Anda di halaman 1dari 4

Lupa Daratan

Muhammad Hafeezullah Khan

SMK Tinggi Setapak

Azan Subuh bergema dilaungkan bilal di masjid Kampung Sungai Darat. Seperti
biasa setelah selesai menunaikan solat Subuh Adam menjamah beberapa sudu nasi
goreng yang terhidang di dapur. Adam akan mengatur langkah menuju ke kebun
getah milik arwah ayahnya. Kebun getah yang tidak sebegitu luas menjadi punca
rezeki buat keluarganya untuk menampung perbelanjaan harian. Inilah
tanggungjawab Adam sebagai anak sulung dalam keluarga setelah ketiadaan
bapanya. Setelah penat melakukan kerja dia akan melepaskan lelah di sebuah
pondok kayu yang dibinanya bersama arwah ayah sambil menikmati angin sepoi-
sepoi bahasa. Kebiasaannya, menjelang tengah hari barulah Adam pulang ke rumah
untuk berehat, menunaikan solat Zohor berjemaah dan menjamu selera bersama
ibunya.

Sebagai abang kepada tiga orang adik- beradik, Adam memastikan adik-
adiknya melanjutkan pelajaran yang cemerlang di universiti. Sudah tentu menoreh
getah sahaja tidak memadai untuk membayar kos melanjutkan pelajaran di
universiti. Tidak cukup dengan melakukan satu pekerjaan,Pada waktu malam,
Adam juga bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran berdekatan
kampungnya.Keringatnya yang sering membasahi pipi membuatkan dia sentiasa
dihargai oleh ahli keluarganya.Dia sentiasa berharap agar dikurniakan pekerjaan
yang lebih baik. Ibunya juga turut mengambil tempahan daripada orang kampung
untuk membuat kuih tradisional untuk meringankan beban anaknya .

Dalam pada itu, Adam ingin mencuba nasib mendapatkan pekerjaan di Kuala
Lumpur. Maklumlah, kerja-kerja yang dilakukan oleh Adam sebelum ini hanya
mendatangkan lelah. Adam menghantar beberapa surat permohonan pekerjaan
melalui e-mel kepada beberapa buah syarikat di Kuala Lumpur. Selang beberapa
hari setelah menjalani ujian temuduga ,saat yang dinanti-nantikan telahpun tiba
Adam menerima satu panggilan dari sebuah syarikat yang ternama .Pada awalnya
dia tidak terkata mendengar berita tersebut .Akhirnya, terucap pujian kepada Allah
SWT atas rezeki yang dikurniakan.
“Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku peluang kerja.” kata Adam dengan
senyuman terukir di bibir.

Kolam mata Mak Milah bergenang melihat beg dimasukkan ke dalam teksi. Ibu
menasihati Adam agar sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan sesama
manusia.

“Mak akan sentiasa doakan kau nak.” kata Mak Milah kepada Adam.

Teksi yang dinaiki segera membelah jalan meninggalkan Kampung Sungai Darat
untuk ke terminal bas yang terletak di pekan.Setibanya di terminal, Adam segera
menaiki bas bewarna merah yang terletak di hujung platform bas.Perjalanan yang
panjang ini membuatkan Adam lebih teruja untuk tiba di Kuala Lumpur. Setibanya di
Kuala Lumpur, Adam yang kepenatan menginap di sebuah rumah sewa yang
berdekatan dengan tempat kerjanya.Pada keesokan pagi,Adam bangun lebih awal
berbanding hari-hari sebelumnya untuk pergi ke masjid yang terletak sedikit jauh dari
rumahnya. Suasana bandar yang riuh di pagi hari tidak seperti suasana kampung
yang hening dan langit seakan-akan mendung.

Bermula hari pertama Adam sebagai seorang pengurus pemasaran di Syarikat


Maju Berjaya.Dia memperkenalkan dirinya kepada rakan sekerja dengan gementar
sebagai seorang pekerja baharu dalam syarikat yang megah. Mestilah gementar ini
kali pertama dia bekerja di syarikat besar.Tetapi jika dibezakan dengan pekerja lain
kelulusan Adam yang biasa tidak memadai untuk bekerja di syarikat
tersebut ,mungkin ini hanya berkat doa ibunya.Hari demi hari, Adam semakin
berjaya dalam bidang pekerjaannya.Rakan sekerja turut banyak memberikan tunjuk
ajar kepadanya.

Setelah tiga tahun bekerja bersama Datuk zainal pengarah Syarikat Maju
Berjaya, Adam dinaikkan pangkat atas usaha beliau memajukan syarikat. Prestasi
Adam yang semakin bagus dalam syarikat dicemburui pekerja lain.Adam dinaikkan
pangkat di cawangan lain .Adam mula hidup dalam persekitaran yang mewah , dia
membeli sebuah kereta keluaran baharu dan lebih boros dalam berbelanja.Setiap
barangan mewah yang dibeli akan dimuatnaik ke dalam media sosial. Hidup Adam
yang kini lebih sibuk menghadiri program dan majlis perasmian sesebuah projek
telah menyebabkan dirinya tidak selalu dapat pergi ke masjid.
Namanya pasti akan disanjung dimana-mana majlis syarikat yang berkaitan
Datuk Zainal. Adam mendapat banyak anugerah sehingga kesenangan dan pangkat
mengaburi dirinya. Sikap Adam turut berubah semenjak dia menjadi orang penting
dalam syarikat. Adam tidak lagi bergaul dengan rakan sekerjanya. Begitu juga nasib
Ibu dan adik-adiknya di kampung yang sekian lama tidak bersua dan tidak bertanya
khabar .

“Adam dah lama kita tak jumpa.” tegur Alif rakan sekerjanya. “Eh, Alif! Biasalah
sibuk sikit,maklumlah dah naik pangkat bukan macam yang lain.” Jawab Adam
dengan angkuhnya. Alif yang berasa sedikit meluat beredar meninggalkan tempat
tersebut .

Suasana di dalam pejabat menjadi riuh rendah setelah digemparkan dengan


berita bahawa cawangan Syarikat Maju Berjaya hampir muflis.Hal ini disebabkan ,
oleh kerugian besar daripada kecuaian para pekerja. Sebagai langkah terakhir,
beberapa pekerja terpaksa diberhentikan.Adam juga diberhentikan serta merta
ekoran prestasinya yang semakin menurun .Adam amat terkejut mendengar berita
yang dia tidak pernah sangkakan.Mukanya yang kelihatan pucat merasa amat
kecewa dan kesal.

Setelah peristiwa yang tidak diingini berlaku, Adam cuba mendapatkan


bantuan daripada rakan-rakannya namun dia tidak dihiraukan kerana sikapnya yang
sering memandang rendah terhadap orang lain. Adam bertekad untuk pulang ke
kampung kerana itu sahaja satu-satunya harapan yang tinggal setelah rumah dan
keretanya ditarik.Setelah tiba di kampung Adam melihat ibunya sedang menyapu
membersihkan beranda rumah. Air matanya mengalir membasahi pipi mengenang
dosa yang telah dilakukan. Adam terus berlari ke arah ibunya lalu mencium tangan
ibunya memohon ampun.Ibu Adam mengalirkan air mata sambil mengukir
senyuman lebar setelah kerinduannya diubat.

Sinaran matahari yang memancar di rumah Mak Milah mengubah suasana pagi
tersebut.Kicauan burung-burung murai mengindahkan lagi suasana disambil Adam
dan adik-beradiknya bercangkul untuk bercucuk tanam. Ketika sedang seronok
bercucuk tanam tiba-tiba telefon bimbit Adam berdering. Panggilan tersebut
daripada syarikat baharu yang ingin menawarkan jawatan tinggi kepada Adam.
Adam berasa susah hati untuk memegang jawatan tersebut tetapi Mak Milah
menasihatkan bahawa kerja untuk lebih berjaya dan hidup untuk bantu orang
lain.Setelah mendengar nasihat ibunya tadi Adam berbesar hati menerima tawaran
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai