ini dimana pengkaji menggunakan
satu set soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden sebagai alat utama bagi mengumpul
maklumat berkaitan dengan mengenalpasti sejauhmanakah tahap penjagaan gigi dalam
kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Borang soal
selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A
berbentuk maklumat peribadi dan ciri – ciri demografi iaitu umur, jantina, dan kelayakan
akademik. Bahagian B pula mengandungi soalan untuk mengenalpasti sejauhmanakah tahap
penjagaan gigi dalam kalangan pelajar UPSI. Kajian ini dibuat secara sendiri oleh pengkaji
dengan membuat satu platform yang yang akan diisi oleh responden dengan menggunakan
platform google form dengan pelajar UPSI.
Populasi kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar yang dipilih secara rawak. Kaedah pemilihan
persampelan kajian adalah merujuk kepada kaedah persampelan krejcie & Morgan (1970) .
Semua sampel kajian akan diberi satu set borang soal selidik.

9.0 Analisis data

Rajah 1
Rajah 2
Rajah 1 dan rajah 2 menunjukkan maklumat tentang maklumat subjek yang terlibat dalam
kajian ini. Sebanyak 30 orang subjek terdiri daripada 19 orang lelaki dan 11 perempuan.
Untuk kategori umur, umur yang paling tinggi ialah 23 tahun sebanyak 18 orang, 9 orang
berumur 24 tahun, 2 orang berumur 22 tahun dan seorang berumur 21 tahun.

Rajah 3

Untuk maklumat mengenai amalan memberus gigi, rajah 3 menunjukkan 54.8% iaitu
sebanyak 17 orang yang memberus gigi melebihi dua kali sehari, 41.9% untuk memberus gigi
dua kali sehari iaitu sebanyak 12 orag dan 3.3% atau seorang untuk yang memberus gigi
sekali sehari.
Rajah 4
Berdasarkan rajah 4, sebanyak 83.9% iaitu 25 orang subjek yang memberus gigi terlebih
dahulu sebelum mengambil sarapan pagi, 16.1% atau 5 orang yang memberus gigi selepas
mengambil sarapan pagi. Secara jelasnya, tiada subjek yang tidak memberus gigi pada waktu
pagi.

Rajah 5
Rajah berikut menunjukkan maklumat tentang amalan memberus gigi sebelum waktu tidur
dimana 51.6% telah mengamalakannya iaitu 16 orang dan 48.4% atau 14 orang yang terus
tidur tanpa memberus gigi terlebih dahulu.
Rajah 6
Rajah 6 menunjukkan amalan pengambilan makanan manis dan minuman berkarbonat
dimana 48.4% mengambil benda tersebut hanya seminggu sekali, 29% untuk 4 atau 5 hari
dalam seminggu, 12.9% bagi pengambilan hampir setiap hari dan 9.7% untuk pengambilan
setiap hari.

Rajah 7
Berdasarkan rajah 7, ia menunjukkan gaya memberus gigi iaitu memberus gusi dan lidah atau
kedua-dua. Untuk yang memberus kedua-duanya sebanyak 6 orang tidak pernah, 13 orang
kadang-kadang dan 11 orang untuk yang selalu. Bagi memberus lidah sahaja, sebanyak 3
orang yang tidak pernah, 11 orang yang memberus kadang-kadang dan 16 yang selalu
memberus glidah. Akhir sekali, untuk gusi, seramai 6 orang tidak pernah memberusnya, 11
orang yang kadang-kadang memberus gusi dan 13 orang yang selalu memberus gusi.
Rajah 8
Untuk rajah 8 pula, ia menunjukkan maklumat mengenai sejarah perubatan gigi subjek
dimana sebanyak 41.9% berjumpa dengan doktor gigi untuk proses penampalan gigi, 38.7%
tidak tahu atau tiada tjuan khas untuk berjumpa, 16.1% berjumpa untuk mencabut gigi yang
rosak dan 3.7% tidak pernah berjumpa dengan doktor gigi.

Rajah 9
Rajah 9 menunjukkan maklumat sejarah rawatan subjek dengan doktor gigi 48.4% atau 14
orang yang melebihi setahun tapi kurang dua tahun yang berjumpa dengan doktor gigi untuk
mendapatkan rawatan, bagi tidak pernah membuat pemeriksaan iaitu sebanyak 32.3% atau 10
orang. Seramai 4 orang 16.1% yang telah membuat pemeriksaan melebihi 3 bulan tapi
kurang dari setahun. Akhir sekali, hanya seorang yang mempunyai sejarah pemeriksaan di
dalam tempoh terdekat iaitu kurang dari 3 bulan.
Rajah 10
Rajah diatas menunjukkan sebab bagi sesetengah individu yang tidak membuat rawatan dan
pemeriksaan gigi dimana sebab yang paling majority ialah tidak mempunyai masa sebanyak
67.7%, tidak termasuk dalam perlindungan insuran dan 9.7% untuk kedua-dua alasan iaitu
pusat pemeriksaan terlalu jauh dan takut untuk membuat pemeriksaan.

Rajah 11
Berdasarkan rajah 11, ianya menunjukkan jenis alat yang digunakan untuk menjaga gigi atau
membeus gigi dimana alat yang paling utama digunkan ialah, berus gigi dan ubat gigi
sebanyak 74.2%, dan 19.4 peratus untuk berus gigi, ubat gigi dan floss dan 6.4% sahaja yang
menggunakan floss untuk membersihkan gigi.
Rajah 12
Rajah 12 menunjukkan kesedaran tentang kepentingan yang dinyatakan untuk amalan
penjagaan gigi. Bagi kelebihan tidak merokok, 28 orang bersetuju dan 2 orang lagi tidak pasti
akan kelebihan tersebut. Seterusnya, kelebihan memeriksa paras gula dimana 27 orang
bersetuju, seorang tidak setuju dan 2 orang tidak pasti. Akhir sekali, kepentingan membuat
pemeriksaan kanser oral dimana,28 orang setuju dan seorang tidak setuju dan seorang tidak
pasti.

Rajah 13
Rajah diatas menunjukkan tentang masalah nafas berbau disebabkan oleh masalah pergigian
dimana 90.3% (27 orang) bersetuju dan 9.7% (3 orang) tidak setuju dengan sebab tersebut.
Rajah 14
Rajah 14 menyatakan tentang maklumat dimana sama ada inidvidu tersebut berkumur atau
tidak selepas makan. Sebanyak 90.3% (27 orang) telah berkumur selepas mengambil
makanan atau makan dan 9.7% (3 orang) tidak berkumur selepas makan.

Rajah 15
Berdasarkan rajah 15, sebanyak 96.8% (29 orang) subjek yang tahu tentang teknik memberus
gigi yang betul, manakala yang selebihnya 3.2% (1 orang) tidak tahu cara atau langkah
memberus gigi dengan betul.
Rajah 16
Rajah 16 menjelaskan tentang sejarah subjek dalam pernyertaan program yang berkaitan
dengan gigi dimana 83.9% (25 orang) pernah menyertai program yang berkaitan dengan
penjagaan gigi dan 16.1% (5 orang) tidak pernah lansung mengambil bahagian.

Rajah 17
Berdasarkan rajah 17, ianya menunjukkan tahap kefahaman yang dijelaskan oleh doktor
tentang penjagaan gig dimana 93.5% (28 orang) faham dan 6.5% (2 orang) sahaja yang itdak
memahami penjelasan yang diterangkan.
10. 0 KEKUATAN KAJIAN
Kajian ini ditujukan kepada para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
masyarakat serta golongan dewasa dimana mereka mendapat kesedaran terhadap kesihatan
tubuh badan mereka didalam mahupun diluar. Kekuatan kajian pertama adalah para pelajar,
masyarakat serta golongan dewasa akan lebih terbuka serta mengetahui lebih mendalam akan
pengetahuan penjagaan gigi yang sebetulnya dimana sebelum ini penjagaan gigi tidak
dititikberatkan dari pelbagai usia. Oleh itu, ilmu pengetahuan tentang penjagaan gigi
seharusnya diajar sejak masih kecil agar kesihatan mereka terjaga.
Selain itu, kajian ini boleh dijadikan sebagai sumber rujukan pada masa yang akan
datang. Ini kerana data yang dikutip adalah berasaskan pengagihan borang soal selidik
dikalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Hal ini adalah penting kerana
rujukan perlulah dilakukan daripada pelbagai sumber bagi menghasilkan satu kajian yang
terbaik.
Seterusnya, kajian yang dijalankan juga boleh mengenal pasti berkaitan permasalahan
kesihatan gigi dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Isu ini
dirungkai apabila para pelajar menjawab borang soal selidik secara telus.
11.0 KELEMAHAN KAJIAN
Program yang dijalankan pasti akan bertemu masalah yang tidak diingini. Kelemahan
pertama yang timbul dalam program ini ialah bilangan penyertaan yang mahu melibatkan diri
dalam kajian ini Isu ini sering terjadi dalam mana-mana kajian yang dijalankan dimana para
pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), masyarakat serta golongan dewasa masih
berdegil serta tidak ingin turun tangan dalam kajian yang dijalankan kerana ada dikalangan
mereka berpendapat akan kajian yang dijalankan hanya membazir masa mereka.
Selain itu, setiap kajian yang dijalankan pasti memerlukan kewangan bagi
memastikan kajian tersebut berjalan lancar. Oleh itu, kutipan dana mestilah mencukupi bagi
meneruskan sesuatu kajian. Kesulitan untuk mencari dana sentiasa diselubungi oleh setiap
kajian.
Akhir sekali, kelemahan paling ketara dalam setiap kajian yang menggunakan borang
soal selidik ialah ketulusan seseorang dalam menjawab borang tersebut. Bagi mendapatkan
data yang sahih, responden hendaklah teliti dalam menjawab soal selidik dan memandang
serius dalam kajian ini.
12.0 PELUANG/PENAMBAHBAIKAN
Dalam setiap program kajian yang dijalankan, kekuatan serta kelemahan pasti timbul.
Namun begitu, setiap perkara pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Penambahbaikan pertama
bagi kajian ini ialah mencari serta mendapatkan dana yang secukupnya. Ahli jawatan kuasa
program hendaklah bertungkus lumus dalam mencari dana didalam mahupun diluar sekolah.
Pelbagai pihak yang boleh membantu dalam mendapatkan dana yang mencukupi seperti
Dekan fakulti, NGO, ahli-ahli politik dan pihak-pihak luar berwajib.
Selain itu, bagi tujuan kelancaran kajian, sokongan dan kerjasama antara responden dengan
pengkaji adalah sangat penting. Hal ini kerana, pengkaji tidak dapat mendapatkan maklumat
yang sahih jika responden tidak menjawab borang soal selidik dengan jujur. Ketulusan serta
pandangan responden terhadap kajian ini amatlah penting bagi mendapatkan kesimpulan
akhir bagi kajian ini.

Seterusnya, pengkaji perlu meluaskan skop sampel kajian keatas responden yang berlainan.
Dengan liputan yang meluas ini, kepelbagaian keputusan yang diwujudkan boleh
digeneralisasikan supaya hasil analisis adalah mewakili dan tepat.
Akhir sekali, pengkaji boleh menambahkan pemboleh ubah yang lain. Oleh itu, dapatan dari
kajian akan lebih teruji dan analisis boleh dijalankan untuk melihat kesan lansung atau tidak
lansung terhadap pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah terikat.

13.0 ANCAMAN (DALAMAN/LUARAN)


Permasalahan luaran yang timbul dalam kajian yang pertama ialah pengkaji tidak dapat
mengawal pemikiran responden dalam satu kajian. Pandangan responden terhadap kajian ini
tidak dapat diubah kerana kajian ini hanya dijalankan dalam masa sehari sahaja.
Perkara yang memberi ancaman luaran seterusnya adalah kajian ini dijalankan secara atas
talian. Ini berlaku kerana masalah pandemik yang terjadi di negara kita sekarang dimana
kebanyakan responden berada jauh dengan pengkaji.
Akhir sekali, ancaman dalaman yang terjadi ialah saiz sampel kecil. Bilangan responden yang
sedikit perlulah ditambah bagi mendapatkan kesahihan yang lebih tepat bagi mendapatkan
data yang lebih tepat.
14.0 RUMUSAN
Ramai orang gosok gigi dengan perasaan tidak serius di mana mereka hanya lalukan
sahaja berus gigi tanpa meneka atau menyental. Antara cara untuk menjaga kesihatan gigi
kita ialah menggosok gigi dengan menggunakan ubat gigi fluorida supaya gigi kita menjadi
bersih dan putih. Selain itu, kita bertanggungjawab memelihara kebaikan yang telah
dikurniakan kepada kita. Jangan sikat gigi terlalu keras. Saat menggosok gigi anda juga harus
melakukannya dengan benar agar semua bagian gigi bisa dibersihkan. Seterusnya, kita perlu
mengurangkan makan-makanan berat. Seterusnya, kita haruslah menjalani pemeriksaan dan
rawatan gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Hal ini akan mengelakkan gigi kita
daripada penyakit seperti gigi karies. Di samping itu, kita hendaklah menukar berus gigi atau
empat bulan sekali supaya tiada sisa makanan pada gigi kita. Kesimpulannya, kita sewajarnya
menjaga gigi kita dengan baik agar ia kekal sepanjang hayat. Bak kata pepatah,mencegah
lebih baik daripada mengubati. Menggosok gigi penting sebab ia menjaga kesihatan gigi dan
gusi. Kerap memberus gigi dapat menjamin kesihatan gigi. Akhirnya gigi rosak pada
peringkat usia yang masih muda. Oleh itu, marilah kita belajar cara menjaga kesihatan gigi
kita dengan selamat program pendidikan kesihatan yang merangkumi semua aspek tubuh
badan kita.
RUJUKAN
https://malayauda.web.app/ulasan-cara-cara-menjaga-kesihatan-gigi.htm
https://www.moh.gov.my/
https://ejournal.ukm.my/jskm/article/viewFile/2423/1681
https://www.scribd.com/doc/271308479/Borang-Kaji-Selidik

Anda mungkin juga menyukai