Anda di halaman 1dari 13

BACHELOR OF PHYSCOLOGY

SEMESTER 2 / SEPTEMBER 22

ABPG 1203

HISTORY AND PHILOSOPHY OF PHYSCHOLOGY

NO. MATRIKULASI : 001006100411001


NO. KAD PENGENALAN : 001006-10-0411
NO. TELEFON : 011-64112262
E-MEL : mohdizreen00@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : BANGI LEARNING CENTRE


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1. TUGASAN 1

1. PENGENALAN
1.1 Pengenalan tugasan
1.2 Objektif tugasan
1.3 Rujukan primer

2. ANALISIS ARTIKEL RUJUKAN


2.1 Analisa artikel
2.2 Latar belakang sejarah
2.3 Kepentingan Teori Pembelajaran Gestalt
2.4 Aplikasi Teori Pembelajaran Gestalt dalam pembelajaran
bilik darjah

3. RUJUKAN
3.1 Rujukan tugasan

2. TUGASAN 2
1. OCP Posting 1-5
TUGASAN 1

1.1 Pengenalan tugasan

Tugasan ini adalah berkaitan psikologi Gestalt yang telah mempengaruhi cara kita mengkaji
persepsi dan sensasi. Gestalt telah memperkenalkan pelbagai teori dan hukum dalam bidang
psikologi antaranya adalah Hukum Penutupan (Law of Closure), Hukum Berdekatan (Law of
Proximity) dan teori pembelajaran (Learning Theory). Pembelajaran adalah suatu bentuk
proses yang mengubah perilaku seseorang, termasuk membina pengetahuan, sikap, dan
keterampilan seseorang kearah yang lebih baik. Pembelajaran ini bersifat permanen, stabil,
dan berjangka masa panjang dalam perilaku seseorang, sebagai hasil dari latihan atau
pengalaman tertentu. Menyentuh salah satu daripada teori psikologi Gestalt iaitu teori
pembelajaran, Gestalt berpendapat bahawa pembelajaran tidak hanya tertumpu kepada
rangsangan dan respon, namun ianya juga pemahaman tentang suatu masalah yang dapat
menarik satu kesimpulan baru yang lebih berwawasan. Di samping itu, teori ini bukan sahaja
dicetuskan oleh psikologi Gestalt bahkan ianya juga menarik minat tokoh-tokoh lain dalam
pencetusan teori ini antaranya Max Wertheimer dan Wolfgang Kohler. Dalam teori ini,
Gestalt juga membawa aliran yang mengembangkan paradigma pemikiran yang berpijak
dalam kerangka atau konteks menyeluruh dalam pemerhatian sesebuah perkara khususnya
dalam proses belajar. Selain itu, pembelajaran berdasarkan teori Gestalt adalah
perkembangan kognitif dan kemampuan seseorang untuk menemukan solusi ketika
menyelesaikan sebarang permasalahan. Seseorang akan cenderung menyelesaikan sesuatu
masalah dengan mempertimbangkan semua aspek yang diperlukan untuk menyelesaikannya
secara kognitif.

1.2 Objektif tugasan

Ojektif tugasan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
analitikal pelajar dalam sejarah dan falsafah psikologi.

1.3 Rujukan primer

Sumber rujukan primer bagi tugasan ini adalah artikel daripada Tolman, S. (2007). A Gestalt
Therapy Approach to Eliciting Career Stories. 1973, 37–46. Rujukan ini diambil daripada
Perpustakaan Digital Open University Malaysia dengan melanggan Pangkalan Data ProQuest
2. ANALISIS ARTIKEL RUJUKAN

2.1 Analisa artikel

Artikel ini membincangkan bagaimana penceritaan cerita klien mempengaruhi sesebuah sesi
kaunseling. Dalam kaunseling kareer, sumber atau maklumat daripada klien adalah amat
penting bagi seseorang kaunselor mengetahui permasalahan yang dihadapi klien. Menurut
beberapa tokoh ahli teori kerjaya, seperti Ohberg (1998), Savicks (1993;1995) dan Cochran
(1997) penggabungan cerita ke dalam amalan kaunseling sangat disyorkan. Selain itu, dengan
adanya peningkatan minat oleh klien dalam penceritaan dan naratif ianya terbukti membantu
kaunselor dalam bidang psikologi perkembangan, psikologi sosial dan sebagainya. Jelas
dinyatakan elemen penceritaan oleh klien membantu ke arah pembentukan atau penyelesaian
masalah klien. Secara terperinci, artikel oleh Sarah Toman ini membincangkan bagaimana
Teori Gestalt membantu dalam menarik dan menimbulkan minat klien dalam penceritaan
atua penyampaian jalan cerita kareer hidupnya. Umum mengetahui psikologi Gestalt
mempercayai dan menekankan aspek pengalaman seseorang secara keseluruhan. Oleh itu,
artikel ini adalah cara atau aplikasi yang dibina dalam Teori Gestalt dalam pembentukan
penceritaan kisah kerjaya seseorang klien.

Teori Gestalt berpegang kepada pengalaman semasa seseorang, aspek figural dan latar
belakang pengalaman semasa, pengaruh konstektual dan proses perubahan. Dalam teori
Gestalt juga, terdapat beberapa hukum iaitu hukum kedekatan, hukum penutupan, dan hukum
kesamarataan. Salah satu prinsip pembelajaran Gestalt ialah belajar melalui insight
pemahaman, pembelajaran adalah penyusunan semula pengalaman, dan pembelajaran lebih
berjaya jika sesuai dengan minat klien. Terdapat banyak prinsip dalam teori Gestalt, namun
terdapat 4 prinsip yang khusus untuk penggunaan dalam isu kaunseling kareer menurut
artikel ini adalah “Figure and Ground”, penggunaan dialog (the use of dialog), kitaran
pengalaman (the cycle of experience) dan teori perubahan Gestalt (Gestalt theory of change).
Figure and Ground merupakan prinsip gambaran dimana seseorang cenderung melihat dilema
yang dihadapi dalam permasalahan kerjaya lebih besar berbanding aspek kehidupan atau
pengalaman lalu klien. Kebiasaanya klien pada awalnya lebih cenderung menceritakan
permasalahan sejarah kerjaya mereka dimana ia dianggap fokus figural oleh klien sendiri.
Menurut prinsip ini, pembukaan cerita tersebut boleh digantikan dengan konteks yang lebih
besar seperti pengalaman klien secara keseluruhan bagi menambah “Ground” yang
ditinggalkan. Menurut Gestalt, proses penceritaan secara menyeluruh oleh klien membantu
bagi memahami dan mengetahui tentang sejarah dan latar belakang pengalaman klien lantas
membantu dalam membina kefahaman terhadap permasalahan klien. Seterusnya adalah
dialog. Penggunaan dialog adalah amat penting dalam penceritaan masalah klien kepada
kaunselor. Hubungan yang baik kepada klien perlu dibina oleh kaunselor bagi membantu
prinsip ini dapat dijalankan dengan lancar. Kaunselor perlu mewujudkan dialog yang baik
sepanjang proses sesi kaunseling sehingga mencapai tahap keselesaan klien untuk berkongsi
segala permasalahannya. Menurut Gary Yontef (1993), hubungan teraputik dalam terapi
Gestalt menekankan empat ciri dialog iaitu kemasukan (inclusion), kehadiran (presence),
komitmen dalam dialog (commitment in dialog) dan penghayatan dialog (dialogue is lived).
Keempat-empat ciri ini perlu dititikberatkan dalam pembinaan dialog sepanjang sesi
berlangsung dalam membantu merangsang emosi serta kognitif klien. Berikutnya adalah
kitaran pengalaman “the cycle of experience”. Cycle of Experience atau COE dilihat elemen
penting dalam prinsip artikel ini dimana ianya dianggap alat konseptual bagi menerangkan
kesedaran, pemilihan dan tanggungjawab klien terhadap apa yang diinginkan (Hochman,
2018). Terdapat 6 peringkat COE iaitu sensasi, kesedaran, mobilisasi tenaga, tindakan,
hubungan (contact) dan pengeluaran (withdrawal). Kesemua peringkat ini secara tidak
langsung membantu klien dalam mengindentifikasi keperluan dan minat mereka dalam
kaunsling kerjaya. Akhir sekali, prinsip keempat adalah Teori Perubahan Gestalt (Gestalt
Change Theory). Dalam artikel tersebut mengatakan klien dengan masalah kerjaya
kebiasaannya akan mencari perubahan dalam dunia pekerjaannya seperti kareer yang
berlainan, rakan sekerja yang berbeza dan sebagainya. Pada tahap ini, klien sepatutnya sudah
melalui 3 prinsip seperti yang dinyatakan diatas. Kesemua 3 prinsip yang dilalui akan
menghasilkan kesedaran dan pemahaman diri terhadap klien itu sendiri. Jelas didalam teori
Gestalt menyatakan bahawa ahli terapi bukanlah penyebab kepada perubahan yang akan
berlaku (Yontef, 2005). Oleh itu, ahli terapi atau kaunselor hanyalah sebagai pembimbing
kepada klien dalam meningkatkan kesedaran diri serta membantu klien dalam mengenali diri
sendiri hasil daripada pengumpulan sejarah dan pengalaman hidup mereka.

Secara keseluruhannya, artikel ini membincangkan bagaimana teori Gestalt membantu dalam
isu kaunseling kareer. Ahli terapi Gestalt percaya bahawa perubahan yang berlaku
bergantung kepada kesedaran diri (self-concious) klien itu sendiri. Ahli terapi berperanan
dalam pembentukan dan perkembangan rangsangan emosi, kognitif dan tingkahlaku klien.
Kesemua elemen dan prinsip yang diberikan berperanan penting dalam mengukuhkan
pemikiran rasional klien dalam membentuk sesebuah keputusan yang memberi manfaat
kepada klien.

2.2 Latar Belakang Sejarah

Psikologi Gestalt secara umumnya dipelopori di negara German dan Austria pada hujung
abad ke-19. Psikologi Gestalt membentangkan cara dan kaedah untuk melihat persepsi
manusia. Menurut psikologi Gestalt ini, ianya tidak hanya melihat dunia. Ahli psikologi
Gestalt percaya bahawa kita secara aktif mentafsir apa yang kita lihat berdasarkan apa yang
kita harapkan untuk dilihat. Psikologi Gestalt lahir daripada keinginan untuk membawa unsur
kemanusiaan kepada apa yang sebelum ini dilihat sebagai pendekatan steril kepada kajian
saintifik tentang kehidupan mental. Psikologi Gestalt juga bertujuan untuk memasukkan ciri-
ciri bentuk, makna, dan nilai yang ahli psikologi terdahulu sama ada terlepas pandang atau
diandaikan berada di luar skop sains sosial. Pada awalnya, psikologi Gestalt dibangunkan
sebagai tindak balas kepada pembentukan ideologi strukturalism. Pada tahun 1912, Max
Wertheimer dianggap menjadi titik permulaan perkembangan psikologi Gestalt ini dimana
dia telah menerbitkan kertas kerja mengenai phi-motion. Kajian oleh Wertheimer ini adalah
berkaitan ilusi optik di mana objek pegun ditunjukkan secara berturut-turut, melangkaui
ambang di mana ia boleh dilihat secara berasingan dan kelihatan bergerak. Sekolah Gestalt
telah diasaskan pada tahun 1912 yang bernama“Experimental Studien über das Sehen von
Bewegung” (“Kajian Pergerakan Eksperimen”) dengan penerbitan ahli psikologi kelahiran
Czech Max Wertheimer.

Psikologi Gestalt telah dikembangkan oleh pelbagai tokoh psikologi antaranya Max
Wertheimer, Kurt Koffka dan Wolfgang Kohler. Dalam psikologi ini ketiga-tiga tokoh ini
mendapati bahawa pengumpulan maklumat membantu otak manusia secara automatik
mengatur dan memahami input visual. Mereka percaya bahawa persepsi keseluruhan berbeza
daripada jumlah kepingan individu akibat daripada "pintasan mental" tersebut. Andaian teras
psikologi Gestalt, bahawa keseluruhannya berbeza daripada jumlah bahagiannya, mencabar
teori Strukturalisme yang dominan pada masa itu. Aliran pemikiran ini berpendapat bahawa
proses mental harus dipecahkan kepada bahagian konstituennya supaya ia boleh dipelajari
secara bebas. Selain itu, Psikologi Gestalt juga menyumbang kepada pemahaman bahawa
persepsi manusia dipengaruhi oleh faktor selain daripada apa yang benar-benar ada di dunia
di sekeliling kita. Wertheimer mencipta prinsip untuk menerangkan bagaimana persepsi
Gestalt berfungsi. Beberapa prinsip yang paling penting dalam teori Gestalt ialah 1)
Prägnanz: Prinsip asas ini menyatakan bahawa kita secara semula jadi akan melihat sesuatu
dalam bentuk yang paling mudah. 2) Persamaan: Prinsip ini mencadangkan bahawa kita
secara semula jadi mengumpulkan item yang serupa berdasarkan elemen seperti warna, saiz
atau orientasi. 3) Kedekatan: Prinsip kedekatan menyatakan bahawa objek berdekatan antara
satu sama lain cenderung dilihat sebagai satu kumpulan. 4) Kesinambungan: Menurut prinsip
ini, kita akan melihat unsur-unsur yang disusun pada garis atau lengkung sebagai berkaitan
antara satu sama lain, manakala unsur-unsur yang tidak berada pada garis atau lengkung
dilihat sebagai berasingan. 5) Penutupan: Ini menunjukkan bahawa unsur-unsur yang
membentuk objek tertutup akan dianggap sebagai satu kumpulan. Kami juga akan mengisi
maklumat yang hilang untuk membuat penutupan dan memahami objek. 6) Wilayah biasa
(common region): Prinsip ini menyatakan bahawa kita cenderung untuk mengumpulkan
objek bersama-sama jika ia terletak di kawasan sempadan yang sama. Dalam pada itu, Kurt
Koffka pula telah menyumbang dalam teori ini hasil daripada karangan buku yang ditulisnya
yang bertajuk "Perception: An introduction to the Gestalt-Theorie" (1992). Beliau juga telah
membantu dalam penubuhan teori psikologi Gestalt. Koffka telah mempromosikan psikologi
baru ini di Eropah dan memperkenalkannya ke Amerika Syarikat. Dia bertanggungjawab
untuk mensistematisasikan psikologi Gestalt ke dalam kumpulan teori yang koheren ini.
Beliau seterusnya telah mengembangkan psikologi Gestalt dalam bidang psikologi
perkembangan serta idea beliau mengenai persepsi.

Akhir sekali, tokoh terkemuka dalam mengembangkan psikologi Gestalt sekaligus


menyumbang Teori Pembelajaran Gestalt iaitu Wolfgang Kohler. Beliau telah menduduki
kedudukan yang sangat terkenal dalam dunia psikologi serta menjadi seorang wakil tradisi
pembelajaran Eropah yang hebat. Kohler merupakan anak kelahiran Estonia, Russia namun
dibesarkan di negara German. Kohler dikatakan menyambung pengajian tingginya di
beberapa buah pusat pengajian terkenal antaranya University of Tubingen, University of
Bonn dan University of Berlin. Kohler mendalami bidang fizik dan psikologi sepanjang
pengajiannya dan berjaya menamatkan pengajian hingga ke tahap PhD. Beliau seterusnya
bekerja bersama Max Wertheimer dan Kurt Koffka dan telah membantu Wertheimer dalam
kajiannya tentang pergerakan ketara, yang kini dirujuk sebagai fenomena “phi phenomenon”
(ilusi pegun bergerak). Melalui itu, mereka mencipta Teori Gestalt, yang diilhamkan oleh
karya terdahulu daripada Stumpf dan seorang pensyarah yang bernama Christian Von
Ehrenfels. Mereka kemudiannya menulis sebuah buku berjudul “The Task of Gestalt
Psychology”. Dalam buku ini, mereka meneroka perkembangan psikologi Gestalt. Dalam
pengenalan, Köhler mengekspresikan rasa kurang senang tentang bagaimana petikan
terkenalnya disalahtafsirkan sebagai "keseluruhan lebih besar daripada jumlah bahagiannya"
dan bukannya bagaimana ia pada asalnya disebut sebagai "keseluruhan berbeza daripada
jumlah bahagiannya". Pada tahun 1913, Kohler telah mula membuat satu buku dan
penyelidikan tentang penyelesaian masalah dan berkaitan cimpanzi. Pada tahun 1917, beliau
telah mengeluarkan karangan hasil penulisan beliau yang bertajuk “The Mentality of Apes”
dimana dalam penulisannya ini mengandungi hasil kajian beliau tentang bagaimana cimpanzi
menyelesaikan masalah. Selain itu, kandungan buku ini menunjukkan bahawa cimpanzi boleh
menyelesaikan masalah dengan penglihatan mereka. Kepentingan kerja ini adalah untuk
menunjukkan bahawa, sekurang-kurangnya dalam hal ini, tidak ada garis pemisah mutlak
antara spesies manusia dan saudara hidup terdekatnya. Ia juga merupakan ciri perjuangan
selama setengah abad antara behaviorisme dan psikologi kognitif.

Dalam pada itu, Kohler juga telah mempelopori Teori Pembelajaran Gestalt (Gestalt Learning
Theory). Teori ini pertama kali dicadangkan oleh Wolfgang Kohler pada tahun 1912 dan
telah diperluaskan oleh ramai ahli psikologi lain, termasuk Max Wertheimer (1923), Kurt
Koffka (1935), dan ramai lagi. Teori ini merupakan falsafah pendidikan berdasarkan
pegangan dan idea psikologi Gestalt itu sendiri. Teori ini secara amnya menyatakan bahawa
keseluruhan set rangsangan, seperti komunikasi lisan dan bukan lisan, mempunyai pengaruh
yang lebih besar ke atas tingkah laku daripada bahagian individu. Seseorang boleh mendapat
lebih banyak manfaat dan kebaikan daripada mempelajari unsur-unsur subjek dalam
hubungan secara keseluruhan daripada hanya menghafalnya sendiri. Pembelajaran celik akal
(insight learning) ini mungkin merupakan sumbangan terbesar Wolfgang Kohler kepada
psikologi. Membina pengaruh psikologi Gestalt, Kohler mendapati bahawa pembelajaran
boleh berlaku apabila kita mendapat gambaran tentang keseluruhan situasi, berbanding
dengan memfokuskan hanya pada bahagian individu. Selain itu, beliau juga telah memberi
sumbangan mengenai penyelesaian masalah cimpanzi, mendedahkan keupayaan habitat
tersebut melalui kajian yang telah dijalankannya.
2.3 KEPENTINGAN TEORI PEMBELAJARAN GESTALT

Teori Pembelajaran Gestalt ini telah dipelopori pada sekitar tahun 1912 dan telah ditambah
baik oleh beberapa tokoh lain pada tahun-tahun seterusnya. Secara khususnya, Teori
Pembelajaran Gestalt ini memberi tumpuan kepada cara manusia belajar dimana ianya
berdasarkan pengalaman kita sebelum ini dengan objek yang seakan serupa atau dari deria
lain seperti bunyi dan bau. Teori ini dikaitkan secara keseluruhan oleh stimulus lisan atau
bukan lisan dalam memperngaruhi tingkah laku seseorang individu. Kelebihan utama teori
Gestalt ialah keupayaannya untuk membantu individu memahami konsep dengan lebih baik.
Dengan memahami konsep, seseorang akan mendapat gambaran tentang persekitaran
seterusnya menyedari perkara di sekelilingnya. Seseorang juga akan melihat corak dan
hubungan yang wujud antara objek dan peristiwa dalam sesuatu keadaan.

Kepentingan teori ini sangat jelas dimana kita dapat lihat melalui teori ini ianya melihat
manusia sebagai organisma yang unik dalam mendapatkan kefahaman dalam mempelajari
sesuatu perkara. Hakikat pembelajaran ialah wujudnya pemahaman dalam memahami
hubungan antara unsur dalam situasi tertentu sehingga hubungan itu jelas dan mencapai
kesimpulan serta dapat diaplikasikan. Pembelajaran yang dihasilkan menerusi teori ini dapat
membentuk satu proses penstrukturan dan perwakilan minda yang aktif. Di samping itu, teori
ini bertindak sebagai satu pendekatan yang menyeluruh terhadap sebarang permasalahan
dengan cara perhubungan menerusi kognitif dan tingkahlaku. Pembelajaran celik akal atau
insight learning, dapat membuka perspektif serta pengertian yang rasional mengenai
hubungan-hubungan tertentu dalam unsur yang mengandungi sesuatu permasalahan. Ianya
juga dianggap penyelesaian masalah sebagai satu perkara untuk memulihkan semula sesuatu
persepsi.

2.4 APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN GESTALT DALAM PEMBELAJARAN


BILIK DARJAH

Bilik darjah merupakan satu tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya
boleh ditakrif sebagai tempat berlangsungnya pertukaran dan perkongsian maklumat serta
ilmu pengetahuan, Sudah pasti, konsep pembelajaran bilik darjah sentiasa berubah selari
dengan perkembangan teknologi moden kini dalam masa yang sama sistem pendidikan turut
terkesan dek perubahan tersebut. Mengimbau kembali zaman pembelajaran puluhan tahun
yang lalu, jelas kita dapat rasai perbezaannya apabila kini wujudnya pelbagai sistem baharu
serta alat teknologi yang membolehkan pelajar mendapatkan maklumat hanya di hujung jari.
Di samping itu, terdapat banyak kaedah atau pendekatan yang diambil oleh pihak pendidikan
dalam usaha mewujudkan pelajar yang berkualiti. Antara pendekatan atau kaedah yang boleh
diaplikasikan dalam pembelajaran bilik darjah ialah Teori Pembelajaran Gestalt. Seperti teori
pembelajaran lain, teori Gestalt secara khususnya mempunyai undang-undang organisasi
yang mana ia mestilah berfungsi dengan baik. Undang-undang organisasi ini sudah wujud
dalam susunan minda manusia dan bagaimana persepsi distrukturkan. Ahli teori Gestalt
mencadangkan bahawa pengalaman dan persepsi pelajar mempunyai kesan yang signifikan
terhadap cara mereka belajar. Oleh itu, teori pembelajaran ini dapat diguna pakai oleh tenaga
pengajar dalam mendalami minat atau kebolehan seseorang pelajar menerusi pengalaman
yang telah dilalui. Satu aspek Gestalt ialah fenomenologi, iaitu kajian tentang cara orang
mengatur pembelajaran dengan melihat pengalaman hidup dan kesedaran mereka.
Pembelajaran yang baik berlaku apabila sesebuah arahan itu berkaitan dengan pengalaman
kehidupan sebenar mereka. Sistem kogintif manusia mempunyai keupayaan untuk membuat
peta rangsangan yang hasil daripada pengalaman hidup ini. Di samping itu, prinsip psikologi
Gestalt iaitu faktor persamaan (factor of similarity) menyatakan bahawa pembelajaran
difasilitasi apabila kumpulan yang sama dikaitkan dan berbeza dengan kumpulan yang
mengemukakan idea yang berbeza. Bentuk pembelajaran Gestalt ini membolehkan pelajar
mengembangkan dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis.

Aspek lain dalam pembelajaran gestalt ialah dimana pemikiran kognitif manusia berlaku
secara aktif, bukannya secara pasif. Individu itu tidak hanya duduk dan menerima maklumat,
tetapi mereka cuba menumpukan pada perkara yang penting untuk diri mereka sendiri. Hal
ini mungkin terdiri daripada pengalihan pandangan atau tumpuan kepada aspek khusus yang
berkaitan dengan matlamat mereka sendiri. Perkara ini dapat diterima misalnya, jika pelajar
cuba mempelajari beberapa topik, mereka tidak boleh dianggap mengingati kesemuanya, jadi
mereka perlu memilih perkara yang paling penting bagi mereka terlebih dahulu.
Kesimpulannya, Teori Pembelajran Gestalt boleh diguna pakai dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara umum. Penekanannya pada pembelajaran berasaskan pengalaman
menjadikan pendekatan ini lebih berkesan berbanding mana-mana teknik pengajaran yang
lain. Pengalaman setiap pelajar terhadap perkara tertentu akan berbeza berdasarkan peranan
dan kebolehan mereka seterusnya menghasilkan sebuah pembelajaran yang efektif.
3. RUJUKAN

3.1 RUJUKAN TUGASAN

1. Koffka, K. (2013). Principles of Gestalt psychology (Vol. 44). Routledge.

2. Ikehara, H. T. (1999). Implications of gestalt theory and practice for the learning
organisation. The Learning Organization.

3. Willis D Ellis (1938). A source book of Gestalt psychology. Routledge, Trench,


Trubner & Co., Ltd.

4. Chung, M. C., & Hyland, M. E. (2011). History and philosophy of psychology. John
Wiley & Sons.

5. Sharma C.B., Gupta A. (2015). History and philosophy of psychology. Open


University Malaysia.

TUGASAN 2

OCP POSTING 1-5

Posting 1 :

Posting 2 :
Posting 3 :

Posting 4 :

Posting 5 :

Anda mungkin juga menyukai