Anda di halaman 1dari 6

 

Tajuk : Andaikan anda sebagai Pengerusi Kelab


Cegah Jenayah di sekolah anda. Anda diminta oleh
pengetua untuk memberikan ceramah bertajuk ‘ Cara-
cara Mencegah Jenayah di kalangan Pelajar ’  di
perhimpunan sekolah.

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Terima


kasih diucapkan kepada guru bertugas, Puan
Halimah Abu Bakar selaku pengerusi majlis. Yang
dihormati Encik Salleh Kabil, Tuan Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Dang Anum, Merlimau; yang
dimuliakan guru-guru dan para pelajar yang dikasihi.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada tuan pengetua kerana sudi
menjemput saya menyampaikan ceramah bertajuk
‘ Cara-cara Mencegah Jenayah di kalangan Pelajar’
di perhimpunan pada pagi yang ceria ini.

Para pelajar yang dihormati,


 

  Sejak belakangan ini, kita sering disogokkan


dengan berita menggemparkan yang membabitkan
pelajar sekolah. Yang terbaru, berita tentang seorang
murid Tahun 1 yang ditikam oleh sekumpulan murid
lelaki kerana enggan memberi ‘ wang perlindungan’.
Murid tersebut Nusul Syuhada Abdul Majid, dari
Sekolah Kebangsaan Taman Muda, Ampang,
Selangor turut mendakwa bahawa dia dipukul dengan
kayu dan dibaling dengan batu kerana tidak memberi
wang sebanyak RM10 seperti yang diminta oleh
kumpulan itu.

 Antara jenayah lain yang pernah dilaporkan


termasuklah pembakaran bangunan sekolah dan
rumah guru. Kejadian seperti ini dipercayai dilakukan
oleh pelajar sekolah. Sesungguhnya, perkembangan
sedemikian amat membimbangkan semua pihak
terutama guru dan ibu bapa.

Jika sebelum itu, kita hanya disogokkan dengan


berita tentang kes ponteng sekolah, menghisap rokok
dan ganja, kejadian melawan guru, sengaja
 

melanggar peraturan dan disiplin sekolah dan


pergaulan bebas. Walaupun begitu, perkembangan
terbaru ini, jika tidak dibentung, sekolah akan menjadi
tempat tidak selamat untuk menimba ilmu.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Banyak cara dapat dilakukan untuk mencegah


 jenayah di kalangan pelajar. Sebagai pelajar, kita
harus bijak memilih kawan. Hindarilah daripada
bergaul dengan kawan-kawan yang tidak mempunyai
budi pekerti, berkelakuan tidak senonoh, dan
berkelakuan liar. Umumnya, pelajar yang terlibat
dalam jenayah terdiri daripada mereka yang rendah
pencapaian akademik dan terabai. Oleh itu, untuk
menarik perhatian, mereka akan bertindak
menentang undang-undang, moral, dan agama.
Mereka tidak ingin belajar. Sebagai akibatnya,
mereka terjebak dengan jenayah.

Pelajar-pelajar yang dihormati,


 

  Sekiranya anda mencurigai tingkah laku rakan


yang boleh mendatangkan mudarat kepada pihak
sekolah, segeralah lapor kepada pihak berkuasa
sekolah. Antara tingkah laku itu termasuklah disyaki
pecah rumah, mencuri harta sekolah, memeras ugut,
memukul pelajar, meminta wang perlindungan, dan
membuli pelajar.

Kegiatan-kegiatan jenayah di kalangan pelajar


 juga dapat dicegah jika sekiranya wujud kerjasama
padu antara pihak sekolah dengan pelajar . Pelajar-
pelajar bermasalah harus dikenal pasti untuk
menghadiri sesi kaunseling. Tindakan ini sebagai
langkah pencegahan awal.

Langkah lain yang dapat membantu dalam


mencegah jenayah di kalangan pelajar termasuklah
mengenakan beberapa larangan tertentu terhadap
pelajar. Misalnya, pelajar perempuan tidak
dibenarkan untuk memakai barang kemas dan
mengenakan pakaian menjolok mata. Langkah ini
 

dapat menghindarkan diri pelajar daripada dirompak


atau dirogol.

Para pelajar sekalian,

Begitu juga, dengan menyertai kelab cegah


 jenayah di sekolah diharap dapat memberi faedah
kepada anda semua. Anda akan diajarkan tentang
cara-cara mencegah jenayah. Selain itu, anda juga
dapat menyampaikan maklumat ini kepada rakan-
rakan lain, anggota keluarga dan anggota masyarakat
setempat. Perbuatan ini sekali gus dapat
menyedarkan masyarakat tentang pentingnya
semangat kejiranan. Apabila semangat ini dapat
diwujudkan, jenayah yang tidak diingini dapat dicegah.
Kata orang, ‘ mencegah itu adalah lebih baik daripada
merawat’. Tegasnya, setiap pelajar harus menyertai
kelab cegah jenayah untuk mempelajari cara-cara
dan langkah untuk menghapuskan jenayah yang
membabitkan pelajar. Melalui tindakan sedemikian,
 

kita dapat menyelamatkan jiwa sendiri dan


mengurangkan beban polis.

Hadirin sekalian,

Hingga di sini dahulu saya. Mudah-mudahan


para pelajar mendapat sedikit banyak manfaat
daripada ceramah ini. Akhir kata, saya mohon
berbanyak kemaafan sekiranya terdapat keterlanjuran
kata sepanjang ceramah saya tadi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai