Anda di halaman 1dari 11

Soalan 1

Soalan 2
b) i-

b) ii- Komunikasi merupakan salah satu elemen yang menyumbang dalam kehidupan
bermasyarakat. Ia melibatkan aktiviti penyampaian maklumat melalui pertukaran fikiran, mesej, atau
maklumat, seperti oleh pertuturan, visual, isyarat, penulisan, atau tingkah laku (Prashant, 2000).
Kehidupan manusia didasari oleh komunikasi dimana kita perlu menggunakan komunikasi bagi
berinteraksi dengan seseorang atau sesebuah kelompok

Dalam menjalani kehidupan abad ke-21 ini, kemahiran berkomunikasi amat penting baik di
peringkat sekolah, universiti mahupun dalam dunia pekerjaan. Seiring perkembangan ekonomi dunia,
kita juga dapat melihat kemajuan dalam bidang komunikasi seperti telefon bimbit, aplikasi sosial
media dan sebagainya. Oleh itu, pentingnya kemahiran berkomunikasi ini adalah agar kita mengetahui
peranan kita dalam berinteraksi iaitu sebagai seorang yang memmberi maklumat atau seorang yang
menerima maklumat. Apabila memberi maklumat, kita perlu meletakkan beberapa elemen penting
dengan baik iaitu cara penyampaian, pengetahuan, bahasa pertuturan dan sebagainya. Ini sangat
penting dalam sesebuah hubungan komunikasi bagi membina kefahaman terhadap penerima
maklumat. Sebagai penerima maklumat perlu kita perlu memberi sepenuh pendengaran terhadap apa
yang ingin disampaikan agar mesej yang tersebut dapat difahami dengan baik justeru dapat
memberikan respon yang baik.

Natijahnya, kemahiran berkomunikasi amat penting dalam diri seseorang bagi memudahkan
interaksi kita terhadap orang lain. Oleh itu, setiap dari kita perlu menitikberatkan kemahiran ini agar
dapat menjadi seorang yang maju dalam kehidupan.
Soalan 3

b) i- Beberapa isu yang perlu dipertimbangkan oleh Sam antaranya adalah kehidupan sosial,
kemahiran individu dan perasaan ibunya. Kehidupan sosial adalah kerana sebagai seoarang remaja
Sam semestinya ingin waktu bersama rakan-rakan sebaya setelah selesai waktu persekolahan dengan
beriadah, mengulang kaji pelajaran dan sebagainya. Ini amat penting bukan sahaja dalam
pembentukan individu seorang remaja malah untuk perkembangan sosial seseorang. Kemahiran
individu adalah sesebuah elemen penting dalam diri bagi menjadi individu yang serba boleh dalam era
moden kini. Kemahiran ini jelas perlu diukir seawal usia muda bak kata pepatah ‘melentur buluh biar
dari rebungnya’. Sam juga perlu mempertimbangkan isu perasaan ibunya yang ingin dia meneruskan
kelas tersebut. Ini kerana ibunya yakin akan kemampuan yang dimiliki oleh Sam dan ingin dia berjaya
dalam kelas tersebut.

ii- Antara keputusan yang boleh diambil Sam adalah dengan mengikuti kelas piano yang lain
dengan jadual yang lebih teratur dimana dia dapat menyeimbangkan antara kelas tersebut dan gaya
hidup kehidupan beliau bagi membolehkan Sam mengurus masa antara keduanya dengan lebih
teratur. Dengan adanya kelas jadual kelas piano yang teratur dan tidak padat Sam dapat meluangkan
masa terhadap perkara lain selain daripada kelas tersebut. Ini penting bagi Sam untuk mengatur
masanya terhadap pelajaran di sekolah dan waktu bersama rakan-rakannya. Selain itu, Sam juga boleh
berbincang dengan guru kelas piano yang semasa bagi mengurangkan waktu pembelejaran kelas
tersebut daripada setiap hari ke seminggu dua atau tiga kali sahaja. Dengan itu, Sam tidak ketinggalan
kelas piano bahkan dapat memenuhi masanya lapangnya dengan perkara berfaedah yang lain. Dalam
hal ini, guru kelas Sam juga perlu mempertimbangakan perkara ini supaya pelajara dapat memberi
lebih fokus terhadap pembelajaran tersebut. Tidak dinafikan dengan banyaknya latihan, lebih banyak
pelajaran yang pelajar dapat perolehi. Namun, sesetengah pelajar mungkin terbeban dengan kelas
harian yang dijadualkan dimana secara tidak langsung dapat menghilangkan fokus dalam sesi
tersebut.

iii- Pemikiran kritis yang digunakan adalah dengan membuat penilain secara analisis, sintesis dan
penilaian. Ini kerana Sam berada dalam situasi dimana dia perlu membuat keputusan terhadap
pembelajaran kelas pianonya. Analisis perlu dibuat bagi menilai masalah yang dihadapi oleh Sam. Ini
penting bagi mengetahui punca sebenar permasalahan yang berlaku keatas Sam sebelum mengambil
sesebuah keputusan. Teknik ini amat penting kerana ia merupakan antara langkah awal dalam sesuatu
penyelesaian masalah. Sintesis pula salah satu elemen penting bagi mengukur sesebuah proses
menyatukan pelbagai unsur. Ini kerana Sam perlu mengetahui pro dan kontra bagi setiap keputusan
yang ingin diambilnya supaya dapat mengurangi kelemahan berbanding kebaikan. Seterusnya,
penilaian harus dibuat dengan menilai setiap keputusan yang ingin diambil olehnya bagi membantu
Sam membuat keputusan yang terbaik untuknya

Soalan 4

a) i- Idea dan konsep.

ii- Proses penciptaan

b) i- Antara elemen dalam kreativiti adalah idea, imaginasi, konsep, penyelesaian masalah dan
banyak lagi. Idea secara asasnya merupakan apa pun hasil daripada pemikiran seseorang apabila dia
berfikir. Dalam erti kata lain, idea juga boleh dianggap hampir sama dengan konsep tetapi bersifat
abstrak dimana ianya tidak muncul dengan gambar atau sesuatu yang boleh dilihat secara kasar.
Kebolehan seseorang untuk memahami dan mencipta sesebuah idea adalah sebab kerana ianya
sebahagian daripada elemen kreativiti. Seterusnya, imaginasi adalah merupakan elemen penting
dalam kreativiti. Ini kerana imaginasi adalah kemampuan atau daya seseorang dalam menggambarkan
sesuatu perkara dalam fikirannya. Imaginasi juga merupakan sebuah perkara yang menimbulkan
sensasi dan idea dalam pemikiran seseorang manusia tanpa sebarang input secara fizikal. Ianya juga
dapat membantu dalam penyelesaian masalah dimana sesetengah imaginasi terhasil daripada
pengalaman dan proses pembelajaran Selain itu, konsep juga memainkan peranan penting dalam
pembentukan kreativiti dimana ianya adalah istilah yang dapat digunakan bagi menggambarkan
sesuatu objek secara abstrak untuk mengkategorikan atau mengklasifikasikan sekelompok objek, idea
atau peristiwa. Penyelesaian masalah juga merupakan elemen dalam kreativiti kerana ianya dianggap
fungsi intelektual dan juga merupakan proses kognitif dalam diri seseorang individu. Bagi membentuk
kemahiran kreativiti yang baik, proses penyelesaian masalah dapat membantu seseorang membina
kemahiran tersebut dengan adanya proses kognitif di mana maklumat digunakan sebagai usaha
mencari cara-cara yang sesuai bagi mencapai sesuatu matlamat. Proses ini secara asasnya dipelajari
dengan pengalaman dan daya fikir seseorang.

ii- Elemen yang dapat dikategorikan dalam inovasi pula antaranya adalah kemampuan daya
berfikir, kerjasama berkumpulan, penghasilan idea dan hasil ciptaan. Kemampuan daya fikir antara
elemen utama dalam pembentukan inovasi kerana ianya memerlukan keupayaan bagi merancang
sesebuah pembaharuan sebelum terjadinya hasil ciptaan. Walau bagaimanapun, kemampuan daya
berfikir ini semestinya semakin berhasil apabila ianya dijalankan dalam kerjasama berkumpulan.
Kerja berkumpulan kini adalah penting untuk menyelesaikan sesuatu. Dalam dunia global dan digital
hari ini, cabaran adalah lebih kompleks dan ianya menjadi semakin penting untuk membawa lebih
banyak minda dan idea kearah menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul. Proses kolaboratif
adalah lebih daripada bekerjasama. Ini bermakna ianya adalah keupayaan untuk berfikir bersama dan
bertindak pada sesebuah projek yang kompleks. Namun begitu, tidak semestinya semua pembentukan
inovasi perlunya ada kerjasama berkumpulan dimana mungkin sesetengah situasi memerlukan hanya
seseorang individu bagi membentuk inovasi secara individual. Akan tetapi, bagi pendapat saya
kerjasama berkumpulan ini perlu dirangkumkan dalam salah satu elemen dan idea ke arah
pembentukan inovasi yang sempurna.

iii- Sebagai penghias bicara, antara langkah yang boleh diambil bagi menjadi seorang yang lebih
kreatif adalah dengan mengubah rutin harian. Ini bermaksud dengan cara menyenaraikan perkara yang
ingin dibuat hari ini atau lebih mesra dikenali “things to do list”. Ini membantu kita bagi memperolehi
minda yang sihat seterusnya dapat membina idea yang kreatif. Selain itu, kita boleh mengambil
langkah dengan cara mengeluarkan setiap idea yang tercetus kedalam bentuk tulisan atau lukisan. Ini
membantu kita bagi menghuraikan apa yang telah minda kita rancang yang berbentuk kompleks
kearah penulisan visual. Dengan itu, kita dapat mempelajari kemahiran berfikir diri sendiri seterusnya
dapat mentafsir dalam pembentukan secara visual atau fizikal.

Soalan 5

i- Lima alat-alat dan fungsi dalam myINSPIRE

Contents Bagi mengakses nota–nota dalam subjek, sumber dalam talian seperti
video dan laman web berkaitan pembelajaran subjek

Forum Bagi pensyarah membuat pengumuman dalam portal, pelajar dan


pensyarah membuat perbincangan berkaitan subjek dan sebarang aktiviti
atas talian yang dijalankan.

Assignment Panduan bagi pelajar untuk melihat tugasan dan menyerahkan tugasan
dalam atas talian berkaitan subjek.

Online MCQ Quiz Bagi pelajar menjawab kuiz yang di atas talian.
e-lesson overview Panduan bagi pelajar bagi persiapan untuk pelajaran dalam subjek

ii- Celik maklumat :

Isu pencemaran air membawa impak besar dalam kehidupan manusia.


Kewibawaan Umum mengetahui bahawa air merupakan salah satu keperluan hidup
untuk manusia. Oleh itu, kebersihan air membawa kepentingan besar
dalam kehidupan manusia dimana setiap individu dari kita perlu
menggalas tanggungjawab bagi membanteras isu pencemaran air yang
berlaku dalam negara kita. Isu pencemaran air ini membawa banyak
kemudaratan terhadap kehidupan bukan sahaja manusia bahkan haiwan
dan alam sekitar seperti sumber makanan, aktiviti ekonomi dan kesihatan.
Membuka mata komuniti bagi membentuk kesedaran dalam berhadapan
Objektiviti isu pencemaran air. Masyarakat tidak sepatutnya mengharapkan bahawa
kerajaan yang harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu ini.
Kerjasama yang baik perlu diwujudkan antara kedua pihak bagi
membantu pihak kerajaan dalam menangani isu ini. Kedua pihak harus
mengenal pasti terlebih dahulu punca berlakunya isu pencemaran air ini
kemudian menyelesaikan isu ini sesuai bidang kuasa masing-masing.
Pihak berkuasa perlu merangka satu garisan undang-undang terhadap
Kebolehpercayaan individu yang menyebabkan berlakunya pencemaran air. Tindakan yang
serius perlu diambil terhadap pelaku dan undang-undang ini perlu
diselaraskan sesuai dengan kemudaratan yang akan dibawa terhadap isu
ini.

Liputan
iii- Celik media
Isu pencemaran air telah tersebar luas di seluruh Malaysia terutamanya di
Kewibawaan kawasan Lembah Klang. Penduduk di kawasan ini terjejas dek kesan
negatif yang dibawa oleh pencemaran tersebut. Sesetengah pihak yang
menggunakan sungai-sungai di negeri ini dengan sewenang-wenangnya
melupuskan sisa buangan kedalam sungai yang sekaligus menimbulkan
isu pencemaran air ini. Media melihat perkara ini seakan tiada kesudahan
setelah satu demi satu isu ini timbul yang sememangnya patut diberi
perhatian yang lebih.
Mengetengahkan kerjasama dua hala di antara pihak Kementerian Alam
Objektiviti Sekitar dan Air (KASA) dengan pakar forensik alam sekitar. Menurut
media, menerusi kerjasama yang dicadangkan ini kepakaran oleh pakar
forensik alam sekitar dapat membantu dari segi menganalisis bahan
cemar di lapangan menggunakan kaedah yang diperakui mengikut
piawaian antarabangsa serta menjalankan proses pemadanan sampel
bahan dengan senarai data dalam inventori pihak berkuasa agar
penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dapat dilaksanakan secara
lebih efektif. Selain itu, aktiviti haram yang dijalankan terhadap alam
sekitar perlu dihentikan dalam usaha mencegah pencemaran air. Segala
kegiatan aktiviti yang sah pula perlu dipantau agar tidak berlaku sisa
pembuangan sambalewa oleh pihak tertentu. Secara umumnya, pihak
media menekankan supaya kesemua pihak wajib menggalas
tanggungjawab bersama ini bagi melestarikan alam sekitar khususnya
dalam konteks air dan sungai.

Media membuka lensa masyarakat bagi membantu pihak kerajaan dalam


Kebolehpercayaan isu menagani pencemaran alam sekitar. Setiap dari kita perlu bekerjasama
bagi melestarikan alam sekitar khususnya dalam negara kita

Liputan

Soalan 6
Pendahuluan

Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCE) adalah merupakan sebuah bentuk pembelajaran


yang melibatkan beberapa perkara antaranya isu sosial, politik dan ekonomi yang berlaku dalam
lingkungan global kini. Dunia kini melihatkan banyaknya perubahan moden dalam kesemua elemen
ini melalui bentuk informasi dan komunikasi yang giat berkembang ke seluruh dunia. Pendidikan ini
juga adalah sebuah bentuk pembelajaran mental dan sivik yang terlibat keatas kontribusi pelajar yang
aktif. Pendidikan ini secara langsung membentuk celik akal pelajar bagi mengesan dan menyelesaikan
segala isu yang melibatkan permasalahan global seterusnya membentuk perkembangan dunia yang
maju dengan pesat. Antara 3 elemen utama dalam pendidikan ini adalah merangkumi kogitif,
sosioemosi dan tingkahlaku. Pendidikan Kewarganegaraan Global ini amat penting pada masa kini
sesuai dengan peningkatan dalam teknologi maklumat global yang kini kian berkembang maju dan
moden.

Pendidikan ini membuka mata kesemua yang melihat peranan pendidikan dalam sistem
peraturan perundangan. Ini menggunakan pengalaman dari proses pendidikan lain, termasuk hak
manusia dalam pendidikan, pendidikan kedamaian, pendidikan untuk pembangunan lestari,
pendidikan untuk pemahaman antarabangsa dan antara budaya. Pendidikan ini bertujuan untuk
menggalakkan pelajar bagi terlibat dan mengambil peranan aktif, dalam isu global sebagai
penyumbang utama kepada dunia yang lebih aman dan lestari. Secara amnya, pendidikan
kewarganegaraan global membawa manfaat yang luas dan sememangya memberi impak besar
terhadap perkembangan global pada masa akan datang.

Kesan GCE terhadap “Pencemaran Air”

Global kini membuka lensa masyarakat terhadap pelbagai isu pencemaran alam sekitar yang
berlaku di serata dunia. Pencemaran alam sekitar semakin kerap berlaku di seluruh pelosok bumi
khususnya isu pencemaran air. Air merupakan keperluan hidup bagi manusia tidak mengira siapa dan
di mana. Oleh itu, kesan daripada pencemaran air yang berlaku memberi tamparan hebat terhadap
kehidupan manusia. Dalam konteks Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCE), pembelajaran ini
dapat membantu mengawal potensi berlakunya isu alam sekitar tersebut. GCE memberi kesan yang
sangat positif dalam menyentuh isu pencemaran air. Antara 3 elemen kesan GCE terhadap isu ini
adalah dari sudut kognitif, sosioemosi dan tingkahlaku. Kognitif adalah merujuk kepada cara
pemikiran seseorang dalam menganalisis, mentafsir, membentuk konsep dan segala aktiviti mental
yang bertindak balas terhadap sesebuah situasi.
Elemen kognitif dalam pembelajaran ini amat penting dalam membentuk ideologi dan cara
pemikiran pelajar kearah satu matlamat yang positif. Menyentuh semula isu pencemaran air, elemen
ini dapat mencipta sensasi pemikiran terhadap isu yang berlaku dengan cara menganalisis isu tersebut
sehingga pembentukan satu penyelesaian masalah. Pelajar dapat mengetahui faktor, punca dan kesan
terhadap isu ini melalui elemen kognitif dalam pembelajaran GCE. Elemen ini juga membantu bagi
memahami isu global seterusnya dapat membentuk pemikiran yang kritis dalam sesebuah
penyelesaian masalah khususnya isu berkaitan global. Oleh itu, pembelajaran ini dapat memberi kesan
yang positif terhadap isu pencemaran air yang berlaku di global kini.

Seterusnya, elemen sosioemosi dimana ianya merujuk kepada gabungan sosial dan emosi.
Sosioemosi didefinisikan sebagai keupayaan seseorang dalam berinteraksi dan kecenderungan dalam
sesebuah tindakan berbentuk emosi terhadap orang lain. Elemen ini membentuk satu keupayaan
manusia dalam berkongsi nilai dan tanggungjawab dalam sesebuah kelompok sosial. Merujuk isu
pencemaran air, pembelajaran daripada elemen ini memberi kesan terhadap individu dan sosial dalam
penyatuan rasa tanggungjawab, nilai murni dan pendidikan sivik. Oleh itu, ianya dapat membantu
sesebuah kelompok dalam usaha bersama bagi menyelesaikan masalah alam sekitar memandangkan
ianya tanggungjawab bersama sebagai sebuah kelompok sosial. Ia dapat mewujudkan kesedaran
sosial seseorang terhadap permasalahan justeru membawa kepada pembentukan tingkahlaku sosial
yang dapat menyelesaikan masalah seperti pencemaran air ini.

Akhir sekali adalah elemen tingkahlaku yang merujuk kepada tindakan manusia yang dapat
dilihat dan dinilai secara zahir. Dalam pembelajara GCE, elemen ini dapat bertindak dengan berkesan
dalam membentuk tanggungjawab terhadap di peringkat tempatan hingga ke global menerusi
penilaian tingkahlaku. Hasil daripada elemen kognitif dan sosioemosi, elemen tingkahlaku merupakan
fasa terakhir bagi memdidik pelajar dalam mentafsir sebuah tingkahlaku dan tindakan yang diambil
dalam penyelesaian masalah. Tingkahlaku kebiasannya dihasilkan menerusi cara pemikiran yang telah
dihasilkan dalam aktiviti mental seterusnya membawa kepada aktiviti fizikal. Oleh itu, kognitif yang
positif memberi kecenderungan yang baik terhadap tindakan dalam penyelesaian sesebuah masalah.
Dengan itu, tingkahlaku dapat memberi kesan pelajar bagi mencapai dunia yang aman dan lestari.

Tuntasnya, pembelajaran GCE memberi impak yang besar dalam menyelesaikan isu global
khususnya pencemaran alam sekitar. Hasil daripada 3 elemen tersebut, pembelajaran tersebut mampu
membentuk pelajar bagi mempromosikan keamanan, kesejahteraan, kemakmuran dan kelestarian
dalam skala global. Pendidikan Kewarganegeraan Global GCED mampu memberi peluang terhadap
pelajar untuk terus memahami dunia pada masa ini, dan akan datang seterusnya membentuk sebuah
manusia yang bertamadun.
Rujukan

1. What is global citizenship education? UNESCO. (2019). Retrieved 5 November 2020, from
https://en.unesco.org/themes/gced/definition

2. Kathaul Muaz (2020) 3 dimensi konsep utama (kemahiran kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku)
dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) https://prezi.com/p/6uvme5_dcnrw/3-dimensi-
konsep-utama-kemahiran-kognitif-sosio-emosi-dan-tingkah-laku-dalam-pendidikan-kewarganegaraan-
global-gced/

3. Subramaniam, P., Bisen Singh, D., Dharam Singh, D., Che Aziz, D., Subramaniam, D., &
Kamarulzaman, D. et al. (2020). OUMH1603 KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21 (1st ed., p.
227). Open University Malasia OUM

Anda mungkin juga menyukai