Anda di halaman 1dari 1

PENGARUH AGAMA ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN BAHASA ARAB DI

MALAYSIA: SATU SOROTAN AWAL

Kamarul Shukri Mat Teh


Mohd Shahrizal Nasir

Abstrak
Pendidikan bahasa Arab di Malaysia dipercayai bermula dengan kemasukan agama Islam ke Tanah Melayu.
Kertas ini cuba mengkaji sejauh mana agama Islam mempengaruhi perkembangan pendidikan bahasa
tersebut sehingga ia masih terus popular untuk dipelajari dan digunakan di Malaysia. Kajian bersifat
analisis dokumen ini mengenal pasti bahawa agama Islam mempunyai pengaruh terhadap beberapa perkara
berkaitan bahasa Arab sehingga menjadikan pembelajaran bahasa tersebut bersinambungan di Malaysia.
Antaranya, agama Islam telah meletakkan asas pendidikan bahasa Arab di awal kedatangannya sama ada
secara tidak langsung atau langsung. Ia mencetuskan proses asimilasi bahasa Arab-Melayu yang banyak
membantu pembelajaran. Agama Islam juga memberi kesan besar terhadap pendidikan bahasa Arab pasca
kemerdekaan.Tatkala denyut nadi pendidikan bahasa Arab mula lemah akibat penjajahan, kebangkitan
agama Islam telah menggerakkan pihak bertanggungjawab menyusun dan memperkasakan pendidikan
bahasa Arab di Malaysia.Agama Islam turut mempunyai pengaruh dalam menentukan status bahasa Arab
dalam konteks pendidikan bahasa di Malaysia. Kajian ini berkecenderungan menstatuskan bahasa Arab
dalam konteks pendidikan di Malaysia sebagai bahasa agama .Ini berdasarkan keunikan yang terdapat
pada latar pembelajarannya yang terdiri dari beberapa elemen seperti kedudukannya sebagai bahasa
sumber ajaran agama Islam, perintah agama untuk mempelajarinya, sejarah panjangnya di Malaysia, dan
peranannya sebagai bahasa ibadah yang sering disyiarkan.

Kata kunci: Agama Islam, bahasa Arab, bahasa al-Quran, bahasa agama, bahasa ibadah.

Pengenalan
Bahasa Arab merupakan bahasa rasmi bagi 22 buah negara Arab. Pada tahun 1973, ia telah
diiktiraf sebagai salah satu bahasa yang dibenarkan penggunaannya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu. Dianggarkan lebih dari 422 juta orang penutur bahasa Arab di seluruh
dunia.Pembelajaran bahasa Arab di negara-negara bukan Arab terus mendapat sambutan hangat
lebih-lebih lagi dari umat Islam.Keperluan semasa terutamanya di sektor ekonomi, pelancungan,
dan sosiopolitik telah menjadi pemangkin ke arah pembelajaran bahasa Arab, khususnya yang
bercirikan komunikasi.

Kini pembelajaran dan penggunaan bahasa Arab adalah semakin berkembang luas di
seluruh pelusuk dunia.Malaysia turut tidak ketinggalan dalam perkara ini.Malah, bahasa Arab
merupakan bahasa yang tidak dapat dipisahkan dari masyarakat Melayu umumnya dan umat
Islam khususnya.Sejarahnya bermula sejak kurun ke 13 Masihi bersama dengan kedatangan
agama Islam ke Malaysia.Antara petunjuk penting tentang permulaan kedatangan Islam ke
Malaysia ialah penemuan Batu Bersurat di Hulu Terengganu yang ditulis pada tanggal 22 Februari
1303 Masihi (4 Rejab 702 Hijrah). Batu Bersurat tersebut menunjukkan bahawa kedatangan Islam
ke Malaysia adalah lebih awal daripada tarikh yang tertera padanya.Semenjak itu, bahasa Arab
mula dipelajari oleh masyarakat Islam di Tanah Melayu.Ia terus berkembang sehingga mendapat

Anda mungkin juga menyukai