Anda di halaman 1dari 12

BACHELOR OF ISLAMIC STUDIES (ISLAMIC MANAGEMENT)

WITH HONOURS

SEPTEMBER 2019

HBQE2103

AL-TAJWID

NO. MATRIKULASI : 960503085690001

NO. KAD PENGNEALAN : 960503085690

NO. TELEFON : 019-2162914

E-MEL : bismillahirrahmanirrahim9996@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : TERENGGANU LEARNING CENTRE


PENGENALAN

Ilmu tajwid merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan memperelokkan. Dari segi makna
istilahnya adalah memberikan hak kepada setiap huruf menurut haknya secara tertib. Imam
Jalaluddin al-Suyuti menjelaskan bahawa setiap huruf diucapkan mengikut makhraj dan keaslian
serta menuturkan secara sempurna, bukan dengan paksaan. Rasulullah S.AW. sendiri telah
mengajarkan al-Quran dan membacanya secara bertajwid kepada para sahabat, kemudian tabi’
tabi’in dan seterusnya pada para salafus soleh. Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya:
Rasulullah S.A.W bersabda :

Maksudnya : Orang yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir melakukannya, kelak
mendapat tempat dalam syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik.
Sdangkan orang yang membaca al-Quran, tetapi dia tidak mahir, membacanya tertegun-tegun
dan nampak agak berat lidahnya (belum lancar), dia akan mendapat dua pahala. (Riwayat
Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al-Hujjaj bin Muslim Al-Qusairi An-Nisabury dalam dua
buku Shahih mereka).

Oleh itu, mempelajari ilmu tajwid ini amat dituntut di dalam Islam. Hadith di atas menunjukkan,
orang yang baru mula belajar al-Quran juga Allah telah mengangkat darjatnya dengan
memberikan dua pahala bagi tiap-tiap bacaannya. Apatah lagi mereka yang sudah mahir dalam
bidang al-Quran dan tajwid. Malah boleh mengajarkan ilmu tajwid yang dia miliki.

Dalam tugasan ini, terdapat beberapa kepentingan mempelajari ilmu tajwid yang perlu di
ketengahkan dan akan dihuraikan sebanyak empat kepentingan dalam mempelajari ilmu tajwid.
Selain itu, di kemuka kan maklumat biodata guru ilmu tajwid penulis dan sumbangannya dalam
bidang ini kepada masyarakat serta perincian bukti . Seterusnya, menghuraikan topik-topik
tajwid yang kurang memuaskan serta mengenal pasti permasalahannya. Akhir sekali, perisian
aplikasi tajwid yang boleh digunakan oleh warganet.
KEPENTINGAN MEMPELAJARI TAJWID

Ilmu Tajwid adalah ilmu yang utama harus di kuasai ketika hendak membaca al-Quran atau
mempelajari al-Quran. Terdapat beberapa kepentingan mempelajari tajwid. Antaranya ialah,
mempelajari ilmu tajwid adalah untuk memelihara daripada kesalahan dalam bacaan al-Quran.
Kesalahan dalam bacaan terbahagi kepada dua.

i. Lahn Jali (Kesalahan Nyata)


Lahn Jali bermaksud kesalahan yang dilakukan pada sesuatu perkataan di dalam bacaan
al-Quran. Samada ia mengubah makna atau pun tidak.Hal ini dapat kesan oleh orang
yang tidak mahir al-Quran ataupun orang yang mahir dalam bidang al-Quran. Contohnya
kalimah yang bertukar huruf ba:a : ‫ ب‬kepada huruf ‫ ث‬ta:a , sehingga mengubah makna
ayat tersebut. Hukumnya haram menurut jumhur ulama.
ii. Lahn Khofi (Kesalahan Tersembunyi)
Lahn Khofi bermaksud kesalahan yang tersembunyi pada lafaz. Kesalahan ini tidak dapat
di kesan, kecuali oleh para ulama qiraat atau pun orang yang mahir dalam bidang al-
Quran. Contohnya, Menambah atau mengurangi kadar panjang mad.

Ilmu tajwid merupakan ilmu yang menuntut kita untuk membaca al-Quran dengan kaedah yang
betul seperti mana yang di ajarkan oleh malaikat Jibril kepada Rasulullah. Sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud :

Berapa banyak orang yang sedang membaca al-Quran sedangkan al-Quran itu melaknatnya

Kesimpulannya, bagi sesiapa yang membaca al-Quran dengan tidak bertajwid ibarat seperti
memandu kenderaan tetapi tidak mengetahui undang-undang jalanraya. Hal ini akan
mendedahkan pemandu tersebut kepada bahaya kemalangan. Dalam erti kata lain, hukumnya
adalah berdosa.

Seterusnya ialah, meningkatkan minat membaca al-Quran. Pembacaan al-Quran yang baik dan
sempurna adalah bermula dengan mempelajari ilmu tajwid. Hal ini meningkatkan rasa minat dan
keinginan untuk terus membaca al-Quran. Bagi mereka yang menyukai al-Quran dan merasa
gembira ketika mengalunkan al-Quran. Mereka akan mendapat perumpamaan seperti mana
sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Keutamaan al-Quran dibanding dengan lain-lain ucapan, adalah seperti keutamaan Allah
dibanding dengan seluruh ciptaanNya. (Riwayat Baihaqi)

Itulah kehebatan dan darjat yang Allah angkat bagi pembaca-pembaca kalamNya. Selain
menjadikan membaca al-Quran itu sebagai rutin hariannya. Membaca al-Quran itu bukan dikira
setiap ayat yang dibaca mendapat pahala. Malah setiap huruf-huruf itu mendatangkan 10
ganjaran pahala bagi yang membacanya.

Kepentingan mempelajari ilmu tajwid ini akan menjadikan seseorang itu bahagia di dunia dan
akhirat. Jiwa orang yang sering berdamping dengan al-Quran, seseorang itu akan mendapat
ketenangan jiwa yang luar biasa. Al-Quran dan ilmu tajwid ini tidak akan lari kerana dua perkara
ini haruslah seiring. Maka, mempelajari ilmu tajwid itu samalah seperti mempelajari al-Quran.
Dalam al-Quran Allah SWT berfirman dalam surah al-Fathir ayat 29-30 yang bermaksud :

’Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (al-Quran) dan melaksanakan
solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya dengan diam-
diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi. Agar
Allah sempurnakan pahalanya kepada mereka dan menambahkan kurniaan-Nya. Sungguh,
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mensyukuri.’

BIODATA GURU ILMU TAJWID, SUMBANGAN DALAM BIDANG INI KEPADA


MASYARAKAT.

Beliau merupakan guru ilmu tajwid saya sepanjang saya mempelajari bidang ini. Nama penuh
beliau ialah Mohd Syazwan Bin Shamsuddin. Shamsuddin merupakan bapanya juga adalah guru
ilmu tajwid dan telah membuka pusat pengajian Al-Quran di Negeri Sembilan. Beliau berumur
32 tahun dan berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Institut Tahfiz Al-Quran
Negeri Sembilan (ITQAN). Beliau merupakan graduan keluaran Darul Quran dalam bidang
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat dan telah menyambung pengajiannya di Mesir dalam
bidang Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat, Shoubra Mesir.

Beliau juga banyak menyumbang ilmu Tajwid kepada masyarakat sekitarnya. Antaranya ialah
beliau merupakan guru tarannum di daerah Tampin, Negeri Sembilan. Seterusnya, Ketua Biro
Sukan dan Riadah Persatuan Tarannum Raudhatul Furqan Negeri Sembilan iaitu yang diasaskan
sendiri oleh bapanya. Selain itu, sumbangan terbesarnya sepanjang beliau berkhidmat sebagai
guru dalam bidang ini ialah menjadi jurulatih peserta hafazan Negeri Sembilan ke Majlis
Menghafaz Kebangsaan selama 6 tahun bermula tahun 2012 sehingga kini.

Gambar 1
Gambar 2
Walaupun mungkin sesetengah masyarakat sudah mulai celik dan menguasai ilmu tajwid.
Namun ada beberapa topik-topik ilmu tajwid yang masih di ambil ringan tentang penguasaan
topik-topik tersebut. Antara topik ilmu tajwid yang masih di ambil mudah ialah :
a) Makhraj dan Sifat Huruf
b) Wakaf dan Ibtida’
c) Hukum Mad
d) Riwayat hafs
Topik ilmu tajwid yang di anggap mudah sebenarnya adalah antara topik yang perlu dititik
beratkan dalam kesempurnaan bacaan al-Quran. Topik makhraj dan fasohah dalam ilmu tajwid
kerana, apabila sebutan tidak bertepatan dengan huruf yang sebenar, hal ini boleh merosakkan
bacaan terutamanya dari segi makna.
Makhraj huruf bermaksud tempat keluar sebutan huruf-huruf hija’iyyah. Terdapat lima
pembahagian umum kesemuanya. Antaranya ialah, al-Halq iaitu kerongkong tekak atau halkum.
Kedua al-Lisan yang bermaksud lidah. Ketiga ialah as-Syafatain iaitu bibir mulut. Keempat al-
Jauf bermaksud rongga mulut dan yang kelima ialah, al-Khaisyum iaitu bermaksud rongga
hidung. Walau bagaimanapun, ulama berbeza pendapat dalam penentuan bilangan makhraj
huruf. Kemudian, bahagian yang lima itu telah dipecah-pecahkan kepada tujuh belas makhraj.
Makhraj dan sifat huruf mempunyai hubungkait yang rapat untuk mendapatkan bacaan yang
sempurna. O Sabariah, Othman mengatakan dalam kajiannya bahawa, ulama terdahulu
menjadikan ciri-ciri bunyi pada huruf sebagai perihal sifat-sifat huruf seperti mahmus, majhur,
berdesis dan lain-lain lagi sifat. Keistimewaan memahami sifat huruf ini ialah sebagai pelengkap
kepada makhraj huruf.
Selain itu, sifat huruf juga membantu memperkemaskan bacaan yang membawa persamaan.
Antaranya huruf ta:’ (‫ )ت‬dengan ta:’ (‫ )ط‬, huruf da:l (‫ )د‬dengan da:d (‫)ض‬, huruf sa:d (‫ )ص‬dengan
si:n (‫ )س‬, huruf za:y (‫ )ذ‬dengan za:’ (‫)ظ‬, huruf ha:’ (‫ )ح‬dengan huruf ha:’ (‫)ه‬, huruf hamzah (‫)ء‬
dengan ‘ayn (‫ )ع‬dan huruf ka:f (‫ )ك‬dengan qa:f (‫)ق‬. Jika dilihat kepada makhraj huruf, hal ini
memberi kesan penyebutan huruf yang tepat. Hal ini kerna makhraj merupakan tempat keluar
huruf.
Sifat huruf merupakan kesinambungan daripada makhraj huruf. Untuk menguasai lima bahagian
makhraj dan sifat huruf, haruslah berjumpa dengan guru yang tepat dan sebaiknya belajar secara
talaqqi atau musyafahah. Hal ini kerana, menguasai kesemua pembahagian ini memerlukan
latihan yang berterusan. Bukan mengambil masa yang singkat tetapi memerlukan kesabaran
untuk menguasai topik ini.
b) Wakaf dan Ibtida’
Kebanyakan pembaca sering wakaf pada bacaan mengikut kesesuaian tanpa mempedulikan
makna ayat al-Quran akan berubah maksud. Dengan alasan tidak cukup nafas bagi ayat al-Quran
yang panjang. Seperti surah baqarah yang memakan ruang satu muka surat untuk satu ayat. Oleh
yang demikian, untuk mengelakkan daripada terus dengan kesalahan, pembaca haruslah
menguasai topik ilmu tajwid wakaf dan ibtida’.
Definisi wakaf dari sudut bahasa ialah menahan dan menegah. Manakala dari sudut istilah ulama
qurra, ia merujuk kepada amalan memberhentikan suara pada akhir kalimah dalam tempoh
bernafas dengan niat. Ilmu wakaf dan ibtida’ ini berperanan menjaga keelokan bacaan supaya
menepati bacaan al-Quran itu dengan tartil iaitu Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Muzammil
ayat 4 yang bermaksud :

Atau lebih dari seperdua itu, dan bacalah al-Quran itu dengan tartil.

Saidina Ali R.A menjelaskan bahawasanya tartil itu ialah mencantikkan sebutan huruf dan
mengetahui tempat-tempat berhenti. Sekiranya berlaku kecuaian dalam waqaf dan ibtida’ akan
menyebabkan makna ayat al-Quran tidak dapat dihayati sebaiknya, sedangkan penghayatan
kepada setiap isi-isi ayat amat di tuntut. (Muhammad Syafee Salihin bin Hasan, Kemahiran
Waqf dan Ibtida’ dalam Kalangan Pelajar Program Sarjana Muda al-Quran dan Qiraat, 2014).
Oleh yang demikian, pembaca al-Quran haruslah menitik beratkan topik tersebut agar tidak
sering melakukan kesalahan yang sama.
c) Hukum Mad
Mad di dalam ilmu tajwid terbahagi kepada dua bahagian iaitu mad asli dan mad far’i. Setiap
bahagian mad tersebut mempunyai jenis-jenis mad yang memecahkan sebanyak 17 jenis mad.
Mad menurut bahasa adalah tambahan atau panjang. Mad, menurut istilah ulama tajwid dan ahli
bacaan (ahli qiraat) adalah memanjangkan suara bacaan huruf al-Quran disebabkan adanya huruf
mad sesuai aturan-aturan yang berlaku.
Untuk mendapat kesempurnaan dalam bacaan al-Quran kesemua mad ini haruslah dipelajari
dengan teliti serta boleh mengaplikasi di dalam bacaan.
d) Riwayat hafs
Kepelbagaian cara bacaan yang boleh kita amalkan mengikut mazhab-mazhab iaitu di kenali
sebagai ilmu qiraat. Walau bagaimanapun di Malaysia kebanyakkan menggunakan riwayat hafs
sebagai bacaan rasmi. Rata-rata orang Islam di Malaysia telah menggunakan riwayat hafs sejak
dari kecil lagi bermula, iqra’, huruf-huruf hija’iyah dan seterusnya al-Quran Karim. Namun,
masih lagi terdapat sebahagian yang tidak mengetahui atau tidak mengenali siapa yang diikuti
pembacaannya. Oleh itu kita mestilah mengambil tahu sedikit sebanyak tentang biografi beliau
agar kita dapat merasai perjuangannya dalam periwayatan qiraat ini.
Nama sebenar beliau ialah Abu Umar Hafs bin Sulayman bin al-Mughirah bin Abu Dawud al-
Asadi al-Kufi al-Bazzar al-Ghadiri. Beliau lebih dikenali sebagai Hafs. Imam Hafs dilahirkan di
Kufah pada tahun 90 Hijrah dan wafat pada tahun 180 Hijrah. Beliau merupakan periwayat
kepada Imam Asim yang paling alim dan mengambil bacaan Qiraat daripada gurunya secara
musyafahah dan talaqqi. Beliau pernah menduduki kota Baghdad dan Makkah seterusnya
menjadi muqri yang terkenal. (Fairuz A.Adi, 2018)

Hukum belajar tajwid merupakan fardhu kifayah, iaitu apabila ada sesetengah masyarakat itu
mempelajari tajwid maka bagi yang lain tidak akan menanggung dosa. Sebaliknya jika keseluruh
masyarakat tidak mempelajari ilmu tajwid, maka seluruhnya akan menanggung dosa. Kini tiada
alasan lagi untuk katakan tidak untuk belajar ilmu tajwid. Hal ini kerana, di dunia yang penuh
teknologi canggih ini, ilmu tajwid ini mudah untuk dipelajari walau di mana anda berada. Ketika
waktu lapang ataupun selepas solat fardhu , anda boleh mencapai telefon pintar anda dan boleh
terus menaip aplikasi mudah tajwid. Yang lebih menarik lagi, tidak memerlukan bayaran bulanan
seperti kelas di luar. Hanya memuat turun aplikasi tersebut ke dalam telefon pintar anda.
Terdapat empat perisian aplikasi pembelajaran Tajwid secara online yang boleh digunakan.
Antaranya ialah :
1) Muslim Pro

Antara aplikasi yang banyak digunakan oleh orang ramai dari seluruh dunia. Aplikasi
yang mengumpulkan pelbagai kemudahan untuk orang yang bergelar Muslim. Antara
kemudahan yang tersedia ialah penunjuk waktu solat yang bertepatan, kiblat yang tepat
ketika bermusafir dan yang paling utama adalah aplikasi al-Quran secara digital yang
tersedia. Selain itu, al-Quran digital yang disediakan Muslim Pro juga amat memudahkan
penggunanya. Hal ini kerana, terdapat tajwid yang berwarna pada al-Quran digital bagi
memudahkan pengguna yang mahu belajar tajwid. Selain itu, terdapat suara bagi setiap
ayat al-Quran dan disediakan beberapa Qari yang terkenal dalam rakaman suara al-
Quran. Hal ini memudahkan para pengguna yang mahu belajar dan baru belajar tajwid.
2) Nota hukum tajwid al-Quran

Aplikasi nota hukum tajwid al-Quran juga sangat membantu para pengguna terutamanya
para guru yang ingin mencari rujukan yang ringkas dan cepat. Nota hukum tajwid al-
Quran ini juga boleh di dapati dalam bentuk senaskah buku. Antara kelebihan aplikasi ini
ialah, terdapat topik-topik tajwid yang khusus beserta contoh untuk memudahkan
penggunanya. Selain itu juga, turut di sediakan gambar rajah bergambar dan nota
ringkasan bagi setiap topik untuk memudahkan lagi pengguna memahami ilmu tajwid
secara mudah dan pantas.

3) Learn Quran Tajwid

Aplikasi ini juga adalah salah satu aplikasi yang memudahkan pengguna yang baru
merangkak membaca al-Quran dan ingin mendalami ilmu tajwid yang lebih baik, mudah
dan pantas. Aplikasi ini merupakan pembelajaran secara komprehensif iaitu daripada
yang asas sehingga peringkat pembelajaran yang tinggi. Sebanyak 22 topik yang di
sediakan di dalam aplikasi ini. Antaranya huruf hija’yah, fathah dan sebagainya. Antara
yang menarik dalam aplikasi ini ialah, setiap topik tajwid terdapat pembelajaran secara
teori, praktis dan ujian, iaitu menguji kefahaman dalam setiap topik. Hal ini membuat
pengguna lebih seronok untuk dalami ilmu tajwid. Selain itu, terdapat juga peranti suara
yang tersedia bagi setiap topik dan contoh-contoh bacaan tajwid yang betul.
4) Learn Tajweed

Aplikasi ringkas dan mudah difahami bagi setiap pengguna yang memuat turun aplikasi
ini. Antaranya ialah, terdapat topik asas tajwid sehingga topik akhir. Aplikasi ini sangat
sesuai bagi semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak. Para ibu bapa yang ingin
mencari jalan mudah mengajarkan anak mereka tajwid, amat sesuai digunakan. Hal ini
kerana, terdapat bahagian praktis yang boleh di conteng di atas skrin mengikut contoh
topik yang diberikan. Hal ini membuatkan mereka bertambah seronok dan ingin belajar
lagi ilmu tajwid.

KESIMPULAN
Secara kesuluruhan, dapatlah disimpulkan bahawa kepentingan dalam mempelajari ilmu tajwid
haruslah dititik beratkan untuk penguasaan pembacaan al-Quran yang sempurna. Para pendidik
juga memainkan peranan untuk mewujudkan pengajaran ilmu tajwid yang berkesan. Iaitu dengan
menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian untuk menarik minat dalam menguasai ilmu ini.
Penguasaan topik-topik ilmu tajwid yang lemah dan kurang memuaskan juga harus di titik
beratkan.Terutamanya pada topik waqaf dan ibtida’ agar makna al-Quran juga sentiasa
terpelihara. Semua usaha ini mampu menyumbang kepada pembacaan yang terpelihara hukum-
hukum tajwidnya. Seterusnya, perisian aplikasi seperti Muslim Pro, Learn Quran Tajwid
perlulah di promosikan kepada orang awam. Secara tidak langsung, dapat menguasai ilmu tajwid
dengan lebih mudah dan pantas.

Anda mungkin juga menyukai