Anda di halaman 1dari 124

BAB 1

Perkembangan Kanak-Kanak

PENGENALAN
Pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah fokus utama dalam kajian
berkaitan psikologi perkembangan. Pertumbuhan berlaku bermula dari saat
percantuman benih sehingga seseorang itu mencapai tahap kematangan.
Manakala perkembangan pula merupakan proses yang berterusan hingga ke
akhir hayat.

AKTIVITI 1.1
Apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan? Apakah perbezaan
antara pertumbuhan dan perkembangan?

PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGANKANAK-KANAK

(a) Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan

Pertumbuhan membawa maksud sebarang perubahan yang boleh dinilai atau


diukur secara kuantiti. Perubahan tersebut boleh diukur daripada suatu
peringkat perkembangan yang tertentu ke peringkat perkembangan yang lain
yang lebih tinggi nilainya daripada yang asal. Perubahan-perubahan berlaku
dalam bentuk yang dapat dilihat dengan mata kasar umpamanya sifat luaran
seseorang. Apabila dilihat daripada sifat luaran seseorang pelajar terdapat
perkembangan yang jelas yang dapat diukur secara kuantitatif umpamanya
perubahan yang bersifat jasmani seperti saiz dan berat badan. Perubahan juga
2  TOPIK 1 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN

dapat diukur dengan jelas daripada segi tinggi seseorang yang bersekolah
rendah dan yang bersekolah menengah.

Dalam kehidupan manusia proses pertumbuhan akan mencapai kemuncaknya


apabila mereka mencapai tahap kematangan. Aspek-aspek mental dan fizikal
bersama-sama membantu secara tidak langsung dalam proses pertumbuhan
tersebut.

Pertumbuhan bersifat kuantitatif

Pada kebiasaannya perubahan yang tampak begitu jelas adalah berkaitan dengan
struktur tulang, kelenjar, saraf dan otot seseorang. Seseorang pengkaji yang ingin
mengetahui dengan jelas sebarang pertumbuhan yang berlaku harus melakukan
pengukuran dari semasa ke semasa supaya perubahan tersebut dapat dikesan
dengan tepat.

Apabila pertumbuhan dirujuk kepada aspek kuantitatif seseorang individu,


perkembangan pula merujuk kepada aspek kualitatif. Perkembangan tidak dapat
diukur secara kuantitatif. Walaupun sukar diukur, namun perkembangan
seseorang individu dapat dikesan. Umpamanya, seseorang bayi hanya mampu
menangis apabila berhajatkan sesuatu seperti susu. Namun pada usia yang
tertentu, bayi tersebut mampu menunjukkan tangan atau memberi isyarat
tertentu apabila menghendaki susu. Contoh tersebut menunjukkan bayi
mengalami proses perkembangan iaitu daripada hanya menangis apabila
kehendakkan susu kepada menunjukkan tangan atau memberi isyarat tertentu
apabila menghendaki perkara yang sama.
TOPIK 1 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN 3

Perkembangan bersifat kualitatif

Perkembangan adalah sebahagian daripada proses untuk manusia mencapai


tahap kematangan. Perubahan-perubahan yang nyata dapat dikesan melalui
perbandingan dengan tahap yang lebih awal. Sifat-sifat yang diperhatikan akan
menunjukkan perubahan dalam jangka masa tertentu yang boleh diramalkan.
Pertumbuhan berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap
kematangan. Manakala perkembangan adalah proses yang berlaku tanpa
sempadan yang tertentu sehingga seseorang itu menghembuskan nafas yang
terakhir.

b) Prinsip-prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan

Pada dasarnya, prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan menunjukkan


perbezaan yang ketara. Ahli-ahli psikologi perkembangan berpendapat
pertumbuhan yang berlaku di kalangan individu terangkum dalam dua arah
iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Penyataan tersebut merujuk
kepada perubahan yang berlaku daripada segi fizikal seseorang manusia iaitu
pada dasarnya, seseorang kanak-kanak yang sedang membesar akan mencapai
proses ketinggian dan berat badan yang tertentu dari semasa ke semasa.
Pertumbuhan pula boleh dikaitkan dengan perubahan pada struktur tulang, otot
dan saraf.
Pertumbuhan-pertumbuhan yang dinyatakan berlaku secara menyeluruh dan
melibatkan struktur-struktur badan. Walaupun terdapatnya penyeluruhan
dalam pertumbuhan namun terdapat juga pertumbuhan-pertumbuhan yang
bersifat khusus yang berlaku pada masa yang sama. Fungsi atau kemahiran yang
tertentu hanya boleh dipraktikkan apabila pertumbuhan keseluruhannya berlaku
dengan sempurna. Pertumbuhan setiap individu berbeza antara satu dengan
yang lain. Terdapat individu yang lebih cepat menunjukkan pertumbuhan
fizikalnya berbanding individu yang lain.

Sungguhpun begitu, ahli-ahli psikologi perkembangan menyatakan pola-pola


pertumbuhan dapat dikesan dengan jelas dalam proses pertumbuhan tersebut.
Pertumbuhan dan perkembangan adalah proses yang saling berinteraksi antara
satu dengan yang lain. Umpamanya apabila seseorang pelajar mengalami
4  TOPIK 1 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN

masalah pertumbuhan jasmani, masalah tersebut akan mempengaruhi


perkembangan sosial, emosi dan rohani mereka secara langsung.

Seperti yang sudah dinyatakan sebelum ini, pola-pola pertumbuhan dan


perkembangan boleh diperhatikan dan diramalkan. Pola-pola tersebut dapat
dikesan sejak kelahiran seseorang sehingga mereka meninggal dunia. Pola-pola
pertumbuhan dan perkembangan secara umumnya boleh dinyatakan seperti
berikut:

Bil Peringkat Perkembangan Umur


1 Peringkat PraLahir Dalam Kandungan
2 Peringkat Bayi 0-2 tahun
3 Peringkat Awal Kanak-kanak 2-6 tahun
4 Peringkat Akhir Kanak-kanak 6-12 tahun
5 Peringkat Awal Remaja 12-15 tahun
6 Peringkat Akhir Remaja 15-21 tahun
7 Peringkat Dewasa 21-60 tahun
8 Peringkat Tua 60 tahun ke atas

Peringkat yang menampakkan banyak unsur pertumbuhan dan perkembangan


seseorang adalah peringkat bayi hinggalah peringkat akhir kanak-kanak iaitu
semasa mereka berumur 0 hingga 12 tahun. Dalam lingkungan umur tersebut
terdapat pelbagai perubahan yang unik berlaku. Perubahan-perubahan yang
utama adalah seperti berikut:
(a) Pertumbuhan jasmani

Pada peringkat bayi iaitu dalam lingkungan umur 0 hingga 2 tahun, bayi mula
mengenal objek-objek yang berada di sekelilingnya. Objek-objek tersebut
dikenali melalui sentuhan tangan dan organ-organ deria yang lain seperti
melalui penglihatan dan pendengaran walaupun penglihatan dan pendengaran
masih dalam proses perkembangan. Bayi juga menunjukkan keupayaan
membezakan suara-suara yang sering didengarinya setiap hari berbanding suara
orang lain yang jarang atau tidak pernah didengarinya. Pada peringkat bayi
mereka mula memperoleh koordinasi dan kawalan otot yang tertentu.

Pada peringkat awal kanak-kanak iaitu sewaktu kanak-kanak tersebut berumur


2 hingga 6 tahun, sel-sel otak kanak-kanak berkembang berbanding umur bayi
TOPIK 1 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN 5

pada usia 0 hingga 2 tahun. Pergerakan kanak-kanak tersebut menjadi lebih


terkawal kerana penggunaan kapasiti dan keupayaan yang ada pada otak
mereka. Kemampuan kaki dan tangan juga digunakan dengan sebaik mungkin.
Pertumbuhan jasmani kanak-kanak menjadi ketara. Tubuh badan menjadi lebih
besar, lebih tinggi dan lebih tegap dibandingkan pada peringkat bayi. Gigi-gigi
susu mula tumbuh dan membentuk satu set gigi yang sempurna.

Semasa kanak-kanak
berumur 6 hingga 12
tahun, sel-sel otak kanak-
kanak dikatakan mencapai
60% berat berbanding
orang dewasa. Kanak-
kanak dapat melakukan
penyelarasan motor dan
kawalan tubuh badan
bertambah baik dan
sempurna terutamanya
dalam aspek kehidupan
seharian. Mereka mula
berjinak-jinak dengan
bahan bacaan kerana otot
mata sudah mencapai
tahap kematangan. Pendengaran kanak-kanak juga bertambah tajam. Mereka
boleh membezakan pelbagai jenis bunyi yang berlainan.
(b) Aspek-aspek perkembangan kognitif

Pada peringkat bayi iaitu yang berumur 0 hingga 2 tahun mereka mula
mengenal objek-objek yang terdapat di persekitaran. Mereka menanggapi objek-
objek tersebut dengan gerak-geri dan organ deria. Mereka juga berusaha
mengaitkan objek-objek tersebut dengan kata-kata atau isyarat-isyarat tertentu.

Dalam lingkungan umur 2 hingga 6 tahun, mereka sudah pandai menggunakan


bahasa-bahasa tertentu sebagai ganti kepada objek-objek yang dilihat. Mereka
juga berkeupayaan membentuk konsep-konsep yang mudah. Dalam kehidupan
seharian, mereka memperlihatkan tanda-tanda berimaginasi yang bersifat
fantastik dan mencipta 'dunia' mereka sendiri terutamanya sewaktu bermain.
Pada masa yang sama mereka boleh mengkelaskan objek-objek yang dilihat
berdasarkan ciri-ciri umum objek.
6  TOPIK 1 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN

Bahagian Otak Manusia

Apabila mencecah umur 6 hingga 12 tahun, kanak-kanak berupaya mengenal


pasti dan mengaitkan objek dengan simbol-simbol bahasa yang tertentu. Begitu
juga konsep-konsep yang berkaitan dengan berat sesuatu objek, sistem nombor
dan isipadu objek.

(c) Perkembangan emosi dan sosial

Bayi yang berumur 0 hingga 2 tahun menunjukkan rasa senang, gelisah dan
unsur-unsur emosi yang lain yang dapat diperhatikan. Perasaan cemburu dan iri
hati mula berputik dan dapat diperhatikan semasa kanak-kanak bersama-sama
dengan ahli keluarga. Namun begitu pada umur 2 hingga 6 tahun, kanak-kanak
menunjukkan perubahan dalam aspek emosi yang ketara. Walaupun setiap
unsur emosi yang ditunjukkan tidak kekal lama, perasaan cemburu dan irihati
semakin bertambah. Kanak-kanak hanya suka menghabiskan masa bermain
bersama-sama ahli keluarga atau jiran yang mempunyai umur yang sama. Ada
ketikanya mereka gemar menghabiskan masa bersendirian.

Dalam lingkungan umur 6 hingga 12 tahun, kanak-kanak gemar menghabiskan


masa bersama rakan sebaya dan bermain sebarang permainan secara berpasukan
seperti bola sepak, bola jaring, dan sebagainya. Oleh sebab itu, mereka semakin
memahami perasaan orang lain dan emosi mereka semakin stabil.

(d) Perkembangan bahasa


TOPIK 1 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN 7

Bayi pada umur 0 hingga 2 tahun sudah pandai meluahkan emosi melalui bunyi-
bunyi bahasa tertentu. Mereka juga berusaha meniru kata-kata yang mudah dari
persekitaran. Apabila memperoleh kata-kata tertentu, mereka akan mengulang-
ngulang bunyi yang sama. Kanak-kanak yang berusia 2 hingga 6 tahun boleh
mengekspresikan idea-idea dalam bentuk lakaran-lakaran tertentu ataupun
lukisan. Mereka juga berkeupayaan meniru dan membentuk ayat-ayat yang
mudah sebagai wadah untuk berinteraksi dengan orang lain.

Pada umur 6 hingga 12 tahun, kanak-kanak boleh mempelajari simbol-simbol


bahasa tertentu. Tujuan simbol-simbol tersebut dipelajari adalah sebagai
penghubung kepada objek yang dimaksudkan. Mereka juga menunjukkkan
kemahiran bertutur terutamanya dalam pergaulan sosial.

AKTIVITI 1.2
Bagaimanakah perkembangan manusia dapat diukur? Bezakan antara
perkembangan kognitif dengan perkembangan bahasa kanak-kanak.

1.1.1 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MANUSIA


Terdapat beberapa tokoh psikologi yang telah mengemukan teori tentang
perkembangan manusia. Antara tokoh-tokoh tersebut ialah Erik Erikson
(Erikson's Theory of Psychosocial Development), Sigmund Freud (Freud's
Psychoanalytic Theory), Jean Piaget (Piaget's Cognitive Developmental Theory),
John B. Watson (Behaviorism Theory), B. F. Skinner (Skinner's Operant
Conditioning Theory), Albert Bandura (Bandura's Social Cognitive Theory), Lev
Vygotsky (Vygotsky's Cognitive Theory), John Bowlby (Bowlby's Attachment
Theory), Urie Bronfenbrenner (Bronfenbrenner's Ecological Theory of
Development) dan lain-lain lagi. Tokoh-tokoh ini telah mengemukakan berbagai
pendapat tentang bagaimana manusia berkembang dari awal kelahiran
hinggalah ke ahkir hayat. Bagaimanapun topik ini hanya akan membincangkan
perkembangan manusia berdasar tiga teori yang dikemukan oleh Eriks Erikson
(1902), Sigmund Freud (1856-1939) dan Jean Piaget (1896-1980).
8  TOPIK 1 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN

A) TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON (1902-


1994)

Teori Perkembangan Erikson berdasarkan pemahaman berlakunya konflik pada


setiap perkembangan yang tertentu. Konflik ini berlaku kerana terdapat unsur
positif dan negatif dalam setiap perkembangan. Konflik yang berlaku
mendorong penyesuaian psikologikal secara berterusan.

Setiap konflik yang berlaku pada peringkat-peringkat tertentu mempunyai ciri-


ciri yang khusus. Teori yang dikemukakan oleh Erikson dikenali sebagai Teori
Perkembangan Emosi Fizikal Erikson. Beliau mengenal pasti beberapa peringkat
perkembangan emosi manusia. Peringkat tersebut bermula daripada peringkat
bayi hingga peringkat tua.

Lapan Tahap Perkembangan Manusia Mengikut Erik Erikson

(i) Peringkat bayi

Peringkat bayi berlaku dalam lingkungan umur 0 hingga 1 tahun. Konflik yang
berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai konflik Kepercayaan lawan
Ketidakpercayaan.

Rasa kepercayaan menurut Erikson dibina secara berperingkat -peringkat. Titik


permulaannya adalah pada tahun yang pertama. Apabila sesuatu keperluan
seseorang tidak dipenuhi, kanak-kanak itu akan berputik rasa ketidakpercayaan.
Rasa ketidakpercayaan akan diterjemahkan dengan perlakuan atau tingkah laku
yang negatif.
TOPIK 1 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN 9

(ii) Peringkat Awal Kanak-kanak

Peringkat awal kanak-kanak ini berlaku dalam lingkungan umur 1 tahun hingga
3 tahun. Kanak-kanak yang melalui peringkat ini berkeinginan mempunyai
kuasa membuat keputusan yang berkaitan dengan aktiviti seharian. Mereka
berusaha menunjukkan dan membuktikan mereka boleh membuat sesuatu yang
diingini dengan kebolehan dan daya usaha mereka sendiri tanpa bantuan orang
lain.

Pada masa yang sama kanak-kanak dalam lingkungan umur ini akan berasa
malu apabila tidak diberi kuasa yang perlu ada pada mereka. Mereka tidak
sahaja malu kepada diri sendiri tetapi juga malu kepada individu yang berada di
sekeliling mereka. Mereka juga bimbang dan malu apabila mereka melakukan
kesalahan di depan orang lain. Konflik yang berlaku pada peringkat ini dikenali
sebagai konflik Autonomi lawan Malu/ragu.

(iii) Peringkat Awal Kanak-kanak Tadika

Peringkat Awal Kanak-kanak Tadika ini berlaku dalam lingkungan umur 3


hingga 6 tahun. Konflik yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai konflik
Inisiatif lawan Serba Salah. Antara ciri-ciri perkembangan emosi yang berlaku
pada peringkat ini adalah kanak-kanak akan cepat belajar sesuatu pengetahuan
baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu kanak-kanak
peringkat ini amat peka kepada fakta-fakta yang tepat atau fakta-fakta yang
salah.

Sebaliknya, mereka akan cepat berasa serba salah apabila diketawakan ketika
mereka melakukan sesuatu yang salah atau memberikan jawapan yang
menyimpang. Kesannya mereka akan membina dengan sendirinya sikap negatif
apabila mereka berasa serba salah.

(iv) Peringkat Kanak-kanak

Peringkat kanak-kanak ini berlaku dalam lungkungan 6 hingga 11 tahun. Pada


peringkat ini keinginan terhadap sesuatu dan menguasainya adalah sebahagian
daripada matlamat kehidupan seharian. Kanak-kanak juga mempunyai
keinginan membuktikan kejayaan dalam sebarang bidang yang diminatinya.
Pada peringkat ini juga mereka sebenarnya sudah menguasai kemahiran asas
yang diperlukan bagi mengendalikan tubuh badan mereka. Begitu juga
kemahiran asas dalam aktiviti bersosial.
10  TOPIK 1 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN

Namun begitu, kanak-kanak amat memerlukan kepelbagaian bentuk peneguhan


positif sebagai perangsang kepada mereka bagi membuktikan kejayaan mereka.
Antara bentuk peneguhan positif yang diperlukan adalah puji-pujian dan
penghargaan terhadap tugasan yang sudah disempurnakan. Apabila mereka
dikritik atas sebarang sebab yang tidak dapat difikirkan secara munasabah oleh
kanak-kanak tersebut maka terbentuklah rasa rendah diri yang akan mewarnai
diri mereka kelak. Konflik pada peringkat ini dikenali sebagai Konflik Kerajinan
lawan Rendah Diri.

(v) Peringkat Remaja

Peringkat perkembangan emosi remaja ini berlaku antara umur 12 hingga 20


tahun. Konflik emosi yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai konflik
Identiti lawan Kekeliruan Identiti. Individu yang bergelar remaja akan berusaha
memahami dan menilai diri sendiri.

Dalam proses memahami dan menilai diri sendiri tersebut, remaja


berkecenderungan berdepan dengan situasi-situasi yang bertentangan dengan
identitinya. Kesannya, mereka akan menghadapi krisis identiti. Krisis identiti
juga berlaku kerana para remaja begitu sensitif dengan perubahan fizikal badan.
Tubuh badan mereka adalah sebahagian daripada unsur-unsur yang membentuk
imej kendiri seseorang remaja. Secara keseluruhannya, para remaja akan
membentuk konsep kendiri yang positif dan konsep kendiri yang negatif.

AKTIVITI 1.3
Apakah bentuk ucapan atau kata-kata yang sesuai digunakan oleh ibu bapa
ketika berinteraksi dengan kanak-kanak? Bagaimanakah corak interaksi ini
membantu perkembangan kanak-kanak?

b) TEORI PSIKOANALITIK SIGMUND FREUD (1856-1939)


Freud percaya manusia dilahirkan dengan desakan naluri semula jadi. Kekuatan
tenaga dalaman kanak-kanak hasil daripada unsur biologi dikenali sebagai
libido. Libido terpendam dalam diri kanak-kanak mendorong tingkah laku
seperti mengingat, berfikir dan bertindak. Peranan libido dilihat dari tiga aspek
berikut :
a) Naluri libido - merujuk pada kenikmatan berkaitan dengan seks. Keseluruhan
perkembangan tersebut dikenali sebagai perkembangan psiko seksual.
TOPIK 1 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN 11

b) Naluri kematian - merujuk kepada desakan-desakan yang bersifat negatif.


c) Naluri kehidupan - merujuk kepada keinginan meneruskan kehidupan dan
memenuhi keperluan hayat.

Freud mengatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh manusia adalah


bergantung kepada tiga tahap pemikiran iaitu “
1) Tahap Tidak Sedar (Unconcious level)
2) Tahap separa Sedar (Preconcious level)
3) Tahap sedar (Concious Level)

Sumber: http://faculty.knox.edu/fmcandre/freudoh.gif

Selain dari memperkenalkan tiga tahap konsep pemikiran kesedaran ini, Freud
juga telah membahagikan personaliti manusia itu kepada tiga struktur:
1) Id – dorongan biologikal yang didorong oleh tenaga libido untuk
bertindak dan mendapat kepuasan tanpa mengira sebarang akibat. Id
mengandungi naluri kematian dan juga naluri kehidupan.
2) Ego – berpandukan prinsip realiti untuk mengawal sebarang tindakan
yang dilakukan. Ego merupakan orang tengah antara desakan Id dan
penentuan moral Superego
12  TOPIK 1 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN

3) Superego – merupakan komponen sosial dan moral yang bersifat


idealistik dan sempurna. Superego juga berfungsi untuk memujuk Ego
supaya menggantikan matlamat realistik kepada matlamat moral.

Kedudukan Tiga Struktur Asas Personaliti Freud

Berdasarkan rajah di atas, Sigmund Freud membuat bandingan pemikiran


manusia dalam bentuk Iceberg. Bahagian yang terletak di atas permukaan air
mewakili bahagian pemikiran sedar dan bahagian yang terletak dibawah
permukaan air mewakili tahap meikiran tidak sedar dan separa sedar. Daripada
tiga struktur asas personaliti yang dikemukakan oleh Freud iaitu id, ego dan
supergego, hanya id yang terletak sepenuh di bawah pemikiran tidak sedar.

Freud juga berpendapat bahawa zaman kanak-kanak akan mempengaruhi


perkembangan pada peringkat berikutnya. Sekiranya zaman kanak-kanak
dipenuhi dengan pengalaman yang menyakitkan seperti didera atau berlaku
trauma, maka kehidupan pada zaman remaja dan dewasa juga akan berlaku
konflik.

Perkembangan seseorang individu berdasarkan teori psikoanalitik dibahagikan


kepada 5 peringkat, iaitu peringkat oral, anal, falik, latensi dan genital. Freud
TOPIK 1 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN 13

berpendapat setiap peringkat berlaku secara berturutan. Berikut dihuraikan


peringkat-peringkat perkembangan seperti yang dikemukakan oleh Freud:

(i) Peringkat Oral (0 hingga 1 tahun)


Peringkat oral bermula dari kanak-kanak 0 hingga 1 tahun. Pada peringkat ini
kanak-kanak memperolehi kepuasan dari aktiviti menghisap dan menggigit.
Sekiranya kanak-kanak tidak memperolehi kepuasan mulut dan bibir pada
peringkat ini, maka kesan negatif akibat lekatan seperti agresif dan suka
mengumpat akan diperlihatkan apabila dewasa kelak.

Gambar

(ii) Peringkat Anal (1 tahun hingga 3 tahun)


Peringkat anal bermula apabila kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun. Pada
peringkat ini, zon erotik pada kanak-kanak adalah dubur di mana kepuasan
diperolehi daripada aktiviti membuang najis. Kanak-kanak akan belajar cara-cara
mengawal pembuangan air besar dan kecil dengan tujuan untuk mendapat
perhatian.

Desakan ibu bapa yang keterlaluan terhadap aktiviti kanak-kanak ini akan
mewujudkan anal aggressive dan anal retentive. Anal aggressive berlaku apabila
anak bertindak agresif terhadap kawalan ketat ibu bapa, manakala anal retentive
pula adalah salah anggapan kanak-kanak terhadap perhatian berlebihan yang
diberikan oleh ibu bapa kepadanya. Kesannya, dewasa nanti kemungkinan
individu itu akan menjadi seorang yang tidak berdisiplin, pemarah dan zalim,
atau terlalu mementingkan peraturan, degil dan kedekut.

(iii) Peringkat Falik (3 tahun hingga 6 tahun)


Kanak-kanak pada peringkat ini sudah mula mengenali organ kejantinaan
masing-masing. Kanak-kanak suka memegang kawasan kemaluan mereka dan
mendapat keseronokan daripadanya. Pada kanak-kanak perempuan keadaan ini
dinamakan elektra kompleks iaitu tertarik kepada bapa, manakala kanak-kanak
lelaki akan mengalami keadaan oedipus kompleks iaitu lebih tertarik kepada
ibunya.
14  TOPIK 1 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN

Kanak-kanak perempuan akan cuba meniru gaya ibunya bagi menarik perhatian
bapanya, manakala sebaliknya pula berlaku bagi kanak-kanak lelaki. Pada
peringkat ini juga kanak-kanak sudah mula pandai menggunakan helah bela diri
dalam mengatasi masalah penyesuaian.

(iv) Peringkat Latensi (6 tahun hingga 11 tahun)


Pada peringkat ini konflik gelora yang dialami pada peringkat oral, anal dan
falik akan menjadi tenang kerana kanak-kanak mula terdedah kepada pelbagai
pengalaman baru. Keinginan seksual kanak-kanak terpendam untuk sementara
waktu kerana mereka mula sibuk dengan pelbagai aktiviti seperti memasuki
alam persekolahan.

Pada tahap ini, kanak-kanak juga menunjukkan minat untuk bersosial. Sekiranya
peluang untuk bergaul terlalu dibataskan oleh ibu bapa, maka akan
menunjukkan tingkahlaku yang negatif dalam pergaulan seperti sukar bergaul,
terkongkong dan mengasingkan diri apabila dewasa nanti.

(v) Peringkat Genital (12 tahun ke atas)


Pada peringkat ini kanak-kanak mula memasuki alam remaja. Kelenjar-kelenjar
kelamin mereka sudah mula berfungsi dan alat-alat kelamin melalui proses
perkembangan serta berfungsi sebagai sumber kenikmatan dan kepuasan.
Kanak-kanak mula menunjukkan minat pada rakan sebaya yang berlainan
jantina. Pada peringkat ini, mereka mula mempunyai perasaan untuk dicintai
dan mencintai orang lain. Mereka juga sudah mula memikirkan tentang isu
percintaan, perkahwinan dan kerjaya masa hadapan.

C) Teori Perkembangan Jean Piaget (1896-1980)


Piaget telah membahagikan tahap perkembangan kognitif kepada empat
peringkat seperti yang dinyatakan dalam rajah dan jadual di bawah:
TOPIK 1 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN 15

Rajah Perkembangan Kognitif Jean Piaget

a) Peringkat Deria Motor (0-2 Tahun)

Pada tahap ini kanak-kanak menggunakan aktiviti deria motor untuk


mengetahui benda di sekelilingnya. Pengetahuan yang diperolehi adalah terhad
kerana bergantung pada interaksi fizikal dan persekitarannya. Mereka belum
boleh meramal dan belajar melalui trial and error seperti menggoncang botol
untuk menghasilkan bunyi.

Konsep pengekalan objek mula wujud apabila umur kanak-kanak tersebut


meningkat antara 7-9 bulan. Kanak-kanak menyedari fizikal dan
persekitarannya. Mereka belum boleh meramal dan belajar melalui trial and error
seperti menggoncang botol untuk menghasilkan bunyi. Konsep pengekalan
objek mula wujud apabila umur kanak-kanak tersebut meningkat antara 7-9
bulan. Kanak-kanak menyedari bahawa objek masih ada walaupun tidak dapat
dilihat di depan matanya.
16  TOPIK 1 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN

Konsep Pengekalan objek

b)Peringkat Pra-Operasi (2-7 Tahun)

Pada tahap ini kanak-kanak mula menggunakan bahasa untuk menyatakan


sesuatu. Perkembangan daya ingatan dan imaginasi semakin meningkat. Mereka
mula faham konsep masa lepas dan masa sekarang dan masa hadapan.
Bagaimana pun mereka belum boleh menguasai konsep-kosep yang lebih
kompleks seperti hubungan antara sebab dan akibat. Mereka juga masih
mempunyai pemikiran egocentrik dan intuitive. Pada tahap ini juga mereka
belum boleh menguasai konsep konsep seperti dalam gambarajah di bawah:

conservation tasks conservation tasks

conservation tasks seriation tasks


TOPIK 1 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN 17

c) Operasi konkrit (7-11 tahun)

Pada tahap ini kanak–kanak sudah dapat menguasai pemikiran seperti yang
terdapat dalam gambarajah di sebelah. Mereka tidak lagi berfikir secara
egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Mereka gemar bertanya
dan mula menerima pendapat orang lain. Mereka sudah mula memahami unsur-
unsur pemikiran logik, konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan.
Mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum


memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep
kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami
konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan
dan sebagainya.

d) Operasi Formal

Pada tahap ini mereka telah mampu membuat keputusan dan telah dapat
membuat hipotesis melalui pemerhatian. Mereka juga telah mula mencari jalan
untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat sistematik.
Pada tahap ini juga, pemikiran baru dihasilkan iaitu berbentuk abstrak, formal
dan logik.

Pemikiran Tahap Operasi Formal


18  TOPIK 1 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN

SEMAK KENDIRI 1.1


Apakah yang anda faham tentang perkembangan berikut serta
bincangkan hubungannya antara satu sama lain.
(a) Pertumbuhan (b) Perkembangan emosi dan sosial
(c) Perkembangan bahasa (d) Perkembangan kognitif

 Pertumbuhan bermaksud sebarang perubahan yang boleh dinilai atau


diukur secara kuantiti.
 Perkembangan adalah sebahagian daripada proses untuk manusia
mencapai tahap kematangan mengikut jangka masa tertentu yang boleh
diramalkan.
 Pertumbuhan dan perkembangan adalah proses yang saling berinteraksi
antara satu dengan yang lain.
 Pertumbuhan jasmani dapat dilihat melalui perubahan bentuk tubuh
badan mengikut peringkat umur.
 Perkembangan emosi dan sosial, perkembangan bahasa, dan
perkembangan kognitif dikesan melalui perbandingan dengan tahap
perkembangan masing-masing yang lebih awal.

• Erikson, E.H. 1950. Childhood and Society. New York : Norton.

• Lahey, B.B. (2001). Psychology: An introduction. (7th ed). Boston: McGraw


Hill Co.

• Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004). Psikologi Pendidikan: Pendekatan


kontemporari. Kuala Lumpur: McGraw Hill Malaysia Sdn. Bhd.

• Shaffer, D.R. (1990). Developmental Psychology. (5th ed.) Boston: Houghton


Mifflin Co.
BAB 2
Tingkahlaku Kendiri Positif

PENGENALAN
Konsep kendiri yang positif amat penting dalam diri setiap kanak-kanak. Konsep
kendiri positif akan mendorong kanak-kanak bertingkahlaku positif dan
berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. Pembentukan konsep
kendiri positif dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya termasuklah
komunikasi dengan ibu bapa, hubungan dengan rakan sebaya, interaksi dengan
guru-guru, dan juga pengaruh komuniti setempat. Kemesraan, kasih sayang dan
sokongan merupakan antara perkara penting dalam perhubungan dan interaksi
sosial kanak-kanak. Kanak-kanak yang rasa dirinya dihargai dan disayangi akan
melihat diri mereka sebagai berharga dan berguna. Perasaan ini membolehkan
kanak-kanak berkembang secara sihat dari aspek kognitif, emosi, sosial dan
moral.

AKTIVITI 1.1

SIKAP KENDIRI

a) Definisi Kendiri

Kendiri adalah kesatuan pengetahuan dan reaksi seseorang yang membezakan


antara dirinya dengan orang lain. Jika personaliti menekankan tanggapan atau
persepsi orang lain, kendiri pula adalah sebaliknya. Konsep kendiri sebenarnya
menekankan tanggapan individu terhadap dirinya sendiri (Kamaruddin, 1996).

b) Aspek Perkembangan Konsep Kendiri


2  TOPIK 5 PEMBENTUKAN KENDIRI POSITIF

Tokoh-tokoh dalam psikologi seperti Rogers (1951) berpendapat bahawa


pertumbuhan dan perkembangan konsep kendiri dipengaruhi oleh pengalaman
kanak-kanak dalam persekitarannya. Perkembangan konsep kendiri
merangkumi 1) pengetahuan kendiri, 2) regulasi dan kawalan kendiri, 3)
penilaian dan penghargaan kendiri, dan 4) efikasi diri. Aspek-aspek
perkembangan konsep kendiri ini adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual
5.1 di bawah.

Aspek Perkembangan Ciri-ciri

1. Pengetahuan kendiri  Pengetahuan kendiri melibatkan 1) kesedaran


terhadap kewujudan kendiri, dan 2)
perkembangan konsep kendiri.
 Pada peringkat awal, bayi menganggap
dirinya sebahagian daripada persekitaran.
 Melalui penerokaan terhadap tubuh badan
dan interaksi dengan persekitaran, bayi mula
dapat menyedari kewujudan dirinya.
 Konsep kendiri mula berkembang di mana
kanak-kanak seawal usia 2 tahun mula dapat
mencirikan diri mereka berasaskan
kepercayaan biasa termasuk sifat fizikal dan
emosi. Contohnya, “Saya pandai”.
 Perkembangan konsep kendiri membolehkan
kanak-kanak bukan sahaja berupaya
menyatakan pendapat dirinya tetapi juga
membandingkan kebolehan diri dengan
orang lain.
MEMAHAMI TINGKAHLAKUK KANAK-KANAK 3

Aspek Perkembangan Ciri-ciri

2. Regulasi dan  Berkait rapat dengan perkembangan emosi


kawalan kendiri dan kematangan sosial kanak-kanak.
 Sebelum kanak-kanak dapat bertutur,
regulasi dan kawalan kendiri adalah bersifat
kawalan luaran. Segala perlakuan kanak-
kanak dikawal oleh peniruan dan arahan
yang diperoleh daripada ibu bapa.
Contohnya, kanak-kanak hanya menurut
apabila ibu bapa menyarungkan pakaian
kepadanya.
 Kawalan kendiri pula terhasil apabila arahan
luaran daripada ibu bapa ditukar kepada
arahan dalaman. Kanak-kanak lebih suka
bertanggungjawab terhadap tingkahlaku diri
sendiri. Contohnya, kanak-kanak ingin
memakai pakaian tanpa dibantu oleh ibu
bapanya.

3. Penilaian dan  Melalui interaksi, sosialisasi, dan faktor


penghargaan kendiri kematangan kognitif, kanak-kanak akan
memberi nilai terhadap diri sendiri hasil
perbandingan yang dibuat terhadap orang
lain.
 Kanak-kanak akan menilai sama ada dirinya
baik atau buruk, cantik atau hodoh dan
sebagainya.
 Penilaian kendiri ini sedikit sebanyak akan
mempengaruhi sejauhmana kanak-kanak
menghargai dirinya sendiri.
 Pujian dan penghargaan daripada orang lain
juga akan membentuk penghargaan kendiri
kanak-kanak.
4  TOPIK 5 PEMBENTUKAN KENDIRI POSITIF

Aspek Perkembangan Ciri-ciri

4. Efikasi diri  Keupayaan individu melakukan sesuatu


tugas sehingga ke tahap tertentu.
 Efikasi diri yang tinggi dan rendah adalah
bergantung kepada keyakinan individu
melaksanakan sesuatu tugas. Contohnya,
kanak-kanak kelihatan yakin apabila diminta
menyanyi tetapi tidak yakin apabila diminta
menari.

Jadual 5.1: Aspek Perkembangan Konsep Kendiri

Pengalaman semasa kanak-kanak mempengaruhi


pembentukan kendiri yang positif apabila dewasa kelak
MEMAHAMI TINGKAHLAKUK KANAK-KANAK 5

c) Pertumbuhan dan Perkembangan Konsep Kendiri

Ada pendapat yang mengatakan bahawa bayi mula mengenali diri pada
minggu-minggu pertama kelahiran. Walau bagaimanapun, tidak ada bukti
saintifik yang membuktikan pendapat ini kerana kajian sukar dijalankan peada
usia tersebut (Jas Laile Suzana, 1996; Rohani, 2001). Apabila usia bayi semakin
meningkat, perkembangan konsep kendiri juga semakin berkembang. Proses
perkembangan ini akan berterusan sepanjang hayat menyebabkan konsep
kendiri manusia menjadi tidak tekal dan boleh berubah-ubah.

Rohani (2001) telah membuat rumusan terhadap perkembangan konsep kendiri


kanak-kanak mengikut peringkat umur. Beliau telah membahagikan
perkembangan konsep kendiri mengikut empat kategori peringkat umur, iaitu
bermula dari 1 tahun hinggalah dewasa. Berikut dilampirkan Jadual
Perkembangan Konsep Kendiri Kanak-Kanak yang dikemukakan oleh Rohani
(2001).

Umur Perkembangan

1 hingga 2 tahun  Pengenalan kendiri berkembang dan menjadi kukuh.


 Boleh mengkategorikan manusia mengikut
kepentingan seseorang.
 Mula menggunakan kenyataan yang menunjukkan
penilaian kendiri.

3 hingga 5 tahun  Penghargaan kendiri semakin meningkat.


 Perhubungan persahabatan semakin konkrit.
 Strategi penyelesaian masalah semakin luas.
 Kanak-kanak percaya bahawa pemerhatian daripada
orang lain membentuk perspektif mereka.

6 hingga 10 tahun  Konsep kendiri menekankan ciri-ciri personaliti.


 Perhubungan persahabatan menekankan kepada
kepercayaan dan bantuan.
 Strategi penyelesaian masalah adalah teliti dan
berpandu kepada keperluan khusus sesuatu
masalah.
 Menekankan kecekapan dalam pergaulan.
6  TOPIK 5 PEMBENTUKAN KENDIRI POSITIF

Umur Perkembangan

11 tahun ke atas  Perhubungan persahabatan erat, perhubungan


romantis, dan bergaul secara profesional.
 Perkembangan penghargaan kendiri yang berkaitan
dengan pembentukan identiti, pencapaian akademik,
dan perkembangan kerjaya.

Jadual 5.2: Perkembangan Konsep Kendiri Kanak-Kanak


(Ubahsuai daripada: Rohani, 2001:196)

Pertumbuhan dan perkembangan konsep kendiri juga dapat difahami melalui


teori yang dikemukakan oleh Erikson (1902-1994) seperti yang telah dihuraikan
dalam Topik 1 : Teori-Teori Perkembangan.

KOMUNIKASI DAN PEMBENTUKAN KENDIRI


POSITIF

a) Komunikasi Non-verbal dan Verbal

Komunikasi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu komunikasi verbal dan
non-verbal. Komunikasi verbal adalah komunikasi secara lisan, manakala
komunikasi non-verbal pula adalah komunikasi bukan lisan. Komunikasi non-
verbal merupakan satu bentuk komunikasi yang dinyatakan melalui gerak tubuh
badan, nada suara, jarak dan sebagainya. Contohnya memberi senyuman,
menjegilkan mata, memasamkan muka, mengerutkan dahi dan menguatkan
suara. Komunikasi non-verbal juga berfungsi sebagai metakomunikasi, iaitu
komunikasi tentang mesej yang ingin disampaikan. Contohnya, kanak-kanak
mengatakan bahawa dia gembira dan kegembiraan ini dapat dilihat daripada
riak wajahnya yang ceria.

Berdasarkan kajian-kajian lepas, ahli-ahli psikologi percaya bahawa interaksi ibu


bapa dan orang dewasa terhadap anak-anak melalui komunikasi verbal dan non-
verbal akan memberi kesan terhadap pembentukan kendiri sama ada positif atau
negatif. Jadual 5.3 di bawah menyenaraikan beberapa interpretasi kanak-kanak
daripada interaksi yang positif, manakala Jadual 5.4 pula merupakan beberapa
MEMAHAMI TINGKAHLAKUK KANAK-KANAK 7

interpretasi kanak-kanak daripada interaksi yang negatif seperti yang


dikemukakan oleh Kostelnik et al (2006).

Interaksi Ibu Bapa / Contoh Tingkahlaku Ibu Bapa / Reaksi / Interpretasi


Orang Dewasa Orang Dewasa Kanak-Kanak

1. Tunjukkan minat  Tidak membiarkan kanak-  Saya penting.


untuk bercakap kanak bersendirian.
 Ibu dan ayah
dengan kanak-
 Sekurang-kurangnya ada beri perhatian
kanak
penjaga bersamanya. kepada saya.

2. Beri perhatian  Terima idea kanak-kanak.  Saya berguna.


yang ikhlas
 Benarkan kanak-kanak  Ibu bapa
luahkan idea mereka. berminat dengan
idea saya.

3. Berbudi bahasa  Tidak menyampuk apabila  Saya boleh


dengan kanak- kanak-kanak bercakap. mempercayai ibu
kanak bapa.
 Guna nada suara dan
perkataan yang baik seperti  Saya seorang
mengucapkan terima kasih. yang berguna.

4. Bincang  Tidak melabel kanak-kanak.  Saya dihargai.


mengenai kanak-
 Menjaga air muka kanak-  Saya boleh
kanak secara
kanak, iaitu tidak berbincang mempercayai ibu
profesional
sesuatu perkara mengenainya bapa.
dengan orang lain yang tidak
berkaitan.

Jadual 5.3: Interpretasi Kanak-Kanak Terhadap Interaksi Positif Ibu Bapa dan Orang
Dewasa.

Interaksi Ibu Bapa / Contoh Tingkahlaku Ibu Bapa / Reaksi / Interpretasi


Orang Dewasa Orang Dewasa Kanak-Kanak

1. Tidak atau  Tidak bercakap dengan kanak-  Ibu bapa tidak


kurang kanak. menyukai saya.
menunjukkan
 Tidak pedulikan kanak-kanak.  Saya tidak
minat untuk
penting.
bercakap dengan
kanak-kanak
8  TOPIK 5 PEMBENTUKAN KENDIRI POSITIF

Interaksi Ibu Bapa / Contoh Tingkahlaku Ibu Bapa / Reaksi / Interpretasi


Orang Dewasa Orang Dewasa Kanak-Kanak

2. Menunjukkan  Tidak memandang apabila  Ibu bapa tidak


perhatian yang bercakap. menyukai saya.
tidak ikhlas
 Tidak memberi perhatian  Idea saya tidak
terhadap perbualan kanak- penting.
kanak.

3. Menyindir  Menggunakan perkataan yang  Saya bodoh.


kanak-kanak negatif.
 Saya tidak
 Menggunakan nada suara berguna.
yang negatif.

4. Menggunakan  Melabel dengan perkataan  Saya tidak


perkataan yang seperti bodoh dan malas. berguna.
berbentuk
penilaian negatif

5. Mengkritik  Memberi fokus kepada  Saya tidak


kanak-kanak perkara yang kanak-kanak berguna.
tidak boleh lakukan.
 Saya tidak akan
 Marah apabila kanak-kanak berjaya sampai
gagal lakukan sesuatu perkara. bila-bila.

Jadual 5.4: Interpretasi Kanak-Kanak Terhadap Interaksi Negatif Ibu Bapa dan Orang
Dewasa.

b) Kendiri Positif dan Ciri-cirinya.

Ahli-ahli psikologi seperti Clark et al dan Rogers berpendapat bahawa konsep


kendiri menentukan sejauhmana seseorang individu itu bertingkahlaku.
Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan menunjukkan
tingkahlaku yang baik, dan begitulah jua sebaliknya. Walaupun konsep kendiri
sentiasa berubah-ubah mengikut masa dan situasi tetapi kualiti asalnya tetap
dikekalkan (Kamaruddin, 1996).

Berikut disenaraikan beberapa ciri-ciri kendiri positif yang dipetik oleh


Kamaruddin (1996) daripada Clark et al:
MEMAHAMI TINGKAHLAKUK KANAK-KANAK 9

Ciri-ciri Penerangan

Bebas membuat keputusan dan  Individu boleh membuat keputusan


pilihan tanpa teragak-agak atau dipengaruhi
oleh orang lain.

Mengambil tanggungjawab  Bertanggungjawab atas segala


tindakan atau tingkahlaku yang
dibuat.

Bangga dengan kejayaan yang  Selalu berbangga dengan kejayaan


dicapai yang dicapai.

Menghadapi cabaran dengan  Tidak mudah mengalah atau berputus


penuh semangat asa dalam mengharungi kehidupan.

Selalu merasa gembira  Ceria dan gembira dengan diri sendiri


walaupun dalam kesusahan.

Boleh bertolak ansur dengan  Boleh menerima kekecewaan dengan


kekecewaan hati terbuka.
 Tidak berputus asa apabila mengalami
kegagalan.

Menghargai  Menghargai diri sendiri dan orang


lain.

Pemurah  Sentiasa ingin membantu orang lain


yang dalam kesusahan.

Mudah berkawan  Tidak sombong dan pandai bergaul.

Jadual 5.5: Ciri-ciri Kendiri Positif

Kendiri negatif pula boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu 1) tidak teratur
serta tidak mantap, dan 2) terlalu stabil dan terurus. Ciri-ciri konsep kendiri yang
tidak teratur termasuklah tidak mengenali diri sendiri sama ada dari segi
kekuatan atau kelemahan. Individu ini tidak tahu potensi yang ada dalam diri
dan selalu memandang rendah terhadap diri sendiri.
10  TOPIK 5 PEMBENTUKAN KENDIRI POSITIF

Bagi individu yang terlalu stabil dan terurus pula, mereka meletakkan harapan
yang terlalu tinggi untuk dicapai. Jika gagal memperolehinya, mereka
menganggap diri tidak bernilai lagi. Individu ini juga akan menyalahkan diri
sendiri yang dirasakan tidak berguna.

Individu yang mempunyai kendiri negatif menunjukkan tingkahlaku yang


merugikan diri. Tingkahlaku mereka juga kadangkala tidak disukai dan boleh
menyinggung masyarakat sekeliling. Shahabuddin et al (2003) berpendapat
anatara ciri-ciri kendiri negatif adalah selalu bergantung atau menyalahkan
orang lain, mementingkan diri sendiri, menagih simpati, berangan-angan, dan
mengucapkan kata-kata yang menyinggung perasaan orang lain.

c) Peranan Komunikasi dalam Membentuk Kendiri Positif.

Kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji seperti Baumrind (1971),


Coopersmith (1967) dan Schaefer (1959) menunjukkan komunikasi dan kawalan
ibu bapa mempengaruhi konsep kendiri dan tingkahlaku kanak-kanak. Jadual
5.4 di bawah menunjukkan beberapa ciri-ciri caragaya keibubapaan dan
kesannya terhadap kendiri kanak-kanak.

Caragaya Ciri-ciri Kendiri Kanak-kanak


Keibubapaan

Autoritatif  Beri galakan dan  Menerima dan


sokongan. menghargai diri sendiri
dengan baik.
 Peramah dan mesra
tetapi tegas.  Boleh mengawal diri
dan berautonomi.
 Tidak menyalahkan
atau menengking anak.  Bersikap positif
terhadap diri sendiri
 Menghormati dan
dan orang lain.
mendidik anak
bertanggungjawab.

Autoritarian  Tidak bertolak ansur  Mudah tersinggung.


secara lisan.
 Kurang keyakinan diri.
 Tidak mahu mendengar
 Bersikap negatif dalam
alasan atau pandangan
perhubungan dengan
anak.
MEMAHAMI TINGKAHLAKUK KANAK-KANAK 11

Caragaya Ciri-ciri Kendiri Kanak-kanak


Keibubapaan
rakan.

Permisif  Berkomunikasi secara  Tidak dapat mengawal


terbuka tetapi tiada diri.
kawalan.
 Kurang berdikari.
 Membiarkan anak-anak
 Kurang rasa
melakukan apa yang
tanggungjawab atas
diingini tanpa sebarang
diri sendiri.
bimbingan atau
kawalan.

Jadual 5.6: Caragaya Keibubapaan dan Kesannya Terhadap Kendiri Kanak-Kanak

Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa interaksi antara ibu bapa atau
penjaga akan mempengaruhi pembentukan kendiri positif kanak-kanak. Berikut
dicadangkan beberapa cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan penjaga
untuk menggalakkan perkembangan konsep kendiri yang baik dalam diri kanak-
kanak.

1. Menjadi model yang baik kepada


kanak-kanak – Ibu bapa merupakan
contoh teladan yang utama kepada
kanak-kanak. Pepatah ada mengatakan,
“bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
Oleh itu, komunikasi dan contoh
teladan yang baik akan menjadi ikutan
kepada kanak-kanak bagi membentuk
kendiri yang positif.

Tingkahlaku kanak-kanak adalah berdasarkan


pemerhatian terhadap persekitarannya
2. Menghargai dan menghormati kanak-
kanak – Setiap manusia inginkan penghargaan. Rogers (1951) berpendapat
masalah yang dihadapi oleh manusia adalah disebabkan oleh penghargaan
yang bersyarat. Jika ibu bapa menerima dan melayan kanak-kanak dengan
ikhlas, maka kanak-kanak akan merasakan diri mereka berguna dan
12  TOPIK 5 PEMBENTUKAN KENDIRI POSITIF

dihargai. Kendiri positif dapat dibentuk apabila kanak-kanak menghargai


diri hasil daripada penilaian baik yang diberi oleh ibu bapa.

3. Memberikan galakan, sokongan dan kepercayaan – Kanak-kanak perlukan


sokongan dan kepercayaan daripada ibu bapa dan orang yang lebih dewasa.
Apabila mendapat sokongan, galakan dan kepercayaan, kanak-kanak
berpeluang untuk belajar bertanggungjawab, amanah dan berdikari.
Mereka rasa dihargai
kerana diberi peluang
untuk membuat
pilihan dan
keputusan. Secara
tidak langsung,
kendiri positif dapat
dibina kerana kanak-
kanak berupaya
untuk menilai
kekuatan dan
kelemahan diri
apabila melaksanakan
tugas yang dilakukan.
Sokongan ibu bapa pula mendorong kanak-kanak untuk berusaha
menangani kelemahan diri mereka.
MEMAHAMI TINGKAHLAKUK KANAK-KANAK 13

INTERAKSI PERSEKITARAN DALAM


MEMBENTUK KENDIRI POSITIF
a) Pengenalan

Ahli-ahli psikologi seperti Freud, Erikson, Rogers, dan Ellis bersetuju bahawa
pengalaman dengan persekitaran merupakan faktor yang penting dalam
pembentukan diri seseorang individu. Malah, Freud (1856-1939) berpendapat
pengalaman dengan persekitaran pada 5 tahun pertama akan menentukan sikap
dan personaliti individu tersebut apabila dewasa kelak.

Konsep kendiri secara umumnya dipengaruhi oleh faktor baka, didikan ibu
bapa, pengaruh rakan sebaya, status ekonomi keluarga, pendidikan dan
persekitaran (Shahabuddin et al, 2003). Rajah di bawah menunjukkan faktor-
faktor yang membentuk konsep kendiri seseorang individu berdasarkan
Kamaruddin (1996):

Sifat semulajadi:

1. Baka
2. Pandangan terhadap diri sendiri

Model yang dicontohi Kepercayaan nilai


daripada pengalaman: berdasarkan
keperluan:
Konsep Kendiri Positif
1. Ibu bapa
2. Rakan sebaya 1. Keselamatan
3. Orang lebih dewasa 2. Fizikal
4. Diri sendiri 3. Kasih sayang
4. Penghormatan
5. Kesempurnaan diri

Persekitaran:

1. Sebaran am
2. Kebudayaan
3. Penglihatan orang lain
14  TOPIK 5 PEMBENTUKAN KENDIRI POSITIF

Rajah 5.1: Faktor Yang Menyebabkan Konsep Kendiri Positif


(Sumber : Kamaruddin, 1996:76)
Berdasarkan Rajah 5.1 di sebelah, dapat dilihat bahawa sifat semulajadi, iaitu
baka dianggap mempengaruhi pembentukan kendiri positif. Menurut McDevitt
dan Ormrod (2002), pengaruh baka seperti kebolehan intelektual, kemahiran
fizikal, dan tarikan fizikal memberi kesan secara tidak langsung kepada
perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak.

Melalui model-model
terutamanya daripada
orang yang signifikan
seperti ibu bapa atau
penjaga, kanak-kanak
belajar tentang siapa
dirinya. Interaksi dan
hubungan dengan model-
model ini membolehkan
kanak-kanak memahami
bukan sahaja tentang
bagaimana dirinya dilayan
tetapi juga adakah dia
diterima oleh orang lain.
Interaksi dan layanan ibu
bapa yang baik memberi satu gambaran kepada kanak-kanak bahawa dirinya
dihargai dan bernilai.

Ibu bapa yang kedekut dengan pujian atau menghukum secara membuta-tuli
akan menyebabkan kanak-kanak memiliki esteem diri yang rendah. Kanak-
kanak akan membesar dalam keadaan selalu menyalahkan diri dan menganggap
dirinya tidak berguna.

Hubungan dengan rakan sebaya juga turut


mempengaruhi pembentukan kendiri positif.
Melalui interaksi dan hubungan persahabatan,
kanak-kanak berpeluang untuk mempraktis
kemahiran sosial dan membina keyakinan diri
(Rujuk Topik 3 : Personaliti dan
Perkembangan Tingkahlaku).

Dapatan kajian Charlesworth dan Hartup


(dalam Jas Laile Suzana, 2002) menunjukkan
bahawa persahabatan membolehkan kanak-
kanak mendapat sokongan, menerima
kelemahan dan kebaikan rakannya, dan
MEMAHAMI TINGKAHLAKUK KANAK-KANAK 15

berkongsi sama ada idea, barang permainan dan lain-lain.


Hubungan dengan guru-guru dan komuniti juga sedikit sebanyak memberi
kesan terhadap pembentukan kendiri positif kanak-kanak. Layanan, perhatian
dan maklum balas yang diberikan oleh guru-guru di dalam kelas adalah penting
dalam melahirkan kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi.

Antara langkah yang boleh dilakukan oleh guru untuk membentuk kendiri
positif pelajar adalah dengan memberi pujian, beri peluang pelajar mencuba
aktiviti baru, bersikap adil terhadap semua pelajar, dan mesra dengan mereka.
Ini membolehkan pelajar-pelajar menggunakan potensi yang ada dalam diri
mereka, rasa dihargai dan percaya kepada kebolehan diri sendiri.

Komuniti yang stabil


juga menyokong
perkembangan emosi
dan sosial kanak-
kanak. Menurut
Brazelton &
Greenspan (2000),
nilai dan budaya
masyarakat yang
positif akan
membentuk
tingkahlaku dan
peribadi kanak-kanak
yang positif. Ini
kerana kanak-kanak
belajar melalui
pengalaman dan pemerhatian. Sekiranya komuniti dan persekitaran kanak-
kanak bersifat penyayang, prihatin, dan saling mengambil berat, nilai positif ini
juga akan terbentuk dalam diri kanak-kanak tersebut.

Selain daripada sifat semulajadi, model yang diperolehi daripada pengalaman,


dan persekitaran, 5 keperluan yang dinyatakan oleh Maslow (1970) juga adalah
penting dalam pembentukan kendiri positif. Maslow berpendapat kanak-kanak
boleh mencapai perkembangan emosi, sosial, kognitif, bahasa dan moral yang
baik sekiranya keperluan asasnya seperti keselamatan dan fizikal dipenuhi.

Kanak-kanak juga memerlukan kasih sayang supaya mereka boleh menyayangi


dan menghargai diri mereka sendiri. Seandainya keperluan-keperluan asas tidak
dipenuhi dengan sebaik-baiknya, kanak-kanak akan rasa rendah diri,
menyalahkan takdir, malu untuk bergaul dengan rakan dan lain-lain lagi.
Kesannya, kanak-kanak akan memiliki kendiri negatif akibat daripada konsep
kendiri yang juga bersifat negatif.
16  TOPIK 5 PEMBENTUKAN KENDIRI POSITIF

KESIMPULAN
SEMAK KENDIRI 5.1
SEMAK KENDIRI 4.1
 Kendiri adalah kesatuan pengetahuan dan reaksi seseorang yang
membezakan antara dirinya dengan orang lain.
 Aspek perkembangan konsep kendiri merangkumi 1) pengetahuan
kendiri, 2) regulasi dan kawalan kendiri, 3) penilaian dan penghargaan
kendiri, dan 4) efikasi diri.
 Proses perkembangan konsep kendiri berlaku sepanjang kehidupan
manusia.
 Konsep kendiri menentukan sejauhmana individu itu bertingkahlaku.
 Pembentukan kendiri sama ada positif atau negatif berkait rapat dengan
pengalaman dan interaksi kanak-kanak dengan persekitarannya.
 Komunikasi verbal dan non-verbal mempengaruhi pembentukan kendiri
seseorang kanak-kanak.
 Secara umumnya, konsep kendiri dipengaruhi oleh faktor baka, didikan
ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, status ekonomi keluarga, pendidikan
dan persekitaran.
 Interaksi sosial yang baik dengan rakan-rakan, guru-guru dan
masyarakat akan membentuk kendiri positif dalam diri kanak-kanak.
 Kasih-sayang dan sokongan adalah penting bagi membentuk konsep
kendiri yang positif.

RUJUKAN
 Jas Laile Suzana Jaafar (1996). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Selangor:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

 Kamaruddin Husin (1996). Sekolah dan perkembangan kanak-kanak. Kuala


Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

 Kostelnik, M.J; Whiren, A.P; Soderman, A.K; & Gregory, K. (2006). Guiding
children’s social development: Theory to practice. (5th ed). New York:
Thomson Delmar Learning.

 Lahey, B.B. (2001). Psychology: An introduction. (7th ed). Boston: McGraw


Hill Co.
MEMAHAMI TINGKAHLAKUK KANAK-KANAK 17

 Miller, D.F (2007). Positive child guidance. (5th ed). New York: Thomson
Delmar Learning.

 Rohani Abdullah (2001). Perkembangan kanak-kanak: Penilaian secara portfolio.


Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

 Shaffer, D.R. (1990). Developmental Psychology. (5th ed.) Boston: Houghton


Mifflin Co.
BAB 3
Tingkahlaku Bermasalah

PENGENALAN
Tingkahlaku bermasalah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak sebenarnya
dipelajari daripada orang dewasa dan persekitaran. Selain itu, kanak-kanak
sentiasa mencuba tingkahlaku baru, dan peneguhan yang diberi menyebabkan
tingkahlaku tersebut dikekalkan. Sekiranya tingkahlaku bermasalah tidak
dicegah pada peringkat awal, tingkahlaku tersebut akan menjadi habit kepada
kanak-kanak. Oleh itu, intervensi yang bersesuaian perlu diambil oleh ibu bapa
dan orang dewasa supaya kanak-kanak dapat mempelajari dan mengamalkan
tingkahlaku baru yang lebih produktif.

AKTIVITI 1.1

TINGKAHLAKU BERMASALAH

a) Definisi

Tingkahlaku bermasalah yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah tingkahlaku


yang dianggap tidak sesuai yang mana boleh memberi kesan buruk kepada diri
mereka sendiri dan juga orang lain. Antaranya ialah menjerit-jerit apabila marah,
mencampak barang mainan, memukul kanak-kanak lain, menggigit rakan,
mengejek rakan-rakan, mengasingkan diri dan pendiam.

Terdapat beberapa sebab kepada tingkahlaku bermasalah dalam kalangan


kanak-kanak. Jadual 6.1 di bawah merupakan rumusan kepada perkara-perkara
tersebut seperti yang dikemukakan oleh Fields dan Boesser (1994).
2  TOPIK 6 TINGKAHLAKU BERMASALAH

Punca Penerangan

1. Tingkahlaku  Tingkahlaku yang ditunjukkan adalah normal


mengikut peringkat mengikut peringkat umur kanak-kanak tetapi
perkembangan kadangkala ibu bapa melihatnya sebagai satu
masalah.
 Tingkahlaku ini sebenarnya akan berubah
apabila kanak-kanak tersebut meningkat
umurnya.
 Contoh: Kanak-kanak berumur 2 tahun yang
buang air besar dalam seluar.

2. Ekspektasi ibu bapa  Kadangkala ibu bapa mengharapkan anak-anak


yang tinggi menunjukkan tingkahlaku yang diharapkan
sedangkan anak-anak tidak boleh
memenuhinya.
 Contoh: Ibu bapa mengharapkan anak-anak
duduk diam dalam tempoh yang lama, atau
bertingkahlaku seperti kanak-kanak yang lebih
berusia.

3. Kurang pengetahuan  Kanak-kanak tidak tahu bagaimana untuk


bertingkahlaku dalam sesetengah situasi atau
dalam situasi baru.
 Kadangkala tingkahlaku yang ditunjukkan
dianggap sebagai bermasalah.
 Contohnya: Kanak-kanak bermain dan berlari
bersama rakan-rakan ketika menziarahi jiran di
hospital.
TOPIK 6 TINGKAHLAKU BERMASALAH 3

Punca Penerangan

4. Kemahiran  Kanak-kanak belajar kemahiran sosial dan


komunikasi teknik berkomunikasi secara berkesan melalui
interaksi dengan orang dewasa dan rakan-
rakan.
 Kurangnya kemahiran komunikasi boleh
menyebabkan kanak-kanak bertingkahlaku
tidak sesuai apabila berinteraksi dengan orang
lain.
 Contohnya: Kanak-kanak melayan orang tua
seperti mana mereka melayan rakan-rakan
kerana kurangnya kemahiran berkomunikasi
dengan orang tua.

5. Pemahaman tentang  Kanak-kanak tidak mengetahui dan perlu


kesan sesuatu diberitahu tentang kesan daripada
tingkahlaku tingkahlakunya terhadap diri sendiri dan orang
lain.
 Kadangkala kanak-kanak menunjukkan
tingkahlaku bermasalah kerana mereka tidak
tahu kesan daripada perbuatan tersebut.
 Contohnya: Kanak-kanak mengetuk rakan
dengan buku kerana tidak tahu perasaan dan
kesakitan yang dialami oleh rakannya itu.

6. Pembelajaran yang  Kanak-kanak mempelajari tingkahlaku yang


tidak sesuai tidak sesuai dalam persekitarannya.
 Contohnya: Ibu bapa membiarkan kanak-kanak
memukul dan mendera binatang peliharaan
menyebabkan kanak-kanak tidak tahu bahawa
perbuatan itu adalah salah.

7. Keperluan emosional  Keperluan emosional seperti kasih sayang,


tidak dipenuhi. kuasa dan kepercayaan tidak dapat dimiliki oleh
kanak-kanak menyebabkan mereka membuat
helah bela diri dan memberontak.
 Contohnya: Kanak-kanak yang selalu dikritik
4  TOPIK 6 TINGKAHLAKU BERMASALAH

Punca Penerangan
oleh ibu bapa menjadi pendiam dan murung.

8. Masalah fizikal atau  Kanak-kanak menunjukkan tingkahlaku


emosional yang serius bermasalah disebabkan penderaan yang
dialami, penyakit atau kecacatan fizikal.
 Contohnya: Kanak-kanak yang didera secara
fizikal mengasingkan diri, sentiasa bimbang dan
ketakutan.

Jadual 6.1: Punca-Punca Tingkahlaku Bermasalah Dalam Kalangan Kanak-Kanak

b) Jenis Dan Ciri-Ciri Tingkahlaku Bermasalah Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Borba (2003) menyenaraikan beberapa jenis tingkahlaku bermasalah yang sering


dilakukan oleh kanak-kanak. Antaranya ialah :

1. cepat marah 10. tidak mempunyai rakan


2. selalu bimbang dan takut 11. biadab dengan orang yang lebih
dewasa
3. menggigit kanak-kanak lain
12. tidak mendengar arahan ibu bapa
4. membuli kanak-kanak lain
atau guru
5. dibuli oleh rakan-rakan
13. terlalu pendiam
6. bergaduh
14. mencuri barang atau permainan
7. terlalu mementingkan rakan
kesempurnaan seperti kekemasan
15. memukul kanak-kanak lain
8. mudah putus asa
16. mementingkan diri sendiri
9. melakukan perkara tertentu sahaja
17. mudah mengamuk
semata-mata untuk mendapatkan
ganjaran 18. melawan apabila ditegur (dengan
kata-kata)

Selain daripada tingkahlaku-tingkahlaku yang disenaraikan oleh Borba (2003),


terdapat lima tingkahlaku bermasalah kanak-kanak yang dianggap sangat
membimbangkan. Jadual 6.2 di bawah menunjukkan jenis-jenis dan ciri-ciri
tingkahlaku tersebut seperti yang dikemukakan oleh Mukherji (2001).
TOPIK 6 TINGKAHLAKU BERMASALAH 5

Bil Jenis Tingkahlaku Ciri-Ciri

1 Pendiam /  Kurang keyakinan diri.


mengasingkan diri
 Suara yang dikeluarkan apabila bercakap
amat perlahan dan sukar untuk didengar.
 Takut untuk bercakap dengan orang lain.
 Tidak mempunyai ramai kawan.
 Introvert dan selalu bersendirian.

2 Tertekan  Simptom fizikal – kurang makan, muntah,


masalah penghadaman dan lain-lain.
 Perubahan mood – menjadi hiperaktif,
murung, tidak ambil peduli dan sebagainya.
 Perubahan tingkahlaku – tantrum, menghisap
jari dan lain-lain.

3 Bimbang dan takut  Tidak mahu berpisah dengan orang yang


signifikan.
 Takut kepada kegelapan, serangga, bunyi
bising dan lain-lain.
 Takut kepada orang dewasa.

4 Obsesif  Obsesif terhadap kotoran, kekemasan atau


kesempurnaan. Contohnya terlalu kerap
membasuh tangan.

5 Depresi  Masalah tidur.


 Sukar untuk memberi perhatian.
 Kurang selera makan.
 Mengasingkan diri dan lain-lain.

Jadual 6.2: Jenis Dan Ciri-Ciri Tingkahlaku Bermasalah Dalam Kalangan Kanak-Kanak
AKTIVITI 6.1

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda, bincangkan ciri-ciri


tingkahlaku bermasalah yang sering ditunjukkan oleh kanak-kanak di
rumah, sekolah, dan tempat awam. Pada pendapat anda, apakah yang
menyebabkan kanak-kanak bertingkahlaku sedemikian?

c) Gaya Interaksi Kanak-Kanak Bermasalah

Ibu bapa dan orang dewasa selalunya akan kecewa apabila anak-anaknya tidak
mendengar kata. Mereka menganggap anak-anak mempunyai masalah
tingkahlaku. Ada juga yang beranggapan bahawa anak-anak degil, sukar
dikawal dan membebankan. Sebenarnya, salah satu sebab kanak-kanak
bermasalah adalah kerana persekitaran interaksi yang negatif.

Ibu bapa yang suka mengkritik, berleter, mengarah dan tidak membenarkan
anak-anak menyatakan perasaan mereka akan menyebabkan anak-anak menjadi
rendah diri, rasa tidak disayangi, anggap diri tidak berguna, kecewa dengan diri
sendiri dan ibu bapa, serta percaya bahawa mereka adalah bodoh. Akhirnya,
kanak-kanak menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah kesan daripada konsep
kendiri negatif yang terbentuk (Rujuk Bab 4 dan Bab 5).

Interaksi yang baik dapat mengelakkan tingkahlaku bermasalah dalam kalangan


kanak-kanak.
TOPIK 6 TINGKAHLAKU BERMASALAH 7

KANAK-KANAK DAN KELUARGA


6.2
a) Latar Keluarga

Palaniappan (2004) mendapati kajian-kajian menunjukkan bahawa gaya


keibubapaan mempengaruhi tingkahlaku anak-anak. Selain daripada caragaya
keibubapaan autoritatif, permisif dan autoritarian (Rujuk Bab 5), Palaniappan
mencadangkan agar ibu bapa menggunakan gaya keibubapaan kreatif dalam
mendidik anak-anak. Antara peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam gaya
keibubapaan ini adalah:
1. menghormati anak-anak seperti orang dewasa
2. melayani anak-anak sebagai individu yang istimewa
3. menggalakkan anak-anak bertanya dan menyoal keputusan yang dibuat
4. tidak menghukum anak-anak jika melakukan kesilapan
5. tidak melakukan semua kerja untuk anak-anak
6. tidak memaksa anak-anak untuk sentiasa kemas dan bersih
7. memberi respon apabila ditanya tentang sesuatu perkara
8. tidak sentiasa memberi ganjaran apabila anak-anak melakukan sesuatu
yang kreatif
9. menggalakkan anak-anak bergaul dengan orang lain yang berbeza nilai
dan budaya.

Apabila ibu bapa menghargai anak-


anak, memberi peluang kepada anak-
anak untuk mencuba, mendorong anak-
anak membina keyakinan diri,
membenarkan anak-anak mengambil
risiko selepas membuat pertimbangan
yang sewajarnya, dan
bertanggungjawab atas segala
keputusan, maka anak-anak dapat
dididik dengan tingkahlaku yang
produktif dan membina.

Sekiranya ibu bapa mendidik anak-anak dengan penuh kekerasan, kongkongan,


terlalu banyak peraturan, atau terlalu bebas, terbiar dan tiada perasaan kasih
sayang, maka anak-anak akan menjadi agresif, penakut, pendiam, murung, sukar
mengikut arahan dan sebagainya. Oleh yang demikian, latar keluarga dari segi
gaya asuhan dan didikan dilihat memainkan peranan penting dalam
mencorakkan tingkahlaku kanak-kanak.
8  TOPIK 6 TINGKAHLAKU BERMASALAH

b) Pemupukan dan Dorongan

Sebagai ibu bapa atau orang dewasa, beberapa cara boleh dilakukan untuk
memupuk dan mendorong anak-anak bertingkahlaku baik dan sesuai dengan
konteks masyarakat, budaya dan agama. Pemupukan dan dorongan ini dapat
mendorong pembentukan emosi kanak-kanak yang sihat supaya tingkahlaku
kanak-kanak bersesuaian dengan situasi atau konteks yang dialami.

Fields dan Boesser (1994) dan Kostelnik et al (2006) telah mencadangkan


beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan orang dewasa supaya
kanak-kanak dapat dipupuk dan didorong untuk bertingkahlaku yang sesuai.
Jadual 6.3 di bawah merupakan rumusan kepada pendapat ahli-ahli psikologi
ini.

Langkah-langkah Penerangan

1. Gaya interaksi  Gaya interaksi sangat mempengaruhi


tingkahlaku kanak-kanak.
 Sekiranya ibu bapa atau orang dewasa
menghormati dan bercakap dengan baik,
kanak-kanak juga akan menunjukkan
tingkahlaku yang sama. Begitu juga
sebaliknya.

2. Nyatakan perasaan  Ibu bapa dan orang dewasa hendaklah


memberi ruang dan mendidik anak-anak
untuk menyatakan perasaan mereka dengan
baik.

3. Terima perasaan anak-anak  Kanak-kanak selalu dinafikan perasaan


mereka kerana ibu bapa hanya inginkan
kebahagiaan anak mereka. Ini menyebabkan
kanak-kanak terpaksa memendam perasaan
dan belajar menafikan realiti perasaan yang
dialami.

4. Tunjukkan sikap ambil  Kanak-kanak belajar melalui peniruan. Sikap


berat terhadap anak-anak ambil berat yang ditunjukkan oleh ibu bapa
dan orang dewasa membolehkan kanak-
kanak mempraktikkan amalan yang sama
terhadap orang lain.
TOPIK 6 TINGKAHLAKU BERMASALAH 9

Langkah-langkah Penerangan

5. Beri autonomi terhadap  Kanak-kanak perlu dididik untuk


sesetengah perkara mengambil risiko dan belajar daripada
kesilapan.
 Kanak-kanak juga adakalanya perlu diberi
peluang untuk membuat keputusan dalam
sesetengah perkara dan bertanggungjawab
atas keputusan tersebut.
 Walau bagaimanapun, peluang
memperbaiki diri atas kesilapan yang dibuat
perlu diberi oleh ibu bapa dan orang dewasa
supaya kanak-kanak dapat berusaha
meningkatkan diri.

6. Beri peluang untuk anak-  Kanak-kanak diberi peluang untuk


anak mengambil melaksanakan tanggungjawab.
tanggungjawab
 Ibu bapa dan orang dewasa boleh
menunjukkan cara untuk
bertanggungjawab, dan bukannya dengan
memberi arahan. Contohnya: Ibu bapa
membuang sampah ke dalam tong sampah
supaya kanak-kanak mencontohi sikap
bertanggungjawab ini.

7. Tunjukkan teladan yang  Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian.


baik Teladan yang baik perlu ditunjukkan
kepada kanak-kanak supaya dapat
memupuk sikap yang positif.

Jadual 6.3: Pemupukan dan Dorongan Ibu Bapa atau Orang Dewasa

c) Pendidikan dan Tindakan Susulan

Fields dan Boesser (1994) menyarankan agar tingkahlaku bermasalah kanak-


kanak perlu dianalisis supaya langkah-langkah menanganinya dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Melalui analisis yang dibuat, pendidikan dan
tindakan susulan boleh diberikan kepada kanak-kanak supaya tingkahlaku yang
lebih produktif dapat dipelajari. Rajah 6.1 di sebelah menunjukkan punca
tingkahlaku bermasalah dan cara penyelesaiannya.
10  TOPIK 6 TINGKAHLAKU BERMASALAH

Punca Cara Tangani

Tingkahlaku yang biasa


ditunjukkan oeh kanak-kanak Ya Tukar sikap orang dewasa
berdasarkan umur dan
kematangan

Tidak

Ekspektasi orang dewasa yang Tukar ekspektasi orang dewasa


tidak sesuai Ya

Tidak

Kanak-kanak kurang kemahiran Tunjukkan dan beri sokongan


komunikasi Ya untuk kanak-kanak tingkatkan
kemahiran sosial
Tidak

Tiada maklumat tentang sebab


tingkahlaku tidak sesuai Ya Nyatakan kesan perbuatannya

Tidak

Belajar daripada peneguhan Ya Beri peneguhan tingkahlaku


yang tidak sesuai yang diingini sahaja

Tidak

Keperluan emosional tidak Beri perhatian terhadap


dipenuhi Ya keperluan anak-anak

Tidak
Ya
Masalah fizikal atau emosional Dapatkan bantuan pakar
yang serius

Jadual 6.1: Punca Tingkahlaku Bermasalah dan Cara Penyelesaiannya

Rajah 6.1 di atas dapat memberi gambaran kepada ibu bapa dan orang dewasa
tentang langkah-langkah yang boleh diambil apabila mendapati kanak-kanak
menunjukkan tingkahlaku bermasalah.

Perkara pertama yang perlu dibuat adalah dengan menganalisis permasalahan


tersebut mengikut punca-puncanya. Kemudian, ibu bapa dan orang dewasa
TOPIK 6 TINGKAHLAKU BERMASALAH 11

disarankan untuk melaksanakan intervensi yang dicadangkan supaya kanak-


kanak boleh dibantu bagi membentuk sikap dan tingkahlaku yang baik.

Sekiranya ibu bapa dan orang dewasa mendapati masalah kanak-kanak


disebabkan oleh masalah fizikal atau emosional yang serius, maka permasalahan
tersebut perlu dirujuk kepada bantuan pakar seperti kaunselor dan psikiatris.

AKTIVITI 6.2

Pilih satu tingkahlaku bermasalah dalam kalangan kanak-kanak. Dengan


merujuk kepada Rajah 6.1, bina satu carta alir bagi punca dan cara
menangani tingkahlaku tersebut.

6.3
KANAK-KANAK DAN INSTITUSI

a) Guru

Di sekolah, sikap guru boleh membentuk persekitaran yang menggalakkan


bentuk tingkahlaku sama ada positif atau negatif. Melalui interaksi secara verbal
dan non-verbal, kanak-kanak dapat memahami perasaan atau tanggapan yang
diberikan oleh guru terhadap mereka.

Selalunya, kanak-kanak akan memberikan kerjasama yang lebih kepada guru


yang disayangi dan dihormati. Masalah pula akan timbul apabila kanak-kanak
berhadapan dengan guru-guru yang tidak disukai. Antara sikap yang
ditunjukkan oleh guru yang boleh menimbulkan tingkahlaku bermasalah dalam
diri kanak-kanak ialah:

1. guru tidak menghormati kanak-kanak


2. guru menganggap kanak-kanak tidak boleh membuat keputusan
3. guru tidak memahami dan tidak menerima kanak-kanak yang datang
dari pelbagai budaya
4. guru tidak menyatakan peraturan dengan jelas sehingga menyebabkan
kanak-kanak keliru
12  TOPIK 6 TINGKAHLAKU BERMASALAH

5. harapan guru terlalu tinggi terhadap kanak-kanak.


6. guru mahu kanak-kanak ikut setiap peraturan dan melakukan tugas
dengan sempurna
7. guru tidak memenuhi keperluan kanak-kanak seperti inginkan
persahabatan, ingin mencuba dan ingin tahu
8. guru tidak menghargai hasil usaha kanak-kanak
9. guru tidak fleksibel dan melakukan perkara-perkara rutin di dalam kelas.

Apabila sikap sebegini ditunjukkan oleh guru, kanak-kanak akan merasa bosan,
kecewa, sedih, rasa tidak dihargai, rasa tidak berguna dan sebagainya. Kesannya,
kanak-kanak akan mempamerkan tingkahlaku bermasalah di dalam kelas dan di
sekolah.

b) Rakan Sebaya

Perhubungan dengan rakan


sebaya membantu kanak-kanak
untuk membentuk imej diri
mereka (Rujuk Bab 3). Terdapat
beberapa kesan dan tingkahlaku
bermasalah yang akan
dipamerkan oleh kanak-kanak
sekiranya mereka tidak
mempunyai rakan. Berikut
disenaraikan kesan dan
tingkahlaku tersebut hasil
daripada rumusan beberapa dapatan kajian ahli-ahli psikologi yang dibuat oleh
Kostelnik et al (2006):
1. pencapaian akademik merosot
2. bersikap negatif terhadap sekolah
3. menyendiri dan tidak pandai bergaul dengan rakan
4. tidak berpeluang untuk mempraktikkan kemahiran sosial
5. kesan jangka panjang termasuk berhenti sekolah, mengalami masalah
psikiatrik, dan risiko untuk bunuh diri
6. risiko untuk melakukan jenayah dan tingkahlaku delinkuen.

Dalam persahabatan dengan rakan sebaya, kebanyakan kanak-kanak tidak sukar


untuk mencari rakan tetapi bermasalah dalam memperolehi kualiti
persahabatan. Kualiti persahabatan ini berkait rapat dengan emosi yang
dipamerkan oleh kanak-kanak dan pemahaman sosial mereka terhadap diri
sendiri serta orang lain. Bagi mengekalkan persahabatan, kanak-kanak perlu
belajar untuk mengawal tingkahlaku dan emosi. Mereka juga perlu memahami
TOPIK 6 TINGKAHLAKU BERMASALAH 13

dan memberi perhatian terhadap keperluan orang lain dan tidak mementingkan
diri.

c) Pendidikan dan Tindakan Susulan

Guru-guru boleh melakukan beberapa cara agar tingkahlaku bermasalah kanak-


kanak di sekolah dapat ditangani dengan baik. Antaranya ialah:

1. menghargai dan menghormati kanak-kanak


2. peraturan yang dibuat bersesuaian dengan peringkat umur dan boleh
dipatuhi oleh kanak-kanak
3. memahami dan menerima keperluan emosional kanak-kanak
4. merancang program yang bersesuian dengan peringkat perkembangan
kanak-kanak
5. mengubahsuai pengajaran supaya menjadi lebih menarik
6. menggalakkan kanak-kanak berkawan
7. merancang aktiviti yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan
baik antara satu sama lain
8. bimbing kanak-kanak dengan kemahiran interaksi
9. bantu kanak-kanak yang terabai dan tidak popular untuk membina
persahabatan dengan rakan-rakan di dalam kelas.

Sekiranya guru dapat melaksanakan perkara-perkara di atas, kanak-kanak


dapat dididik dan dibentuk untuk menjadi insan yang berpekerti mulia.
Walau bagaimanapun, kerjasama yang erat dengan ibu bapa juga penting
agar usaha menangani tingkahlaku bermasalah dalam kalangan kanak-kanak
dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

AKTIVITI 6.3

Berdasarkan senarai berkaitan cara-cara yang boleh dilakukan oleh guru


untuk menangani tingkahlaku bermasalah di sekolah di atas, bincangkan
setiap satunya dengan memberikan contoh yang sesuai.
14  TOPIK 6 TINGKAHLAKU BERMASALAH

SEMAK KENDIRI 6.1

(a) Jelaskan punca-punca yang menyebabkan kanak-kanak


menunjukkan tingkahlaku bermasalah.
(b) Bincangkan gaya interaksi kanak-kanak bermasalah.
(c) Huraikan peranan ibu bapa dalam membentuk tingkahlaku
kanak-kanak yang baik.
(d) Bagaimanakah sikap guru mempengaruhi tingkahlaku kanak-
kanak di dalam bilik darjah?

 Tingkahlaku bermasalah yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah


tingkahlaku yang dianggap tidak sesuai yang mana boleh memberi kesan
buruk kepada diri mereka sendiri dan juga orang lain.
 Kanak-kanak menunjukkan tingkahlaku bermasalah disebabkan oleh
beberapa punca tertentu.
 Gaya interaksi orang dewasa dan persekitaran interaksi yang negatif juga
menyebabkan kanak-kanak mempamerkan tingkahlaku yang tidak
sesuai.
 Pemupukan dan dorongan ibu bapa penting untuk membentuk
tingkahlaku kanak-kanak yang sesuai dengan konteks masyarakat,
budaya dan agama.
 Tingkahlaku bermasalah kanak-kanak perlu dianalisis supaya
pendidikan dan tindakan susulan dapat diambil.
 Perhubungan dengan guru dan rakan di sekolah mempengaruhi
tingkahlaku kanak-kanak.
 Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana yang kondusif
supaya tingkahlaku bermasalah kanak-kanak dapat ditangani dengan
baik.
TOPIK 6 TINGKAHLAKU BERMASALAH 15

Tingkah laku bermasalah Hubungan rakan sebaya


Gaya interaksi Hubungan dengan guru
Pemupukan
Dorongan
Suasana kondusif

 Borba, M (2003). No more misbehavi’: 38 difficult behaviors and how to stop them.
San Francisco: Jossey-Bass.

 Fields, M.V; & Boesser, C. (1994). Constructive guidance and discipline. New
York: Macmillan Publishing Company.

 Gartrell, D. (2003). A guidance approach for the encouraging classroom. (3rd ed).
New York: Thomson Delmar Learning.

 Kamaruddin Husin (1996). Sekolah dan perkembangan kanak-kanak. Kuala


Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

 Kostelnik, M.J; Whiren, A.P; Soderman, A.K; & Gregory, K. (2006). Guiding
children’s social development: Theory to practice. (5th ed). New York:
Thomson Delmar Learning.

 Palaniappan, A. K. (2004). Keibubapaan kreatif dalam pembangunan keluarga.


Kertas kerja dibentang dalam Seminar Pembangunan Keluarga
Kebangsaan 2004 pada 29-30 Mei 2004 di Universiti Malaya.
Bab 4
Kanak-kanak dan Tekanan

HASIL
PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. membezakan jenis-jenis dan ciri-ciri tekanan yang dialami oleh
kanak-kanak.
2. mengemukakan kesan tekanan terhadap kanak-kanak.
3. menghuraikan strategi penyelesaian yang sering dilakukan oleh
kanak-kanak apabila menghadapi tekanan.
4. mencadangkan strategi yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan
orang dewasa untuk membantu kanak-kanak menangani tekanan.

 PENGENALAN
Tekanan merupakan gerak balas fizikal badan terhadap sebarang desakan yang
dikenakan ke atas dirinya (Selye, 1956). Tekanan yang dihadapi oleh kanak-
kanak pula melibatkan desakan terhadap sesuatu yang berlainan daripada biasa
atau baru. Desakan ini menyebabkan kanak-kanak terpaksa menggunakan
tenaga yang lebih banyak untuk menghadapi situasi yang lebih mencabar ini.
Terdapat dua jenis tekanan, iaitu tekanan positif dan tekanan negatif. Tekanan
positif adalah tekanan yang mendorong seseorang itu menjadi lebih bermotivasi.
Tekanan yang berlebihan pula boleh menjadi tekanan negatif. Tekanan negatif
akan memberi kemudaratan kepada kanak-kanak sama ada dari segi fizikal,
mental dan emosional.

AKTIVITI 1.1
2  TOPIK 7 TEKANAN

TEKANAN DALAM KALANGAN KANAK-


7.1 KANAK

a) Tekanan Diri, Keluarga dan Persekitaran

Tekanan yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada


tiga sebab yang utama, iaitu tekanan diri, tekanan akibat keluarga, dan tekanan
akibat persekitaran.

Tekanan diri dikaitkan dengan personaliti kanak-kanak itu sendiri. Kanak-


kanak seperti ini memang telah dilahirkan dengan kesukaran untuk membina
kemahiran sosial. Adakalanya, pembentukan personaliti ini terbentuk kesan
daripada teknik sosialisasi yang tidak berkesan yang ditunjukkan oleh orang
yang signifikan dengannya.

Tekanan dalam keluarga pula melibatkan pengalaman pahit yang dialami


dalam keluarga yang memberi kesan kepada kanak-kanak. Contohnya, ayah
sakit kuat akibat kakak lari dari rumah. Ibu pula menjadi murung akibat situasi
tersebut. Kanak-kanak yang masih kecil akan tertekan dengan tekanan yang
dialami oleh ahli keluarganya ini.

Menurut Kostelnik et al (2006), secara umumnya, tekanan dalam keluarga boleh


dibahagikan kepada beberapa punca utama, iaitu:
i. Perceraian dan perpisahan
Kanak-kanak keliru dan bimbang dengan situasi yang dialami
sekarang, dan apa yang akan berlaku kepadanya pada masa akan
datang. Mereka juga
merasa kecewa dengan
perpisahan yang
berlaku antara ibu dan
ayah. Selain itu, kanak-
kanak juga tidak tahu
untuk memilih sama
ada ingin tinggal
dengan ibu atau ayah
atau dengan nenek.

Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila ibu bapa berebut-rebut


untuk mendapatkan hak penjagaan. Kanak-kanak yang sedih dan
kecewa akan menjadi lebih tertekan kerana ibu bapa dianggap
tidak lagi dapat memberikan sokongan kepada mereka.
TOPIK 7 TEKANAN 3

ii. Pendapatan keluarga yang rendah


Kemiskinan dan kepayahan hidup menyebabkan kanak-kanak
mengalami masalah fizikal dan emosional. Mereka akan merasa
rendah diri dengan status ekonomi keluarga yang rendah. Dari
segi pemakanan pula, kemungkinan kanak-kanak tidak dapat
dibekalkan dengan makanan berzat menyebabkan perkembangan
fizikal dan mental mereka terganggu.

iii. Keluarga tiri


Apabila mempunyai keluarga tiri, kanak-kanak akan merasakan
bahawa identiti keluarga mereka yang asal telah tiada. Susunan
dan peranan dalam keluarga juga mungkin berubah. Contohnya,
dulu menjadi anak tunggal, sekarang telah mempunyai adik tiri.
Peranan dalam keluarga yang telah berubah menyebabkan kanak-
kanak terpaksa menyesuaikan diri dengan keluarga baru.

iv. Kematian
Kanak-kanak mengalami trauma, keliru dan sedih berpanjangan
akibat kehilangan orang yang disayangi. Contohnya, kematian
ayah atau ibu. Apabila kanak-kanak mengalami situasi ini,
mereka akan rasa keseorangan, rasa cemburu terhadap rakan-
rakan, dan merasa rendah diri. Jika di sekolah, rakan-rakan
bercakap tentang ibu atau ayah, kanak-kanak ini terpaksa
menahan kesedihan kerana pengalaman manis bersama ibu atau
ayah hanya tinggal kenangan.

v. Ibu bapa bekerja


Ibu bapa sibuk bekerja menyebabkan kanak-kanak merasa
keseorangan, kesepian dan tidak dipedulikan. Keadaan ini
berlaku kerana ibu bapa terlalu
sibuk dan hanya dapat berjumpa
dengan anak pada waktu malam.
Kadangkala ibu bapa pulang lewat
ke rumah menyebabkan anak-anak
rasa keseorangan. Tambahan pula
jika ibu bapa masih
membincangkan soal kerja
sedangkan ketika itu kanak-kanak
inginkan belaian dan perhatian ibu
bapanya.

Perhatian dan kasih sayang ibu bapa sangat diperlukan oleh


kanak-kanak sepanjang mereka membesar
4  TOPIK 7 TEKANAN

vi. Mangsa dera atau diabaikan


Kanak-kanak akan merasa tersisih, rasa tidak berguna dan tidak
dihargai oleh keluarga apabila mereka didera atau diabaikan.
Kanak-kanak didera bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga
mental dan emosi. Kanak-kanak akan berada dalam keadaan
bimbang, takut, marah, benci, kecewa dan pelbagai lagi perasaan
negatif bukan sahaja terhadap ibu bapa tetapi juga terhadap
dirinya sendiri. Tekanan yang diterima ini akan memberi kesan
yang berpanjangan kepada kanak-kanak sehingga mereka dewasa
kelak.

vii. Berada di pusat penjagaan


Kanak-kanak merasa kehilangan bukan sahaja keluarga tetapi
juga harta benda yang disayangi apabila terpaksa berpindah ke
pusat penjagaan seperti rumah anak yatim. Contohnya, kanak-
kanak terpaksa meninggalkan bilik tidur, pakaian, jiran dan
rakan-rakan yang dikenali di kawasan tempat tinggalnya dahulu.
Di pusat penjagaan, kanak-kanak tidak lagi merasai keselesaan
seperti berada di rumah sendiri. Kasih-sayang daripada ibu bapa
dan keluarga juga sudah tidak dapat diterima lagi menyebabkan
kanak-kanak merasa tertekan.

AKTIVITI 7.1

Bincangkan bagaimana situasi di bawah memberi tekanan kepada kanak-


kanak:
a) perpisahan c) harapan keluarga e) pemilihan rakan sebaya
b) rendah diri d) tersisih d) budaya masyarakat

Selain daripada faktor diri dan tekanan dalam keluarga, persekitaran juga
memberi kesan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak bukan sahaja terpaksa
membezakan suasana di rumah dan persekitaran, malah mereka juga perlu
membuat adaptasi bagi kedua-dua keadaan tersebut. Antara tekanan yang
terpaksa dihadapi oleh kanak-kanak berkaitan aspek persekitaran ini ialah:
TOPIK 7 TEKANAN 5

i. Aspek penjagaan
Penjagaan daripada pengasuh yang tidak berkualiti akan
menyebabkan kanak-kanak merasa dipinggirkan, tidak dihargai
dan rendah diri.

ii. Tekanan di sekolah


Tekanan dialami disebabkan masalah intelektual, fizikal atau
emosional yang berlaku di dalam kelas atau di sekolah.
Kadangkala, kanak-kanak merasakan bahawa mereka belum
bersedia untuk menunaikan harapan ibu bapa yang inginkan
kecemerlangan dari segi akademik terutamanya.

Jangkaan ibu bapa yang terlalu tinggi akan memberi tekanan kepada
kanak-kanak untuk memenuhi impian tersebut

iii. Bencana alam dan peperangan


Kanak-kanak akan mengalami trauma apabila tiba-tiba berlaku
bencana alam atau peperangan. Mereka terpaksa berpindah atau
ditempatkan di pusat penjagaan sementara. Keadaan ini
mengakibatkan kanak-kanak terpaksa menghadapi satu situasi
baru yang tidak pernah dialami dan dirasakan sangat
membebankan terutamanya jika melibatkan bencana alam yang
buruk dan peperangan.
6  TOPIK 7 TEKANAN

AKTIVITI 7.2

Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan bencana tsunami dan


tanah runtuh. Pada pendapat anda, bagaimanakah situasi ini memberi
tekanan kepada kanak-kanak? Bincangkan.

7.2
KESAN TEKANAN TERHADAP KANAK-
KANAK

Tekanan diperlukan dalam hidup sebagai sumber motivasi. Walau


bagaimanapun, tekanan yang berlebihan akan mengakibatkan kanak-kanak
mengalami kesan negatif seperti kemurungan dan kecelaruan. Kesan tekanan ini
dapat dilihat daripada segi fizikal dan psikologikal kanak-kanak itu sendiri.
Antara kesan tekanan kepada kanak-kanak adalah seperti dalam Jadual 7.1 di
bawah:

Kesan Ciri-ciri

1. Reaksi fizikal  Berpeluh, muntah, sakit perut, sakit


kepala, sukar untuk bernafas, sukar untuk
tidur.

2. Reaksi psikologikal  Sukar beri perhatian, sukar buat


keputusan, bimbang, tertekan, sukar
untuk memproses maklumat yang
diterima.

Jadual 7.1 : Kesan Tekanan Kepada Kanak-Kanak

Dari segi fizikal, kanak-kanak akan selalu berpeluh walaupun dalam cuaca yang
sejuk. Mereka juga akan mengalami sakit perut, muntah-muntah, pening dan
sakit kepala. Apabila malam, mereka sukar untuk melelapkan mata. Kadangkala,
kanak-kanak juga merasakan bahawa mereka sukar untuk bernafas.
TOPIK 7 TEKANAN 7

Selain kesan yang ditunjukkan dari segi fizikal, kesan psikologikal juga dapat
dilihat berlaku akibat tekanan yang dialami. Kanak-kanak didapati sukar untuk
memberi perhatian terhadap sesuatu perkara. Mereka akan termenung dan
seolah-olah kebingungan. Kanak-kanak ini juga sukar untuk membuat
keputusan apabila diminta. Mereka kelihatan bimbang dan murung kerana
memikirkan masalah yang sedang dihadapi.

Menurut Kostelnik et al (2006), sekiranya kanak-kanak gagal untuk menangani


tekanan, kadangkala situasi seperti lari dari rumah, anggap orang lain ingin
mencederakannya, bersedia untuk mati, mendengar suara-suara tertentu, dan
sebagainya boleh berlaku.

Beberapa orang pengkaji mendapati terdapat faktor pelindung bagi


mengurangkan tekanan diri kanak-kanak (Papalia et al, 2004). Antaranya ialah,
personaliti kanak-kanak itu sendiri, hubungan yang baik dalam keluarga, dan
pengalaman yang seimbang.

Dari segi personaliti, kanak-kanak ini mempunyai keupayaan kognitif yang baik.
Mereka berupaya menyelesaikan masalah, mempunyai konsep kendiri yang
tinggi, bermotivasi dalaman, kreatif, boleh berdikari, dan sensitif terhadap orang
lain. Kanak-kanak ini juga boleh bersosial dengan baik apabila berada bersama-
sama keluarga, rakan-rakan dan masyarakat (Rujuk Bab 3 dan Bab 5).

Dari segi hubungan dalam keluarga pula, ibu


bapa mengamalkan gaya keibubapaan
autoritatif. Mereka memberi kasih sayang dan
perhatian kepada anak-anak. Kanak-kanak
dihargai dan diterima tanpa sebarang syarat.
Kanak-kanak juga berpeluang untuk
menyatakan perasaannya dan berkongsi
masalah dengan ibu bapa. Keluarga yang
mempunyai sosioekonomi yang baik pula dapat
membantu mengurangkan tekanan dalam diri
kanak-kanak.

Kanak-kanak yang mengalami tekanan dalam


sesuatu situasi tetapi pada masa yang sama merasai keseronokan dalam situasi
yang lain dapat mengurangkan rasa tertekan. Contohnya, apabila berada di
sekolah kanak-kanak tertekan dengan pelajaran tetapi apabila berada di rumah,
dia gembira dengan layanan baik ibu bapa terhadapnya. Pengalaman yang
seimbang ini dapat membantu kanak-kanak menghadapi tekanan dengan lebih
baik.
8  TOPIK 7 TEKANAN

AKTIVITI 7.3

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang membantu kanak-kanak


membentuk personaliti agar berupaya menangani tekanan dengan baik?

7.3
STRATEGI PENYELESAIAN

a) Strategi Penyelesaian yang Sering Dilakukan oleh Kanak-kanak.

Terdapat dua strategi yang sering dilakukan oleh kanak-kanak apabila


berhadapan dengan tekanan (Kostelnik et al, 2006). Strategi pertama adalah
berusaha menangani tekanan dengan cara menghadapinya. Maksudnya, kanak-
kanak menggunakan kemahiran-kemahiran seperti membuat pertimbangan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah apabila berhadapan dengan
situasi tersebut.

Strategi kedua pula adalah dengan mengelakkan diri daripada menghadapi


tekanan melalui helah bela diri yang digunakan. Mahmood Nazar (1991) dan
Brenner (1997) telah menyenaraikan beberapa helah bela diri yang digunakan
apabila seorang individu ingin lari daripada masalahnya. Jadual 7.2
memaparkan sebahagian daripada helah bela diri tersebut dan penerangan
berkaitannya.

Helah Bela Diri Penerangan

1. Menyangkal  Menganggap bahawa tekanan tidak wujud


atau berlaku.
 Contohnya: kanak-kanak tetap bermain
bola walaupun telah diberitahu ayahnya
meninggal dunia.
TOPIK 7 TEKANAN 9

Helah Bela Diri Penerangan

2. Regresi  Bertingkahlaku keanak-anakan, iaitu


kurang daripada usia sebenar supaya diberi
perhatian yang lebih.
 Contohnya: kanak-kanak berusia 6 tahun
menjerit-jerit seperti kanak-kanak berusia 2
tahun apabila memecahkan pasu bunga
ibunya secara tidak sengaja.

3. Mengasingkan Diri  Kanak-kanak cuba keluar atau lari daripada


masalah sama ada secara fizikal atau
mental.
 Contohnya: kanak-kanak lari dari rumah
atau ponteng kelas kerana tidak dapat
menghadapi tekanan yang diterima.

4. Menunjukkan  Kanak-kanak melakukan apa sahaja yang


Tingkahlaku boleh memberikan ketenangan segera
Impulsif kepadanya.
 Mereka cuba mengelak untuk memikirkan
tingkahlaku mereka yang lepas atau kesan
tindakan mereka sekarang.
 Contohnya: apabila dibuli di sekolah,
kanak-kanak menyembunyikan perkara
tersebut daripada ibu bapa dan
membiarkan ibu bapa tertanya-tanya atau
memarahinya.

5. Pindahgantian  Kanak-kanak melepaskan kemarahan atau


tekanan yang dialami kepada objek-objek
lain.
 Contohnya: kanak-kanak menumbuk
dinding apabila tidak dapat menjawab
soalan peperiksaan.
10  TOPIK 7 TEKANAN

Helah Bela Diri Penerangan

6. Pembentukan reaksi  Kanak-kanak menggantikan perasaannya


yang kecewa atau marah kepada gembira
atau suka.
 Contohnya: kanak-kanak menyakinkan
dirinya dan cuba menunjukkan bahawa dia
sayang ayah sedangkan dia amat
membencinya.

7. Projeksi  Kanak-kanak menuduh orang lain yang


melakukan kesalahan dan kesilapan.
 Contohnya: kanak-kanak mengatakan
bahawa ibu dan ayah yang membencinya
sedangkan hakikatnya kanak-kanak itu
sendiri yang membenci kedua ibubapanya.

8. Rasionalisasi  Kanak-kanak memberi alasan secara


rasional supaya dapat mempertahankan
diri.
 Contohnya: kanak-kanak mencari alasan
yang munasabah bagi menjelaskan kepada
ibu bapa tentang kegagalannya dalam
peperiksaan.

9. Represi  Kanak-kanak menyingkirkan tekanan yang


dialami ke alam tidak sedar.
 Contohnya: kanak-kanak yang tidak
menyiapkan kerja sekolah mengatakan
bahawa dia terlupa atau tidak mendengar
arahan guru untuk menyiapkannya.

Jadual 7.2 : Helah Bela Diri Yang Sering Dilakukan Oleh Kanak-Kanak Apabila
Berhadapan Dengan Tekanan
TOPIK 7 TEKANAN 11

Helah bela diri yang dilakukan oleh kanak-kanak sebenarnya hanya memberi
ketenangan ketika itu atau dalam jangka masa yang pendek. Lama-kelamaan
kanak-kanak akan menjadi lebih tertekan dan mengamalkan cara hidup yang
memusnahkan jika terus mengamalkan helah bela diri ini.

b) Strategi yang Boleh Dilakukan oleh Ibu Bapa dan Orang Dewasa untuk
Membantu Kanak-kanak Menangani Tekanan.

Oleh sebab tekanan tidak dapat dielakkan, beberapa cara boleh dilakukan oleh
ibu bapa dan orang dewasa untuk membantu kanak-kanak menangani tekanan
dengan efektif. Jadual 7.3 di bawah merupakan sebahagian daripada cara-cara
tersebut seperti yang dikemukakan oleh Margetts (2005) dan tokoh-tokoh
psikologi yang lain.

Langkah-langkah Penerangan

1. Wujudkan  Ibu bapa boleh membina perapatan selamat


perapatan selamat melalui interaksi yang positif, mesra dan
responsif terhadap kanak-kanak. Perapatan
selamat dapat mengurangkan tekanan dan
kebimbangan dalam diri kanak-kanak.

2. Memahami  Sokongan yang baik dan mesra diberi


keperluan, kepada kanak-kanak yang mengalami
pemikiran dan tekanan. Kanak-kanak juga ditenangkan
perasaan kanak- dengan lembut dan penuh kasih-sayang.
kanak

3. Latihan pengurusan  Kanak-kanak dilatih menangani tekanan


tekanan dengan melakukan aktiviti yang
menyeronokkan seperti melukis, menyanyi
dan bersenam. Latihan pernafasan juga
berkesan untuk membantu kanak-kanak
mengawal tekanan yang dihadapi.

4. Tunjukkan model  Ibu bapa dan orang dewasa boleh


sebagai teladan membantu kanak-kanak menangani
tekanan dengan menunjukkan contoh
teladan yang baik. Kanak-kanak dapat
belajar mengawal diri melalui teladan yang
ditunjukkan oleh ibu bapa dan orang
dewasa.
12  TOPIK 7 TEKANAN

Langkah-langkah Penerangan

5. Galakkan kanak-  Ibu bapa dan orang dewasa disarankan


kanak berkongsi supaya menggalakkan kanak-kanak
perasaan berkongsi perasaan supaya masalah dapat
dibincang dan diselesaikan bersama. Oleh
itu, masa bersama kanak-kanak perlu
diluangkan agar kanak-kanak berpeluang
menyatakan perasaan mereka.

6. Tidak  Apabila menghadapi tekanan, elakkan


membebankan penyaluran dibuat kepada kanak-kanak
kanak-kanak dengan sebagai cara untuk mengurangkannya.
masalah peribadi Sebaliknya, jika perlu dibincang, lakukan
dengan baik dan tenang.

7. Dapatkan bantuan  Sekiranya ibu bapa dan orang dewasa tidak


pakar tahu cara yang berkesan untuk membantu
kanak-kanak mengurangkan tekanan,
mereka hendaklah merujuk kepada pakar
bagi mendapatkan nasihat dan bantuan.

Jadual 7.3 : Strategi Yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu Bapa Dan Orang Dewasa Untuk
Membantu Kanak-Kanak Menangai Tekanan

SEMAK KENDIRI 7.1

(a) Terangkan jenis-jenis dan ciri-ciri tekanan yang dialami oleh


kanak-kanak.
(b) Apakah kesan negatif tekanan terhadap kanak-kanak?
(c) Berikan 5 contoh strategi penyelesaian yang sering dilakukan oleh
kanak-kanak apabila menghadapi tekanan.
(d) Bincangkan strategi yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan
orang dewasa untuk membantu kanak-kanak menangani tekanan.
TOPIK 7 TEKANAN 13

 Tekanan yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak boleh dibahagikan


kepada tiga sebab yang utama, iaitu tekanan diri, tekanan akibat
keluarga, dan tekanan akibat persekitaran.
 Tekanan yang berlebihan akan mengakibatkan kanak-kanak mengalami
kesan negatif seperti kemurungan dan kecelaruan.
 Kesan tekanan dapat dilihat daripada segi fizikal dan psikologikal kanak-
kanak
 Terdapat dua strategi yang sering dilakukan oleh kanak-kanak apabila
berhadapan dengan tekanan, iaitu menghadapinya atau menggunakan
helah bela diri.
 Ibu bapa dan orang dewasa hendaklah membantu kanak-kanak
menangani tekanan supaya kanak-kanak dapat menjalani hidup dengan
sihat.

Tekanan diri Perapatan selamat


Tekanan keluarga Latihan pengurusan tekanan
Tekanan akibat persekitaran
Reaksi fizikal
Reaksi psikologikal
Helah bela diri

 Brenner, A. (1997). Helping children cope with stress. San Francisco: Jossey-
Bass.

 Kostelnik, M.J; Whiren, A.P; Soderman, A.K; & Gregory, K. (2006). Guiding
children’s social development: Theory to practice. (5th ed). New York:
Thomson Delmar Learning.
14  TOPIK 7 TEKANAN

 Mahmood Nazar Mohamed (1991). Pengantar psikologi: Satu pengenalan asas


kepada jiwa dan tingkah laku manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

 Margetts, K. (2005). Responsive caregiving: Reducing the stress in infant


toddler cara. International Journal of Early Childhood. 37 (2), 77-84.

 Papalia, D. E; Olds, S.W; & Feldman, R.D. (2004). Human development. (9th
ed). Boston: McGraw-Hill.

 http://www.jiva.com/education/Stress.asp
Bab 5
Disiplin Dan Kanak-Kanak

HASIL
PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. mengemukakan definisi disiplin dan tujuannya
2. menghuraikan cara-cara membentuk disiplin pada kanak-kanak
yang efektif
3. mengemukakan definisi dan jenis-jenis hukuman
4. menjelaskan cara-cara melaksanakan hukuman
5. menyatakan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas
6. menghuraikan cara-cara mendisiplinkan kanak-kanak berkeperluan
khas

 PENGENALAN
Disiplin merupakan latihan kepada diri seseorang individu agar dapat
mengawal diri sendiri bagi melakukan sesuatu tingkahlaku atau pemikiran.
Melalui disiplin, kanak-kanak dapat memilih tingkahlaku yang sesuai dengan
kehendak masyarakat dan membentuk kawalan diri. Disiplin yang positif
membolehkan kanak-kanak memahami kenapa sesetangah tingkahlaku itu boleh
diterima dan sebaliknya. Selain kanak-kanak normal, kanak-kanak berkeperluan
khas juga perlu didisiplinkan supaya bertingkahlaku mengikut kehendak
masyarakat, budaya dan agama.

AKTIVITI 1.1
2  TOPIK 8 DISIPLIN

DISIPLIN
8.1
Disiplin berasal daripada perkataan Latin, “disciplinare” yang bermaksud “to
teach” (Banks, 2002). Ahli-ahli psikologi berpendapat disiplin merupakan satu
proses mengajar kanak-kanak tentang nilai dan tingkahlaku yang mengikut
norma masyarakat. Melalui disiplin, kanak-kanak dapat memilih tingkahlaku
yang sesuai dengan kehendak masyarakat. Selain itu, disiplin juga membolehkan
kanak-kanak membentuk kawalan diri.

a) Peraturan

Apabila bercakap mengenai disiplin, secara tidak langsung kita akan bercakap
mengenai peraturan. Peraturan-peraturan yang dibina dalam keluarga,
contohnya akan membolehkan kanak-kanak memahami ekspektasi ibu bapa
terhadapnya. Peraturan-peraturan ini juga dapat membantu kanak-kanak
memahami tingkahlaku yang sesuai dan tidak sesuai diamalkan. Contoh
peraturan yang dibina oleh keluarga adalah baca doa sebelum makan, kemaskan
mainan setelah bermain, tidak boleh menonton tv sehingga selesai kerja sekolah,
dan sebagainya.

Kebanyakan ibu bapa boleh dan berjaya menetapkan peraturan. Walau


bagaimanapun, mereka gagal menetapkan akibat jika peraturan itu tidak
dipatuhi oleh kanak-kanak. Kadangkala ibu bapa sendiri gagal melaksanakan
akibat yang telah dibuat kepada kanak-kanak tersebut. Seringkali juga ibu bapa
tidak konsisten dalam melaksanakan peraturan dan akibat kepada anak-anak
mereka. Ini menyukarkan kanak-kanak untuk mengamalkan tingkahlaku yang
diingini oleh ibu bapa. Kanak-kanak keliru sama ada perlu atau tidak
tingkahlaku itu diteruskan.

Disiplin yang baik melibatkan peraturan yang bersesuaian dengan peringkat


umur kanak-kanak. Bayi dan kanak-kanak berumur bawah 2 tahun, contohnya,
masih belum berupaya membuat kawalan diri. Mereka ketika ini lebih
memerlukan hubungan perapatan dengan ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa
berperanan mengubahsuai persekitaran supaya tingkahlaku kanak-kanak dapat
dikawal. Sebagi contoh, perbuatan menghancurkan makanan bukan dianggap
salah laku bagi kanak-kanak yang berusia setahun. Walau bagaimanapun, ibu
bapa perlu memastikan kanak-kanak tidak menyepahkan makanan ini dengan
menjauhkannya daripada kanak-kanak tersebut.

Selain itu, disiplin seharusnya dapat melindungi kanak-kanak daripada


melakukan perkara yang boleh merosakkan dirinya atau orang lain. Disiplin
TOPIK 8 DISIPLIN 3

yang positif membolehkan kanak-kanak memahami kenapa sesetangah


tingkahlaku itu boleh diterima dan sebaliknya.

b) Salah laku

Salah laku dalam kalangan kanak-kanak disebabkan oleh beberapa faktor (Rujuk
Bab 4 dan Bab 6). Selain itu, faktor tekanan juga menyebabkan kanak-kanak
bertingkahlaku bermasalah (Rujuk Bab 7). Walau bagaimanapun, ibu bapa dan
orang dewasa perlu memahami bahawa tingkahlaku kanak-kanak adalah
dipelajari dan boleh dihapuskan. Tingkahlaku yang baik juga boleh diterapkan
kepada kanak-kanak melalui pelbagai cara. Antaranya modeling, peneguhan,
penghapusan dan hukuman.

AKTIVITI 8.1

Berdasarkan perbincangan yang telah dibuat dalam Bab 4, Bab 6 dan Bab
7, huraikan jenis-jenis dan punca-punca salah laku dalam kalangan
kanak-kanak.

c) Interaksi Amalan

Terdapat beberapa cara untuk mewujudkan disiplin yang efektif. Antaranya


ialah:

1. hubungan ibu bapa yang mesra – perhatian, kasih sayang dan interaksi
positif menggalakkan tingkahlaku yang positif dalam kalangan kanak-
kanak.

2. ekspektasi dinyatakan dengan jelas – kanak-kanak akan mudah


memahami kehendak dan harapan ibu bapa jika komunikasi ibu bapa
berbentuk positif dan asertif. Ekspektasi ibu bapa ini pula perlu
bersesuaian dengan kemampuan kanak-kanak tersebut.

3. kanak-kanak diberitahu kenapa sesuatu tingkahlaku itu sesuai atau tidak.

4. peraturan yang diberi adil – kanak-kanak diberi peraturan yang adil dan
saksama mengikut peringkat umur mereka.
4  TOPIK 8 DISIPLIN

5. menetapkan konsekuen – konsekuen (akibat) daripada sesuatu


tingkahlaku positif diberi seperti pujian, galakan, token dan sebagainya.
Pemberian ini dilakukan secara konsisten.

6. mewujudkan konteks yang sesuai – sesuatu tingkahlaku dinilai sama ada


salah atau tidak berdasarkan konteks dan struktur. Ini bererti situasi atau
persekitaran ketika itu turut mempengaruhi. Contohnya, memukul
haiwan dianggap salah tetapi jika haiwan itu berbisa seperti ular dan
mengancam, maka tidak salah untuk memukulnya. Oleh itu, konteks
yang bersesuaian perlu disediakan sesuai dengan peraturan yang
ditetapkan.

Menurut Smith (2004), ciri-ciri di atas sesuai digunapakai terutamanya


kepada kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah. Ini kerana kanak-kanak
berada di peringkat formatif di mana mereka mempelajari sempadan-
sempadan bagi tingkahlaku yang sesuai.

Kanak-kanak mencuba pelbagai tingkahlaku baru dan mentafsir respon


yang diberi oleh ibu bapa terhadap tingkahlaku tersebut

AKTIVITI 8.2

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda, apakah cara-cara yang


sesuai untuk mendisiplinkan kanak-kanak dalam konteks budaya
masyarakat di Malaysia? Bincangkan.
TOPIK 8 DISIPLIN 5

DERAAN
8.2
Deraan adalah salah satu kaedah yang biasa dilakukan oleh ibu bapa dalam
mendisiplinkan anak-anak. Deraan selalunya melibatkan hukuman dan denda.

a) Hukuman dan Denda

Istilah hukuman dan denda kadangkala digunapakai bagi menjelaskan maksud


yang sama. Walau bagaimanapun, sebenarnya terdapat beberapa kategori yang
boleh membezakan jenis dan bentuk hukuman atau denda. Berikut dirumuskan
jenis-jenis hukuman yang selalu digunakan dalam mendisiplinkan kanak-kanak
seperti yang dinyatakan oleh Banks (2002):

Jenis Ciri-ciri

1. Penghapusan  Penghapusan merupakan kaedah di


mana tingkahlaku kanak-kanak tidak
diberi perhatian atau peneguhan.

 Tingkahlaku kanak-kanak akan


terhapus/lupus kerana tidak
dipedulikan.

 Contoh: tidak mempedulikan kanak-


kanak yang menangis meminta barang
mainan

2. Hukuman secara verbal  Memarahi kanak-kanak secara verbal.

3. Hukuman dera  Hukuman fizikal yang menyebabkan


(corporal punishment) kanak-kanak sakit, tetapi bukan
mendera.

 Berbeza dengan dera kerana hukuman


fizikal bertujuan untuk membetulkan
dan mengawal kanak-kanak.

Jadual 8.1 : Jenis-Jenis Hukuman


6  TOPIK 8 DISIPLIN

b) Interaksi Amalan

Hukuman bukanlah cara terbaik untuk mendidik kanak-kanak. Sekiranya ingin


melaksanakan hukuman, beberapa perkara perlu diambil kira. Jadual 8.2 di
bawah menunjukkan perkara-perkara yang seharusnya diberi perhatian oleh ibu
bapa sebelum melaksanakan hukuman.

Hukuman Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian

1. Penghapusan  Time-out sesuai dilakukan kepada


kanak-kanak dari umur 18 bulan hingga
6 tahun.

 Sesuai digunakan kepada kanak-kanak


yang mengamuk, menjerit, bergaduh,
dan bertingkahlaku agresif.

 Time-out berkesan jika kanak-kanak


diletakkan di dalam bilik atau sudut
tanpa permainan atau tv (tempat yang
membosankan).

 Setelah kanak-kanak tenang dan diam


selama 15 saat, baru tamatkan time-out.

2. Hukuman secara verbal  Kadangkala berkesan tetapi jika selalu


dilakukan akan beri kesan negatif
kepada kanak-kanak seperti bimbang,
dan tidak mempedulikan kata-kata ibu
bapa.

 Elakkan daripada menghina atau


menggunakan komunikasi berbentuk
negatif kepada kanak-kanak.

 Sekiranya menghukum kanak-kanak


menggunakan time-out, elakkan
daripada menghukum secara verbal
pada masa yang sama. Time-out tidak
akan berkesan.
TOPIK 8 DISIPLIN 7

Hukuman Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian

3. Hukuman dera  Bukan kaedah terbaik untuk


(corporal punishment) mendisiplinkan kanak-kanak.

 Hukuman yang dibuat bukan untuk


mendera atau melepaskan geram tetapi
untuk mendidik. Oleh itu, pastikan
hukuman itu tidak mencederakan
kanak-kanak tersebut.

 Hukuman dibuat bersesuaian dengan


umur dan kesalahan yang dilakukan.

 Beri kesan negatif kepada kanak-kanak


(jangka masa panjang) seperti rendah
pencapaian akademik, depresi,
bertindak agresif, rendah penghargaan
diri, dan mengasingkan diri.

Jadual 8.2 : Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Melaksanakan Hukuman

Hukuman boleh menyebabkan kanak-kanak lebih tertekan


8  TOPIK 8 DISIPLIN

AKTIVITI 8.3

Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk mendisiplinkan kanak-


kanak? Bincangkan.

8.3
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang mengalami kecacatan


penglihatan, kecacatan pendengaran, atau mempunyai masalah pembelajaran
(Jabatan Pendidikan Khas, 2007). Antara punca yang menyebabkan kanak-kanak
ini kurang sempurna adalah disebabkan faktor genetik, faktor persekitaran, dan
faktor kesihatan.

a) Keupayaan dan Emosi

Terdapat beberapa kategori kanak-kanak berkeperluan khas. Antaranya ialah:

1. bermasalah atau kurang upaya pendengaran


2. bermasalah atau kurang upaya penglihatan
3. bermasalah pembelajaran
4. bermasalah kerencatan akal
5. bermasalah tingkahlaku atau emosi
6. bermasalah pertuturan atau bahasa
7. bermasalah pintar-cerdas
8. kurang upaya fizikal
9. bermasalah kesihatan, dan
10. pelbagai masalah
TOPIK 8 DISIPLIN 9

Jika dilihat sekali imbas, ada di antara kanak-kanak kelihatan normal dan cukup
sifat. Walau bagaimanapun, mereka sebenarnya mempunyai kekurangan
berbanding kanak-kanak biasa. Pengesanan boleh dibuat berdasarkan ujian-ujian
atau melalui pemerhatian.

Jadual 8.3 di bawah menunjukkan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas:

Jenis Ciri-ciri

1. Hiperaktif  Tidak boleh duduk diam – sentiasa


aktif, cergas dan bertenaga
 Impulsif
 Tumpuan perhatian singkat
 Suka mengganggu orang lain
 Selalu bercakap banyak
 Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal
menyiapkan kerja sekolah, kerja harian
dan tugas

2. Sindrom Down  Rambut jarang dan lurus, muka leper,


mata kecil dan senget, lidah tebal, jari
tangan dan kaki pendek, leher pendek
 Senang dijangkiti penyakit telinga, mata
dan hidung
 Kebanyakan kanak-kanak akan lambat
bertutur

3. Masalah Pertuturan  Kecelaruan pertuturan, kecelaruan


bahasa, masalah artikulasi dan masalah
kelancaran
 Kanak-kanak merasa serba kekurangan
dan gelisah kerana gagap dan sukar
bertutur
10  TOPIK 8 DISIPLIN

Jenis Ciri-ciri

4. Tumpuan Perhatian  Lambat menyiapkan tugasan


Singkat (ADD/ADHD)
 Mudah terganggu
 Masalah konsentrasi
 Masalah mengurus tugasan
 Cepat lupa
 Impulsif

5. Autisme  Merupakan sejenis penyakit Skizofrenia


yang bermula selepas bayi berumur 30
bulan.
 Kanak-kanak ini biasanya terganggu
dari segi emosi
 Mempamerkan ciri-ciri tingkahlaku
seperti kanak-kanak terencat akal
 Tidak mampu bersosial
 Tidak boleh bertutur dan
berkomunikasi
 Mempunyai masalah dalam pemikiran
dan perlakuan
 Suka mengasingkan diri dan bersikap
pasif
 Aktif tetapi berperangai pelik
 Biasanya diejek atau dibuli kanak-kanak
lain

6. Pintar Cerdas  Mempunyai pengamatan dan keinginan


untuk tahu yang tinggi
 Memfokus sesuatu perkara yang
diminati dalam jangka masa sebulan
atau mungkin setahun
 Ingatan yang tinggi
TOPIK 8 DISIPLIN 11

Jenis Ciri-ciri
 Keupayaan imaginasi yang tinggi
 Sangat sensitif dari segi emosi
 Sangat teliti dan mementingkan
kesempurnaan
 Tidak suka melakukan kesilapan dan
mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat
dilakukan dengan sempurna
 Jika terlalu memikirkan isu-isu dunia,
kanak-kanak ini akan mengalami
depresi

7. Disleksia  Disleksia adalah satu masalah


pembelajaran iaitu kesukaran mengenal
huruf, membaca, menulis, mendengar
dan bercakap
 Terdapat tiga jenis, iaitu disleksia visual
(penglihatan), disleksia auditori
(pendengaran), dan disleksia visual-
auditori
 Mengalami masalah fizikal, pengurusan
diri dan sosial
 Pakaian sentiasa tidak kemas
 Kelihatan berminat dalam pelajaran
tetapi dilabel pemalas dan kelihatan
bodoh
 Skop penglihatan yang terhad di mana
keliru antara depan, belakang, kiri,
kanan, atas, bawah serta pengamatan
yang lemah

8. Cerebal palsy  Kerosakan pada kawasan motor dalam


otak yang mengakibatkan kurang upaya
untuk melakukan pergerakan otot-otot
dan menegakkan badan
12  TOPIK 8 DISIPLIN

Jenis Ciri-ciri
 Kecacatan otak dan saraf otot ini
lazimnya berlaku sebelum, semasa dan
di peringkat awal bayi dilahirkan –
ketika bahagian otak berkembang
dengan pesat.
 Mengalami masalah untuk makan,
bernafas, dan tidur
 Mengalami masalah pertuturan dan
tidak memahami apa yang dikatakan
kepadanya
 Bermasalah dalam pendengaran dan
penglihatan
 Kemungkinan mengalami simtom-
simtom terencat akal

Jadual 8.3: Ciri-Ciri Kanak-Kanak Berkeperluan Khas


[Diubahsuai daripada : http://pkbpsksj.blogspot.com/2008/03/god-special-child.html]

Berdasarkan jadual di atas, dapat dirumuskan bahawa kanak-kanak


berkeperluan khas ini mengalami pelbagai masalah dari segi fizikal, emosi,
sosial, kognitif, dan bahasa. Kehidupan mereka agak sukar untuk difahami.
Walau bagaimanapun, mereka memerlukan perhatian, bimbingan dan tunjuk
ajar yang lebih daripada keluarga dan masyarakat supaya dapat menjalani
kehidupan yang normal.

b) Interaksi Amalan

Kanak-kanak berkeperluan khas juga perlu didisiplinkan supaya dapat


bertingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat, budaya dan agama. Antara
langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan orang dewasa adalah:

1. disiplin diterapkan pada usia awal


TOPIK 8 DISIPLIN 13

2. ibu bapa dan orang dewasa hendaklah menyatakan had tingkahlaku


yang boleh dan tidak boleh dilakukan

3. peneguhan positif diberi setiap kali kanak-kanak dapat melaksanakan


tingkahlaku yang diingini

4. peraturan yang dikenakan mengambil kira ciri-ciri kanak-kanak tersebut

5. prosedur untuk mendisiplinkan kanak-kanak ini tidak boleh disamakan


dengan kanak-kanak biasa yang melakukan kesalahan yang sama

6. prosedur yang digunakan tidak boleh lebih berat berbanding prosedur


yang dibuat kepada kanak-kanak normal

7. ibu bapa dan orang dewasa perlu memahami bahawa kanak-kanak


berkeperluan khas ini memerlukan masa yang lebih lama untuk
mendisiplinkan diri

SEMAK KENDIRI 8.1

(a) Jelaskan perbezaan antara hukuman verbal dan hukuman dera


dengan memberikan contoh yang sesuai.
(b) Apakah kepentingan mendisiplinkan kanak-kanak? Huraikan.
(c) Bincangkan masalah kanak-kanak berkeperluan khas dari aspek
fizikal dan psikologikal.

 Disiplin berasal daripada perkataan Latin, “disciplinare” yang


bermaksud “to teach”
 Disiplin yang baik melibatkan peraturan yang bersesuaian dengan
peringkat umur kanak-kanak
14  TOPIK 8 DISIPLIN

 Disiplin seharusnya dapat melindungi kanak-kanak daripada melakukan


perkara yang boleh merosakkan dirinya atau orang lain
 Deraan adalah salah satu kaedah yang biasa dilakukan oleh ibu bapa
dalam mendisiplinkan anak-anak
 Hukuman bukanlah cara terbaik untuk mendidik kanak-kanak. Sekiranya
ingin melaksanakan hukuman, beberapa perkara perlu diambil kira
 Kanak-kanak berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang mengalami
kecacatan penglihatan, kecacatan pendengaran, atau mempunyai
masalah pembelajaran
 Kanak-kanak berkeperluan khas mengalami pelbagai masalah dari segi
fizikal, emosi, sosial, kognitif, dan bahasa
 Kanak-kanak berkeperluan khas juga perlu didisiplinkan supaya dapat
bertingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat, budaya dan agama

Disiplin Peneguhan
Peraturan Kanak-kanak berkeperluan khas
Salah laku
Deraan
Hukuman
Penghapusan

 Fields, M.V; & Boesser, C. (1994). Constructive guidance and discipline. New
York: Macmillan Publishing Company.

 Banks, J.B. (2002). Childhood discipline: Challenges for clinicians and


parents. American Family Physician. 66 (8), 1447-1452.

 Jabatan Pendidikan Khas (2007). Buletin Pendidikan Khas. Bil. 2. Putrajaya:


Jabatan Pendidikan Khas.
TOPIK 8 DISIPLIN 15

 Kostelnik, M.J; Whiren, A.P; Soderman, A.K; & Gregory, K. (2006). Guiding
children’s social development: Theory to practice. (5th ed). New York:
Thomson Delmar Learning.

 Miltenberger, R. (2004). Behaviour modification: Principles and procedures.


Pacific Grove CA: Brooks & Cole Publishing.

 Smith, A.B. (2004). How do infants and toddlers learn the rules? Family
discipline and young children. International Journal of Early Childhood. 36
(2), 27-41.

 http://pkbpsksj.blogspot.com/2008/03/god-special-child.html

 http://www.commack.k12.ny.us/parent/tipsforchildhoodbehavior.htm

 http://www.geocities.com/padeat68/pendidikan_khas.htm?200831
BAB 6
Personaliti Kanak-Kanak

Pengenalan
Ahli-ahli psikologi berpendapat perkembangan personaliti dan tingkahlaku
manusia bermula sejak dari peringkat janin, iaitu di dalam kandungan ibu lagi.
Malah, mereka percaya janin boleh berinteraksi dan memberi maklum balas
terhadap emosi yang dilahirkan oleh si ibu kepadanya. Apabila lahir ke dunia,
bayi dianggap seperti kain putih yang bersih. Personaliti dan tingkahlakunya
akan dicorakkan hasil daripada interaksi dengan persekitaran. Interaksi dengan
orang yang signifikan terutamanya dengan ibu bapa atau penjaga dilihat akan
memberi kesan terhadap pembentukan personaliti bayi ini. Melalui
perhubungan, pemerhatian dan interaksi dengan orang di sekeliling, kanak-
kanak akan bertingkahlaku sebagai gerak balas terhadap pengalaman yang
diperolehi.
AKTIVITI 1.1

3.1
PERSONALITI DAN PERKEMBANGAN
TINGKAHLAKU BAYI DAN KANAK-
KANAK
Perkataan personaliti adalah berasal dari perkataan ‘pesona’ yang bermakna
‘topeng muka’. Tafsiran kepada ‘topeng muka’ ialah kebanyakan manusia ingin
menonjolkan perilaku yang baik sahaja dan menyembunyikan yang buruk
(Mohd. Saleh Lebar, 1994). Adler (1948) mendefinisikan personaliti sebagai gaya
atau ‘stail’ hidup sesorang manusia. Allport (1961) pula mengatakan personaliti
sebagai penyusunan sistem psikofizikal yang dinamik dalam diri individu yang
menentukan ciri-ciri dan penyesuaiannya dengan persekitaran. Personaliti juga
melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang seperti peramah, pandai
berkawan, popular, disukai, bersendirian dan pendiam .
2  TOPIK 3 PERSONALITI DAN PERKEMBANGAN TINGKAHLAKU

Perkembangan personaliti pada kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tahap-


tahap berikut:

(a) Peringkat Bayi (0 hingga 12 bulan)

Pada tahap ini bayi mempelajari dan memahami persekitaran melalui anggota
deria yang ada pada dirinya. Mereka membina pengetahuan melalui
pengalaman sama ada secara sentuhan, penglihatan, pendengaran, bau dan rasa.
Melalui penggunaan deria-deria ini, bayi cuba menyesuaikan diri dan
berinteraksi dengan orang di sekelilingnya. Walau bagaimanapun, tumpuan bayi
pada bulan-bulan yang terawal adalah untuk memenuhi kehendak terhadap
makanan, kasih sayang, perhatian dan perlindungan. Bayi masih belum dapat
membezakan siapa dirinya dan menganggap bahawa dirinya sebahagian
daripada persekitaran.

Dari saat kelahiran sehingga berusia 3 bulan, bayi suka memerhatikan perbuatan
orang di sekitarnya. Kadangkala bayi cuba meniru perbuatan yang ditunjukkan
kepadanya seperti menjelir lidah. Selain itu, bayi cuba memahami maksud di
sebalik nada suara, sentuhan dan pandangan mata yang ditunjukkan oleh orang
lain kepadanya. Bayi juga cuba berinteraksi melalui senyuman yang
dilemparkan apabila merasa gembira, atau tangisan apabila lapar, sakit atau
tidak selesa.

Ketika berusia 4 bulan, bayi sudah boleh mengetahui namanya apabila


dipanggil. Selain itu, bayi juga dapat memahami perasaan orang yang
berinteraksi dengannya melalui nada suara. Sekiranya orang dewasa bercakap
dengan suara yang keras, bayi akan menunjukkan perasaan takut atau sedih
melalui tangisan, dan begitu juga sebaliknya. Ketika berusia 4 bulan, bayi mula
dapat membezakan antara orang yang dikenali dengan orang asing. Bayi juga
telah mengenali siapa ibu dan ayahnya. Sekiranya didukung oleh orang yang
tidak dikenali, bayi akan menangis untuk menunjukkan rasa takut atau marah.
Ketika berusia 5 bulan pula, bayi sudah boleh berinteraksi dan bermain-main
dengan bayi lain. Minat untuk bersosial ini juga ditunjukkan oleh bayi dengan
cara menjulur, merangkak atau cuba mendapatkan orang yang disukai. Selain
daripada menghampiri orang yang disukai, bayi juga sudah pandai untuk minta
didukung atau dipeluk. Bayi juga tidak suka terhadap pengasingan dan akan
menangis walaupun ditinggalkan sekejap oleh ibunya.

Ketika berumur 8 hingga 12 bulan, bayi akan menguji tindakan orang di


sekeliling terhadap perbuatannya. Contohnya, jika bayi membaling barang
permainannya, dia akan cuba melihat tindak balas yang ditunjukkan oleh
ibunya. Perbuatan yang dibuat berulangkali dan gerak balas yang sama
ditunjukkan oleh ibunya dapat memberi pemahaman terhadap bayi tentang
TOPIK 3 PERSONALITI DAN PERKEMBANGAN TINGKAHLAKU 3

bagaimana untuk bertingkahlaku. Selain itu, bayi juga sudah dapat memahami
arahan, perintah, amaran dan permintaan daripada orang lain.

(b) Peringkat Bayi Tatih (12 hingga 24 bulan)

Ketika berusia dalam lingkungan setahun hingga dua tahun, bayi sudah mula
dapat membezakan antara dirinya dengan persekitaran. Jika diletakkan cermin,
dia mengetahui wajah di cermin itu adalah dirinya sendiri. Jika ditinggalkan atau
pengasingan dibuat oleh ibunya, bayi akan bersedih tetapi percaya bahawa
ibunya akan datang semula untuk mengambilnya. Ada juga di kalangan bayi
yang masih tidak mahu ditinggalkan oleh ibunya dan tidak boleh ditenangkan
oleh orang lain sehingga berusia 18 bulan. Mereka hanya mahukan ibu atau
orang yang rapat sahaja.

Bayi yang berumur antara 12 hingga 24 bulan juga menunjukkan minat untuk
bersahabat. Bayi menunjukkan minat untuk berbual-bual bukan sahaja dengan
individu yang sebaya dengannya tetapi juga dengan orang dewasa dan
persekitaran. Perasaan ingin tahu semakin tinggi dan eksplorasi terhadap
persekitaran semakin meluas. Pergerakan bayi juga semakin jauh untuk
memahami persekitaran di sekelilingnya.

(c) Peringkat Kanak-Kanak Prasekolah (2 hingga 6 Tahun)

Bagi kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 4 tahun, mereka mula


menunjukkan sikap berdikari seperti makan dan minum sendiri. Kanak-kanak
juga dapat mematuhi arahan atau peraturan yang mudah. Selain itu, mereka juga
dapat meluahkan perasaan dan menzahirkan mood melalui ekspresi wajah.
Mereka boleh menyatakan perasaan gembira, sedih, marah, cemburu dan benci
melalui mimik muka yang ditunjukkan.

Kanak-kanak yang berusia antara 4 hingga 6 tahun pula sudah boleh berdikari
seperti mandi dan menggosok gigi sendiri. Mereka juga sudah pandai memilih
kawan. Jika kawan bersedih, mereka boleh memujuk kerana pada peringkat ini
kanak-kanak sudah boleh memahami dan berempati dengan orang lain.
4  TOPIK 3 PERSONALITI DAN PERKEMBANGAN TINGKAHLAKU

Berikut dirumuskan tingkahlaku kanak-kanak mengikut peringkat umur:

Umur Tingkahlaku

0 - 3 bulan  Memandang ke arah wajah ibu bapa atau penjaga


 Menangis, senyum dan sudah mula mengeluarkan suara.
 Menunjukkan reaksi apabila mendengar suara.
 Menunjukkan rasa selesa apabila diangkat atau
dipeluk.

3 - 6 bulan  Suka tersenyum dan mudah ketawa apabila diagah.


 Menangis apabila merasa sedih.
 Mudah dipujuk.
 Menunjukkan rasa suka melalui pergerakan tangan dan kaki.
 Suka mengajuk atau meniru perbuatan orang lain.

6 - 9 bulan  Menunjukkan respon apabila namanya dipanggil.


 Menunjukkan rasa sedih apabila berjauhan dengan ibubapa
atau penjaga.
 Menunjukkan rasa tidak selesa dan ragu-ragu terhadap
orang yang tidak dikenali (asing).
 Menenangkan diri dengan cara menghisap jari atau
memegang sesuatu seperti bantal kesayangan.

9 – 12 bulan  Menunjukkan perasaan ingin tahu yang tinggi.


 Sudah mempunyai kemahiran intrapersonal iaitu tentang
aspek dalaman diri, tindak balas emosi dan gerak hati.

Umur Tingkahlaku

12 - 24 bulan  Menunjukkan perasaan minat dan ingin mengenali orang


lain.
 Mula menunjukkan rasa yakin diri.
 Suka meneroka persekitaran dan bertindakbalas dengan
perubahan-perubahan yang berlaku di sekitarnya.
TOPIK 3 PERSONALITI DAN PERKEMBANGAN TINGKAHLAKU 5

2 - 3 tahun  Gembira bila bermain dengan kanak-kanak lain.


 Mula menunjukkan sikap berdikari.
 Tidak menunjukkan perasaan sedih apabila berjauhan
dengan ibu bapa atau penjaga.
 Dapat meluahkan perasaan sedih, gembira, takut, cemburu
dan marah.
 Mula menunjukkan perasaan suka berkongsi barang atau
mainan dengan orang lain.

3 - 4 tahun 1. Dapat mematuhi arahan atau peraturan-peraturan yang


mudah.
2. Mula meniru gaya orang yang lebih dewasa.
3. Gembira apabila dapat bermain bersama kanak-kanak lain.
4. Menzahirkan mood melalui ekspresi wajah.

4 – 6 tahun  Sudah boleh berdikari seperti mandi sendiri.


 Sudah mula memahami bahawa emosi boleh hilang
mengikut masa.
 Mesra dan mula memilih kawan dalam persahabatan dengan
rakan sebaya.
 Boleh memahami perasaan orang lain.

Jadual 3.1: Perkembangan Tingkahlaku Bayi dan Kanak-Kanak

BINCANGKAN
Apakah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga untuk
membentuk personaliti dan tingkahlaku anak-anak yang baik?

3.2
PERKEMBANGAN EMOSI DAN PERASAAN
SELAMAT DI KALANGAN BAYI DAN
KANAK-KANAK

a) Perkembangan Emosi

Emosi berasal dari perkataan greek iaitu ‘emovere’ yang membawa maksud
“untuk keluar’. Rohani (2001) berpendapat emosi merupakan tindak balas atau
6  TOPIK 3 PERSONALITI DAN PERKEMBANGAN TINGKAHLAKU

kebangkitan yang ditonjolkan keluar terhadap sesuatu perkara atau objek, orang
atau keadaan yang bertindak balas sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.
Kebolehan untuk menyatakan emosi sudah wujud dalam diri setiap bayi yang
baru dilahirkan. Emosi merupakan kebolehan semulajadi dan tidak perlu diajar.

Perkembangan emosi bayi dan kanak-kanak bergantung kepada kesejahteraan


emosi ibu bapa atau penjaga. Sekiranya bayi dan kanak-kanak berada dalam
lingkungan persekitaran yang tenteram, damai dan tenang, emosi yang
terbentuk juga akan tenang. Jika ibu bapa asyik bertengkar, menjerit atau
menengking, maka emosi bayi dan kanak-kanak juga akan terganggu. Malah,
janin di dalam kandungan juga dikatakan bertindak balas terhadap emosi
ibunya. Kajian menunjukkan bahawa emosi ibu mengandung yang terganggu,
akan memberi kesan kepada tingkahlaku bayi yang dilahirkan seperti suka
menangis.

Ahli-ahli psikologi banyak membincangkan perkembangan emosi dan


pembentukan personaliti dan tingkahlaku kanak-kanak. Antara tokoh yang
banyak membicarakan perkembangan emosi ini ialah Freud (1856-1939) dan
Erikson (1902-1994) seperti yang telah dibincangkan dalam Bab 1. Berikut
merupakan ringkasan perkembangan emosi bayi dan kanak-kanak prasekolah
seperti yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh ini.

Peringkat Teori Perkembangan Sosioemosi Teori Perkembangan Psikososial


Freud Erikson

Peringkat 1 Peringkat Oral (0-1 ½ tahun) Tahap Percaya Lawan Tidak


 Mulut dan bibir merupakan Percaya (0 -18 bulan)
zon erotik yang aktif.  Interaksi erat ibu bapa dan
 Aktiviti mulut seperti anak dianggap penting.
menghisap menjadi pusat  Bayi yang menerima kasih
utama keseronokan bayi. sayang dan jagaan yang
 Ketidakpuasan atau terlalu sempurna daripada ibu bapa
puas dengan keperluan ini akan memperkembang sifat
menghasilkan lekatan. rasa percaya.
 Jika tidak, mereka akan
o Oral Incorporative -
memperkembang sifat takut,
Banyak makan , bercakap,
rasa syak wasangka dan tidak
mengunyah.
percaya dengan persekitaran
o Oral aggressive - Suka mereka.
mengumpat, berleter,
menyindir dan lain-lain.
TOPIK 3 PERSONALITI DAN PERKEMBANGAN TINGKAHLAKU 7

Peringkat Teori Perkembangan Sosioemosi Teori Perkembangan Psikososial


Freud Erikson

Peringkat 2 Peringkat Anal (1 ½ - 3 tahun) Tahap Autonomi Lawan Rasa Malu


 Kanak-kanak sudah bersedia / Sangsi (Ragu-Ragu) (1 – 2 tahun)
menguasai dan mengawal  Kanak-kanak mula menyedari
fungsi biologi seperti tentang tanggungjawab ke atas
membuang najis. tingkah laku mereka sendiri.
 Dubur merupakan zon erotik  Kanak-kanak belajar mengawal
yang paling aktif. diri, makan dan bermain
 Contoh lekatan yang mungkin sendiri.
berlaku sama ada terlalu  Merupakan permulaan kepada
kedekut atau berjimat cermat. pembentukan keyakinan diri.
 Jika ibu bapa terlalu mengawal,
anak-anak akan menjadi
pemalu, ragu-ragu dan
mempersoalkan kebolehan diri
untuk menghadapi dunia.

Peringkat 3 Peringkat Falik (3 - 5 tahun) Tahap Inisiatif lawan Rasa Bersalah


 Kanak-kanak mendapat (3 – 5 tahun)
keseronokan daripada organ  Kanak-kanak mula berupaya
kejantinaan melalui sentuhan menerokai persekitaran dan
yang dibuat terhadap mencipta aktiviti sendiri.
kemaluan.  Perkembangan bahasa
 Anak perempuan mengalami berkembang dengan cepat.
elektra kompleks (lebih tertarik  Jika kanak-kanak dibenarkan
kepada bapa). meneroka persekitaran, hasil
 Anak lelaki mengalami oedipus positif pada tahap ini ialah
kompleks (lebih tertarik kepada inisiatif.
ibu)  Jika dihalang, kanak-kanak
akan memperkembang rasa
bersalah yang akan membawa
kepada perasaan takut dan
kurang tegas.

Jadual 3.2: Perkembangan Emosi Bayi dan Kanak-Kanak

b) Perkembangan Perasaan Selamat

Perapatan merupakan hubungan emosi, iaitu kasih-sayang antara dua individu.


Hubungan ini cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti sentuhan,
penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Ikatan atau hubungan
kasih-sayang semasa kecil dianggap mempengaruhi personaliti dan tingkahlaku
seseorang. Ahli-ahli psikologi seperti Bowlby (1969) dan Erikson (1986) percaya
8  TOPIK 3 PERSONALITI DAN PERKEMBANGAN TINGKAHLAKU

bahawa keperluan kasih-sayang ini bermula antara bayi dengan ibu bapa atau
penjaga, manakala tahun pertama kelahiran adalah penting dalam membentuk
perhubungan ini.

Perapatan terbina sejak bayi berada dalam kandungan ibu. Janin dapat
memahami perasaan dan kasih-sayang ibu terhadapnya. Oleh itu, tidak
hairanlah jika bakal ibu digalakkan untuk berinteraksi dan mengusap perut bagi
menyatakan kasih sayang kepada anak. Apabila lahir, ibu digalakkan pula untuk
memeluk, mengusap, membelai dan mencium bayi ketika menyusukan anak
kerana ia merupakan detik permulaan bagi membina hubungan rapat antara ibu
dengan anak.

Menurut Bowlby (1969), terdapat empat fasa dalam pembentukan perapatan,


iaitu seperti dalam jadual di bawah:

Fasa Keterangan

Fasa 1  Gerak balas sosial tidak dibezakan.


(lahir hingga 8 minggu)  Bayi bergerak balas terhadap orang di
sekelilingnya tetapi kebolehan untuk
membezakan mereka adalah sangat terhad.
Contohnya, bayi tidak menangis jika didukung
oleh sesiapa sahaja.

Fasa 2  Gerak balas sosial boleh dibezakan.


(8 minggu hingga 6 bulan)  Perapatan mula terbentuk.
 Bayi mula dapat membezakan individu tertentu.
Contohnya, bayi menangis jika didukung oleh
individu yang sering marah kepadanya.

Fasa Keterangan

Fasa 3  Pencarian kedekatan yang aktif.


 Berlaku kerisauan terhadap perpisahan dan
(6 bulan hingga 2 tahun)
terhadap orang asing.
 Bayi memilih individu tertentu dan berhati-hati
dengan individu lain. Contohnya, bayi hanya
membenarkan individu tertentu menyentuh
atau duduk berhampirannya.
TOPIK 3 PERSONALITI DAN PERKEMBANGAN TINGKAHLAKU 9

Fasa 4  Merupakan permulaan hubungan emosi


sebenar.
(2 tahun ke atas)
 Kanak-kanak dapat membezakan hubungan
emosinya dengan orang lain.

Jadual 3.3: Fasa Pembentukan Perapatan

Secara umumnya terdapat tiga jenis perapatan, iaitu:

a) Perapatan Selamat
Ibu bapa atau penjaga adalah penyayang, mengambil berat, melindungi, dan
memenuhi keperluan seperti kasih sayang dan keselamatan bayi mereka. Bayi
akan dicirikan dengan perasaan gembira, berkeyakinan dan selesa. Kesannya,
bayi ini akan membesar menjadi seorang individu yang penyayang, mesra dan
baik dalam perhubungan dengan orang lain.

b) Perapatan Mengelak
Kanak-kanak yang mempunyai perapatan mengelak pula selalunya mangsa
ketidakprihatinan ibu bapa. Mereka diabaikan, didera atau selalu ditinggalkan
oleh ibu bapa. Kesannya, rasa tidak percaya akan wujud dalam diri kanak-kanak
menyebabkan mereka takut untuk membina hubungan dengan orang lain.
Dalam persahabatan, selalunya mereka akan mengalami masalah.

c) Perapatan Bercelaru
Ibu bapa yang memberikan corak layanan berubah-ubah akan mewujudkan
perapatan bercelaru dengan anaknya. Peraturan yang diberi berubah-ubah
menyebabkan kanak-kanak keliru dengan kasih sayang yang diberikan oleh ibu
bapa. Kesannya, kanak-kanak akan membentuk imej diri negatif dalam diri
mereka. Mereka menjadi sangat cemburu, sangat sensitif dan rendah diri. Dalam
persahabatan, masalah juga akan sering berlaku.

AKTIVITI 3.2
Bincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan perapatan selamat
di kalangan bayi, bayi tatih, dan kanak-kanak prasekolah.
10  TOPIK 3 PERSONALITI DAN PERKEMBANGAN TINGKAHLAKU

Berikut adalah antara kesan-kesan perapatan terhadap pembentukan personaliti


dan tingkahlaku kanak-kanak:

1. Perapatan mempengaruhi pembentukan konsep kendiri kanak-kanak.


Melalui perhubungan dengan orang lain, kanak-kanak membuat penilaian
terhadap diri sendiri dan membina penghargaan kendiri.

2. Perapatan selamat akan membentuk gaya perapatan selamat dalam diri


kanak-kanak. Kanak-kanak akan mempamerkan sikap yang positif, berkasih-
sayang serta menghargai orang lain. Mereka juga gembira untuk berinteraksi,
bergaul, serta boleh mengasihi dan dikasihi oleh orang lain. Sikap yang baik
ini adalah hasil daripada model kasih-sayang yang diperolehi dan
ditunjukkan oleh ibu bapa atau penjaga.

3. Perapatan yang mengelak atau bercelaru pula berkemungkinan akan


menghasilkan kanak-kanak yang rendah diri, ganas, pemarah, dan tidak
menghormati orang lain. Selalunya, kanak-kanak ini akan bermasalah dalam
perhubungan dengan rakan-rakan kerana konsep kendiri yang rendah,
berfikiran negatif serta selalu menyalahkan diri dan orang lain.

3.3
PERKEMBANGAN KOMUNIKASI, BAHASA
DAN PERSAHABATAN DI KALANGAN BAYI
DAN KANAK-KANAK
a) Perkembangan Komunikasi dan Bahasa

Bayi dan kanak-kanak belajar memahami dunia dan persekitaran melalui


interaksi dan perhubungan yang dilakukannya. Salah satu cara dalam
berhubung dengan persekitaran adalah melalui aktiviti main. Oleh yang
demikian, ibu bapa atau penjaga hendaklah menggalakkan bayi dan kanak-
kanak bermain supaya mereka dapat memahami dan meneroka diri sendiri dan
persekitaran dengan lebih baik.

Pada peringkat awal perkembangan, iaitu 6 bulan pertama, bayi bermain dengan
anggota badannya seperti menggenggam tangan dan menggerakkan kaki.
Melalui aktiviti ini, bayi dapat belajar dengan lebih dekat tentang anggota
tubuhnya. Selain itu, bayi ini juga dapat belajar menggunakan otot-otot yang ada
pada tangan dan kaki. Apabila bayi menggoncang loceng yang diberi oleh
ibunya, dia dapat dilatih menggunakan deria pendengaran dan penglihatan.
TOPIK 3 PERSONALITI DAN PERKEMBANGAN TINGKAHLAKU 11

Aktiviti ini membolehkan bayi meneroka pelbagai bentuk bunyi dan


memerhatikan pelbagai jenis bentuk barang permainan.

Menurut Jean Piaget kanak-kanak yang berumur 18 -24 bulan boleh melakukan
imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihatnya atau diperhatikannya. Sebelum
peringkat ini , peniruan kanak-kanak kurang tepat, contohnya apabila kita
menggerakkan jari kita seperti orang berjalan, kanak-kanak mungkin boleh
buka-katup jarinya sahaja. Oleh sebab itu salah satu permainan yang digemari
oleh kanak-kanak peringkat ini ialah Ba cak! (peekaboo). Selain itu kanak-kanak
pada tahap ini juga sudah boleh meniru tingkhalaku model yang tiada di depan
matanya. Tingkahlaku tersebut telah dilihatnya beberapa jam yang lalui dan
telah disimpan dalam ingatannya. Contohnya meniru tingkahlaku mengamuk
(temper tantrum) rakannya setelah 24 jam peristiwa tersebut berlaku.

Bermain juga dapat membantu bayi dan kanak-kanak membentuk pemahaman


bahasanya. Melalui interaksi yang dilakukan oleh ibu bapa ketika bermain, bayi
dan kanak-kanak dapat mempelajari dan memahami bunyi-bunyi bahasa,
penggunaan kata dan ayat dalam perbualan seharian. Apabila sudah boleh
bercakap, kanak-kanak dapat menyatakan maksud dan kehendaknya dengan
baik kerana perbendaharaan katanya adalah luas dan banyak.

Selain dapat membuatkan bayi dan kanak-kanak seronok, bermain juga dapat
membentuk personaliti dan tingkahlaku yang baik dalam diri mereka. Melalui
aktiviti main, kanak-kanak dapat dilatih untuk berkongsi barang permainan,
sabar, memahami perasaan orang lain, dan menggunakan bahasa yang baik
dalam perbualan. Melalui aktiviti main juga, konsep kendiri yang baik juga
dapat dibentuk. Penerimaan dan penghargaan kendiri kanak-kanak yang baik
turut dapat dipupuk sekiranya ibu bapa atau penjaga memberi bimbingan
sepanjang aktiviti bermain itu dijalankan.

BINCANGKAN
Cadangkan lima aktiviti bermain yang dapat meningkatkan
perkembangan emosi dan bahasa kanak-kanak. Pada pendapat anda,
bagaimana aktiviti ini boleh membantu dalam proses perkembangan
tersebut.
b) Persahabatan dan Tingkahlaku Bayi dan Kanak-Kanak

Tidak seperti orang dewasa, kanak-kanak menganggap sahabat sebagai rakan


sepermainan. Melalui persahabatan, kanak-kanak berpeluang untuk
mengembangkan dan mempraktiskan kemahiran sosial mereka. Selain itu,
mereka juga dapat mempelajari bagaimana untuk berinteraksi, bekerjasama
12  TOPIK 3 PERSONALITI DAN PERKEMBANGAN TINGKAHLAKU

dengan kanak-kanak lain, menyelesaikan masalah dan juga membantu antara


satu sama lain.

Terdapat beberapa sebab pentingnya persahabatan di kalangan kanak-kanak


selain daripada mempraktiskan kemahiran sosial. Antaranya ialah sumber
peneguhan dan galakan daripada rakan sebaya, dan membantu meningkatkan
perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan sokongan dan
peneguhan dalam kehidupan. Kadangkala peneguhan dan sokongan ini tidak
diberi oleh ibu bapa atau penjaga. Oleh yang demikian, keperluan terhadap
sokongan ini dapat diperolehi melalui rakan sebaya. Selain itu, sahabat dianggap
insan yang berupaya untuk mempengaruhi kita. Jika kanak-kanak berkawan
dengan rakan yang bijak dan suka membaca buku, sikap baik ini akan turut
mempengaruhinya.

Corak persahabatan bagi kanak-kanak yang berumur 1 hingga 6 tahun adalah


berbeza antara satu sama lain. Jadual di bawah menunjukkan bentuk
persahabatan dan ciri-cirinya mengikut peringkat umur kanak-kanak.

Umur Bentuk Interaksi Sosial Dengan Kawan-Kawan


Persahabatan

Awal Kanak- Persahabatan  Kanak-kanak menunjukkan keupayaan


Kanak yang agak stabil untuk bertukar peranan dan barang
(13-24 Bulan) permainan semasa bermain.
 Contohnya, kanak-kanak saling berlari dan
bertukar mengejar antara satu sama lain.

Kanak-kanak Agak fleksibel  Kanak-kanak biasanya banyak terlibat


(25-36 Bulan) dalam dengan permainan main peranan.
persahabatan  Interaksi sosial banyak berlaku kerana
kanak-kanak memerlukan kawan yang
boleh beraksi mengikut peranan yang
ditetapkan.
 Contohnya, kanak-kanak bermain masak-
masak. Ada yang mengambil watak ibu,
bapa dan anak.
TOPIK 3 PERSONALITI DAN PERKEMBANGAN TINGKAHLAKU 13

Umur Bentuk Interaksi Sosial Dengan Kawan-Kawan


Persahabatan

Pra Sekolah Dapat  Kanak-kanak telah mula memilih sahabat


(5-6 Tahun) membezakan melalui pemerhatian terhadap ciri-ciri
antara sahabat tingkahlaku yang ada pada kanak-kanak
dan kawan lain.
sepermainan  Kanak-kanak memilih kawan yang sama
jantina dalam persahabatan
 Boleh bermain sendiri tanpa memerlukan
pengawasan daripada orang dewasa.

Jadual 3.4: Bentuk Persahabatan Mengikut Peringkat Umur

Di sekolah pula, guru dapat mengenalpasti pola persahabatan kanak-kanak


melalui soal jawab atau pemerhatian. Terdapat empat bentuk pola persahabatan
di kalangan kanak-kanak di sekolah, iaitu Kanak-Kanak Popular, Kanak-Kanak
Tidak Popular, Kanak-Kanak Terabai, dan Kanak-Kanak Kontroversi. Berikut
dinyatakan ciri-ciri bagi setiap pola persahabatan.

JENIS
CIRI-CIRI
PERSAHABATAN

Kanak-Kanak Popular  Mempunyai kemahiran sosial dan komunikasi


(Popular Children) yang baik
 Mempunyai bakat kepimpinan
 Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap
kawan
 Bertolak ansur dengan kawan-kawan

Kanak-Kanak Tidak  Bersikap agresif terhadap kanak-kanak lain


Popular  Menunjukkan tingkahlaku langsang
(Rejected Children)  Tidak bertolak ansur semasa bermain dengan
kanak-kanak lain
14  TOPIK 3 PERSONALITI DAN PERKEMBANGAN TINGKAHLAKU

JENIS
CIRI-CIRI
PERSAHABATAN

Kanak-Kanak Terabai  Kurang berkomunikasi dengan rakan-rakan


(Neglected Children)  Mempunyai satu atau dua orang rakan sahaja.
 Bimbang apabila berkomunikasi dengan kanak-
kanak lain

Kanak-Kanak  Diterima oleh sesetengah kanak-kanak tapi tidak


Kontroversi disukai oleh sesetengah kanak-kanak lain
(Controversial  Menunjukkan sikap agresif dalam situasi tertentu
Children) tetapi dalam situasi lain peka pada masalah orang
lain dan suka membantu

Jadual 3.5: Pola Persahabatan Kanak-Kanak di Sekolah

Pengetahuan tentang pola persahabatan kanak-kanak dapat membantu guru


merancang aktiviti yang bersesuaian. Ini membolehkan terbentuknya satu
persekitaran yang sihat di mana kanak-kanak dapat berinteraksi dan bersahabat
dengan baik. Melalui hubungan baik dengan rakan sebaya, kanak-kanak dapat
dibantu untuk mengembangkan potensi diri melalui kemahiran komunikasi
yang berkesan dengan orang lain.
SEMAK KENDIRI 3.1
Apakah yang anda faham dengan frasa-frasa di bawah? Bincangkan
hubungannya dengan pembentukan personaliti dan tingkahlaku bayi
dan kanak-kanak.
(a) Emosi (b) Perapatan selamat
(c) Perapatan mengelak (d) Perapatan bercelaru
(e) Aktiviti bermain (f) Persahabatan

 Personaliti merupakan gaya atau ‘stail’ hidup seseorang manusia.


 Perkembangan personaliti dan tingkahlaku bermula sejak dari peringkat
janin dan berkembang sepanjang hayat.
 Interaksi dengan orang yang signifikan dan persekitaran memberi kesan
terhadap pembentukan personaliti dan tingkahlaku seseorang.
 Pembentukan personaliti dan tingkahlaku turut dipengaruhi oleh
perkembangan emosi.
TOPIK 3 PERSONALITI DAN PERKEMBANGAN TINGKAHLAKU 15

 Melalui aktiviti bermain, personaliti dan tingkahlaku kanak-kanak dapat


dibentuk.
 Perapatan selamat penting untuk melahirkan individu yang berfikiran,
berperasaan dan bertingkahlaku positif.
 Persahabatan penting kepada kanak-kanak bukan sahaja untuk
mempraktiskan kemahiran sosial tetapi juga membentuk personaliti dan
tingkahlaku yang sihat.

 Erikson, E.H. 1950. Childhood and Society. New York : Norton.

 Jas Laile Suzana Jaafar (1996). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Selangor:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

 Lahey, B.B. (2001). Psychology: An introduction. (7th ed). Boston: McGraw


Hill Co.

 Miller, D.F (2007). Positive child guidance. (5th ed). New York: Thomson
Delmar Learning.

 Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004). Psikologi Pendidikan: Pendekatan


kontemporari. Kuala Lumpur: McGraw Hill Malaysia Sdn. Bhd.

 Rohani Abdullah (2001). Perkembangan kanak-kanak: Penilaian secara portfolio.


Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

 Santrock, J.W. (2001). Educational psychology. New York : : McGraw Hill Co.

 Shaffer, D.R. (1990). Developmental Psychology. (5th ed.) Boston: Houghton


Mifflin Co.
BAB 7
Tingkahlaku Komunikasi

HASIL
PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. mengemukakan asas komunikasi positif dalam kalangan kanak-kanak.
2. mengemukakan cara-cara untuk membentuk perasaan kanak-kanak
bermula dengan memahami perasaan, mengawal perasaan, memberi
arahan, dan komunikasi asertif.
3. menghuraikan pengurusan konfrantasi positif dari segi ciri-ciri dan strategi
pelaksanaan.
4. mencadangkan cara-cara membentuk sikap bertanggungjawab dalam diri
kanak-kanak.

 PENGENALAN
Komunikasi positif perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak sejak mereka kecil
lagi. Komunikasi positif akan mempengaruhi pembentukan kendiri kanak-kanak
yang positif. Malah, tingkahlaku bermasalah dalam kalangan kanak-kanak juga
dapat ditangani dengan baik melalui pengurusan komunikasi yang positif. Selain
daripada membantu kanak-kanak memahami perasaan diri dan orang lain,
kanak-kanak juga dapat memahami kesan daripada tingkahlaku yang
dipamerkan. Melalui konfrantasi positif, kanak-kanak bukan sahaja dapat
mempelajari tingkahlaku baru yang lebih produktif malah dapat lebih
bertanggungjawab dan berdikari dalam kehidupan.

AKTIVITI 1.1
2  TOPIK 9 PENGURUSAN KOMUNIKASI

ASAS KOMUNIKASI POSITIF


9.1
Komunikasi yang positif dapat diterapkan kepada kanak-kanak sejak awal usia
mereka lagi. Bermula dari dalam kandungan hinggalah kanak-kanak boleh
bertutur, ibu bapa dan orang dewasa berperanan untuk membantu kanak-kanak
membentuk komunikasi positif. Walau bagaimanapun, komunikasi positif ini
bukan sahaja perlu diterapkan pada peringkat kanak-kanak tetapi akan
berterusan hingga ke akhir hayat.

a) Perkembangan Komunikasi Kanak-kanak

Perkembangan komunikasi kanak-


kanak bermula sejak bayi berupa janin
di dalam kandungan ibu. Ahli-ahli
psikologi seperti Gallagher (2005) dan
White (1995) berpendapat bayi yang
baru lahir malah yang ada di dalam
kandungan lagi sudah boleh bertindak
balas terhadap bunyi. Semakin
membesar, perkembangan komunikasi
kanak-kanak semakin meningkat
(Rujuk Bab 1 dan Bab 2).
Janin di dalam kandungan sudah boleh bertindak
balas terhadap suara ibunya

b) Peranan Orang Dewasa Dalam Membentuk Komunikasi Positif

Bagi memupuk komunikasi positif dalam kalangan kanak-kanak, orang dewasa


memainkan peranan yang penting. Antaranya ialah dengan menunjukkan
contoh teladan yang baik supaya dapat diikuti oleh kanak-kanak. Selain itu,
melalui komunikasi verbal dan non-verbal yang berkesan, kanak-kanak dapat
mempelajari bentuk komunikasi positif. Kanak-kanak juga dapat membentuk
imej diri yang positif hasil daripada komunikasi berkesan yang dipamerkan oleh
orang dewasa (Rujuk Bab 5).

Komunikasi yang positif juga dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh
kanak-kanak. Di samping itu, kanak-kanak juga dapat menangani masalah
dengan berkesan hasil daripada komunikasi positif ini (Rujuk Bab 7). Oleh yang
demikian, orang dewasa terutamanya ibu bapa dan guru perlu merangka
strategi yang bersesuaian. Strategi ini penting untuk dilaksanakan supaya kanak-
TOPIK 9 PENGURUSAN KOMUNIKASI 3

kanak dapat dididik untuk berkomunikasi dengan betul sesuai dengan budaya,
masyarakat dan agama.

c) Jenis Komunikasi Kanak-kanak Mengikut Peringkat Umur

Perkembangan bahasa kanak-kanak telah dibincangkan dengan panjang lebar


dalam Bab 1 dan Bab 2. Di dalam Bab 9 ini dipaparkan secara ringkas jenis
komunikasi kanak-kanak seperti yang dirumuskan oleh Miller (2007). Jadual 9.1
di bawah merupakan sebahagian daripada jenis komunikasi tersebut.

Umur Ciri-ciri

1 hingga 2 tahun  Bercakap sendirian ketika bermain.


 Lebih selesa berkomunikasi dengan
individu yang mereka rapat seperti ibu
bapa dan penjaga.

3 hingga 4 tahun  Kanak-kanak sudah boleh menyatakan


idea dan perasaan masing-masing.
 Perlukan perhatian si pendengar apabila
mereka sedang berkomunikasi.
 Jika kanak-kanak mendapati individu
yang dilawan bercakap berpaling muka,
mereka akan cuba mendapatkan
perhatian. Pada tahap ini kontak mata
penting bagi kanak-kanak apabila
berkomunikasi.

Prasekolah  Perbendaharaan kata semakin bertambah.


 Mula memahami bahawa dalam
berkomunikasi ada masanya akan
mendengar dan ada masanya akan
bercakap.
 Apabila menyatakan perasaan, gerakan
fizikal turut dipamerkan. Contohnya,
apabila marah kanak-kanak memukul
sesuatu objek. Jika sayang dia akan
mencium pipi ibunya.
4  TOPIK 9 PENGURUSAN KOMUNIKASI

Jadual 9.1 : Jenis Komunikasi Kanak-kanak Mengikut Peringkat Umur


AKTIVITI 9.1

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda, bincangkan jenis


komunikasi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak mengikut peringkat
umur.

d) Strategi Membina Komunikasi Positif

Kanak-kanak perlu dibimbing untuk berkomunikasi secara positif supaya


menjadi insan yang mempunyai kecekapan berkomunikasi. Kemahiran
berbahasa ini dapat dipelajari oleh kanak-kanak melalui pemerhatian, peniruan
dan interaksi dengan orang dewasa. Bagi orang dewasa pula, komunikasi positif
membantu mereka untuk memahami kanak-kanak dengan lebih baik. Selain itu,
amalan berkomunikasi secara positif juga dapat menjadi contoh ikutan kepada
kanak-kanak.

Terdapat beberapa strategi yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan orang
dewasa dalam usaha membentuk komunikasi positif kanak-kanak. Jadual 9.2 di
bawah merupakan beberapa strategi yang disarankan oleh Brown (2005) dan
Kostelnik et al (2006).

Strategi Penerangan

1. Mendengar secara aktif  Mendengar secara aktif adalah


mendengar dengan penuh perhatian.
 Orang dewasa hendaklah mendengar
dengan teliti, tidak mencelah, dan
memberi perhatian non-verbal seperti
anggukan kepala untuk
menggalakkan komunikasi kanak-
kanak.
 Respon dibuat kepada kanak-kanak
setelah kanak-kanak telah selesai
bercakap.
TOPIK 9 PENGURUSAN KOMUNIKASI 5

Strategi Penerangan

2. Respon yang berempati  Orang dewasa cuba memahami situasi


dan jujur yang disampaikan oleh kanak-kanak.
 Perasaan kanak-kanak turut cuba
difahami.
 Apabila memberi respon, orang
dewasa tidak menghukum atau
mengejek kanak-kanak.
 Respon dibuat dengan jujur dan
diucapkan dengan baik.

3. Menghormati kanak-  Orang dewasa memanggil kanak-


kanak kanak dengan panggilan yang baik.
 Kanak-kanak juga dihargai dengan
ucapan seperti “terima kasih” dan
“tolong”.

4. Fokus kepada aspek  Apabila kanak-kanak melakukan


positif bukannya perkara yang positif, orang dewasa
tertumpu kepada menunjukkan penghargaan dan
pencapaian kanak-kanak memberi pujian.
semata-mata
 Kanak-kanak tidak dipuji hanya jika
mencapai kejayaan yang cemerlang
sahaja.
 Pujian diberi kepada tingkahlaku
positif kanak-kanak.

Jadual 9.2 : Strategi Membina Komunikasi Positif

AKTIVITI 9.2

Selain daripada strategi yang dinyatakan dalam Jadual 9.2, apakah


strategi lain yang boleh dilakukan oleh orang dewasa untuk membina
komunikasi positif kanak-kanak? Bincangkan.
6  TOPIK 9 PENGURUSAN KOMUNIKASI

MEMBENTUK PERASAAN KANAK-KANAK


9.2
Pada peringkat awal umur kanak-kanak, mereka bertingkahlaku tanpa
memahami perasaan sebenar yang dialami. Kanak-kanak bertindak agresif
kadangkala disebabkan mereka tidak memahami dan tidak tahu bagaimana
untuk menyatakan perasaan. Semakin membesar kanak-kanak memahami lebih
banyak bentuk perasaan seperti cemburu, bosan dan sebagainya. Mereka bukan
sahaja dapat memahami perasaan diri sendiri tetapi juga perasaan orang lain
McDevitt & Ormond (2004).

Walau bagaimanapun, ibu bapa dan orang dewasa berperanan untuk membantu
kanak-kanak memahami dan menyatakan perasaan dengan baik. Kanak-kanak
yang faham dan dapat meluahkan perasaan dengan baik akan membentuk
tingkahlaku yang positif. Mereka juga dapat mengawal dan menangani perasaan
kecewa atau marah dengan lebih berkesan.

a) Memahami Perasaan

Kanak-kanak dapat dibantu untuk memahami perasaan diri sendiri melalui


interaksi positif yang ditunjukkan oleh ibu bapa dan orang dewasa. Ibu bapa dan
orang dewasa yang memberi perhatian dan tidak menilai akan menggalakkan
kanak-kanak mengenalpasti perasaan yang dialami. Apabila kanak-kanak
menunjukkan tingkahlaku bermasalah, ibu bapa boleh bertanyakan kepada
mereka apa sebenarnya perasaan yang dirasakan ketika itu. Ibu bapa juga juga
bertanyakan kesan tingkahlaku tersebut ke atas orang lain dan juga terhadap diri
kanak-kanak itu sendiri. Interaksi sebegini membolehkan kanak-kanak dibantu
untuk memahami perasaan dirinya sendiri dan perasaan orang lain di
persekitarannya.

b) Mengawal Perasaan

Kadangkala kanak-kanak menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah kesan


daripada perasaan negatif yang dialami seperti kecewa dan marah. Ibu bapa dan
orang dewasa yang menyalahkan kanak-kanak atas tingkahlaku yang
ditunjukkan akan menyebabkan kanak-kanak keliru dan memberontak. Ini
kerana kanak-kanak belum cukup bijak untuk memahami dan mengawal
perasaan mereka. Oleh yang demikian, ibu bapa dan orang dewasa hendaklah
cuba memahami apa perasaan kanak-kanak sehingga bertingkahlaku
bermasalah. Melalui komunikasi secara terbuka dan berkesan, kanak-kanak
dapat dibantu memahami perasaan dan mengawal perasaan dengan baik.
TOPIK 9 PENGURUSAN KOMUNIKASI 7

c) Arahan Positif Bertentangan Negatif

Terdapat beberapa bentuk arahan yang selalu digunakan oleh ibu bapa dan
orang dewasa apabila berkomunikasi dengan kanak-kanak. Arahan-arahan ini
ada berbentuk positif dan ada juga berbentuk negatif. Arahan berbentuk positif
akan memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak, manakala arahan
berbentuk negatif akan memberi kesan yang sebaliknya.

Jadual 9.3 di bawah merupakan beberapa contoh arahan berbentuk positif dan
negatif yang sering dilakukan oleh ibu bapa dan orang dewasa kepada kanak-
kanak.

Arahan Positif Arahan Negatif

 Fokus kepada tingkahlaku yang  Fokus kepada tingkahlaku


diingini. Contoh: “Kalau adik yang tidak diingini. Contoh:
hendak buang air, tolong beritahu “Adik tak pernah beritahu
ibu”. ibu bila nak buang air. Adik
kencing merata-rata”.

 Arahan berbentuk positif. Contoh:  Arahan berbentuk negatif.


“Dengar baik-baik ya”. Contoh: “Jangan bising”.

 Guna ayat yang pendek (2 atau 3  Guna ayat yang panjang.


perkataan). Contoh: “Tanggalkan Contoh: “Tanggalkan baju,
baju”. kemudian masukkan ke
dalam bakul yang ada di tepi
mesin basuh”.

Jadual 9.3 : Arahan Positif Bertentangan Arahan Negatif

Oleh sebab arahan negatif memberi kesan yang negatif kepada kanak-kanak,
maka ibu bapa dan orang dewasa disarankan supaya mengamalkan arahan
berbentuk positif. Melalui arahan positif, kanak-kanak dapat dilatih
berkomunikasi dan bertingkahlaku secara positif. Kanak-kanak juga berupaya
memahami mesej yang disampaikan oleh ibu bapa dengan lebih jelas. Secara
tidak langsung, kanak-kanak akan dapat melaksanakan sesuatu arahan dengan
lebih mudah kerana tidak keliru dengan mesej yang disampaikan.
8  TOPIK 9 PENGURUSAN KOMUNIKASI

d) Ciri-ciri Komunikasi Asertif

Komunikasi yang asertif adalah komunikasi yang berbentuk sesuatu penegasan.


Ia membolehkan mesej diterima oleh kanak-kanak dengan berkesan. Apabila
mesej dapat diterima dan difahami, kanak-kanak dapat bertindakbalas terhadap
arahan yang diberi dengan lebih baik. Antara ciri-ciri komunikasi asertif seperti
yang dikemukakan oleh Miller (2007) adalah seperti senarai di bawah:

1. Gunakan ayat yang ringkas dan mudah. Contohnya: “Tolong duduk”.

2. Bercakap dengan jujur, bukannya berpura-pura. Contohnya apabila ibu


bapa menyatakan bahawa mereka sedang marah, elakkan ketawa pada
masa yang sama. Ini akan menyebabkan kanak-kanak beranggapan ibu
bapa tidak serius.

3. Gunakan bahasa yang mudah difahami, konkrit dan bukannya abstrak.


Contohnya: “Jika adik menipu, kawan-kawan akan benci”. Elakkan ayat
sebegini, “Buat baik kepada kawan-kawan”.

4. Menghormati kanak-kanak dengan menggunakan panggilan yang baik.

5. Bersikap empati, iaitu memahami perasaan kanak-kanak.

6. Menjadi pendengar yang baik. Kanak-kanak diberi peluang untuk


menyatakan perasaan tanpa perlu dicelah percakapan mereka.

Kanak-kanak boleh mengikut arahan dengan baik sekiranya


arahan yang diberi jelas, ringkas dan mudah difahami
TOPIK 9 PENGURUSAN KOMUNIKASI 9

PENGURUSAN KONFRANTASI POSITIF


9.3
Tingkahlaku kanak-kanak yang bermasalah kadangkala menyebabkan ibu bapa
merasa kecewa, marah dan sebagainya. Apabila berhadapan dengan tingkahlaku
bermasalah kanak-kanak ini, ibu bapa dan orang dewasa seharusnya perlu
membuat konfrantasi secara positif. Ini bertujuan untuk membolehkan kanak-
kanak bertingkahlaku yang sesuai. Konfrantasi secara positif juga dapat
membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih
efektif.

a) Konfrantasi Bersesuaian dan Ciri-cirinya

Konfrantasi yang bersesuaian dapat dibuat sekiranya ibu bapa boleh mengawal
diri mereka daripada bertindak keterlaluan. Ini bererti sekiranya ibu bapa berada
dalam keadaan marah, kemungkinan konfrantasi yang dilakukan adalah secara
emosional. Mereka mungkin akan menengking, memarahi dan menghukum
kanak-kanak mengikut perasaan. Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil masa
supaya bertenang agar konfrantasi asertif dapat digunapakai.

Antara persoalan yang boleh diajukan oleh ibu bapa terhadap diri sendiri
sebelum membuat kronfrantasi adalah:

1. Kenapa saya berperasaan sebegini?


2. Apa yang saya rasa sebelum marah? Adakah kecewa? Takut? Malu?
3. Adakah saya letih, lapar atau tidak selesa?
4. Adakah ekspektasi saya terhadap kanak-kanak ini munasabah?

Apabila ibu bapa faham perasaan yang mereka alami dengan baik, mereka juga
dapat membantu kanak-kanak memahami perasaan yang menyebabkan
bertingkahlaku bermasalah.

Konfrantasi yang asertif bukan sahaja dapat mendidik kanak-kanak tetapi juga
dapat melindungi kanak-kanak daripada tindakan ibu bapa yang di luar
kawalan. Kanak-kanak akan merasa selamat apabila konfrantasi yang diberi
berbentuk empati. Ini bererti ibu bapa cuba memahami kanak-kanak tanpa
mengancam atau menghukum secara membuta tuli.

Konfrantasi yang berbentuk positif dan asertif juga melibatkan kejujuran dalam
komunikasi ibu bapa. Ini bererti ibu bapa menyatakan perasaan, jangkaan atau
harapan kepada kanak-kanak secara jujur, terbuka, mesra dan baik. Ini
membolehkan ibu bapa berkongsi perasaan dan tingkahlaku yang diingini
10  TOPIK 9 PENGURUSAN KOMUNIKASI

daripada kanak-kanak. Kanak-kanak pula dapat belajar memahami perasaan ibu


bapa, dan kesan daripada tingkahlakunya terhadap mereka.

b) Strategi Membantu Kanak-kanak Untuk Bertanggungjawab

Kanak-kanak dapat dipupuk dengan sikap bertanggungjawab melalui didikan,


peneguhan, dan juga modelling. Kanak-kanak banyak belajar melalui peniruan.
Sekiranya ibu bapa mahukan anak mereka bertanggungjawab, contoh teladan
yang baik perlu ditunjukkan. Contohnya ibu bapa membuang sampah ke dalam
tong sampah. Kanak-kanak akan belajar dan meniru perbuatan tersebut.
Menunjukkan model lebih mudah diterima dan difahami oleh kanak-kanak
berbanding dengan arahan yang diberikan oleh ibu bapa.

Selain itu, melalui peneguhan positif seperti pujian atau sokongan, kanak-kanak
dapat dilatih untuk bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Contohnya kanak-
kanak yang mengemas semula barang permainan setelah selesai bermain dipuji
oleh ibu bapa. Pujian ini menyebabkan tingkahlaku tersebut diteruskan lagi
kerana kanak-kanak sememangnya suka dihargai dan disayangi oleh ibu bapa.

Ibu bapa juga boleh membantu kanak-


kanak bertanggungjawab jika kanak-
kanak itu diberi peluang untuk
melaksanakannya. Contohnya kanak-
kanak dibenarkan untuk melakukan
sendiri sesuatu tugas seperti makan,
minum atau mandi sendiri. Autonomi
yang diberikan kepada kanak-kanak
ini membolehkan kanak-kanak belajar
membuat keputusan dan
bertanggungjawab atas keputusan
yang dibuat.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak juga perlu dijelaskan tentang kesan atau


akibat daripada setiap perbuatan yang dilakukan. Contohnya kanak-kanak
diingatkan oleh ibu bapa supaya berhati-hati ketika minum. Sekiranya air
tumpah, kanak-kanak bertanggungjawab untuk mengelapnya. Oleh itu, jika
kanak-kanak tersebut menumpahkan air, maka dia dikehendaki
bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan. Melalui cara ini kanak-kanak
belajar untuk menerima tanggungjawab dan melaksanakannya.

Strategi membantu kanak-kanak untuk bertanggungjawab juga boleh dilakukan


menggunakan prinsip dan strategi modifikasi tingkahlaku (Rujuk Bab 6). Melalui
prinsip ini kanak-kanak dapat didorong, dilatih, dipupuk dan dibentuk untuk
TOPIK 9 PENGURUSAN KOMUNIKASI 11

bertanggungjawab terhadap diri sendiri serta terhadap setiap tingkahlaku yang


dibuat.

c) Strategi Penyelesaian

Satu strategi yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan orang dewasa untuk
membuat konfrantasi positif adalah dengan menggunakan Three-Part
Communication Message. Berikut adalah kaedah melaksanakan strategi ini:

Bahagian 1 : “Bila awak”

Konfrontasi dimulakan dengan ayat “Bila awak” diikuti dengan


tingkahlaku yang ingin dihapuskan. Fokus yang dibuat adalah terhadap
tingkahlaku bukan menghukum.

Contohnya:a) i) “Bila adik memukul rakan,” (betul)


ii)“Bila adik membuli,” (salah)
b) i)“Bila awak gunakan perkataan %$*#,” (betul)
ii)“Bila awak mencarut,” (salah)

Perkataan “membuli” dan “mencarut” adalah satu label yang sukar difahami
oleh kanak-kanak. Oleh itu, tingkahlaku yang dibuat sama ada dari segi
perkataan atau perbuatan perlu dinyatakan secara jelas supaya kanak-kanak
faham apa yang tidak patut dilakukannya.

Bahagian 2 : “Saya rasa”

Masukkan elemen perasaan yang dialami dalam ayat yang seterusnya.


Contohnya: “... ibu rasa marah ...”, “... saya rasa kecewa ...,”

Bahagian 3: “Sebab”

Nyatakan kesan tingkahlaku itu terhadap orang lain atau persekitaran.


Elak nyatakan kesan tersebut terhadap kanak-kanak itu sendiri.
Contohnya: “... sebab ia membuatkan rakan anda sakit”
“... sebab kawan-kawan ibu anggap ibu tak pandai menjaga
anak.”
12  TOPIK 9 PENGURUSAN KOMUNIKASI

Gabungkan semua bahagian

Contoh: “Bila adik memukul Amir, ibu rasa marah sebab ia membuatkan
Amir sakit”
“Bila Siti gunakan perkataan %$*#, ibu rasa kecewa sebab
kawan-kawan ibu anggap ibu tak pandai menjaga anak.”

Setelah mesej disampaikan, ibu bapa dan orang dewasa hendaklah memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk memberi respon terhadap mesej tersebut.
Strategi ini diteruskan sehingga kanak-kanak faham dan bersetuju untuk
menyelesaikan masalah ini bersama-sama dengan ibu bapa atau orang dewasa.

AKTIVITI 9.3

Kenalpasti beberapa tingkahlaku bermasalah dalam kalangan kanak-


kanak. Kemudian, jalankan aktiviti main peranan bagi melakukan
konfrantasi positif. Gunakan strategi Three-Part Communication Message
sebagai panduan anda ketika melakukan konfrantasi ini.

SEMAK KENDIRI 9.1

(a) Apakah peranan orang dewasa dalam membentuk komunikasi


positif kanak-kanak?
(b) Huraikan bagaimana kanak-kanak dapat dibantu dalam
memahami dan mengawal perasaan.
(c) Berikan 3 contoh arahan positif.
(d) Apakah strategi yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan orang
dewasa untuk mendidik kanak-kanak supaya bertanggungjawab?
TOPIK 9 PENGURUSAN KOMUNIKASI 13

 Komunikasi yang positif dapat diterapkan kepada kanak-kanak sejak dari


dalam kandungan.
 Kanak-kanak perlu dibimbing untuk berkomunikasi secara positif supaya
mempunyai kecekapan berkomunikasi
 Terdapat beberapa strategi yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan orang
dewasa dalam usaha membentuk komunikasi positif kanak-kanak.
 Arahan berbentuk positif akan memberi kesan yang positif kepada
kanak-kanak, manakala arahan berbentuk negatif akan memberi kesan
yang sebaliknya.
 Komunikasi yang asertif membolehkan mesej diterima dan diambil
tindakan oleh kanak-kanak dengan berkesan.
 Apabila berhadapan dengan tingkahlaku bermasalah kanak-kanak, ibu
bapa dan orang dewasa perlu membuat konfrantasi secara positif.
 Kanak-kanak dapat dipupuk dengan sikap bertanggungjawab melalui
didikan, peneguhan, dan juga modelling.
 Konfrantasi positif boleh dilakukan dengan menggunakan Three-Part
Communication Message.

Asas komunikasi positif Tanggungjawab


Arahan positif Peneguhan
Arahan negatif
Komunikasi asertif
Konfrantasi positif
14  TOPIK 9 PENGURUSAN KOMUNIKASI

 Brown, D.F. (2005). The significance of congruent communication in


effective classroom management. The Clearing House. 79 (1), 12- 15.

 Kostelnik, M.J; Whiren, A.P; Soderman, A.K; & Gregory, K. (2006). Guiding
children’s social development: Theory to practice. (5th ed). New York:
Thomson Delmar Learning.

 McDevitt, T.M; & Ormond, J.E. (2004). Child development: Educating and
working with children and adolescent. (2nd ed). New Jersey: Pearson.

 Miller, D.F (2007). Positive child guidance. (5th ed). New York: Thomson
Delmar Learning.

 http://www.plsweb.com/resources/newsletters/enews_archives/26/2002/11/
14/
Bab 8
Interaksi Sosial Kanak-Kanak

PENGENALAN
Perkembangan sosial berkait rapat dengan perkembangan fizikal, perkembangan
kognitif, perkembangan emosi, dan juga perkembangan bahasa. Kanak-kanak
mempelajari kemahiran sosial bermula daripada keluarga, rakan sebaya, guru-
guru di sekolah, masyarakat, dan persekitaran. Melalui pemerhatian,
pembelajaran dan peniruan, kanak-kanak membentuk tingkahlaku sama ada
prososial atau antisosial. Pembentukan dan perkembangan sosial kanak-kanak
ini juga dipengaruhi oleh persekitaran selain daripada faktor genetik kanak-
kanak itu sendiri.

AKTIVITI 1.1

10.1
KANAK-KANAK

a) Perkembangan Kanak-kanak

Perkembangan kanak-kanak merangkumi perkembangan kognitif,


perkembangan emosi dan sosial, serta perkembangan bahasa. Apabila menyebut
perkataan perkembangan, maka dapat digambarkan bahawa ia melibatkan
proses dan mengambil masa yang panjang. Bab 1, Bab 2 dan Bab 3 telah
menghuraikan perkembangan-perkembangan ini mengikut tahap umur kanak-
kanak. Walau bagaimanapun, Bab 10 ini akan menghuraikan dengan lebih lanjut
berkaitan perkembangan sosial kanak-kanak dan kaitannya dengan interaksi
profesional.

b) Perkembangan Sosial
2  TOPIK 10 INTERAKSI PROFESIONAL

Perkembangan sosial kanak-kanak selalunya dikaitkan juga dengan


perkembangan emosi. Ini kerana faktor kendiri, emosi dan faktor sosial saling
mempengaruhi antara satu sama lain (Ramlah dan Mahani, 2004). Selain itu,
tumbesaran fizikal dan tahap kognitif juga turut mempunyai hubungkait dengan
perkembangan sosial kanak-kanak.

Ahli-ahli psikologi seperti Freud (1856-1939), Erikson (1902-1994) dan Bowlby


(1969) berpendapat umur antara setahun pertama kelahiran sehingga 6 tahun
dianggap sebagai tempoh penting dalam perkembangan sosial dan emosi kanak-
kanak. Proses sosialisasi yang berlaku dalam tempoh ini akan membolehkan
kanak-kanak membuat penyesuaian sosial selaras dengan norma dan budaya
masyarakat setempat. Selain itu, personaliti atau sahsiah kanak-kanak akan turut
dipengaruhi hasil daripada interaksi dan hubungan sosial dengan orang lain
(Rujuk Bab 5).

Kanak-kanak dianggap mempunyai kecekapan sosial jika boleh mengintegrasi


pemikiran, perasaan dan tingkahlaku bagi mencapai matlamat interpersonal dan
hasil sosial mengikut konteks dan budaya di persekitarannya. Antara kecekapan
tersebut termasuklah kecekapan dalam budaya, nilai sosial, identiti peribadi,
kemahiran interpersonal, kemahiran merancang, mengurus dan membuat
keputusan, dan regulasi diri.

Antara tingkahlaku yang menunjukkan bahawa seseorang kanak-kanak itu


mempunyai kecekapan sosial adalah seperti berikut:

1. selalu berada dalam emosi yang positif


2. boleh menunjukkan empati kepada orang lain
3. mesra dan boleh berjenaka
4. boleh menyatakan perasaan dengan baik
5. boleh bergaul dan menghormati orang lain
6. biasanya diterima oleh rakan sebaya
7. boleh bekerjasama dalam kumpulan
8. boleh bermain dengan rakan-rakan

Perkembangan sosial kanak-kanak selalunya dikaitkan dengan hubungan


perapatan dalam keluarga. Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam Bab 3,
perapatan selamat dengan ibu bapa dan penjaga akan mempengaruhi
tingkahlaku prososial dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak akan menjadi
individu yang suka berhubung, berinteraksi dan membantu orang lain. Ini
kerana kendiri mereka yang berbentuk positif menyebabkan mereka yakin serta
berupaya menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat.
TOPIK 10 INTERAKSI PROFESIONAL 3

Sekiranya perapatan kanak-kanak berbentuk mengelak atau bercelaru,


kemungkinan mereka akan menunjukkan tingkahlaku antisosial. Ini kerana
kanak-kanak curiga dan rasa was-was untuk bersosial dengan orang lain.

Selain daripada perapatan dengan orang


yang signifikan dengan mereka, kanak-
kanak juga bersosial melalui hubungan
persahabatan dengan individu lain (Rujuk
Bab 3). Melalui persahabatan, kanak-kanak
mempraktikkan kemahiran bersosialisasi.
Mereka juga mempelajari cara-cara untuk
berkomunikasi melalui peniruan hasil
pemerhatian yang dibuat.

Kanak-kanak belajar memahami perasaan diri sendiri dan orang lain melalui
pergaulan yang dilakukan. Persahabatan yang dijalinkan juga membolehkan
kanak-kanak mendapatkan pengiktirafan dan sokongan. Kesemua elemen ini
penting dalam pembentukan kendiri positif kanak-kanak.

Keinginan untuk berinteraksi dan bersosialisasi ditunjukkan oleh kanak-kanak


sejak kecil. Menurut Mondloch et al (1999) bayi lebih suka memandang wajah
manusia berbanding stimuli yang lain. Malah, bayi berumur 2 bulan sudah boleh
menujukkan reaksi gembira apabila diagah oleh orang dewasa. Apabila berumur
2 tahun pula, kanak-kanak sudah boleh bermain bersama-sama dengan rakan
secara berpasangan.

Selman & Jaquette, 1977 (dalam Brehm et al, 2002) telah mengemukakan 4 tahap
persahabatan mengikut peringkat umur kanak-kanak. Jadual 10.1 di bawah
adalah rumusan kepada tahap-tahap tersebut.
4  TOPIK 10 INTERAKSI PROFESIONAL

Tahap (Umur) Kesedaran Ciri-ciri


Persahabatan

0 Momentary physical  Persahabatan wujud dengan


( 3 - 7 tahun) playmate sesiapa sahaja yang bermain
ketika itu dengan kanak-kanak.
Oleh itu, mereka akan berkawan
dengan sesiapa sahaja yang sudi
bermain bersama-sama.

 Kanak-kanak pada peringkat ini


lebih bersifat egosentrik, iaitu
mementingkan diri sendiri
berbanding rakan.

1 One-way assistance  Kanak-kanak mula memberi


( 4 - 9 tahun) perhatian kepada rakan.

 Ketika ini kanak-kanak sudah


mula membezakan kehendak
rakan tetapi tidak sepenuhnya
mengamalkan konsep memberi
dan menerima dalam
persahabatan.

2 Fairweather  Kanak-kanak sudah mula bertolak


( 6 - 12 tahun) cooperation ansur dengan rakan.

 Sekiranya berlaku konflik yang


tidak boleh diselesaikan,
hubungan persahabatan
ditamatkan.

3 Intimate-mutual  Persahabatan dianggap sebagai


( 9 - 15 tahun) sharing kolaborasi antara kedua-dua belah
pihak.

 Kanak-kanak saling berkongsi


minat, dan konsep kesetiaan
dalam persahabatan mula
TOPIK 10 INTERAKSI PROFESIONAL 5

Tahap (Umur) Kesedaran Ciri-ciri


Persahabatan
dipegang.

4 Autonomous  Persahabatan dilihat dari sudut


( 12 tahun ke interdependence yang lebih luas, bukannya setakat
atas) bermain bersama-sama sahaja.

 Kanak-kanak sudah mula


memahami aspek-aspek lain
dalam persahabatan seperti
hormat-menghormati dan saling
percaya.

Jadual 10.1: Tahap Persahabatan Mengikut Peringkat Umur Kanak-Kanak

Jika model persahabatan yang dikemukakan Selman & Jaquette (1977) merujuk
kepada pendekatan kognitif, model yang dikemukakan oleh Buhrmester &
Furman,1986 (dalam Brehm et al, 2002) pula berdasarkan perspektif keperluan
sosial. Jadual 10.2 di sebelah adalah rumusan terhadap model yang disarankan
oleh Buhrmester & Furman (1986).

Tahap (Umur) Persahabatan Ciri-ciri

Bayi Hubungan dengan  Perapatan yang selamat


( 0 – 2 tahun) ibu bapa dengan ibu bapa memberi
keselesaan kepada kanak-
kanak.

 Kanak-kanak memperoleh rasa


selamat dan selesa melalui
hubungan dengan ibu bapa.
6  TOPIK 10 INTERAKSI PROFESIONAL

Tahap (Umur) Persahabatan Ciri-ciri

Kanak-kanak Hubungan dengan  Kanak-kanak bersahabat


( 2 – 6 tahun) ibu bapa dengan ibu bapa.

 Kanak-kanak belajar untuk


bersikap patuh dan asertif
dalam hubungan persahabatan
ini.

Era juvenil Hubungan dengan  Kanak-kanak inginkan


( 6 – 9 tahun) rakan sekumpulan penerimaan daripada rakan
sekumpulan di dalam kelas
atau di sekolah.

 Kanak-kanak juga belajar


bekerjasama, berkompromi,
dan bersaing dengan rakan.

Praremaja Intimasi dengan  Kanak-kanak menjalinkan


( 9 - 12 tahun) rakan sejantina hubungan yang lebih dalam
dengan rakan sejantina.

 Kanak-kanak belajar berempati


dan bersikap altruism dengan
rakan mereka.

Awal remaja Hubungan dengan  Ketika ini kanak-kanak mula


( 12 – 16 tahun) rakan berbeza jantina berminat untuk berkawan
dengan rakan berlainan
jantina.

 Kadangkala perasaan cinta


mula wujud antara mereka.

 Kanak-kanak dapat
TOPIK 10 INTERAKSI PROFESIONAL 7

Tahap (Umur) Persahabatan Ciri-ciri

menyeimbangkan antara
intimasi, seksualiti dan
kebimbangan melalui
persahabatan yang dibina.

Jadual 10.2: Tahap Persahabatan Men gikut Model Perkembangan Persahabatan


Buhrmester & Furman (1986)

Berdasarkan kedua-dua model persahabatan


kanak-kanak, dapat dirumuskan bahawa
persahabatan membolehkan kanak-kanak
menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Persahabatan juga membolehkan kanak-kanak
belajar kemahiran bersosialisasi. Kemahiran ini
penting kepada kanak-kanak supaya dapat
hidup dengan harmoni kerana perhubungan
sosial tidak boleh dielakkan dalam kehidupan.

Selain daripada hubungan dengan keluarga dan rakan, hubungan dengan guru,
masyarakat dan persekitaran turut mempengaruhi perkembangan sosial kanak-
kanak. Pengaruh masyarakat, budaya, dan agama yang berbeza sedikit sebanyak
menentukan sejauhmana seseorang kanak-kanak bersosialisasi.

c) Permasalahan

Konteks sosial mempunyai hubungan yang signifikan dengan perkembangan


sosial kanak-kanak. Kadangkala terdapat permasalahan yang dialami oleh
kanak-kanak kesan daripada konteks sosial di mana mereka berada. Masalah-
masalah ini mempengaruhi pembentukan konsep kendiri kanak-kanak dan
hubungan sosialisasi mereka. Antara masalah-masalah tersebut adalah:
8  TOPIK 10 INTERAKSI PROFESIONAL

Masalah Penerangan

1. Kemiskinan  Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-


kanak terbantut akibat kekurangan makanan

 Kanak-kanak kurang bersosialisasi


disebabkan rasa rendah diri

2. Keganasan dalam  Kanak-kanak berada dalam keadaan tidak


keluarga selamat, bimbang, takut, terancam, rendah
diri dan sebagainya

 Hubungan dalam keluarga dan masyarakat


terbatas

3. Dipinggirkan dalam  Kanak-kanak merasa tidak disayangi dan


keluarga rendah diri akibat dipinggirkan

4. Salah didikan  Kanak-kanak mempelajari tingkahlaku yang


tidak sesuai

 Apabila berada dalam masyarakat,


tingkahlaku yang diamalkan tidak diterima
menyebabkan mereka tersisih

5. Diskriminasi sosial  Kanak-kanak tidak dapat bergaul dengan


bebas dalam masyarakat (sebab ras, kelas atau
kasta masyarakat)

 Sokongan daripada masyarakat tidak


diperolehi
6. Globalisasi  Kesan modenisasi dan globalisasi mengubah
corak hidup dan budaya masyarakat

 Perubahan yang berlaku menuntut kanak-


kanak mempelajari tingkahlaku baru
bersesuaian dengan peredaran masa
TOPIK 10 INTERAKSI PROFESIONAL 9

Masalah Penerangan

7. Pengaruh media  Media massa berupaya mempengaruhi corak


massa sosialisasi kanak-kanak

 Kanak-kanak mempelajari dan meniru


contoh-contoh yang dipaparkan oleh media
massa sama ada berbentuk positif dan negatif
tanpa dapat dikawal sepenuhnya oleh ibu
bapa

8. Peperangan  Peperangan yang berlaku menyebabkan


kanak-kanak tidak dapat bersosialisasi
dengan baik

 Interaksi dengan masyarakat terbatas dan


sentiasa berada dalam keadaan tidak selamat

Jadual 10.3: Masalah-Masalah Dalam Perkembangan Sosial Kanak-Kanak

d) Amalan yang Bersesuaian

Antara amalan yang boleh dilakukan bagi membentuk persekitaran positif


dalam membentuk perkembangan sosial kanak-kanak adalah:

1. mewujudkan interaksi dan asuhan yang efektif, konsisten dan responsif

2. membentuk perapatan yang selamat antara ibu bapa dan pengasuh


dengan kanak-kanak

3. memberikan sokongan sosial dan emosional kepada kanak-kanak


10  TOPIK 10 INTERAKSI PROFESIONAL

4. memberi peluang kepada kanak-kanak mengasah kemahiran


bersosialisasi melalui aktiviti menyanyi, membaca, menulis dan
berinteraksi

5. mewujudkan tempat perlindungan (rumah) yang selamat

6. pemberian nutrisi yang seimbang kepada kanak-kanak

7. membekalkan alat permainan bersesuaian untuk menggalakkan kanak-


kanak belajar bersosialisasi melalui aktiviti bermain

8. mengambil berat terhadap corak tidur kanak-kanak yang dilihat memberi


kesan kepada perkembangan fizikal, kognitif dan emosi mereka

AKTIVITI 10.1

Berdasarkan amalan-amalan yang dinyatakan di sebelah, huraikan


bagaimana amalan-amalan tersebut dapat membantu perkembangan
sosial kanak-kanak.

10.2
KELUARGA

Keluarga berperanan besar dan bertanggungjawab dalam melindungi, mendidik


dan menyokong perkembangan kanak-kanak. Apabila menyebut tentang
keluarga, ia merangkumi ibu bapa, datuk dan nenek, adik-beradik dan saudara-
mara yang signifikan dengan kanak-kanak tersebut. Melalui hubungan dalam
keluarga, kanak-kanak belajar untuk bersosialisasi sebelum berada dalam
masyarakat dan dunia luar yang lebih luas.

a) Latar belakang Keluarga


TOPIK 10 INTERAKSI PROFESIONAL 11

Keluarga menentukan cara kanak-kanak


berinteraksi dan bersosial di dalam
kehidupan. Ini kerana kanak-kanak
terlebih dahulu mempelajari dan
terpengaruh dengan kepercayaan, nilai
dan budaya dalam keluarga. Keluarga
juga menyediakan ruang dan peluang
kepada kanak-kanak untuk bersosialisasi.
Selain itu, keluarga juga mempengaruhi
bentuk tingkahlaku kanak-kanak
samaada ke arah prososial atau antisosial. Latar belakang keluarga dari segi
status ekonomi sosial, tahap pendidikan, pegangan agama, dan sebagainya
memberi kesan kepada pembentukan dan perkembangan sosial kanak-kanak.

b) Sosial

Berikut dirumuskan beberapa ciri latar belakang keluarga dan kesannya


terhadap perkembangan sosial kanak-kanak:

1. status ekonomi sosial – keluarga yang berstatus ekonomi sosial tinggi


dapat memberi peluang yang lebih kepada kanak-kanak untuk
bersosialisasi. Mereka mampu memberi pendedahan kepada kanak-
kanak untuk bersosialisasi melalui aktiviti seperti majlis keraian,
percutian, lawatan dan sebagainya.

2. tahap pendidikan – tahap pendidikan


ibu bapa yang tinggi akan
membolehkan kanak-kanak
memperolehi pendidikan dan
bimbingan untuk bersosialisasi. Ibu
bapa menyedari kepentingan
perkembangan sosial kanak-kanak
yang positif dan berusaha untuk
menyediakan persekitaran yang
sesuai.

3. nilai dan budaya – keluarga yang menitikberatkan perhubungan dalam


masyarakat akan menggalakkan kanak-kanak untuk ikut serta. Kanak-
kanak berpeluang untuk bergaul dan mempraktikkan kemahiran sosial
apabila ikut serta dalam aktiviti kemasyarakatan di tempat tinggal.

4. tingkahlaku keluarga – kanak-kanak belajar bertingkahlaku sosial melalui


pembelajaran dan peniruan tingkahlaku ahli-ahli dalam keluarga.
12  TOPIK 10 INTERAKSI PROFESIONAL

Sekiranya ahli keluarga lebih bersikap prososial, kanak-kanak turut akan


bertingkahlaku yang sama. Begitu juga sebaliknya jika ahli keluarga
bersikap antisosial.

5. hubungan dengan keluarga – hubungan yang dimaksudkan adalah dari


segi perapatan dalam keluarga. Perapatan yang selamat membentuk
kendiri positif. Kendiri positif menggalakkan tingkahlaku prososial dan
membantu meningkatkan kemahiran sosialisasi kanak-kanak.

c) Bimbingan Pendidikan

Tingkahlaku prososial kanak-kanak dapat dibentuk melalui pelbagai cara.


Antara bimbingan dan pendidikan yang boleh dilakukan seperti dinyatakan oleh
Landy (dalam Miller, 2007) adalah:

1. menunjukkan model prososial kepada kanak-kanak – tingkahlaku seperti


tenang, murah hati dan bersikap baik dapat ditiru oleh kanak-kanak.

2. bantu kanak-kanak melihat kesan daripada tingkahlaku mereka – kanak-


kanak dapat belajar untuk berempati dan memahami perasaan orang lain.

3. galakkan kanak-kanak bertanggungjawab – kanak-kanak dapat belajar


berdikari dan merasa bangga dengan pencapaian diri sendiri.

4. bantu kanak-kanak belajar kemahiran dan strategi bersosial – kanak-


kanak boleh dilatih bersosial melalui aktiviti bermain. Selain itu,
kemasukan kanak-kanak ke taska atau tadika membantu kanak-kanak
mempelajari kemahiran dan strategi bersosial.

5. ajar kanak-kanak kemahiran menyelesaikan konflik – kanak-kanak perlu


dilatih menyelesaikan konflik dengan baik. Ini dapat mengelakkan
tekanan dalam diri kanak-kanak dan membentuk interaksi yang positif
(Rujuk Bab 7 dan Bab 9).

AKTIVITI 10.2

Selain daripada langkah-langkah yang dinyatakan oleh Landy (dalam


Miller, 2007), apakah cara-cara lain yang boleh dilakukan oleh keluarga
dalam membentuk tingkahlaku prososial kanak-kanak? Bincangkan.
TOPIK 10 INTERAKSI PROFESIONAL 13

10.3
KOMUNITI

Komuniti termasuk penjaga, guru-guru dan masyarakat juga berperanan dalam


membentuk kecekapan sosial kanak-kanak. Pengaruh masyarakat dan
persekitaran ini akan membina konteks sosial keseluruhan di mana kanak-kanak
membentuk dan belajar bertingkahlaku.

a) Latar belakang Persekitaran

Di dalam persekitaran, terdapat lima sistem yang mempengaruhi kanak-kanak,


iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem (Rujuk
Bab 2). Persekitaran di rumah seperti corak komunikasi dengan ibu bapa
(mikrosistem) akan memberi kesan kepada pembelajaran dan hubungan kanak-
kanak di sekolah (mesosistem). Tingkahlaku yang dipelajari di sekolah juga akan
turut diamalkan di rumah oleh kanak-kanak.

Kanak-kanak juga akan dipengaruhi oleh ekosistem seperti polisi kerajaan dan
sebagainya. Contohnya, walaupun kanak-kanak tidak bekerja tetapi ibubapa
yang bekerja hingga lewat petang akan mempengaruhi masa untuk kanak-kanak
bersosial bersama keluarga. Ibu bapa yang tertekan mungkin tidak
mempedulikan anak-anak dan sebagainya. Selain itu, media massa juga turut
menyumbang ke arah perkembangan sosialisasi kanak-kanak.

b) Peningkatan Kualiti

Peningkatan kualiti persekitaran dapat diwujudkan sekiranya semua pihak


menyedari bahawa kelima-lima sistem dalam persekitaran ini saling
berhubungkait antara satu sama lain. Ini menggambarkan bahawa banyak faktor
yang mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak. Oleh itu, sebarang
aktiviti atau program yang dirancang perlu menitikberatkan kelima-lima aspek
ini.

Selain itu, perkembangan sosial kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama
lain. Latar belakang kanak-kanak yang berbeza menyebabkan tingkahlaku
kanak-kanak juga berbeza. Oleh itu, program pendidikan yang dilakukan perlu
memberi perhatian terhadap latar belakang keluarga kanak-kanak itu sendiri.

Antara aspek-aspek yang perlu ditingkatkan kualitinya adalah:


14  TOPIK 10 INTERAKSI PROFESIONAL

1. persekitaran pembelajaran yang selamat dan berkesan sama ada di


rumah, pusat jagaan, atau di sekolah
2. program pendidikan yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-
kanak

3. peralatan yang bersesuaian untuk menggalakkan perkembangan sosial


kanak-kanak

4. hubungan antara institusi dan komuniti

5. kemudahan perkhidmatan konsultasi dan rujukan pakar

AKTIVITI 10.3

Huraikan bagaimana aspek-aspek yang dinyatakan dalam 10.3(b) dapat


ditingkatkan kualitinya ke arah menggalakkan perkembangan sosial
positif kanak-kanak.

c) Hubungan Institusi dan Komuniti

Oleh sebab persekitaran saling berhubungkait dalam pembentukan individu


prososial, maka hubungan yang erat antara institusi dan komuniti perlu
diwujudkan. Institusi yang dimaksudkan di sini termasuklah pusat jagaan
kanak-kanak, taska, tadika dan sekolah.

Antara kerjasama yang boleh dilakukan adalah:

1. Mewujudkan hubungan antara institusi dan komuniti – ibu bapa dan


guru saling berhubung dan berbincang tentang perkembangan kanak-
kanak. Sebarang masalah berkaitan tingkahlaku kanak-kanak dapat
diambil tindakan bersama.

2. Penyediaan persekitaran yang membina – pihak institusi dan ibu bapa


boleh berbincang tentang langkah-langkah dan aktiviti yang boleh
diambil untuk mewujudkan persekitaran yang membina sama ada di
rumah atau di sekolah.
TOPIK 10 INTERAKSI PROFESIONAL 15

3. Pendidikan keibubapaan diberi kepada ibu bapa – pihak institusi


mengadakan ceramah atau bengkel kepada ibu bapa supaya amalan
asuhan dan didikan yang sewajarnya dapat diteruskan di rumah.

4. Penyaluran maklumat – pihak institusi boleh menyalurkan pelbagai


maklumat berkaitan kemahiran dan strategi mendidik dan mengasuh
anak-anak kepada ibu bapa melalui kerjasama yang diwujudkan.

5. Khidmat konsultasi dan rujukan pakar – melalui hubungan dengan


institusi, ibu bapa yang mempunyai sebarang masalah atau perlu
bimbingan selanjutnya boleh diberi khidmat nasihat daripada pakar.

SEMAK KENDIRI 10.1

(a) Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecekapan sosial?


(b) Bagaimana latar belakang keluarga mempengaruhi perkembangan
sosial kanak-kanak?
(c) Huraikan pengaruh mikrosistem, mesosistem, ekosistem,
makrosistem, dan kronosistem terhadap tingkahlaku prososial
kanak-kanak?
(d) Bincangkan kerjasama yang boleh dilakukan oleh komuniti dan
institusi untuk meningkatkan kualiti persekitaran.

 Perkembangan sosial bermula sejak berada dalam kandungan ibu dan


akan mempengaruhi personaliti kanak-kanak apabila mereka dewasa
kelak.
 Kanak-kanak dianggap mempunyai kecekapan sosial jika boleh
mengintegrasi pemikiran, perasaan dan tingkahlaku bagi mencapai
matlamat interpersonal dan hasil sosial mengikut konteks dan budaya di
persekitarannya.
 Kanak-kanak mempelajari kemahiran sosial bermula daripada keluarga,
rakan sebaya, guru-guru di sekolah, masyarakat, dan persekitaran.
16  TOPIK 10 INTERAKSI PROFESIONAL

 Latar belakang keluarga memberi kesan terhadap perkembangan sosial


kanak-kanak.
 Pengaruh masyarakat, budaya, dan agama yang berbeza sedikit sebanyak
menentukan sejauhmana seseorang kanak-kanak bersosialisasi.
 Komuniti termasuk penjaga, guru-guru dan masyarakat berperanan
dalam membentuk kecekapan sosial kanak-kanak.
 Peningkatan kualiti persekitaran dapat diwujudkan dengan
mengambilkira hubungkait kelima-lima sistem dalam persekitaran.

Perkembangan sosial Bimbingan pendidikan


Kecekapan sosial Peningkatan kualiti
Prososial Pendidikan keibubapaan
Antisosial
Konsep kendiri
Persahabatan

 Brehm, S.S; Miller, R.S; Perlman, D.; & Campbell, S.M. (2002). Intimate
relationship. (3rd ed). New York: McGraw-Hill.

 Kostelnik, M.J; Whiren, A.P; Soderman, A.K; & Gregory, K. (2006). Guiding
children’s social development: Theory to practice. (5th ed). New York:
Thomson Delmar Learning.

 Miller, D.F (2007). Positive child guidance. (5th ed). New York: Thomson
Delmar Learning.

 Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004). Psikologi Pendidikan: Pendekatan


kontemporari. Kuala Lumpur: McGraw Hill Malaysia Sdn. Bhd.

 http://www.brighttots.com/Parenting_issues/Social_emotional_developmen
t.html
 http://www.michigan.gov/documents/Social_Emotional_Development_in_
Young_Children_Guide_88553_7.pdf

Anda mungkin juga menyukai