Anda di halaman 1dari 13

SESI 2 2021/2022

VDT 3032 TEKNOLOGI PEMBUATAN

TUGASAN KUMPULAN

TUGASAN 2: MERANCANG PROJEK AMALI PROSES PEMBUATAN

DISEDIAKAN OLEH:

BIL NAMA NO. MATRIK PROGRAM

1 MUZAINI BINTI MURAD D20202097242 AT64 ISMP REKA CIPTA

2 DAYANGKU PUTERI BALQIS BINTI D20202097243 AT64 ISMP REKA CIPTA


AWANG MUSA

3 HALINURINAH BINTI SUHAINI D20202097254 AT64 ISMP REKA CIPTA

4 DIVIYA A/P S MUTTAMIL SELVAN D20202097256 AT64 ISMP REKA CIPTA

5 ELLSIE ANAK IRIN D20202097349 AT64 ISMP REKA CIPTA

PENSYARAH: PROF. MADYA. DR. ARMAN SHAH BIN ABDULLAH

TARIKH: 3 JUN 2022


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN…………………………………………………………1-2

2.0 KAEDAH MENJALANKAN AMALI………………………………….3-5

3.0 HASIL AMALI…………………………………………………………..6-7

4.0 PERBINCANGAN……………………………………………………...8-9

5.0 KESIMPULAN…………………………………………………………..10

RUJUKAN……………………………………………………………….11
1.0 PENGENALAN

Teknologi sangat diperlukan dalam kehidupan kerana dapat


menyelesaikan kerja harian manusia dengan lebih mudah dan cepat.
Terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi dengan menggunakan
teknologi seperti sesuatu urusan atau perkara tertentu dapat diselesaikan
dengan cepat serta dapat meningkatkan kreativiti dalam pembinaan
teknologi tertentu seperti teknologi pembuatan. Dalam teknologi
pembuatan merupakan salah satu perkara yang penting untuk manusia
kerana dapat menghasilkan pelbagai benda yang boleh digunakan dalam
aktiviti harian kita. Teknologi pembuatan sangat berkait rapat dengan
pelbagai pembuatan penyelidikan dan pembangunan sistem, mesin dan
lain-lain lagi. Demikian dengan teknologi pembuatan juga membolehkan
bahan tuangan yang diproses untuk dimasukkan dalam mesin dan ke
dalam acuan yang tertentu mengikut bentuk yang kita mahukan. Segala
bentuk-bentuk yang diperbuat dengan pelbagai cara boleh dihasilkan
kerana teknologi pembuatan mampu menghasilkan bahan yang mengikut
bentuk citarasa yang diinginkan. Dengan menggunakan teknologi
pembuatan ini dapat menghasilkan sesuatu produk yang dapat
menjimatkan masa, tenaga, kos dan bahan.

1.1 ACUAN
Dalam acuan terdapat rongga yang merupakan bentuk yang
menyerupai bentuk produk sebenar. Acuan adalah merupakan
bekas tuangan sesuatu bahan mengikut yang dikehendaki. Bahan
yang dipilih dimasukkan dalam acuan sama ada melalui proses
tuangan atau ‘injection moulding’ dan dibiarkan sehingga
mengeras secara manual atau teknologi alat moden. Cara
pembuatan bekas ini boleh dibuat menggunakan pelbagai seperti
pasir dan tanah liat bagi proses pembentukan acuan kerana bahan
tersebut mudah untuk dibentuk, mengeras dengan cepat.

1
1.2 TUANGAN
Dalam proses membentuk sesuatu produk harus melalui proses
peleburan dan tuangan dalam acuan yang telah disediakan
mengikut kehendak produk. Setiap penuangan juga telah
dibahagikan kepada dua kaedah iaitu kaedah penuangan panas
dan penuangan sejuk. Bagi kaedah penuangan panas merupakan
penuangan menggunakan haba untuk mencairkan bahan tuangan.
Manakala untuk kaedah penuangan bahan sejuk pula
menggunakan bahan seperti tanah liat kerana kaedah ini tidak
menggunakan haba untuk mencairkan sesuatu bahan tuangan
tersebut.

2
2.0 KAEDAH MENJALANKAN AMALI

Kaedah amali yang digunakan adalah kaedah konvensional yang


bermaksud proses pembuatan menggunakan tangan sebagai sumber
tenaga untuk menggerakkan peralatan. Contohnya, kaedah pembuatan
secara konvesional adalah seperti membuat acuan, memotong kayu
dengan gergaji atau memutarkan skru menggunakan pemutar skru.

Kaedah amali yang digunakan adalah kaedah pembentukan yang


bermaksud proses pembuatan bentuk yang diinginkan pada produk yang
akan dihasilkan. Contohnya, menggunakan bahan seperti plastisin untuk
membuat acuan atau menggunakan alat pemotong untuk menukarkan
bentuk dan saiz bahan bagi menghasilkan bentuk produk yang baru.

Berikut adalah proses pembuatan / amali yang digunakan untuk


menghasilkan acuan model 3D :

1. Proses Menghasilkan Acuan Model 3D ( Tuangan Sejuk )


Proses penghasilan kompenan menggunakan kaedah tuangan
dapat dilihat prosesnya melalui penghasilan produk yang telah
ditunjukkan dalam rakaman video amali.

Menghasilkan Model Awal 3D

Model Awal 3D bermaksud model awal yang digunakan


dalam mendapatkan acuan rupa bentuk luaran dalam proses
pembinaan acuan. Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk
menghasilkan model awal 3D. Kebiasaannya, bahan yang
digunakan adalah seperti lilin, plastisin, kayu dan plastik digunakan
sebagai model awal 3D. Kaedah terkini dalam menghasilkan modal
3D adalah dengan menggunakan mesin pencetak. Kaedah lebih
mudah dihasilkan dengan lebih tepat serta mengambil masa yang
lebih singkat dalam proses pembuatannya.

3
Proses pembuatan acuan model 3D terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu ;

 Proses menghasilkan model awal 3D ( mengikut design


yang di inginkan)

- Pada peringkat ini, pembentukan model awal 3D boleh


dilakukan mengikut bentuk dan saiz model yang
dikehendaki. Bahan utama pembentukan acuan adalah
plastisin (tanah liat).

 Proses membuat acuan

- Sediakan bahan utama pembuatan acuan iaitu plastisin


dan pasir. Plastisin akan digunakan untuk menghasilkan
acuan manakalah pasir digunakan untuk mengekalkan
bentuk plastisin bagi mengelakkan perubahan bentuk
plastisin.

- Bahan seperti kayu, botol, zink, simen dan plaster of


paris boleh digunakan juga untuk menghasilkan acuan.

- Bentukkan plastisin mengikut bentuk model dan


mampatkan agar acuan serta uli plastisin agar menjadi
sebati.

- Setelah bentuk model telah dihasil di acuan, keluarkan


model tersebut dengan berhati-hati tanpa menjejaskan
acuan yang telah dibentuk sebentar tadi.

- Letakkan acuan yang sudah dibentuk ke dalam sebuah


bekas. Bekas tersebut hendaklah diisikan dengan pasir
agar acuan tersebut berada dalam keadaan kekal.

- Kemudian pasir hendaklah dimampatkan dengan cara


menekan-nekan pasir agar ruang kosong terisi dengan
pasir.

4
2. Proses menghasilkan lilin ( Tuangan Panas )
Proses menghasilkan bentuk model yang di inginkan (
menggunakan plastisin / tanah liat )

- Pada peringkat awal, plastisin digunakan untuk membentuk


ruang graviti bagi mengisi cecair lilin yang telah dipanaskan
bagi dibentuk melalui proses tuangan. Bahan utama yang
digunakan adalah plastisin.

Proses membuat model menggunakan lilin

- Sediakan bahan utama pembuatan model iaitu lilin. Lilin


akan dipotong menjadi bentuk-bentuk kecil bagi
memudahkan proses pencairan.

- Kemudian lilin akan dileburkan diatas api sehingga menjadi


cecair sepenuhnya.

- Sejukkan lilin yang dicairkan seketika tadi dalam 50 saat


sebelum dituangkan ke dalam acuan. Kemudian tuangkan
larutan lilin tersebut ke dalam acuan plastisin yang telah
disediakan.

- Proses ini dinamakan sebagai proses tuangan panas iaitu


menggunakan lilin yang telah dileburkan menggunakan
haba.

- Setelah tuangan panas atau tuangan lilin tadi telah selesai,


lilin akan menjadikan proses pemejalan dengan
membiarkan lilin selama 20 minit agar lilin menjadi keras.

- Setelah lilin menjadi keras, keluarkan lilin tersebut dari


plastisin dengan berhati-hati. Lakukan proses grinding
sekiranya masih terdapat sisa plastisin untuk mendapatkan
hasil yang baik dan kemas.

5
3.0 HASIL AMALI

Gambar 1: Acuan Plastisin

Gambar 2: Model Telah Mengeras

Gambar 3: Hasil Akhir Projek

6
PROSES TUANGAN PROSES ACUAN

Proses pemejalan di mana, proses Proses penuangan bahan ke dalam


pemejalan ini mengawal acuan atau injection moulding dan
kebanyakan daripada sifat-sifat dibiarkan mengeras beberapa minit.
tuangan.

Kecacatan boleh berlaku semasa Acuan merupakan salah satu


proses pemejalan disebabkan struktur sementara di dalam
penyerapan gas dan pemecutan pembinaan bangunan,
pemejalan. kebiasaannya kayu dan papan lapis
merupakan salah satu elemen yang
digunakan dalam pembinaan acuan
tersebut tetapi di dalam projek ini
kami menggunakan plastisin dan
pasir untuk membentuk acuan
tersebut.

Untuk menghasilkan tuangan bahan Kesesuaian dalam pemilihan sistem


yang boleh dileburkan seperti lilin acuan merupakan faktor paling
dituang ke dalam acuan yang lebih penting dalam menjayakan dan
sejuk dan acuan ini akan menyerap menyiapkan sesebuah projek
haba. bangunan.

Penuangan yang dilakukan akan Sistem acuan adalah antara faktor


melibatkan aliran bendalir, seiring utama yang menentukan kejayaan
dengan pemejalan menentukan sesebuah projek pembangunan dari
kesesuaian bentuk acuan. segi bentuk, kelajuan, kualiti, kos
dan keselamatan kerja.

7
4.0 PERBINCANGAN

Dalam merancang projek amali proses pembuatan kami memilih kaedah


pembentukkan yang mana dalam kaedah ini terdapat dua proses iaitu
acuan dan tuangan. Dengan menggunakan bahan seperti berikut:-

Bil Bahan Harga

1 Plastisin RM1.90 X 3 = RM5.70

2 Lilin RM1.60

3 Pasir -

4 Bekas -

5 Periuk Kecil -

6 Gunting -

7 Model -

JUMLAH RM7.30

Proses acuan yang kami menggunakan acuan berbentuk segi


empat tepat dengan menggunakan model berbentuk segi empat tepat,
kami menggunakan plastisin untuk membuat bentuk acuan tersebut.
Manakala bagi proses tuangan, kami menggunakan lilin yang dipotong
kecil dengan menggunakan gunting dan dileburkan di dalam periuk kecil
dengan menggunakan haba bagi mencairkan bentuk pepejal lilin tersebut.
Manakala, plastisin yang sudah dibentuk pula akan diletakkan di dalam
bekas. Selepas acuan diletakkan di dalam bekas, pasir ditambahkan
untuk mengekalkan bentuk acuan tersebut di dalam bekas. Selepas lilin
dicairkan, lilin perlu dibiarkan sejuk beberapa saat sebelum dituangkan ke

8
dalam plastisin. Hanya mengambil masa dalam 15-20 minit sahaja untuk
mendapatkan hasil lilin yang keras.

Akhir sekali, selepas acuan diangkat. Plastisin yang mengelilingi


model tersebut perlu ditanggalkan dengan berhati-hati. Dengan
menggunakan gunting, hasil lilin akan dikemaskan dengan dikikis dan
dipotong pada lebihan yang tidak diperlukan. Kemudian, proses grinding
akan dijalankan bagi membersihkan sisa plastisin yang terdapat pada
model yang sudah dipejalkan untuk mendapatkan hasil yang baik dan
kemas.

9
5.0 KESIMPULAN

Pembentukan ialah proses pembuatan berasingan seperti mengetam,


direka untuk mengeluarkan bahan daripada bahan kerja. Membentuk
dibezakan daripada mengetam dalam erti kata bahawa operasi bahan
kerja dan alat pemotong diterbalikkan. Dalam mengetam, bahan kerja
berputar manakala alat pemotong kekal pegun. Dalam membentuk, alat
pemotong berputar manakala bahan kerja kekal pegun.

Pembentukan digunakan untuk menukar saiz dan bentuk bahan


kerja. Seperti mengetam, ia akan mengeluarkan bahan dari bahan kerja.
Alat pemotong akan menekan bahan kerja pegun semasa mengeluarkan
bahan daripadanya. Tidak seperti mengetam, bagaimanapun, ia tidak
menghasilkan permukaan yang terpahat.

10
RUJUKAN

Monroe How Can We Help. (2020). Planing vs Shaping in Manufacturing:

What’s the Difference?. https://monroeengineering.com/blog/planing-vs-

shaping-in-manufacturing-whats-the-

difference/#:~:text=Shaping%20is%20a%20separate%20manufacturing,t

he%20cutting%20tool%20remains%20stationary

Ingarao, G. (2017). Manufacturing strategies for efficiency in energy and

resources use: The role of metal shaping processes. Journal of Cleaner

Production, 142, 2872-2886.

Zohdi, M. E., & Biles, W. E. (2006). Metal Forming, Shaping, and Casting.

Boljanovic, V. (2010). Metal shaping processes: casting and molding,

particulate processing, deformation processes, and metal removal.

Industrial Press Inc..

11

Anda mungkin juga menyukai